Alternatif lain untuk pesakit astma
Oleh : Muhammad Tajuddin Al-Jawiy
Astma atau lelah adalah sejenis penyakit pernafasan yang berpunca daripada kesempitan saluran pernafasan (bronkus dan bronkiol) yang berada di dalam paru-paru..hal Ini disebabkan berlakunya pengecutan otot-otot licin bronkiol, pembengkakan (radangan) mukosa dan pengeluaran kahak yang berlebihan dan mengakibatkan pesakit mendapat Astma..
keadaan ini menyukarkan bagi orang yang ada Astma untuk bernafas kerana salur pernafasan sudah menjadi sempit sama ada sempit itu disebabkan berlakunya pembengkakan di salur pernafasan atau banyak kahak yang berkumpul di salur pernafasan,
maka sebab itu lah untuk mengurangkan bengkak di salur pernafasan dan juga mengurangkan kahak ini, doktor yang terlibat akan memberi rawatan nebulizer dan inhaler bagi memudahkan pesakit bernafas dengan baik..
tetapi jika pesakit berpuasa, hal itu membatalkan puasanya kerana kandungan yang ada pada cecair ketika nebulizer itu akan masuk melepasi tekak, dan batal puasanya..begitu jua inhaler, ijma' ulama mengatakan batal puasa kerana ada 'ain sama ada cecair atau pun serbuk yang masuk ke dalam mulut dan melepasi tekak yakni rongga terbuka, disebut dalam kitab fiqh sebagai al Jauf, maka batal puasanya..
jadi, untuk mengelakkan daripada mengambil nebulizer atau inhaler di ketika berpuasa di siang hari, pesakit boleh mengambil ubat tablet prednisolone..
prednisolone bertindak mengurangkan radangan dan kebengkakan saluran pernafasan dan kahak..
dan seseorang yang mengambil tablet prednisolone ketika bersahur, kebiasaannya dia boleh bertahan sehingga ke buka puasa, kerana prednisolone adalah long term action iaitu tindak balas yang lama, ia bukan sekejap..
itu kebiasaannya, jika pesakit tidak terdedah dengan keadaan asap dan habuk, tidak ada mengambil ais, insya Allah, pesakit boleh bertahan beberapa jam sehingga berbuka puasa..
dan satu lagi cara adalah pesakit Astma boleh berbincang dengan doktor untuk menggunakan "symbicort" inhaler, iaitu sejenis ubat bagi inhaler, kerana ia adalah long term action, pesakit yang menggunakannya ketika waktu sahur, dia boleh bertahan sehingga 6-7 jam, kalau inhaler jenis ubat lain, kebiasaannya hanyalah 1-2 jam sahaja..
dan boleh juga cadangkan pesakit guna ubat montelukast, telan ubat itu sebiji sebelum tidur, insya Allah, dia boleh bertahan lama ketika berpuasa di siang hari..
ini antara cadangan buat saudara kita yang ada penyakit Astma dan hendak berpuasa dengan aman, boleh guna cara ini, insya Allah, dengan kesungguhan kita itu, mudah mudahan Allah permudahkan ibadat puasa kita,
wallahua'lam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan