21 April 2013 at 22:20
Oleh : Ustaz Ahmad Fikri
Ibnu Hajar al-`Asqalani rahimahullah:
Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani al-Syafi`e (W. 852 H) berkata dalam kitabnya Fath al-Bari [syarah kepada hadith Sahih al-Bukhari] [1]:
"وَلا يَلْزَمُ مِنْ كَوْنِ جِهَتَيْ الْعُلْوِ وَالسُّفْلِ مُـحَالاً عَلَى اللهِ أَنْ لا يُوْصَفُ بِالْعُلْوِ لأَنَّ وَصْفَهُ بِالْعُلْوِمِنْ جِهَةِ الْمَعْنَى، وَالْمُسْتَحِيْلُ كَوْنُ ذَلِكَ مِنْ جِهَةِ الْحِسِّ، وَلِذَلِكَوَرَدَ فِيْ صِفَتِهِ الْعَالِيُّ وَالْعَلِيُّ وَالْمُتَعَالِيُّ."
Maksudnya :
"Dan tidak lazim daripada keadaan dua arah atas dan bawah yang mustahil ke atas Allah itu untuk Dia disifatkan dengan tinggi kerana pensifatan-Nya dengan tinggi dari segi makna. Dan mustahil keadaan (tinggi) itu dari segi hissi (pencerapan deria iaitu bertempat dia atas), dan oleh itu, (sifat-sifat) al-`Ali, al-Aliyy dan al-Muta`ali telah warid dalam pensifatan-Nya".
Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani al-Syafi`i (W. 852 H) berkata dalam kitabnya Fathul-Bari [2]:
"اِسْتَدَلَّ بِهِ أَثْبَتَ الْـجِهَةَ وَقَالَ هِيَ جِهَةُ الْعُلْوِ، وَأَنْكَرَ ذَلِكَ الْـجُمْهُوْرُ لِأَنَّ الْقَوْلَ بِذَلِكَ يَقْضِيْ إِلَى التَحَيُّزِ، تَعَالَى اللهُ عَنْ ذَلِكَ".
Maksudnya:
"Golongan yang cuba menetapkan tempat bagi Allah menggunakan hadis ini (hadis nuzul) sebagai hujah bahawa Allah bertempat di atas, sedangkan jumhur ulama` (iaitulah Ahlussunnah kesemuanya) mengingkarinya kerana perkataan tersebut (Allah bertempat di atas) membawa maksud Allah mengambil ruang (bertempat) sedangkan Maha Suci Allah daripada bertempat [iaitu Allah tidak bertempat]".
Al-Hafiz Ibn al-Hajar al-`Asqalani al-Syafi`e (W. 852 H) berkata dalam kitabnya Fath al-Bari [3]:
"فَمُعْتَمَدُ سَلَفُ الأَئِمَّةِ وَ عُلَمَاءُ السُّنَّةِ مِنَ الْـخَلَفِ أَنَّ اللهَ مُنَزَّهٌ عَنِ الْـحَرَكَةِ وَالتَّحَوُّلِ وَالْـحُلُوْلِ، لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ".
Maksudnya:
"Muktamad sebagai pegangan salaf dari kalangan Ahl al-Sunnah dan juga khalaf bahawasanya Allah ta`ala tidak bergerak-gerak, tidak berubah-ubah dan tidak bertempat. Tiada yang menyerupai-Nya".
Al-Imam An-Nawawi rahimahullah:
Al-Hafiz Abu Zakariyya Muhyi al-Din Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi al-Syafi`e (W. 676 H) berkata dalam menghuraikan kitab Sahih Muslim[4]:
"إِنَّ اللهَ تَعَالَى لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَإِنَهُ مُنَزَّهٌ عَنِ التَّجْسِيْمِ وَالانْتِقَالِ وَالْتَحَيُّزِ فِى جِهَةٍ وَعَنْ سَائِرِ صِفَاتِ الْمَخْلُوْقِ".
Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah ta`ala tiada suatu pun yang sama seperti-Nya dan bahawasanya Dia Maha Suci dari penjisiman, perpindahan dan mengambil ruang [tempat] di suatu arah Maha Suci dari sekalian sifat-sifat makhluk".
Al-Hafiz Abu Zakariyya Muhyi al-Din Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi al-Syafi`e (W. 676 H) berkata dalam menghuraikan kitab Sahih Muslim [5]:
قَالَ الْإِمَامُ مُـحْيِ الدِّيْنِ النَّوَوِيُّ فِيْ كِتَابِهِ شَرْحِ صَحِيْحِ مُسْلِمٍ: "تُقِرُّ بِأَنَّ الْخَالِقَ الْمُدَبِّرَ، الْفَعَّالَ هُوَ اللهُ وَحْدَهُ، وَهُوَ الَّذِيْ إِذَا دَعَاهُ الدَّاعِيْ اِسْتَقْبَلَ السَّمَاءَ، كَمَا إِذَا صَلَّى الْمُصَلِّيْ اِسْتَقْبَلَ الْكَعْبَةَ، وَلَيْسَ ذَلِكَ لأَنَّهُ مُنْحَصِرٌ فِي السَّمَاءِ كَمَا أَنَّهُ لَيْسَ مُنْحَصِرًا فِيْ جِهَةِ الْكَعْبَةِ، بَلْ ذَلِكَ لِأَنَّ السَّمَاءَ قِبْلَةُ الدَّاعِيْنَ، كَمَا أَنَّ الْكَعْبَةَ قِبْلَةُ الْمُصَلِّيْنَ".
Maksudnya:
"Kamu menetapkan sesungguhnya Dialah yang mencipta, yang mentadbir, yang berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya dan Dialah [Allah] yang apabila seseorang berdoa kepada-Nya,dia menghadap ke langit [menadah tangan ke langit] sepertimana orang yang bersembahyang menghadap ke Ka`bah, dan ini bukanlah bermakna Allah meliputi [berada] di langit sepertimana Allah tidak meliputi [berada di] Ka`bah,sebaliknya langit merupakan kiblat bagi orang-orang yang berdoa, begitu juga ka`bah menjadi kiblat bagi orang-orang yang bersembahyang" .
[1]Ibn Hajar al-`Asqalani(t.t), Fath al-Bari bi-Sharh Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar al-Ma`rifah, j. 6, h. 136.
[2]Ibid, j. 3, h. 30.
[3]Ibid, j. 7.
[4]Al-Nawawi (t.t), Sharh Sahih Muslim,Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi, j. 3, h. 19.
[5]Al-Imam al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim (1996), Dar al-Makrifah, Beirut Lubnan, c. 3. J.5. h.26
Sumber : https://www.facebook.com/notes/ahmad-fikri/aqidah-imam-nawawi-ibnu-hajar-al-asqalani-allah-wujud-tanpa-bertempat/120362868159853
Tiada ulasan:
Catat Ulasan