Jom Bantu Memberi Faham!




Terima Kasih kerana berkunjung ke laman blog ini. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dan disebarkan kepada umat Islam yang lain.

Kepada para sahabat dan ilmuwan agama yang pakar dalam aqidah, usuluddin, al Quran, hadith, usul feqh, feqh dan disiplin ilmu yang lain (mengikut Mazhab Syafie aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah) diharap dapat berkunjung ke laman-laman web di bawah untuk memberikan kefahaman dan penjelasan kepada umat Islam di Malaysia :

1.


3. Visit our Forum!



Kami sedang berusaha untuk memberi kefahaman kepada Umat Islam di Malaysia di dalam Facebook. Ini adalah antara usaha kecil kami untuk berdakwah. AlhamduliLlah setakat ini sudah 5,253 sahabat yang menyertai kami. Jom bergabung di sini:

JomFaham


Jom Beli Buku Berkualiti Ahlus Sunnah Wal Jama'ah ^_^

Jom 'KLIK' Forum Islamik ASWJ

Rabu, 15 Disember 2010

Mazhab Syafie Paling Sesuai Di Malaysia

JOHOR BAHRU 8 Dis. - Mazhab Shafie adalah paling relevan dan sesuai di negara ini kerana pegangannya mengutamakan kesederhanaan.

Pensyarah King Abdul Aziz University, Arab Saudi, Sheikh Dr. Mohamed Ismail Zain berkata, kesederhanaan mazhab tersebut dapat dinilai melalui caranya dalam menangani masalah ummah.

"Dari segi iktikad, Ahli Sunnah Wal Jamaah akan mengambil jalan pertengahan antara golongan melampau dan golongan yang terlalu memudah-mudahkan perkara agama.

"Sementara itu, dari segi amal dan suluk, mereka berada dalam golongan pertengahan antara kedua-dua golongan itu,"
katanya pada Majlis Multaqa Ulama Darul Ta'zim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.

Majlis anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia itu dirasmikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sheikh Dr. Mohamed Ismail berkata, mazhab Shafie juga sentiasa mengutamakan perpaduan dan mengelak berlakunya perpecahan bagi memastikan pengikutnya terus bersatu walaupun berselisih pendapat.

"Mazhab Shafie begitu bersungguh-sungguh berusaha menyatukan kaum Muslimin atas jalan kebenaran, menyatukan barisan serta menjauhkan segala sebab persengketaan dan perselisihan,"
katanya.

Dari segi dakwah pula, ia dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh merangkumi semua aspek antaranya akidah, ibadah, suluk dan akhlak.

Katanya, pegangan mazhab itu turut membentuk pengikutnya supaya berlapang dada dengan kepelbagaian ijtihad tanpa menghukum sesat terhadap golongan yang berijtihad.

"Mereka juga tidak mengharuskan hukum kafir, fasiq atau dosa ke atas ulama Muslimin hanya kerana ijtihad yang salah,"
katanya.

Terjemahan kertas kerja Mohamed Ismail yang dibentangkan dalam bahasa Arab itu dilakukan oleh Habib Ali Zaenal Abidin.

Sumber : Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Jom Ikut Kuliah Agama Secara Online!

Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf

Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan

Ahli Hadith

Ahli Mazhab Syafie

Ahli Perubatan Islam

Ahli Psikologi/Kaunseling

Ahli Perbandingan Agama

Ahli Bahasa Arab

Ahli Qira'at / Tajwid

Ahli Pemikir Islam

Ahli Kajian Dan Penyelidikan