Pensyarah King Abdul Aziz University, Arab Saudi, Sheikh Dr. Mohamed Ismail Zain berkata, kesederhanaan mazhab tersebut dapat dinilai melalui caranya dalam menangani masalah ummah.
"Dari segi iktikad, Ahli Sunnah Wal Jamaah akan mengambil jalan pertengahan antara golongan melampau dan golongan yang terlalu memudah-mudahkan perkara agama.katanya pada Majlis Multaqa Ulama Darul Ta'zim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.
"Sementara itu, dari segi amal dan suluk, mereka berada dalam golongan pertengahan antara kedua-dua golongan itu,"
Majlis anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia itu dirasmikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sheikh Dr. Mohamed Ismail berkata, mazhab Shafie juga sentiasa mengutamakan perpaduan dan mengelak berlakunya perpecahan bagi memastikan pengikutnya terus bersatu walaupun berselisih pendapat.
"Mazhab Shafie begitu bersungguh-sungguh berusaha menyatukan kaum Muslimin atas jalan kebenaran, menyatukan barisan serta menjauhkan segala sebab persengketaan dan perselisihan,"katanya.
Dari segi dakwah pula, ia dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh merangkumi semua aspek antaranya akidah, ibadah, suluk dan akhlak.
Katanya, pegangan mazhab itu turut membentuk pengikutnya supaya berlapang dada dengan kepelbagaian ijtihad tanpa menghukum sesat terhadap golongan yang berijtihad.
"Mereka juga tidak mengharuskan hukum kafir, fasiq atau dosa ke atas ulama Muslimin hanya kerana ijtihad yang salah,"katanya.
Terjemahan kertas kerja Mohamed Ismail yang dibentangkan dalam bahasa Arab itu dilakukan oleh Habib Ali Zaenal Abidin.
Sumber : Utusan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan