CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Memuatkan ...

Selasa, 18 Ogos 2009

Siapakah Sejahat-jahat Makhluk ?

Tersebut dalam kitab Hadith Bukhari, bahawa sahabat Nabi SallaLLahu 'alaihi wasallam, bahawa sahabat Nabi Ibnu Umar radiyaLlahu 'anhu berpendapat, bahawa orang-orang khawarij dan i'tiqadnya adalah orang-orang yang paling buruk. Kami nukilkan di bawah ini apa yang disebut dalam Kitab Bukhari yang bererti :

Dan adalah sahabat Nabi Ibnu Umar radiyaLlahu 'anhu berpendapat bahawa makhluk ALlah yang paling jahat, mereka mengambil ayat-ayat al Quran yang sebenarnya turun untuk orang kafir, tetapi digunakannya kepada orang Mukmin
(Fathul Bari XV halaman 313), Sahih Bukhari no 6531.

Dalam menerangkan perkataan Ibnu Umar ini, Imam Ibnu Hajar Asqalani menyatakan bahawa dalam hadith yang dirawikan oleh Imam Tabari menerangkan bahawa seorang Asyaj bertanya kepada Nafi'i - bagaimana pendapat Ibnu Umar tentang orang-orang Khawarij yang berkumpul di Hururiyah? AbduLlah bin Umar menjawab,
bahawa mereka adalah makhluk yang paling buruk, kerana mereka menggunakan ayat-ayat al Quran yang sebetulnya menerangkan hal-hal orang kafir dan digunakannya kepada orang Mukmin
(Fathul Bari Juzuk 15 halaman 313)

Sumber rujukan :

1. Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayalli, Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha, Cet 1, 2008, halaman 119-120, Mutiara Ilmu Surabaya

2. K.H Sirajuddin Abbas, I'tiqad Ahlussunnah Wal-jama'ah, Cet Kesembilan , 2006, Halaman 149, Pustaka Aman Press

4 ulasan:

Reilly Engelo berkata...

assalamualaikum...

boleh huraikan, bagaimana yg dimaksudkan dgn menggunakan ayat qur'an tu?

^.^

IbnuNafis berkata...

Wa'alaikumussalam warahmatuLlah,

sebenarnya tuan boleh mengikuti perbahasan ini dalam kitab yang telah diterjemahkan di dalam blog ini iaitu GOLONGAN YANG SELAMAT ADALAH SELURUH UMAT ISLAM.

Saya masih belum habis menukilkan kitab ini lagi. Ia akan dibahaskan dalam bab Anggapan Mereka Bahawa Kebenaran Itu Hanya Ada Pada Kelompok Minoriti.

WaLlahua'lam.

sepohonkayu berkata...

"Golongan beragama dari puak tertentu menyangka mereka sahaja puak yang selamat dengan menafikan saudara lain (orng islam) yang berbeza fahaman dengan mereka dari segi mazhab, kaedah berdakwah, method takarrub kepada Allah, politik, dsbg..."

kenyataan ni salah kan?
betulkan kalau ana tersilap...
so yang sebetulnya...

"Golongan yang selamat adalah seluruh umat islam tidak kira mereka dalam aliran apapun (yang utama method/ cara) yang penting mereka ikhlas dalam berjuang/ beramal"

wallahu'alam...

p/s: Betulkan ana jika tersalah... Jazakallah...

IbnuNafis berkata...

Saudaraku yang dirahmati ALlah,

Golongan yang selamat adalah seluruh umat Islam yang beriman kepada ALlah, mengikut al quran dan hadith serta ijmak ulamak. Sebab itu ahlu sunnah wal jama'ah tidak bermudah-mudah menghukum kafir, sesat dan syirik melainkan benar-benar bercanggah dengan al Quran, sunnah dan ijmak ulamak.

Jika dalam perkara furuk (cabang) maka kita tidak boleh menghukum bid'ah sesat (masuk neraka) tanpa hak.

Kami sudah membahaskannya dalam tajuk : Siapakah Ahlu Sunnah wal Jama'ah ?

Terima kasih ya..

WaLlahua'lam

KONGSIKAN

Jom Ikut Kuliah Agama Secara Online!

Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan

Ahli Hadith

Ahli Mazhab Syafie

Ahli Perubatan Islam

Ahli Psikologi/Kaunseling

Ahli Perbandingan Agama

Ahli Bahasa Arab

Ahli Qira'at / Tajwid

  • Renungan - BERUNTUNGNYA ORANG YANG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil k...
    Setahun yang lalu
  • FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...
    Setahun yang lalu
  • Video Bacaan Hukum Qalqalah - Sekiranya anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum bacaan Qalqalah, tentu anda telah pun faham secara teorinya apakah yang dikatakan qalqal...
    4 tahun yang lalu

Ahli Pemikir Islam

Ahli Kajian Dan Penyelidikan