CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Memaparkan catatan dengan label Soal Jawab Sirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Soal Jawab Sirah. Papar semua catatan

Ahad, 17 April 2022

KAJIAN ORIENTALIS BARAT TERHADAP DISIPLIN ILMU ISLAM

KAJIAN ORIENTALIS BARAT TERHADAP DISIPLIN ILMU ISLAM

 Orientalis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud pakar dalam bahasa, kebudayaan dan lain-lain bangsa Timur. Namun, orientalis secara terminologi biasanya merujuk kepada golongan bukan Islam yang mengkaji mengenai agama dan umat Islam secara khusus, sama ada bagi tujuan ilmu semata-mata atau lazimnya dengan agenda tertentu. Sejak kebangkitan ilmu di Barat, golongan orientalis cukup gigih membuat kajian tentang khazanah ilmu Islam. 

Tugas mereka bertambah mudah dengan kerjasama daripada penjajah Barat yang menjajah negara Islam dan membawa pulang sejumlah besar manuskrip ilmuwan Islam ke tanah air mereka. Menurut Abdullah Muhammad an-Na'imi dalam bukunya al-Istisyraq fi as-Sirah an-Nabawiyyah (1997), jumlah keseluruhan buku dan kajian yang dihasilkan oleh orientalis Barat berkaitan Islam dan kesusasteraan Arab sejak 1811 sehingga 1950 sahaja iaitu sekitar 140 tahun adalah berjumlah kira-kira 60,000 judul. Jumlah yang amat besar ini meliputi pelbagai bidang ilmu pengajian Islam seperti akidah, tafsir, hadis, fiqah, usul, tasawuf, kalam, sirah nabawiyah, bahasa Arab, sejarah Islam, perbandingan mazhab dan sebagainya. 

Hingga muncul dalam kalangan mereka ahli yang dianggap pakar rujuk bagi setiap bidang ilmu berkenaan. Misalnya dalam bidang sirah nabawiyyah terkenal dengan W Montgomery Watt, Carl Brockelmann dan Julius Wellhausen. Mereka giat mencetak dan menerbitkan manuskrip ulama Islam yang dibawa pulang ke negara mereka. Contohnya, kitab Sahih al-Bukhari pertama kali dicetak di Leiden, Holland antara 1862 hingga 1868 yang diselenggarakan oleh M Ludolf Krehl dan Theodor Juynboll. Kitab Tabaqat Ibn Sa'd yang diselenggarakan oleh Edward Sachau juga dicetak di Leiden antara 1904 hingga 1908 dalam lapan jilid. Kitab Sirah Ibn Hisyam yang diselenggarakan oleh Ferdinand Wüstenfeld pula dicetak di Göttingen, Jerman antara 1858 hingga 1860. 

Selain itu, mereka turut giat menterjemahkan pelbagai kitab seperti terjemahan Maghazi al-Waqidi ke bahasa Inggeris oleh Wellhausen yang dicetak di Berlin, Jerman pada 1882 dan terjemahan Sirah Ibn Ishaq ke bahasa Inggeris oleh Alfred Guillaume pada 1955. Dalam bidang hadis, seorang orientalis terkenal Holland bernama Arent Jan Wensinck (1882-1939). Beliau mengkaji dan meneliti 14 kitab hadis sehingga berjaya menyusun sebuah indeks mengenai tema dan topik yang terdapat dalam hadis Nabi SAW seperti isu hukum, nama individu, nama peristiwa dan nama tempat. 

Wensinck mengambil masa sekitar 10 tahun untuk menyiapkannya sehinggalah ia berjaya diterbitkan pada 1927 dengan judul: "a Handbook of Early Muhammadan Tradition." Oleh kerana buku ini amat penting sebagai direktori hadis, ia telah diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Muhammad Fuad Abdul Baqi (1882-1968) dengan judul: Miftah Kunuz al-Sunnah serta diterbitkan pada 1934. Wensinck juga perintis kepada penyusunan kitab al-Mu'jam al-Mufahras li Alfaz al-Hadith al-Nabawi. Kitab ini indeks bagi semua kalimah hadis yang terdapat dalam sembilan kitab hadis iaitu Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Tirmizi, Sunan Abi Dawud, Sunan al-Nasa'i, Sunan Ibn Majah, Sunan al-Darimi, Muwatta' Malik dan Musnad Ahmad. Idea awal penyusunannya muncul pada 1916, namun gerak kerjanya hanya bermula pada 1922 dan beliau turut mendapat bantuan Muhammad Fuad Abdul Baqi. 

Bagaimanapun, Wensinck hanya sempat menerbitkan jilid pertamanya sahaja pada 1936 dan beliau kemudian meninggal dunia pada 1939. Setelah kematian Wensinck, penyusunan kitab ini diteruskan oleh sekumpulan orientalis lain antaranya Johannes Petrus Mensing, Willem Pieter de Haas, Johannes van Loon, H C Ruyter, C C Berg, Jan Brugman dan G H A Juynboll. Ia disusun dan diterbitkan oleh mereka sedikit demi sedikit sehinggalah keseluruhan kalimah hadis di dalam sembilan kitab hadis itu berjaya diindekskan mengikut susunan abjad. 

Kitab ini diselesaikan pada 1969 dan terdiri daripada tujuh jilid. Untuk menggunakannya pembaca perlu mengenal pasti terlebih dahulu huruf asal atau kata akar bagi sesuatu perkataan kerana kaedah susunannya adalah sama seperti sistem kamus Arab. 

Penyusunannya yang memakan masa begitu lama iaitu 47 tahun sudah cukup membuktikan kepada kita betapa tingginya azam dan kesungguhan golongan orientalis dalam mengkaji disiplin ilmu Islam. Jika kita renungi kesanggupan mereka dalam menghabiskan umur dan tenaga demi mempelajari ilmu agama lain, sewajarnya umat Islam adalah lebih berhak untuk berbuat demikian agar mereka tidak jahil dengan ilmu agama sendiri. 

Penulis: Dr. Mohd Khafidz Soroni (Ketua Unit Hadis Institut Kajian Hadis Aqidah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor)

Disiarkan pada: 23 Januari 2022, 11:38am

Rujukan: https://www.hmetro.com.my/addin/2022/01/803033/kajian-orientalis-barat-terhadap-disiplin-ilmu-islam

Jumaat, 17 Januari 2020

MENJAWAB KEKELIRUAN TOP 10 SILAP FAKTA TENTANG SIRAH NABI S.A.W?

MENJAWAB KEKELIRUAN :TOP 10 SILAP FAKTA TENTANG SIRAH NABI S.A.W ?

Atas pertanyaan ramai tentang isu 10 kesilapan fakta berkaitan sirah Rasulullah SAW, saya dengan berat hati cuba menjawab mengenainya sekadar mampu atas kepercayaan timbulnya sedikit kekeliruan di kalangan mereka dan bukannya atas tujuan untuk melagakan. Terutama kerana ada di antaranya yang sudahpun masyhur diterima dalam pengajian sirah dan bacaan mawlid di Malaysia.

Justeru, saya berpendapat isu tersebut perlu dilihat secara saksama, halus dan teliti. Kebanyakan isu tersebut adalah bersifat ijtihadi sahaja dan masing-masing berhak untuk memilih pandangan yang dirasakannya terbaik. Memang diakui ada di antaranya merupakan kesilapan fakta disebabkan kepalsuan hadisnya, dan ada di antaranya yang tidak boleh disebut sebagai kesilapan fakta kerana perselisihan ulama mengenainya telah pun masyhur, dan pendapat yang kuat di antaranya pula hanya bersifat ijtihadi.

Sekalipun sesuatu dalil tidak kuat, namun dalam bab sirah, para ulama membenarkan periwayatan hadis daif mengenainya, malahan selama mana sesuatu hadis itu tidak jelas palsunya dan tidak ada pula riwayat lain yang menyanggah.

Dalam periwayatan, adakalanya kaedah “diterima oleh umat Islam dengan penuh penerimaan” (تلقي الأمة بالقبول) merupakan qarinah (bukti sokongan) kuat bahawa sesuatu riwayat itu bukanlah riwayat yang boleh dinilai sebagai palsu dengan begitu mudah. Apatah lagi banyak isu yang dibawa adalah berkaitan perkara-perkara yang berlaku di zaman sebelum kebangkitan Nabi SAW lagi, di mana belum muncul lagi perawi-perawi hadis, bahkan agama Islam itu sendiri pun belum zahir.

Nombor 10:

Benar, hadis Nabi SAW sebelum wafat mnyebut: “Ummati, ummati” adalah tidak sahih kerana tidak ada sebarang sumber riwayat asal yang memberitakannya.

Nombor 9:

Mengenai umur Siti Khadijah 40 tahun ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW, meskipun ia riwayat dhaif daripada al-Waqidi, namun ia tidak dikritik oleh para ulama terdahulu sebagai fakta yang silap. Di samping ada pendapat lain yang menyebut usia seperti: 45 tahun, 44 tahun, 35 tahun, 28 tahun dan 25 tahun.

Tidak mustahil juga kalau kemungkinan angka 40 itu merupakan angka bundar daripada angka 39 misalnya, kerana maksud perawi ialah bagi menceritakan bahawa Siti Khadijah RA lebih berumur daripada baginda Nabi SAW. Antara dalil sahih Siti Khadijah RA lebih berumur daripada baginda Nabi SAW ialah hadis ‘Aisyah RA yang menceritakan beliau pernah berasa cemburu kepadanya walaupun Siti Khadijah RA telah tiada, dengan katanya kepada baginda Nabi SAW: (ما تَذكر من عجوز من عجائز قريش حمراء الشدقين هلكت في الدهر، قد أبدلك الله خيرًا منها؟) “Apa sebab selalu engkau sebut wanita tua dari kalangan Qurasiy yang merah gusi tepinya itu (kerana tiada gigi), yang telahpun mati sejak dulu, sedangkan Allah telah menggantikanmu dengan yang lebih baik daripadanya?” (HR al-Bukhari dan Muslim).

Sifat-sifat Khadijah RA yang digambarkan oleh ‘Aisayaah RA ini jelas menunjukkan ciri usianya sebelum kewafatannya. رضي الله عنهما. Kerana itu Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah menyebut Khadijah RA hidup sehingga usia 65 tahun (40+15+10). Walaupun, kemudian beliau menyebut: “Dikatakan, usia 50 tahun dan ia adalah yang paling sahih” (25+15+10). Bagaimanapun, pendapat beliau ini belum dikira muktamad, kerana usia 50 atau kurang daripada itu semasa ‘Aisayaah RA melihatnya, pada saya tidak sesuai dengan konotasi kalimah (عجوز) sepertimana dalam hadis sahih tadi, kerana kalimah tersebut adalah lebih sesuai bagi mereka yang telah berusia lebih daripada 50 tahun ke atas.

Nombor 8:

Kisah Nabi SAW berjumpa Rahib Bahira di Sayaam telah diriwayatkan oleh at-Tirmizi dalam Sunannya, katanya: "Hasan gharib”, Ibn Abi Sayaaibah dalam al-Musannaf, Abu Nu'aim dalam Dala’il an-Nubuwwah, al-Baihaqi dalam Dala’il an-Nubuwwah (ia tidak palsu menurut sayaaratnya), al-Hakim dalam al-Mustadrak, katanya: "Sahih menurut syarat Sayaaikhain (al-Bukhari dan Muslim)”, dan lain-lain. Kata Imam al-Baihaqi: “Kisah ini masyhur di sisi ahli al-maghazi”. Kata Imam as-Suyuti dalam al-Khasa’is al-Kubra: "Ia mempunyai beberapa sayaawahid yang menunjukkan kesahihannya”.

Jika diperhatikan, kisah ini sudah pun masyhur di dalam sirah Nabi SAW dan tidak dianggap sebagai palsu oleh para ulama sejak sekian lama. Sehingga kurun ke-8 Hijrah, baru ia dikatakan sebagai sangat munkar sekali, hingga boleh jadi palsu, sebagaimana pendapat al-Hafiz az-Zahabi dalam Talkhis al-Mustadrak. Namun, pendapat beliau bukanlah muktamad dan masih terbuka kepada perbahasan. Kerana bukan mustahil jika asal riwayat tersebut adalah sabit.

al-Hafiz Ibn Hajar dalam al-Isabah mengatakan semua para perawinya thiqah, kecuali pada pernyataan nama Abu Bakr RA dan Bilal RA sebagai lafaz tambahan yang munkar kerana kedua2 mereka tidak ada semasa peristiwa itu. Maka, kalau yang dimaksudkan silap fakta ialah bahagian yang terakhir ini, maka ia amat dipersetujui.

Nombor 7:

Memang telah jelas disepakati ulama bahawa nama Rasulullah SAW bukanlah Muhammad sahaja. Dan saya tidak pasti kenapa ia disenaraikan dalam 10 kesilapan fakta berkaitan sirah Rasulullah SAW.

Nombor 6:

Walaupun semua riwayat tentang Nabi SAW lahir dalam keadaan sudah berkhatan dan putus tali pusat adalah daif. Namun, tidak mustahil jika secara majmuk ia mampu menyokong antara satu sama lain.

Secara rumusan, terdapat empat pandangan ulama yang berbeza dalam isu ini, iaitu;
i. Pandangan pertama: Nabi SAW telah dilahirkan berkhatan. Ini berdasarkan hadis-hadis mengenainya yang diriwayatkan oleh Anas RA, Ibn ‘Umar RA, Abu Hurairah RA, ‘Abbas RA dan Ibn ‘Abbas RA. Walaupun setiap satu jalan riwayat ini antara daif dan sangat daif, namun ia dapat menguatkan antara satu sama lain dan menunjukkan ia ada asalnya. ad-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Mukhtarah menilai riwayat Anas RA sebagai sahih atau hasan. Pandangan ini dinukilkan daripada al-Qadhi 'Iyadh, Ibn Sayyid an-Nas, Imam as-Suyuti dalam al-Khasa’is al-Kubra dan juga daripada ramai ulama Sirah dan pengarang kitab Maulid. al-Hakim mengatakan ianya mutawatir. Namun, Imam al-Qastallani dalam al-Mawahib mengulas: "Kemungkinan yang dimaksudkan dengan mutawatir ialah kemasyhurannya dan banyaknya terdapat di dalam kitab-kitab Sirah, bukannya dari segi sanad yang telah menjadi istilah di sisi imam-imam hadis (kerana ia tidak menepati syarat-syarat hadis mutawatir).”
ii. Pandangan kedua: Nabi SAW dikhatankan oleh Jibril AS. Ini pendapat Ibn al-‘Adim. Namun, status riwayatnya munkar menurut az-Zahabi.
iii. Pandangan ketiga: Nabi SAW dikhatankan oleh datuknya, ‘Abdul Muttalib pada hari ketujuh. Ini pendapat Ibn al-Qayyim. Terdapat sebuah riwayat daripada Ibn ‘Abbas RA dengan sanad yang daif. Namun ia bercanggah dengan riwayat Ibn ’Abbas RA yang lain.
iv. Pandangan keempat: Bertawaqquf, iaitu menangguhkan keputusan mengenainya kerana tiada dalil yang sabit. Ini merupakan pandangan Imam Ahmad.

Jelasnya, tiada satu pun hadis yang bersanad sahih mengenainya. Maka, dalam isu kecil ini, tidak perlu untuk kita mengaibkan mana-mana pandangan ulama yang berbeza. Pernyataan al-Hakim (w. 405H) mengisyaratkan kepada kita bahawa beliau belum pernah melihat hal ini disanggah atau dibangkang oleh mana-mana ulama di zamannya mahupun di zaman sebelumnya. Tidak semestinya jika hal tersebut terjadi, maka ia dianggap sebagai suatu kecacatan dan keaiban, sebagaimana yang difaham oleh sesetengah ulama. Para ulama bersepakat bahawa jasmani Nabi SAW memiliki segala sifat-sifat kesempurnaan. Dan secara logik, umat Islam berkhatan supaya berubah dari keadaan tidak sempurna kepada keadaan sempurna, dan bukannya mencacatkan diri!

Nombor 5:

Setuju bahawa tidak ada riwayat sahih yang Nabi SAW lahir terus bersujud. al-Suyuti dalam al-Khasa’is al-Kubra menukilkan riwayat Abu Nu‘aim daripada Ibn ‘Abbas RA, antaranya Aminah menceritakan:
فلما خرج من بطني نظرت إليه فإذا أنا به ساجدا قد رفع إصبعيه كالمتضرع المبتهل.
“Maka tatkala dia keluar daripada perutku, aku pun melihatnya, lalu aku dapati dia sedang bersujud seraya mengangkat dua jarinya seperti orang yang memohon doa”. Pada sanadnya terdapat Yahya al-Babalati dan Abu Bakr bin Abi Maryam yang kedua-duanya daif.

Riwayat ini berbeza dengan gambaran dalam riwayat-riwayat lain yang lebih masyhur tanpa ada disebutkan ‘bersujud’. al-Zahabi dalam Tarikh al-Islam menukilkan daripada Ibn Ishaq hadis Halimah al-Sa‘diyyah RA yang pernah bertemu dengan Aminah, antara ceritanya:
ثم وضعته فما وقع كما يقع الصبيان وقع واضعا يديه بالأرض رافعا رأسه إلى السماء.
“Kemudian akupun melahirkannya, namun dia tidak keluar sebagaimana keluarnya bayi-bayi yang lain. Dia keluar dengan meletakkan kedua-dua tangannya di lantai, sambil mengangkat kepalanya ke langit”. Kata al-Zahabi: “Hadis ini baik sanadnya”, meskipun perawinya Jahm disebut oleh beliau sendiri dalam al-Mizan: “Tidak diketahui, beliau meriwayatkan kisah Halimah al-Sa‘diyyah”. Manakala Ibn Hibban merekodkannya di dalam kitab al-Thiqat. Kata Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah: “Hadis ini telah diriwayatkan daripada beberapa jalan riwayat lain dan ia termasuk hadis-hadis masyhur yang beredar di kalangan ahli as-siyar wa al-maghazi”.

Ibn Kathir juga menukilkan daripada al-Waqidi hadis Ibn ‘Abbas RA dengan makna yang serupa tanpa sbarang komentar. Antara riwayat penguat yang lain, riwayat ‘Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf dengan sanad yang sahih daripada az-Zuhri secara mursal, katanya: “Sesungguhnya ibu baginda SAW pernah berkata: Sungguh telah aku lahirkannya ketika aku melahirkannya, lalu dia keluar meniarap dengan meletakkan kedua-dua tangannya, seraya mengangkat kepalanya ke langit”.

[*Kedudukan al-Waqidi secara ringkas seperti yang dirumuskan oleh az-Zahabi dalam Siyar A‘lam al-Nubala’ ialah: “Telah pun jelas nyata bahawa al-Waqidi adalah daif. Beliau hanya diperlukan dalam bab peperangan dan sejarah. Dan kami hanya mncatatkan riwayat-riwayatnya tanpa berhujah dengannya. Adapun dalam bab fara’idh (ahkam), maka tidak sewajarnya beliau disebut…” “Kedudukannya di sisiku, bahawa beliau di samping daifnya, masih boleh ditulis hadisnya dan diriwayatkan kerana aku tidak menuduhnya memalsukan hadis…”]

Nombor 3 & 4:

Ya, hadis tentang api biara Majusi terpadam dan istana Kisra Parsi bergegar itu daif dan tidak ada riwayat yang bersanad sahih. Namun, tiada pula ulama terdahulu yang menilainya sebagai palsu.

Kata al-Zahabi dalam Tarikh al-Islam: “Hadis ini munkar gharib.” Menurut al-Suyuti dalam al-Khasa’is al-Kubra, Ibn ‘Asakir (dalam Tarikh Dimasayaq) berkata: “Hadis gharib, tidak kami tahu kecuali daripada hadis Makhzum daripada bapanya. Ia hanya diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Bajali”. Namun di tempat lain, Ibn ‘Asakir menyatakan ia turut diriwayatkan oleh Ma‘ruf bin Kharbuz daripada Bisayar bin Tayyim al-Makki (sebagai penyokong kepada riwayat Makhzum). Kata al-Suyuti lagi: “Daripada jalur riwayat ini turut dikeluarkan oleh ‘Abdan dalam Kitab al-Sahabah dan kata Ibn Hajar dalam al-Isabah: Ianya mursal”.

Ulama moden yang menilainya palsu, tidak semestinya memansukhkan pandangan para huffaz muhaddithin terdahulu yang lebih ahli seperti Ibn Jarir, Abu Nu‘ayim, al-Baihaqi, Ibn ‘Asakir, al-Zahabi, Ibn Kathir, Ibn Hajar, al-Suyuti, dll yang tidakpun menilai kisah berkenaan sebagai palsu dan rekaan.

Justeru, masih tidak jelas kepalsuannya serta tiada riwayat lain yang jelas menunjukkan sebaliknya ia langsung tidak berlaku. Pendapat yang menyatakan bahawa kisah tersebut tidak didengari dari sejarah Parsi sendiri bukanlah bermakna ia langsung tidak berlaku. Berapa banyak peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah manusia, namun atas perbagai sebab tertentu ia hanya diceritakan secara lisan saja dan tidak dicatatkan dalam lipatan sejarah kecuali setelah berlalu beberapa waktu. Boleh jadi juga ia ada direkodkan, namun kerana baginda Nabi SAW telah mendoakan kehancuran dan keruntuhan buat empayar Kisra Parsi (rujuk riwayat al-Bukhari: أَنْ يُمَزَّقُوا كُلَّ مُمَزَّقٍ), maka rekodnya juga mungkin turut hilang ditelan zaman.

Nombor 2:

Riwayat mengenai Siti Aminah diberitahu anak dalam kandungannya yang akan lahir adalah bakal penghulu & Nabi umat ini, diriwayatkan oleh Ibn Saad melalui jalan al-Waqidi daripada makcik Wahb bin Zum‘ah secara mursal dengan lafaz: (بسيد هذه الأمة ونبيها); dan oleh Abu Nu‘aim daripada Buraidah RA dan Ibn ‘Abbas RA dengan lafaz: (بخير البرية وسيد العالمين). Demikian dalam al-Khasa’is al-Kubra oleh al-Suyuti.

Meskipun sanad-sanadnya dikritik, namun ia tidaklah bertentangan dengan hadis yang meriwayatkan bahawa keluar cahaya daripada tubuh Siti Aminah sehingga menerangi Syam. Ini jelas mmbuktikan, beliau mengetahui bahawa bayi yang dilahirkannya itu bukanlah sama sepertimana bayi-bayi biasa yang lain.

Daripada al-‘Irbadh bin Sariyah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya aku di sisi Allah (telah tertulis sebagai) penutup para Nabi, sedang Adam masih lagi terhampar dalam tanahnya. Dan akan kukhabarkan kalian mengenainya (yakni kenabianku) iaitu; doa bapaku Ibrahim, khabar gembira ‘Isa, dan mimpi ibuku yang telah dilihatnya dan demikian juga ibu-ibu para Nabi melihatnya. Sesungguhnya ibu Rasulullah SAW telah melihat ketika melahirkannya satu cahaya sehingga ia menerangi istana-istana Syam”. (HR Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim dll dengan status sahih berdasarkan syaawahidnya). Dalam riwayat Ahmad: “Dan ibuku telah melihat ketika mengandungkanku bahawa telah keluar daripada tubuhnya satu cahaya sehingga ia menerangi istana-istana Syam”.

Nombor 1:

Riwayat Ibnu Ishaq bahawa Nabi Muhammad SAW lahir pada 12 Rabiulawwal merupakan riwayat yang masyhur dan diterima oleh ramai ulama. Menurut Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah; Ibn Abi Syaaibah dalam al-Musannaf meriwayatkan daripada Jabir RA dan Ibn ‘Abbas RA kata mereka: “Rasulullah SAW dilahirkan pada tahun gajah, hari Isnin 12 Rabiulawwal, pada hari Isnin juga baginda dibangkitkan, diangkat ke langit, berhijrah dan meninggal dunia”. Inilah yang masyhur di sisi jumhur ulama, والله أعلم (2/242). Ibrahim al-‘Ali dalam kitab Sahih al-Sirah al-Nabawiyyah menyatakan sanadnya sahih (hlm. 48).

Manakala pendapat lain menyebut 10, 9, 8, 3 dan 2 Rabiulawwal. Meskipun ada yang menyatakan pendapat yang paling sahih ialah Nabi SAW lahir sama ada 9 atau 10 Rabiulawwal. Namun, ini tidak menunjukkan bahawa riwayat 12 Rabiulawwal itu sebagai satu kesilapan fakta kerana ia masih di dalam lingkungan perselisihan pendapat yang masyhur di kalangan ulama dan pengiraan falak mengenainya juga masih dikira bersifat ijtihadi.

Perlu juga diketahui, ketepatan tarikh tersebut bukanlah menjadi tujuan utama sambutan Maulidur Rasul SAW. Tetapi yang menjadi objektif dan tujuan utama yang lebih besar daripada itu ialah sebagai medium dakwah untuk menyemarak dan menyuburkan kembali rasa cinta umat Islam kepada baginda Nabi SAW, di samping peluang dakwah untuk masyarakat non muslim lebih mengenali dan mendekati ajaran agung baginda Nabi SAW.

Moga pencerahan ini dapat menjawab sedikit kekeliruan yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Kerana antara kesilapan fakta dan perselisihan ulama adalah dua perkara yang jauh berbeza. Wallahu a‘lam.

-------------------------------------------------------------
Dr. Mohd Khafidz bin Soroni
Ketua Lujnah Hadis
Majlis Akademik ISLAMI

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1384886461678656&id=558058371028140

Sabtu, 16 November 2019

Umur Saidatina Khadijah Ketika Berkahwin Dengan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam

UMUR SAYYIDATUNA KHADIJAH BINTI KHUWAILID RA KETIKA BERKAHWIN DENGAN NABI SAW


1- Kita bersyukur kerana pada setiap masa terutamanya bulan Maulidur Rasul, masyarakat sentiasa mengambil tahu tentang kehidupan Rasulullah SAW.

2- Di antara maklumat penting berkaitan hidup Baginda Rasulullah SAW adalah tentang para Ummahat al-Mukminin (Ibu-Ibu orang beriman) iaitu para isteri Baginda SAW. Semoga Allah SWT meredhai mereka semua. Gelaran sebagai Ibu-Ibu orang beriman disebutkan di dalam Al-Quran dalam Surah al-Ahzab, ayat 6.

3- Isteri Rasulullah SAW yang pertama ialah Sayyidatuna Khadijah Binti Khuwailid RA. Pelbagai kelebihan dan keutamaan beliau disebutkan di dalam Hadith-Hadith. Kita perlu membaca kisah hidup beliau dan perjuangannya bersama Rasulullah SAW.

4- Sebelum beliau berkahwin dengan Rasulullah SAW, beliau telah berkahwin dua kali dan mempunyai beberapa orang anak.

5- Ada yang membangkitkan persoalan – berapakah umur beliau ketika berkahwin dengan Nabi SAW? Pendapat yang popular dan kita semua sedia maklum adalah beliau berumur 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi SAW.

6- Namun masa ke semasa ada sahaja pihak yang mempertikaikan maklumat ini dengan mengatakan ia tidak benar, tidak sahih, tidak betul dan sebagainya.

7- Apabila kita melihat maklumat tentang perkara ini di sisi para ulama Sirah Nabawiyyah dan juga ilmuan yang mengarang tentang biodata kehidupan Sayyidatuna Khadijah RA sendiri, kita akan dapat bahawa di sana ada beberapa pendapat dalam kalangan ulama iaitu:

8- Ada yang menyebut bahawa umur beliau ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW adalah – 40 tahun. Ada juga yang menyebut usia lain seperti: 45 tahun, 44 tahun, 35 tahun, 28 tahun dan 25 tahun. Para ulama menyebutnya sebagai pendapat-pendapat yang wujud padanya perbezaan (khilaf).

9- Begitulah keadaanya pada sebahagian maklumat tentang Sirah Rasulullah SAW. Ada yang disepakati, ada yang diperselisihkan, ada yang masyhur, ada yang tidak diketahui dan ada yang dinafikan ulama.

10- Berkaitan umur Sayyidatuna Khadijah RA ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW, kita dapati ulama-ulama sirah menyebutkan beberapa pendapat dalam keadaan terbuka.

11- Sememangnya pendapat ’40 tahun’ juga disebutkan bersama beberapa pendapat lain. Saya cuba membaca kembali sumber-sumber yang popular dan utama tentang sirah dan cuba melihat bagaimanakah ulama menyebut perkara ini. Maka jelas kita dapati:

a) Terdapat ulama yang menyebut pendapat ’40 tahun’ sahaja tanpa menyebut pendapat lain.

b) Ada juga yang menyebut bersama pendapat ’40 tahun’, pendapat-pendapat yg lain juga .

12- Kalau sememangnya ada beberapa pendapat yang disebutkan ulama, maka nyatakanlah dengan harmoni dan tidak saling menyalahkan.

13- Maka janganlah ada pihak yang mengelirukan masyarakat sehingga mengatakan pendapat ’40 tahun’ itu tidak betul atau tidak sahih. Tanya balik diri kita, apakah tujuan dan matlamat seorang ilmuan? Jawapannya untuk menyelesaikan kekeliruan, bukan menambah kekeliruan.

Rujukan:
- كتاب الطبقات الكبير karya Imam Ibn Sa’d RH (wafat 230H )
- دلائل النبوة karya Imam Baihaqi RH (wafat 458H)
- تهذيب الأسماء واللغات karya Imam Nawawi RH (wafat 676H)
- الاستيعاب في معرفة الأصحاب karya Imam Ibn Abd. Barr RH (wafat 458H)
- الإصابة في تمييز الصحابة karya Imam Ibn Hajar al-Asqalani RH (wafat 852H)
- أسد الغابة في معرفة الصحابة karya Imam Ibn al-Athir RH (wafat 630H )
- سير أعلام البنلاء karya Imam Zahabi RH (wafat 748H)
- البداية والنهاية karya Imam Ibnu Kathir RH (wafat 774H)

Adlan Abd Aziz
Tirmidhi Centre

Isnin, 1 Julai 2019

Status Kisah Merpati, Labah-Labah dan Waktu Hijrah Rasulullah SAW

Status Kisah Merpati, Labah-Labah dan Waktu Hijrah Rasulullah SAW


Share Button
Kisah hijrah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dari Mekah menuju Madinah bersama shahabat Abu Bakar ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu dan masuk ke dalam gua Tsur untuk menyelamatkan diri dari dikejar kaum kafir Quraisy, Sebagaimana yang popular di tengah masyarakat, adalah terdapat kisah bahawa Allah mengelabui kaum kafir dengan cara mengutus labah-labah membuat jaring rumahnya dan dua merpati bertelur di mulut gua, sehingga kaum kafir tersebut tidak melihat baginda dan Saidina Abu Bakar yang sedang  berlindung dalam gua.
1476762_10201216862329647_2027166840_n
Tetapi kisah inipun tidak luput dari kritikan kaum Wahabi. Salah seorang Wahabi yang menukil ucapan al-Albani berkata:
“Ketahuilah bahwa hadits tentang laba-laba dan dua burung merpati tidak shahih meskipun sangat banyak disebut dalam berbagai kitab dan ceramah seputar hijrahnya Rasulullah ke Madinah”
Tidak shahih versi al-Albani adalah sama sekali tidak dapat dijadikan hujjah atau dalil dalam hal apapun meskipun itu hanya dhaif. Padahal hadits dhaif boleh dibuat hujjah dalam fadhilah amal atau kisah sebagaimana kesepakatan majoriti ulama. Dan faktanya, ulama-ulama besar yang hafizh seperti al-Hafizh Ibnu Katsir, Imam Ibnu Hisyam dan lain-lain juga memasukkan hadits dhaif dalam kitab-kitab kisah mereka.
Dalam menjawab tuduhan tersebut, dapat disampaikan, bahawa terdapat dua hadits yang berbeda, yaitu hadits tentang labah-labah di mulut gua yang statusnya adalah hasan. Dan hadits tentang labah-labah dan dua merpati di mulut gua yang statusnya adalah dhaif atau sangat dhaif menurut sebahagian ulama.

Dalam kitab Sirah al-Qaul al-Mubin fi Sirah Sayyidil Mursalin karya Muhammad Thayyib an-Najjar, dalam ta’liq-nya, saat menyebutkan hadits hasan riwayat Ahmad bin Hanbal tentang laba-laba di mulut goa, disebutkan:

المسند” 2/ 279، وقد حسن الحافظ ابن كثير سند الحديث في “البداية” 3/ 181 وكذلك وقع ذكر العنكبوت والحمامتين، في حديث عن أنس بن مالك، وزيد بن أرقم، والمغيرة بن شعبة، عند البيهقي في “الدلائل” 2/ 482، وابن سعد 1/ 229 وأبي نعيم رقم 229، وابن عساكر كما عند ابن كثير في “السيرة” 3/ 181، وقال: هذا حديث غريب جدًّا من هذا الوجه، قلت: وهو ضعيف وقد جاء ذكر نسج العنكبوت من مرسل الحسن، كما في “البداية” 3/ 181 وحسنه الحافظ في الشواهد.
“(Hadith tentang labah-labah di mulut gua ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam hijrah ke Madinah) diriwayatkan Imam Ahmad dalam al-Musnad (II/279) dan sanadnya dihasankan oleh al-Hafizh Ibnu Katsir dalam al-Bidayah (III/181), begitu juga masalah labah-labah dan dua burung merpati dalam hadits riwayat dari Anas bin Malik, Zaid bin Arqam, dan Mughirah bin Syu’bah sebagaimana dalam Dalail an-Nubuwwah karya al-Baihaqi (II/482), Ibnu Sa’ad (I/229), Abu Nu’aim (hadits no: 229), dan  Ibnu Asakir, sebagaimana dalam Sirah Ibni Katsir, dan disebut sebagai hadits gharib”. Kemudian dikatakan oleh Muhammad Thayyib Najjar: “Hadits ini dhaif, dan hadits yang menyebut tentang labah-labah dan merpati adalah mursal dari Hasan, sebagaimana dalam al-Bidayah (III/181) dan kemudian dihasankan oleh al-Hafizh dalam syawahid”
Dan penjelasan runut berikut adalah jawaban jelasnya.

Apakah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar hijrah pada siang hari atau malam hari? Demikianlah terkadang pertanyaan muncul ketika membaca kitab-kitab hadits. Maka jawabnya adalah sebagaimana riwayat yang dibawakan al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari (VII/278) yang menukil dari Musnad Ahmad dari Abdullah bin Abbas:
تَشَاوَرَتْ قُرَيْشٌ لَيْلَةً بِمَكَّةَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ إِذَا أَصْبَحَ فَأَثْبِتُوهُ بِالْوَثَاقِ يُرِيدُونَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ اقْتُلُوهُ وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ أَخْرِجُوهُ فَأَطْلَعَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ نَبِيَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى ذَلِكَ فَبَاتَ عَلِيٌّ عَلَى فِرَاشِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تِلْكَ اللَّيْلَةَ وَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى لَحِقَ بِالْغَارِ وَبَاتَ الْمُشْرِكُونَ يَحْرُسُونَ عَلِيًّا يَحْسَبُونَهُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Kaum Quraisy bermusyawarah pada satu malam di Makkah. Dari mereka ada yang mengusulkan, jika pagi tiba: “Maka tangkap dia dengan tali!”. Maksudnya adalah Rasulullah shallallahu ‘alai wasallam. Sebagian dari mereka usul: “Bunuh saja Muhammad!”. Ada lagi yang usul: “Usir saja Muhammad!”. Maka kemudian Allah Azza wa Jallamemperlihatkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam rencana tersebut, maka Ali bin Abi Thalib bermalam (tidur) di tempat tidur Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar sampai (dan Abu Bakar) di gua sementara orang-orang musyrik bermalam menjaga Ali, mereka menyangka itu adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam” (HR. Ahmad bin Hanbal)
Hadits ini menunjukkan dengan jelas bahwa keberangkatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam hijrah adalah dimalam hari.
Kemudian dalam lanjutan hadits diatas:

فَلَمَّا أَصْبَحُوا ثَارُوا إِلَيْهِ فَلَمَّا رَأَوْا عَلِيًّا رَدَّ اللَّهُ مَكْرَهُمْ فَقَالُوا أَيْنَ صَاحِبُكَ هَذَا قَالَ لَا أَدْرِي فَاقْتَصُّوا أَثَرَهُ فَلَمَّا بَلَغُوا الْجَبَلَ خُلِّطَ عَلَيْهِمْ فَصَعِدُوا فِي الْجَبَلِ فَمَرُّوا بِالْغَارِ فَرَأَوْا عَلَى بَابِهِ نَسْجَ الْعَنْكَبُوتِ
“Maka tatkala pagi hari,orang-orang musyrik menyergap Ali. Ketika mereka tahu bahwa itu adalah Ali, Allah mengembalikan makar mereka. Mereka berkata: “Manakah temanmu ini?”. Ali menjawab: “Aku tidak tahu”. Kemudian mereka mencari bekas-bekas pergi Rasulullah, dan ketika sampai di di gunung mereka dibuat bingung kemudian naik ke gunung dan melewati gua, dan melihat di pintu gua ada sarang labah-labah”. (HR. Ahmad bin Hanbal)
Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari (VII/278) menilai hadits ini sanadnya hasan.

وَذَكَرَ أَحْمَدُ مِنْ حَدِيْثِ ابْنِ عَبَّاسٍ بِإِسْنَادٍ حَسَنٍ
“Ahmad menyebutkan dari hadits Ibnu Abbas dengan sanad hasan”.

Adapun dalam riwayat lain yang kemudian difahami bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pergi hijrah disiang hari dari rumah Abu Bakar:

قَالَتْ عَائِشَةُ فَبَيْنَمَا نَحْنُ يَوْمًا جُلُوسٌ فِي بَيْتِ أَبِي بَكْرٍ فِي نَحْرِ الظَّهِيرَةِ قَالَ قَائِلٌ لِأَبِي بَكْرٍ هَذَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَقَنِّعًا فِي سَاعَةٍ لَمْ يَكُنْ يَأْتِينَا فِيهَا فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ فِدَاءٌ لَهُ أَبِي وَأُمِّي وَاللَّهِ مَا جَاءَ بِهِ فِي هَذِهِ السَّاعَةِ إِلَّا أَمْرٌ قَالَتْ فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاسْتَأْذَنَ فَأُذِنَ لَهُ فَدَخَلَ
“Aisyah berkata: “Ketika kami pada suatu hari duduk-duduk di rumah Abu Bakar di waktu pagi hari mendekati siang, seseorang berkata kepada Abu Bakar: “Ini adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam” dalam keadaan bertutup yang datang ke kami di waktu yang tidak biasa”. Kemudian Abu Bakar berkata: “Tebusan baginya bapakku dan ibuku. Demi Allah, beliau tidak datang di waktu ini kecuali ada perkara penting”. Aisyah berkata: “Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam datang meminta izin dan kemudian Rasulullah di beri izin dan lalu beliau masuk” (HR. Bukhari).

Hadits ini dan kelanjutannya yang berkisah tentang kedatangan Rasulullah kepada Abu Bakar pada pagi mendekati siang bahwa Rasulullah sudah diberi izin untuk hijrah, setelah Rasulullah keluar pada malam hari dari rumah beliau yang dikepung. Hal itu karena sebelumnya Abu Bakar meminta izin untuk hijrah terlebih dahulu tetapi Rasulullah melarangnya karena beliau berkehendak supaya Abu Bakar menemani hijrah. Demikian dapat difahami dari hadits yang disampaikan oleh as-Samhudi dalam Khulashah al-Wafa’ (I/593) berikut:

قَالَ لِعَلِيّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ نَمْ عَلَى فِرَاشِي وَتَسَجّ بِبُرْدِي هَذَا الْأَخْضَرِ ، فَنَمْ فِيهِ فَلَنْ يَخْلُصَ إلَيْك مِنْهُمْ أَمْرٌ وَأَتَى اَبَا بَكْرٍ فَاَعْلَمَهُ وَقَالَ : قَدْ أُذِنَ لِي
“Rasulullah berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Tidurlah di atas alas tidurku dan tutupilah dengan selimutku ini yang berwarna hijau. Tidurlah didalamnya maka tidak akan sampai sesuatu dari mereka kepadamu”. Rasulullah lalu datang kepada Abu Bakar dan mengkhabarkan: “Aku telah diberi izin”.
Apa yang dilakukan oleh Imam as-Samhudi dan lain-lain merupakan penghimpunan dua hadits yang sama-sama diboleh dibuaT hujjah, yaitu hadits dalam shahih Bukhari dan hadits dalam Musnad Ahmad.
Dengan demikian dakwaan sebahagian Wahabi bahwa Rasulullah hijrah di siang hari dari rumah beliau dan riwayat tentang Ali yang tidur menggantikan Rasulullah adalah lemah telah tertolak.

Adapun hadits yang mengkisahkan labah-labah dan merpati dimulut gua Tsur yaitu:

قَالَ: أَدْرَكْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ. وَزَيْدَ بْنَ أَرْقَمَ. وَالْمُغِيرَةَ بْنَ شُعْبَةَ، فَسَمِعْتُهُمْ يَتَحَدَّثُونَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “أَمَرَ اللَّهُ شَجَرَةً لَيْلَةَ الْغَارِ فَنَبَتَتْ فِي وَجْهِي، وَأَمَرَ اللَّهُ الْعَنْكَبُوتَ فَنَسَجَتْ فَسَتَرَنِي، وَأَمَرَ اللَّهُ حَمَامَتَيْنِ وَحْشِيَّتَيْنِ فَوَقَفَتَا بِفَمِ الْغَارِ
“Abu Mush’ab al-Makki berkata: “Aku bertemu Anas bin Malik, Zaid bin Arqam, dan Mughirah bin Tsu’bah, aku mendengar dari mereka yang bercerita bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Allah memerintahkan pohon di malam saat berada di gua, maka pohon tersebut tumbuh dihadapanku. Dan Allah juga memerintahkan labah-labah dan kemudian ia menyulan dan menutupiku. Dan Allah juga memerintahkan dua merpati yang gesit dan berhenti di mulut gua”. (HR. Baihaqi dalam Dalalil an-Nubuwwah, Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Bazzar dalam Musnad)
Dalam hadits diatas terdapat perawi yang bernama Awin bin Amr al-Qaisi yang dinilai sangat lemah oleh beberapa huffazh. Tetapi al-Hafizh al-Haitsami dalam Majma’ az-Zawaid (VI/65) berkata:
رَوَاهُ البَزَّارُ وَالطَّبَرَانِي وَفِيْهِ جَمَاعَةٌ لَمْ أَعْرِفْهُمْ
“Diriwayatkan oleh al-Bazzar dan ath-Thabarani dan didalam sanadnya terdapat segolongan perawi yang tidak aku kenal (majhul)”.

Al-Hafizh al-Haitsami juga berkata dalam hadits lain:

رَوَاهُ الطَّبَرَانِي فِي الكَبِيْرِ وَمُصْعَبٌ المكِّي وَالذِي رَوَى عَنْهُ وَهُوَ عَوِيْنٌ بن عَمْرو القَيْسِي لَمْ أَجِدْ مَنْ تَرْجَمَهُمَا وَبَقِيَّةُ رِجَالِهِ ثِقَاتٌ
“Diriwayatkan oleh ath-Thabarani dalam al-Kabir, dan Mush’ab al-Makki dan yang meriwayatkan darinya, yaitu Awin bin Amr al-Qaisi aku tidak menemukan biografinya (majhul). Dan perawi selebihnya adalah tsiqah.

Dengan demikian, al-Hafizh al-Haitsami menilai Awin bin Amr al-Qaisi dan Mush’ab al-Makki sebagai perawi yang majhul yang berarti haditsnya masih dhaif biasa. Meski tak dipungkiri al-Uqaili menyebut Awin bin Amr al-Qaisi adalah sangat lemah sekali, hingga sebaghagian ulama menyebut hadits merpati di mulut gua sangat lemah dan tak bisa dibuat dalil dalam kisah sekalipun.
Al-Hafizh Ibnu Katsir meriwayatkan hadits diatas dalam as-Sirah an-Nabawiyyah (II/241) dan dalam al-Bidayah wa an-Nihayah (III/222) berkata:
وَفِيْهِ أَنَّ جَمِيْعَ حَمَّامِ مَكَّةَ مِنْ نَسْلِ تِيْكَ الحَمَّامَتَيْنِ
“Dan dalam hadits ini, semua merpati di Mekkah adalah keturunan dari dua merpati tersebut”
Ini merupakan penegasan bahwa al-Hafizh Ibnu Katsir menerima riwayat dua merpati dalam gua tersebut. Apalagi cerita ini sudah seperti mutawatir diriwayatkan oleh banyak ulama.

Wallahu A’lam.

Ustaz Nur Hidayat

Ahad, 30 Jun 2019

Sejarah Bermulanya Kalendar Tahun Hijrah Islam

Sejarah Bermulanya Kalender Hijrah Islam


Share Button
Dalam literatur sejarah Islam, kalender Qamariyyah merupakan perhitungan milik bangsa Arab jauh sebelum Islam datang. Mereka jugalah yang menciptakan nama-nama 12 bulan Qamariyyah. meskipun dalam perjalanan panjangnya, kalender tersebut digunakan sebagai sarana kaum muslimin dalam menentukan puasa, miqat haji, hari raya dan hal-hal lain. Hanya saja, sebelum era kepemimpian Khalifah kedua, yaitu Saidina Umar bin Khaththab radhiyallahu ‘anhu, penggunaan kalender Qamariyyah sebagai kalender Islam belum rasmi digunakan. Sejarah mencatat, kalender tersebut secara rasmi digunakan dimulai sejak era kepemimpinan beliau dan awal Muharram dijatuhkan pada kejadian bersejarah, yakni hijrahnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dari Mekkah ke Madinah. Dengan demikian, di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam belum ada penanggalan secara rasmi yang digunakan sebagai kalender Islam, meskipun sebahagian sejarawan menyatakan sudah ada.
1476762_10201216862329647_2027166840_n
Latar belakang diciptakannya kalender Islam oleh Shahabat Umar bin Khaththab radhiyyallahu ‘anhu ada beberapa riwayat. Dan al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari(VII/305) menuturkan tiga riwayat berbeda yang melatar belakangi diresmikannya kalender Islam.

Riwayat Pertama:

وَذَكَرُوا فِي سَبَبِ عَمَلِ عُمَرَ التَّارِيْخَ أَشْيَاءَ مِنْهَا مَا أَخْرَجَهُ أَبُو نُعَيْمٍ الفَضْلُ بنُ دَكِيْنَ فِي تَارِيْخِهِ وَمِنْ طَرِيْقِهِ الحَاكِمِ مِنْ طَرِيْقِ الشَّعْبِيّ أَنَّ أبَا مُوْسَى كَتَبَ إِلىَ عُمَرَ أَنَّهُ يَأْتِيْنَا مِنْكَ كُتُبٌ لَيْسَ لَهَا تَارِيْخٌ
“Ulama menyebutkan beberapa riwayat, dalam sebab Shahabat Umar membuat kalender. Sebahagian darinya adalah riwayat yang dikeluarkan Abu Nu’aim Fadhl bin Dakin dalam Tarikh-nya, dan dari jalur riwayatnya ada al-Hakim, dari asy-Sya’bi, bahwa Abu Musa al-Asy’ari menulis surat kepada Umar: “Sungguh datang beberapa surat Anda kepada saya tanpa ada tanggalnya”.

Riwayat pengiriman surat dari Shahabat Abu Musa al-Asy’ari ketika menjadi gabenor Bashrah Iraq kepada Khalifah Umar bin Khaththab inilah yang paling masyhur.

Riwayat Kedua:

رَوَى أَحْمَدُ وَأَبُو عَرُوْبَةَ فِي الأَوَائِلِ وَالبُخَارِيّ فِي الأَدَبِ والحَاكِمُ مِنْ طَرِيْقِ مَيْمُوْنَ بنِ مِهْرَانَ قَالَ رُفِعَ لِعُمَرَ صَكٌّ مَحِلُّهُ شَعْبَانُ فَقَالَ أَيُّ شَعْبَانٍ الماَضِي أوْ الَّذِي نَحْنُ فِيْهِ أَوِ الآتِي ضَعُوْا لِلنَّاسِ شَيْئًا يَعْرِفُوْنَهُ
“Imam Ahmad, Abu Arubah dalam al-Awail, al-Bukhari dalam al-Adab, dan al-Hakim meriwayatkan dari jalur Maimun bin Mihran (Mahran), ia berkata: “Dilaporkan kepada Umar sebuah yang diberi catatan yang jatuhnya bulan Sya’ban. Kemudian Umar berkata: “Sya’ban yang lalu atau Sya’ban sekarang ini, atau yang akan datang? Buatlah sesuatu untuk masyarakat supaya mengetahuinya”.

Riwayat Ketiga:

رَوَى ابْنُ أَبِي خَيْثَمَةَ مِنْ طَرِيْقِ ابْنِ سِيْرِيْنَ قَالَ قَدِمَ رَجُلٌ مِنَ اليَمَنِ فَقَالَ رَأَيْتُ بِالْيَمَنِ شَيْئًا يَسُمُّوْنَهُ التَّارِيْخِ يَكْتُبُوْنَهُ مِنْ عَامِ كَذَا وَشَهْرِ كَذَا فَقَالَ عُمَرُ هَذَا حَسَنٌ فَأَرِّخُوْا
“Ibnu Abi Khaitsamah dari jalur Ibni Sirin, ia berkata: “Seorang laki-laki datang dari Yaman, ia berkata: “Aku di Yaman melihat sesuatu yang mereka sebut tarikh, mereka menulisnya dari tahun ini, dan bulan ini”. Kemudian Umar berkata: “Ini bagus, buatlah kalender!”.
Kemudian menurut cerita yang masyhur, Umar bin Khaththab mengumpulkan shahabat Nabi untuk membahas permulaan tahun Qamariyyah.

Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari (VII/305) menulis:

فَجَمَعَ عُمَرُ النَّاسَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ اَرِّخْ بِالمَبْعَثِ وَبَعْضُهُمْ اَرِّخْ بِالِهجْرَةِ فَقَالَ عُمَرُ الهِجْرَةُ فَرَّقَتْ بَيْنَ الحَقِّ وَالبَاطِلِ فَأَرِّخُوْا بِهَا وَذَلِكَ سَنَةُ سَبْعَ عَشَرَةَ
“Maka kemudian Umar mengumpulkan para shahabat, maka sebahagian dari mereka mengusulkan: “Buatlah kalender dengan mulai dari Rasulullah diangkat menjadi Nabi!”. Yang lain mengusulkan: “Buatlah kalender mulai hijrah!”. Maka Umar berkata: “Hijrah memisahkan antara yang haq dan yang batil, maka buatlah tanggal dengan hijrah”. Dan itu terjadi di tahun 17 hijriyyah”.

Dan setelah disepakati kapan mulai kalender, yaitu peristiwa hijrah, maka shahabat kembali bermusyawarah, bulan apa yang pertama kali dibuat permulaan tahun. Dalam hal ini, al-Hafizh Ibnu Hajar kembali menulis:

فَلَمَّا اتَّفَقُوا قَالَ بَعْضُهُمْ ابْدَءُوا بِرَمَضَانَ فَقَالَ عُمَرُ بَلْ بِالُمَحَرَّمِ فَإِنَّهُ مُنْصَرِفُ النَّاسِ مِنْ حَجِّهِمْ فَاتَّفَقُوا عَلَيْهِ
“Maka tatkala mereka bersepakat, maka sebahagian dari mereka mengusulkan: “Mulailah dengan bulan Ramadhan!”. Kemudian Umar berkata: “Bukan, seharusnya bulan Muharram, karena itu adalah bulan dimana para jama’ah haji pulang dari hajinya”. Kemudian mereka bersepakat”.

Al-Hafizh Abdurrauf al-Munawi dalam Faidh al-Qadir (I/134) menukil ucapan al-Hafizh Ibnul Jauzi yang menceritakan tentang sejarah kalender. Ia berkata: “Tatkala populasi keturunan Nabi Adam sudah mulai banyak, mereka membuat kalender di permulai dari turunnya Nabi Adam ke bumi, dan kalender tersebut berlaku sampai bencana banjir besar (zaman Nabi Nuh), kemudian sampai zaman Nabi Ibrahim al-Khalil dibakar api, kemudian sampai zaman Nabi Yusuf, kemudian sampai zaman Nabi Musa saat beliau keluar dari Mesir yang membebaskan (perbudakan) kaum Bani Israil, kemudian sampai zaman Nabi Dawud, kemudian sampai Nabi Sulaiman, kemudian sampai Nabi Isa. Sebahagian pendapat mengatakan bahwa orang Yahudi sudah membuat kalender mulai dari runtuhnya Baitul Maqdis, dan orang Nashrani membuat kalender mulai dari saat Nabi Isa diangkat ke langit. Adapun kalender Islam, maka sesuai riwayat al-Hakim dalam al-Iklil dari az-Zuhri dengan status mu’dhal, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, Nabi Terpilih ketika datang ke Madinah menitahkan untuk membuat kalender, maka ditulislah bahawa kejadian tersebut terjadi di bulan Rabi’uil Awal. Imam al-Hakim dan ahli hadits lain juga meriwayatkan bahwa di era kekhalifahan Umar bin Khaththab, beliau mengadakan sidang dengan mengumpulkan beberapa shahabat di tahun ke-17 Hijriyyah. ketika itu sebahagian hadirin mempunyai usul: “Sebaiknya kalender di mulai dari saat Rasulullah diangkat menjadi Nabi”. Dan yang lain berpendapat: “Mulai dari hijrah Rasulullah”. Kemudian Umar bin Khaththab berkata: “Hijrah adalah momentum yang memisahkan antara haq dan bathil”, maka akhirnya mereka menetapkan penanggalan dari hijrah dan semua hadirin sepakat”.
Mereka tidak memulai penanggalan dari saat Rasulullah diangkat menjadi Nabi, lantaran penentuan waktunya yang masih diperselisihkan, dan tidak dari saat wafatnya Rasulullah, lantaran yang demikian itu bisa mengingatkan kembali kesedihan berpisah dengan beliau, dan juga tidak dimulai saat Rasulullah datang ke Madinah”

Dan alasan kenapa Muharram menjadi awal tahun Hijriyyah (Qamariyyah) adalah sebagaimana disebutkan al-Munawi dalam Faidh al-Qadir (I/134):

وَإِنَّمَا جَعَلُوْهُ مِنْ أَوَّلِ المحَرَّمِ لِأَنَّ ابْتِدَاءَ العَزْمِ عَلَى الِهجْرَةِ كَانَ فِيْهِ إذْ البَيْعَةُ كَانَتْ فِي ذِيْ الحِجَّةِ وَهِيَ مُقَدِّمَةٌ لَهَا وَأَوَّلُ هِلاَلٍ هَلَّ بَعْدَهَا المحَرَّمُ وِلِأَنَّهُ مُنْصَرِفُ النَّاسِ مِنْ حَجِّهِمْ فَنَاسَبَ جَعْلُهُ مُبْتَدَأً
“Mereka mengawali dengan bulan Muharram lantaran di bulan tersebut tekad hijrah diawali, karena baiat (aqabah) terjadi di (pertengahan) bulan Dzul Hijjah dan peristiwanya terjadi lebih dahulu daripada hijrah. Dan juga bulan yang muncul setelah Dzul Hijjah adalah Muharram. Alasannya juga karena Muharram adalah ketikanya para jamaah haji pulang dari ibadah hajinya, maka pantas jikalau penanggalan dimulai dari bulan tersebut”.
Dan kita tahu bahawa ketika hijrah Rasulullah sampai di Madinah pada tarikh 12 Rabi’ul Awal atau bertepatan dengan 24 September 622 M. sehingga permulaan kalender dijatuhkan pada bulan Muharram adalah dimundurkan dua bulan.
Cerita diatas memantapkan bahwa ditetapkannya kalender Islam adalah hasil persetujuan musyawarah Sayyidina Umar bin Khaththab dengan beberapa shahabat. Namun bukan berarti beliau adalah orang yang membuat-buat nama bulan hijriyyah. Karena sebagaimana penjelasan diatas bahwa nama-nama bulan Qamariyyah sudah ada di zaman sebelum Islam.
Dalam al-Qur’an disebutkan jumlah bulan Qamariyyah, dan dalam hadits Rasulullah disebutkan secara jelas nama-nama bulan Qamariyyah tersebut yang berjumlah 12.

Allah berfirman:
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ
“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram”. (QS. At-Taubah: 36).

Dalam sebuah hadits shahih disebutkan:

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الزَّمَانَ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ
“Dari Nabi shallallahu ‘alai wasallam bersabda: “Sesungguhnya zaman telah berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun adalah dua belas bulan yang diantaranya adalah empat bulan mulia; yang tiga berturut-turut; Dzul Qa’dah, Dzul Hijjah dan Muharram, dan Rajab-nya Kabilah Mudhar adalah antara Jumada dan Sya’ban” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari hadits diatas mengantarkan kepada satu faham bahawa nama-nama hari telah dicetuskan dalam Islam dan Allah telah menetapkan urutannya.

Kesimpulannya, kalender Qamariyyah yang menggunakan peredaran bulan telah digunakan oleh Arab jahiliyyah dan era Rasulullah. Hanya saja penggunaan rasmi kalender hijriyyah yang berdasar bulan Qamariyyah yang dipermulai dari Muharram rasmi dimulai di zaman Sayyidina Umar bin Khaththab.

Ustaz Nur Hidayat

Isnin, 9 Mac 2015

KESAHIHAN RASULULLAH SALLAHU 'ALAIHI WASALLAM DILAHIRKAN DALAM KEADAAN SUDAH BERKHATAN



Oleh : Ustaz Nazrul Nasir

Amanah di dalam ilmu itu sangat penting. Sikap amanah ini yang tiada kepada sebahagian pihak yang kononnya melibatkan diri mereka dengan hadis Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Saya telah melihat di dalam sebahagian laman yang membincangkan tentang adakah Nabi sallallahu alaihi wasallam dilahirkan dalam keadaan dikhitan atau tidak.

Malah yang menggelikan hati saya, mereka sanggup mengambil ilmu daripada orang yang tiada kelayakan untuk membahaskan tentang ilmu yang sangat mulia ini.

Bergelar ustaz dan ustazah tapi dhoif dalam rujukan dan langsung tiada baik sangka dengan para ulama. Malah percaya kepada orang yang ilmunya tidak diketahui daripada mana sumbernya. Benarlah sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam :

إن من أشراط الساعة أن يلتمس العلم عند الأصاغر

Maksudnya : Sesungguhnya diantara tanda-tanda kiamat itu seseorang itu mengambil ilmu daripada orang-orang yang kecil ( maksudnya kecil ilmunya, sedikit adabnya dan hina akhlaknya).

KHITAN

Kembali kepada perbahasan khitan Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Saya merujuk kitab karangan guru kepada guru-guru kami iaitu al-Imam al-Allamah al-Muhaddith Dr Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah rahimahullah tentang permasalahan ini.

Beliau mengatakan bahawa :

Kebanyakan ulama telah berpendapat bahawa Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam dilahirkan di dalam keadaan :

مسرورا مختونا
Maksudnya: hal keadaannya terputus tali pusatnya dan telah dikhatankan.

Mereka berdalilkan dengan hadis yang diriwayatkan daripada Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam :

من كرامتي على ربي أني ولدت مختونا ، و لم ير أحد سوأتي
Maksudnya : Diantara kemuliaan yang telah diberikan oleh Allah kepada aku ialah aku dilahirkan dalam keadaan telah dikhatankan. Maka tiada seorang pun yang boleh melihat auratku.

Juga diriwayatkan daripada Sayyiduna Abdullah bin Umar bahawa :


ولد النبي صلى الله عليه و سلم مسرورا مختونا
Maksudnya : Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam telah dilahirkan di dalam keadaan telah terputus tali pusatnya dan telah dikhatankan. ( riwayat al-Imam Ibnu Asakir)

Hadis yang pertama itu telah diriwayatkan oleh al-Imam Al-Thabarani di dalam Mu'jam al-Ausath , al-Imam Abu Nuaim, dan al-Imam Ibnu Asakir dengan jalan yang banyak.

Hadis ini juga telah diSAHIHkan oleh al-Hafidz Dhiya'uddin al-Maqdisi di dalam kitabnya al-Ahadis al-Mukhtaarah ( iaitu kitab yang mengumpulkan hadis-hadis yang sohih yang tiada di dalam Sahih Bukhari dan Muslim).

Tashih oleh al-Hafidz Dhiya'uddin ini lebih tinggi daripada yang disahihkan oleh al-Imam Hakim Al-Naisaburi rahimahullah.

Hadis ini juga dihasankan oleh al-Imam al-Hafidz Maghlathi rahimahullah.

P/S: Saya hairan ada orang yang mengaku dia meng'kaji' dan 'meneliti', tapi tidak ketemu dengan pandangan para huffaz Hadis yang mengatakan hadis ini ada yang mensohihkannya.

Mereka hanya menukilkan pandangan al-Imam al-Iraqi dan Ibnul Qayyim di dalam Zadul Maad yang mengatakan ianya dhoif.

Sangat biadap dan khianat terhadap ilmu. Amanahlah. Kalau tak tahu bagitahu semua orang yang kita tak tahu , bukannya belagak pandai macam tahu semua perkara.

Lebih lucu : mengaku merekalah Ahlul Hadis.

Ini ahlul Harddisk bukan Ahlul Hadis.

Semoga bermanfaat dan berhati-hati mengambil maklumat dengan doktor-doktor jelmaan ini. Barakallahu Fikum.

Sumber  : https://www.facebook.com/ustaznazrulnasir/posts/950875184925589

Isnin, 13 Januari 2014

Apakah Contoh Rasulullah SallaLLahu 'alaihi Wasallam dan para sahabat pernah singgah di tempat sejarah peninggalan para Rasul ?

Apakah contoh-contoh Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan para sahabat Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam pernah singgah dan melaksanakan amalan berbentuk ibadah di tempat sejarah peninggalan para Rasul ?

PERTAMA : Hadith Anas bin Malik radiyaLlahu 'anhu

"Dari Anas bin Malik RadiyaLlahu 'anhu bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda : "Aku dibawa haiwan lebih besar dari keldai dan lebih kecil dari baghal. Langkahnya sejauh pandangannya. Lalu aku menaikinya. Dan Jibril 'alaihissalam menyertaiku. Lalu aku berangkat. Lalu Jibril berkata "TURUNLAH DAN LAKUKAN SOLAT". Lalu aku melakukannya. Ia berkata : "Tahukah kamu, di mana kamu menunaikan solat?. Kamu menunaikan solat di Thur Sina, tempat Allah berbicara dengan kepada Musa 'alaihissalam." Lalu ia berkata: "Turunlah, lakukanlah solat." Lalu aku turun dan melakukan solat. Ia berkata :"Tahukah kamu, dimana kamu solat ? Kamu solat di Betlehem, tempat Isa 'alaihissalam dilahirkan".

(sunan An Nasa'i (1/221-222); at Thabrani, Musnad al Syamiyyin (1/194) dan Ibnu Asakir Tarikh Dimasyq (65/281). Al Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam al Ishabah (4/764) : Diriwayatkan oleh al Nasa'i secara marfu' dengan sanad yang bagus dan memiliki penguat dalam riwayat al Baihaqi dari hadithnya Syaddad bin Aus." Al Hafiz Ibnu Kathir berkata dalam al Bidayah wa Al Nihayah (2/66). "Diriwayatkan oleh al Nasa'i dengan sanad yang bagus dari Anas, dan al Baihaqi dengan sanadnya dan menilainya sahih.")

Hadith ini sangat jelas menganjurkan solat di tempat yang mulia dan utama serta anjuran agar meneliti peninggalan jejak para nabi dan orang soleh.

KEDUA : Hadith Abdullah bin Umar radiyaLlahu 'anhu

Dari Muhammad bin Imran al Ansori dari ayahnya berkata : "Abdullah bin Umar radiyaLlahu 'anhu berpaling kepadaku, ketika aku singgah di bawah pohon besar di jalan menuju Mekah. Lalu ia berkata : "Apa yang mendorongmu singgah di bawah pohon besar ini ?" Aku berkata : "Aku ingin berteduh". Ia berkata : "Apakah ada maksud lain?" Aku berkata : "Tidak, aku hanya bermaksud berteduh sahaja" Lalu ibnu Umar berkata "Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda : "Apabila kamu berada antara gua gunung di Mina - dan beliau menunjukkan tangannya ke arah timur, sesungguhnya di sana terdapat lembah yang disebut Surar. Di situ ada pohon, tempat kelahiran tujuh puluh nabi"

(imam Malik, al Muwattha' (1/423); Ahmad, al Musnad (2/138); Sunan an Nasa'i (5/248); Sahih Ibn HIbban (14/137); dan al Baihaqi, al Sunan al Kubra (5/139, 2/417).

Dalam hadith ini, sangat jelas bahawa Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam memberi dorongan kepada Ibnu Umar radiyaLlahu 'anhu agar mengunjungi tempat peninggalan para nabi. Sekiranya mengunjungi tempat peninggalan para nabi termasuk bid'ah sesat dan syirik tentu Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak akan menganjurkan kepada Ibnu Umar untuk mengunjunginya.

KETIGA : Salamah bin Al Akwa

"Yazid bin abi 'Ubaid berkata : "Aku datang bersama Salamah bin al-Akwa', lalu ia menunaikan solat di samping tiang di sebelah Mushaf. Aku berkata : "Wahai Abu Muslim, aku melihatmu memilih menunaikan solat di samping tiang ini ?" Ia berkata : "Aku melihat Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam memilih solat disampingnya." (Hadith Riwayat al Bukhari [502] dan Muslim [509]

Dalam hadith di atas ini jelas menunjukkan Salamah bin al Akwa' mengerjakan solat di samping tiang, kerana Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam menunaikan solat di tempat tersebut.



(Gambar : Ustaz Nazrul Nasir di Kaki Bukit Uhud tempat di mana Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersandar ketika luka dalam peperangan Uhud)

Ahad, 12 Januari 2014

Tarikh Kelahiran Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam



Oleh : Al Faqir 'Azam

Para Ulama dan Ahli Falak telah sepakat bahawa tahun gajah, yakni tahun kelahiran Nabi SAW jatuh pada tahun 571 Masihi dan Baginda SAW lahir pada bulan Rabi'ul Awal, hari Isnin. Bagaimanapun, mereka berbeza pendapat dalam menentukan adakah Baginda SAW lahir pada 9 Rabi'ul Awal atau 12 Rabi'ul Awal; 20 April atau 22 April? Terdapat juga beberapa pendapat yang lain tetapi ianya lemah.

Menurut Imam Al-Kauthari, Raja Muzaffar Kaukabri(wafat 620H), pengasas majlis sambutan maulid Nabi SAW pernah menyambutnya pada malam kelapan Rabi'ul Awal (hari 9 rabi'ul Awal) pada tahun tertentu, dan menyambutnya pada malam 12 Rabi'ul Awal pada tahun yang lain untuk beramal dan meraikan kedua-dua riwayat tersebut. [Maqalat Al-Kauthari m/s 307]

Berkata Al-Imam Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Faqih Muhammad Zahid Al-Kawthari r.a (Ulama besar zaman khilafah Uthmaniah wafat 1371 h):

Adat yang biasa diikuti di negara-negara islam dalam sambutan Maulid Nabi SAW adalah pada 12 Rabi'ul Awwal kerana telah disepakati kelahiran baginda SAW tidak berlaku setelah tarikh ini(dari 13 hingga 30 Rabi'ul Awal) di sisi seluruh ulama, maka mereka mengadakannya di satu malam yang tidak mempunyai apa-apa perbezaan pendapat setelah tarikh ini yang mana telah jelas Nabi SAW lahir sebelum waktu tersebut.

Dan tidaklah satu perkara yang aneh tentang khilaf tarikh kelahiran Nabi SAW kerana Baginda SAW lahir di sisi masyarakat yang buta huruf, tidak tahu menulis dan mengira serta tidak tertulis dalam sejarah kecuali peristiwa-peristiwa yang makruf di sisi mereka.

Para ulama berbeza pendapat sama ada Nabi SAW lahir pada 9 Rabi'ul Awwal atau 10 Rabi'ul Awwal atau 12 Rabi'ul Awwal.

Tarikh 10 Rabi'u awwal disandarkan oleh Ibnu Sa'ad di dalam tabaqatnya kepada Muhammad Al-Baqir r.a, tetapi pada sanadnya ada 3 periwayat yang dipertikaikan.

Tarikh 12 Rabi'ul Awwal pula walaupun masyhur dan dinaqalkan kebanyakan ulama dalam kitab-kitab sirah, tetapi asalnya disandarkan kepada Muhammad Ibnu Ishaq, dan tarikh ini disebut oleh Muhammad Ibnu Ishaq tanpa sanad(tiada sanad)..

Manakala tarikh 9 Rabi'ul Awwal adalah yang paling rajih dan muktamad, ia merupakan pendapat yang dikemukakan Ibnu Abdil Barr dalam 'Al-Isti'ab' ketika menyebut sudut khilaf dalam tarikh maulid Nabi SAW. Dan telah menghadkan tentangnya sebelumnya Abu Bakar Muhammad Bin Musa Al-Khawarizmi. Dan berkata tentang tarikh ini juga Al-Hafiz Umar Ibnu Dihyah al-Kalbi dalam kitabnya 'At-Tanwir Fi Maulid As-siraj Al-munir' yang mana dengan kitab tersebut beliau mendapat hadiah 1000 dinar dari Raja Muzaffar Ad-din(di zaman Sultan Salahuddin Al-Ayyubi) katanya, "Dan ianya(tarikh 9 rabiulawwal) tiada yang sahih tarikh selainnya dan telah sepakat tentangnya ahli sejarah"

Bahkan ianya juga dikuatkan lagi dengan kajian pakar ilmu falak yang terkenal, Al-Allamah Mahmud Basya Al-Falaki Al-Misri dalam risalahnya yang berbahasa Perancis dan telah diterjemahkan kepada bahasa arab oleh Ahmad Zaki Basya berjudul "Nataij Al-afham Fi Taqwim Al-Arab Qablal Islam Wa Fi Tahqiq Maulid Nabi Wa Umruhu 'Alaihissolatuwassalam" pada tahun 1305 h. Kajian tersebut mengemukakan banyak kajian-kajian ahli falak timur dan barat yang mengesahkan bahawa hari Isnin bertepatan pada 9 Rabi'ul Awwal tahun gajah, bersamaan 20 April 571 Masihi. [Rujuk Maqalat Al-Kauthari m/s: 305-307 & 311]

Syaikh Sofiurrahman Al-Mubarakfuri juga menyebutkan dalam kitab sirahnya 'Raheeq Al-Makhtum' bahawa Baginda SAW lahir pada 9 Rabi'ul Awwal.

Bagaimanapun, Menurut Mufti Mesir, Syaikh Ali Jum'ah hafizahullah, terdapat juga kajian ahli falak yang bernama Dibbanah di dalam kitabnya "Taqwim 'Am Li Khamsati Alafi 'Am" yang mengesahkan bahawa 22 April jatuh pada hari Isnin, yakni 12 Rabi'ul Awwal, manakala 20 April pula (9 Rabi'ul Awwal) jatuh pada hari Sabtu.. Rujuk video beliau di: http://www.youtube.com/watch?v=yH1P5mKzRfs

Menurut Al-Allamah Al-Muhaddith Prof. Dr Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Hasani, kita tidak mengatakan bahawa sambutan kelahiran Nabi SAW adalah sunnah dan terikat pada tarikh dan malam-malam tertentu, bahkan sesiapa yang beri'tiqad dan meyakini sedemikian, maka dia telah melakukan satu bid'ah yang sesat dalam agama kerana memperingati Nabi SAW dan berpaut hati pada baginda SAW itu perlu pada setiap waktu dan zaman dan perlunya juga untuk mengisi jiwa dengan kecintaan kepada Nabi SAW.

Sesungguhnya berkumpulnya kita untuk menyambut kelahiran nabi SAW pada bulan Rabi'ul Awal adalah bukan suatu ibadah, tetapi ianya merupakan adat yang dijadikan sebagai wasilah yang besar untuk berdakwah kepada Allah untuk mengingatkan umat yang lalai tetang akhlak Nabi SAW, sirah baginda SAW, keadaannya, muamalatnya, ibadahnya dan lain-lain. [Diadaptasi dari kitab 'Mafahim Yajibu An Tusohhah' m/s 253-254 karya Al-Allamah Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Hasani dengan sedikit suntingan]

Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=528965530471413&set=a.100705106630793.1504.100000739112302&type=1&theater