Cuba lihat kenyataan Dr Asri yang menghina Sayyid Ja'far al Barzanji :
Saya bukan nak complain.BARZANJI saya complain ..ni complain kan ne.BARZANJI tu bukan dia tu satu orang yang hebat sangat.Bukan BERZANJI...BAARZANJI(intonasi suara perli loghat India/Pakistan/Afgahnistan)Jaafar Albarzanji.
Cuba dengar intonasi suara beliau yang jelas-jelas memperlekehkan Sheikh Jaafar Al Barzanji iaitu Mufti Mazhab Syafie di Madinah al Munawwarah. Tiada siapapun sebenarnya yang hebat pada pandangan ALlah melainkan orang yang bertaqwa kepadaNya. Ini termasuklah yang mengatakan Sheikh Jaafar ini bukan seorang yang hebat sangat.
Sekurang-kurangnya kita selusuri sedikit mengenai biodata ulamak ini, keilmuan dan lihat akhlak beliau.
Siapakah Sayyid Ja'far al Barzanji yang diperlekehkan oleh Dr Asri ini ?
Keturunan dan Kelahirannya :
Nama beliau ialah Ja'afar ibn Hasan ibn Abdul Karim ibn Sayyid Muhammad ibn al Qutb al Arif Sayyid Rasul ibn Abdus Sayyid ibn Abdur Rasul ibn Qalandar ibn Abdus Sayyid ibn Isa ibn al Hussain ibn Bayazid ibn al Mursyid Abdul Karim ibn al Qutb al A'zam al Ghauth al Fard al Jami' Isa ibn Ali ibn Yusuf ibn Mansur ibn Abdul Aziz ibn AbduLlah ibn Ismail al Muhaddith ibn al Imam Musa al Kazim ibn al Imam Ja'afar al Sodiq ibn al Imam Muhammad al Baqir ibn al Imam Ali Zainal Abidin al Sajjad ibn al Imam al Syahid al Husain ibn al Imam Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib.
Tarikh Kelahiran
Pada hari Khamis awal bulan Zulhijjah 1126 Hijrah di Madinah al Munawwarah
Perkataan 'Barzanji' yang dinisbahkan kepada namanya diambil dari nama kampung asal keturunannya.
Latar Belakang Pendidikannya
Beliau dibesarkan di bawah didikan dan asuhan ayahandanya. Beliau mempelajari al Quran daripada Syeikh Ismail al Yamani radiyaLlahu 'anhu. Kemudian mempelajari ilmu tajwid daripada syeikh Yusuf al Sa'idi radiyaLLahu 'anhu dan Syeikh Syams al din al Misri radiyaLlahu 'anhu.
Di antara guru-gurunya di Madinah ialah :
1. Sayyid Abdul Karim Haidar al Barzanji radiyaLlahu 'anhu
2. Sayyid Yusuf al Kurdi radiyaLLahu 'anhu
3. Sayyid 'AtiyyatuLlah al Hindi radiyaLlahu 'anhu
Setelah itu, beliau mendalami ilmunya dengan ulama' yang berada di Makkah dan menetap di sana selama 5 tahun. Di antara guru-gurunya di Makkah ialah :
1. Syeikh 'AtaiLlah ibn Ahmad al Azhari
2. Syeikh Abdul Wahhab al Tontowi al Ahmadi
3. Syeikh Ahmad al Asybuli dan lain-lain lagi.
Oleh kerana kepakarannya yang tinggi di dalam persada ilmu, beliau telah diijazahkan dengan sanad-sanad ilmu oleh masyaikh pada zamannya. Di antara guru-gurunya yang pernah menganugerahkan sanad kepadanya ialah :
1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi
2. Sayyid Ahmad al Tobari
3. Syeikh Muhammad ibn Hasan al 'Ujaimi
4. Sayyid Mustafa al Bakari
5. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri
Beliau telah belajar daripada mereka pelbagai ilmu pengetahuan. Di antaranya ilmu saraf, nahu. mantiq, ma'ani, bayan, adab, fiqh, usul fiqh, faraidh, matematik, hadith, mustalah hadith, tafsir, dakwah, kejuruteraan, arudh, kalam, bahasa, sirah, qiraat, suluk, tasawwuf dan sebagainya.
Apa yang berlaku pada zaman mutakhir ini, sesetengah ahli masyarakat melemparkan tuduhan bahawa beliau bukan seorang ilmuwan Islam. Anggapan yang tidak berasas ini, menyebabkan kitab maulid karangannya yang selama ini diterimapakai di dalam Majlis Sambutan Maulid Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam di kebanyakan negara Islam dituduh mengandungi banyak perkara khurafat dan bertentangan dengan Al Quran dan Hadith.
Oleh kerana itu, untuk meneutralkan tanggapan negatif ini, adalah wajar diketengahkan sanad beliau yang menghubungkan ilmunya dengan dua buah kitab hadith yang muktabar; al Bukhari dan Muslim sehingga kepada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bagi membuka mata dan meyakinkan kita bahawa pengarang Kitab Maulid Barzanji yang kita baca selama ini bukanlah calang-calang ulama.
Sanad Jami' Al Sahih Imam Bukhari
Sayyid Ja'far al Barzanji belajar daripada,
1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi, belajar daripada
2. Syeikh Ibrahim al Dir'i, belajar daripada
3. Syeikhah Fatimah binti SyukriLLah al Uthmaniyyah, bonda nendanya Sayyid Muhammad ibn Abdur Rasul, belajar daripada
4. Al Syams Muhammad ibn Ahmad al Ramli, belajar daripada
5. Syeikh al Islam al Qadhi Zakaria ibn Muhammad al Ansari, belajar daripada
6. al Hafiz Ahmad ibn Ali ibn Hajar al Asqalani, belajar daripada
7. Syeikh Ibrahim ibn Ahmad al Tanukhi, belajar daripada
8. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abi Talib al Hajjar al Dimasyqi, belajar daripada
9. al Siraj al Husain al Mubarak al Zaibidi, belajar daripada
10. Abdil awwal ibn Isa al Harawi, belajar daripada
11. Abdir Rahman ibn Muzaffar al Dawudi, belajar daripada
12. Abi Muhammad AbduLLah ibn Hamawih al Sarkhasi, belajar daripada
13. Syeikh Abdi AbdiLlah Muhammad ibn Yusuf ibn Matar al Farabri, belajar daripada
Pengumpulnya, Amirul Mukminin al Imam al Hafiz al Hujjah Abu AbdiLLah Muhammad ibn Ismail al Bukhari.
Sanad Sohih Muslim
Sayyid Ja'far al Barzanji, belajar daripada
1. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri, daripada
2. Syeikh Muhammad Zurqani ibn Abdul Baqi al Maliki al Azhari, daripada
3. Al Hafiz Muhammad ibn 'Ala' al Babili, daripada
4. Syeikh Abi al Naja Salim ibn Muhammad al Sanhuri, daripada
5. Al Najm Muhammad ibn Ahmad al Ghaiti, daripada
6. Syeikh al Islam Zakaria ibn Muhammad al Ansari, daripada
7. Abi al Nu'aim Ridhwan ibn Muhammad, daripada
8. Syeikh Abi Tahir Muhammad ibn Muhammad, daripada
9. Abi al Faraj Abdur Rahman ibn Abdul Hamid al Maqdisi, daripada
10. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abdud Daim al Nablusi, daripada
11. Syeikh Muhammad ibn Ali al Harani, daripada
12. Faqih al Haram Muhammad ibn al Fadhl al Farawi, daripada
13. Syeikh Abi al Husain Abdul Ghafir ibn Muhammad al Farisi, daripada
14. Abi Ahmad Muhammad ibn Isa al Jaludi, daripada
15. Syeikh Abi Ishaq Ibrahim ibn Muhammad ibn Sufyan al Zahid, daripada
Pengumpulnya al Imam al Hujjah Muslim ibn al Hajjaj al Qusyairi al Naisaburi.
Kepakarannya di dalam bidang keilmuwan telah menarik ramai orang datang menemuinya untuk mempelajari ilmu. Beliau mengikuti dan menyelami jalan ahli tasawwuf dan meninggalkan kerehatan dan tidur lebih dari 20 tahun sehingga beliau mempunyai kemahiran di dalam ilmu naqli (berasaskan al Quran dan Sunnah) dan aqli. Beliau pernah mengambil tariqat daripada Sayyid 'AtiyatuLlah al Hindi dan Sayyid Mustafa al Bakari.
Beliau telah mengarang banyak kitab yang menakjubkan dan bermanfaat. Di antaranya ialah kitab Maulid Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam yang tidak pernah ditulis oleh pengarang sebelumnya yang dinamakan dengan 'Iqd al Jauhar fi Maulid al Nabi al Azhar sallaLlahu 'alaihi wasallam.
Hubungan Sosial
Beliau juga mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam masyarakat sehingga dilantik sebagai Mufti Mazhab Syafie radiyaLLahu 'anhu di al Madinah al Munawwarah. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga kewafatannya dan dianugerahkan dengan kebesaran yang tinggi sehingga kata-katanya diperkenankan dan dilaksanakan oleh raja-raja dan pemerintah-pemerintah di Haramain (Makkah dan Madinah), Mesir, Syam, Rom dan sebagainya.
Kata-katanya juga diterimapakai oleh Jemaah Menteri Kerajaan Uthmaniyyah dan pembesar-pembesar negara tersebut. Suaranya tersebar seperti burung yang berterbangan di seluruh pelusuk dunia hingga hampir tiada sesiapa yang tidak mengenalinya. Karyanya tersebar luas dan kelebihan kitabnya tiada tolok bandingnya pada zamannya.
Akhlaknya
Beliau mempunyai akhlak yang mulia, bersifat tawadhu', hati yang bersih, cepat memaafkan orang lain dan tidak mengabaikan hak orang lain. Beliau merupakan keturunan dari keluarga RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan di kalangan ketua yang menjadi tempat rujukan keturunan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam pada zamannya. Beliau juga merupakan seorang yang zuhud, wara', berpegang dengan al Quran dan Sunnah, banyak berzikir, sentiasa bertafakkur, mengorbankan harta dan jiwa untuk melakukan kebaikan serta banyak bersedekah sehingga dikenali sebagai seorang dermawan.
Beliau juga mempunyai karamah yang dizahirkan oleh ALlah subahanahu wa Ta'ala. Di antaranya, beliau pernah dipanggil dari tempat solatnya pada Hari Jumaat menaiki mimbar RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Pada masa tersebut, sedang berlaku kemarau yang panjang. Maka orang bertawassul dengannya supaya diturunkan hujan. Dengan kehendak ALlah subahanahu wa Ta'ala, maka hujan pun turun dengan lebatnya dan tanah yang kering kontang menjadi subur. Ramai di kalangan ulama' yang memujinya sebagaimana yang dirakamkan di dalam syair gubahan mereka. Di antaranya :
سقى الفاروق بالعباس قدما
و نحن بجعفر غيثا سقينا
فذاك وسيلة لهم وهذا
وسيلنا إمام العارفينا
"Dahulu sayyiduna Umar RadiyaLlahu 'anhu pernah bertawassul meminta hujan dengan Sayyiduna al Abbas radiyaLLahu 'anhu, dan kini kami bertawassul dengan Ja'far radiyaLlahu 'anhu, maka diturunkan hujan kepada kami"
Khalifah Umar ibn al Khattab radiyaLlahu 'anhu sepertimana yang diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim daripada Anas radiyaLlahu 'anhu pernah bertawassul dengan bapa saudara Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam, iaitu Abbas ibn Abdul Muttalib ketika berlaku musim kemarau. Umar RadiyaLlahu 'anhu berdoa :
اللهم إنا كنا إذا قحطنا توسلنا إليك بنبينا فتسقنا وإنا نتوسل إليك بعم نبينا محمد صلى الله عليه وسلم فاسقنا, قال : فيسقون
Ya ALlah! Sesungguhnya apabila kami menghadapi kemarau, kami bertawassul kepada Engkau dengan Nabi kami (Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam) maka Engkau menurunkan hujan kepada kami. Dan sekarang ini, kami bertawassul kepada Engkau dengan bapa saudara Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam, maka turunkanlah hujan jepada kami." Anas radiyaLlahu 'anhu menyebut, "Maka hujan pun diturunkan ke atas mereka."
Sila lihat di dalam Kitab Syifa' al Saqqam karangan Syeikh Taqiyuddin al Subki H:171.
Kewafatannya
Beliau wafat pada Hari Selasa selepas Asar 4 Sya'ban 1177 Hijrah.
Sumber Rujukan:Haji Muhammad Fuad Kamaluddin al Maliki, Al Bayan 8, Cet Pertama 2008, Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah Dan Syariah, Majlis Agama Islam Negeri Johor. Malaysia.
19 ulasan:
Ouchhhh!!!! Kan dah kena smash. Tu la... org tinggi ilmu takkan lekeh2kan org lain ler wahai dr.asri (bukan dia ni ada degree bahasa arab je ke? tak silap dia ni tipu qualification. tu yg letak jawatan). wallahua'lam... (salah sumbernya, maka salahla saya... :))
Assalamu'alaikum saudari Nurul,
Mengenai isu yang saudari Nurul bangkitkan ini perlu dibuktikan.
Saya yakin, yang haq pasti akan terserlah jua, dan yang batil akan lenyap.
WaLlahua'lam
salam...
dr asri ni kelebihan dia memg pandai ambil hati golongan muda...
banyak kawan-kawan saya mengidolakan dr asri ni..
tapi bagi saya...
bab-bab khilaf ni dr asri perlu berubah la..
yang paling saya sakit hati adalah sewaktu di memperlecehkan syeikh nuruddin...
semoga dr asri berubah..setiap manusia pernah melakukan salah....:)
Salam.. Pandanglah apa yang dibicarakan, jangan lihat siapa org yang berbicara itu. Kiranya apa yang disampaikan itu tentang mahluk memuja mahluk maka sahlah ianya benar. Jangan pandang kehebatan manusia kerana sebenar hebat adalah Alah shj. Maka usahlah kita mencerca mahluk kejadian Allah kerana hanya mengundang murkaNya. Mencerca inilah sifat iblis ada semulajadi dlm diri manusia yg wajib dipadamkan. Waspada...
assalamualaikum ustaz...
kalau betul niat di hati nuraninya untuk memperlekehkan, semoga allah mengampuni beliau...
tapi kalau boleh diambil iktibar, beliau menyuruh kita mengkaji makna disebalik berzanji...tentang burung berebut dan unta bercakap arab.
mari kita mengkaji, semoga bertemu kebenaran,amiin.=)
Assalamu'alaikum,
Saya juga berharap begitu. Alangkah baiknya jika perkataannya dan cara ia bercakap tidak menunjukkan ia melekehkan ulamak.
Tetapi malangnya bukan sekali ini ia berbuat sedemikian. Dalam artikelnya mengenai Antara Nas dan Pendapat Tokoh pun begitu juga dia pandirkan ustaz dalam menyentuh soal memberus gigi selepas zohor. Bolehlah rujuk di sini :
http://drasmadinet.blogspot.com/2009/09/komen-terhadap-artikel-islam-antara-nas.html
Dr Razi, saya yakin Dr Asri pernah belajar sastera Arab kerana jurusannya di Jordan adalah dalam bahagian tersebut.
Saya pernah berbual dengan sahabat saya di UIA mengenai sastera bahasa Arab yang sangat indah dan menarik. Adakah menjadi haram bila ditulis burung berebut dan unta bercakap dalam bahasa arab? Adakah menjadi kafir apabila dalam puisi-puisi bahasa Melayu sendiri kita menyebut burung-burung mendendangkan lagu menghiburkan hati? Bukankah ini semua menunjukkan hebatnya sastera arab itu sendiri? ada balaghahnya?
Imam Syafi'e mempelajari bahasa Arab dengan syi'irnya sekali, begitu juga dengan ramai lagi ulamak-ulamak muktabar yang lain.
Dan semua ini mesti dipelajari terutamanya bagi seorang ulamak iaitu menguasai bahasa Arab itu sendiri bukan hanya belajar picisan semata-mata.
Di dalam al quran sendiri pun ALlah merakamkan kalamNya dengan sangat indah sekali. (tetapi al Quran bukanlah syi'ir ataupun puisi).
Ya, marilah mengkaji dan menyelidik. Dengan mereka yang benar-benar bersih hatinya untuk mengajar dan belajar. Bukan tiba-tiba dengan sebab ketidak tahuan, tak kenal lagi siapa diri pengarang itu maka terus dikata dengan sedemikian rupa.
Saya berikan contoh lain bagaimana kata-kata dr Asri membuat tuduhan palsu terhadap mufti-mufti di Malaysia ini :
Saya berhenti menjadi Mufti, bukan saya serik. Jadi mufti apa nak serik. Boleh duduk diam-diam dan enjoy dengan jawatan. Jangan banyak cakap atau bangkang. Boleh pergi mesyuarat hotel sana, dan hotel sini. Lawatan sana, lawatan sini. Masuk ke tempat mahal-mahal. Ada kereta rasmi, terbang sana, terbang sini dan cukup bulan ambil gaji. Diam dan jangan peduli sangat apa yang sedang berlaku, maka jawatan itu satu nikmat yang 'sukar hendak dilepaskan. - Al Islam April 2009, m/s 28-29.
Ada lagi contoh yang lain. Nanti-nantilah kita tunjukkan.
Assalamu'alaikum,
Kitab al Barzanji ini disyarahkan juga oleh para ulamak, antaranya :
1. kitab Madarij al-Shu’ud karya al-Nawawi al-Bantani (ulamak yang mensyarahkannya ni.
2. Al Kaukab al Anwar 'ala Iqd al Jauhar fi Maulid al Nabiyy al Azhar oleh Syeikh Ja'far ibn Ismail al Barzanji
3. al Qaul al Munji ala Maulid al Barzanji oleh Imam Muhammad 'Ulaish al Maliki.
Biasala wahabi,,,sememangnya memusuhi AhlulBait Nabi saw..
Wahai saudara saudari seugama, bukalah mata dan minda. Jangan terlalu JUMUD.....Apa yang Dr Asri ckp bukan lah menghina ulamak. Beliau berlandaskan fakta. Jgn terlalu sedap berkata-kata, nanti diakhirat mulut-mulut kita akan menjadi saksi antara kita dan ALLAH..Takutlah kpd ALLAH.
Assalamu'alaikum,
yang jumud adalah yang bermudah-mudah menghukum tanpa hak. Yang taqlid membuta tuli dan tidak belajar disiplin ilmu.
Dimana fakta yang ditunjukkan oleh Dr Asri terhadap Ulamak tersebut ?
Mengapa tidak dikaji dahulu sebelum mengeluarkan hukum ? Mengapakah bila kita menyintai ahlul bait terus dihukum syiah ? Dimanakah keadilannya bila hukuman itu terus dibuat tanpa menyelidik ?
Pertamanya, sebagai seorang yang bergelar ilmuwan agama, bekas mufti dan ada PhD. ALlah mengajar kita :
Al-Quran pada ayat 11 surah Al-Hujurat yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka mereka orang-orang yang zalim.”
Kedua :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ (٦)
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Ketiga : Bacaan Maulid tulisan Syeikh Jaafar al Barzanji dalam tulisan kitab itu adalah Maulud al Barzanji Nathar, manakala Maulud al Barzanji Nazam ditulis pula oleh cicitnya Sayyid Zain al Abidin ibn Sayyid Muhammad al Hadi.
Keempat :
Kita juga sedia tahu adanya kesusasteraan arab yang mengandungi kata-kata metafora, dalam bentuk syair dan prosa sebagaimana bahasa melayu. Ini tidak boleh dinafikan. Jadi begitu jugalah yang terdapat di dlam kitab al barzanji tersebut.
Kelima :
Tuduhan di dalam kitab al barzanji adanya doktrin syi'ah ? Saya pun pelik mengapa sekiranya disebut 'Marhaban Jaddal Husaini'Maka terus dihukum sebagai syi'ah ? Adakah bila kita menyatakan cinta pada hasan, husain, terus boleh dihukum sebagai syi'ah ? Di dalam kitab al barzanji tiada langsung kata-kata mengkafirkan 3 sahabat yang lain sebagaimana syi'ah.
Golongan ahlu sunnah waljama'ah adalah golongan yang paling adil dalam mempamerkan rasa cinta kepada RasuluLlah dan keluarganya. Apa salahnya disebut Saidina Hasan dan Husain untuk memuliakan mereka dan kemudian dituduh penyebar doktrin syiah sedangkan dalam masa yang sama kita mengakui bahawa memulian Ahli Keluarga RasuluLlah adalah satu perintah wajib dan qot'ie dari al Quran dan Sunnah.
Surah As Syuura ayat 23 yang bererti : Katakanlah wahai Muhammad: "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah, tentang ajaran islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih sayang terhadap ahli keluargaku."
RasuluLlah juga bersabda : "Aku mengingatkan kamu kerana ALlah (supaya mencintai dan memuliakan) ahli keluargaku. (Riwayat Muslim. at Tirmidzi , Ahmad dan An Nasa'i)
Sabda RasuluLlah lagi : Peliharalah (jagalah) wasiat Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam tentang ahli keluarganya (riwayat bukhari)
Imam Syafie sendiri bersyair dan bernasyid. Al Rabi' berkata :
Ketika kami pergi mengerjakan haji bersama Imam syafi'e, kami melihat beliau tidak akan mendaki suatu tempat yang tinggi dan turun ke kawasan lembah melainkan beliau akan menangis dan bernasyid dengan syair menunjukkan cintanya yang amat mendalam terhadap keluarga RasuluLlah :
"Ahli bait RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Aku berharap kelak (dengan keberkatan mereka) agar dapat diserahkan sahifahku (catatan amalan) dengan tangan kananku. (Diwan as Syafi'e tahqiq Dr Muhammand Abdul Mu'in H 106, dan al bayan fi Mazhab al Imam al Syafi'e Jilid 1 H. 92.
Apalah salahnya jika yang mendengar tuduhan dr Asri itu untuk mengkaji lagi dari pendapat ulamak yang lain ? Silalah baca "Barzanji Menurut Perspektif Islam" Diterbitkan oleh Sekretariat Menangani Isu-isu Aqidah dan Syariah majlis Agama Islam negeri Johor. Al Bayan jilid 8.
WaLlahua'lam
Berhati2 berkata .....jgn ikutkan hati yang panas dan membara....Ambil wudhu' dan solat sunat 2 rakaat....
salam...rossiza17 jika nak berhujah & membantah sertakanlah dengan fakta & bukti...jgn cume bermain kata & bermadah...supaya kita dapat menelitinya...jgn mengelirukan pembaca... buat la macam ibnunafis jelas & terang... terima atau tidak terpulang... yang penting tidak mengelirukan... FAHAM!!!
Dia tegur semua ilmu al-Barzanji atau cara Barzanji menulis berzanji dengan menambahkan unsur hiperbola?
Dia kata zanji doktrin syiah atau dia kata dalam berzanji ada unsur syiah dengan meletakkan nama imam Syiah?
Pernah dahulu sahabat nabi kata awan mendung sebab kematian Ibrahim (anak nabi), tetapi nabi kata itu adalah kehendak Allah, bukan kerana kematian Ibrahim
Cuma mahu bertanya~
Jazakallah
Wallahu 'Alam
Betulkan saya kalau saya salah...
Assalamu'alaikum Redz Da Tsar :
Persoalan anda sudah dijawab di atas.
Terima kasih.
Ibnu Nafis:
Terima kasih~
Dr Asri dah selalu kena hentam sekarang baru nak cool down skt, harap beliau lebih menghormati Ulama or pendakwah yg mmenyebarkan Islam dgn Ikhlas, klu betul mahu berdakwah harus tidak ungkit perkara-perkara furu seperti berzanji, zikir lepas solat dan lain-lain. perkara2 asas seperti pemulihan aqidah, gejala sosial, dadah, buang bayi perlu diberi perhatian lebih oleh para pendakwah.
Perlu kah cakap perkara furu sedang kan perkara asas seperti solat, taharah sendiri tidak selesai dikalangan masyarakat kita?
"jaafar barzanji ni bukannya hebat sangat"....cukuplah perkataan ni keluar dari mulutnya Dr Asri...sudah membuktikan keadaaan hati nya...
ini bukan ULAMAK...INI FULLAMAK...lebih kepada selebriti...
bagai tumbuk padi hampa, bunyinya kedengaran...isinya tak ada..
Catat Ulasan