CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Memuatkan ...

Rabu, 19 Ogos 2009

Apakah Nabi Muhammad S.A.W Masih Hidup Di Dalam Kuburnya?

Soalan :

Apakah Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi wasallam masih hidup di dalam kuburnya? Sejauh manakah pengaruh kehidupan itu terhadap kita dalam kehidupan di dunia?

Jawapan :

Pertamanya, kita harus menjernihkan terlebih dahulu pelbagai istilah di dalam masalah ini, sebab sebahagian besar persoalan dapat diselesaikan hanya dengan membetulkan dan memperbaiki beberapa istilah.

Apabila yang dimaksudkan dengan kehidupan RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam di dalam kuburnya itu bahawa Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak berpindah dari kehidupan dunia ini dan ALlah subahanahu wa ta'ala tidak mencabut nyawanya, maka itu salah dan batil berdasarkan keterangan tegas di dalam al Quran. ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman :

"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seseorang manusia pun sebelum kamu (Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam); maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?"
(surah al Anbiya' : 34)

Jadi Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam sudah berpindah daripada kehidupan di dunia ini. Akan tetapi, perpindahan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak terputus hubungan dengan kita. Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam berada dalam kehidupan lain iaitu kehidupan para Nabi-nabi. Itulah yang disebut dengan kehidupan setelah mati, atau kematian sebagaimana dinamakan oleh Nabi sallaLlahu alaihi wasallam di dalam sabdanya :

"Hidupku mengandungi kebaikan bagi kalian, kalian melakukan sesuatu dan diberikan penjelasan bagi kalian (diturunkan wahyu). dan kematianku, mengandung kebaikan bagi kalian. Amal-amal kalian diperlihatkan kepadaku, apabila kebaikan yang aku lihat, akupun mengucapkan puji syukur kepada ALlah subahanahu wa ta'ala. dan apabila keburukan yang aku lihat, aku memohonkan ampunan kepada ALlah subahanahu wa ta'ala untuk kalian.


Hadith riwayat al Bazzar 4-9 vol 5, hlmn 308. Dailami, Musnad Al Firdaus vol 2 hlmn 137, Hariths dengan tambahan-tambahan al Haitsami, Musnad Hariths vol 2 hlmn 884; dan al Haitsami mengemukakannya di dalam Majma' az Zawaid vol 9, hlmn 23, dan mengiringinya dengan perkataan "Para tokoh periwayatnya adalah tokoh-tokoh periwayat sohih (hadith sohih).

RasuluLlah bersabda lagi :
Tidaklah seseorang mengucapkan salam kepadaku kecuali ALlah subahanahu wa ta'ala mengembalikan nyawaku, sehingga aku membalas salamnya"


(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 2, hlmn 527; Abu daud Sunan Abu daud vol 2, hlmn 218, Thobrani, Al Mu'jam al Awsath, vol 3, hlmn 262, Baihaqi, As Sunan al Kubra, vol V hlmn 245, dan Syu'ab Al Iman, vol 2, hlmn 217, Dailami, Musnad al Firdaus vol 4, hlmn 24, dan al Mundziri, Al targhib wa at tarhib, vol 2, hlmn 326, Al Haitsami menyebutkannya di dalam majma' al zawaid vol 10, hlmn 25, dan al Hafiz Ibnu Hajar , Al Fath al Bari vol 6, hlmn 488, memberikan komentar terhadapnya, :"Para periwayatnya adalah tokoh-tokoh thiqah" dan dia juga menjawab berbagai persoalan yang berkenaan dengan sudut logik yang ditujukan kepadanya.

Hadith ini menunjukkan keterhubungan di antara nyawa dengan badan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam yang mulia selama-lamanya, sebab setiap waktu pasti ada sahaja orang yang mengucapkan salam kepada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam.

Kehidupan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam setelah wafat tidak sama dengan kehidupan manusia lainnya. Sebab pada kehidupan setelah wafat pada manusia selain para Nabi, nyawa-nyawa tidak kembali kepada jasad mereka lagi. Kehidupan mereka adalah kehidupan yang tidak sempurna, dengan nyawa sahaja tanpa jasad. Walaupun kehidupan itu masih mempunyai hubungan dengan kehidupan dunia seperti menjawab salam dan perkara lainnya. Sebagaimana telah ditetapkan pada nabi berada dalam kehidupan yang lebih sempurna daripada kehidupan mereka sebelum wafat dan lebih sempurna daripada kehidupan makhluk lain setelah wafat.

Telah sohih bahawa Nabi beribadah kepada Tuhan di dalam kubur. Diriwayatkan dari Saidina Anas radiyaLlahu 'anhu bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

"Aku melalui Nabi Musa 'alaihissalam pada malam Isra' di sebuah tempat pasir merah bertompok. Baginda Musa 'alaihissalam sedang berdiri melaksanakan solat di dalam kuburnya.

(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 2, hlmn 315; Muslim, Sohih Muslim, vol 4, Hlmn 1845, Nasa'i As Sunan al Kubra, vol 1, hlm 419; Ibn Hibban, Sohih Ibnu Hibban, vol 1, hlm 242,; Ibn Abi Syaibah, Mushannaf Ibn Abi Syaibah, vol 7, hlm 335, dan Thobrani, Al Mu'jam al Ausath, vol 8, hlm 13.

RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda lagi yang bermaksud :
Para nabi hidup di dalam kubur, mereka (melaksanakan) solat (beribadah)


Hadith riwayat Dailami, Musnad al Firdaus, vol 1, hlm 119; Abu Ya'la, Musnad abu Ya'la, vol 6, hlm 147; Ibnu 'Adi, Al Kamil. vol 2, hlm 327; dan Haithami menyebutkan dalam Majma' az Zawa'id vol 8, hlmn 211, beliau memberikan pandangan dengan perkataan "Dan para periwayat Abu Ya'la adalah orang-orang yang thiqah.

Hadith ini menunjukkan para Nabi hidup dengan jasad dan roh mereka, kerana ada penyebutan tempat bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam mengatakan, "Di dalam kubur mereka". Seandainya kehidupan itu hanya dengan roh sahaja, tentu Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak menyebutkan tempat hidup mereka. Dengan demikian, mereka hidup di dalam kubur mereka dengan kehidpan yang hakiki seperti hidup mereka sebelum wafat, dan bukan kehidupan roh sahaja.

Sebagaimana jasad-jasad mereka yang mulia itu terpelihara, diharamkan bagi bumi untuk 'memakannya' (iaitu menghancurkan). Telah sohih dari Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bahawa Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

"Sesungguhnya ALlah subahanahu wa ta'ala mengharamkan atas bumi untuk memakan (menghancurkan) jasad-jasad para Nabi"

(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 4 hlmn 8, Abu Daud, Sunan Abu Daud vol 1, hlmn 275, An NAsa'i, Sunan an Nasa'i vol 3, hlmn 91, Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, vol 1, hlmn 524, Darimi, Sunan Darimi, vol 1, hlmn 445 : Hakim al Mustadrak, vol 1, hlmn 413, dan beliau berpandangan bahawa "Sohih, berdasarkan syarat-syarat Bukhari dan mereka berdua tidak mengeluarkannya." Baihaqi, As Sunan Ash Shugra, vol 1, hlmn 372, dan di dalam as Sunan al Kubra, vol 3, hlmn 428.

Dengan demikian, Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam itu hidup di dalam kuburnya dengan roh dan jasadnya. Dan jasadnya (Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam) yang mulia terpelihara seperti saudara-saudaranya para Nabi yang lain.

Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam sangat dekat dengan ALlah subahanhu wa ta'ala beribadah di dalam kuburnya, dan berhubungan dengan umatnya, memohon keampunan untuk mereka, memberi syafaat kepada mereka di sisi ALlah subahanahu wa ta'ala, menjawab salam mereka, dan masih banyak lagi hal selainnya.

Oleh itu, siapa yang mendustakan kehidupan Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam di dalam kuburnya setelah perpindahannya, maka dia telah mendustakan hadith-hadith yang telah kami sebutkan. Barangsiapa yang mendustakan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam sudah berpindah dari kehidupan kita, maka dia telah mendustakan keterangan-keterangan Al Quran yang telah kami kemukakan.

Sikap yang tepat adalah kita menetapkan bahawa perpindahan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam dari kehidupan dunia, ialah dengan menetapkan bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam itu hidup di dalam kuburnya, beribadah kepada Tuhannya, menjawab salam orang yang mengucapkan salam kepadanya, memberikan syafaat bagi umatnya, dan memohonkan keampunan untuk mereka. Sebagaimana apa yang telah disampaikan kepada kita oleh Nabi As Shadiq Al Mashduq, Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam dan kepada aLlah subahanahu wa ta'ala Yang Maha Tinggai lagi Maha Mengetahui.

Sumber :

Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

Tiada ulasan:

KONGSIKAN

Jom Ikut Kuliah Agama Secara Online!

Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf

Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan

Ahli Hadith

Ahli Mazhab Syafie

Ahli Perubatan Islam

Ahli Psikologi/Kaunseling

Ahli Perbandingan Agama

Ahli Bahasa Arab

Ahli Qira'at / Tajwid

  • Renungan - BERUNTUNGNYA ORANG YANG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil k...
    Setahun yang lalu
  • FAWASIL (SURAH UMM AL-QURAN) - MATAN NAZIMAH AL-ZUHR (MATAN ILMU FAWASIL) KARANGAN IMAM AL-SYATHIBI سورةُ أُمُّ القُرْآن وأُمُّ القُرْآن الكُلُّ سَبْعاً يَعُدُّها ولَكِن ع...
    Setahun yang lalu
  • Video Bacaan Hukum Qalqalah - Sekiranya anda telah membaca artikel saya yang lepas tentang hukum bacaan Qalqalah, tentu anda telah pun faham secara teorinya apakah yang dikatakan qalqal...
    4 tahun yang lalu

Ahli Pemikir Islam

Ahli Kajian Dan Penyelidikan