CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Sabtu, 6 Julai 2013

Isu Solat Tarawih dan Tazkirah




Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre

Sewaktu di Jeddah, kami selalu bersolat tarawih di rumah seorang pendakwah tersohor, alim Rabbani, Alhabib Ahmad Masyhur Alhaddad rahimahullah. Solat dilaksanakan sebanyak 20 rakaat.

Apa yang menariknya, selepas 10 rakaat, akan diedarkan dulang-dulang berisi cawan-cawan kopi untuk diminum oleh para jamaah. Sambil minum, ada bacaan qasidah atau tazkirah. Kiranya ada "coffee break" dululah. Selepas segar, solat disambung lagi 10 rakaat.

Selepas witir pula ada bacaan kitab. Biasanya kitab hadis menjadi pilihan. Lebih kurang 40 minit-sejam selepas itu barulah jamaah pulang ke rumah masing-masing.

Solat tarawih adalah suatu sunnah. Tazkirah dan majlis ilmu pula kadang kala menjadi wajib kadang kala menjadi sunnah. Janganlah amalan tarawih menyebabkan kita terlepas peluang menimba ilmu atau mendapat peringatan, sedangkan Ramadhan adalah bulan yang menjanjikan kebaikan berganda.

1) jangan tengah-tengah solat bertazkirah pula sudahlah.

2) selepas 4, 8, 10 atau 20 rakaat nak tazkirah terpulanglah, bergantung pada keselesaan masing-masing.

3) nak cuba hidangkan kopi di tempat masing-masing silakanlah. Tapi terangkanlah dulu ya. Jangan tak pasal-pasal cawan terbang pula nanti.

4) teringat kisah orang yang bertanya soalan tentang imam yang minum air tengah sembahyang. Rupanya tak dapat dibezakan tarawih yang memberikan kerehatan antara satu solat dengan solat berikutnya. Agaknya orang yang tak suka sangat dengan tazkirah malam ramadhan ni jenis begitu kotttt...

1 ulasan:

Lebai Malang berkata...

...nak tazkirah ke atau nak minum kopi ke atau nak makan nasi arab ke ketika break solat terawih tidak jadi masaalah seperti yg diamalkan dinegara luar...tapi di Malaysia ni kadang2 isi tazkirah tu ada lain macam sikit bergantung kepada jenis Jawatankuasa Masjid/Surau setempat...