Oleh : Maulana Lutfi terjemahan dari kitab Maulana Asyraf Ali Tanwi didalam kitabnya Tuhfah Ulama
Fawaid Tanwi
Bidang Munazoroh
1- Debat adalah satu bidang yang khusus. Ia mempunyai kaedah yang tertentu
2- Kaedahnya berasaskan dalil akli
3- Jika sesuatu debat itu dilaksanakan tanpa mematuhi usul dan kaedah tersebut maka dia hanyalah sebuah debat yang sia-sia
4- Faedah debat ialah kerana aliran batil bertambah setiap zaman dan mereka aktif menyebarkan kebatilan mereka. Sekiranya mereka dibiarkan tanpa disanggah maka masyarakat umum akan terpengaruh dengan kebatilan dan kesesatan mereka
5- Dengan memberi jawaban terhadap kebatilan mereka terdapat dua faedah. Pertama menyelamatkan masyarakat awam dan yang kedua dalam sesetengah situasi mungkin mereka yang berada dalam aliran salah dan batil mendapat hidayah dan petunjuk
6- Dalam menangani masalah aliran batil terdapat dua cara
7- Pertama debat secara bersemuka atau secara bertulis dibuat terus dengan aliran tersebut
8- Yang kedua tidak dibuat debat secara langsung dengan mereka tetapi dibuat ceramah dan penerangan umum tanpa dibuat debat khas.
9- Didalam ceramah umum tersebut dijelaskan dan diwar-war kan perkara yang sebenar dan disanggah segala kebatilan
10- Ataupun secara ringkasnya kita menggunakan kaedah kamu serang kami terang
11- Dalam situasi berdebat dengan ahli batil yang dijangka tidak akan mendatangkan faedah kerana mereka mengamalkan polisi 'keras kepala' maka menganjurkan debat adalah perbuatan sia-sia.
12- Adalah lebih baik dalam situasi seperti ini disebar luaskan perkara haq diulang-ulang dalam setiap majlis supaya hak terpahat dan tersemat dalam diri masyarakat
13- Inilah cara para Nabi mereka tidak membazirkan masa berdebat dengan orang kafir yang keras kepala
Berdebat dalam masalah fiqh khilafiyyah
14- Kebanyakan masalah fiqh adalah perkara khilaf
15- Masalah khilafiyyah seperti ini hanya ulama bidang sahaja yang boleh membincangkannya
16- Syarat perbincangan ialah jangan ia disertai oleh kemarahan dan kebencian
17- Setiap pembahas jangan beriktikad bahawa pendapatnya secara qati'e adalah hak dan pendapat lawan secara qati'e adalah batil
18- Masing-masing memasang azam dan niat akan meninggalkan pendapatnya sekiranya ternyata salah
19- Hendaklah perbahasan tersebut tidak dibuat di hadapan awam
20- Sekiranya ia dibuat secara bersemuka , hanya kumpulan khas sahaja yang dibenarkan menghadirinya
21- Sekiranya secara bertulis jangan ditulis dengan bahasa yang boleh difahami umum
22- Contohnya di India ditulis dalam bahasa Arab. Supaya sekiranya terdedah kepada awam maka ia tidak menjadi punca perbalahan
23- Inilah cara ulama silam
24- Bukan seperti hari ini golongan yang mengatakan qunut tidak sunat mereka menganggap orang yang membaca qunut semuanya sesat dan pelaku bidah. Begitu juga sebaliknya golongan yang membaca qunut menganggap mereka yang tidak membaca qunut sebagai sesat
25- Puncanya ialah para asatizah yang bercakap tidak kena pada tempatnya dan kepada orang yang salah
Syarat debat
26- Masalah yang ingin didebatkan ialah perkara yang penting dan maksud didalam agama
27- Niat didalam hati saya akan berpegang dengan kebenaran ketika ia muncul walaupun diatas lidah lawan saya
28- Bersikap kasih terhadap lawan
29- Sekiranya lawan tidak layak dikasihi maka hendaklah debat dijalankan dengan mengamalkan sifat sabar dan insaf
30- Sekiranya terdapat petunjuk yang menandakan pihak lawan mengamalkan polisi sombong dan keras kepala maka tinggalkan sahaja perdebatan itu
31- Menjaga bahasa dan akhlak
32- Berani mengatakan saya tidak tahu pada perkara yang kita tidak tahu dan faham
33- Sekiranya perdebatan tidak mematuhi syarat ini seperti banyak perdebatan yang berlaku pada zaman ini maka secara pasti ia hanyalah perdebatan yang membawa mudharat sahajaberbanding kebaikan
Hukum syarak perdebatan dan perbahasan
41- Hukum perdebatan pada asalnya adalah harus
42- Hukumnya boleh berubah dari harus kepada haram dalam keadaan tertentu
43- Perdebatan dalam masalah qat'ie seperti perbezaan antara agama Islam dan kufur ataupun perbezaan antara perkara yang telah disepakati ia adalah sunnah atau bidah
44- Perdebatan dalam perkara diatas boleh dibahagikan kepada dua keadaan.
45- Pertama: Seseorang yang terjebak dalam iktikad batil. Dia datang mencari seseorang dari ahli haq yang boleh menjawab persoalannya. Dia berada dalam persimpangan mencari jawaban. Dalam situasi ini adalah menjadi kefarduan keatas sesiapa yang mampu untuk menjawab dan berhujah menerangkan yang benar untuk melakukan yang demikian itu kepadanya
46- Kedua : Pihak yang kita berbahas dengan mereka tidak datang sendiri mencari kebenaran. Tetapi kita melihat mereka ada potensi menerima kebenaran. Dalam keadaan ini hukum berbahas dengan mereka termasuk dalam hukum tabligh iaitu menyampaikan kebenaran. Perkara yang sunat disampaikan maka berbahas berkenaan dengannya hukumnya sunat dan perkara yang wajib disampaikan hukum berbahas tentangnya adalah wajib
47- Adalah sunat berdebat dalam situasi pihak lawan tidak datang sendiri dan juga tiada harapan mereka akan menerima kebenaran, Juga jika berdebat tidak akan mendatangkan mudarat umum dan ia tidak akan merosakkan perkara yang penting. Maka dalam situasi ini hukum berdebat adalah sunat
Perdebatan yang haram
48- Berdebat menjadi haram dalam keadaan berikut
- Pihak lawan tiada harapan akan menerima kebenaran
- Dikhuatiri perdebatan itu akan mendatangkan mudharat umum contohnya ia menyebabkan orang awam terkeliru dan timbul keraguan dalam akidahnya
- Ia menyebabkan perkara penting dalam agama terjejas contohnya terjejas urusan madrasah dan tabligh
- Perdebatan itu berlaku dalam tajuk yang kita dilarang membincangkannya seperti isu takdir
Keburukan berdebat
49- Maulana Asyraf Ali Tanwi berkata," Semasa zaman belajar saya sangat mengemari debat kemudian pada hari ini saya sangat tidak menyukainya"
50- Perdebatan zaman sekarang ini tidak berfaedah kerana kebanyakannya menjadikan orang awam sebagai hakim
51- Terkadang apabila pembahas tidak dapat membawa dalil bagi hujahnya kerana terlupa dan sebagainya sedangkan dia di pihak benar maka orang awam yang jahil terus membuat kesimpulan mudah bahawa pandangan yang di bawa pembahas itu salah
52- Antara keburuknnya ia dijadikan medan untuk menghina dan memalukan orang
53- Dengan sebab dianjurkan perdebatan kita menyebarkan kebatilan tanpa sengaja. Daripada orang tidak tahu menjadi tahu. Sekiranya kita mengambil sikap tidak peduli dan memberi "vote" lama kelamaan pandangan itu akan terkubur di telan masa
54- Perdebatan membuka ruang ulama dihina di kaca mata masyarakat
55- Mereka memandang ulama ini kerjanya bertelagah
56- Lalu mereka mengambil pendekatan untuk meninggalkan semua ulama
57- Sekiranya mereka menyokong mana-mana ulama maka mereka akan mengecam ulama di pihak lawan
58- Terbuka ruang mengumpat
59- Terbuka ruang menista dan mengeji
60- Terkadang membawa kepada pergaduhan fizikal sesama mereka
Sumber :
1. https://www.facebook.com/tokkenali.kitabarab/posts/786711198171099
2. https://www.facebook.com/tokkenali.kitabarab/posts/786723748169844
3. https://www.facebook.com/tokkenali.kitabarab/posts/786728701502682
4. https://www.facebook.com/tokkenali.kitabarab/posts/786771731498379
5. https://www.facebook.com/tokkenali.kitabarab/posts/786884031487149
6. https://www.facebook.com/tokkenali.kitabarab/posts/787241038118115
7. https://www.facebook.com/tokkenali.kitabarab/posts/787309998111219
8. https://www.facebook.com/tokkenali.kitabarab/posts/787333648108854
Tiada ulasan:
Catat Ulasan