CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :
Isnin, 10 Julai 2017
APAKAH MAZHAB SYAH WALIYULLAH AD-DEHLAWI?
Para ulama berpendapat Syaikh Ahmad Sirhindi adalah mujaddid kurun ke 11 manakala mujaddid kurun ke 12 ialah Syah Waliyullah ad-Dehlawi.
Mereka berdua adalah tokoh inspirasi kepada penubuhan Madrasah Deobandi yang jelas bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. Namun, ada segolongan "ahli hadis" atau lebih mesra dipanggil "wahabi" telah mengklaim Syah Waliyullah sebagai golongan mereka. Astaghfirullah al azim.
Sebuah manuskrip Sahih Bukhari kepunyaan anak murid Shah Waliyullah (d.1176/1763) yang bernama Muhammad b. Pir Muhammad b. Sheikh Abi Al Fath ditemui di perpustakaan Khuda Bakhs di negeri Bihar, India.
Di bahagian akhir Sahih Bukhari tersebut terdapat kenyataan ijazah hadith yang ditulis sendiri oleh Shah Waliyullah yang dimulakan dengan catatan sanadnya sehingga Imam Bukhari.
Muridnya itu juga menyatakan bahawa beliau tamat mempelajari Sahih Bukhari dengan gurunya itu pada tanggal 6 Syawwal 1159H (21 October 1746) berdekatan dengan sungai Jamna di Masjid Jami` Fairuzi.
Kalimah akhir yang dilakarkan oleh Shah Waliyullah itu memaparkan mazhabnya dari sudut akidah, fekah dan tasawwuf.
العمري نسبا، الدهلوي وطنا، الأشعري عقيدة، الصوفي طريقة، الحنفي عملا، والحنفي
الشافعي تدريسا، خادم التفسير والحديث والفقه والعربية والكلام.....23 شوال 1159هـ
Umari- dari segi nasab (keturunan Umar ra)
Dehlawi - dari segi watan (tinggal di Delhi)
Ashari - dari segi akidah (bermazhab Ashariah)
Sufi - dari segi tarikat kerohanian
Hanafi- dari segi mazhab (mazhab yg diamalkan)
Hanafi Shafie- dari segi pengajaran (tidak terikat kpd mazhab ketika mengajar dan menulis. Merajihkan apa yang rajih tetapi hanya berpegang kpd Hanafi dari segi amalan. Hal ini juga diwarisi oleh sesetengan ulama Deoband)
Khadim kpd ilmu tafsir, Hadith, Fekah, B. Arab dan Ilmu Kalam.
Di bawah tulisan ini terdapat pengesahan oleh anak Shah Waliyullah iaitu Shah Rafiuddin (d.1233/1817) dgn katanya "Tidak dpt diragukan lagi tulisan di atas adalah tulisan ayahandaku".
(Dipetik drp: Muqadimah kitab Rahmatullah Al Wasiah (رحمة الله الواسعة) Syarah Urdu Hujatullah Balighah (حجة الله البالغة) oleh Muhadith Maulana Said Ahmad Palanpuri, p.51)
Sumber: Maulana Zaharudin Nawi
*Kepada "ahli hadis" mahupun "Wahabi" mohon sedar diri. Jangan sesekali menggunakan nama beliau untuk menyokong mazhab kalian. Beliau bukan bermazhab Salafi atau ghair muqallid.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan