CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Isnin, 19 November 2012

Isu Insya Allah yang kononnya dibangkitkan oleh Dr Zakir Naik




Soalan :

Tersebar dalam facebook seorang dai'e internasional menyatakan tulisan InshaAllah adalah salah. dan perlu ditulis In shaa Allah. Betulkah perkara ini ?


Jawapan :

Jika di Malaysia kita akan merujuk kepada Dewan Bahasa Pustaka kerana pihak ini yang bertanggungjawab untuk menterjemahkan / transliterasi Arab-Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu.

Rujuk : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=insya+allah


insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar Edisi Kedua
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Dewan Edisi Empat

Di Malaysia kita sudah sedia maklum bila ditulis Insya Allah ataupun Insha Allah ertinya jika diizinkan Allah . Sepatutnya tiada masalah tentang perkara ini.

Wallahua'lam

Tambahan :


Di dalam kalimat arab ia akan menjadi satu masalah apabila ditulis : (إنشاء الله) - bermaksud mencipta Allah

Dan ia sepatutnya ditulis إن شاءالله - bermaksud -sekiranya dikehendaki Allah

(pernyataan dai'e internasional di atas sepatutnya merujuk dalam kalimat Arab yang ditulis dalam tulisan arab dan bukan tulisan rumi)

Dalam rumi kita tiada masalah yang timbul sebab pakar bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka telah mengesahkan tulisan Insya Allah itu bermakna - Dengan Izin Allah.

Dr Zakir Naik yang kita kenali adalah seorang pendakwah terkenal antarabangsa yang berani berhujjah di kalangan non Muslim dan di tangannya ramai yang memeluk Islam. Namun begitu beliau bukanlah seorang yang diiktiraf sebagai ulamak untuk mengeluarkan hukum dan rujukan dalam perkara aqidah. Antara fatwa mengenai Dr Zakir Naik klik di sini.

Penafian dari Dr Zakir Naik mengenai isu Insha Allah ini  Sila klik gambar untuk besarkan:




5 ulasan:

Cik Bahgia a.k.a Zet berkata...

Terima kasih di atas pengongsian ilmu..

依之汉 berkata...

Jazakallah atas pencerahan ini.

Ummi berkata...

terima kasih atas penjelasan ini..

Ruzaini harun berkata...

terimakasih atas perkongsian ilmu

Zil-Ihsan berkata...

إنشاء atau أنشاء
membawa erti "menjadikan". Perihal ejaan itu satu. Lebih ditegah adalah pada bahagian sebutan/lafaz.

Dalam hal ejaan rumi, nak eja insyaAllah atau inshaAllah tiada bezanya. Selagi tidak dieja "ansyaAllah" (menjadikan Allah).

P/S: Barangkali lebih baik eja "insyaAllah" kerana kadangkala ejaan (rumi) "sha" mewakili huruf saad (ص); seperti contohnya "shalat". Naudzubillah.