CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Selasa, 13 Mac 2018

Mari mengenali babi

Oleh : Maulana Lutfi Muharam

https://m.facebook.com/tokkenali.kitabarab

1- Perkataan ﺧﻨﺰﻳﺮ berasal dari kalimah ﺧﺮﺯ ﺍﻟﻌﻴﻦ bermakna mengecilkan mata seperti seseorang sedang mensasarkan sesuatu. Ini kerana begitulah babi keadaan babi ketika melihat

2- Gelaran babi dalam bahasa Arab ialah abu jaham, abu zur'ah , abu dulaf, abu qadim, abu uqbah, abu ulyah

3- Habitatnya herbivor dan karnivor. Kerana ia mempunyai taring dan makan bangkai dan juga makan rumput dan tumbuhan

4- Babi dikenali sebagai haiwan ultra sexnya,Terkadang jantannya "menunggangi " betina ketika betina itu sedang meragut dan ada keadaan mereka dalam keadaan mengawan itu berlari berbatu-batu sehingga ada orang yang tersalah sangka menggagap ada binatang yang berkaki enam dek kerana melihat kesan tapak enam kaki diatas tanah

5- Babi jenis ini akan salaing berbunuhan untuk mendapatkan betinanya

6- Tanda babi sedang kemuncak nafsunya ada tiga pertama kepalanya tunduk kedua dia akan menggerak-gerakkan ekornya dan ketiga suaranya mula berubah

7- Seekor babi betina boleh melahirkan dua puluh anak

8- Babi jantan sudah mula mengawan ketika berusia 8 bulan dan babi betina boleh beranak ketika berusia 6 bulan ada negeri yang babi nya beranak ketika usia 4 bulan

9- Babi betina tidak dapat beranak lagi apabila usianya 15 tahun
Hayat hayawan ...

10- Dikatakan tidak ada binatang yang bertaring dan berekor seperti babi. Ia mempunyai taring yang sangat kuat sehingga dia boleh menyerang manusia yang bersenjatakan pedang dan tombak. Apabila ia merempuh dan menyondol habis patah tulang dan terkoyak otot

11- Kadang-kadang taringnya terlalu panjang sehingga menyebabkan ia mati kelaparan dek kerana mulutnya terhalang oleh taringnya yang panjang itu

12- Jika babi menggigit anjing nescaya habis berguguran bulu anjing

13- Jika ia asalnya liar kemudiannya cuba dijinakkan maka dia tidak mampu dilakukan

14- Babi mampu makan ular sekaligus tanpa dimudaratkan oleh bisanya

15- Jika babi lapar selama tiga hari berturut-turut kemudian diberi makan selama dua hari maka tubuhnya akan segera menjadi gemuk

16- Jika babi diikat kuat-kuat bersama keldai kemudian keldai kencing ia akan menyebabkan babi mati

17- Antara keanehan babi jika dicungkil salah satu dari matanya maka ia akan segera mati

18- Antara persamaan babi dengan manusia ialah pada kulitnya iaitu kulit babi tidak boleh ditanggalkan melainkan perlu dipotong sekali daging dibawahnya

19- Khasiat Babi (hukum menggunakan akan disebut kemudian )

20- Hati babi bagus untuk gigitan binatang berbisa khususnya ular dengan cara dimakan atau diminum airnya

21- Jika hatinya dikeringkan dan dicampur air bagus untuk penyakit Hemiplegia (lumpuh separuh badan ) dan kolon

22- Untuk mereka yang terkena buasir tanduknya dibakar dan dikikis kemudian serbuk tanduknya itu dicampur air maka buasir akan mengecut dan pulih

23- Ambil hempedunya kemudian keringkan dan diletakkan dikawasan buasir akan dapat mengecutkannya

24- Tahi babi jika dipegang oleh mereka yang ada cegukan tidak berhenti akan menyembuhkannya

25- Jika diminum tahinya oleh mereka yang berpenyakit batu karang , batunya akan hancur

26- Tahi babi dicampur cuka dan dilumurkan dikepala akan dapat menyembuhkan sebarang luka diatas kepala

27- Ambil tahi babi lumurkan di pangkal pokok delima yang buahnya masam akan dapat menukar buahnya menjadi manis

28- Mimpi melihat babi

29- Babi dalam mimpi adalah isyarat kepada keburukan, kemuflisan dan kepayahan. Ia menunjukkan kepada harta yang haram

30- Melihat babi betina alamat kepada banyak zuriat dan keturunan

31- Melihat diri menunggang babi ialah isyarat dia akan memperolehi harta dan akan menguasai musuh yang kuat dan jahat

32- Makan daging babi yang telah dimasak ialah isyarat memperolehi harta dengan berniaga dengan cara yang tidak halal

33- Bermimpi bertukar menjadi babi ialah petanda akan mendapat harta dengan kehinaan dan menggadaikan agama

34- Membela babi dalam mimpi petunjuk akan menguasai yahudi dan nasrani

35- Jika bermimpi isterinya bertukar menjadi babi maknanya dia akan menceraikannya

36- Apa yang disebutkan tentang babi didalam hadis

37- " Sangat hampir waktunya Isa akan turun dari langit ke muka bumi dan akan bersama dengan kamu sebagai penguasa yang adil. Baginda akan mematahkan palang salib, membunuh babi, meghapuskan jizyah dan menghamburkan pemberian harta sehingga tidak ada seorang pun yang mahu menerimanya (kerana terlalu banyak harta ( Bukhari dan Muslim )

Kata Imam Khottobi,'

" Hadis ini menunjukkan hukum wajib membunuh babi dan ain tubuhnya najis.
Ketika Baginda Isa turun nanti syariat pada waktu itu ialah syariat Islam

38- " Menuntut ilmu adalah satu kewajiban keatas setiap muslim. Orang yang memberi ilmu kepada bukan ahlinya adalah seperti orang yang memberi kalung permata,mutiara dan emas dileher babi"( Ibnu Majah)
Kata Ibnu Sirin seorang pakar tafsir mimpi. Bermimpi mengkalungkan permata ke leher babi adalah tanda orang itu mengajar ilmu kepada bukan ahlinya

39- " Satu golongan dari umat ini tidur setelah bersukaria makan minum dan berhibur. Pada waktu pagi mereka telah ditukar menjadi babi" ( Hakim dalam Mustadrak )

40- " Barangsiapa menjual arak maka hendaklah dia memotong ketul-ketul daging babi ( dan makan ) (Abu Daud )
Maknanya jual arak dan makan babi hukum keduanya adalah sama haram

41- Babi adalah ikon negatif dalam masyarakat melayu. Dia digambarkan sebagai binatang jijik

44- Peribahasa babi merasai gulai membawa maksud seseorang yang hendak menyamai orang besar.

45- Babi jalang membawa maksud berzina atau bermukah.

46- Sifat manusia yang membabi buta pula bermaksud orang yang melakukan sesuatu tanpa berfikir dahulu.
Sememangnya begitulah sifat babi seperti yang diperhatikan oleh orang Melayu yang peka.
Babi sekiranya terkejut atau meradang akan terus meluru ke hadapan dan merempuh apa sahaja. Babi tidak boleh menoleh ke kanan dan ke kiri kerana tidak berleher. ( Noor Hasnah Adam BH, 07.12.2009)

47- Dalam peribahasa Arab disebut ﺃﻃﻴﺶ ﻣﻦ ﻋﻔﺮ - dia lebih teruk dari anak babi menggambarkan degil nakal jahatnya seseorang

48- Apabila tidak suka kepada sesuatu mereka akan mengatakan ﺍﻛﺮﻫﻪ ﻛﺮﺍﻫﺔ ﺍﻟﺨﻨﺰﻳﺮﺍﻟﻤﺎﺀ ﺍﻟﻤﻮﻏﺮ aku benci sangat perkara itu seperti bencinya babi dengan air yang panas menggelegak
Ini kerana orang kristian mereka akan memasak air sehingga menggelegak kemudian akan dicurahkan atas badan babi hidup-hidup sammpai dagingnya masak

49- Orang putih kata "
“Don’t Ever Wrestle With A Pig. You’ll Both Get Dirty, But The Pig Will Enjoy It.”
" Jangan bergaduh dengan babi kamu berdua sama-sama akan kotor namun babi tetap menikmati dan enjoy dengan kekotoran itu

50- Dalam peribahasa cina berbunyi
猪狗不如,zhu gou bu ru ( seseorang yang jahat sangat digambarkan sebagai anjing dan babi lebih baik darinya )
一龙一猪 yi long yi zhu ( beza antara naga dan babi)
perumpamaan tentang dua orang yang berbeza darjatnya seperti langit dan bumi

Hukum Angkat Tangan Ketika Berdoa Semasa Khatib Berdoa

Mengangkat tangan ketika berdoa termasuk ketika mendengar khatib berdoa.

Oleh : Pro. Dr. Asmadi Mohamed Naim

ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﻣﻠﻲ ﻓﻲ ﻧﻬﺎﻳﺔ ﺍﻟﻤﺤﺘﺎﺝ : )" ﻭ ‏) ﻳﺴﻦ ‏( ﺭﻓﻊ ﻳﺪﻳﻪ ‏) ﻓﻴﻪ ‏( ﺃﻱ ﻓﻲ ﺍﻟﻘﻨﻮﺕ ﻋﻨﺪﻫﻢ ‏) ، ﻭﻓﻲ ﺳﺎﺋﺮ ﺍﻷﺩﻋﻴﺔ ﺍﺗﺒﺎﻋﺎً، ﻛﻤﺎ ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﻴﻬﻘﻲ ﻓﻴﻪ ﺑﺈﺳﻨﺎﺩ ﺟﻴﺪ، ﻭﻓﻲ ﺳﺎﺋﺮ ﺍﻷﺩﻋﻴﺔ ﺍﻟﺸﻴﺨﺎﻥ ﻭﻏﻴﺮﻫﻤﺎ ".

Berkata al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj: Disunatkan menadah dua tangan ketika qunut. Demikian juga disunatkan menadah tangan pada semua doa sebagai ittiba' (mengikut kesunnahan menadah tangan ketika qunut) sebagimana diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang jayyid (baik) dan pada kesemua doa-doa sebagaimana riwayat Syaikhan dan selain daripada mereka.

ﻭﺳﺌﻞ ﺍﺑﻦ ﺣﺠﺮ ﺍﻟﻬﻴﺘﻤﻲ ﻓﻲ : " ﺍﻟﻔﺘﺎﻭﻯ ﺍﻟﻔﻘﻬﻴﺔ ﺍﻟﻜﺒﺮﻯ " ﻋﻦ ﺭﻓﻊ ﺍﻟﻴﺪﻳﻦ ﺑﻌﺪ ﻓﺮﺍﻍ ﺍﻟﺨﻄﺒﺘﻴﻦ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﺠﻤﻌﺔ ﻫﻞ ﻫﻮ ﻣﺴﺘﺤﺐ ﺃﻭ ﺑﺪﻋﺔ؟ ﻓﺄﺟﺎﺏ : " ﺭﻓﻊ ﺍﻟﻴﺪﻳﻦ ﺳﻨﺔ ﻓﻲ ﻛﻞ ﺩﻋﺎﺀ ﺧﺎﺭﺝ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﻧﺤﻮﻫﺎ ﻭﻣﻦ ﺯﻋﻢ ﺃﻧﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻟﻢ ﻳﺮﻓﻌﻬﻤﺎ ﺇﻻ ﻓﻲ ﺩﻋﺎﺀ ﺍﻻﺳﺘﺴﻘﺎﺀ ﻓﻘﺪ ﺳﻬﺎ ﺳﻬﻮﺍً ﺑﻴﻨﺎً ﻭﻏﻠﻂ ﻏﻠﻄﺎً ﻓﺎﺣﺸﺎً، ﻭﻋﺒﺎﺭﺓ ﺍﻟﻌﺒﺎﺏ ﻣﻊ ﺷﺮﺣﻲ ﻟﻪ : ‏( ﻳﺴﻦ ﻟﻠﺪﺍﻋﻲ ﺧﺎﺭﺝ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﺭﻓﻊ ﻳﺪﻳﻪ ﺍﻟﻄﺎﻫﺮﺗﻴﻦ ‏) ﻟﻼﺗﺒﺎﻉ ... ﻭﻗﺎﻝ : ﻣﻦ ﺍﺩﻋﻰ ﺣﺼﺮﻫﺎ ﻓﻬﻮ ﻏﺎﻟﻂ ﻏﻠﻄﺎً ﻓﺎﺣﺸﺎً، ﻭﻫﺬﻩ ﻟﻜﻮﻧﻬﺎ ﻣﺜﺒﺘﺔ ﻣﻘﺪﻣﺔ ﻋﻠﻰ ﺭﻭﺍﻳﺘﻬﻤﺎ ﻛﺎﻥ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻻ ﻳﺮﻓﻊ ﻳﺪﻳﻪ ﻓﻲ ﺷﻲﺀ ﻣﻦ ﺍﻟﺪﻋﺎﺀ ﺇﻻ ﻓﻲ ﺍﻻﺳﺘﺴﻘﺎﺀ، ﻭﺍﺳﺘﺤﺐ ﺍﻟﺨﻄﺎﺑﻲ ﻛﺸﻔﻬﻤﺎ ﻓﻲ ﺳﺎﺋﺮ ﺍﻷﺩﻋﻴﺔ، ﻭﻳﻜﺮﻩ ﻟﻠﺨﻄﻴﺐ ﺭﻓﻌﻬﻤﺎ ﻓﻲ ﺣﺎﻝ ﺍﻟﺨﻄﺒﺔ ﻛﻤﺎ ﻗﺎﻟﻪ ﺍﻟﺒﻴﻬﻘﻲ ".

Ibn Hajar ditanya sebagaimana dalam kitabnya al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra mengenai menadah tangan berdoa selepas selesai dua khutbah Jumaat(doa di akhir khutbah) pada hari Jumaat, adakah ia mustahab atau bid'ah?

Beliau menjawab: tadah tangan berdoa adalah sunnah pada setiap doa di luar solat dan selainnya. Sesiapa yang menyangka Nabi sAW tidah menadah tangan kecuali pada doa istisqa, sesungguhnya dia telah ditimpa kelupaan yang nyata dan juga kesalahan yang serius.

Kata-kata al-Ubab: disunatkan menadah tangan berdoa ketika diluar solat adalah untuk ittiba. Dan berkata: Dan sesiapa yang mengkhususkan menadah tangan hanya utk doa istisqa, sesungguhnya telah nyata salah. ini adalah kerana hadis menadah tangan adalah menetapkan sesuatu(muthbitah) dan ia (hadis yg menetapkan)lebih utama ( dipegang dan diamalkan ) daripada hadis riwayat syaikhan yang menyebut Nabi SAW adalah tidak mengangkat tangan berdoa kecuali pada doa istisqa.

Al-Khattabi mengatakan mustahab menadah tangan keduanya pada semua doa, namun makruh pada khatib (tidak makruh pada makmum) menadah tangan ketika berkhutbah sebagimana riwayat al-Baihaqi.

Habis nukilan...

Jadi amalkan menadah tangan ketika berdoa kerana ianya berpahala kerana mengikut Nabi SAW (ittibak) yang menadah tangan ketika berdoa. Allahu al-musta'an

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1525962464138139&id=100001732002898