CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Selasa, 17 Februari 2009

Hukum Membaca SodaqaLlahul 'Azim

Ia tidaklah menjadi kesalahan sekiranya diucapkan selepas membaca al Quran, dan ianya bukanlah suatu yang bid'ah sebagaimana yang disangka sebahagian umat Islam, kerana tiada terdapat satupun larangan daripadanya dan ia tidaklah bertentangan dengan kaedah-kaedah am syariat (qawaid syar'iyyah). Selain daripada itu, ALlah ta'ala sendiri menyebut ungkapan ini di dalam KitabNya yang mulia iaitu firmannya :

قُلۡ صَدَقَ ٱللَّهُ‌ۗ فَٱتَّبِعُواْ مِلَّةَ إِبۡرَٲهِيمَ حَنِيفً۬ا وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ (٩٥)


Katakanlah (wahai Muhammad): Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan agama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid) dan bukanlah dia dari orang-orang musyrik. ( Surah Ali Imran : Ayat 95)


Sebab itu para salafussoleh apabila dibacakan satu ayat al Quran di hadapan mereka, mereka akan mengucapkan SodaqaLlahul 'Azimm

Sumber : Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur

1 ulasan:

Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari berkata...

Assalamualaikum,,

Ada jugak ke yang menolak bacaan sodaqallahul azim slps membaca al-quran..pelik sungguh orang sekarang ni..kalau boleh semua nak dikatakan bidaah sehingga tidak tinggal apa2 lagi dari amalan yang baik..Islam tu bukan solat dan puasa shj bahkan seluruh kehidupan kita mempunyai tatacara dan diajar oleh ulamak bersumberkan al-quran dan al-hadis SAW.