CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Memaparkan catatan dengan label Doa Dan Amalan Ulamak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa Dan Amalan Ulamak. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Mei 2020

Pandangan Ulama Hadis India Berkaitan Zikir Allah Allah

Amalan dan pandangan ulama hadis benua Hind berkaitan berzikir dengan lafaz Allah secara tunggal

Oleh : Ustaz Ahmad Lutfi Muharram 


1- Sheikh Waliyullah Dehlawi seorang ulama hadis yang tidak asing lagi didalam kitabnya القول الجميل في بيان سواء السبيل menerangkan kaifiat secara panjang lebar berzikir dengan lafaz isbat mujarrad ( menyebut lafaz Allah secara tunggal) dan beliau menyatakan ini adalah tahap berzikir selepas zikir nafi dan isbat (menyebut لا اله الا الله )

2- Didalam tafsir Maariful Quran Mufti Shafi' Usmani (ayah kepada Mufti Taqi Usmani) ketika mentafsirkan ayat واذكر اسم ربك dalam surah Muzammil beliau menakalkan dari tafsir Mazharie bahawa ayat ini menunjukkan kepada  tuntutan berzikir menyebut nama Allah sahaja. Kemudian Mufti Syafi' menyatakan ia menunjukkan bahawa pandangan yang mengatakan berzikir lafaz jalalah secara tunggal adalah perkara bidah adalah pandangan yang tidak betul

3- Maulana Syabbir Usmani pengarang syarah Sahih Muslim  ketika mensyarahkan hadis riwayat Muslim لا تقوم الساعة حتى لا يقال في الارض الله الله 

Beliau berkata ," Diulang-ulang kalimah Allah didalam hadis ini memeberi isyarat bahawa disyariatkan berzikir dengan mengucap lafaz Allah secara tunggal dan ia adalah sanggahan terhadap mereka yang menafikan bahawa ia adalah amalan yang disyariatkan dan terpuji. Seperti Sheikh Ibnu Taymiyah didalam fatawanya. Beliau telah berhujah secara panjang lebar dan berlebihan dalam menyatakan bahawa ia adalah zikir yang tidak disyariatkan. Barangkali Sheikh Ibnu Taymiyah terlupa hadis ini . Maha suci Allah yang tidak tidur dan lupa  ( Fathul Mulhim bab al-Iman )


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=935456063296611&id=100004966779883&_rdr

Khamis, 7 Mei 2020

Masalah zikir ALLAH secara tunggal

Oleh Ustaz Ahmad Lutfi bin Muharram 

Menyantuni Dr Rozaimi

1- Tulisan ini merupakan kritikan terhadap tulisan Dr Rozaimie dalam 'post' beliau seperti dibawah

https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/posts/1917823934911764

https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/videos/1921249671235857/

2- Ia ditulis secara " laff nasyr ghair murattab " . Hanya disusun mengikut kesesuaian munasabah dan maqam

3- Tahrir mahall niza' تحرير محل النزاع
Penting untuk ditentukan apa sebenarnya yang Dr Rozaimie mahu katakan tentang masaalah ini. Dalam video beliau dengan jelas menyatakan "siapa kata ada faedah" iaitu dalam berzikir Allah Allah dan perkataan beliau seterusnya menggambarkan hadirin secara makna bahawa ini adalah rekaan ulama dan mereka bukan Nabi.

Dalam post pertama beliau telah nyatakkan pandangannya ialah tidak digalakkan menyebut Allah Allah sebagai zikir khusus

Namun dalam post kedua beliau menggambarkan masalah ini sebagai khilaf kerana ada ulama yang mengharuskan

Saya tidak pasti adakah wujud unsur 'spin' atau tafsil ba'da ijmal

4- Permasaalahan ini sebenarnya berpaksikan metodologi dalam memahami keabsahan bida'h hasanah atau tidak dan ia menjadi punca pandangan-pandangan kritis dari Dr terhadap banyak isu yang diangkat beliau. Selagi Dr Rozaimie berpuas hati dengan hujah yang menolak bidaah hasanah maka selagi ltu titik temu tidak akan dijumpai

5- Menghukumnya sebagai tiada faedah@ bida'h makruhah ialah lanjutan dari pendapat Sheikh Ibnu Taymiyah dan anak muridnya Ibnu Qayyim. Kerana itu saya mengatakan ia adalah memberi nyawa semula kepada himpunan ilmu Sheikh Ibnu Taymiyah. Beliau dilihat begitu bersungguh menafikan amalan zikir Allah Allah dalam fatawa nya. Tidak ada ulama lain yang menulis sepanjang beliau menurut pengetahuan saya. Maulana Syabbir Usmani menyifatkan perbuatan Sheikh Ibnu Taymiyah sebagai اطنب اطنابا بليغا                                                       

6- Dr Rozaimie menyangkal istidlal para ulama dengan membawa ayat واذكر اسم ربك tentang galakkan zikir mufrad .

Beliau membawa petikan tafsir Qurtubi berkenaan dengan ayat ini yang tidak dinyatakan oleh Imam Qurtubi sebagai menunjukkan galakkan zikir mufrad bahkan Imam Qurtubi memberi tafsiran yang lain

7- Saya tidak memahami apa manhaj yang dipegang oleh beliau. Adakah apabila Imam Qurtubi atau seseorang mufassir tidak mentafsirkan sesuatu ayat dengan sesuatu tafsiran maka tafsiran itu akan menjadi salah .
Adapun jika Dr Rozaimie tidak nampak sisi mana ayat ini yang menunjukkan galakkan zikir mufrad maka itu tiada kaitan dengan istidlal dan hujah itu hanya terpakai untuk beliau amalkan seorang diri dan tidak boleh digunakan untuk ilzam khasam الزام الخصم

8- Apabila sesuatu tafsir tidak bertentangan dengan kaedah bahasa Arab dan qawaid syara' dan musallamat maka ia boleh menjadi salah satu wajah dalam mentafsir ayat

9- Ulama yang beristidlal dengan ayat ini (walaupun Dr menggelarkan mereka golongan panas hati )
Berkata ayat ini menyebut " sebutlah Nama Tuhanmu " dan zahir ayat ini menyuruh menyebut nama Tuhan .

10- Maka nama Tuhan kita ialah Allah. Lalu kalimah Allah disuruh sebut didalam ayat ini dan ia dimaksudkan dalam ayat ini secara دخولا اوليا

11- Jika Dr ingin membantah tafsir ini maka nyatakan dari sisi mana ia bertentangan dengan bahasa Arab, Qawaid syarak dan musallamat

12- Adapun membawa satu tafsir yang tidak sama dengan tafsir "golongan hati panas " maka tidak ada markah untuk hujah itu kecualilah jika Imam Qurtubi menyebut secara sorih tidak boleh ditafsir begini

13- Itupun ia tidak boleh menjadi حجة ملزمة                14 - Saya cuba jenguk- jenguk kitab tafsir yang lain adakah mereka ada mentafsir ayat ini selain dari apa yang di tafsir oleh Imam Qurtubi maka saya dapati mereka ada mentafsir selain dari tafsiran Imam Qurtubi . Dan adakah kita boleh mengatakan tafsiran mereka salah kerana ia tidak disebut oleh Imam

15- Jawabannya sudah tentu tidak . Jika tidak maka dimana punca dikatakan tafsiran "golongan panas hati " yang merujuk kepada zikir mufrad itu salah

16- Tafsiran ulama terhadap ayat واذكر اسم ربك . سورة المزمل yang tidak terdapat dalam Tafsir Qurtubi

Tafsir Ibnu Kasir اكثر من ذكره

Tafsir Jalalain قل بسم الله الرحمن الرحيم في ابتداء قراءتك

Tafsir Baidhowi واذكر اسم ربك ودم على ذكره ليلا ونهارا

Tafsir Baghowi واذكر اسم ربك بالتوحيد والتعظيم

16 - Apabila kita melihat tafsir-tafsir ini maka kita dapati bukan semua makna boleh difahami hanya dengan zahir ayat bahkan ada yang mentafsirkannya berdasarkan isyarat nas اشارة النص dan ada yang berdasarkan takwil nas تأويل النص

17- Namun selagi ia tidak bertentangan dengan konteks ayat , bahasa Arab , qawaid syarak dan musallamat maka ia masih boleh diterima . Tinggal lagi tafsiran mana yang lebih rajih dan 18- Saya akan menjamu pembaca dengan tafsiran tentang ayat ini oleh Maulana Qadhi Muhaddis Sanaullah al- Usmani . Beliau seorang ulama ulung pada zamannya berasal dari Pani Pat India mempelajari fekah dan hadis dari Shah Waliyullah Muhaddis Dehlawi. Kerana mendalamnya ilmu beliau dalam bidang hadis dan fekah maka Sayyid Abdul Aziz Dehlawi memberi gelaran Baihaqi zamannya.

19- Tafsiran beliau seperti berikut (intisari)
" Berkemungkinan juga maksud ayat ini ialah berzikir dengan lidah bersama dengan hati
dan maksud sentiasa berzikir ialah sentiasa dan berterusan secara uruf iaitu mengikut kemampuan manusia. Zikir lisan seperti ini akan membawa kepada ' tabattul ' (memutuskan diri dari makhluk dan berhubung hanya dengan Allah )

Berdasarkan takwil dan tafsir ini terdapat isyarat kepada BERZIKIR DENGAN MENGULANG - ULANG ISIM ZAT (lafaz Allah )

Dan didalam ayat رب المشرق والمغرب لا اله الا هو terdapat isyarat kepada kekuasaan Allah yang meliputi seluruh mumkinat dan isyarat kepada zikir nafi dan isbat لا اله الا الله

Dan kedua-dua zikir ini adalah asas kepada tariqah arbab kamalat al wilayah

Dengan ini baru jelas perbezaan antara معطوف و معطوف عليه
Diantara tiga ayat قم الليل و رتل القران و اذكر اسم ربك

Empat amal ini adalah jalan menuju kepada mendekatkan diri kepada Allah dan memperolehi darjat

1- Solat 
2- Membaca Quran
3- Zikir mufrad (mengulang lafaz Allah)
4- Zikir nafi dan isbat (mengulang لا اله الا الله

Tafsir al- Mazhari 7/111        20 - Sebelum saya ingin meneruskan kritikan saya ingin menasihati Dr Rozaimie supaya jangan menuduh apa yang orang tidak katakan. Beliau mengatakan dalam post keduanya ketika mengkritik Ustaz Kamarudin Toyo

" Soalan yang ustaz harus jawab ialah mengapa ustaz tidak ajak manusia berzikir dengan ayat yang sempurna seperti yang Nabi amalkan dan anjurkan? Adakah begitu berat lidah kita menuturkan sesuatu yang Nabi sendiri kata ia ringan di lidah dan berat di timbangan amal? Sama-sama kita fikirkan."

Sejak bila orang yang mengatakan boleh berzikir dengan zikir mufrad tidak mengajak manusia dengan zikir sempurna. Sampai pula dituduh berat lidah menuturkan zikir-zikir lain

21- Di akhir post kedua beliau mengatakan

" Namun sekali lagi saya tidak nafikan sememangnya ada ulama yang benarkan. Namun, zikir dengan ayat sempurna itu lebih baik. Walau bagaimanapun, mengatakan yang membantah sebagai pengikut dajjal dan yahudi itu sangat tidak wajar."

- Beliau tidak menerangkan secara jujur bahawa ini pandangan majoriti ulama Islam . Dan banyak berlaku beliau mengangkat pendapat syaz dan membayangkan seolah-olah ia yang paling rajih bahkan hak

- Kalau khilaf masaalah ini seputar yang mana lebih afdhal maka mengapa perlu disindir dikutuk dengan pelbagai gelaran mereka yang berpandangan boleh bahkan mustahab

- Ataupun perkataan beliau di post terakhir ini adalah spin dari kegopohan awal beliau ketika mengulas masaalah ini seperti dalam video

22 - Saya dapati banyak hujah beliau sama dan sebiji seperti yang terdapat dalam forum diskusi dalam internet oleh salafi Arab . Sama ada ia adalah 'copy paste ' atau ia hanya secara kebetulan. Namun saya tiada masaalah dengan hujah copy paste sekiranya hujah itu betul      23- Saya ingin mengulas pernolakan Dr Rozaimie terhadap hujah ulama yang mengharuskan zikir berdasarkan hadis riwayat Muslim

عن أنس رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا تقوم الساعة حتى لا يقال في الأرض : الله الله

Dalam satu riwayat dalam Muslim

لا تقوم الساعة على أحد يقول : ( الله الله)
Beliau berhujah dengan tiga bentuk

1- Dengan mentafsirkannya dengan tafsiran lain dengan mengambil kira datang dalam riwayat lain dengan lafaz yang berbeza . Ia adalah kaedah جمع الطرق seperti yang dilakukan oleh Hafiz Ibn Hajar

2- Dengan membawa tafsir ulama terhadap hadis ini iaitu Imam Tibie dan Munawi

3- Dengan membawa hujah akli secara mafhum mukhalafah

24- Sebelum saya meneruskan hujah saya ingin menzahirkan kepelikan terhadap urutan hujah Dr Rozaimie jika dilihat pada cara beliau berhujah maka ia menunjukkan perbuatan zikir mufrad ini tidak harus/tiada faedah namun jika baca petikan akhir post keduanya beliau gambarkan bahawa zikir mufrad adalah tidak afdhal

Soalannya tidak harus/tiada faedah atau tidak afdhal ?
Berbeza sangat kedua-dua hukum tersebut

Kepala hujah tidak sama dengan ekornya dan muqaddimah hujah berbeza dengan natijahnya. Apapun, Dr Rozaimie yang layak menjawab kepelikan ini

25- Menjawab hujah pertama

Menjama'kan riwayat hanya diperlukan apabila berlaku 
percanggahan diantara riwayat, apabila ada riwayat yang tidak jelas dan mujmal maknanya, apabila ada keringkasan dalam sesebuah riwayat, apabila zahir makna batil dalam sesebuah riwayat

Didalam riwayat ini dan riwayat Imam Ahmad , Ibn Hibban dan Hakim serta satu riwayat dari Ibnu Abi Ja'far yang menyatakan

" Bahawa tidak akan berlaku kiamat terhadap orang yang mengucap لا اله الا الله "

Lafaz Allah Allah tidak perlu ditakwilkan dengan lafaz La ilah ilallah kerana tiada percanggahan antara keduanya dan ia adalah zikir orang Islam dan ucapan mereka dan ia sesuai dengan hadis yang dibawa oleh Dr Rozaimie yang menyatakan orang Islam akan dimatikan dahulu sebelum berlaku kiamat

Seperti mana lafaz لا اله الا الله menunjukan tauhid maka lafaz Allah Allah juga menunjukan tauhid apabila diucap oleh orang Islam.

hadis ini ingin menyatakan kiamat tidak akan berlaku selagi ada orang Islam .Menyebut لا اله الا الله dan lafaz Allah Allah adalah tanda orang islam. Zikir pertama dipanggil nafi dan isbat manakala zikir kedua diipanggil zikir ismu zat

Mungkin Dr akan berhujah dalam hadis ini sebut dua kali sahaja sedangkan ahli sufi sebut beribu kali. Saya tidak fikir Dr akan berhujah dengan hujah dangkal ini. Cuba fikir jika dua kali sudah memberi manfaat 'menahan kiamat' bagaimana pula jika beribu kali

Imam Qurtubi dalam kitabnya yang membicarakan asmaul husna mentafsirkan hadis ini dengan katanya apabila menjelang kiamat lafaz ALLAH akan dicabut dari lidah orang yang engkar sehingga kalimah Allah langsung tiada yang sebut maka barulah berlaku kiamat

Tafsiran seperti ini lebih benar kerana masih mengamlkan makna zahir kedua-dua riwayat , Dr Rozaimie biasa dengar kaedah
" Menggunakan kedua-dua dalil lebih baik dari meninggalkan salah satu dari keduanya "

اعمال الدليلين اولي من اهمال احدهما

26- Bukankah mentakwilkan Allah Allah dengan لا اله الا الله adalah perbuatan takwil dengan syubhah yang sangat ditahzir olek kawan-kawan Dr Rozaimie

27- Jika mahu ditarjihkan maka riwayat Allah Allah lebih afdhal dengan beberapa sebab
- Imam Nawawi berkata semua naskah kitab Muslim meriwayatkan hadis ini dengan mengulang lafaz Allah Allah

- Hanya satu riwayat dari Ibnu Abi Jaafar yang meriwayatkan dengan لا اله الا الله

- Riwayat dalam kitab Muslim sudah tentu lebih kuat berbanding kitab lain
(Bagaimana mungkin di"paksa" riwayat Muslim yang diriwayat oleh majoriti untuk mengikuti lafaz riwayat-riwayat yang lain

- Dari segi makna riwayat lafaz Allah Allah lebih kuat dan bersesuaian dengan maqam iaitu

- Hadis ini ialah tentang tanda kiamat maka Nabi ingin menyatakan bahawa bila menjelang kiamat bukan setakat lafaz لا اله الا الله tidak diucapkan bahkan lafaz Allah Allah

(Walaubagaimanapun saya tidak berpandangan dengan cara jam' turuq dan tarjih dalam hadis ini )     27- Menjawab hujah kedua

Saya suka apabila Dr Rozaimie membawa hujah kedua ini dengan membawa tafsiran Imam Tibie dan Imam Munawi .Saya suka kerana mereka berdua adalah ulama serta beramal dengan tariqah (sila baca riwayat hidup mereka ). Justeru ia menunjukkan Dr Rozaimie sudah berjinak-jinak dengan perkataan-perkataan pengamal tariqah

28- Perkataan Imam Tibie sepatutnya tidak boleh menjadi hujah menafikan bahkan mengisbatkan sebutan zikir Allah Allah . Cuba baca betul-betul apa yang Imam Tibie tulis 
" Makna tidak dikatakan Allah ialah tidak disebut nama Allah dan Allah tidak disembah 
حتى لا يذكر اسم الله ولا يعبد

Bukankah perkataan Imam Tibie ini jelas mentafsirkan qawl dengan zikr

- Manakala syarahan Imam Munawi juga jelas menunjukkan maksud hadis ini ialah berzikir dan mengucap kalimah Allah 
وليس المراد أن لا يتلفظ بهذه الكلمة ، بل أنه لا يذكر الله ذكرا حقيقيا ، فكأنه لا تقوم الساعة وفي الأرض إنسان كامل

Kata Imam Munawi " Bukanlah maksud hadis semata-mata kalimah Allah tidak dilafazkan bahkan maksud hadis ini (menjelang kiamat) Allah tidak dizikirkan dengan zikir yang sebenar (seperti kalimah Allah diucapkan oleh orang kafir atau orang mulhid)".

29- Adapun orang yang berzikir mereka menyebut kalimah Allah dengan zikir yang hakiki maka sabitlah kebaikan dan faedah menyebut nama Allah

30- Jika Dr Rozaimi ingin tahu Imam Munawi adalah penyokong tegar zikir mufrad

- Didalam kitab yang sama yang Dr Rozaimie petik perkataan Munawi iaitu kitab Faidhul Qadir Imam Munawi telah berkata

قال في فيض القدير 2/309 : ( قالوا وليس للمسافر إلى الله في سلوكه أنفع من الذكر المفرد القاطع من الأفئدة الأغيار وهو الله )

Ahli sufi berkata " Tidak ada zikir yang lebih afdhal untuk musafir yang menuju kepada Allah didalam suluknya berbanding zikir mufrad yang memutuskan dan melenyapkan selain dari Allah daripada hati-hati"

- Di tempat lain beliau berkata 3/116 Faidh al-Qadir

( ويقعد فارغ القلب مجموع الهم ولا يفرق فكره بقراءة ولا غيرها بل يجتهد أن لا يخطر بباله شيء سوى ذكر الله فلا يزال قائلا بلسانه : ( الله الله ) على الدوام مع حضور قلبه إلى أن ينتهي إلى حالة يترك تحريك اللسان ويرى كأن الكلمة جارية عليه ثم يصير إلى أن ينمحي أثره من اللسان فيصادف قلبه مواظبا على الذكر ثم تنمحي صورة اللفظ ويبقى معنى الكلمة مجردا في قلبه لا يفارقه وعند ذلك انتظار الفتح ) اه
" Dan hendaklah dia duduk dalam keadaan sunyi hati, tawajjuh dan jangan dia kacau fikirannya dengan amalan lain seperti membaca al-Quran dan lain-lain bahkan hendaklah dia bersungguh-sungguh sehingga jangan ada lintasan selain dalam hatinya seterusnya berterusan dia mengulang-ngulang dngan lidahnya kalimah Allah Allah ........

وفي شرح حديث أسماء ابنة عميس - قالت : علمني رسول الله صلى الله عليه وسلم كلمات أقولهن عند الكرب ( الله الله ربي لا أشرك به شيئا ) الذي رواه ابن ماجه 2/1277وأبو داود 2/87 - قال المناوي في شرح الحديث في فيض القدير 1/286: ( الله الله ) وكرره استلذاذا بذكره واستحضارا لعظمته وتأكيدا للتوحيد فإنه الاسم الجامع لجميع الصفات الجلالية والجمالية والكمالية ) اه

31- Dalam kitab Tobaqat Sufiah Kubra 
" Beliau mengatakan hujah mereka yang menolak zikir mufrad terlalu lemah seperti sarang labah-labah"  32- Menolak hujah ketiga

Hujah ketiga beliau seperti berikut

" Jika benar maksud hadis ini seperti mana yang didakwa oleh orang yang panas hati. Maka adakah bermakna kiamat akan berlaku walaupun orang yang berzikir dengan zikir yang ada dalam hadis dengan lafaz yang lengkap? Ini kerana mereka meninggalkan lafaz Allah Allah secara mufrad (tunggal)? Sedangkan hadis sahih menyebutkan bahawa sebelum kiamat Allah akan menghantar angin yang akan mematikan semua orang yang beriman? "

33- Hujah ini yang paling kurang difahami boleh keluar dari tokoh seperti Dr Rozaimie . ( I can't brain)
Mungkin pembaca boleh merasai kejanggalan hujah ini

34- Beliau mengeluarkan mafhum mukholafah yang pelik

Sepatutnya apabila hadis itu berbunyi " Hari kiamat tidak akan berlaku sehinggalah lafaz Allah Allah tidak lagi diucapkan "

Maka mafhumnya " Hari kiamat akan berlaku bila kalimah Allah Allah pun sudah tidak diucapkan

Berdasarkan konteks hadis ini adalah ghayah dan klimaks yang Nabi ingin sampaikan. Iaitu begitu teruknya manusia sehingga kalimah Allah pun tidak diucapkan

Kalau subhanAllah Alhamdulillah dan zikir lain disebutkan lebih-lebih lagi kiamat tidak akan berlaku

36- Dr Rozaimi yang mulia . Walaupun kami tiada PHD tapi jangan bercakap dengan kami macam kami ini bodoh sangat sampai perkara setara ini pun kami tak boleh faham

37- Gunalah mafhum muwafaqah memahami hadis ini iaitu

Jika Allah Allah pun boleh menahan kiamat maka kalimah yang lebih daripada itu lebih-lebih lagilah

38- Kalau Dr salah sangka kami memahami hadis ini seperti yang Dr sangka maka berkat malam Khamis ini kami maafkan39- Sebelum mengakhiri santunan untuk yang terakhirnya (siri 10 ) saya ingin menyatakan masaalah ini tidak akan menyebabkan orang panas hati jika Dr Rozaimie merespon nya dengan baik

40- Perkara yang tidak boleh diterima apabila menyebut ia tiada faedah dan mengejek golongan yang memakai logo capal Nabi di songkok dan membayangkan bahawa golongan zikir mufrad sebagai membuat ulama mereka macam Nabi

41- Dr Rozaimi tidak perlu mengikut Sheikh Ibnu Taymiyah dalam masaalah ini yang bersifat keras ketika mengulasnya sehingga berkata " Zikir begini hanya dibuat oleh ضلال المتأخرين golongan yang sesat dari kalangan mutaakhirin

42- Syabas Dr dihujung post kedua agak reda sikit dengan mengatakan ia tidak afdhal . Walaupun ramai orang kata itu spin atau u turn tapi apa salahnya kalau kearah yang lebih hak. Saya anggap ia adalah رجوع . Semua pembaca perlu menerima rujuk beliau

43- Senarai nama yang membenarkan dan mengamalkan terlalu agong tokohnya yang agak kurang sopan dilayan hujahnya macam seperti budak " Jibam "

44- Nama seperti

Sheikh Junaid Baghdadi , Sheikh Zakariyya al- Ansori , Sheikh Ibnu Hajar al- Haitamy, Imam al-Munawi, Sheikh Waliyullah Muhaddis Dehlawi, Imam al- Munawi, Para muhaddisini aliran Deoband dan banyak lagi

45- Tidak semudah itu gunung - gunung ini boleh dihadapi 46- Saya seperti Dr Rozaimi tidak bersetuju ayat 
" قُلِ اللَّهُ ۖ ثُمَّ ذَرْهُمْ فِي خَوْضِهِمْ يَلْعَبُونَ "

dijadikan dalil untuk mengisbatkan zikir mufrad. Berdasarkan siyaq dan sabaq ayat (konteks ayat ) maka ia tidak boleh menunjukkan kepada saranan zikir mufrad secara mantuq atau mafhum

47- Namun saya bersetuju ia boleh diambil istinbat tentang zikir mufrad berdasarkan tafsir isyari ( lihat perbahasan tafsir isyari karangan Sheikh Abd Fattah Qudaish al-Yafie , Maulana Asyraf Ali Tanwi dalam muqaddimah kitab beliau Masail Suluk dan penerangan tentang Tafsir sufi oleh Shah Waliyullah Dehlawi dalam al-Fawzul al-Kabir bersama syarahnya al-Aun al-Kabir

48- Berkata Sheikh Ibnu Ajibah sebahagian mufassirin telah mengkritik para sufi yang beristidlal dengan ayat ini . Namun sebenarnya mereka tidak memahami maksud dan kehendak mereka

Maksud mereka ialah

" Ucapkanlah lafaz Allah dengan hatimu dan ruhmu dan hilangkan dirimu dari selain Allah kemudia biarkan orang lain tenggelam didalam selain Allah dan bemain dengan hawa nafsu mereka "

Para sufi tetap mengakui makna zahir sesebuah ayat yang mereka huraikan secara tafsir isyari

Seperti para sahabat menggunakan ayat yang diturunkan untuk orang kafir di praktikkan untuk diri mereka. Sedangkan jika dilihat konteks ayat maka ia langsung tidak merujuk kepada diri mereka

Walaupun ayat diatas diturunkan tentang orang Yahudi namun diambil iktibar untuk diri sendiri

49- Maulana Asyraf Ali Tanwi berkata 
" Masaalah - masaalah tasauf ada dua bahagian bahagian pertama ia ditunjukkan oleh oleh al-Quran dengan kaedah-kaedah dalalah yang muktabar disisi ahli ilmu dan ijtihad secara nas. Ia dinamakan TAFSIR < ISTINBAT< FIQH

Yang kedua Tidak ada petunjuk kepadanya secara mantuk dan secara qias berdasarkan persamaan pada illat syarak tetapi dia ada petunjuk secara tidak langsung berdasarkan munasabat dan perkaitan 
Jenis ini dipanggil i'tibar الاعتبار

50- Imam Zarkasyi berkata didalam kitab usul tafsirnya al-Burhan 
" Adapun huraian ahli sufi didalam mentafsir al-Quran ada pendapat mengatakan ia bukanlah tafsir tetapi ia adalah tindak balas jiwa dan sentuhan perasaan yang mereka rasai ketika membaca al-Quran

Contohnya sebahagian ahli sufi berkata tentang ayat ini 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قَاتِلُوا الَّذِينَ يَلُونَكُم مِّنَ الْكُفَّارِ
" Wahai orang yang beriman perangilah orang-orang kafir yang berdekatan dengan kami "

Berkata sebahagian ahli sufi tentang ayat ini 
" Maksusnya ialah nafsu. Kerana kita disuruh memerangi orang yang dekat dengan kita dan yang paling dengan kita ialah nafsu "

Banyak pakar tafsir membincangkan tentang kalam ahli sufi berkaitan sesebuah ayat

Kesimpulannya ayat ini tidak menunjukkan kepada zikir mufrad secara istinbat mantuk dan mafhum namun ia boleh dimbil isyarat nya dan dibawa kepada masaalah ini


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=945159782326239&id=100004966779883&_rdr

Ahad, 29 November 2015

Bid'ah Hasanah Yang Dilakukan Oleh Imam Bukhari, Bilal bin Rabah dan Khubaib bin Adi

Imam al-Bukhari (15126 rakaat)




وقال الفربري قال لي البخاري: ما وضعت في كتابي الصحيح حديثاً إلا اغتسلت قبل ذلك وصليت ركعتين
(طبقات الحفاظ - ج 1 / ص 48 وسير أعلام النبلاء 12 / 402 وطبقات الحنابلة 1 / 274، وتاريخ بغداد 2 / 9، وتهذيب الاسماء واللغات 1 / 74 ووفيات الاعيان 4 / 190، وتهذيب الكمال 1169، وطبقات السبكي 2 / 220، ومقدمة الفتح 490 وتهذيب التهذيب 9 / 42)
“al-Farbari berkata bahwa al-Bukhari berkata: Saya tidak meletakkan 1 hadis pun dalam kitab Sahih saya, kecuali saya mandi terlebih dahulu dan saya salat 2 rakaat”

-[ Diriwayatkan oleh banyak ahli hadis, diantaranya dalam Thabaqat al-Huffadz, al-Hafidz as-Suyuthi,1/48, Siyar A’lam an-Nubala’, al-Hafidz adz-Dzahabi 12/402, Thabaqat al-Hanabilah, 1/274, Tarikh Baghdad 2/9, Tahdzib al-Asma, Imam an-Nawawi, 1/74, Wafayat al-A’yan 4/190, Tahdzib al-Kamal, al-Hafidz al-Mizzi 1169, Thabaqat as-Subki 2/220, dan al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Muqaddimah al-Fath 490 dan at-Tahdzib 9/42 ]

Sedangkan hadis yang tertera dalam Sahih al-Bukhari berjumlah 7563 hadis. Maka salat yang beliau lakukan juga sesuai jumlah hadis tersebut atau 15126 (lima belas ribu seratus dua puluh enam) rakaat.

وروينا عن عبد القدوس بن همام، قال: سمعت عدة من المشايخ يقولون: حول البخارى تراجم جامعه بين قبر النبى - صلى الله عليه وسلم - ومنبره، وكان يصلى لكل ترجمة ركعتين (تهذيب الأسماء - (1 / 101)
“Kami meriwayatkan dari Abdul Quddus bin Hammam, bahwa ia mendengar dari para guru yang berkata seputar al-Bukhari ketika menulis bab-bab salam kitab Sahihnya diantara makam Nabi dan mimbarnya, dan al-Bukhari salat 2 rakaat dalam tiap-tiap bab”

-[ Tahdzib al-Asma’, an-Nawawi, 1/101 ]

Bilal bin Rabah radiyaLlahu 'anhu

Rasulullah SAW pernah memberitahu Bilal bin Rabah r.a. bahawa Baginda mendengar derapan tapak kaki Bilal di syurga. Lalu, Baginda bertanya Bilal bin Rabah r.a, "Apakah amalan yang menyebabkan engkau mendahului aku ke dalam syurga?"

Maka, jawab Bilal, "Tidak ada amalan yang paling aku harapkan manfaatnya selain setiap kali aku mengambil wuduk sama ada siang atau malam, maka aku akan bersolat dengan wuduk itu."

(HR Bukhari No 1098 dan HR Muslim No 2458~ sahih)

Dalam riwayat Ahmad, jawapannya begini

"Ya Rasulullah, tidak pernah aku berhadas (batal wuduk) melainkan aku akan mengambil wuduk dan bersolat dua rakaat."
Balas Rasulullah SAW, "Dengannya (iaitu dengan kedua-dua amalan inilah Bilal dimasukkan ke dalam syurga."

Khubaib bin Adi radiyaLlahu 'anhu 


Khubaib bin Adi r.a. adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Ketika beliau dibawa oleh orang kafir untuk dibunuh, beliau berkata, "Biarkan aku bersolat dua rakaat."
Dan, beliau adalah orang pertama melakukan solat sunat sebelum dibunuh.

(Rujuk hadis no 4086, Sahih Bukhari)

Sabtu, 28 November 2015

Bid'ah Hasanah Yang Dilakukan Oleh Salafussoleh dan Ulamak Khalaf



Oleh : Ustaz Ibnu Abdillah al Katiby

Berikut ini sebahagian contoh-contoh bid’ah hasanah yang dilakukan para ulama salaf dan kholaf :

1. Bid’ah Hasanah imam Abu Hanifah : Sholat 300 rakaat tiap malam.

Al-‘Aththar dalam kitab at-Tadzkirah mengatakan :

كان ابو حنبفة يصلي في كل ليلة ثلاثمائة ركعة فمر يوما على جمع من الصبيان فقال بعضهم لبعض : هذا يصلي في كل ليلة الف ركعة ولا ينام بالليل. فقال ابو حنيفة : نويت ان اصلي في كل ليلة الف ركعة وان لا انام بالليل

“ Abu Hanifah konon melakukan sholat 300 roka’at tiap malam. Suatu hari ia berjalan melewati sekelompok anak kecil, maka seorang dari mereka berkata kepada temannya : “ Inilah orang yang melakukan sholat tiap malam 1000 roka’at dan tidak pernah tidur tiap malam “.

(Iqamah al-Hujjah, al-Kanawi : 80)

2. Bid’ah Hasanah Imam Malik : Sholat 800 raka’at tiap hari.

قَالَ أَبُوْ مُصْعَبٍ وَأَحْمَدُ بْنُ إِسْمَاعِيْلَ مَكَثَ مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ سِتِّيْنَ سَنَةً يَصُوْمُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا وَكَانَ يُصَلِّي فِي كُلِّ يَوْمٍ ثَمَانَمِائَةٍ رَكْعَةً

“Abu Mush’ab dan Ahmad bin Ismail berkata: Malik bin Anas berpuasa sehari dan berbuka sehari selama 60 tahun dan ia salat setiap hari 800 rakaat ” (Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Abi Ya’la, 1/61///0)

3. Bid’ah Hasanah Imam asy-Syafi’i : Melafazkan Niat.

أخبرنا ابن خزيمة ، ثنا الربيع قال : « كان الشافعي إذا أراد أن يدخل في الصلاة قال : بسم الله ، موجها لبيت الله مؤديا لفرض الله عز وجل الله أكبر »

"Mengabarkan kepadaku Ibnu Khuzaimah, mengabarkan kepadaku Ar-Rabi', ia berkata :” Imam Syafi'i ketika akan masuk dalam Shalat beliau mengucapkan : “Bismillah Aku menghadap ke Baitullah, menunaikkan kewajiban kepada Allah. Allahu Akbar.” (Al-Mu’jam, Ibnu Al-Muqri : 317)

4. Bid’ah Hasanah Mus’ab bin Tsabit bin Abdillah bin Zubair : Sholat 1000 roka’at tiap hari.

مُصْعَبُ بْنُ ثَابِتِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ الزُّبَيْرِ وَكَانَ مُصْعَب يُصَلِّي فِي الْيَوْمِ وَالَّلْيَلَةِ أَلْفَ رَكْعَةٍ وَيَصُوْمُ الدَّهْرَ

“Mush’ab bin Tsabit bin Abdillah bin Zubair, ia salat dalam sehari semalam 1000 rakaat ” (Shifat ash-Shafwah, Ibnu Jauzi, 2/197 dan al-Ishabah, al-Hafidz Ibnu Hajar, 2/326)

5. Ali Zainal Abdin : Sholat 1000 roka’at tiap hari.

ذُوْ الثَّفَنَاتِ عَلِيُّ بْنُ الْحُسَيْنِ بْنِ عَلِي بْنِ أَبِي طَالِبٍ زَيْنُ الْعَابِدِيْنَ سُمِّيَ بِذَلِكَ لأَنَّهُ كَانَ يُصَلِّى كُلَّ يَوْمٍ أَلْفَ رَكْعَةٍ فَصَارَ فِي رُكْبَتَيْهِ مِثْلُ ثَفَنَاتِ الْبَعِيْرِ

“Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib, hiasan ahli ibadah, disebut demikian karena ia salat dalam sehari semalam sebanyak 1000 rakaat, sehingga di lututnya terdapat benjolan seperti unta” (Tahdzib al-Asma’, al-Hafidz al-Mizzi, 35/41)

6. Abu Qilabah : Sholat 400 roka’at tiap hari.

وَقَالَ أَحْمَدُ بْنُ كَامِلٍ الْقَاضِي: حُكِيَ أَنَّ أَبَا قِلاَبَةَ كَانَ يُصَلِّي فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ أَرْبَعَمِائَةٍ رَكْعَةً

“Qadli Ahmad bin Kamil berkata: Diceritakan bahwa Abu Qilabah salat dalam sehari semalam sebanyak 400 rakaat ” (Tadzkirah al-Huffadz, al-Hafidz adz-Dzahabi, 2/120)

7. Sebagian ulama salaf mengganti sholat Tahiyyatul Masjid dengan ucapan :

سبحان الله والحمد لله ولااله الا الله والله اكبر

Dibaca sebanyak empat kali di saat mereka tidak sempat melakukan sholat tahiyyatul masjid. Sebagaimana telah dinaqal oleh imam Nawawi dalam kitab al-Adzkarnya mukasurat : 32.
8. Bid’ah Hasanah Ibnu Mas’ud : Majlis setiap hari khamis.

Muhammad bin Abdul Wahhab an-Najdi (pendiri wahabi) mengatakan :

والمقصود بيان ما نحن عليه من الدين وأنه عبادة الله وحده لا شريك له فيها بخلع جميع الشرك، ومتابعة الرسول فيها نخلع جميع البدع إلا بدعة لها أصل في الشرع كجمع المصحف في كتاب واحد وجمع عمر رضي الله عنه الصحابة على التراويح جماعة وجمع ابن مسعود أصحابه عل القصص كل خميس ونحو ذلك فهذا حسن والله أعلم

“ Maksudnya adalah menejlaskan apa yang kami lakukan dari agama dan yang merupakan ibadah kepada Allah semata yang tidak ada sekutu bagi-Nya, di dalamnya melepas semua bentuk kesyirikan dan mengikuti Rasul di dalamnya, kami melepas semua bentuk bid’ah kecuali bid’ah yang memiliki asal dalam syare’at seperti mengumpulkan mushaf dalam satu kitab dan pengumpulan Umar radhiallahu ‘anhu kepada para sahabat atas sholat tarawih dengan berjama’ah, dan pengumpulan Ibnu Mas’ud kepada para sahabatnya atas majlis kisah-kisah setiap hari kamis dan semisalnya, semua ini adalah baik wa Allahu A’lam “ (Ar-Rasail asy-Syahsyiyyah, Muhammad bin Abdul Wahhab jilid 5 risalah yang keenam belas halaman : 103)

9. Bid’ah Hasanah imam Mujahid : Doa masuk rumah yang kosong.

Al-Hafidz Ibnu Katsir mengatakan :

روى الثوري عن عبد الكريم الجزري عن مجاهد : اذا دخلت بيتا ليس فيه احد فقل : بسم الله والحمد لله السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين

“ Sufyan ast-Tsauri meriwayatkan dari Abdul Karim al-Jazri dari Mujahid, “ Jika kamu hendak masuk rumah yang kosong, maka ucapkanlah “ Bsimillah wal hamdu lillah, as-salaamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillahish shaalihin “. (Tafsir Ibnu Katsir : 4/406)

10. Bid’ah Hasanah Ma’ruf al-Khurkhi : Melazimkan (Mewajibkan) dirinya sholat 100 roka’at setiap hari sabtu, dis etiap satu roka’at ia membaca surat al-Ikhlas 10 kali. (Thabaqat al-Hanabilah : 2/488)

11. Bidaah Hasanah Khalid bin Mi’dan. Al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali mengatakan, “ Sesunggguhn ya Khalid bin Mi’dan membaca tasbih setiap harinya sebanyak 40.000 kali selain membaca al-Quran “. Lihat kitab Jami’ al-Ulum : 1/446

12. Bidaah Hasanah Bisyr bin Mufadhdhal. Beliau melakukan sholat setiap harinya sebanyak 400 roka’at. Lihat kitab Tadzkirah al-Huffadz, adz-Dzahabi : 1/309

13. Bidaah Hasanah Ya’qub bin Yusuf al-Muthawwa’i. Wirid beliau setiap harinya membaca surat Qulhuwallahu Ahad (al-Ikhlash) sebanyak 31.000 kali atau terkadang 41.000 kali. Lihat sanad sahihnya dalam kitab al-Bidayah wa a n-Nihayah, Ibn Katsir : 11/84

14. Bidaah Hasanah Ubaid bin Umair. Beliau jika berada di pagi hari atau sore hari selalu mengucapkan doa berikut ini :

اللهم اني اسألك عند حضرة صلاتك وقيام دعاتك ان تغفر لي وترحمني

“ Ya Allah sesungguhnya aku memohon ketika menghadap sholatmu dan tegakknya pendakwahmu untuk Engkau mengampuniku dan merahmatiku “. Lihat kitab Mushannaf Ibnu Abi Syaibah : 7/37

15. Bidaah Hasanah Urwah bin Zubair. Beliau ketika hendak makan selalu mengucapkan :

سبحانك ما احسن ما تبتلينا سبحانك ما احسن ما تعطينا ربنا ورب آبائنا الاولين

“ Maha suci Engkau, alangkah baiknya apa yang telah Engkau uji pada kami, dan alangkah baiknya apa yang telah Engkau berikan p ada kami wahai Tuhan kami Tuhan para datuk kami yang awal “. Kemudian beliau mengucapkan bismillah dan meletakkan tangannya. Lihat kitab Muhsannaf Ibnu Abi Syaibah : 6/73

15. Bidaah Hasanah Ma’ruf al-Kurkhi. Dalam kitab Thabaqat al-Hanabilah disebutkan bahwasanya beliau melazimkan sholat setiap hari sabtu 100 roka’at, dan di setiap roka’atnya membaca surat al-Ikhlash 10 kali. Lihat kitab Thabaqat al-Hanabilah : 2/488

Dan sungguh sangat banyak lagi bid’ah hasanah yang dilakukan para ulama kita sejak masa salaf hingga saat ini.

Sumber : https://www.facebook.com/ibnu.alkatibiy/posts/1067839799902297

Isnin, 24 Ogos 2015

Selawat Syifa' Diamalkan Oleh Dr Wahbah Az Zuhaili


Beliau sudah mengamalkannya sejak kecil, letak tangan di kepala dan membacanya 10 kali. Ia amat mujarab dengan menghubungkan hati kepada Allah ketika berdoa. - Almarhum Dr Wahbah Az Zuhaili.


Sabtu, 13 Jun 2015

AMALAN PARA SALAFUSSOLEH DAN ULAMAK DI BULAN RAMADHAN

Mujahadah Para Salaf dan Ulama di Bulan Ramadhan

Oleh : Ustaz Thoriq



Benarlah sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam (SAW) tentang keunggulan generasi salaf: “Sebaik-baik zaman adalah di zamanku (sahabat), kemudian orang sesudah mereka (tabi’in) dan kemudian orang sesudah mereka (atba’ tabi’in).” 

(Riwayat Bukhari).

Mujahadah salaf selama bulan Ramadhan membuktikan kebenaran sabda Rasulullah di atas. Khususnya dalam melakukan amalan shalat dan membaca Al Qur`an, mujahadah mereka amat susah untuk ditandingi oleh umat Islam generasi terakhir. Bahkan bisa jadi mereka menilai bahwa amalan itu mustahil dilakukan!

Dalam beberapa literatur Islam, seperti Hilyah Al Auliya karya Al Hafidz Abu Nu’aim dan Thabaqat Al Qura`n, karya Imam Ad Dzahabi, mujahadah para salaf, khususnya para tabi’in, terakam dengan baik. Bahkan dalam Al Hilyah, periwayatan itu disertai dengan sanad lengkap.

Nah, bagaimana sebenarnya mujahadah mereka selama bulan Ramadhan? Serta seperti apa persiapan mereka dalam menyambut bulan itu? Tulisan kali ini akan mengupas bagamana para salaf dan ulama bermujahadah di bulan mulia itu.


Salaf Khatamkan Al Qur`an dalam Dua Rakaat!

Ramadhan adalah bulan diturunkannya Al Qur`an. Bahkan Imam Al Bukhari meriwayatkan dalam Shahih-nya, bahwa di tiap tahunnya Jibril Alaihissalam membacakan Al Qur`an kepada Rasulullah SAW, dan itu dilakukan di tiap-tiap malam selama Ramadhan.

Oleh sebab itu, dengan berpedoman dengan hadits ini, Al Hafidz Ibnu Hajar berpendapat bahwa terus-menerus membaca Al Qur`an di bulan Ramadhan akan menambah kemuliaan bulan itu. (Fath Al Bari,9/52).

Rasulullah SAW juga bersabda: “Barang siapa melakukan qiyam Ramadhan dengan didasari keimanan dan keikhlasan, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Al Bukhari).

Karena itulah, para salaf dan ulama amat memperhatikan amalan tilawah, qiyam Ramadhan, serta pengkajian keilmuan, sehingga mereka siap bermujahadah dalam melakukan amalan-amalan itu.

Adalah Aswad bin Yazid An Nakha’i Al Kufi. Disebutkan dalam Hilyah Al Auliya (2/224) bahwa beliau mengkhatamkan Al Qur`an dalam bulan Ramadhan setiap dua hari, dan beliau tidur hanya di waktu antara maghrib dan isya, sedangkan di luar Ramadhan beliau menghatamkan Al Qur`an dalam waktu 6 hari.

Tidak hanya bermujahadah dalam menghatamkan Al Qur`an, dalam ibadah shalat, Imam Adz Dzahabi menyebutkan bahwa tabi’in ini melakukan shalat 6 ratus rakaat dalam sehari semalam. (Al Ibar wa Al Idhadh, 1/86).

Adapula Qatadah bin Diamah, dalam hari-hari “biasa”, tabi’in ini mengkhatamkan Al Qur`an sekali tiap bulan, akan tetapi tatkala Ramadhan tiba beliau mengkhatamkan Al Qur`an sekali dalam tiga hari, dan apabila datang sepuluh hari terakhir beliau mengkhatamkannya sekali dalam semalam .(Al Hilyah, 2/228).

Tabi’in lain, Abu Al Abbas Atha’ juga termasuk mereka yang “luar biasa” dalam tilawah. Di hari-hari biasa ia mengkhatamkan Al Qur`an sekali dalam sehari. Tapi di bulan Ramadhan, Abu Al Abbas mempu menghatamkan 3 kali dalam sehari. (Al Hilyah 10/302).

Sedangkan Said bin Jubair, dalam Mir’ah Al Jinan, Al Yafi’i menyebutkan sebuah riwayat, bahwa di suatu saat tabi’in ini membaca Al Qur`an di Al Haram, lalu beliau berkata kepada Wiqa’ bin Abi Iyas pada bulan Ramadhan: “Pegangkan Mushaf ini”, dan ia tidak pernah beranjak dari tempat duduknya itu, kecuali setelah mengkhatamkan Al Qur`an.

Diriwayatkan juga dari Said bin Jubair, beliau pernah mengatakan: “Jika sudah masuk sepuluh hari terakhir, aku melakukan mujahadah yang hampir tidak mampu aku lakukan.”

Beliau juga menasihati: “Di malam sepuluh terakhir, jangan kalian matikan lentera.” Maksudnya, agar umat Islam menghidupkan malamnya dengan membaca Al Qur`an.

Thabaqat Fuqaha Madzhab An Nu’man Al Mukhtar, yang dinukil oleh Imam Laknawi dalam Iqamah Al Hujjah (71,72) disebutkan periwayatan bahawa dalam bulan Ramadhan Said bin Jubair mengimami shalat dengan dua qira`at, yakni qira`at Ibnu Mas’ud dan Zaid bin Tsabit.

Manshur bin Zadan, termasuk tabi’in yang terakam amalannya di bulan diturunnya Al Qur`an ini. Hisham bin Hassan bercerita, bahwa di bulan Ramadhan, Manshur mampu mengkhatamkan Al Qur`an di antara shalat Maghrib dan Isya’, hal itu bisa beliau lakukan dengan cara mengakhirkan shalat Isya hingga seperempat malam berlalu. Dalam hari-hari biasapun beliau mampu mengkhatamkan Al Qur`an sekali dalam sahari semalam. (Al Hilyah, 3/57).

Tidak ketinggalan pula Imam Mujahid, salah satu tabi’in yang pernah berguru langsung dengan Ibnu Abbas juga amat mashyur dengan mujahadahnya. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dawud dengan sanad yang shahih, bahwa tabi’in ahli tafsir ini juga menghatamkan Al Qur`an pada bulan Ramadhan di antara maghrib dan isyak.

Sebahagian besar ulama berpendapat bahwa Abu Hanifah termasuk pada golongan tabi`in, karena telah bertemu dengan sahabat Anas bin Malik. Banyak riwayat yang menegaskan bahawa beliau adalah ulama yang ahli ibadah. Yahya bin Ayub, ahli zuhud yang semasa dengan beliau mengatakan: Tidak ada seorangpun yang datang ke Makkah, pada zaman ini lebih banyak shalatnya dibanding dengan Abu Hanifah.

Karena itu beliau dijuluki Al Watad (tiang) karena banyak shalat (Tahdzib Al Asma, 2/220). Lalu, bagaimana amalan ulama ahli ibadah ini dalam bulan Ramadhan?

Orang yang melakukan shalat fajar dengan wudhu isya selama 40 tahun ini menghatamkan Al Qur`an 2 kali dalam sehari di bulan Ramadhan, pada waktu siang sekali, dan pada waktu malam sekali (Manaqib Imam Abu Hanifah, 1/241-242).

Bahkan disebutkan oleh Imam Al Kardari bahwa Abu Hanifah termasuk 4 imam yang bisa menghatamkan Al Qur`an dalam 2 rakaat, mereka adalah Utsman bin Affan, Tamim Ad Dari, Said bin Jubair, serta Abu Hanifah sendiri.

Persiapan Para Salaf Menghadapi Ramadhan

Jika di Bulan Ramadhan para salaf mampu melakukan amalan-amalan “berat”. Bagaimana persiapan mereka sebelum memasuki bulan suci ini? Ternyata para salaf sudah melakukan persiapan yang cukup maksimal. Ini bisa dilihat dari mujahadah mereka sebelum Ramadhan.

Habib bin Abi Tsabit mengatakan: “Bulan Sya’ban adalah bulan qura` (para pembaca Al Qur`an)”. Sehingga pada bulan itu, para salaf konsentrasi terhadap Al Qur`an. Salah satu diantara mereka adalah Amru bin Qais, ahli ibadah yang wafat tahun 41 Hijriyah ini, ketika Sya’ban tiba, ia menutup tokonya dan tidak ada aktivitas yang ia lakukan selain membaca Al Qur`an.

Bulan Ramadhan di pandangan para salaf adalah bulan mulia yang amat dinanti-nanti, sehingga mereka mempersiapkan jauh-jauh untuk menyambut “tamu idaman” ini, yakni dua bulan sebelum bulan suci datang. Sudahkah mempersiapkannya sebagaimana para salaf bersiap-siap?


Ramadhan Para Ulama

Diungkap dengan gamblang di tulisan sebelumnya, gambaran mujahadah Ramadhan para salaf, khususnya para tabi’in. Lalu bagaimana dengan generasi sesudahnya? Ternyata masih ada juga dari kalangan ulama yang meneruskan “tradisi baik” ini.

Sebagai contah, Imam Syafi’i (204 H), beliau dalam bulan Ramadhan biasa mengkhatamkan Al Qur’an dua kali dalam semalam, dan itu dikerjakan di dalam shalat, sehingga dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al Qur`an enam puluh kali dalam sebulan (Tahdzib Al Asma’ wa Al Lughat, 1/ 45)

Al Qazwini (590 H), seorang ulama madzhab Syafi’i yang masuk golongan mereka yang bermujahadah dalam bulan Ramadhan, akan tetapi aktiviti beliau agak berbeza dengan amalan-amalan para ulama lain. Setelah shalat tarawih, beliau membuka majlis tafsir yang dihadiri banyak orang. Beliau menafsirkan surat demi surat semalam suntuk, hingga datang waktu shubuh. Kemudian beliau melakukan shalat shubuh bersama para jama’ah dengan wudhu isya’. Sekan tidak memiliki rasa lelah, setelah itu beliau mengajar di madrasah Nidhamiyah sebagaimana biasanya. (Thabaqat As Syafi’iah Al Kubra, 6/10).

Ali Khitab bin Muqallad (629 H), seorang ulama Bagdad yang hidup di masa khalifah Al Muntashir, dalam Ramadhan mampu mengkhatamkan Al Qur’an 90 kali, dan di hari biasa beliau mengkhatamkan sekali dalam sehari. (Thabaqat As Syafi’iyah Al Kubra, 8/294).

Adapun untuk mempersiapkan Ramadhan, kita bisa belajar dari Taqi Ad Din As Subki (756 H). Beliau memiliki kebiasaan dikala datang bulan Rajab, yakni tidak pernah keluar dari rumah kecuali untuk melakukan shalat wajib(fardhu), dan hal itu terus berjalan hingga Ramadhan tiba. (Thabaqat As Syafi’iyah Al Kubra, 10/168).

Ini ditempuh supaya beliau lebih bisa konstrasi(khusyuk) beribadah, sehingga ketika Ramadhan telah tiba, fizikal dan batin sudah memiliki kesiapan untuk melakukan dan meningkatkan mujahadah dalam beribadah.

Selain itu, adapula Khatib As Syarbini (977 H), ulama Mesir penulis Mughni Al Muhtaj, juga memiliki cara tersendiri agar bisa konsentrasi(khusyuk) melakukan ibadah ketika Ramadhan tiba. Yakni, tatkala terlihat hilal Ramadhan, beliau bergegas dengan perbekalan yang cukup untuk ber’itikaf di masjid Al Azhar, dan tidak pulang, kecuali setelah selesai menunaikan shalat ied. (lihat, biografi singkat As Syarbini dalam Mughni Al Muhtaj, 1/5)

Bukan hal yang mustahil

Dan informasi amalan salaf itu sulit untuk ditolak, karena periwatan tentang kabar mujahadah para salaf juga menyertakan sanad yang semua perawinya tsiqah, bahkan hingga kini sebagian tradisi itu masih tetap hidup di beberapa wilayah.

Di India pada abad 13 H atau kebiasaan shalat tarawih dengan mengkhatamkan 30 juz dalam semalam masih dilestarikan. Hal itu diketahui dari fatwa Imam Laknawi, ulama madzhab Hanafi dari India yang wafat 1304 H, mengenai bolehnya menghatamkan Al Qur`an 30 juz dalam semalam di waktu tarawih, guna merespon pertanyaan-pertanyaan mengenai kebiasaan umat Islam mengkhatamkan Al Qur`an dalam tarawih di zaman itu. (Iqamat Al Hujjah, 154)

Bahkan hingga kini di Mesir, khususnya di wilayah Hay (distrik) As Syafi’i Kairo, para huffadz Al Qur`an berkumpul untuk melaksanakan shalat tarawih di masjid Ibad Ar Rahman, yang dimulai setelah Isya’ dan baru selesai ketika tiba waktu sahur, karena sang imam mengkhatamkan Al Qur`an hingga 30 juz, dengan bacaan yang agak cepat, tanpa mengabaikan tajwid dan makharij al huruf (tempat-tempat keluarnya huruf). Tentu, amat berat untuk bisa mengikuti shalat tarawih hingga selesai di masjid ini, kecuali bagi mereka yang punya azam tinggi dan telah hafal Al Qur`an 30 juz.

Bertentangan dengan Perbuatan Rasulullah?

Mungkin ada yang bertanya-tanya, apakah perbuatan para ulama dan salaf, seperti menghatamkan Al Qur`an dalam sehari lebih dari sekali, meninggalkan tidur untuk qiyam lail, serta mujahadah lain tidak bertentangan dengan hadits yang diriwayatkan Aisyah Radhiyallahu ‘anha? Yang berbunyi: “Aku tidak mengetahui Nabi Allah membaca Al Qur’an hingga pagi.” (Riwayat Ibnu Majah).

Begitu pula hadits dari Abdullah bin Amru, dimana Rasulullah bersabda: “Tidakkah aku dikabari bahwa engkau menghabiskan malam untuk shalat dan berpuasa di siang hari?” Aku menjawab, “benar.” Beliau mengatakan,”Sesungguhnya jika engkau melakukan hal itu matamu akan rusak dan hatimu akan lemah. Karena badanmu dan keluargamu memiliki hak, berpuasalah dan berbukalah, shalatlah dan tidurlah” .(Riwayat Al Bukhari).

Imam Laknawi menjelaskan bahwa nabi tidak melakukan amalan-amalan yang berat, karena takut memberatkan umatnya. Sebagaimana diterangkan oleh Aisyah Radhiyallahu ‘anha: ”Jika Rasulullah meninggalkan sebuah amalan yang beliau sukai, itu dikarenakan beliau takut jika manusia mengamalkannya, dan hal itu menjadi fardhu bagi mereka.” (Riwayat Al Bukhari).

Adapun mengenai hadist Abdullah bin Amru, Rasulullah SAW mengetahui keadaan Abdullah, jika ia melakukannya maka justru akan membuatnya bosan dalam beribadah dan lalai terhadap kewajiban yang lain. Oleh karena itulah Rasulullah SAW menasehatinya.

Kesimpulannya, amalan memperbanyak ibadah tetap dibolehkan, selama tidak melalaikan kewajiban lain. Karena dalam hadits riwayat Al Bukhari disebutkan bahwa Rasulullah Saw. melakukan shalat malam hingga kaki beliau bengkak. Di kesempatan lain beliau juga memerintahkan kepada beberapa sahabat agar malakukan amalan sesuai dengan kemampuan. Tentu, kemampuan masing-masing pribadi berbeda-beda. Dan Rasulullah SAW juga memerintahkan kita untuk mengikuti para sahabat beliau. Dan banyak sahabat beliau yang melakukan mujahadah dalam Ibadah, dan itu tidak diingkari oleh sahabat lain.

Ramadhan di Yaman: Khatamkan Shahih Al Bukhari

Yaman, walau terletak di wilayah yang “kurang strategik”, seperti Hijaz, yang selalu dikunjungi umat Islam dari seluruh negeri untuk haji dan ziarah serta tanahnya yang tandus, sehingga jarang disinggahi pedagang, tetapi Yaman memiliki “nuansa” tersendiri bagi para penuntut ilmu. Al Hafidz Ibnu Hajar Al Atsqalani adalah salah satu dari mereka yang tertarik , hingga beliau mengunjungi negeri ini untuk menimba ilmu.

Itu disebabkan karena di Yaman banyak terdapat ulama, dan memiliki tradisi keilmuan yang cukup kental, sehingga memberi kontribusi (sumbangan) besar lahirnya para ulama fiqh dan hadits. Imam Al Umrani (558 H), penulis Al Bayan, Al Quraidhi Al Lahji (576 H), penulis Al Mustashfa, As Shan’ani (1182 H) penulis Subul Al Salam, Imam As Syaukani (1250 H), penulis Nail Al Authar, atau Abdurrahman Al Ahdal Al Yamani (1258 H) penulis Hasyiyah Syarh Al Madhal, semuanya termasuk deretan ulama negeri itu, yang tidak diragukan kapasitasnya, baik dalam fiqih maupun hadits. Maka benarlah sabda Rasulullah Saw.:”Iman dari orang Yaman, Fiqih dari orang Yaman, Hikmah Yaman.” (Riwayat Al Bukhari)

Hal ini tidaklah mengherankan, karena, baik ulama maupun awam mereka memiliki perhatian terhadap ilmu, terutama Sunnah, apalagi terhadap Shahih Al Bukhari. Mereka semangat mengkaji, berlomba-lomba menghafal dan memperoleh sanad. Sehingga aktivitas menyimak Shahih Al Bukhari “menghidupkan” masjid-masjid, madrasah-madrasah, dan rumah-rumah penduduk.

Shahih Al Bukhari diprioritaskan, karena diakui oleh para ulama bahwa kitab ini memiliki derajat lebih tinggi dibanding kitab hadits lain.

Pada tahap selanjutnya, menyebarlah “tradisi positif” di berbagai wilayah Yaman, yakni dengan menjamurnya halaqah Shahih Al Bukhari di bulan Rajab, Sya’ban dan Ramadhan.

Imam Al Ahdal menjelaskan beberapa alasan, kenapa dipilih Rajab sebagai waktu permulaan halaqah. Karena bulan itu sudah mendekati Ramadhan, yang mana di dalamnya syariat puasa, zakat, qiyam lail digalakkan, sehingga umat Islam lebih memahami amalan-amalan itu. Apalagi setelah itu diikuti amalan haji yang menyangkut manasik dan safar. (Al Mustashfa,15)

Disamping itu, dengan adanya halaqah ini, maka mereka sudah terbudaya dengan aktiviti positif, yakni thalabul ilmi(menuntut ilmu) , sehingga setelah memasuki bulan Ramadhan, waktu tetap terisi dengan amalan mulia.

Membaca Shahih Al Bukhari yang dilakukan untuk menyambut Ramadhan ini mulai muncul di awal masa pemerintah Bani Rasul pada tahun 625 H. Dimana penguasa itu memiliki perhatian besar terhadap keilmuan, khususnya hadits dan memulyakan para ulamanya.

Al Hazraji pernah merekam aktiviti ini pada tahun 881 H, dimana di awal bulan Rajab, para fuqaha berkumpul di daerah Zabid, Yaman. Lalu mereka bersama-sama menuju Ibnu Yaqub As Syairazi agar ia bersedia membacakan Shahih Al Bukhari. Di kota yang mendapat julukan madinah ilmi itu para ulama yang hadir untuk menyimak Shahih Al Bukhari mencapai 800 orang. (Al ‘Uqud Al Lu’lu’iyah, 2/249,250).

Selain di Zabid, di kota Al Marawa’ah juga terdapat halaqah Shahih Al Bukhari yang telah dirintis oleh Al Ahdal Ali bin Umar (607 H), dan hingga kini “tradisi” itu juga masih hidup, khususnya halaqah yang dimulai bulan Rajab.

Kota Bait Faqih pun tidak ketinggalan, halaqah Shahih Al Bukhari di wilayah itu dirintis oleh keluarga Alu Jam’an, yang dikenal sebagai keluarga yang amat mencintai ilmu, periwayatan hadits dan fatwa.

Sedangkan di kota Adn, halaqah kitab yang dinilai paling shahih setelah Al Qur’an itu lebih mudah ditemui, karena terdapat di lebih dari satu tempat. Yakni di masjid Syeikh Abdullah Al Amudi (697 H), masjid Husain Sidiq Al Ahdal (903 H), masjid Al Atsqalani yang dinisbatkan kepada Hafidz Ibnu Hajar Al Atsqalani yang pernah tinggal di kota ini selama 6 bulan. Di masjid itu Syeikh Al Muhadits Al Bijani (1391 H) juga mengajarkan Shahih Al Bukhari, sehingga saat ini masjid itu dikenal dengan masjid Al Bijani. Di kota Abyat Husain juga masih terdapat halaqah ini.

Halaqah Shahih Al Bukhari seperti jamur di musim hujan, beberapa kota seperti Zaidiyah, Dhuha, Al Hadidah, dan Ta’z juga masih hidup. Halaqah itu juga biasa dijumpai di komuniti Hadrami.

Oleh karena itu, banyak Muslim Yaman yang memiliki sanad yang menyambung hingga Imam Al Bukhari, dan sanad itu masih terus tersambung sampai zaman ini, yang merupakan lanjutan dari rantai periwayatan para ulama dan hufadz ternama di setiap zaman.

Sesuai dengan perkataan para salaf ,”Bulan Rajab untuk menanam, Sya’ban untuk menyiram dan Ramadhan untuk menyemai”. Rupanya, umat Islam Yaman tidak hanya menyemai pahala amalan pada bulan itu, karena banyak pula ilmu yang berhasil mereka “reguk” selama tiga bulan. Sehingga ilmu dan amal selalu beriringan.

Sumber : https://almanar.wordpress.com/2008/12/17/mujahadah-para-salaf-dan-ulama-di-bulan-ramadhan/

Selasa, 18 Ogos 2009

Ulama Perlu Laksanakan Bacaan Kitab Sahih Bukhari

Penulis : Ustaz Nazrul Nasir

Bila terbaca akhbar yang menceritakan berkaitan H1N1 ,terdetik di dalam hati betapa ujian Allah taala itu tidak akan mengenal tua dan muda.Setakat hari ini sahaja jumlah kematian di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan telah mencapai 51 orang manakala jumlah pesakit pula meningkat kepada 2955 orang.Satu jumlah yang tidak boleh dipandang enteng.

Saya tidak mahu menunding jari kepada sesiapa dan mengapa wabak ini boleh menular dan ujian Allah taala semakin bertimpa-timpa.

Bagi orang yang beriman maka mereka akan menerima perkara ini sebagai ujian keimanan mereka.Maka sesiapa yang bersabar baginya pahala mati syahid.Ini seperti yang tersebutkan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Para ulama sekarang telah memberikan pelbagai cara untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan tersebut.Bacaan doa dan hizib perlu diperkasakan untuk membenteng diri daripada perkara sebegini.

Namun seperkara yang ingin saya kongsikan bersama di sini ialah cara bagaimana para ulama terdahulu berusaha untuk menyelamatkan diri daripada bala bencana.Teringat sebuah kisah yang berlaku pada zaman al-Imam Ibn Daqiq al-Id rahimahullah ,salah seorang ulama besar dan mujaddid pada kurun ke 7.Ketika mana tentera Tartar masuk menyerbu ke Negara Islam dan hampir masuk ke Negara Mesir, maka pemerintah pada ketika tersebut mengarahkan kepada para ulama untuk membacakan kitab Sahih Bukhari sebagai satu cara untuk menjauhkan Negara daripada bala bencana tersebut.Alhamdulillah dengan izin Allah taala, tentera Tartar tidak dapat masuk ke negara Mesir berkat bacaan kitab Sahih Bukhari tersebut.Ini merupakan antara karamah yang Allah taala berikan kepada kitab karangan al-Imam Al-Bukhari rahimahullah.

Virus H1N1 juga merupakan salah satu tentera yang Allah taala turunkan sebagai ujian kepada umat.

Oleh kerana itu, saya mencadangkan kepada semua ulama yang berada di pondok dan pesantren agar melaksanakan bacaan Sahih Bukhari secara beramai-ramai.Namun ini perlulah mendapat sokongan pihak pemerintah negeri.Semoga dengan bacaan Sahih Bukhari ini dapat mengelakkan lebih ramai masyarakat di bumi Malaysia khususnya terkena jangkitan penyakit ini.Meneliti semula sirah dan cara perlaksanaan para ulama terdahulu semasa dan sebelum menghadapi sesuatu bencana amatlah penting buat kita semua.

Jika tidak dapat dilaksanakan secara beramai-ramai sekalipun, cukuplah sekadar beberapa orang ulama yang perlu mengambil perhatian untuk membacakan kitab sahih Bukhari ini bersama-sama.Tidak perlu mensyarahkan matannya.Cukup sekadar membacakan secara terus menerus walaupun tanpa terjemahan.

Tolong sampaikan mesej saya ini kepada seluruh ulama yang berada di Tanah Melayu Nusantara….

Semoga Allah taala memberikan keselamatan kepada kita semua.Amin Ya Rabbal A’lamin.

Mohd Nazrul Abd Nasir,
al-Azhar al-Syarif,
14 Ogos 2009

Sumber : Http://NazrulNasir.Blogspot.Com

Isnin, 10 Ogos 2009

H1N1 – Doa Keselamatan Dari Wabak Oleh Mantan Mufti Negeri Sembilan

Penulis : Abu Zahrah


Ini ada satu doa yang ambo ingin kongsikan bersama. Doa keselamatan dari wabak. Doa ini diajarkan oleh al-Fadhilatus Syaikh Dato’ Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad bin Haji Muhammad Said (Linggi) bin Haji Jamaluddin bin Haji Idris, mantan mufti Negeri Sembilan Darul Khusus.

Beliau merupakan cucu kepada Syaikh Muhammad Said Linggi, seorang ulama yang terkenal di Tanah Melayu (wafat pada 12 Rabiulawwal 1345H (waktu malam), bersamaan 18/19 September 1926, ketika berusia 53 tahun menurut kiraan tahun Hijrah. Dan beliau adalah merupakan salah seorang murid kepada Syaikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani dan Tok Wan Ali Kutan, diantara ulama melayu terkenal di Mekah. Bahkan ayahanda, Syaikh Jamaluddin, merupakan guru yang mengajar di Masjidil Haram).

Dato Mohd Murtadha dilahirkan pada 23 Shafar 1356H bersamaan 5 Mei 1937. Dilantik menjadi mufti kerajaan Negeri Sembilan, Darul Khusus pada tahun 1987 dan bersara pada 31 Disember 2008. Beliau adalah merupakan Syaikh Thariqat Ahmadiyyah Idrisiyyah.





























Panjang-panjangkan lah ... sebar-sebarkanlah doa ini .....

Sekian dari ~ al-Faqir Abu Zahrah ~


Sumber: Blog Dato Hj Mohd Murtadza

Sumber : Al-Fanshuri

Rabu, 5 Ogos 2009

H1N1 - Beberapa Amalan Untuk Menghindari Penularannya

Penulis : Abu Zahrah

Menurut laporan akhbar hari ini, kematian disebabkan oleh Selesema Babi atau Influenza H1N1 meningkat kepada 9 orang. Dan setakat ini dah banyak pusat-pusat pengajian dan latihan bahkan beberapa buah sekolah telah diberi cuti untuk mengelak dari penularan jangkitan H1N1. Pastinya ramai yang risau. Ambo pun risau jugakkkk …

Nak jadi ceritanya, kes pertama yang melibatkan kematian disebabkan oleh Influenza H1N1 ni berlaku ditempat zaujah ambo bekerja iaitu disebuah pusat perubatan swasta di Kg. Baru, Kuala Lumpur.


Ekoran dari itu zaujah ambo dikenakan rawatan antivirus dan kuarantin dirumah selama seminggu …. Dan kebetulan waktu tersebut ambo dan anak-anak ada yang kena selsema, batuk dan demam … Allahu Allah. Risau juga ambo yang nipis iman nih. Tambah lagi kawasan Gombak, especially Seri Gombak pulak di isyhtiharkan kawasan Denggi Yang Tidak Terkawal. Allahu Allah.

Namun begitu, alhamdulillah dengan berkat bertawassul dengan Ahlul Kisa’ yang telah lama ambo amalkan, semua ahli keluarga ambo dipeliharaNYA. Bacaan yang diwarisi dari leluhur ambo ni sudah lama ambo amalkan, sejak dari sekolah menengah lagi, dan terasa sekali keberkatannya. Bertawassul dengan Ahlul Kisa' bukannya amalan Syiah seperti tuduhan sesetengah orang tetapi adalah amalan sunni. Ustaz Abu Muhammad menulis di blognya Bahrus Shofa:



Antara ulama Sunni yang menyebut mengenai amalan tawassul dengan Ahlul Kisa` sebagai sarana mencegah wabak penyakit adalah al-Qadhi asy-Syaikh Yusuf bin Isma`il an-Nabhaani رحمه الله. Dalam karyanya "Sa`aadatud Daarain" halaman 627 beliau menyatakan bahawa amalan tersebut antara yang mujarrab untuk mencegah wabak.

Ini bacaannya:

لِيْ خَمْسَةٌ أُطْفِيْ بِهِمْ * حَرَّ الوَبَا وَالحَاطِمَةْ
المُصْطَفَى وَالمُرْتَضَى * وابْنَا هُمَا وَفَاطِمَةْ

Kujadikan lima orang sebagai wasilah kepada Yang Maha Kuasa; Untuk kupadamkan dengan keberkatan mereka; Akan kepanasan wabak dan kebinasaannya; Junjungan Nabi al-Musthafa; Baginda 'Ali al-Murthada; Dua anak mereka Imam Hasan dan Imam Husain saudaranya; Dan bonda mereka Siti Faathimah juga

Manakala di dalam buku Maulid Nabi صلى الله عليه وآله وسلم yang diterbitkan oleh PERIPENSIS Singapura, lafaznya sedikit beza. Pada halaman 39:

Doa Dielakkan Penyakit Berjangkit

لِيْ خَمْسَةٌ أُطْفِيْ بِهِا * حَرَّ الوَبَاءِ الحَاطِمَةْ
المُصْطَفَى وَالمُرْتَضَى * وابْنَا هُمَا مع فَاطِمَةْ

Ada lima bagiku, dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit. Mereka itu ialah Nabi Yang Terpilih, ‘Ali Yang Diredhoi, Faathimah, kedua anak mereka (Hasan dan Hussin)


Selain dari bertawassul dengan Ahlul Kisa ni, terdapat beberapa lagi amalan –amalan yang diamalkan oleh para alim ulama kita untuk mengelak dari wabak, bencana, musibah dan sebagainya. Maka ambo turunkan beberapa amalan yang sebahagiannya ambo kumpul tulisan Ustaz Abu Muhammad, shohib blog Bahrus Shofa, semoga pengunjung al-Fanshuri dapat mengambil faedahnya.


(1) - Membaca Sholawat. Antara sholawat yang boleh dibaca:

Sholawat Munjiyah - Mantan Mufti Sarawak, Allahyarham Datuk Haji Abdul Kadir Hasan juga menulis serba sedikit mengenai sholawat ini dalam fatwanya. Antara lain almarhum menyatakan:-
Doa atau sholawat "Allahumma sholli 'ala Sayyidina Muhammadin sholaatan tunjina ..... hingga akhir" adalah satu-satunya sholawat atau doa yang paling popular di kalangan para ulama, yang sering kita dengar dibaca dalam doa atau permulaan doa. Sholawat ini dinamakan Sholawat Munjiyyah, diambil daripada perkataan tunjina atau tunajjina yang maksudnya "dengan berkat sholawat ini kita bermohon kepada Allah supaya kita diselamatkan daripada segala kesusahan dan penyakit.".........


Sholawat Bagi Menolak Wabak Taun (Wabak Yang Menular) - Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rahimahUllah menyebut dalam "Sa`aadatud Daarain" halaman 629 akan satu lagi faedah bagi menolak tha`un (wabak berjangkit/menular) dengan bersholawat dengan untaian sholawat seperti berikut:-


Ya Allah, kurniakanlah sholawat ke atas Junjungan Sayyidina Muhammad dan atas keluarga baginda; Sholawat yang Engkau tolakkan (hindarkan) daripada kami dengan keberkatannya akan segala serangan penyakit dan wabak penyakit. Wahai Tuhan yang urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu memadai Dia berfirman "Jadi" maka jadilah ia (tamsil bagi kehebatan dan kekuasaanNya yang mutlak).


Sholawat gubahan المغفورله al-Habib Hasan bin Ahmad BaHarun, pengasas pesantren Darul Lughah wad Da`wah, Bangil, Pasuruan, Jawa Timur. Isinya adalah sholawat dan permohonan kesejahteraan diri, ahli keluarga, harta benda dan kaum muslimin sekaliannya dari segala bala bencana, malapetaka, kemalangan, wabak penyakit, kezaliman dan sebagainya




Ya Allah Ya Tuhanku; Limpahkanlah sholawat ta'dhzimMu; Atas Junjungan Maulana Muhammad; Sebaik-baik makhluk ciptaanMu; Sholawat yang dengan keberkatannya; Engkau selamat sejahterakan kami; Juga ahli keluarga kami, anak-anak kami; Kaum kerabat kami, orang yang kami cintai; Guru-guru kami, murid-murid kami; Rakan taulan kami, jiran tetangga kami; Engkau selamat sejahterakan; Segala rumah kediaman kami, masjid kami; Ma'had kami, madrasah kami; Ladang kami, pejabat tempat kerja kami; Sekalian tempat kami dan segala harta-benda kami; Dari bahaya gempa bumi dan pergerakannya; Dari bahaya hujan, angin, petir dan sebagainya; Dari bahaya kereta, kapal terbang, kapal laut dan lain kenderaan; Dari bahaya wabak, bala bencana, malapetaka dan seumpamanya; Dari bahaya jin, manusia, haiwan, thoghut, syaitan dan tipuannya; Dari bahaya jatuh, binasa, terbakar, tenggelam dan segala musibah; Dari bala` pada urusan agama, dunia dan akhirat; Kabulkanlah Ya Ilahi; Demi jah tuah Junjungan Nabi Pilihan al-Musthofa Limpahkanlah juga sholawat; Ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda bersama-sama salam kesejahteraan yang sempurna


Mudah-mudahan dengan berkat jah Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, Allah Ta’ala selamatkan kita sekalian dari segala wabak penyakit termasuklah H1N1 dan lain-lain bencana dunia dan akhirat.



(2) – Membaca surah Yaasin. Syaikh Ahmad bin ‘Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar رحمه الله, murid al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Haddad رضي الله عنه dalam karangannya Tatsbitul Fuad yang menghimpun kalam nasihat dan wasiat gurunya itu menyebut bahawa mengenai surah Yaasin, al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه ada berpesan dengan katanya:-

Surah Yaasiin dan kalimah La ilaha illa Allah adalah penawar bagi segala sesuatu. Jika engkau payah untuk menghafal (i.e. membaca) surah tersebut dengan lengkap, maka bacalah sehingga ayat ke-9. Yaasiin adalah hati al-Quran, dan bagi orang beriman surah tersebut amat besar ertinya. Bahkan jika ada orang yang sakit, yang terpelosok, yang dipermalukan, yang jatuh, yang tertimpa musibah atau yang mengharapkan kasih sayang, maka kepadanya selalu dikatakan “Hendaklah engkau membaca Yaasiin untuk mendapat lindungan Ilahi.” Demikian besar dan pentingnya kedudukan Yaasiin bagi orang beriman, dan mereka sesungguhnya amat memuliakannya, bahkan hal ini berterusan sehinggalah sekarang.

(3) – Membaca zikir: بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
Bagi yang biasa mengamalkan ratib al-Haddad atau ratib al-Atthas atau Wirdul Lathif maka zikir diatas sudah tercakupi di dalamnya. Untuk tahu akan kelebihannya, maka boleh rujuk kepada kitab mensyarahkan ratib al-Haddad dan ratib al-‘Atthas, disana nanti ada disyarahkan mengenai zikir diatas. Besar kelebihannya, insyaAllah bagi yang istiqamah membacanya 3x pagi dan petang akan terhindar dari bencana, wabak dan sebagainya. Dan kalau terjangkiti sekalipun, insyaAllah tidak memudharatkan melainkan kalau dah ajal. :)


(4) - Membaca Burdah. Syaikh Wan 'Ali Kutan رحمه الله dalam karya beliau "Majma' al-Qashaaid wal 'Awaaid" pada halaman 3-4 menukil akan kalam Syaikh 'Abdus Salam رحمه الله, syarih Qashidah Burdah, sebagai berikut:-
Barangsiapa membaca akan qashidah ini atas orang sakit atau ia baca sendiri disembuh akan dia Allah ta`ala selama belum hadir ajalnya atau dibaca akan dia atas kanak-kanak nescaya sentosa ia daripada kejahatan jin dan syaithan dan Ummush Shibyaan dan daripada segala penyakit pada badan. Dan tiada menanggung akan dia oleh orang musafir atau pada matabendanya melainkan dapat laba ia dan sentosa ia daripada kebinasaan safarnya. (Dan hasilnya) dibacakan dia pada ketika turun bala seperti wabak dan tha`un dan angin ribut pada perahu dan telah kami cuba akan dia maka kami dapat akan dia mujarrab."


Al-Fadhil Ustaz Fahmi Zamzam حفطه الله, antara ulama tanahair kita yang turut memperkatakan kemujaraban Qashidah Burdah sebagai penolak wabak dan penyakit. Beliau, moga Allah berikan kesihatan dan umur yang panjang kepadanya, dalam mukaddimahnya bagi terjemahan Qashidah Burdah menyatakan pada halaman 15-16 sebagai berikut:-

"..... maka terkenallah qasidah Burdah sebagai qasidah yang berkat. Di mana dengan berkat puji-pujian, salawat dan salam yang disebutkan dalam qasidah itu adalah diharapkan agar disembuhkan berbagai-bagai penyakit dan kelihatannya amalan ini sangat mujarab sekali dan menjadi satu tradisi dalam masyarakat Islam sejak dari masa hidup Imam al-Bushiri sampai hari ini. ....... Ini bukanlah bererti qasidah Burdah ini yang menyembuhkan penyakit, tetapi yang dimaksudkan ialah apabila disebut-sebutkan sifat dan ketinggian akhlak Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم maka bertambah-tambahlah rasa kecintaan kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan dengan berkat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم yang merupakan "ubat hati dan penawarnya, keafiatan badan dan kesembuhannya", maka insya-Allah akan disembuhkan segala macam penyakit."



Demikian, beberapa amalan yang dapat ambo kongsikan bersama. Beramallah kerana Allah semata-mata bukan kerana takut ke H1NI. H1N1 ada hikmahnya ... merupakan cemati yang menghalau kita kembali ke ALLAH. Kita yang jenis degil ni begitulah ... kalau tidak didatang peringatan, tidak dibalun dengan cemati ...kita akan alpa. Sungguh kita ini sering lalai dari mengingatiNYA, kita durhaka kepadaNYA, tengelam dalam kelazatan kehidupan dunia hingga lupa kepada kepadaNYA, kita mengerjakan ma'siat, kita remahkan hukum-hakamNYA. Maka dengan datangnya bencana atau wabak sebegini, akan membuatkan manusia teringat untukkembali kepadaNYA, bertaubat kepadaNYA, memohon perlindungan dariNYA dan sebagainya. Dalam 'bala' ada nikmatnya ......... Sekian dari ~ abu zahrah ~

**********************

Tambahan: Yang nie pulak langkah-langkah fizikal ......





























Sumber : Al-Fanshuri