Sempena kunjungan al-Habib ‘Ali bin Ahmad Masyhur al-Haddad dan anak beliau al-Habib Adnan bin ‘Ali bin Ahmad Masyhur al-Haddad (foto atas) sebagai tetamu jemputan ke Majlis Sambutan Maulidurrasul صلى الله عليه وآله وسلم yang akan diadakan di Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya (pada 11 Rabiul Awwal 1431 – pakat mai ramai-ramai nooo …dan tolong sebar-sebarkan tentang majlis maulid ni), Masjid al-Bukhary dan lain-lain pada tahun ini, maka inginlah al-Fagir mengambil kesempatan untuk memperkenalkan secara ringkas seorang ulama yang terkenal, yang merupakan ayah dan datuk kepada ulama yang menjadi tetamu jemputan sambutan maulidirrasul tahun ini. Ulama ini telah menaburkan jasa yang sangat besar di Afrika Timur. Menurut Syeikh Yahya Rhudus, beliau telah mengislamkan lebih dari 300,000 orang selama berdakwah di bumi Afrika Timur. Dan ada yang mengatakan bahwa beliau telah mengislamkan lebih dari 500, 000 orang. Allahu Allah. Untuk bacaan seterusnya, silalah ke sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan