CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Selasa, 8 Julai 2014

Bolehkah Makan Masa Azan Subuh Bagi Orang Yang Bersahur?

Oleh : Ustaz Abdul Rahman

Ramai yang kata bila azan subuh, masih boleh selesaikan makan atau minum berdasarkan hadith:

إذا سمع أحدكم النداء والإناء على يده فلا يضعه حتى يقضي حاجته منه
“Apabila salah seorang daripada kamu mendengar azan dan di tangannya masih ada bekas (makanan atau minuman), maka janganlah dia meletakkan bekas itu sehingga dia menunaikan hajatnya (iaitu selesaikan makan atau minum)” (Hadith riwayat Abu Daud dan beliau tidak memberikan apa-apa komentar. Menurut Abu Daud, mana-mana hadith yang tidak diberi komentar oleh beliau, maka maknanya ia boleh dijadikan hujah)

Sebenarnya ada 3 perkara yang perlu diperhatikan:

1) Hadith ini bercanggah dengan ayat Quran yang maksudnya: “dan makanlah dan minumlah SEHINGGA TERBIT FAJAR” (Surah Al-Baqarah : 187)

2) Hadith ini bercanggah dengan yang lebih sahih dan kuat:

إِنَّ بلالًا يؤذِنُ بليلٍ . فكلُوا واشربوا حتى يؤذِّنَ ابنُ أمِّ مكتومٍ
“Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada waktu malam (iaitu azan pertama), maka makanlah dan minumlah SEHINGGA Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan (kedua)”

3) Hadith ini sebenarnya mempunyai dua jalan. Jalan pertama mauquf (terhenti kepada sahabat sahaja, tidak bersambung kpd Nabi s.a.w) dan yang kedua dhaif seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Abi Hatim dalam kitab ‘Ilalnya (1/123)

4) Andaikata hadith itu sahih sekalipun, ia mesti ditakwilkan agar tidak bercanggah dengan ayat Quran dlm point no. 2 dan hadith dlm point no. 3 di atas. Takwilannya ialah dengan mengatakan bahawa hadith yang membenarkan makan itu ialah ketika azan pertama yang dilaungkan oleh Bilal r.a dan bukannya azan kedua.

Kesimpulannya, tidak boleh makan apabila telah azan Subuh dan hadith yang mengatakan boleh makan itu ialah berkenaan dengan azan pertama. Wallahua’lam.

- Hamba Allah yang lemah, Abdul Rahman Imran @ Harman Shah Raniri

Sumber : https://www.facebook.com/abdulrahman.hadeja/posts/1495479994022416

Tiada ulasan: