CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :
Khamis, 24 Julai 2025
Senarai Artikel Dr Khafidz Soroni Tahun 2024
Jauhi Perbuatan Dilaknat Allah
Jumaat, 2 Februari 2024
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?
Soalan:
Ketika sedang sujud adakah kedua kaki direnggangkan atau dirapatkan. Mana satu cara yang betul?
Jawapan:
Adalah harus ketika sujud seorang itu merenggangkan antara kedua tapak kakinya atau merapatkannya. Jumhur ulama’ mengatakan bahawa sunat merenggangkan kedua tapak kaki ketika sedang sujud manakala ulama’ mazhab Hanafi berkata sunat dirapatkan akan keduanya.
Diriwayatkan dari Abu Humaid r.a beliau menceritakan tentang cara solat Nabi saw dengan katanya:
وإذا سجد فَرَّج بين فخذيه
“Apabila Nabi saw sujud baginda merenggangkan antara kedua pahanya.” [Hadith ini sahih yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud (no 735)]
Berkata Imam Syaukani:
( فرَّجَ بين فخذيه ) أي : فرق بين فخذيه ، وركبتيه ، وقدميه . قال أصحاب الشافعي : يكون التفريق بين القدمين بقدر شبر
“Merenggangkan antara dua pehanya itu ertinya merenggangkan antara kedua peha dan kedua lutut dan kedua tapak kakinya. Dan berkata ashab Syafie: Adalah merenggangkan antara kedua tapak kaki itu ialah kadar sejengkal.” (Kitab Nailul Authar: 2/297)
Berkata Imam Nawawi:
قال الشافعي والأصحاب : يستحب للساجد أن يفرج بين ركبتيه وبين قدميه . قال القاضي أبو الطيب في تعليقه : قال أصحابنا : يكون بين قدميه قدر شبر
Telah menyebut oleh Imam Syafie: “Adalah disunatkan bagi orang yang sujud bahawa merenggangkan antara dua lututnya dan dua tapak kakinya.” Berkata Qadhi Abu Tayyib pada takliqnya: “Berkata ashab kami adalah renggang antara dua tapak kaki itu ialah kadar sejengkal.” (Al-Majmu' : 3/407)
Wallahua'lam.
Isnin, 17 Oktober 2022
99 Hujjah ASWAJA
Satu aplikasi menarik di dalam Google Apps telah dibangunkan dalam bentuk e-book yang mudah diakses dan dibaca untuk umat Islam.
Mengandungi 347 mukasurat yang berisi 99 hujjah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah disusun oleh Kyai Haji Ma'ruf Khozin.
Ia menjawab persoalan-persoalan yang dianggap bid'ah oleh golongan wahhabi dengan dalil-dalil al Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas.
Aplikasi ini boleh dimuat turun di sini :
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.microsaif.kiaimarufkhozin
ANJING INI MENGAMUK MARAH DISEBABKAN PERKATAAN CACIANNYA TERHADAP MUHAMMAD!!
Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani Rahimahullah ada mencatatkan sebuah kisah yang menjaga kesucian Baginda Rasulullah didalam kitab Ad-Durar al-Kaaminah jilid ke 3 halaman ke 202
Isinya berbunyi
Pernah satu ketika Tentera Mongol ada mengadakan satu Upacara Majlis besar-besaran kerana ada dari kalangan pemimpin kerajaan mongol ini akan memeluk agama Nasrani,,,,,
Maka saat itu datanglah ketua-ketua Pendeta agama Nasrani bagi menguruskan Upacara pembaptisan Pemimpin mongol ini,,,
Tetapi,,,
Sebelum Upacara itu dimulakan,,,
Salah seorang Dari Pendeta Nasrani ini Sempat Mencaci Maki dan merendahkan Baginda Rasulullah s a w dihadapan Pemimpin-pemimpin mongol ini,,,,,
Dan dalam masa yang sama juga saat itu,,
Ada seekor Anjing yang tiba-tiba mendengus resah gelisah tidak keruan menyalak menggonggong dan menerkam Pendeta Nasrani ini dengan Rakusnya,,,,
Ramai orang yang panik dan akhirnya berjaya dileraikan dan diamankan,,,
Maka penonton yang memerhatikan situasi ini berkata:
KES ANJING INI TERJADI DISEBABKAN PERKATAAN CACIAN KAMU TERHADAP DIRI NABI MUHAMMAD (S A W)!!
Tetapi Pendeta ini menafikan kata-kata mereka dan ia mungkin kesilapan teknikal
ia menjawab :
TIDAK!!
BAHKAN ANJING KESAYANGANKU INI ADA TERLIHAT AKU MENGANGKAT TANGAN PADA SAAT AKU SEDANG BERBICARA,,,
DAN IA MENYANGKAKAN YANG AKU INGIN MEMUKULNYA!
*disebabkan alasan ini kononnya anjing ini marah
kemudian
Pendeta Nasrani ini menyambung ucapannya dengan mencaci maki
Baginda Rasulullah s a w,,
Dan sekali lagi,
Kali ini Anjing ini meronta-ronta dan
mengginggit tali ikatannya sehingga putus dan melompat kearah pendeta ini,,, ia menerkam lehernya lalu merobek-robekkan tubuhnya,,
Sehingga Akhirnya pendeta Ini Mati ditempat kejadian,,,
Melihatkan situasi yang menggemparkan ini
Lalu seramai 40 ribu orang bangsa Mongol memeluk islam....
Allahu Akbar
Dan kisah ini juga ada dicatatkan oleh
Al-imam Az-Dzahabi Rahimahullah
Di dalam kitab Mu'jam Assyuyukh halaman ke 387 dengan isnadnya yang sohih,,
Beliau berkata,, kisah ini disaksikan sendiri oleh seorang saksi yang dikenali dengan nama Jamaluddin
Beliau menyatakan yang ia melihat dengan mata kepalanya sendiri:
Ia diBaham anjing!! - Demi Allah!!! - Aku sendiri yang menyaksikannya bagaimana ia menggigit Halkum Pendeta Nasrani itu!!
Ia memisahkan halkumnya dan matilah manusia laknat itu ditempat kejadian,,,,,
Maka gemparlah Peristiwa kejadian ini
Wallaahu a3lam
قال الحافظ ابن حجر العسقلانـيّ :
(( ذات مرة توجه جماعة من كبار النصارى ؛ لحضور حفل مغوليّ كبيـر عقد بسبب تنصر أحد أمراء المغول ، فأخذ واحد من دعاة النصارى في شتم النبيّ صلّى الله عليه وسلّم ، وكان هناك كلب صيد مربوط ؛ فلما بدأ هذا الصليـبـيّ الحاقد في سب النبيّ صلّى الله عليه وسلّم زمجر الكلب وهاج ثم وثب على الصليـبـيّ وخمشه بشدة ، فخلّصوه منه بعد جهد ، فقال بعض الحاضرين : هذا بكلامك في حق محمد عليه الصلاة والسلام ، فقال الصليـبـيّ: كَلاَّ ، بل هذا الكلب عزيز النفس رآني أشيـر بيدي فظن أني أريد ضربه ، ثم عاد لسب النبيّ وأقذع في السب ، عندها قطع الكلب رباطه ووثب على عنق الصليـبـيّ ، وقلع زوره في الحال أي: - أعلى صدره - فمات الصليـبـيّ من فوره ، فعندها أسلم نحو أربعين ألفاً من المغول )) .
الدرر الكامنة (٣ / ٢٠٢)
وذكر الذهبيّ هذه القصة في معجم الشيوخ (٣٨٧)بإسناد صحيح .
وقال شاهد القصة وهو جمال الدين : (( وافترسه الكلب - والله العظيم - وأنا أنظر ثم عض على الصليـبـيّ زردمته - أي : حلقه - فاقتلعها فمات الملعون ، ثم اشتهرت الواقعة ..! )) .
Kredit : Ustaz Che' Pai
PENOLAKAN MUTLAK HADIS DAIF BUKAN MANHAJ MAJORITI AHLI HADIS
BERAMAL dengan hadis daif adalah harus berdasarkan ijmak ulama terdahulu.
SUDAH banyak kali dan di pelbagai kesempatan, penulis menjelaskan tentang kedudukan dan peranan hadis daif berdasarkan manhaj yang digunakan oleh jumhur ulama. Sewajarnya tidak timbul lagi persoalan tentang manhaj atau kaedah yang diguna pakai oleh penulis. Secara asasnya menurut jumhur ulama, hadis daif tidak boleh digunakan dalam bab akidah dan hukum. Namun dalam bab fadhail amal, sirah, motivasi, hikayat dan sebagainya, iaitu selain akidah serta hukum ia boleh diguna pakai. Ertinya, hadis daif tidak ditolak secara mutlak di sisi mereka.
Adapun sesetengah pihak yang mendakwa mengikut aliran Ahli Hadis, namun menolak hadis daif secara mutlak, malah 'membakulsampahkannya' bersama hadis palsu, maka perbuatan mereka ini sebenarnya bukanlah manhaj majoriti Ahli Hadis. Ini kerana manhaj majoriti mereka termasuk Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam al-Bukhari menerima serta memuatkan hadis daif dalam sebahagian karangan mereka.
Tidak dinafikan bahawa al-Hafiz al-Sakhawi (wafat 902H) ada menukilkan dalam al-Qawl al-Badi' pendapat yang menyatakan tidak boleh beramal dengan hadis daif secara mutlak. Beliau menisbahkan pendapat ini kepada Imam Ibnu al-Arabi (wafat 453H). Bagaimanapun, terdapat keraguan terhadap pendapat yang dinisbahkan kepada Ibnu al-Arabi ini terutama kerana beliau bermazhab Maliki dan antara usul mazhab berkenaan ialah boleh berhujah dengan hadis mursal, sedangkan ia dinilai sebagai daif oleh Ahli Hadis. Malah, terdapat pelbagai bukti beliau tidak menolak hadis daif secara mutlak.
Antaranya, dalam kitabnya 'Aridhah al-Ahwazi tentang hadis mendoakan orang yang bersin melebihi tiga kali, beliau berkata: "Abu 'Isa (at-Tirmizi) telah meriwayatkan sebuah hadis perawi majhul (tidak diketahui sebagai ahli riwayat) iaitu: 'Jika kamu suka kamu boleh mendoakannya dan jika kamu suka tidak perlu mendoakannya', namun ia sekalipun ada perawi majhul adalah mustahab beramal dengannya kerana ia hanya berbentuk mendoakan kebaikan, menghubungkan silaturahim dengan rakan serta mengeratkan persaudaraan dengannya."
Justeru itu, Syeikh Abd al-Fattah Abu Ghuddah berpendapat bahawa pendirian Ibn al-Arabi terhadap hadis daif sebenarnya adalah sama sepertimana pendirian jumhur ulama (lihat: Thalath Rasa'il fi Istihbab al-Du'a' wa Raf' al-Yadayn, hlm 102 & 143)
Syeikh Muhammad ʻAwwāmah dalam ḤHukm al-'Amal bi al-Hadith al-Da'if (hlm 133-219) telah membincangkan secara terperinci dakwaan yang mengatakan tidak boleh beramal dengan hadis daif secara mutlak.
Beliau menyenaraikan 15 tokoh ulama dahulu yang didakwa tidak beramal dengan hadis daif iaitu Imam Ibn Ma'in, Imam Ahmad, Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam Yahya az-Zuhli, Imam Abu Zur'ah, Imam Abu Hatim, anaknya Imam Ibn Abi Hatim; Imam Ibn Hibban, Imam al-Khattabi, Imam Ibn Hazm, Imam Ibn al-Arabi, Imam Abu Syamah, Syeikh Ibn Taimiyah dan Syeikh Jalaluddin ad-Dawwani. Kemudian beliau mengkritik satu persatu dakwaan yang dinisbahkan kepada mereka itu yang ternyata tidak benar berdasarkan bukti ilmiah apabila setiap mereka ditemui turut menerima atau mengguna pakai hadis daif.
Kajian beliau ini mengukuhkan lagi pernyataan sebahagian ulama tentang wujudnya ijmak ulama terhadap keharusan beramal dengan hadis daif dalam bab tertentu. Antaranya, kata Imam an-Nawawi (wafat 676H) dalam kitab al-Majmu' dan pada awal kitab al-Arba'in: "Telah bersepakat ulama atas keharusan beramal dengan hadis daif dalam fadhail amal (kelebihan amalan)." Demikian juga menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami (wafat 974H) dalam al-Fath al-Mubin dan al-Fatawa al-Hadithiyyah, Imam al-Hattab al-Maliki (wafat 954H) dalam Mawahib al-Jalil dan Mulla Ali al-Qari (wafat 1014H) dalam al-Haz al-Aufar dan al-Asrar al-Marfu'ah.
Malah, ramai ulama lain dalam kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan lain-lain yang mendokong pernyataan tersebut. Jika dakwaan ijmak ulama ini sahih, maka apa yang dinukilkan daripada Ibnu al-Arabi bahawa tidak boleh beramal dengan hadis daif secara mutlak perlulah ditakwil. Menurut al-Sayyid Alawi al-Maliki (wafat 1391H) dalam al-Manhal al-Latif (hlm 33), maksud sebenar kata-kata Ibnu al-Arabi ialah hadis yang bersangatan daifnya, yang langsung tidak dapat dijadikan hujah dan iktibar di sisi para ulama. Justeru, ia bukan semata-mata daif biasa kerana Ibnu al-Arabi masih menerima hadis yang berstatus daif dalam sebahagian karya beliau seperti Aridhah al-Ahwazi, Maraqi al-Zalaf dan Siraj al-Muridin, apatah lagi dalam menerima hadis mursal sebagaimana usul mazhabnya.
Kesemua penjelasan ini mengukuhkan lagi pernyataan Imam an-Nawawi dan lainnya yang menyebut beramal dengan hadis daif dalam bab selain akidah dan hukum adalah ijmak ulama terdahulu.
Dr Mohd Khafidz Soroni
Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/10/892852/penolakan-mutlak-bukan-manhaj-majoriti-ahli-hadis

