CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Khamis, 9 Julai 2009

FAHAMI SEBENAR-BENARNYA MENGAPA KITA BERDOA! Bab Akhir

FAHAMI SEBENAR-BENARNYA
MENGAPA KITA BERDOA!

( Bilangan 276 Bahagian Akhir)

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Berdoa Pada Ketika Kebiasaannya Dimakbulkan Doa

Doa yang mudah dan cepat dikabulkan itu mempunyai waktu atau saat-saat atau keadaan-keadaan yang tertentu. Di antara waktu dan keadaan tersebut adalah seperti berikut:

1. Lailatulqadar.

2. Satu pertiga akhir waktu malam.

3. Selepas menunaikan sembahyang fardhu.

4. Ketika azan dan iqamah.

5. Ketika turun hujan.

6. Ketika berhadapan dengan musuh dalam peperangan.

7. Hari dan malam Jumat.

8. Ketika minum air zam zam.

9. Ketika sujud.

10. Hari Arafah dan setelah melaksanakan manasik haji yang lain seperti selepas melontar jamrah, berdoa dalam Kaabah, berdoa di bukit Shafa dan Marwah.

11. Pada bulan Ramadhan.

12. Doa orang yang dizalimi.

13. Ketika dalam pelayaran.

14. Doa orang yang berbuka puasa.

15. Doa orang yang sakit.

16. Doa imam yang adil.

17. Doa selepas wudhu.

Adab-adab dan etika berdoa perlulah dijaga dan dipelihara oleh setiap orang yang berdoa. Di antara adab-adab tersebut adalah seperti berikut:

1. Ikhlas kerana Allah Ta‘ala.

2. Memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji-muji nama Allah serta memberi selawat dan salam kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

3. Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.

4. Berdoa disertai dengan kerendahan hati, khusyuk, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya.

5. Menghadap kiblat dan menadah dua tangan.

6. Berwudhu.

7. Berdoa dengan jalan bertawassul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah Ta‘ala.

8. Bertawassul dengan amal salih yang dikerjakan oleh orang yang berdoa.

9. Menjauhi segala maksiat.

Demikian juga, berterusanlah berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali. Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam suka mengulang-ulang doa itu sebanyak tiga kali.

Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu berkata:

َأنَّ رَسُو َ ل اللهِ صَلَّى اللهُ عََليْهِ وَسَلَّمَ كَا َ ن يُعْ ِ جبُهُ َأ ْ ن يَدْعُوَ َث َ لاًثا وَيَسْتَغْفِرَ َث َ لاًثا
(رواه أبو داود)
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyenangi supaya seseorang itu berdoa tiga-tiga kali dan beristighfâr tiga-tiga kali.”

(Hadits riwayat Abu Daud)

Jenis Doa Yang Disukai Nabi

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menyukai jenis doa yang mencakupi semua kebaikan dunia dan akhirat. Jenis doa seperti ini bentuk lafaznya pendek atau sedikit tetapi mempunyai makna yang
luas. Sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha:

كَا َ ن رَسُو ُ ل اللهِ صَلَّى اللهُ عََليْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَحِبُّ الْجَوَامِعَ مِنَ الدُّعَاءِ وَيَدَعُ مَا
سِوَى َذلِكَ
(رواه أبو داود)
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyukai doa yang mencakupi (kebaikan dunia dan akhirat) dan meninggalkan selain itu (yang tidak mencakupi).”

(Hadits riwayat Abu Daud)

Contoh doa-doa yang mencakupi itu, di antaranya seperti berikut:

1. Memohon kebaikan di dunia dan akhirat:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنًَة وَفِي الآخِرَةِ حَسَنًَة وَقِنَا عَذَابَ النَّا ِ ر

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.”


2. Memohon keampunan dan afiat di dunia dan akhirat:

اللَّهُمَّ ِإنِّي َأسَْألُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيََة فِي الدِّي ِ ن وَالدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu keampunan dan keafiatan (selamat daripada bala) pada agama, di dunia dan akhirat.”


3. Memohon hidayat, ketaqwaan, kesucian dan kecukupan:

اللَّهُمَّ ِإنِّي َأسَْألُكَ اْلهُدَى وَالتَُّقى وَالْعَفَافَ وَاْلغِنَى

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu hidayat, ketaqwaan, kesucian (jauh dari perkara yang haram) dan kecukupan.”


4. Memohon keselesaan di dunia dan akhirat:

اللَّهُمَّ ارْزُْقِني الرَّاحََة فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah kepadaku keselesaan di dunia dan akhirat.”


5. Memohon kebaikan dan berlindung daripada kejahatan:


اللَّهُمَّ ِإنِّي َأسَْألُكَ مِنَ الْخَيِْر كُلِّهِ عَا ِ جلِهِ وَآ ِ جلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا َلمْ َأعَْلمْ
وََأعُوُذ ِبكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَا ِ جلِهِ وَآ ِ جلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا َلمْ َأعَْلمْ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu kebaikan kesemuanya, (kebaikan) yang segera (di dunia) dan yang tidak segera (di akhirat), (kebaikan) yang aku tahu dan yang aku tidak tahu, dan aku berlindung kepadamu daripada kejahatan kesemuanya, (kejahatan) yang segera (di dunia) dan yang tidak segera (di akhirat), (kejahatan) yang aku tahu dan yang aku tidak tahu.”


6. Memohon kebaikan dan berlindung daripada kejahatan sebagaimana yang dipohonkan oleh hamba dan Nabi:

اللَّهُمَّ ِإنِّي َأسَْألُكَ مِنْ خَيِْر مَا سََأَلكَ عَبْدُكَ وَنَِبيُّكَ وََأعُوُذ ِبكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاَذ
ِبهِ عَبْدُكَ وَنَِبيُّكَ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu kebaikan yang dipohon oleh hamba dan NabiMu, dan aku berlindung kepadaMu daripada keburukan yang hamba dan
NabiMu berlindung daripadanya.


7. Memohon kebaikan dan berlindung daripada kejahatan yang mana khazanahnya di tangan Allah:

اللَّهُمَّ ِإنِّي َأسَْألُكَ مِنْ ُ كلِّ خَيٍْر خَزَائِنُهُ ِبيَدِكَ، وََأعُوُذ ِبكَ مِنْ ُ كلِّ شَرٍّ خَزَائِنُهُ
ِبيَدِكَ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu segala kebaikan yang khazanahnya di tanganMu, dan aku berlindung kepadaMu daripada keburukan yang khazanahnya di tanganMu.”

Hindari Perkara Yang Menolak Doa

Perlu diingat juga, selain berdoa dengan niat yang tulus ikhlas dan yakin, kita hendaklah juga menghindari dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh menyebabkan doa ditolak.
Perkara-perkara yang boleh menyebabkan doa ditolak di antaranya seperti tiga perkara yang disebutkan sebelum ini iaitu memohon perkara dosa, memutuskan silaturrahim dan tergesa-gesa menganggap doa tidak dimakbulkan.

Demikian juga, doa tidak dimakbulkan jika makanan, minuman dan pakaiannya datang dari yang haram. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

َأيُّهَا النَّاسُ ِإنَّ اللهَ طَيِّبٌ َ لا يَقْبَلُ ِإلاَّ َ طيِّبًا وَِإنَّ اللهَ َأمَرَ الْمُؤْمِِنينَ ِبمَا َأمَرَ ِبهِ
الْمُرْسَلِينَ فَقَا َ ل: ( يَا َأيُّهَا الرُّسُ ُ ل ُ كُلوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَُلوا صَالِحًا ِإنِّي ِبمَا
تَعْمَُلو َ ن عَلِيمٌ ) وَقَا َ ل: ( يَا َأيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ُ كُلوا مِنْ َ طيِّبَاتِ مَا رَزَْقنَا ُ كمْ ) ُثمَّ
َذ َ كرَ الرَّجُ َ ل يُطِي ُ ل السََّفرَ َأشْعَ َ ث َأغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ ِإَلى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ
وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ ِبالْحَرَاِم َفَأنَّى يُسْتَجَابُ
لِ َ ذلِكَ
(رواه مسلم)

Maksudnya: “Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu bagus (Maha Suci dari segala kekurangan), tidak menerima sesuatu melainkan yang bagus. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman sebagaimana yang telah diperintahkan para Rasul. Lalu Baginda membaca (ayat al-Qur’an, surah al- Mukminun: 51): (Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal salih; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan). Baginda membaca lagi (surah al-Baqarah: 172): (Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebutkan tentang seorang lelaki yang jauh pelayarannya (pada mentaati Allah seperti haji, berziarah dan
sebagainya) yang kusut dan berdebu rambutnya, menadah kedua tangannya ke langit (dan berkata): wahai Tuhan, wahai Tuhan. Sedangkan makanannya haram, dan minumannya haram, dan pakaiannya haram dan dipelihara (disuap) dengan yang haram, maka bagaimana dimakbulkan (doanya) dengan sifatnya yang sedemikian.”

(Hadits riwayat Muslim)

Hadits di atas menyarankan supaya berbelanja di jalan yang halal dan melarang dari berbelanja di jalan yang haram. Maka makanan, minuman, pakaian dan sebagainya hendaklah yang halal dan tiada perkara syubhah padanya. Begitu juga, doa tidak akan dimakbulkan jika makanan, minuman dan pakaian datangnya dari yang haram.

Ibrahim bin Adham pernah ditanya:
“Apa hal bila kami berdoa tidak dimakbulkan?” Beliau menjawab: “Kerana kamu tahu akan Allah tapi kamu tidak mentaatinya dan kamu tahu akan Rasul tapi kamu tidak mengikut sunnahnya dan kamu tahu akan al-Qur’an tapi kamu tidak mengamalkannya dan kamu menikmati nikmat anugerah Allah tapi kamu tidak mensyukurinya dan kamu tahu akan syurga tapi kamu tidak menuntutnya dan kamu tahu akan neraka tapi kamu tidak lari daripadanya malah kamu bersetuju dengannya dan kamu tahu akan mati tapi kamu tidak bersedia untuknya dan kamu mengebumikan mayat tapi kamu tidak mengambil iktibar dan kamu meninggalkan keaiban kamu tapi sibuk dengan keaiban orang lain.”

Akhirnya, perbanyakkanlah doa, kerana doa itu dapat mendekatkan diri dan mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mengingati Allah hendaklah dilakukan pada setiap masa sama ada pada waktu senang atau susah. Begitulah juga dengan amalan dalam berdoa hendaklah dilakukan pada setiap masa lebih-lebih lagi pada waktu senang dan mewah, kerana dengan cara itu apabila
berdoa pada waktu susah, doa akan mudah diperkenankan sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu:

مَنْ سَرَّهُ َأ ْ ن يَسْتَ ِ جيْبَ اللهُ َلهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالْكُرَ ِ ب َفلْيُكْثِِر الدُّعَاءَ فِى الرَّخَاءِ
(رواه الترمذي)
Maksudnya: “Sesiapa suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah pada waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa pada waktu senang.”

(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Sesungguhnya doa itu adalah untuk memohon keredhaan dan rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala di dunia dan akhirat, selamat dari kemurkaan dan seksaNya yang pedih, dan memohon
bantuanNya agar dapat beribadah dan bersyukur kepadaNya. Doa itu juga adalah komunikasi langsung antara hamba dan Tuhannya kerana itu hayatilah doa itu dan dilakukan dengan
menjaga adab-adabnya. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, disertai dengan hati yang tulus ikhlas, khusyuk dan merasa penuh yakin akan diperkenankan. Janganlah berputus asa dan cepat bosan untuk berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, apatah lagi langsung tidak berdoa, kerana perbuatan ini boleh menyebabkan kemurkaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Sumber: Mufti Brunei

Sifat Hasad Dan Kerosakan Yang Dibawanya

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه

Hasad

Melalui sifat hasad ia menimbulkan kepada lima perkara kerosakan.


Merosakkan taat

Sabda Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam;


Hasad itu memakan pahala kebaikan, seperti api memakan kayu bakar.



Hasad adalah sifat jahat dan maksiat. Sebagaimana dinyatakan oleh Sayyidina Wahab bin Munabbih ra (Minhajul Abiddin), bahawa hasad mempunyai tiga ciri;


a. Jika berhadapan dia menjilat.

b. Jika di belakang, dia mengumpat.

c. dia senang orang lain mendapat celaka.


Apabila kita mengetahui betapa bahayanya sifat hasad. Hanya kepada ALLAH SWT kita berlindung dari kejahatan orang-orang hasad.


ALLAH SWT berfirman;


...dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki..
.[Al-Falaq; 5]


ALLAH SWT memerintahkan kita agar meminta pertolongan NYA dari sifat hasad, sama halnya kita meminta perlindungan kepada ALLAH SWT daripada tukang sihir.


Nilaian akal yang waras pasti menyatakan bahawa sifat hasad itu adalah jahat lagi buruk kepada yang menghidapinya. Maka kepada ALLAH SWT Yang Maha Mulia kita memohon perlindungan.

Hasad menjadikan individu memiliki akal yang lemah, jiwa yang sentiasa gundah. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Samma’ ra, bahawa keadaan orang zalim dan hasad itu adalah sama. Mereka memiliki nafas yang tersekat-sekat, akal yang kontang, hampa serta kesusahan rohani yang bertimpa-timpa.

Akibat daripada hasad adalah buta hati, sehingga tidak mampu memahami sesuatu hukum daripada sekian banyak hukum ALLAH SWT YANG MAHA MULIA. Golongan ini berasa ujub dengan pendapat sendiri. Sewenang-wenang menolak kewujudab mazhab. Mengeji pemakaian serban. Mereka menolak mentah-mentah segala pembentangan ilmiah daripada orang lain hingga mewujudkan pertelagahan di kalangan manusia kebanyakkan. Merekalah golongan wahabbi, syiah dan pejuang Islam liberal yang penuh penyelewengan di dalam agama.

Ubatnya adalah menjauhi pembahagian akidah, menjunamkan ego demi mengharungi “BAHTERA PERUBAHAN”.

Sufyan ats-Tsauri ra menyatakan,
“Biasakan olehmu diam dalam waktu yang lama, sudah tentu engkau akan bersifat wara’ (teliti)”.


Akibat lain daripada hasad adalah terhalangnya kebaikan, terhakisnya taufiq dan orang yang bersifat hasad itu tidak mendapat keperluan yang benar-benar diperlukannya.

Doanya terhalang disebabkan dosa-dosa yang dilakukannya. Barangkali dia merasa gembira dengan nikmat gelaran di dunia. Dia juga bergembira dengan keinginan-keinginan nafsu yang menjayakan kelangsungan kerjaya atau berupa anak-pinak. Namun jauh disisi ALLAH SWT, dia yang memiliki segala nikmat yang dibanggakan itu adalah antara manusia yang tercela.

Celaan ALLAH SWT itu kelihatan sebagai nikmat bagi yang menerima, juga sebagai pujian kepada manusia kebanyakkan yang melihat. Alangkah malangnya tanggapan, bahawa itu hanyalah suatu “seksaan” berupa laungan kemahsyuran bagi orang yang hasad. Berupa azab daripada ALLAH SWT bagi yang melihat seksaan yang mereka alami.

Keruntuhan institusi keluarga, kecelaruan akidah “3T” yang diada-adakan. Hati yang tidak tenteram akibat hidup yang tidak berkat dengan palungan caci maki kepada para imam mazhab, hinaan kepada wali-wali ALLAH SWT yang berwasilahkan jalan-jalan tasawwuff. Semua ini adalah di antara seksaan akibat pelakuan si penghasad.

Seperti dikatakan oleh Hatimul Asham ra.,
“orang dengki bukan ahli agama, dan orang yang suka mencela (menyamakan semua tarekat adalah sesat, menyamakan hadith dhoif dengan hadith maudhu’) tidak termasuk sebagai ahli ibadah. Orang yang suka mengadu domba tidak boleh dipercaya, dan orang hasad termasuk golongan yang tidak perlu mendapatkan pertolongan.”


Ketahuilah wahai diri yang menulis, bahawa orang yang bersifat hasad tidak akan sampai kepada tujuannya. Sebab, yang akan sampai kepada tujuannya adalah orang-orang Muslim yang mensyukuri nikmatNYA. Orang Muslim yang kukuh akidahya pasti memperolehi pertolongan daripada ALLAH SWT kerana mereka adalah mukmin.

Ayuh diri!..Kita jauhi hasad. Benar sekali sebagaimana dikatakan oleh Abu Ya’qub ra;

Ya ALLAH, sabarkanlah kami untuk menyempurnakan nikmat bagi segala hamba-MU dan kebaikan perbuatan mereka.


"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"


Wallahu’alam

Al-Haqir ila ALLAH Al-GHANIY;

Penulis : Almukminun

08072009

http://almukminun.blogspot.com/

SPS, Penang

Isnin, 6 Julai 2009

FAHAMI SEBENAR-BENARNYA MENGAPA KITA BERDOA!

FAHAMI SEBENAR-BENARNYA MENGAPA KITA BERDOA!

( Bilangan 276 Bahagian Pertama)

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Berdoa bukanlah perkara asing dalam kehidupan kita orang Islam. Setiap hari kita tidak lekang dari berdoa. Bahkan masyarakat kita sangat sebati dengan amalan berdoa. Dalam apa jua acara, seperti majlis perkahwinan, majlis berpindah rumah dan sebagainya, doa menjadi inti daripada acara tersebut. Akan tetapi sejauh manakah kefahaman kita mengenai doa itu? Sejauh manakah penghayatan kita ketika berdoa?

Kita dapati ada segelintir masyarakat kita yang bersikap cuai atau bosan atau tidak bersungguh-sungguh untuk berdoa. Ada di antara mereka merungut apabila pembaca doa membaca doa-doa yang panjang, berkata-kata sedang kedua tangannya menadah ke langit, sambil lewa, tidak mengaminkan doa dan malah ada juga yang langsung tidak mahu berdoa. Doa hanya setakat di bibir atau hanya tangan ditadahkan menyambut doa tetapi fikiran entah ke mana.

Oleh itu eloklah dijelaskan di sini, apakah sebenarnya hakikat doa itu dan kepentingannya bagi seorang hamba serta beberapa perkara berkaitan dengannya.

Doa Itu Ibadat Dan Senjata Orang Mukmin

Doa adalah permintaan atau permohonan seorang hamba kepada Allah Subahanahu wa Ta‘ala dan sebagai jalan untuk menyatakan hajatnya. Hajat seseorang itu terlalu banyak, tidak terkira, lebih-lebih lagi di saat-saat ia susah, menderita ditimpa bencana. Doa itu adalah ibadat kerana ia merupakan penyataan seorang hamba kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala akan kelemahan dirinya. Ia juga merupakan pengakuan seorang hamba bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala Maha Berkuasa sama ada untuk memakbulkan doanya atau sebaliknya.

Daripada an-Nu‘man bin Basyir beliau berkata:

Maksudnya:
“Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Doa itu ibadat.” Kemudian Baginda membaca (ayat al-Qur’an, surah Ghafir: 60 yang tafsirnya): “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Doa juga merupakan senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

الدُّعَاءُ سِ َ لاحُ اْلمُؤْمِ ِ ن وَعِمَادُ الدِّي ِ ن وَنُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْ ِ ض
(رواه الحاكم)

Maksudnya: “Doa itu senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.”

(Hadits riwayat al-Hakim)

Doa mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala, kerana doa itu penyataan seorang hamba akan kefakiran, kelemahan serta kehinaannya dan pengakuannya
terhadap kekuatan, kebesaran dan kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

َ
ليْسَ شَيْءٌ َأكْرَمَ عََلى اللهِ تَعَاَلى مِنَ الدُّعَاءِ
(رواه الترمذى)

Maksudnya: “Tidak ada sesuatu (zikir dan ibadat) yang lebih mulia di sisi Allah Ta‘ala daripada doa.”
(Hadits riwayat Tirmidzi)

Allah Murka Kepada Sesiapa Yang Tidak Berdoa

Allah Subhanahu wa Ta‘ala murka kepada sesiapa yang tidak berdoa atau tidak memohon sesuatu kepadaNya. Ini kerana orang yang meninggalkan doa itu dikatakan sebagai sombong, takbur dan tidak memerlukannya. Menurut ath-Thibiy Rahimahullah, bahawa kemurkaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala itu adalah kerana Allah menyukai orang yang memohon kurniaanNya, maka sesiapa yang tidak memohon kepada Allah nescaya Dia membencinya, dan orang yang dibenci itu sudah tentu dimurkai. Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

مَنْ َلمْ يَسَْأ ِ ل اللهَ يَغْضَبْ عََليْهِ
(رواه الترمذي)
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak memohon (meminta) kepada Allah, Dia (Allah) murka kepadanya.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Berkata Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu:

ِإنَّ َأبْخَ َ ل النَّا ِ س مَنْ بَخِ َ ل ِبالسَّلاِم، وََأعْجَزَ النَّا ِ س مَنْ عَجَزَ عَ ِ ن الدُّعَاءِ
(رواه أبو يعلى)

Maksudnya: “Bahawa sebakhil-bakhil manusia adalah siapa yang bakhil memberi salam, dan selemah-lemah manusia adalah siapa yang lemah (malas) untuk berdoa.”

(Hadits riwayat Abu Ya‘la)

Janji Allah Memakbulkan Doa

Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintahkan dan mendorong hambaNya untuk berdoa dan memohon kepadaNya. Dia telah berjanji untuk memakbulkan permohonan mereka, bahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala malu jika menolak permintaan hambaNya dengan tangan kosong.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:


Tafsirnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.”

(Surah al-Baqarah: 186)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Sesungguhnya Tuhan kamu Tabaraka wa Ta‘ala Pemalu lagi Pemurah, Dia malu kepada hambaNya apabila (berdoa) mengangkat kedua tangannya memohon kepadaNya, dan mengembalikan kedua tangannya dengan tidak memberikannya apa-apa (daripada rahmatNya).”
(Hadits riwayat Abu Daud)

Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya:
“Tiada seorang yang memohon kepada Allah dengan satu doa melainkan dimakbulkan untuknya, sama ada disegerakan permohonannya itu di dunia, dan sama ada disimpan permohonannya itu di akhirat, dan sama ada diampunkan dia dari dosa-dosanya dengan kadar yang dipohonkan, selagi dia tidak memohon perkara dosa atau memutus silaturrahim atau tergesa-gesa (untuk dimakbulkan doanya).” Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimana tergesa-gesa itu? Baginda bersabda: “Dia berkata: Aku berdoa kepada Tuhanku namun Dia tidak memakbulkan untukku.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Berdasarkan hadits yang disebutkan di atas, jelas bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala pasti akan memakbulkan permohonan orang yang berdoa.

Di dalam kitab Tuhfah al-Ahwadzi Syarah Jami‘e at-Tirmidzi ada disebutkan bahawa pemakbulan doa itu mempunyai waktu yang tertentu, sebagaimana diceritakan bahawa jarak antara doa dengan pemakbulan doa Nabi Musa dan Nabi Harun ‘Alaihimassalam ke atas Fir‘aun, adalah selama empat puluh tahun.

Terkabulnya doa itu pula ada beberapa bentuk di antaranya:

1. Memperolehi apa yang dipohon pada waktunya.

2. Memperolehi apa yang dipohon pada waktu lain kerana terdapat hikmah di sebalik kelewatan atau kelambatannya.

3. Menolak keburukan sebagai ganti permohonannya ataupun diberi kebaikan lain yang mana lebih baik dari yang dipohonnya.

4. Permohonannya disimpan sehingga hari yang lebih diperlukan pahalanya.

5. Pengampunan dosa-dosa sekadar apa yang dipohonkan.

Berdoa Dengan Niat Yang Tulus Ikhlas Dan Jangan Berputus Asa

Kita dilarang berputus asa daripada memohon dan mendapatkan rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala serta pertolonganNya. Ini kerana sikap melahirkan kekecewaan dan putus asa daripada
memohon kepadaNya itu adalah sikap yang tercela dan termasuk dalam dosa-dosa besar.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya:
“Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.”
(Surah Yusuf: 87)

Apa yang dituntut ke atas orang yang berdoa itu ialah jangan bosan dalam berdoa. Berdoalah dengan niat yang tulus ikhlas, bersungguh-sungguh dengan menghadirkan jiwa dan yakin bahawa doanya akan dimakbulkan. Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

Maksudnya:
“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dimakbulkan dan kamu ketahuilah bahawa Allah tidak akan memakbulkan doa dari hati yang lalai serta bermain-main (dengan apa yang dipohon atau sibuk dengan urusan selain Allah Ta‘ala).”

(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

bersambung

Sumber : Mufti Brunei

Sabtu, 4 Julai 2009

Hukum Membaca Surah Yasin Pada Malam Jumaat

Antara amalan yang sudah cukup sebati dalam masyarakat kita ialah membaca Yaasiin dan tahlilan yang dilakukan beramai-ramai setiap malam Jumaat di surau dan masjid. Dahulu kerap juga diadakan pembacaan mawlid pada malam tersebut, kat tempat aku lumrahnya dibaca Barzanji dan amalan ini dikenali sebagai "berjikir" i.e. kat tempat aku jika dikatakan " urang berjikir" maka yang dimaksudkan ialah "orang membaca mawlid Barzanji dan qasidah-qasidahnya. Tapi sekarang, amat langka aku lihat surau-surau dan masjid-masjid kat tempat aku yang masih berjikir malam Jumaat, melainkan dalam bulan Mawlid di mana majlis berjikir meriah. Nampaknya masyarakat aku kini lebih suka nonton tv dari melantunkan pujian kepada Allah dan Junjungan Nabi s.a.w. Allahu...Allah.

Nasib baiklah, upacara membaca Yaasiin dan tahlilan masih menjadi program utama antara Maghrib - Isya` malam Jumaat kat tempat aku. Tetapi sedihnya kini timbul pula orang yang anti-yaasinan dan anti-tahlilan serta mengeluarkan fatwa membid`ah-dholalah sesiapa yang melakukannya. Tuan-tuan bayangkanlah dahsyatnya fatwa tersebut, siapa baca Yaasiin malam Jumaat bid`ah dan setiap bid`ah itu sesat dan setiap kesesatan masuk neraka. Jadi langsung tak langsung, rumusannya sesiapa baca Yaasiin malam Jumaat masuk neraka. Hebat sungguh ilmu mufti ini.

Sudahlah kita ni jenis malas baca Quran, bila nak baca Yaasiin malam Jumaat dah dibid`ahkan. Aduh poning kepalo ese, bisa palak aku, kata orang kampung aku. Daie mende yang menjauhkan orang dari membaca al-Quran? Adakah membaca Yaasiin malam Jumaat itu maksiat ? Adakah majlis membaca Yaasiin tersebut satu kemungkaran ? Takkan nak samakan hukum majlis baca Yaasiin malam Jumaat dengan karnival JomHeboh tempat Tok Shahidan isytihar Perlis Darul Sunnah? Kita biarkan Tok Shahidan terojun dengan labu-labunya, Tok Shahidan daripada hang dok pikiaq nak bid`ahkan orang, elok hang pikiaq mana nak cari duit bayaq hutang Majlis Perbandaran Kangaq. Jangan marah noooo.

Kalau ikhwah masih ingat kat Ustaz Abdullah al-Qari tempohari, kalau kome tak ingat, aku habaq mai sikit bagi refresh hang pa punya memory. Ustaz Dollah ni salah seorang tokoh 'sunnah (baca : salafi)' i.e. adik - beradik golongan kaum muda. Dia ni banyak terjemah buku-buku golongan yang sewaktu dengannya, pernah dianugerahkan dengan Tokoh Ma`al Hijrah Negeri Kelantan (kalau tak silap akulah) dan merupakan besan Tok Guru Haji 'Abdullah bin 'Abdur Rahman, Lubok Tapah. Aku nak habaq mai kat korang, Ustaz Dollah yang mempunyai pemikiran `salafi' telah menulis dalam bukunya "Kursus Qari` dan Qari`ah" mukasurat 145:- "Malam Jumaat : Kedapatan Rasulullah s.a.w. membacakan surah Yaa Siin, ad-Dukhaan dan al-Kahfi." Aku rujuk hangpa semua kepada Ustaz Dollah Qari ni bukan apa, saja nak habaq bahawa dalam kumpulan so-called 'salafi/sunnah' pun ada perbezaan pendapat mengenai hukum baca Yaasiin malam Jumaat. Jadi buat apa nak perbesarkan isu-isu remeh seperti ini. Apa faedahnya? Biarlah hamba-hamba Allah yang lemah macam aku ni membaca Yaasiin malam Jumaat, sebab nak baca tiap malam tak larat. Membaca Yaasiin itu ibadah yang punya sumber dalam Syara`, maka sekali-kali tidaklah boleh dikatakan sebagai bid`ah, jika nak kata bid`ah maka ianya hanya bid`ah dari segi bahasa sahaja. Sunnah membacanya setiap malam, tapi berapa ramai yang kuat atau berkesempatan nak baca setiap malam ? Jadi ikutlah kaedah "apa yang tak leh nak diamalkan semua, jangan ditinggalkan semua".

Bagi kita pendokong ulama mazhab, kita tidak ragu lagi bahawa para ulama kita memandang elok akan amalan tersebut. Imam kita as-Sayuthi dalam kitabnya "Khushushiyyaat Yawmil Jumu`ah" menulis:-

  • Imam al-Baihaqi dalam kitab "asy-Syu`ab" telah mentakhrijkan daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a., katanya:- Junjungan Rasulullah s.a.w. bersabda:- "MAN QARA-A LAILATAL JUMU`ATI HAAMIIM AD-DUKHAAN WA YAASIIN ASHBAHA MAGHFURAN LAHU (Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat surah ad-Dukhan dan surah Yaasin, maka berpagi-pagilah dia dalam keadaan terampun)".
  • Al-Ashbihani meriwayatkan dengan lafaz:- "MAN QARA-A YAASIIN FI LAILATIL JUMU`ATI GHUFIRA LAHU ( Sesiapa yang membaca surah Yaasiin pada malam Jumaat, nescaya diampunkan baginya).

Maka teruskanlah beramal dengan membaca surah Yaasiin yang terlalu besar pahala dan fadhilatnya. Jadikanlah ia sebahagian wirid kamu, siang dan malam, atau setidak-tidaknya pada hari atau malam Jumaat. Janganlah kalian termakan dengan dakwaan pihak yang anti-yaasinan dan anti-tahlilan. Peganglah ajaran para ulama kita terdahulu, yang berkat mereka hidayah Islam dapat kita rasai sekarang. Penutup posting aku kali ini biar aku nak nukil wasiat Imam al-Haddad, tapi sebelum tu, kalau aku lambat nak update blog, kome bawak-bawaklah bersabo, bukan apa tugasan aku banyak dan masa hanya ada 24 jam, doakanlah kebaikan yeee.

Syaikh Ahmad bin 'Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar, murid Imam al-Haddad dalam karangannya "Tatsbitul Fuad" yang menghimpun kalam nasihat dan wasiat gurunya itu menyebut bahawa mengenai surah Yaasin, Imam al-Haddad ada berpesan dengan katanya:-

  • Surah Yaasiin dan kalimah La ilaha illa Allah adalah penawar bagi segala sesuatu. Jika engkau payah untuk menghafal (i.e. membaca) surah tersebut dengan lengkap, maka bacalah sehingga ayat ke-9. Yaasiin adalah hati al-Quran, dan bagi orang beriman surah tersebut amat besar ertinya. Bahkan jika ada orang yang sakit, yang terpelosok, yang dipermalukan, yang jatuh, yang tertimpa musibah atau yang mengharapkan kasih sayang, maka kepadanya selalu dikatakan "Hendaklah engkau membaca Yaasiin untuk mendapat lindungan Ilahi." Demikian besar dan pentingnya kedudukan Yaasiin bagi orang beriman, dan mereka sesungguhnya amat memuliakannya, bahkan hal ini berterusan sehinggalah sekarang.
Sumber : Bahrusshofa

Jawapan dari Baheis :
Di antara fadilat membaca surah Yasin ialah:

Nabi Muhammad s.a.w menyifatkan surah itu jantung al-Quran.


“Pernyataan Rasulullah s.a.w itu menyebabkan naluri hati kita ghairah membacanya dengan sempurna, secara beramai-ramai di masjid atau di surau.
“Pembacaan ini lazimnya dipimpin seorang imam atau syeikh dan dilakukan pada malam Jumaat,” katanya.

“Inilah sebahagian bentuk amalan yang sudah lama difahami, diamal dan dijadikan tradisi dalam masyarakat Melayu kita di Nusantara.

“Amalan ini banyak mendatangkan kebaikan dan mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara yang sia-sia, maksiat dan dosa.

“Pendek kata, amalan membaca Yasin umpamanya mempunyai khasiat lapan dalam satu, manakala pihak yang mencela golongan mengamalkan bacaan Yasin secara hakikatnya berada jauh dari rahmat Allah.

Surah Yasin satu daripada surah yang dimulakan dengan huruf abjad dan dinamakan dengan demikian kerana ia dimulakan dengan lafaz Yasin, termasuk dalam surah Makkiyyah dan diturunkan sesudah surah al-Jin dengan 83 ayat. Ada pendapat mengatakan ia mengandungi 82 ayat.

Amalan membaca surah Yasin mempunyai banyak kelebihan, sebagaimana diterangkan melalui hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Imam al-A’jiri menyebut satu riwayat dari Ummul Darda, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Mana-mana mayat yang dibacakan padanya surah Yasin, nescaya Allah akan mempermudahkan kematiannya.”

Abu Hurairah meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Barangsiapa yang membacakan surah Yasin pada satu malam bertujuan mencari keredaan Allah nescaya Allah akan mengampunkannya pada malam berkenaan.”

Anas bin Malik meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Setiap sesuatu mempunyai hati, hati al-Quran adalah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah akan menulis pahala membaca al-Quran baginya sebanyak 10 kali.”

Imam al-Sya’labi menyebutkan satu riwayat dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa membaca surah Yasin pada malam Jumaat nescaya dia akan diampunkan Allah.”

“Terdapat beberapa hadis menunjukkan kelebihan membaca surah tertentu di dalam al-Quran sebagaimana diisyaratkan Imam al-Nawawi dalam kitabnya Riyadh al-Solihin,” kata Zamihan.

Dalil umum ini menggalakkan umat Islam membaca mana-mana surah di dalam al-Quran. Ia turut merangkumi surah Yasin memandangkan ia satu surah di dalam al-Quran.

“Perhatikanlah kepada sanad dan matannya secara terperinci. Sekiranya dalil terbabit muncul dengan sanad yang lemah, ia dapat dijadikan hujah kerana masih ada sanad sahih menjelaskan kelebihannya.

“Manakala sanad yang daif tadi jika dihimpun dan dihubungkan dengan kesaksian yang lain nescaya ia akan mencapai taraf hasan sebagaimana diperakui oleh ulama hadis seperti Imam al-Tirmidzi dan selainnya,” katanya.

Surah ini mempunyai banyak intipati yang sepatutnya direnung dan dihayati di samping membacanya, seperti kritikan dan penjelasan sikap kaum musyrikin (ayat 7 -12, 60-68), iaitu menggesa kita mengikis hati dari sifat keji.

Turut diceritakan bukti kewujudan hari berbangkit (ayat 31-54), perbincangan mengenai ilmu, rahmat dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas (ayat 71-83) dan sifat syurga yang disediakan untuk orang beriman (ayat 55-59).

“Selepas kita memahami dan menyedari kedudukan al-Quran, kandungan surah Yasin, tuntutan, galakan dan kelebihannya, kita perlulah membina penghayatan yang mantap dalam diri kita.

“Ternyata kepada kita, amalan membaca surah Yasin bukan sesuatu yang diharamkan ataupun dihukum sesat dalam agama. Bahkan ia satu kelebihan dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhan,” katanya
.

Sumber : BAHEIS

Bacaan Tambahan :

Khamis, 25 Jun 2009

Berpuasa di Bulan Rejab



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه


Berpuasa di Bulan Rejab

Imam al-Nawawi (rahimahullah) menyebut:

“Tiada larangan dan tiada juga galakkan berhubung dengan bulan Rejab itu sendiri,
walaubagaimanapun:

• berasaskan bahawa pada prinsipnya berpuasa itu sendiri merupakan suatu amalan yang
dipuji, dan

• di dalam Sunan Abu Dawud, Rasulullah telah menggalakkan berpuasa di bulan-bulan
Haram, dan bulan Rejab adalah salah satu dari bulan-bulan Haram.

Hadith Berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab

[1]
`Uthman ibn Hakim al-Ansari berkata: "Aku bertanya Said ibn Jubair berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab, dan kami sedang berada di bulan Rejab, dan beliau berkara: “Akumendengar Ibn ‘Abbas berkata: “Rasulullah pernah berpuasa berterusan sehingga kami menyangka bahawa beliau tidak akan berbuka samasekali, dan beliau juga [ada ketikanya] tidak berpuasa berterusan sehingga kami menyangka bahawa beliau tidak berpuasa samasekali.”


.[Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Dawud dalam Kitab al-sawm, dalam bab berpuasa di bulan selain dari bulan Ramadhan, dan berpuasa di bulan Rejab].

Imam Nawawi seterusnya berkata bahawa:

"Berdasarkan hadith Said ibn Jubair dari Ibn `Abbas itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa berpuasa di bulan Rejab itu sendiri tidaklah dilarang dan tidaklah juga digalakkan secara khususnya, namun, ianya tertakluk kepada kaedah sepertimana berpuasa di bulan-bulan lain. Tiada dalil khusus yang mensabitkan secara nyata bahawa berpuasa di bulan Rejab itu dilarang mahupun digalakkan, namun berdasarkan prinsip bahawa berpuasa itu sendiri merupakan amalan perbuatan yang digalakkan dan di dalam Sunan Abu Dawud (*) menyebut bahawa Rasulullah telah menjadikan berpuasa di bulan-bulan Haram adalah amalan terpuji, maka bulan Rejab yang merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram, berpuasa di bulannya turut digalakkan. Wallahu alam.”

[Imam Nawawi, Sharh Sahih Muslim Kitab 13 Bab 34 #179]

(*) Di dalam Sunan Abu Dawud pada Kitab al-Siyam, pada Bab “Berpuasa di bulan-bulan Haram”, juga di dalam Ibn Majah dan Ahmad, di mana hadith seorang lelaki yang mengulangi kata-katanya kepada Rasulullah :
"Aku boleh menanggung lebih dari itu," dan Rasulullah akhirnya bersabda: "Berpuasalah di bulan-bulan Haram."


Ianya juga sabit bahawa Ibn `Umar berpuasa di bulan-bulan Haram. [lihat Musannaf `Abd al-Razzaq 4:293, Musannaf Ibn Abi Shayba 1:125]

[2] Abdullah, seorang hamba yang dibebaskan oleh Asma’, anak perempuan kepada Saidina Abu Bakar al-Siddiq, merupakan bapa saudara kepada anak ‘Ata melaporkan bahawa "Asma' telah mengutusku kepada Abdullah ibn `Umar dan berkata: "Telah sampai kepadaku bahawa kau mengharamkan tiga perkara: jubah berjalur, kain pelana diperbuat dari sutera merah dan berpuasa penuh di bulan Rejab.” Abdullah menjawab: "Adapun berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab, bagaimana pula kiranya seseorang itu berpuasa sepanjang waktu? Adapun berhubung dengan pakaian berjalur, aku mendengar `Umar ibn al-Khattab berkara bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang memakai pakaian diperbuat dari sutera, tiada baginya saham buatnya di Hari Akhirat kelak." Dan aku khuatir jalur juga termasuk sebahagian darinya.

Adapun berhubung dengan kain pelana merah, nah! ini adalah kain pelana Abdullah dan ianya adalah merah. Aku kembali kepada Asma’ dan memaklumkan kepada beliau, lalu beliau berkata: "Nah! Ini adalah jubah Rasulullah ," dan beliau keluarkan dan tunjukkan kepadaku jubah yang diperbuat dari kain Parsi dengan dihiasi dari jalur-jalur sutera, dengan bahagian hujung tangan jubah itu juga dihiasi sutera dan berkata: "Ini adalah jubah Rasululah bersama `A'ishah sehingga beliau (Aishah) meninggal dunia, kemudiannya aku memilikinya. Rasulullah pernah memakainya dan kami membasuhnya kepada orang sakit supaya mereka dapat disembuhkan dengan sebabnya."

[Diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitab al-Libas]

Imam Nawawi seterusnya berkata:
"`Jawapan Ibn Umar di atas berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab itu adalah merupakan penafian beliau terhadap apa yang didengari oleh Asma’ kononnya beliau mengharamkannya, dan penegasan beliau bahawa beliau berpuasa penuh di bulan Rejab dan juga berpuasa sepanjang waktu, kecuali pada Hari Raya dan Tashriq. Ini adalah mazhab beliau dan mazhab bapanya, Saidina`Umar ibn al-Khattab, `A'isyah, Abu Talhah, dan lain-lain di kalangan Salaf, begitu juga Imam Shafi`e dan lain-lain. Pendirian mereka ialah puasa secara berterusan itu bukan sesuatu yang makruh.

[Pandangan lain Ibn ‘Umar melalui hadith diriwayatkan Ahmad di dalam kitabnya "al-Mughni" 3:167, di mana beliau tidak menggalakkan berpuasa sepenuhnya di bulan Rejab, tetapi berkata:

“Berpuasalah sebahagiannya, dan berbukalah sebahagiannya.”

* * * * *

Imam Nawawi seterusnya menambah:
"Hadith ini adalah dalil bahawa digalakkan mengambil berkat dari barang peninggalan dan pakaian para solehin. (wa fi hadha al-hadith dalil `ala istihbab al-tabarruk bi āthār al-salihīn wa thiyābihim)."

[Sharh sahih Muslim Kitab 37 Bab 2 #10]

[3] Bayhaqi meriwayatkan dalam Shu`ab al-iman (#3802):
Abu Abdallah al-Hafiz dan Abu Muhammad ibn Abi Hamid al-Muqri telah berkata:
dari Abu al-`Abbas al-Asamm, dari Ibrahim ibn Sulayman al-Barlisi, dari Abdallah ibn Yusuf,
dari`Amer ibn Shibl, yang berkata: "Aku mendengar Abu Qilabah berkata:

"Di sana ada suatu tempat di Syurga untuk mereka yang berpuasa di bulan Rejab.”


Imam Bayhaqi seterusnya menambah:
"Walaupun ianya mawquf setakat Abu Qilabah (tidak sampai kepada Rasulullah), yang merupakan salah seorang Tabi’in, dia sesungguhnyya tidak mengucapkan sedemikian itu melainkan pernah mendengarnya dari orang yang pernah mendengar orang yang diturunkan kepadanya wahyu (iaitu Rasulullah ), dan kejayaan itu adalah dari Allah jua."

Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah , kaum keluarga Baginda dan para Sahabat Baginda.

"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"

GF Haddad ©

-Siap diterjemahkan dengan izin Sheikh Gibril Fuoad Haddad oleh Abu Afaf pada hari ini, 27/07/2006, bersamaan 2 Rejab 1427 di Edinburgh, Scotland-

Diambil;

http://www.mindamadani.my/content/view/164/4/

Rabu, 24 Jun 2009

AGAMA KRISTIAN ; PERTEMBUNGAN DI ANTARA KEPENTINGAN DIRI

Penulis : Almukminun

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه


Catatan tersebut dicatit penulis pada 20 Syaaban 1428H / 2 Sepetember 2007. Bertempat di Markas Angkatan Belia Islam Malaysia Sarawak (ABIM), Taman Seri Wangi. Berdasarkan perbincangan penulis bersama Mantan Paderi Malaysia Reverent Anthony.


ALHAMDULILLAH, penulis mendapat tarbiyyah beserta ingatan langsung daripada ALLAH SWT melalui kesempatan menghadiri usrah pimpinan PKPIM yang berlangsung pada 14 Mei 2009 lalu. Melalui pembentangan sesi usrah oleh Saudara Timbalan Presiden PKPIM, penulis tergerak untuk mengetengahkan perkongsian pengalaman yang penulis kutip hasil pentarbiyahan rohani ketika berada di bumi bertuah Sarawak.


.......................................................................................................................


AGAMA KRISTIAN ; PERTEMBUNGAN DI ANTARA KEPENTINGAN DIRI


Beliau dikenali sebagai Reverent Anthony dan merupakan seorang berbangsa India. Setelah ALLAH SWT mencampakkan hidayahnya maka nama beliau bertukar kepada Tuan Haji Ayub Abdul Rahman pada tanggal 4 September 1978. Beliau pernah tinggal di Jerman bagi melengkapkan ilmu kerahiban serta menguasai dengan lancar bahasa Jerman.


Bahkan, Reverent Anthony menyatakan beliau amat fasih dalam beberapa bahasa utama dunia termasuk Latin disebabkan sistem latihan terancang agama Kristian.


Menurut beliau lagi, konsep Kristian amat jelas mengenai bayi yang lahir akan mewarisi dosa warisan. “Bukti” kepada mereka ialah apabila Nabi Adam dan Hawa makan buah larangan daripada ALLAH SWT. Lalu, setiap yang lahir akan mewarisi apa yang ada daripada yang melahirkan.


Hari ini, kalangan penganut agama Kristian hanya membaca Kitab Bible daripada New Testment disebabkan Kitab Bible Old Testment amat jarang ditemui apatah lagi dalam keadaan yang asli.


Melalui Kitab Bible Old Testment ada dinyatakan rahsia-rahsia yang terus disembunyikan berkenaan utusan Rasul akhir zaman, Sayyiddinna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam. INSYAALLAH, akan penulis kongsikan nanti.


Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Agama Kristian baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara.


Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada istilah yang disebut Kristian.


TIGA TUHAN


Apabila ditanya mengapa ada tiga tuhan yang diimani di dalam agama Katholik. Sepantas itu juga paderi-paderi senior akan melarang soalan tersebut untuk ditanya. Di dalam agama Kristian Katholik sendiri, mereka yakin bahawa wujudnya “God Father”, “God of Son (Jesus)” dan “God of Holly Ghost”.


Menurut Tuan Haji Ayub Abdul Rahman, istilah-istilah ketuhanan ini menunjukkan bahawa tuhan bagi penganut krsitian bagaikan sebuah keluarga. Digambarkan rupa tuhan mereka, dinyatakan nama-nama mereka serta sifat-sifat yang dimiki.


TENTERA KRISTUS


Beliau menambah lagi, bakal-bakal paderi yang dipilih sentiasa dibakar semangat mereka, bahawa mereka adalah tentera-tentera kristus. Mereka akan menjadi mata dan telinga kepada tuhan.


Merekalah yang bakal memimpin tentera-tentera lain ketika hampirnya Armageddon, (peperangan di antara tuhan dan syaitan) sebuah peperangan yang diyakini oleh penganut kristian akan berlaku sebagai pemutus kebangkitan hak dan menewaskan batil.


Armageddon, diambil daripada perkataan Hebrew har megiddōn yang bermaksud Pergunungan Megiddo di negara haram israel. Pergunungan ini dikatakan pernah bermandi darah dalam tiga perperangan klasik dan suci semenjak kurun ke 15 hingga 1918 (Perperangan di antara Empayar Uthmaniyyah dan British).


Tuan Haji Ayub menambah, beliau ditempatkan di negara Switzerland bagi meneruskan pengajian beliau sebagai bakal paderi. Di sebuah gereja yang dikenali sebagai Order of St. Benedict, Tuan Haji Ayub ditempatkan. Menurut beliau, gereja tersebut sangat indah dengan berlatarbelakangkan gunung-gunung menghijau di Switzerland.


PEMBAHAGIAN STRUKTUR KELAS dan RUKUN


Di dalam institusi gereja, berlaku pembahagian kelas manusia. Priest (mempunyai kuasa dalam pelaksanaan ritual-ritual kristian) merupakan pemegang hieraki tertinggi. Mereka yang bergelar Priest, boleh terdiri daripada salasilah keluarga atau lantikan. Priest, mestilah tidak berkahwin.


Kelas kedua ialah untuk rahib, hanya kerana mereka wanita, maka mereka tidak boleh diletakkan di tempat kelas pertama. Manakala, kelas ketiga ialah untuk orang kristian katholik sahaja, agama lain tidak boleh diletakkan sebaris dengan mereka.


Terdapat sumpah yang perlu dipegang sehingga mati oleh para paderi. Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-


i). Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian Mereka mesti dibaptiskan air suci.

ii). Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi

iii) Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)

iv) Ekaristi Minyak Suci - air suci

v). Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma

vi). Ekaristi Imaman – menjadi paderi

vii). Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)


KEPINCANGAN


Penulis ingin berkongsi perihal rukun yang kedua iaitu Ekaristi Maha Kudus, bermaksud memakan tubuh Tuhan (Nabi Isa).


Penulis katakan pada sahabat-sahabat beragama kristian sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula ulama Kristian boleh makan tubuh tuhan?.


Penulis jelaskan kepada mereka, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan.


Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain.


Menurut Tuan Haji Ayub lagi, beliau merupakan di antara pelajar yang cerdik lalu ditempatkan di Cathedral of Cologne, Jerman. Ia merupakan di antara gereja paling cantik di dalam dunia. Beliau menambah, sistem organisasi Kristian dunia amat terancang.


Namun, tetap pincang! Cardinal merupakan jawatan kedua tertinggi selepas Pope. Mereka disediakan dengan pelbagai kemudahan sperti rumah, kenderaan-kenderaan mewah seperti Mercedes dan BWM yang akan sentiasa ditukar mengikut edisi terbaru. Mereka tidak akan memakai pakaian sebagaimana manusia kebanyakkan.


Kepincangan seterusnya, ialah seorang paderi boleh mengikut budi bicaranya tidak memaafkan dosa yang dilakukan berulang kali oleh seseorang. Seolah-olah dia berfungsi sebagaimana tuhan.


Tanggapan ini disokong bahawa paderi adalah lantikan langsung daripada Jesus Christ. Jesus Christ suci daripada dosa, lalu paderi juga adalah suci daripada dosa.


Persoalannya, jika ibu bapa paderi tersebut melakukan dosa, sedangkan paderi tersebut lahir daripada keduanya. Adakah layak untuk diampunkan dosa kedua ibu bapanya disebabkan perbezaan anak dan ibu bapa? Bagaimana pula seandainya paderi sendiri melakukan dosa? Siapa pula yang akan mengampunkan dosa mereka.


ISRA’ MIKRAJ di DALAM BIBLE


Di dalam Book of Malakhi (Bab 2 ; 1) ada dinyatakan perihal seorang Nabi yang datang secara tiba-tiba. Dia angkat jasadnya ke langit dengan menaiki haiwan tunggangan. Kemudian diturunkan bagi menyampaikan berita kenabian.


Andai ini ditujukan kepada Jesus Christ, dimanakah pembuktian melalui kalam Old Testement apatah lagi daripada New Testement?


RASULULLAH SHOLLALLAHU ALAIHI WASSALAM DI DALAM BIBLE


Manakala di dalam Book of Hagai (Bab 2 ; 7), ada disebut perihal Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam.


Namun, ini semua disembunyikan dengan hilangnya Bible asli (Injil). Gelar yang tercatat di dalam INJIL ialah Muhammad atau Ahmad telah ditukar kepada (HIM), iaitu diterjemahkan oleh para pembohong agama kristian sebagai merujuk kepada Jesus Christ.


MARYAM ; RATU SYURGA


Mereka mengakui Jesus Christ mempunyai ibu bernama Marry (Maryam). Walaubagaimanapun, tidak dicatatkan di dalam Old Testement perihal Saidatina Maryam sebagai Ratu Syurga.


Justeru, persoalan masih berbekas tanpa jawaban perihal kebenaran ajaran kristian pada hari ini.


Manakala bagi kristian ortodoks, mereka sama dengan mazhab katholik namun tidak mengiktiraf Pope sebagai ketua krstian di seluruh dunia.


Prof. Dr. Carl Runner merupakan penulis buku teks The Divinity of Jesus Christ, yang wajib dibaca oleh bakal-bakal paderi di seluruh dunia. Hasil tulisan beliau telah diterjemah kepada 140 bahasa.


Ini membuktikan bahawa beliau bukan calang-calang orang di dalam agama kristian. Walaubagaimanapun, beliau menyatakan semakin keliru dengan kewujudan istilah trinity dan Jesus Christ sebagai anak tuhan.


RENUNGI


Justeru, pembuktian-pembuktian ini lahirnya daripada seorang mantan paderi kristian katholik yang menghambakan dirinya di dalam agama kristian.


Sifat culas dalam mendalami Islam perlu digantikan segera dengan keinginan mendalami ilmu. Hanya dengan ini benteng akidah dapat dipertahan tanpa ragu.


Jika di zaman penjajahan Inggeris, Portugis masyarakat Melayu tidak tergugat akidah untuk berlaku murtad, tetapi mengapa di zaman kini dimana pemimpinnya adalah Islam.


Namun, gejala murtad bagai dipandang ringan. Lebih parah lagi, aktiviti takfir, menghukum bid’ah lalu sesat dan masuk neraka semakin menjadi.


Terbukti, penghancur Islam bukan di kalangan orientalis semata, tetapi turut disumbang oleh golongan yang mendaulatkan Islam demi kepentingan diri serta jauh daripada pelaksanaan hikmah.


Ramai manusia yang murtad daripada Islam di luar sana terpikat dengan agama kristian disebabkan akhlak pembawa-pembawa agama tersebut. Mereka menang disebabkan akhlak, dan itulah yang dijadikan tajuk khas pembelajaran mereka dalam menarik dan memurtadkan masyarakat Islam khasnya Melayu.


Jika ada yang bertanya mengapa muslim keluar daripada Islam? Ini disebabkan suasana keluarga Islam telah gelap tanpa amalan solat bersama, mengaji dan membaca makna.


Apatah lagi dengan meringankan langkah mendalami ilmu agama. Hanya yang ada di kalangan pemimpin keluarga Islam hari ini ialah bagaimana untuk menambah mewah harta, atau memastikan anak-anak yang dikasihi mencatat “A” bagi mata pelajaran akademik. Agama hanya dipandang sebagai adat kebiasaan hingga mati di dalam hati nurani.



KESIMPULAN


Islam merupakan agama yang terakhir. Di dalamnya mengandungi panduan yang paling sempurna dan menyeluruh, dalam membimbing umat manusia.


Ia hadir dalam rangka untuk memansuhkan agama-agama samawi terdahulu, dan membetulkan kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam ajaran yang dinisbahkan kepada ALLAH SWT, seperti Yahudi dan Kristianiti, yang pada hakikatnya merupakan suatu himpunan ajaran-ajaran rekaan para agamawan mereka sendiri.


AlLLAH SWT berfirman dalam menyeru kepada konsep aqidah yang sebenar:


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".

[Surah Ali Imran: 64]


Wallahu’alam


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم أجمعين، والحمد لله رب العالمين


Al-Haqir ila ALLAH AL-GHANIY:

Almukminun

24 Jamadil Awwal 1430H

Sumber : Http://almukminun.blogspot.com

Isnin, 22 Jun 2009

Perbincangan Tentang Hadith Dhoief Bab 3 (Akhir)

Ulama Sufi dan Hadith Dhoief

Mudah-mudahan para saudara kita di kalangan penulis dan pembimbing selepas ini mengambil sikap warak (berhati-hati) daripada menghamburkan pandangan secara pukul rata sehingga sampai menganggap palsu terhadap hadith-hadith dhoief. Seolah-olahnya hadith dhoief itu tidak boleh diambil manfaat, tidak perlu dihormati dan tidak boleh dinukilkan dan tidak boleh langsung berjinak-jinak dengan lafaz dan pengertiannya.

Kemungkaran yang paling teruk ialah apabila kemelut yang dihadapi oleh saudara-saudara kita ini tidak berkurangan sampaikan mereka sanggup mempertikaikan orang-orang Sufi hanya kerana berpegang kepada hadith dhoief, walaupun dalam hal-hal yang disepakati oleh para ulama hadith timur dan barat bahawa hadith dhoief sunat diamalkan. Di kalangan ulama-ulama sufi tidak kurang ramainya mereka yang terdiri dari kalangan ulama besar dalam bidang hadith.

Ibn Abdul Barr berkata :
Hadith-hadith yang berkaitan dengan fadhilat-fadhilat, maka kami tidak perlukan orang yang layak untuk dijadikan hujjah.


Ibn Mahdi menyebutkan dalam kitab al Madkhal :

Apabila kami meriwayatkan daripada Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam tentang halal haram dan hukum-hakam, maka kami akan memperketatkan sanad-sanadnya dan kami akan membuat kritikan (pemeriksaan) terhadap rijalnya (nama-nama perawi yang terdapat dalam sanad). Tetapi apabila kami meriwayatkan hal-hal yang berkaitan fadhilat, ganjaran pahala dan seksa, maka kami mempermudahkan sanad-sanadnya dan kami ebrtolak ansur dengan rijalnya.


Imam al Ramli menyebutkan :

Hadith-hadith yang terlalu dhoief (iaitu hadith yang dinamakan al wahiah) apabila sebahagiannya bergabung dengan sebahagian yang lain, maka ia boleh dijadikan hujjah dalam bab ini (iaitu bab fadhilat, perkara yang menambat hati, nasihat, ketatasusilaan, sejarah dan seumpamanya).
Berdasarkan inilah maka al Mundziri dan para pentahqiq yang lain mengumpulkan hadith-hadith terbabit dalam kitab al Targhib wa al Tarhib (menggemar dan membimbangkan).

Pendekatan yang diambil oleh golongan terdahulu yang membuat pengkhususan dalam bidang hadith ini samalah dengan pendekatan yang diambil oleh sesetengah fuqaha' dan ulama tasawuuf. Dan dengan pendekatan inilah kami berpegang. Dalam matan hadith dhoeif kita banyak menemui hukum-hakam, ilmu pengetahuan, perkara yang menambat hati, dan adab yang kesemuanya ada kaitan dengan wahyu kenabian. Ilmu pengetehuan itu adalah barang orang Mukmin yang hilang.

Inilah pendekatan yang diambil oleh ulama terdahulu seperti at Thauri, Ibn Uyainah, Ibn Hanbal, Ibn al Mubarak, Ibn Mahdi, Ibn Mu'in dan al Nawawi. Ibn 'Adiy meletakkan satu bab berkaitan hal ini (penerimaan hadith dhoief) dalam kitabnya yang berjudul al Kamil. Begitu juga yang dilakukan oleh al Khatib dalam kitab al Kifayah.

Pada masa kini kita dapat melihat (amat mendukacitakan) ada golongan yang menolak hadith-hadith al Bukhari kerana tidak sejajar dengan kefahaman yang dipeganginya, dan tidak bersesuaian dengan kecenderungan atas nama menolong sunnah.

Malah ada orang yang menulis buku berkaitan hal ini sedangkan dia bukan orang yang berkelayakan. Ada puluhan musuh-musuh Islam yang membantunya untuk mencetak buku berkenaan dan mengagihkan secara percuma di merata-rata tempat walau pun menelan kos yang besar yang didorong oleh kepentingan mendapatkan keuntungan material dan niat yang buruk.

Kalau tidak dengan rahmat ALlah, dan langkah-langkah yang diambil oleh Majalah Muslim (iaitu majalah yang diasaskan oleh penulis) dan sesetengah ulama hadith (untuk menangkis usaha tersebut), nescaya akan menyebabkan timbul keraguan terhadap semua hadith yang diriwayatkan oleh al Bukhari, apatah lagi riwayat oleh imam-imam hadith yang lain.

Tentunya (jika tidak ada usaha yang diambil oleh sesetengah ulama dalam menangkis golongan terbabit) maka sunnah Nabi yang telah sabit secara ilmiyah terdedah kepada fitnah (semoga ALlah melindunginya) yang ditimbulkan oleh golongan yang mendakwa sebagai penegak sunnah, kononnya mereka yang lebih mengetahui daripada orang lain tentang ilmu sunnah.

Al Nasa'ie telah mengeluarkan nama-nama perawi yang ditidak diketepikan begitu sahaja, iaitu nama perawi yang sesuatu hadith itu hanya bersumberkan daripadanya, asalkan jangan dia dikenal pasti sebagai seorang pembohong.

Apa yang berlaku kepada kami (iaitu hadith-hadith yang diamalkan oleh kami) yang diriwayatkan oleh tokoh-tokoh besar sufi tidak terdapat di dalam sanadnya perawi yang pembohong. Cukuplah ini sebagai dalil keharusan beramal dengan hadith yang dhoief pada tempatnya. Dan inilah pendirian yang diambil oleh ulama-ulama tasawwuf.

Kami memohon keampunan kepada ALlah dan bertaubat kepadaNya. Dialah jua yang memberikan taufiq dan tempat untuk meminta pertolongan.

Sumber : As Shiekh al Hafiz Abu al Fadl AbduLlah al Siddiq al Ghumari, Makna Sebenar Bid'ah Satu Penjelasan Rapi, Cetakan 2007, Middle East Global (M) Sdn. Bhd, Selangor.