CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Memuatkan ...

Khamis, 20 Ogos 2009

Tingkatkan Kualiti Puasa Kita - 2

Penulis : Ustaz Abu Zahrah

Sambungan dari entri sebelumnya.

(Ketiga) sayogia bagi orang yang puasa itu memeliharakan telinganya daripada mendengar perkataan yang haram dan perkataan yang makruh dan memeliharakan telinganya daripada mendengar perkataan yang sia-sia yang tiada memberi manfaat di dalam akhirat.

Dan sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

المغتاب والمستمع شريكان في الإثم

Ertinya: Orang yang mengumpat akan orang dan orang yang mendengar akan dia itu bersekutu keduanya itu pada berdosa (Hadits riwayat ath-Thabrani, dhaif - al-‘Iraqi)

(Keempat) Sayogianya bagi orang yang puasa itu memeliharakan tangannya dan kakinya daripada segala yang diharamkan dan segala makruh dan segala yang sia-sia, tiada memberi manfaat di dalam akhirat.

(Kelima) memeliharakan perut pada ketika waktu berbuka itu daripada memakan makanan yang haram atau memakan yang syubhat. Maka tiada faedah bagi puasa, iaitu meninggalkan daripada makan yang halal kemudian maka berbuka dengan makanan yang haram. Maka adalah misal orang yang puasa itu seperti misal orang yang berbuat mahligai pada hal ia merobohkan negeri kerana makanan yang halal itu memberi mudharat ia dengan memakan banyak akan dia dan tiada memberi mudharat ia dengan makan sedikitnya. Dan puasa itu mensedikitkan makan yang halal, iaitu ubat yang memberi manfaat bagi hati dan membanyakkan akan dia itu membinasakan akan hati dan memakan yang haram itu membinasakan agama.

Sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

كم صائم ليس له من صومه إلا الجوع والعطش

Ertinya: Beberapa daripada orang yang puasa padah al tiada baginya daripada puasanya itu melainkan lapar dan dahaga jua.

Maka kata ulama [dalam menjelaskan maksud hadits diatas] orang itu ialah orang yang berbuka dengan memakan yang haram. Dan kata setengah ulama, iaitu menahan daripada memakan yang halal dan berbuka dengan daging manusia dengan mengumpat-umpat akan orang dan mengumpat itu haram. Dan kata setengah ulama iaitu orang yang tiada memelihara akan segala anggota daripada yang haram yang membawa kepada dosa.

(Keenam) Sayogianya bahwa jangan membanyakkan pada ketika berbuka itu dengan memakan yang halal sekira-kira memenuh perutnya, kerana sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

ماملأابن آدم وعاء شرا من بطنه

Ertinya: Tiada memenuh oleh anak Adam akan suatu tempat yang terlebih jahat daripada memenuh perutnya dengan memakan yang halal.

Ini kerana maksud dengan puasa itu iaitu hendak mengurangkan makan supaya dhoif syahwat nafsunya dan syahwat syaitannya, maka jika dihimpunkan makanan yang pagi-pagi dan makanan yang petang-petang itu dengan sekali maka pada ketika berbuka puasa itu, maka tiada faedah puasanya itu. Jadi tiada manfaat puasanya itu melainkan dengan sedikit daripada memakan yang halal kerana mengurangkan makan itu meringankan tubuh pada berbuat ‘ibadat dan berbuat sembahyang tahajjud pada malam hari dan merajinkan mengerjakan wiridnya dan dhikirnya hingga terang hatinya.

(Ketujuh) Sayogia bahwa adalah hatinya kemudian daripada berbuka itu berulang-ulang antara khauf dan raja’ yakni berulang-ulang antara takut akan Allah Ta’ala dan antara harap akan Allah Ta’ala kerana tiada diketahui adakah diterima akan puasanya itu, maka iaitu daripada orang yang muqarrabin atau ditolongkan akan puasa itu atasnya, maka iaitu daripada orang yang dimurkai Allah Ta’ala. Dan seyogianya ia menghadirkan yang demikian itu pada ketika kemudian daripada tiap-tiap ‘ibadat yang lain daripada puasa itu. والله أعلم

Darjah ketiga - Puasa orang khawwasul khawwas iaitu puasa orang yang muqarrabin yang ‘arifin iaitu menahan hati daripada mencita-citakan dunia dan memikirkan akan dia dan mengosongkan rahsia yang di dalam hati [sirr] daripada barang yang lain daripada Allah Ta’ala. Dan sentiasa hatinya itu syuhud kepada Allah Ta’ala dan batal puasanya itu dengan memikirkan barang yang lain daripada Allah Ta’ala dan yang lain daripada negeri akhirat. Demikian lagi batal puasa itu dengan memikir akan pekerjaan dunia, melainkan jika ada dunia itu membawa kepada manfaat akhirat dan jadi bekal baginya di dalam akhirat, maka iaitu tiada dinamakan dunia. Kerana inilah kata ulama ahlul bathin:

من تحركت همته بالتصرف في نهاره لتدبر ما يفطر عليه كتبت عليه خطيئة

Ertinya: Barangsiapa bergerak cita-citanya dengan berbuat di dalam harinya itu kerana membicarakan sesuatu yang akan dimakannya pada ketika berbukanya itu, nescaya disurat atasnya akan dosa.

Dan yang demikian itu kerana kurang percaya dengan anugerah Allah Ta’ala dan kemurahanNya pada memberi rezqi akan dia dan kurang yaqin ia dengan rezqinya yang dijanjikan oleh Allah Ta’ala.

Dan darjat puasa yang ketiga iaitu martabat anbiya’ dan orang-orang siddiqin dan orang-orang muqarrabin yang ‘arifin, kerana cita-cita hati mereka itu semata-mata berhadap kepada Allah Ta’ala dan berpaling hati mereka itu daripada segala yang lain daripada Allah Ta’ala dan telah masuk mereka itu di dalam makna firman Allah:

قُلِ ٱللَّهُ ثُمَّ ذَرْهُمْ فِي خَوْضِهِمْ يَلْعَبُونَ

Ertinya: Ucap olehmu akan Allah Ta’ala kemudian maka tinggalkan olehmu akan manusia di dalam pekerjaan mereka itu pada hal bermain-main mereka itu. (Surah al-An’am: 91) - Tamat petikan.

Semoga petikan dari kitab Sair as-Salikin ini membuat kita berfikir, sejauhmana ... ditingkatan mana puasa kita sebelum ini? Andaikata selama ini kita masih didarjat pertama, maka mari kita berazam untuk meningkatkan ke darjat kedua. Berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan, bertaubatlah kepadanya .... Andaikata sudah didarjat kedua .... bersyukurlah atas karunia Allah tersebut dan berdoalah untuk dapat mendaki ke darjat ketiga atau sekurang-kurangnya maintain di darjat kedua ..... Semoga kita semua lulus dari Madrasah Ramadhan mendapat meraih 'Ijazah Taqwa'.


[Petikan dari kitab Sair as-Salikin ila ‘Ibaadati Rabbil ‘Alamin, tahqiq al-Fadhil Ustaz Abu ‘Ali Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, edisi jawi, halaman 414 – 419]

al-Faqir Abu Zahrah
27 Sya'ban 1430H

Sumber : Al-Fanshuri

Tiada ulasan:

KONGSIKAN

Jom Ikut Kuliah Agama Secara Online!

Jom Menuntut Ilmu !

Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf

Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan

Ahli Hadith

Ahli Mazhab Syafie

Ahli Perubatan Islam

Ahli Psikologi/Kaunseling

Ahli Perbandingan Agama

Ahli Bahasa Arab

Ahli Qira'at / Tajwid

  • Renungan - BERUNTUNGNYA ORANG YANG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil k...
    Setahun yang lalu
  • FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...
    Setahun yang lalu

Ahli Pemikir Islam

Ahli Kajian Dan Penyelidikan