Jom Bantu Memberi Faham!




Terima Kasih kerana berkunjung ke laman blog ini. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dan disebarkan kepada umat Islam yang lain.

Kepada para sahabat dan ilmuwan agama yang pakar dalam aqidah, usuluddin, al Quran, hadith, usul feqh, feqh dan disiplin ilmu yang lain (mengikut Mazhab Syafie aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah) diharap dapat berkunjung ke laman-laman web di bawah untuk memberikan kefahaman dan penjelasan kepada umat Islam di Malaysia :

1.


3. Visit our Forum!



Kami sedang berusaha untuk memberi kefahaman kepada Umat Islam di Malaysia di dalam Facebook. Ini adalah antara usaha kecil kami untuk berdakwah. AlhamduliLlah setakat ini sudah 3,711 sahabat yang menyertai kami. Jom bergabung di sini:

JomFaham
Buku terbaru hasil penulisan Ustaz Mukhlis. Sila dapatkannya di pasaran sekarang !








Testimoni buku "Menjiwai Tauhid Memurnikan Diri":

1.
Buku ini sangat menarik, penting dan sangat mudah untuk difahami. Bahasanya ringkas, isinya padat dan pendekatan yang digunakan bersesuaian dengan kehendak semasa. Lebih menarik lagi, isinya mengandungi gabungan antara ilmu tauhid dengan ilmu tasawwuf yang memudahkan para pembaca memahami ilmu tauhid dan menghayatinya dalam kehidupan.


Ustaz AbduLlah Thahir (Http://Al-Fanshuri.Blogspot.Com)

2.
Buku ini amat baik untuk mengenali aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan, aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah aqidah yang sejahtera dan perlu diikuti. Imam AbduLlah Al Haddad berkata : Hendaklah kamu berpegang dengan aqidah Al Asy'ari kerana ianya adalah suatu pegangan yang sejahtera dan bebas dari kufur dan kesesatan.


Ustaz Nasir bin Othman, Imam Masjid Jamek Bahau, Negeri Sembilan

Testimoni buku "Menyingkap Tabir Bahagia" :

1.
Buku ini menarik dan sesuai untuk dibaca oleh pelbagai peringkat umur. Buku ini juga memberi peluang kepada pembaca untuk meneroka dan menemui sinaran kebahagiaan dalaman yang hakiki.
Profesor Madya Dr Nik Hasnaa Nik Mahmood. UTM International Campus

Sesuai sebagai bahan pengajaran dan rujukan di sekolah, kolej, universiti, kuliah-kuliah ilmu, ceramah dan sebagainya.

Di Johor, buku ini boleh didapati di Plaza Angsana, Badan cemerlang Sdn Bhd. Atau boleh berhubung dengan :

Pelima Media Sendirian Berhad (852961-A),
3-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A,
Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.

Nombor Telefon :

Telefon Pejabat • +6 (03) - 8926 7746
Fax Pejabat• +6 (03) - 8927 3479
Telefon Bimbit • +6 (016) - 209 9454

Laman Web : http://www.pelima.com.my/

Jumaat, 21 Mei 2010

RasuluLlah Bergurau Dengan Kanak-kanak











Oleh : Ustaz Akhi Ahmad Kamil

Daripada Hadrat Anas bin Malik r.a beliau berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w selalu bergurau dengan kami sehingga Baginda pernah bersabda kepada adik kecilku,

يا أبا عُمَير , ما فعل النغير

Ya Aba Umair , Apa yang dibuat oleh Nughair
(Muttafaqun Alaih)

Nughair adalah burung kecil yang menyerupai burung merpati. Adik kepada Hadrat Anas sering bermain dengan burung tersebut. Namun kemudiannya burung itu mati.


Berkata Imam Abu Isa rahimahullah,

”Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w sendiri pernah bergurau. (Dalam kitab ditulis dengan كان يمازح menggunakan uslub kana + mudhori’ = fe’el madhi istimrari. Maknanya sering juga bergurau, wallahu a’lam-akhi).Baginda s.a.w dalam hadis ini telah memberi kunniyah (gelaran seperti Abu dan Ummu ) kepada seorang anak kecil dengan memanggilnya ‘Aba Umair’. Hadis ini juga menjadi dalil bahawa tidak salah memberi seekor burung kepada anak kecil untuk bermain.

Adapun Baginda s.a.w bersabda demikian adalah kerana adik Hadrat Anas r.a ini mempunyai seekor burung yang dia selalu bermain dengannya, namun burung itu kemudiannya mati. Anak kecil itu berasa sedih. Lalu Baginda s.a.w pun bergurau dengannya untuk membuat dia gembira.
” [1]

Apakah yang menyebabkan kanak-kanak ini gembira?

Adik kepada Hadrat Anas r.a ini adalah seorang kanak-kanak yang cerdas. Kalau kita sendiri semasa kecil dahulu, mungkin kita akan bertmbah sedih sekiranya seseorang menyebut-nyebut lagi mengenai kehilangan barang mainan yang amat kita sayangi sebagaimana layaknya perihal seorang kanak-kanak biasa. Namun tidak pada yang ini.


Berkata Imam al-Manawi rahimahullah,

”Malah dia menjadi amat senang hati kerana Rasulullah s.a.w sendiri berbicara dengannya. Hatinya menjadi riang. Dia bangga kerana Baginda melayannya. Habis satu keluarga diceritakan mengenai hal ini. Rasulullah bercakap dengan saya! Baginda bertanya pada saya! Dia menyibukkan dirinya dengan hal ini sehingga dengannya hilanglah rasa sedihnya. Si kecil ini mempunyai kebijaksanaan dan cerdik, oleh kerana itulah Baginda s.a.w berbicara dengannya begitu.”
[2]

Faedah hadis

Berkata Imam an-Nawawi rahimahullah,

Hadis ini memberi banyak sekali faedah. Antaranya:

1) Harus memberi kuniyah kepada seseorang yang belum ada anak walaupun kanak-kanak. Ini tidaklah pula dianggap sebagai berbohong.

2) Harus bergurau pada perkara yang tidak mendatangkan dosa

3) Harus mentasghirkan sebahagian nama misalnya Hirrah jadi Hurairah, Amr jadi Umair, Fadhl jadi Fudhail, Naghr jadi Nughair.

4) Harus kanak-kanak bermain dengan burung kecil dan menjadikannya (brung itu) miliknya

5) Harus menyusun bicara yang baik dan indah untuk melembutkan hati kanak-kanak

6) Hadis ini juga menggambarkan betapa Baginda s.a.w memiliki akhlak yang sangat mulia, sempurna dan amat tawadhok. [3]

Berkata Mulla (Bahasa Urdu, sama dengan Allamah dalam Bahasa Arab) Ali al-Qari rahimahullah berkata,

Hadis ini menunjukkan harus bergurau dengan anak-anak kecil untuk mengubat dukacitanya.

Kesimpulan

Sekiranya gurau senda yang dilakukan adalah bertujuan untuk menghilangkan kesedihan, mengubat hati yang berduka, dan yang seumpamanya maka ia adalah mustahab dan dibenarkan selagi mana tiada padanya unsur-unsur yang menyalahi syariat seperti menipu, menyebabkan permusuhan dan sebaginya.




[1] Dinukil oleh Imam Tirmizi dalam kitab as-Syamail
[2] Di dalam kitab syarahnya kepada as-Syamail
[3] Di dalam Syarah Muslim
[4] Di dalam Jam’u al-Wasail

0 ulasan:

Jom Ikut Kuliah Agama Secara Online!

Jom Menuntut Ilmu !

Ahli Aqidah/Usuluddin/Tasawuf

Ahli Tafsir/Usul Feqh/Feqh/Feqh Perbandingan

Ahli Hadith

Ahli Mazhab Syafie

Ahli Perubatan Islam

Ahli Psikologi/Kaunseling

Ahli Perbandingan Agama

Ahli Bahasa Arab

Ahli Qira'at / Tajwid

Ahli Pemikir Islam

Ahli Kajian Dan Penyelidikan