يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ (٦)(Surah al Hujaarat: Ayat 6)
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Dr Asri adalah ikon yang terkenal semenjak beliau berhujjah dengan Astora Jabat di Penang. Dan kemudian terkenal dengan gagasan tajdidnya. Malahan mengumpul seberapa ramai peminat beliau. Tambahan pula bahtera perubahan yang dibawanya menarik perhatian ramai. Kelantangan beliau dalam menyentuh beberapa isu politik tanahair amat menarik perhatian mana-mana parti sekalipun.
Namun begitu, saya juga diajar bahawa yang bernama Dr Asri ini juga tidak maksum. Sudah lama sebenarnya ada ilmuwan agama yang ingin membetulkan Dr Asri ini. Kelantangan Dr Asri yang diberi tempat di persada media masa tidak sama dengan ilmuwan agama yang ingin menegur beliau yang tidak diberi tempat di media massa. Beliau diberikan ruang di dalam ASTRO OASIS untuk membawa agenda pemikirannya, bagaimana pula ilmuwan agama lain yang ingin membetuli fikrahnya?
Mengapa manusia perlu ditegur ?
Kerana manusia itu sifatnya lemah, mudah tergesa-gesa dan serba kekurangan. Saya mengimani ayat ALlah yang bererti :
وخلق الإنسان ضعيفا
"Dan manusia dijadikan bersifat lemah"
(Surah an Nisa : ayat 28)
Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikan. dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa.(surah al Isra': 11)
Dan ALlah juga menyuruh kita selalu untuk nasihat menasihati :
(Al-Asr: 1-3)
Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Ada satu video klip yang menarik perhatian saya fatwa dari Dr Asri yang mempunyai PhD ini iaitu Dr Asri menyebutkan bahawa SELAWAT SYIFA' BERCANGGAH DENGAN AQIDAH ISLAM. Buktinya :
Selawat Syifa' bercanggah dengan Aqidah Islam? Maka sesatlah ulamak dan umat Islam yang mengamalkannya. Kafirlah hukumnya kerana sudah bertentangan dengan AQIDAH ISLAM. Perkara yang disentuh oleh Dr Asri ini bukan lagi menyentuh mengenai perkara furuk (cabang) Tetapi menyentuh AQIDAH.
Tuduhan tanpa hak ini telah dijawab oleh Darussyifa' Online iaitu :
Akhir-akhir ini terdapat golongan tertentu yang mempertikaikan bacaan Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah. Mereka mengatakan bahawa mengamalkan selawat-selawat ini boleh membawa kepada syirik kerana membesarkan nabi Muhammad s.a.w. lebih daripada Allah SWT.
Untuk memperjelaskan tentang kekeliruan ini, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah menerangkan dengan panjang lebar. Anda patut mendengar penjelasan ini dan untuk mendengarnya anda boleh muat turun di bawah ini
Sumber 1 :http://www.darussyifa.org/audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.rm
Sumber 2: http://www.darussyifa.org/audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.zip
Sumber 3:http://www.darussyifa.net/Audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.rm
Sedikit Ulasan:
Dalam buku Doa & Rawatan Penyakit yang di karang bersama oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Haron Din & YB. Dr. Amran Kasimin menterjemahkan makna Selawat Syifa’ seperti berikut;
Terjemahan:
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”
Dalam terjemahan makna ini ada sedikit timbul kekeliruan kerana menyebut “Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati”. Persoalannya siapa yang memberi kesembuhan. Dalam terjemahan ini jika dibaca secara langsung memang ada sedikit kekeliruan kerana seolah-olah nabi Muhammad yang menyembuhkan hati-hati.
Dalam persoalan Selawat Syifa ini Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menjelaskan seperti berikut;
di dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan “Tib” adalah bermaksud “’ilaj” iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna “Ubat” atau “Penawar”. Ia bukan bermaksud “Syafi’ iaitu menyembuhkan.
Dengan itu kalau diterjemahkan ِiaitu
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati”
‘Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Allah SWT. sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah SWT.
Semoga Allah SWT. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.
Wallahhu ‘alam
Sumber : Webmaster Darussyifa’
Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus :
Dalam lafaz selawat tersebuti perkataan solat itu berada pada kedudukan maf'ul mutlak (kata kena buat mutlak) yang berfungsi sebagai penguat atau penentu bagi jenis kata kerja salli (selawatkanlah), disamping ia juga berada pada kedudukan mudhaf i (yang disandarkan) kepada perkataan tibb. Berdasarkan kedudukan ini, maka lafaz selawat yang diandaikan itu difahami dengan maksud:
"Ya Allah! selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, dengan suatu selawat yang boleh menjadi rawatan bagi hati dan apa yang boleh menjadi ubat baginya (hati)... sehingga akhir."
Berdasarkan maksud ini, maka tidak berlaku lagi apa yang dikatakan sebagai penyifatan Nabi Muhammad saw dengan sifat Allah swt, kerana yang dilihat memberi khasiat perubatan bukan lagi zat nabi Muhammad saw, tetapi selawat yang diucapkan itu. Oleh kerana membaca selawat itu adalah sejenis amal soleh, maka ia termasuk dalam jenis tawasul dengan amal salih yang disyariatkan oleh syara' dengan maksud ini. Maka penyamaan sifat yang dipersoalkan itu tidak berlaku kerana memang tidak ada penyifatan Nabi Muhammad saw dengan sifat penyembuh.
Dan boleh ditakdirkan juga antara lafaz muhammadin dan lafaz tiib itu dengan dengan sifat yg telah dihazafkan mausufnya..
Fataammal ya akhi.. wink
Rujuk : Forum DigitalMukmin Ustaz Azhar
Siapakah antara ulama dan tok guru yang mengamalkan SELAWAT SYIFA' ini ?
Selain dari sekian ramai guru pondok, ulamak-ulamak nusantara, Tok Guru Nik Abdul Aziz pun mengamalkannya : BUKTI
Lihatlah bagaimana Dr Asri telah membuat fatwanya iaitu menghukum selawat Syifa' ini bercanggah dengan aqidah. Ia sebenarnya telah membuat hukuman sesat dan mungkin juga kafir.
Apa kata hadith mengenai mereka yang menghukum sesat, syirik dan kafir?
Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :
"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "
Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :
Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.
(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).
Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :
"Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."
Lihatlah betapa besar implikasi orang yang menghukum kafir, musyrik tanpa hak ke atas umat Islam. Kepada mereka yang mengikut Dr Asri dalam perkara ini dan Dr Asri sendiri marilah kita islah diri. Selidikilah dan kajilah dahulu sebelum membuat apa-apa pernyataan. Kerana titik tolaknya di sini adalah PENGUASAAN BAHASA ARAB di dalam memahami Selawat Syifa' tersebut.
6 ulasan:
Asalamualaikum ustaz,terima kasih atas penjelasan ini.
Wahh best penjelasan ni... saya dulu dengar tiba2 orang kata syirik kat selawat ni trus hati jadi panasss.. sebabnya dia kutuk TG Haron Din secara langsung.. Pantang aku orang kutuk TG Haron Din.. Suka hati jer.
Ini jawapan dari sahabat saya yang belajar di pesantren di Indonesia. Insya ALlah beliau pakar dalam bidangnya. Bahkan berdidiskusi dalam perkara isu semasa yang melibatkan hukum hakam .
Seperti yang kita tahu, bahwa memang kebanyakan solawat-solawat tidak disusun atau ditaqrir oleh nabi. Ini dikarenakan orang yang mencintai nabi tidak berhenti dari kalangan sahabat sahaja. Malah kecintaan kepada Nabi terus sampai zaman sekarang. Malahan banyak sekali solawat yang disusun oleh ulama salaf yang diclaim oleh Dr. Asri sebagai ulama pegangan beliau.
Oleh karena itu, adalah baik beliau tahu bahwa menurut mayoritas kaum muslimin mulai dari Maghribi sampai dengan Masyriq berpandangan bahwa mengamalkan solawat-solawat yang disusun oleh para ulama dan auliya seperti solawat munjiyat, solawat mariyah, solawat al-fatih, solawat thib al-qulub etc. adalah dibolehkan dan disunahkan sesuai dengan paradigma umum yang mengakui adanya bid’ah hasanah dalam Islam. Banyak sekali dalil yang menjadi dasar dari pandangan ini. Sebagian dari dalil-dalilnya tentunya tidak perlu dibahas di bab ini, karena ia adalah dalil yang sudah dimaklumi di dalam menetapkan dalil bid’ah hasanah. Sedangkan secara spesifik menjelaskan bolehnya bersolawat yang tidak diajarkan Nabi Muhammad SAW adalah sebagai berikut:
حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ بَيَانٍ حَدَّثَنَا زِيَادُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا الْمَسْعُودِيُّ عَنْ عَوْنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِي فَاخِتَةَ عَنْ الْأَسْوَدِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ
إِذَا صَلَّيْتُمْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَحْسِنُوا الصَّلَاةَ عَلَيْهِ فَإِنَّكُمْ لَا تَدْرُونَ لَعَلَّ ذَلِكَ يُعْرَضُ عَلَيْهِ قَالَ فَقَالُوا لَهُ فَعَلِّمْنَا قَالَ قُولُوا اللَّهُمَّ اجْعَلْ صَلَاتَكَ وَرَحْمَتَكَ وَبَرَكَاتِكَ عَلَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِينَ وَإِمَامِ الْمُتَّقِينَ وَخَاتَمِ النَّبِيِّينَ مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ إِمَامِ الْخَيْرِ وَقَائِدِ الْخَيْرِ وَرَسُولِ الرَّحْمَةِ اللَّهُمَّ ابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا يَغْبِطُهُ بِهِ الْأَوَّلُونَ وَالْآخِرُونَ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Terjemahan: Abdullah bin Mas’ud berkata: Apabila kamu semua solawat kepada Rasulullah SAW, maka buatlah sesuatu yang bagus terhadap beliau, siapa tahu mungkin solawat kamu itu diberitahukan (disampaikan) kepada beliau. Lalu mereka bertanya: Ajarkanlah kami cara bersolawat yang bagus kepada beliau! Lalu beliau (Abdullah bin Mas’ud) menjawab: katakan, Ya Allah jadikanlah segala solawat, rahmat, berkahmu, kepada Sayyid para rasul, pemimpin orang-orang yang bertakwa, penutup para nabi, yaitu Muhammad Hamba dan Rasul-MU, pemimpin dan pengarah kebaikan dan rasul yang membawa rahmat. Ya Allah anugerahilah beliau maqam terpuji yang menjadi harapan orang-orang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian. TERUSKAN HADIS TERSEBUT.
Ini adalah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, yang menarik disebutkan oleh Ibn Qayyim dalam kitab Jala’ al-Afham; Cairo Dar al-Hadis (p. 36 dan 72), Abdurrazaq dalam kitab al-Mushannaf (3109), Abu Ya’la di dalam musnadnya (5267), al-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir (9/115), Ismail al-Qadli di dalam kitab Fadl al-Shalat ala Nabi SAW (p. 59).
Ada lagi:
حدثنا يعقوب بن إسحاق بن الزبير ، ثنا عبد الله بن محمد أبو عبد الرحمن الأذرمي ، نا هشيم ، عن حميد ، عن أنس ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم مر بأعرابي وهو يدعو في صلاته ، وهو يقول : يا من لا تراه العيون ، ولا تخالطه الظنون ، ولا يصفه الواصفون ، ولا تغيره الحوادث ، ولا يخشى الدوائر ، يعلم مثاقيل الجبال ، ومكاييل البحار ، وعدد قطر الأمطار ، وعدد ورق الأشجار ، وعدد ما أظلم عليه الليل ، وأشرق عليه النهار ، لا تواري منه سماء سماء ، ولا أرض أرضا ، ولا بحر ما في قعره ، ولا جبل ما في وعره ، اجعل خير عمري آخره ، وخير عملي خواتمه ، وخير أيامى يوم ألقاك فيه ، فوكل رسول الله صلى الله عليه وسلم بالأعرابي رجلا ، فقال : « إذا صلى فائتني به » فلما صلى أتاه ، وقد كان أهدي لرسول الله صلى الله عليه وسلم ذهب من بعض المعادن ، فلما أتاه الأعرابي وهب له الذهب ، وقال : « ممن أنت يا أعرابي ؟ » قال : من بني عامر بن صعصعة يا رسول الله قال : « هل تدري لم وهبت لك الذهب ؟ » قال : للرحم بيننا وبينك يا رسول الله ، فقال : « إن للرحم حقا ، ولكن وهبت لك الذهب لحسن ثنائك على الله عز وجل »
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Ausath dengan sanad yang baik (9448); al-Hafidz al-Haitsami berkata di dalam kitab Majma’ al-Zawaid bahwa perawinya adalah perawi yang sahih, kecuali Abdullah bin Muhammad Abi Abd al-Rahman al-Adzrami yang ama ia berderajat tsiqah. (10/242).
Dengan hadis ini, ia menujukkan bolehnya berdoa dengan doa yang belum pernah diajarkan Nabi SAW. Dalam hadis tersebut, nabi tidak menegur pun A’rabi yang berdoa dengan susunannya sendiri.
Ada lagi yang dilakukan oleh Abdullah bin Abbas:
عن ابن عباس رضي الله عنه أنه كان إذا صلى على النبي صلى الله عليه وسلم قال اللهم تقبل شفاعة محمد الكبرى وارفع درجته العليا وأعطه سؤله في الآخرة والأولى كما آتيت إبرهيم وموسى .
Hadis ini diriwayatkan oleh Abd bin Humaid dalam al-Musnadnya dan Abd al-Razzaq di dalam al-Mushannaf, Ismail al-Qadli di dalam Fadl al-Solat ala al-Nabi (p. 52). Yang menarik Ibn Qayyim juga menceritakannya di dalam kitab Jala’ al-Afham (page 76). Imam al-Hafiz al-Sakhawi berkata di dalam kitab al-Qaul al-Badi’ bahwa sanadnya baik, kuat dan sahih (46).
Sedangkan ulama salaf adalah seperti yang diceritakan dalam kitab Jala’ al-Afham page 230, dan al-Hafiz al-Sakhawi dalam kitabnya al-Qaul al-Badi’ page 254:
وقال عبد الله بن عبد الحكم: "رأيت الشافعي في النوم، فقلت. ما فعل الله بك؟ قال: رحمني وغفر لي وزفني إلى الجنة كما تزف العروس, ونثر علي كما ينثر على العروس، فقلت: بم بلغت هذه الحال؟ فقال لي قائل: يقول لك بما في كتاب الرسالة من الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم". قلت: فكيف ذلك؟ قال: وصلى الله على محمد عدد ما ذكره الذاكرون، وعدد ما غفل عن ذكره الغافلون. قال: فلما أصبحت نظرت في الرسالة فوجدت الأمر كما رأيت: النبي صلى الله عليه وسلم"
Abdullah bin al-Hakam berkata: Aku bermimpi bertemu al-Imam al-Syafi’I setelah beliau meninggal. Aku bertanya: Apa yang Allah lakukan padamu? Beliau menjawab: Allah mengasihiku dan mengampuniku – sampai dengan- Lalu aku (Imam Syafi’i) bertanya kepada Allah: dengan apa aku memperoleh derajat ini? Lalu ada orang yang menjawab: dengan solawat yang kau tulis di dalam kitab al-Risalah:
صلى الله على محمد عدد ما ذكره الذاكرون وعدد ما غفل عن ذكره الغافلون .
Abdullah bin al-Hakam berkata: Pagi harinya aku tenggok kitab al-Risalah, ternyata solawat di dalamnya sama dengan yang aku tenggok di dalam mimpiku.
Sambung beliau lagi :
Dan banyak lagi dalil-dalil bolehnya bersolawat atau berdoa walaupun tidak diajarkan nabi. Tentunya ada ketentuan-ketentuan yang harus dilalui. Ketentuan tersebut tentunya makna dalam solawat tidak boleh bercanggah dengan akidah Islam, seperti mensyirikkan secara hakiki, secara nahwu juga haruslah betul. Dalam hal ini, semua solawat yang masyhur di kalangan umat Islam mulai dari Moroko sampai ke Indonesia seperti solawat munjiyat, dan lain-lain jelas-jelas tidak bercanggah dalam Islam. Ia boleh diamalkan, dan mendapat pahalalah orang yang mengamalkannya selagi Allah ingin memberinya.
WaLlahua'lam
Untuk belajar lebih lanjut boleh berhubung dengan sahabat saya : Http://akitiano.blogspot.com
Assalamu'alaikum .. ni sya nak tnya .. Kalau perempuan bolehkah dia melantangkan suara dalam solat ?? boleh ustaz jelaskan ??
Catat Ulasan