CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Jumaat, 10 Jun 2016

Kedudukan Kanak-kanak Dalam Saf





Soalan : 

Sekarang ni di masjid-masjid timbul isu berkaitan kedudukan anak-anak dalam saf ketika solat berjemaah.

Boleh bantu beri pandangan?

Jawapan Oleh Ustaz Mohd Khafidz

بسم الله وبه نستعين

1. Asalnya masyarakat telah pun sedia mengikut apa yang telah diajarkan oleh para ulama kita mazhab Syafii, mengikut sepertimana yang telah dihuraikan dalam kitab-kitab besar fiqh Syafii. Namun, lama kelamaan apabila setengah kita makin jauh dari mendalami ilmu & mempelajari kitab-kitab besar mazhab Syafii ini, kita mula keliru apabila ada golongan yang datang kemudian gemar mengatakan “ini sunnah”, “ini bidaah”. Sedangkan di dalam kitab2 itu telah pun diterangkan secara terperinci hukum hakamnya, mana yang sah, mana yang batal, mana yang sunnah, mana yang makruh, mana yang harus, mana yang afdhal/terlebih sempurna, mana yang syarat dan bukan syarat dan sebagainya.

2. Perbincangan dalam kitab-kitab fiqh sebenarnya lebih harmoni dan halus, tidak sekadar “ini sunnah”, “ini bidaah”. Golongan tersebut sebenarnya keliru & mengelirukan. Lebih merumitkan apabila mereka mengambil fatwa itu daripada ulama negara lain yang boleh menerima pandangan itu menurut usul mazhab mereka barangkali, lalu dibawa ke negara kita yang sudah sedia ada ulamanya yang mengikut usul mazhab sendiri. Barangkali tidak ada apa-apa jika fatwa yang datang dari luar itu sekadar diamal oleh pembawanya, namun yang meresahkan ialah apabila si pembawa itu kurang ilmu lalu menyalah-nyalahkan pandangan mazhab tempatan yang sudah sedia lama diamalkan. Golongan keliru ini hanya tahu menghukum “ini sunnah”, “ini bidaah”.

3. Dalam mazhab Syafii, sunnah kedudukan saf yang sempurna ketika solat berjemaah ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam an-Nawawi (w. 676H) dalam al-Minhaj: "Hendaklah berdiri di belakang imam, kaum lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian perempuan”. Pernyataan ini umum dan jika ada masalah-masalah yang datang kemudian perlulah dihuraikan sesuai mengikut situasinya. (Dalam setengah kitab seperti Asna al-Matalib oleh Syeikhul Islam Zakariya al-Ansari (w. 926H) dinyatakan; yang berdiri di belakang imam, kaum lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian khunsa, kemudian perempuan)

4. Semua ulama yang mensyarahkan kata-kata tersebut tidak pun menafikannya dengan mengatakan "kanak-kanak tidak perlu dipisahkan dengan orang dewasa” dan sebagainya. Boleh rujuk seperti Tuhfah al-Muhtaj oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami (w. 974H), Hasyiah Qalyubi (w. 1069H) & Umairah (w. 957H), Mughni al-Muhtaj oleh al-Khatib as-Syirbini (w. 977H), Nihayah al-Muhtaj oleh Imam ar-Ramli (w. 1004H), dan lain-lain.

.5. Dalil mereka adalah hadis sahih:

لِيَلِيَنِّي مِنْكُمْ أُولُو الْأَحْلَامِ وَالنُّهَى، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ. (أخرجه مسلم وأبو داود والنسائي في الكبرى وابن ماجه)

"Hendaklah berdiri di belakangku dari kalangan kamu orang-orang yang matang/baligh dan faham/berakal, kemudian orang-orang yang hampir dengan mereka,  kemudian orang-orang yang hampir dengan mereka”.

6. Bahkan ada diriwayatkan hadis dengan sanad hasan yang menyebut secara jelas susunan saf tersebut iaitu:

عَن أبي مَالك الْأَشْعَرِيّ قَالَ: أَلَا أُحَدِّثُكُمْ بِصَلَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَقَامَ الصَّلَاةَ، وَصَفَّ الرِّجَالَ وَصَفَّ خَلْفَهُمُ الْغِلْمَانَ، ثُمَّ صَلَّى بِهِمْ. (رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وَالْبَيْهَقِيّ بِإِسْنَاد حسن، قاله النووي في خلاصة الأحكام)

Daripada Abu Malik al-Asya‘ri RA katanya: “Mahukah aku khabarkan kamu tentang solat Nabi SAW, iaitu baginda mendirikan solat dan menyusun saf kaum lelaki dan menyusun di belakang mereka saf kanak-kanak, kemudian baru baginda mengimami mereka”. Dalam versi lain:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَلِيهِ فِي الصَّلَاةِ الرِّجَالُ، ثُمَّ الصِّبْيَانُ، ثُمَّ النِّسَاءُ. (رَوَاه الْبَيْهَقِيُّ في السنن الكبرى وضَعَّفَهُ)

"Telah berdiri di belakang Rasulullah SAW di dalam solat, kaum lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian perempuan”. Sanad hadis ini daif, namun dikuatkan dengan hadis-hadis di atas.

7. Hadis-hadis ini tidaklah menunjukkan hukum wajib dan hanya menunjukkan kesempurnaan serta yang afdhal. Jika ada kanak-kanak yang berdiri di dalam saf orang dewasa dan tidak bermain-main, tidaklah perlu dihalang dan ditegah.

8. Kata Syeikhul Islam Zakariya al-Ansari dalam Asna al-Matalib:

"Kata al-Azra‘i: Dikemudiankan saf kanak-kamak daripada kaum lelaki adalah jika sudah tidak muat saf kaum lelaki. Jika tidak (yakni masih ada ruang), dipenuhkan saf itu dengan kanak-kanak, tiada masalah. Semuanya ini adalah mustahab, bukannya syarat. Sekiranya mereka menyalahi (susunan ini), sah solat mereka itu berserta makruh.” Katanya lagi: "Dan jangan ditukarkan kanak2 yang hadir dahulu untuk kaum lelaki yang hadir kemudian...”. 

Ini kerana mereka lebih berhak berdiri di situ, walaupun pada saf pertama, sepertimana yang disebut dlm al-Minhaj al-Qawim, Mughni al-Muhtaj dan lain-lain.

9. Disebut dalam I'anah at-Talibin oleh Syekh Abu Bakr Syata (w. 1310H):

"Disunatkan jika ada berbagai-bagai peringkat makmum, hendaklah berdiri di belakang imam, kaum lelaki, walaupun hamba sahaya, kemudian sesudahnya - jika telah penuh saf mereka - kanak-kanak, kemudian sesudah mereka– walaupun tidak penuh saf mereka – kaum perempuan”. Kata beliau lagi: "Apabila susunan tersebut disalahi, ianya makruh”. 

Rujuk juga perinciannya di dalam Tuhfah al-Muhtaj & al-Minhaj al-Qawim oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami (w. 974H), Mughni al-Muhtaj oleh al-Khatib as-Syirbini (w. 977H), Nihayah al-Muhtaj oleh Imam ar-Ramli (w. 1004H), dan laun-lain.

10. Pandangan yang mengatakan kanak-kanak tidak perlu dipisahkan dengan org dewasa dengan erti kata diselang selikan atau setiap kanak-kanak mesti berdiri di sebelah bapanya adalah pandangan yang janggal dan mengelirukan. Lebih parah lagi didakwa itu adalah sunnah dan selainnya adalah bidaah! Kita tidak tahu ada ulama-ulamak muktabar terdahulu yang mengeluarkan fatwa sedemikian.

Wallahu a'lam.

Sumber  : 

https://www.facebook.com/sawanih/photos/a.558069754360335.1073741828.558058371028140/600968816737095/?type=3&theater


Selasa, 7 Jun 2016

HUKUM MENGUCAPKAN 'RAMADHAN KARIM'




RAMADHAN KARIM

Oleh :  Shofiyyah An-Nuuriyyah

Menjelang Ramadhan ramai kaum muslimin yang menyambutnya dengan kegiatan-kegiatan yang bersifat memotivasi agar semangat dan gembira menyambut bulan suci Ramadhan. Ada juga yang membuat rangkaian kata-kata bijak semisal “ Ramadhan bulan Sabar “, “ Bulan Ramadhan bulan maghfirah, berkah dan rahmat “, Ramadhan bulan Mulia “ dan lain sebagainya.

Namun ternyata ada seorang ulama besar dari kalangan kaum yang selalu berslogan kembali kepada al-Quran dan Sunnah-nya, mengharamkan ucapan “ Ramadhan Kariim “..apa alasannya ? mari kita semak dan membahasnya sesuai al-Quran dan Hadisnya, siapakah sebenarnya yang kembali pada al-Quran dan hadits dan kembali kepada pemikirannya sendiri?…

FATWA PELIK UTHAIMIN

Nombor 452. Syaikh Ibnu Utaimin ditanya :

 Ketika seseorang yang berpuasa melakukan perbuatan dosa, lalu ia dilarang, kemudian ia mengucapkan “ Ramadhan Kariim “, maka bagaimakah hukum ucapan tersebut ? Dan bagaimana pula hukum kelakuan itu ?

Maka syaikh menjawab : “ Yang demikian itu hukum ucapan tersebut (Ramadhan Kariim ) tidaklah dibenarkan, seharusnya ia mengucapkan “ Ramadhan Mubarak “ (Ramadhan yang diberkahi) dan yang semisalnya. Kerana bukanlah Ramadhan yang sebenarnya memberi hingga patut disebut Kariim (dermawan), dan sesungguhnya yang meletakkan keutamaan di bulan Ramadhan dan menjadikannya bulan utama dan waktu untuk melaksanakan salah satu rukun Islam hanyalah Allah. Dan seoalah-olah orang yang mengucapkan itu menyangka bahwa dengan keutamaan zaman boleh melakukan perbuatan dosa di dalamnya. Ini bertentangan dengan ucapan ulama bahawa perbuatan dosa itu akan menjadi besar jika dilakukan di bulan yang utama, berbeza dengan apa yang dibayangkan pengucap tersebut…dst.”[1]

Tanggapan :

Sepintas lalu tidak ada yang salah dari jawapan syaikh Ibnu Utsaimin dari pertanyaan di atas, namun jika kita perhatikan wujuhud dalil (fokus pembahasan dan pendalilan)nya terlihat sangatlah lucu dan mengelirukan.

Pembahasan :

Ibnu Utsaimin telah benar menjawab keharaman melakukan perbuatan dosa di bulan puasa dan dosanya boleh berlipat ganda. Namun ia telah salah besar mengHARAMkan ucapan “ Ramadhan Kariim “ apapun alasannya secara muthlaq mahupun dinisbatkan dengan perbuatan dosa.

Jika syaikh Ibnu Utsaimin mengharamkan ucapan si pelaku maksiat “ Ramadhan Kariim “ dengan alasan berprasangka si pengucap akan keutamaan di bulan Ramadhan sewaktu ia melakukan perbuatan dosanya, lalu apa bezanya dengan ucapan “ Ramadhan Mubarak “ yang dibolehkan oleh Ibnu Utsaimin ? jika alasannya demikian seharusnya ia mengharamkan ucapan apapun yang dinisbatkan kepada bulan Ramadhan. Kerana seharusnya sesuai jalan pemahaman Ibnu Utsaimin, melakukan perbuatan dosa dengan sangkaan bulan ini bulan penuh keutamaan atau keberkahan, sama saja diharamkan.

Contoh gambaran pertama : Ahmad berbuat dosa, lalu ia berkata “ Ini bulan mulia atau ini bulan dermawan “. Ibnu Utsaimin menyatakan ucapan itu tidak dibenarkan.

Contoh gambaran kedua : Abdul berbuat dosa, lalu ia berkata “ Ini bulan diberkahi atau bulan penuh berkah “. Ibnu Utsaimin menyatakan ucapan ini dibenarkan.

Apa beza antara keduanya ??

Jika alasan Ibnu Utsaimin mengharamkan ucapan itu dengan alasan prasangkaan si pelaku bahawa boleh berbuat dosa di bulan yang ada keutamaan, maka jelas ia salah. Kerana keharamannya bukan disebabkan ucapan tersebut melainkan semata-mata perbuatannya dan keyakinannya jika kita mengetahui isi hati dan keyakinannya.

Jika Ibnu Utsaimin mengharamkan ucapan tersebut dengan alasan makna kalimatnya yakni bahwa Ramadhan bukanlah kariim (suka memberi) yang kariim (suka memberi) itu hanyalah Allah sebagaimana fatwanya di atas, maka jelas ini suatu pendalilan yang mengelirukan dan sangat bodoh.

HUJJAHNYA

Pertama : Nabi Shallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“ Bahwasanya amal itu hanyalah bergantung dengan niatnya “.

Contohnya seseorang mengatakan “ Aku sembuh apabila minum ubat ini “ apakah lantas orang ini kita haramkan ucapannya kerana telah meyakini bahwa ubatlah yang menyembuhkannya ? atau semisal ucapan “ Makanan ini mengenyangkan “, apakah tiba-tiba kita salahkan orang tersebut, atau bahkan kita hukum musyrik karena telah meyakini makanan yang membuat kenyang ?

Jika kita terus salahkan, maka akal kita telah sakit. Secara fitrah tidak seorangpun yang mengucapkan Ramadhan Kariim (mulia), kecuali ia memang meyakini bahawa Allah-lah yang meletakkan kemuliaan pada bulan Ramadhan tersebut.

Dalam al-Quran sendiri Allah sering kali menisbatkan sesuatu kepada sebabnya, contohnya Allah berfirman :

ماهذا بشر إن هذا الا ملك كريم
“ Ini bukanlah manusia, melainkan malaikat yang KARIIM (mulia) “ (QS. Yusuf : 31)

Contoh lain Allah berfirman :

ولقد فتنا قبلهم قوم فرعون وجاءهم رسول كريم

“Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun, dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) YANG MULIA “. (QS. Ad-Dukhan : 17)

Apakah lantas ayat ini kita katakan tidak benar, dengan alasan bukan malaikat dan Rasul yang kariim tapi Allah ?? kita berlindung dari sifat safiihul aql (lemahnya akal)..

Dalam ayat yang lain Allah berfirman :

قل يتوفاكم ملك الموت

“Katakanlah wahai Muhammad: “Nyawa kamu akan diambil oleh Malakul-Maut “. (QS. As-Sajdah : 11)

Apakah malaikat Maut yang mewafatkan nyawa makhluk Allah ? salahkah Allah berfirman seperti itu ?? naudzu billahi min sakhoofatil aql (kita berlindung dari rosaknya akal).

Kedua : Dalam ilmu Shorof, kata Kariim (كريم ) memiliki banyak bab dan maknanya salah satunya bab karuma dan akroma. Makna pada bab fa’ula adalah mulia pada dirinya contoh : Nabaatun kariim (Tumbuhan mulia) atau farasun kariim (kuda mulia) dan mulia akhlaknya, contoh : rojulun kariim (seseorang yang mulia akhlaknya). Contoh lainnya : karuma as-sahaabu maknanya awan itu membawa hujan dan seterusnya.[2] Al-Farra mengatakan :

العرب تجعل الكريم تابعا لكل شيء نفت عنه فعلا تنوي به الذم

“ Kaum Arab menjadikan kalimat “ Kariim / mulia “mengikuti segala sesuatu apapun yang bertujuan meniadakan celaan “.[3]

Demikiannya juga kalimat “ Ramadhan Kariim “ dalam ilmu bahasa Arab bermakna : “ Ramadhan yang mulia “ atau boleh juga bermaksud “ Ramadhan yang dimuliakan “.

Dengan kaedah ini, tidak boleh disalahkan sama sekali orang yang mengucapkan “ Ramadhan Kariim “ dalam keadaan apapun.



[1] Majmu’ Fatawa wa Rosaail Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, juz 20 hal. 93-94, nomer. 452

[2] Lisanul Arab, juz 13 hal. 53

[3] Lisanul Arab, juz 13 hal. 52

https://generasisalaf.wordpress.com/2013/07/08/ulama-salafy-wahabi-haram-mengucapkan-ramadhan-karim/