CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Khamis, 25 Disember 2008

Benarkah di Zaman Sahabat Tiada Taqlid dan Mazhab?

Sambungan dari Hukum Taqlid

Dari kalangan sahabat Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam, mereka yang tampil memberikan fatwa dapat dihitung jumlahnya. Mereka dikenal mempunyai kemampuan dalam hukum fiqh, riwayat, dan kemampuan istinbath (mengeluarkan hukum). Yang paling mahsyur di kalangan mereka ialah para Khulafa'ur Rasyidin (Abu Bakar, 'Umar, Uthman dan Ali bin Abi Talib radiyaLlahu 'anhum), AbduLlah bin Mas'ud RadiyaLlahu 'anhu, Abu Musa al Asy'ari radiyaLlahu 'anhu, Mu'az bin Jabal radiyaLlahu 'anhu, Ubay bin Ka'ab radiyaLlahu 'anhu dan Zaid bin Tsabit radiyaLLahu 'anhu. Ada pun yang taqlid kepada mereka dalam mazhab dan fatwa, tidak terhitung jumlahnya.

Selanjutnya, pada zaman tabi'in daerah ijtihad semakin meluas. Pada masa ini kaum Muslimin tetap menempuh jalan yang sudah ditempuh oleh para sahabat. Hanya saja, ijtihad pada waktu itu bercermin (terpaku) pada 2 mazhab yang utama iaitu :

1. Mazhab ahli hadith
2. Mazhab ahli ra'yu

kerana adanya beberapa faktor yang telah kami sebutkan ketika menukilkan keterangan Ibnu Khaldun RahimahuLlah.

Tokoh-tokoh mazhab ahli hadith di Hijjaz ialah sa'id Ibnul Musayyab Al Makhzumi, Urwah Ibnul Zubair, Salim bin AbduLlah bin 'Umar, Sulaiman bin Yasar, dan Nafi' budak AbduLLah bin 'Umar RadiyaLLahu anhum. Pada umumnya penduduk Hijjaz dan sekitarnya taqlid kepada mazhab ini tanpa ada yang mengingkarinya.

Adapun tokoh-tokoh mazhab ahli ra'yu di Iraq ialah AlQamah bin Qais an Nakha'i. Masruk bin Ajda' Alhamdani Ibrahim bin Zaid An Nakha'i dan Sa'id bin Jubair RadiyaLlahu anhum. Sebahagian besar penduduk Iraq dan sekitarnya taqlid pada mazhab ini tanpa ada yang mengingkarinya.

Di antara tokoh kedua-dua mazhab ini terjadilah diskusi dan perdebatan hebat pada suatu saat. Tetapi di kalangan orang awam dan para penuntut ilmu yang tingkatannya di bawah mereka dalam urusan fiqih dan ilmu tidak mempedulikan perdebatan tersebut sebab mereka bebas taqlid kepada siapa sahaja yang mereka kehendaki. Diskusi antara para mujtahid tidak akan menjadi beban dan tanggungjawab bagi orang-orang yang bodoh (awam).

Ketiga : Adanya dalil akal yang nyata. Untuk ini kami mengambil ibarat dari perkataan Syeikh AbduLLah Darraz sebagai berikut :

"Dalil taqlid dari segi akal fikiran ialah bagi orang yang tidak mempunyai kemampuan untuk ijtihad, bila terjadi suatu masalah hukum. Ada dua kemungkinan. :

Pertama : dia tidak terkena kewajiban melakukannya sama sekali (tidak wajib beribadah) maka hal ini menyalahi ijma'.

Kedua : Dia terkena kewajiban melakukan ibadah. Ini bererti dia harus meneliti dalil yang menetapkan suatu hukum atau ia harus taqlid.

"Untuk yang pertama, jelas tidak mungkin sebab dengan melakukan penelitian itu, ia harus meneliti dalil-dalil semua masalah sehingga harus meninggalkan kegiatan sehari-hari. Iaitu menginggalkan semua pekerjaan yang ada, yang akhirnya akan menimbulkan kekacauan. Oleh itu, tidak ada kemungkinan lain, kecuali taqlid. Itulah kewajiban dia bila menemui masalah yang memerlukan pemecahan hukum."

Oleh kerana itu, setelah para ulama melihat dalil-dalil yang cukup sempurna dari al Quran dan As Sunnah, serta dalil akal yang menegaskan bahawa bagi orang awam dan orang alim yang belum sampai pada tingkatan mampu melakukan istinbath dan ijtihad harus taqlid pada mujtahid. Para ulama pun menyatakan bahawa kedudukan fatwa mujtahid terhadap orang awam adalah seperti dalil al Quran dan As Sunnah bagi seorang mujtahid. Hal ini kerana Al Quran al Karim selain mewajibkan orang yang alim berpegang pada dalil-dalil dan keterangan di dalamnya, juga mewajibkan kepada orang bodoh (awam) berpegang pada fatwa orang alim hasil ijtihadnya.

Untuk menjelaskan masalah ini, lebih lanjut Syeikh Asy Syatibi berkata sebagai berikut yang bermaksud :

"Fatwa-fatwa para mujtahid itu bagi para orang awam bagaikan dalil syariat bagi para mujtahidin. Adapun alasannya ialah ada atau tidak adanya dalil bagi orang yang taqlid (muqallid)adalah sama sahaja. Kerana mereka sedikit pun tidak mampu mengambil faedah darinya. Jadi, masalah meneliti istinbath bukanlah urusan mereka dan mereka tidak diperkenankan melakukan hal tersebut. Dan sungguh ALLah subahanhu wa ta'ala telah berfirman yang bermaksud : "(Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui) - Surah an Nahl :43)

Orang yang taqlid bukanlah orang yang alin. Oleh kerana itu, tidak sah baginya selain bertanya kepada ahli ilmu. Para ahli ilmu itulah tempat kembali baginya dalam urusan hukum agama secara mutlak. Jadi, kedudukan mereka bagi orang yang taqlid serta ucapannya seperti syara'."

Demikianlah penjelasan Syeikh Asy Syathibi RahimahuLLah, dan kami masih ingin mengingatkan para pembaca mengenai dalil-dalil yang sudah kami kemukakan pada bahagian terdahulu. Iaitu dari Imam Izzuddin Ibnu Abdis Salam, Imam Ibnu al Qayyim, Imam Al Kamal, Ibnul Humam dan Imam Ad Dahlawi menolak alasan-alasan Syeikh Khajandi - penulis kitab Halil Muslimu Mulzamun Bittiba'i Madzabin Mu'ayyanin Minal Madzaahibil Arba'ah.

Semua dalil yang sudah kami sajikan menekankan kewajiban taqlid bagi orang yang kedudukan ilmiahnya terbatas dan tidak mampu melakukan istinbath hukum dan berijtihad. Sudah jelaslah dalil-dalil berdasarkan penukilan yang sah dan ijma' serta dalil akal yang menunjukkan berlakunya taqlid dan bahkan wajib hukumnya bila tidak mampu mencapai taraf istinbath dan ijthad.

Dengan demikian, tidak ada bezanya apakah mujtahid yang ditaqlidi adalah seorang sahabat atau salah seorang dari imam-imam mazhab empat selama mereka adalah mujtahid, dan taqlid adalah orang awam yang tidak mengetahui cara mencari dalil dan melakukan istinbath. Oleh kerana itu, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pendapat bahawa pertumbuhan mazhab empat adalah bid'ah dan mengikuti serta taqlid kepada mereka termasuk bid'ah juga?

Mengapa pertumbuhan mazhab empat dianggap bid'ah. Tetapi mazhab ahli hadith dan mazhab ahli ra'yu tidak dianggap bid'ah? Mengapa orang yang taqlid kepada Imam Hanafi dan Imam Asy Syafi'i di anggap ahli bid'ah tetapi yang taqlid kepada Imam An Nakha'i di Iraq dan Imam sa'id Ibnu Musayyad di Hijjaz tidak dianggap demikian?

Mengapa mengikut mazhab empat dianggap bid'ah, tetapi apabila mengikuti mazhab AbduLLah bin Abbas radiyaLLahu 'anhu, AbduLLah bin Mas'ud radiyaLLahu 'anhu atau Sayyidah Aisyah Ummul Mukminin radiyaLLahu 'anhu tidak dianggap bid'ah?

Bid'ah apa yang dilakukan oleh keempat-empat imam mazhab (Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Ahmad bin Hanbal), sehingga kita harus menghalagi orang-orang awam taqlid kepada mereka? Masalah apa yang ditambah-tambahkan oleh keempat-empat imam mazhab yang tidak ada pada mujtahidin terdahulu iaitu zaman sahabat dan tabi'in?

Apa yang dianggap sebagai perbuatan baru yang dilakukan oleh para imam mazhab empat ialah usaha mereka mengodifikasikan Sunnah dan Fiqh. Di samping itu, juga meletakkan dasar-dasar dan method istinbath serta cara membahas suatu masalah.

Hasil usaha ini sedikit sebanyak telah mengurangkan perbezaan pendapat para ahli ra'yu dan ahli hadith sebelumnya sehingga tiang-tiang mazhab empat menjadi kukuh dan kuat. Kaedah-kaedah (method) dasar mazhab Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Asy Syafi'i dan Imam Ahmad bin Hanbal telah dibukukan. Demikian juga segala permaslaah yang bersumber dari kaedah-kaedah dasar tersebut.

Para ulama mazhab telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meneliti dan menyaring semua masalah. Usaha-usaha inilah yang menjamin kesinambungan (kelangsungan) mazhab empat hingga sekarang. Kitab-kitab mereka pun tersebar ke mana-mana dan mendapat dokongan para ulama dari semasa ke semasa meskipun mereka sepakat bahawa orang alim yang mempunyai kemampuan istinbath dan berijtihad dilarang taqlid kepada mereka.

Inilah masalah baru yang hanya ada pada mazhab empat dan tidak ada pada mazhab-mazhab lain. Kami tidak mengetahui bid'ah dan kesesatan yang dilakukan oleh berjuta-juta pengikut mazhab empat. Dengan alasan yang bagaimana Syeikh Khajandi menganggap bahawa mazhab-mazhab tersebut adalah bid'ah yang terjadi setelah 111 hijriyyah. Sehingga ia mengatakan orang-orang yang taqlid kepada mazhab empat bagaikan himar lepas tidak terkendali?

Dengan penjelasan terperinci tentang masalah taqlid yang disertai dalil-dalilnya. Juga tentang kedudukan mazhab empat bila dibandingkan dengan mazhab-mazhab sebelumnya. Para pembaca yang insaf tentunya dapat menilai syeikh Khajandi sebagai penulis Halil Muslimu Mulzamun Bittiba'i Madzabin Mu'ayyanin Minal Madzaahibil Arba'ah tersebut adalah menyimpang dari kebenaran.

Hukum Taqlid

Petikan di bawah di ambil dari Kitab Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syariiata Al Islamiyyah karangan Dr Said Ramadhan al Buthi untuk berhujjah dengan Kitab Halil Muslimu Mulzamun Bittiba'i Mazhabin Mua'yyanin Minal Madzaahibil Arba'ah karangan Syeikh Khajandi (Muhammad Sulthan Al Ma'shumi Al Khajandi Al Makki) - ulama wahhabi terkenal yang juga guru besar Masjidil Haram yang telah menghukum bahawa mengikut mazhab itu adalah haram dan mempromosikan bebas mazhab (Alla mazhabiyyah)


Taqlid
ialah mengikuti pendapat seseorang tanpa mengetahui hujah dan yang menunjukkan kebenaran pendapat tersebut. Dalam hal ini, tidak ada bezanya taqlid dan ittiba' kerana kedua-duanya mempunyai erti yang sama.

Dalam al Quran, ALLah 'azza wa Jalla menggunakan kata-kata ittiba' sebagai pengganti kata-kata taqlid, sebagaimana firman -Nya yang bermaksud :

"(Iaitu) ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat seksa, serta ketika segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti, "Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka sebagaimana mereka berlepas dari kami..."

(Surah al Baqarah : 166-167)


Tidak ada keraguan lagi bahawa yang dimaksudkan ittiba' dalam ayat itu ialah taqlid buta yang terlarang. Ada pun istilah yang anda (syeikh Khajandi) pergunakan membezakan erti taqlid dan ittiba' dalam masalah ini, hanya ada dua alternatif iaitu :

Apabila anda (Syeikh Khajandi) mengerti dalil-dalil dan mempunyai kemampuan melakukan istinbath bererti anda adalah seorang mujtahid.

Tetapi apabila anda (Syeikh Khajandi) tidak mengerti dalil dan tidak menguasai cara-cara melakukan istinbath, anda adalah orang yang taqlid kepada mujtahid. Ada pun banyaknya lafaz dan istilah tidak akan mengubah kenyataan ini.

Kemudian, apakah dalil-dalil yang menunjukkan bahawa taqlid itu wajib dilaksanakan bila kita tidak mampu berijtihad? Berikut ini kami (Prof Dr Muhammad Said Ramadhan al Buthi) tunjukkan dalil dari beberapa segi :

Pertama :
ALLah subahanahu wa ta'ala berfirman bermaksud :
"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui" - (Surah an Nahl:43)


Para ulama telah sepakat bahawa ayat itu merupakan perintah kepada orang yang tidak mengerti hukum dan dalil agar mengikuti orang yang memahaminya. Seluruh ulama usul telah menetapkan ayat itu sebagai dasar pertama untuk mewajibkan orang awam agar taqlid kepada mujtahid.

Semakna dengan ayat itu, firman ALLah subahanahu wa ta'ala yang bermaksud :

"Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang beriman (mukmin) itu pergi semuanya ke medan perang. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka, beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mreka itu dapat menjaga dirinya?" (Surah at Taubah : 122)


Dalam ayat ini, ALlah 'azza wa Jalla melarang semua orang pergi berperang dan melakukan jihad, tetapi memerintahkan agar segolongan dari mereka tetap tinggal di tempatnya untuk mempelajari ilmu agama sehingga bila yang pergi berperang telah kembali. Mereka akan mendapatkan orang-orang yang dapat memberikan fatwa tentang urusan halal dan haram serta menjelaskan hukum-hukum ALLah subahanahu wa ta'ala lainnya. (Al Jaami' Li Ahkaamil Quraan Imam Al Qurthubu, Jilid VIII, hlmn 293-294)

Kedua : Adanya ijma' yang menunjukkan bahawa para sahabat Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam tidak sama tingkatan ilmu dan tidak kesemuanya ahli fatwa sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu Khaldun. Dan masalah agama pun tidak diambil dari mereka semua. Di antara mereka ada yang menjadi mufti atau mujtahid, tetapi jumlahnya sangat sedikit dan ada pula yang meminta fatwa dan menjadi muqallid yang jumlahnya sangat banyak.

Para sahabat yang menjadi mufti (mujtahid) dalam menerangkan hukum agama, tidak selalu menerangkan dalil-dalilnya kepada yang meminta fatwa. RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah mengutus para sahabatnya yang ahli hukum ke daerah-daerah yang penduduknya tidak mengenal Islam. Selain hanya mengetahui aqidah dan rukun-rukun sahaja. Kemudian para penduduk daerah tersebut mengikuti fatwa utusan RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam dengan mengamalkan ibadah dan muamalah, serta segala macam urusan yang ada sangkut pautnya dengan halal dan haram.

Apabila para utusan rasul menjumpai masalah yang tidak ditemukan dalilnya dari Al Kitab (al Quran al Karim) dan As Sunnah ((al Hadith Asy Syarif), ia melakukan ijtihad dan memberi menurut petunjuk dari hasil ijtihadnya. Selanjutnya, penduduk setempat mengikuti fatwa tersebut.

Imam al Ghazali RahimahuLLah dalam kitabnya Al Mustashfa pada bab Taqlid dan Istisfa mengatakan :

"Dalil orang awam harus taqlid ialah ijma' sahabat. Mereka memberikan fatwa kepada orang awam, tanpa memerintahkannya untuk mencapai darjat ijtihad. Hal ini dapt diketahui dengan pasti dan dengan cara mutawatir, baik dari kalangan ulama mahupun awam."
Imam Al Amudi berkata dalam kitabnya Al Ihkaam fii Ushuulil Ahkaam, :

"Adapun dalil taqlid dari segi ijma' ialah orang awam pada zaman sahabat dan tabi'in, sebelum timbul golongan yang menentang, selalu meminta fatwa kepada para mujtahidin dan mengikuti mereka dalam urusan hukum syariat. Para ulama dari kalangan mereka dengan cepat menjawab pertanyaan-pertanyaan tanpa menyebutkan dalilnya dan tidak ada seorang pun yang ingkar. Hal ini bererti mereka telah ijma; bahawa seorang awam boleh mengikuti mujtahid secara mutlak."


Bersambung ..

Rabu, 24 Disember 2008

Hukum Menggunakan Tasbih

Ini ada jawapan dari Al Syeikh Atiah Soqr, salah seorang daripada mufti Mesir, pada tanggal Mei 1997, beliau telah ditanya mengenai penggunaan tasbih semasa berzikir, adakah ianya suatu amalan bid'ah?

Kesimpulannya, Al Syeikh Atiah telah menjawab soalan tersebut dengan menyatakan bahawa sesungguhnya perkataan tasbih itu sendiri memang bukan berasal daripada perkataan Arab. Katanya lagi : Mengikut kenyataan Profesor Sayyid Abu al Nasr Ahmad Al Husaini di dalam majalah Thaqafah al Hind, keluaran September, 1995 masehi :

"Tasbih ialah suatu alat ibadah yang telah dicipta oleh penganut Agama Brahmiah di India. Kemudiannya merebak ke dalam agama-agama lain dan juga terus meluas ke negara-negara lainnya. Tasbih mengikut bahasa sanskrit lama bermaksud "Rantai Zikir"

"Kemudian bilangan tasbih dan susunannya berbeza mengikut golongan Agama Brahmiah yang berbagai-bagai puak. Ada setengah puak Brahmi, bilangan tasbihnya sebanyak 84 biji dan setengahnya pula 108 biji. Ketika munculnya Agama Buddha di India selepas Agama Brahmiah, para saminya telah memilih menggunakan tasbih berjumlah 108 biji. Setelah penggunaan tasbih oleh penganut Agama Buddha telah berleluasa ke negara-negara lain, paderi-paderi Kristian pula mengikut jejak langkah mereka. Semua ini berlaku sebelum daripada kedatangan Islam."

"Agama Islam, selepas kemunculannya, telah memerintahkan penganutnya supaya mengingati ALlah subahanahu wa ta'ala. Di antaranya dengan cara berzikir. Ada di antara zikir tersebut diperintahkan supaya dilakukan pada waktu-waktu tertentu dan dengan jumlah yang tertentu.

Seperti berzikir selepas solat fardhu dengan bilangan tertentu. Ini semua memerlukan sesuatu untuk dijadikan alat sebagai penghitung jumlah zikir."

"Islam tidak pernah mewajibkan alat-alat tertentu sebagai penghitung jumlah zikir. Kerana alat itu bukannya matlamat ibadah, ianya hanya sebagai penolong kepada kerja ibadah. Dasar dalam Islam ialah selagi alat itu tidak bertentangan dengan dasar yang telah digariskan oleh Islam maka ianya harus digunakan. Oleh itu, Umat Islam bebas menggunakan apa jua alat yang mengikut pandangan mereka, sesuai digunakan sebagai penghitung zikir.


Sungguhpun begitu, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang tercatat dalam hadith sahih telah mengajar umatnya supaya berzikir dengan menggunakan jari-jari tangan sebagai suatu alat untuk menghitung zikir. Kelebihannya ialah semua jari-jari tangan akan menjadi saksi kepada ucapan zikir yang akan dilakukan.

Dalam masa yang sama, RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam tidak pernah menghalang umatnya daripada menggunakan alat-alat lain sebagai penghitung zikir bahkan beliau telah memperakuinya.

Buktinya, beberapa orang sahabat nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah menjadikan biji-biji tamar, anak-anak batu, simpulan benang dan lainnya sebagai alat untuk menghitung jumlah zikir mereka.

Begitu juga tidak pernah tercatat di dalam riwayat hadith, sama ada sahih atau dhaif bahawa RasuLlah telah mengingkarinya.

Rujuk - Fatawa al Azhar (jilid 9, m.s 11)

Sumber Ambilan :Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman al Hafiz, Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya, Suatu Kajian Terperinci Berdasarkan Hadith Dan Ulama'Muktabar, Cetakan Pertama 2008, D'nonce Sdn Bhd, Kelantan

Prof Dr Syed Muhammad Alawi Al Maliki Bab 3

Senarai di atas merupakan antara kitab As-Sayyid Muhammad yang telah dihasilkan dan diterbitkan. Terdapat banyak lagi kitab yang tidak disebutkan dan juga yang belum dicetak.Kita juga tidak menyebutkan banyak penghasilan turath yang telah dikaji, dan diterbitkan buat pertama kali, dengan nota kaki dan komentar dari As-Sayyid Muhammad. Secara keseluruhannya, sumbangan As-Sayyid Muhammad amat agung.Banyak hasil kerja As-Sayyid Muhammad telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa.

Mafahim Yujibu an-Tusahhah (Konsep-konsep yang perlu diluruskan) adalah salah satu kitab karya Sayyid Muhammad, red.) bersinar layaknya suatu kemilau mutiara. Inilah seorang manusia yang menantang rekan-rekan senegaranya, kaum Salafi-Wahhabi, dan membuktikan kesalahan doktrin-doktrin mereka dengan menggunakan sumber-sumber dalil mereka.
Untuk keberanian intelektualnya ini, Sayyid Muhammad dikucilkan dan dituduh sebagai “seorang yang sesat”. Beliau pun dicekal dari kedudukannya sebagai pengajar di Haram (yaitu di Masjidil Haram, Makkah, red.). Kitab-kitab karya beliau dilarang, bahkan kedudukan beliau sebagai professor di Umm ul-Qura pun dicabut. Beliau ditangkap dan passport-nya ditahan. Namun, dalam menghadapi semua hal tersebut, Sayyid Muhammad sama sekali tidak menunjukkan kepahitan dan keluh kesah. Beliau tak pernah menggunakan akal dan intelektualitasnya dalam amarah, melainkan menyalurkannya untuk memperkuat orang lain dengan ilmu (pengetahuan) dan tasawwuf.
Pada akhir hayatnya yang berkenaan dengan adanya kejadian teroris di Saudi Arabia, beliau mendapatkan undangan dari ketua umum Masjidil Haram Syeikh sholeh bin Abdurahman Alhushen untuk mengikuti “Hiwar Fikri” di Makkah yang diadakan pada tg 5 sd 9 Dhul Q’idah 1424 H dengan judul “Al-qhuluw wal I’tidal Ruya Manhajiyyah Syamilah”, di sana beliau mendapat kehormatan untuk mengeluarkan pendapatnya tentang thatarruf atau yang lebih poluler disebut ajaran yang beraliran fundamentalists atau extremist. Dan dari sana beliau telah meluncurkan sebuah buku yang sangat popular dikalangan masyarakat Saudi yang berjudul “Alqhuluw Dairah Fil Irhab Wa Ifsad Almujtama”. Dari situ, mulailah pandangan dan pemikiran beliau tentang da’wah selalu mendapat sambutan dan penghargaan masyarakat luas.

Pada tg 11/11/1424, beliau mendapat kesempatan untuk memberikan ceramah di hadapan wakil raja Amir Abdullah bin Abdul Aziz yang isinya beliau selalu menggaris-bawahi akan usaha menyatukan suara ulama dan menjalin persatuan dan kesatuan da’wah.

Beliau wafat meninggalkan 6 putra, Ahmad, Abdullah, Alwi, Ali, al- Hasan dan al-Husen dan beberapa putri-putri yang tidak bisa disebut satu persatu disini .

Beliau wafat hari jumat tg 15 ramadhan 1425 dan dimakamkan di pemakaman Al-Ma’lah disamping kuburan istri Rasulallah Khadijah binti Khuailid ra. Dan yang menyaksikan penguburan beliau seluruh umat muslimin yang berada di Makkah pada saat itu termasuk para pejabat, ulama, para santri yang datang dari seluruh pelosok negeri, baik dari luar Makkah atau dari luar negri. Semuanya menyaksikan hari terakhir beliau sebelum disemayamkan, semua menyaksikan janazah beliau setelah disembahyangkan di Masjidil Haram ba’da sholat isya yang dihadiri oleh tidak kurang dari sejuta manusia. Begitu pula selama tiga hari tiga malam rumahnya terbuka bagi ribuan orang yang ingin mengucapkan belasungkawa dan melakukan `aza’. Dan di hari terakhir `Aza, wakil Raja Saudi, Amir Abdullah bin Abdul Aziz dan Amir Sultan datang ke rumah beliau untuk memberikan sambutan belasungkawa dan mengucapkan selamat tinggal kepada pemimpin agama yang tidak bisa dilupakan umat.

Semoga kita bisa meneladani beliau. Amien.

Sumber:
http://www.almihrab.com/
KLIK SINI
http://www.asyraaf.com/v2/manaqib.php?op=2&id=15

Prof Dr Syed Muhammad Alawi Al Maliki Bab 2

Tulisan Beliau

Di samping tugas beliau sebagai da’i, pengajar, pembibing, dosen, penceramah dan segala bentuk kegiatan yang bermanfaat bagi agama, beliau pula seorang pujangga besar dan penulis unggul. Tidak kurang dari 100 buku yang telah dikarangnya, semuanya beredar di seluruh dunia. Tidak sedikit dari kitab2 beliau yang beredar telah diterjemahkan kedalam bahasa Inggris, Prancis, Urdu, Indonesia dll.
Sayyid Muhammad merupakan seorang penulis prolifik dan telah menghasilkan hampir seratus buah kitab. Beliau telah menulis dalam pelbagai topik agama, undang-undang, social serta sejarah, dan kebanyakan bukunya dianggap sebagai rujukan utama dan perintis kepada topik yang dibicarakan dan dicadangkan sebagai buku teks di Institusi-institusi Islam di seluruh dunia. Kita sebutkan sebahagian hasilnya dalam pelbagai bidang:

Aqidah:

1. Mafahim Yajib an Tusahhah
2. Manhaj As-salaf fi Fahm An-Nusus
3. At-Tahzir min at-Takfir
4. Huwa Allah
5. Qul Hazihi Sabeeli
6. Sharh ‘Aqidat al-‘Awam

Tafsir:

1. Zubdat al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an
2. Wa Huwa bi al-Ufuq al-‘A’lah
3. Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ulum al-Quran
4. Hawl Khasa’is al-Quran

Hadith:

1. Al-Manhal al-Latif fi Usul al-Hadith al-Sharif
2. Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith
3. Fadl al-Muwatta wa Inayat al-Ummah al-Islamiyyah bihi
4. Anwar al-Masalik fi al-Muqaranah bayn Riwayat al-Muwatta lil-Imam Malik

Sirah:

1. Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasallam) al-Insan al-Kamil
2. Tarikh al-Hawadith wa al-Ahwal al-Nabawiyyah
3. ‘Urf al-Ta’rif bi al-Mawlid al-Sharif
4. Al-Anwar al-Bahiyyah fi Isra wa M’iraj Khayr al-Bariyyah
5. Al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah
6. Zikriyat wa Munasabat
7. Al-Bushra fi Manaqib al-Sayyidah Khadijah al-Kubra

Usul:

1. Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi Usul al-Fiqh
2. Sharh Manzumat al-Waraqat fi Usul al-Fiqh
3. Mafhum al-Tatawwur wa al-Tajdid fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah

Fiqh:

1. Al-Risalah al-Islamiyyah Kamaluha wa Khuluduha wa ‘Alamiyyatuha
2. Labbayk Allahumma Labbayk
3. Al-Ziyarah al-Nabawiyyah bayn al-Shar‘iyyah wa al-Bid‘iyyah
4. Shifa’ al-Fu’ad bi Ziyarat Khayr al-‘Ibad
5. Hawl al-Ihtifal bi Zikra al-Mawlid al-Nabawi al-Sharif
6. Al-Madh al-Nabawi bayn al-Ghuluww wa al-Ijhaf

Tasawwuf:

1. Shawariq al-Anwar min Ad‘iyat al-Sadah al-Akhyar
2. Abwab al-Faraj
3. Al-Mukhtar min Kalam al-Akhyar
4. Al-Husun al-Mani‘ah
5. Mukhtasar Shawariq al-Anwar

Lain-lain:

1. Fi Rihab al-Bayt al-Haram (Sejarah Makkah)
2. Al-Mustashriqun Bayn al-Insaf wa al-‘Asabiyyah (Kajian Berkaitan Orientalis)
3. Nazrat al-Islam ila al-Riyadah (Sukan dalam Islam)
4. Al-Qudwah al-Hasanah fi Manhaj al-Da‘wah ila Allah (Teknik Dawah)
5. Ma lah ‘Aynun ra’at (Butiran Syurga)
6. Nizam al-Usrah fi al-Islam (Peraturan Keluarga Islam)
7. Al-Muslimun Bayn al-Waqi‘ wa al-Tajribah (Muslimun, Antara Realiti dan Pengalaman)
8. Kashf al-Ghumma (Ganjaran Membantu Muslimin)
9. Al-Dawah al-Islahiyyah (Dakwah Pembaharuan)
10. Fi Sabil al-Huda wa al-Rashad (Koleksi Ucapan)
11. Sharaf al-Ummah al-Islamiyyah (Kemulian Ummah Islamiyyah)
12. Usul al-Tarbiyah al-Nabawiyyah (Metodologi Pendidikan Nabawi)
13. Nur al-Nibras fi Asanid al-Jadd al-Sayyid Abbas (Kumpulan Ijazah Datuk beliau, As-Sayyid Abbas)
14. Al-‘Uqud al-Lu’luiyyah fi al-Asanid al-Alawiyyah (Kumpulan Ijazah Bapa beliau, As-Sayyid Alawi)
15. Al-Tali‘ al-Sa‘id al-Muntakhab min al-Musalsalat wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
16. Al-‘Iqd al-Farid al-Mukhtasar min al-Athbah wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)

Prof Dr Syed Muhammad Alawi Al Maliki

Sayyid Muhammad ibn Alawi Al Maliki (1365-1425 H / 2004 M)
Published Date: June 23rd, 2007
Category: Abad 15, Tokoh Islam


Sayyid Prof. Dr. Muhammad ibn Sayyid ‘Alawi ibn Sayyid ‘Abbas ibn Sayyid ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani al-Makki al-Asy’hari asy-Syadzili lahir di Makkah pada tahun 1365 H. Pendidikan pertamanya adalah Madrasah Al-Falah, Makkah, dimana ayah beliau Sayyid Alawi bin Abbas al Maliki sebagai guru agama di sekolah tersebut yang juga merangkap sebagai pengajar di halaqah di Haram Makki, dekat Bab As-salam

Ayah beliau, Sayyid Alwi bin Abbas Almaliki (kelahiran Makkah tahu 1328H), seorang alim ulama terkenal dan ternama di kota Makkah. Disamping aktif dalam berdawah baik di Masjidil Haram atau di kota kota lainnya yang berdekatan dengan kota Makkah seperti Thoif, Jeddah dll, Sayyid Alwi Almaliki adalah seorang alim ulama yang pertama kali memberikan ceramah di radio Saudi setelah salat Jumat dengan judul “Hadist al-Jumah”. Begitu pula ayah beliau adalah seorang Qadhi yang selalu di panggil masyarakat Makkah jika ada perayaan pernikahan.

Selama menjalankan tugas da’wah, Sayyid Alwi bin Abbas Almaiki selalu membawa kedua putranya Muhammad dan Abbas. Mereka berdua selalu mendampinginya kemana saja ia pergi dan berceramah baik di Makkah atau di luar kota Makkah. Adapun yang meneruskan perjalanan dakwah setelah wafat beliau adalah Sayyid Muhammad bin Alwi Almaliki dan Sayyid Abbas selalu berurusan dengan kemaslahatan kehidupan ayahnya.

Sebagaimana adat para Sadah dan Asyraf ahli Makkah, Sayyid Alwi Almaliki selalu menggunakan pakaian yang berlainan dengan ulama yang berada di sekitarnya. Beliau selalu mengenakan jubbah, serban (imamah) dan burdah atau rida yang biasa digunakan dan dikenakan Asyraf Makkah.

Setelah wafat Sayyid Alwi Almaiki, anaknya Sayyid Muhammad tampil sebagai penerus ayahnya. Dan sebelumnya ia selalu mendapatkan sedikit kesulitan karena ia merasa belum siap untuk menjadi pengganti ayahnya. Maka langkah pertama yang diambil adalah ia melanjutkan studi dan ta’limnya terlebih dahulu. Beliau berangkat ke Kairo dan Universitas al-Azhar Assyarif merupakan pilihanya. Setelah meraih S1, S2 dan S3 dalam fak Hadith dan Ushuluddin beliau kembali ke Makkah untuk melanjutkan perjalanan yang telah di tempuh sang ayah. Disamping mengajar di Masjidi Haram di halaqah, beliau diangkat sebagai dosen di Universitas King Abdul Aziz- Jeddah dan Univesitas Ummul Qura Makkah bagian ilmu Hadith dan Usuluddin. Cukup lama beliau menjalankan tugasnya sebagai dosen di dua Universiatas tsb, sampai beliau memutuskan mengundurkan diri dan memilih mengajar di Masjidil Haram sambil menggarap untuk membuka majlis ta’lim dan pondok di rumah beliau.

Adapun pelajaran yang di berikan baik di masjid haram atau di rumah beliau tidak berpoin kepada ilmu tertentu seperti di Universitas. Akan tetapi semua pelajaran yang diberikannya bisa di terima semua masyarakat baik masyarakat awam atau terpelajar, semua bisa menerima dan semua bisa mencicipi apa yang diberikan Sayyid Maliki. Maka dari itu beliau selalu menitik-beratkan untuk membuat rumah yang lebih besar dan bisa menampung lebih dari 500 murid apa hari yang biasa dilakukan selepas sholat Maghrib sampai Isya di rumahnya di Hay al Rashifah. Begitu pula setiap bulan Ramadan dan hari raya beliau selalu menerima semua tamu dan muridnya dengan tangan terbuka tanpa memilih golongan atau derajat. Semua di sisinya sama tamu-tamu dan murid murid, semua mendapat penghargaan yang sama dan semua mencicipi ilmu bersama-sama.

Dari rumah beliau telah keluar ulama-ulama yang membawa panji Rasulallah ke suluruh pelosok permukaan bumi. Di mana negara saja kita dapatkan murid beliau, di India, Pakistan, Afrika, Eropa, Amerika, apa lagi di Asia yang merupakan sebagai orbit dahwah sayid Muhammad Almaliki, ribuan murid murid beliau yang bukan hanya menjadi kyai dan ulama akan tetapi tidak sedikit dari murid2 beliau yang masuk ke dalam pemerintahan.

Di samping pengajian dan taklim yang rutin di lakukan setiap hari pula beliau telah berusaha mendirikan pondok yang jumlah santrinya tidak sedikit, semua berdatangan dari seluruh penjuru dunia, belajar, makan, dan minum tanpa di pungut biaya sepeser pun bahkan beliau memberikan beasiswa kepada para santri sebagai uang saku. Setelah beberapa tahun belajar para santri dipulangkan ke negara-negara mereka untuk menyiarkan agama.

Sayid Muhammad Almaliki dikenal sebagai guru, pengajar dan pendidik yang tidak beraliran keras, tidak berlebih-lebihan, dan selalu menerima hiwar dengan hikmah dan mauidhah hasanah. Beliau ingin mengangkat derajat dan martabat Muslimin menjadi manusia yang berperilaku baik dalam muamalatnya kepada Allah dan kepada sesama, terhormat dalam perbuatan, tindakan serta pikiran dan perasaannya. Beliau adalah orang cerdas dan terpelajar, berani dan jujur serta adil dan cinta kasih terhadap sesama. Itulah ajaran utama Sayyid Muhammad bin Alwi Almaliki.

Beliau selalu menerima dan menghargai pendapat orang dan menghormati orang yang tidak sealiran dengannya atau tidak searah dengan thariqahnya.

Dalam kehidupannya beliau selalu bersabar dengan orang-orang yang tidak bersependapat baik dengan pemikirannya atau dengan alirianya. Semua yang berlawanan diterima dengan sabar dan usaha menjawab dengan hikmah dan menklirkan sesuatu masalah dengan kenyataan dan dalil-dalil yang jitu bukan dengan emosi dan pertikaian yang tidak bermutu dan berkesudahan. Beliau tahu persis bahwa kelemahan Islam terdapat pada pertikaian para ulamanya dan ini memang yang di inginkan musuh Islam. Sampai-sampai beliau menerima dengan rela digeser dari kedudukannya baik di Universitas dan ta’lim beliau di masjidil Haram. Semua ini beliau terima dengan kesabaran dan keikhlasan bahkan beliau selalu menghormati orang orang yang tidak bersependapat dan sealiran dengannya, semasih mereka memiliki pandangan khilaf yang bersumber dari al-Quran dan Sunah.

Adapun ulama yang telah mendapat gemblengan dari Sayyid Muhammad bin Alwi Almaliki, mereka pintar-pintar dan terpelajar. Di samping menguasai bahasa Arab, mereka menguasai ilmu-ilmu agama yang cukup untuk dijadikan marja’ dan reference di negara-negara mereka.

Imam An Nawawi Bab 2

Ketegangan ini membuatkan Sultan Zhahir murka kepadanya dan Baginda mengeluarkan perintah supaya Imam Nawawi segera keluar meninggalkan Damsyik. Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala menerima perintah pengusirannya dengan hati yang lapang kerana beliau tidak mempunyai sebarang hajat di sisi makhluk ini dan beliau juga tidak mempunyai apa-apa kepentingan, baik dari segi kedudukan ataupun harta benda.

Maka Imam Nawawi rahimahuLlahu ta'ala dengan segera mengembailkan kitab-kitab yang beliau pinjam dan beliau juga pergi menziarahi kubur guru-gurunya untuk mendoakan mereka dan juga menziarahi sahabat-sahabatnya.

Yang masih hidup untuk meminta maaf dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Setelah itu terus sahaja Imam Nawawi balik ke Kampung di Nawa. Dan setelah beliau bertemu ayah dan keluarganya beliau pergi menziarahi ke Baitul Maqdis dan al Khalil lalu beliau kembali semula ke kampung halamannya.

Di Pihak Sultan zhahir Baibras pula, walaupun telah mendapat fatwa dari ulama yang lain yang membenarkan Baginda mengutip sebahagian harta rakyat untuk persiapan perang namun kerana fatwa ini masih belum disokong oleh Imam Nawawi RahimahuLLahu ta'ala maka Baginda sultan masih belum berani bertindak dan akhirnya kutipan itu tidak jadi dilaksanakan.


Para ulamak yang merupakan murid Imam Nawawi yang tinggal di Damsyik membuat rayuan kepada Sultan Zhahir supaya baginda berkenan membenarkan semula Imam Nawawi untuk mengajar di Damsyiq. Lalu para ulama ini berutus surat kepada Imam Nawawi dan merayu agar beliau dapat kembali semula mengajar di Damsyiq. Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala berkata : Aku tidak akan kembali mengajar di Damsyik kalau Sultan Zhahir masih berdaulat di sana.

Kemudian dengan kehendak ALLah ta'ala tidak lama kemudian selepas itu, Sultan Zhahir Baibras meninggal dunia dan dikuburkan di sana (Damsyiq). Manakala Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala pun jatuh sakit dan akhirnya beliau kembali ke rahmat ALlah di kampungnya., disisi orang tua dan keluarganya pada 24 Rejab 676Hijrah dan dikuburkan di sana (Nawa) dengan umur yang hanya 45 tahun sahaja. Tetapi dipenuhi dengan mujahadah dan keasyikan mencari ilmu serta menyebarkannya sehingga beliau meninggaldunia dalam keadaan bujang.


Sumber : Imam Nawawi, terjemahan Ahmad Fahmi Zamzam (Abu Ali Al Banjari An Nadwi Al Maliki) Bimbingan ke arah Ma'rifatuLlah, Bustanul 'Arifin (Taman Orang-orang yang Arifin), Terbitan Khazanah Banjariah, Maahad Tarbiah Islam, 2005.

Imam An Nawawi

Beliau adalah tokoh Islam yang sangat masyhur dan tidak asing lagi di kalangan umat ini. Beliau bergelar sebagai Al Hafiz yang bererti beliau telah menghafaz lebih 100,000 buah hadith. Dan beliau juga diberikan gelaran sebagai Syaikhul Islam yang mengarang berbagai-bagai kitab dalam berbagai tajuk yang penting.

Dan apabila kita menelaah kitab-kitab feqah dalam mazhab syafie rahimahuLlah ta'ala maka kita sentiasa menemui nama beliau di dalamnya. Bahkan ulama mazhab syafie telah bersepakat memuktamatkan pendapatnya dan merajihkannya (mengutamakannya) berbanding dengan pendapat ulama yang lain. Oleh kerana itulah beliau juga digelaskan sebagai Muharriul Mazhab iaitu - ulama yang dapat menghuraikan semula mazhab Syafie dengan kupasan yang sangat mantap sekali.

Nama beliau ialah : Yahya bin Syaraf, kunyahnya ialah Abu Zakaria dan nisbahnya ialah : An Nawawi kerana beliau dilahirkan dan juga meninggal dunia di sebuah tempat yang bernama "Nawa" di Hauran, Syria.

Beliau dilahirkan pada tahun 631 Hijrah di Nawa dan belajar asas-asas ilmu di kampungnya sendiri daripada beberapa orang ulama yang ada di sana.

Bakat Imam Nawawi sebenarnya terserlah sejak beliau masih kecil lagi. Maka adalah diriwayatkan bahawa pada suatu hati guru beliau yang bernama Syeikh Yasin bin Yusuf Zarkasyi rahimahuLLahu ta'ala melihat Imam Nawawi pada ketika itu berumur 7 tahun bersama dengan kanak-kanak lain di kampungnya. Syeikh Yasin ini melihat kawan-kawannya memaksa beliau untuk bermain bersama-sama dengan mereka, sedangkan beliau tidak mahu berbuat demikian lalu beliau duduk menyepi seorang diri di tepi jalan sambil menangis dan membaca al Quran al Karim.

Melihat keadaan ini guru beliau tadi jatuh hati dan sangat menaruh belas kasihan kepadanya lalu beliau menemui ayahnya dan menasihatkan supaya anak ini (Imam Nawawi) jangan dibiarkan bermain-main bersama-sama dengan kanak-kanak, tetapi hendaklah diberikan penumpuan untuk mengaji di madrasah. Maka adalah diharapkan beliau kelak akan menjadi seorang ulama yang besar pada zamannya.

Setelah kejadian itu, ayah Imam Nawawi terus sahaja memberikan penumpuan supaya anaknya dapat belajar lebih teratur dengan beberapa orang ulama yang ada di sekitar kampungnya, sehingga tibalah masanya untuk beliau dihantar melanjutkan pelajarannya ke Damsyik, ibu negeri Syria, iaitu pada tahun 649 Hijrah.

Di Damsyik Imam Nawawi rahimahuLLahu taala tinggal di asrama MAdarasah Ar Rahawiyyah yang ada di sebelah kiri masjid Bani Umayyah dan teruskan beliau duduk di asrama ini sehingga sampailah nanti saat beliau meninggalkan Damsyik iaitulah pada tahun 676 Hijrah.

Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala telah berguru kepada beberapa orang tokoh ulamak yang ada di zamannya. Di antaranya ialah :

1. Syeikh al Hafidz Abul Baqa' Khalid bin Yusuf ad Dimasyqi
2. syeikh al Qadhi Abu al Fadhal Abdul Karim bin al Qadhi Abil Qasim al Anshari ad Dimasyqi
3. Syeikh Imam AbduLlah Muhammad bin Abdul MUshin al Anshari ad Dimasyqi
4. Syeikh Abu Fadhal Muhammad bin Muhammad at Tamimi
5. Syeikh al Hafidz Abu Ishaq Ibrahim bin Isa al Muradi
6. Syeikh Abdul Aziz bin MUhammad al Anshari
7. Syeikh Imaduddin bin Abdul Karim al Kharastani

dan beberapa guru yang lain lagi.

Berkata Imam Ibn Athar RahimahuLLahu ta'ala seorang murid beliau yang kenamaan: adalah guru kami (Imam Nawawi) tidak pernah mensia-siakan masanya walau sedikit juapun samada di waktu siang atau malam sehingga beliau juga menggunakan masa berjalan untuk menghafaz ilmu.

Jadi kehidupan beliau dipenuhi dengan kesibukan mencari dan juga menyebarkan ilmu. Beliau sangat sabat dalam hidup yang penuh dengan kesusahan dan ujian. Beliau sangat wara' dalam pakaian dan makanan sehingga beliau tidak mahu menerima sebarang pemberian daripada orang lain kecuali dalam keadaan yang amat memaksa. Apa yang beliau pakai hanyalah pakaian yang dijahit dan dihantar oleh ibunya kepadanya dan makanan beliau pula ialah makanan yang dihatar oleh ayahnya atau keluarganya. Maka dalam hal ini beliau telah sampai ketingkatan warak yang amat tinggi sekali.

sangat banyak kitab-kitab yang beliau karang, dan telah mendapat sambutan daripad akalangan ulama semua mazhab. Secara khusus di dalam mazhab as Syafie rahimaullahu tala karangan Imam Nawawi adalah dirajihkan (dipilih) dan muktamadkan lebih daripada apa yang dikarang oleh para ulama yang lain. Ini berasaskan karangan beliau itu mudah difahami dan disokong oleh hujjah yang kuat dan jelas sekali.

Di antara kitab karangan beliau ialah :

1. Syarah Shahih Muslim
2. Riyadus Solehin
3. Hadith al Arbain (Hadith 40)
4. at Taqrib (fi ulumil hadith)
5. al Idhah (fil manasik)
6. at Tibyan Asma' wal Lughat
7. Bustanul Arifin

dan lain-lain lagi.

Dan beliau telah dilantik menjadi Syaikhul Hadith (guru dalam ilmu hadith) di Darul Hadith al Asyrafiyyah pada tahun 665 hijrah bagi menggantikan Syeikh Abu Syamah yang telah meninggal dunia. Maka teruslah beliau menjadi Syaikhul Hadith di Darul Hadith Al Asyrafiyyah ini sampai ke akhir hayat.

Walaupun pengkhususan Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala di bidang ilmu pengetahuan, namun beliau juga tidak melupakan tugasnya sebagai seorang ulamak yang menegakkan kebenaran, menyuruh dengan kebaikan dan melarang dari kemungkaran. Beliau sentiasa menghantar surat kepada raja-raja yang memerintah di zamannya supaya mereka berlaku adil dan menaruh belah kasihan terhadap rakyat. Dalam hal ini, beliau tidak takut mengatakan kebenaran dan sanggup menerima risiko yang akan menimpa.

Oleh kerana itu, tepat sekali apa yang diperkatakan oleh Imam syeikh Abul Abbas bin Farah rahimahuLLahu ta'ala :

Imam Nawawi telah sampai ke maqam yang tertinggi dalam tiga perkara, seandainya beliau sampau hanya kepada satu perkara sahaja di antara tida perkara itu, maka beliau telah layak untuk dijadikan ikutan.

Yang pertama - ialah dari segi kedalaman ilmu pengetahuan.
Yang kedua - dari segi kezuhudan terhadap dunia.
Yang ketiga - dari segi menyuruh dengan kebaikan dan melarang daripada kemungkaran.

Di saat-saat terakhir beliau berada di Damsyik terjadilah satu ketegangan antara beliau dengan Sultan yang memerintah ketika itu, iaitu Sultan Zhahir Baibras (625-676H). Ketegangan ini berpunca kerana Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala tidak mahu mengeluarkan fatwa bersama-sama dengan ulama lain yang mengharuskan Sultan mengambil sebahagian daripada harta rakyat untuk persiapan menghadapi serangan Bangsa Moghul (Tatar).

Keenganan Imam Nawawi ini adalah disebabkan beliau telah mengetahui dengan yakin bahawa sultan memiliki ratusan orang hamba perempuan di istananya, dan masing-masing mempunyai perhiasan yang mahal-mahal dan Sultan juga banyak memiliki hamba lelaki. Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala berkata :

Seandainya tuanku Sultan menjual semua hamba-hamba itu dan membelanjakan semua barang kemas yang ada pada mereka untuk keperluan perang, dan ternyata masih belum mencukupi, maka saya bersedia mengeluarkan fatwa bersama bagi membenarkan tuanku mengambil harta rakyat.

Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin

PEPATAH Arab menyebut, “masa itu ibarat pedang, kalau kita tidak memotongnya ia akan memotong kita.” Itulah yang menjadi pegangan penerima Anugerah Khas Maal Hijrah 1427 peringkat Negeri Sembilan, Muhammad Fuad Kamaludin, 32. Walaupun berada di Bumi Para Anbia’ Mesir hanya selama tiga tahun enam bulan tetapi beliau memanfaatkan sepenuhnya masa itu untuk berguru dengan lebih 40 ulama terkemuka di negara itu.

Istilah berguru di sini bukan seperti kaedah biasa yang diamalkan di kuliah pengajian universiti iaitu mengikut sukatan dalam dewan pengajian dengan pelajar yang ramai, sebaliknya anak muda ini berguru secara talaqqi iaitu berguru secara terus dengan para ulama berkenaan dalam kumpulan kecil untuk mendalami kitab pengajian daripada ‘kulit ke kulit’.

Tidak cukup dengan itu, ulama muda ini turut berkelana menimba ilmu daripada beberapa ulama terkenal dari seluruh dunia, antaranya pakar hadis Dr. Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki dari Mekah Al Mukarramah dan beberapa lagi tokoh dari Mesir, Syria, Yemen, Dubai dan Sudan.

Apa yang istimewa, kesemua guru beliau itu bukan setakat menganggapnya sebagai anak murid kebanggaan tetapi turut mengambilnya sebagai anak angkat. Kesemua mereka memberikan tauliah khusus kepadanya untuk menyampaikan ilmu yang diperoleh itu kepada umat Islam di seluruh dunia. Dr. Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki telah menganugerahkan gelaran keluarganya, Al Maliki, kepada beliau.

“Kadang-kadang jika saya terlewat atau terlelap kerana terlalu letih, yang mulia guru-guru saya ini akan datang ke rumah untuk bertanyakan khabar dan seterusnya memulakan kelas pengajian di situ,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Sembilan, Chengkau, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dari Universiti al-Azhar ini memberitahu bahawa beliau tidak memasuki kuliah seperti pelajar lain sepanjang berada di negara itu.

Muhammad Fuad hanya berurusan sebanyak dua kali sahaja dengan pentadbiran universiti iaitu untuk membuat kad pelajar dan menduduki peperiksaan akhir universiti.

“Saya bukan tidak mahu mengikuti pengajian kuliah tetapi saya ingin mengambil peluang berguru sendiri secara talaqqi dengan ulama terkenal di masjid-masjid dan rumah kediaman mereka. Sepanjang tiga tahun enam bulan berada di sana, rutin pengajian saya bermula seawal subuh sehingga larut malam setiap hari.

“Saya akan pergi berguru secara terus daripada ulama dan tuan punya kitab untuk mendalami ilmu agama secara kulit ke kulit dalam pelbagai disiplin seperti al-Quran, nahu, syariah, fikah, usuluddin, tasawuf dan tauhid,” kata Muhammad Fuad yang amat memuliakan kesemua gurunya.

Walaupun demikian, beliau diminta oleh rakan pelajar mengadakan sesi tuisyen khas bagi membantu mereka yang kurang memahami pengajaran di universiti. Anak bongsu daripada lima beradik dan anak lelaki tunggal kepada pasangan Kamaludin Mahat dan Zainab Mahmud itu berkata, kitab pertama yang ditulisnya ialah perbahasan dan perbincangan peribadi Rasulullah dalam bahasa Arab pada tahun 1993 selepas setahun berada di Mesir.

Disiplin

Sehingga kini, bapa kepada enam cahaya mata itu telah menghasilkan 115 kitab pelbagai disiplin dan digunakan oleh ahli-ahli agama. Ia menjadi rujukan ulama tempatan dan luar negara.

Kitab-kitab tersebut ialah tiga kitab tafsir, 19 kitab karangan hadis, sembilan kitab karangan tauhid, 14 kitab karangan fikah, sembilan kitab karangan tasawuf, enam kitab karangan sirah, 10 kitab karangan tokoh dan 44 kitab berkaitan amalan.

Malah, Muhammad Fuad yang juga Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan turut menulis 12 kitab bahasa Arab. Kitab Al Toli'al Sa'id Al Muntakhab Min Al Athbat Wal Al Asanid dan kitab al-Jawahir al- Ghawali min Asanid al-Imam al-Azhari yang berkaitan ilmu hadis diterbitkan di Mesir. Kitab itu mendapat pengiktirafan dan disahkan oleh para ulama al-Azhar, Mesir seperti Profesor Dr. Judah al Mahdi, Dekan Fakulti al-Quran dan Qiraat serta Ahli Lembaga Lujnah Tafsir al-Quran al-Azhar.

Ketokohan anak muda ini bukan sahaja diperakui dalam negara. Beliau turut mendapat undangan berceramah dan pidato serta membentangkan kertas kerja di Singapura, Mesir dan Mekah di hadapan para ilmuwan Islam lain.

Menceritakan proses penulisan buku, Muhammad Fuad mensyaratkan dirinya menghasilkan sekurang-kurangnya empat buah kitab sebulan.

“Guru saya pernah berpesan bahawa adalah menjadi satu keaiban kepada seorang pelajar dan pemimpin ilmu yang tidak membawa bersamanya buku nota dan pen kerana setiap benda yang dilihat adalah maklumat dan ilmu berguna baginya,” katanya yang memetik pesanan gurunya, Syeikh Ghassan al Bahrimi.

Beliau, bagaimanapun, mengakui dirinya terlalu kerdil dan ketinggalan berbanding ulama silam yang mampu menghasilkan beribu-ribu jilid kitab pelbagai disiplin dalam keadaan serba kekurangan berbanding muslim masa kini yang memiliki segala kemudahan dan teknologi canggih.

“Sebagai contoh, Ibn Shahin menulis 33,000 kitab dan kitab tafsir sebanyak 1,000 jilid; Abu Hasan al-Asyari menulis lebih 600 jilid kitab dan ulama tafsir, Ibn Tabari juga telah mensyaratkan dirinya menulis setiap hari sebanyak 40 helai.

“Tanpa elektrik, komputer dan internet, mereka masih boleh menghasilkan karya bermutu yang menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia hingga kini. Justeru, tidak mustahil bagi kita yang memiliki segala-gala kemudahan itu untuk turut sama berbuat demikian,” katanya yang amat mengasihi Rasulullah dan keluarganya serta menolak fahaman yang menyalahi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selepas pulang ke Malaysia pada 1996, anak jati Kampung Chenong Chengkau, Rembau ini membuka pondok pengajiannya seluas 0.2 hektar dalam kawasan tanah milik ibunya dengan modal RM17. Ketika itu beliau berusia 22 tahun.

Kini, penuntutnya semakin bertambah sehingga beliau memerlukan kawasan yang lebih besar. Maka kawasan kira-kira empat hektar di Kampung Sembilan, Chengkau telah dipilih bagi menubuhkan Surau al-Taufiqi al-Husaini.

Usaha tersebut, bagaimanapun, menerima pelbagai tohmahan dan fitnah. Orang memfitnahnya mengatakannya membawa fahaman yang sesat.

“Atas dasar keikhlasan untuk berdakwah semata-mata untuk keredaan Allah, maka segala cabaran dan dugaan itu berjaya diatasi dan kini masyarakat mulai dapat menerima usaha yang saya jalankan,” katanya.

Muhammad Fuad tidak pernah menjadikan usia mudanya sebagai halangan untuk menyampaikan ilmu yang diperoleh daripada guru-gurunya yang bersambung terus sanad mereka dengan Rasulullah.

“Saya tidak berasa tekanan. Saya percaya bahawa setiap niat ikhlas nescaya akan mendapat kekuatan daripada Allah yang disertakan sekali dengan restu dan ijazah yang diberikan oleh kesemua guru-guru saya,” ujar beliau.

Beliau menekankan perasaan rendah diri dan tawaduk terhadap kekurangan diri di hadapan Allah Yang Maha Esa dengan mempercayai bahawa setiap nikmat yang diperoleh adalah segala-galanya daripada Pencipta.

“Saya seboleh-bolehnya mengamalkan pendekatan ahli sufi iaitu menganggap orang tua lebih hebat kerana mempunyai banyak ilmu dan amal; orang muda lebih hebat kerana tidak banyak melakukan dosa berbanding orang yang lebih berusia; dan orang jahil lebih beruntung kerana mereka melakukan maksiat kerana tidak berilmu berbanding orang yang berilmu tetapi masih melakukan maksiat,” katanya.