CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Sabtu, 25 April 2009

Terima Kasih Imam Al Ghazali



















Aku melihat seorang lelaki dan kalimatnya, maka aku melihatnya seorang lelaki dari ahli ilmu, sungguh telah bangkit keutamaan-keutamaannya. Dan dia menghimpun padanya aqal dan kefahaman, dan menerapkan ilmu-ilmu sepanjang hidupnya
(Al Allamah at Thathusyi)

Hujjatul Islam Imam al Ghazali telah meninggalkan banyak sumbangan kepada umat Islam bahkan kitabnya diteliti oleh ulamak-ulamak Islam. Di dalam mengkaji persoalan jiwa dan bagaimana cara penyelesaiannya telah dibahas. Ilmunya juga telah dijadikan rujukan oleh ahli psikologi dan secara tidak langsung telah mengangkat dirinya antara ahli psikologi yang hebat di dalam bidang ilmu jiwa.

Terima kasih Imam al Ghazali kerana menyampaikan ilmu. Sekurang-kurangnya diri ini tahu tidak bergantung harap kepada psikologi barat yang atheis, menggunakan haiwan untuk mengenal sikap manusia, dan menilai kepada graf untuk menentukan manusia yang normal dan abnormal. Lalu jadilah manusia itu dihukum melalui soalan-soalan objektif, jawapan yang diberi setelah menilai melalui lukisan dan gambar. Sedangkan hasil penilaian yang didapati jauh dari hakikat personaliti individu yang sebenar.

Persoalan dari Imam al Ghazali untuk diri kita menjawabnya :

1. Mengapa anda mengabaikan suruhan ALLah?

2. Sekiranya anda beriman dengan Hari Akhirat, mengapa tidak bersedia membekalkan diri ke sana? malah anda tukarkan Akhirat dengan dunia?

3. Teliti baik-baik dan cari sebab-sebab dan di manakah puncanya yang menjadikan anda memendamkan kufur di lubuk jiwa?

Kufur di jiwa menurut beliau adalah sikap berani melakukan apa sahaja(kekufuran) dengan terang-terangan. Walaupun tidak terang-terangan mengisytiharkan diri kufur kepada masyarakat. Tetapi individu itu bertopengkan iman dan pura-pura hormat kepada hukum syarak. Mengaku peraturan ALlah adalah yang paling benar, tetapi berat melaksanakannya..

ALLahu ALLah.. Ya ALlah, rahmati para ulamak yang ikhlas menyampaikan ilmunya. Sehingga kini dikenang orang, ilmu yang diberikan menjadi penyejuk jiwa dan bergemerlapan sepanjang zaman..Aminnn

Sumber rujukan :

1. Yatimah Sarmani, Mohd Tajudin Ninggal, Teori Kaunseling Al Ghazali, 2008, Pts Publications, Selangor

2. Shaleh Ahmad Asy Syami, Biografi Imam Al Ghazali, Hujjatul Islam dan Pembaru Kurun Ke 5, Cet Pertama 2004, Jasmin Enterprise, Kuala Lumpur

Penulis : IbnuNafis

Susahnya Jadi Perempuan, Payahnya Jadi Lelaki

Ada orang mengatakan alangkah susahnya menjadi perempuan. Banyak benar kekangan, sedari kecil tidak boleh hidup bebas. Pergerakannya diperhatikan orang tua. Gerak gerinya menjadi bualan. Hinggalah ada juga yang memberontak jiwanya, ingin keluar dari kepompong sehinggalah dibuang sifat-sifat kewanitaannya untuk menyamai lelaki. Yang jauh dari itu mempersoalkan taqdir yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Lalu ia melanggar naluri dan fitrah seorang wanita.

Wanita perlu pula menutup auratnya dengan sempurna. Maklumlah aurat yang rata-rata difahami hanya sekadar menutup rambut sudah memadai katanya sedangkan ia jauh dari itu. Tutur katanya juga perlulah dijaga agar tidak timbul perasaan jahat di hati lelaki. Hinggalah terbit dari hati "Wahai, sukarnya menjadi seorang wanita"

Rupanya apabila Islam telah menyebarkan sinarnya pada zaman Jahiliyyah yang menzalimi wanita dan anak-anak perempuan maka tinggilah martabat kemuliaan wanita. Sehinggalah di dalam al Quran terdapat surah An Nisa' iaitu surah wanita dan Islam amat menjaga wanita serta ditunjukkan hak-hak yang perlu diberi kepada kaum hawa ini.

Wahai wanita, janganlah hendaknya dirimu dibiarkan rosak oleh kaum Adam yang jahat perangainya, dipergunakan untuk mendapatkan keuntungan. Lihat sahajalah di setiap iklan di dalam media massa, bukan barangan yang menjadi tontonan. Tetapi di sebaliknya wanita yang berada di sisinya, maka larislah barangan disebabkan wanita dipergunakan setiap mahkota yang ada padanya. Alangkah harubirunya dunia ini apabila pemudinya rosak akhlaknya. Bila tiada kekuatan aqidah dan pendidikan agama, walau seorang profesional sekalipun tidaklah lepas dari jatuh ke lembah kehinaan jika tiada cinta kepada ALlah.

Wanita Kebanggaan Islam

Wanita jika yang dibentuk dirinya dengan acuan yang betul, lahirlah serikandi Islam sebagaimana Aisyah radiyaLlahu 'anha, lahirlah anak yang taat kepada ibu dan ayahnya sebagaimana Asma' binti Abu Bakar yang digelar zatun nitaqoin membawa bekal, memanjat sehingga ke pintu gua untuk memberi bekalan kepada 2 orang kekasih ALLah iaitu ayahnya sendiri Saidina Abu Bakar As Siddiq dan junjungan besar Nabi Muhammad SallaLLahu 'alaihi wasallam. Alangkah bahagianya apabila ada pendorong di dalam hidup, pendokong ketika dalam kesusahan dan kesedihan, menjadi teman seperjalanan menemani hayat sebagaimana Ummul Mukminin Saidatina Khadijah binti Khuwailid. Tentunya menjadi ibu kebanggaan para pencinta Islam sebagaimana Ummu Habibah (gelaran bagi Ramlah binti Abu Sufyan), walau ditimpa ujian bertalu-talu, dipaksa untuk murtad oleh ayahnya ketika ia memeluk Islam. Ditambahi pula dengan karenah suaminya yang telah berpaling dari Islam dengan memeluk agama Kristian, beliau rela berpisah kerana cintanya kepada ALlah melebihi segala-galanya dan tinggilah darjatnya apabila dilamar oleh RasuluLlah untuk menjadi teman hidupnya. Balasan untuk orang yang sabar dan gigih di dalam agama ALlah.

Jika diselusuri sejarah, ramainya tokoh-tokoh wanita Muslimah yang memberi sumbangan besar di dalam dunia Islam. Fatimah binti Sa'ad al Khair al Ansari al Andalusi, lahirnya di China pada tahun 522 Hijrah. Mengajar di Kaherah dan Damsyiq dan ramai tokoh yang mengambil hadith darinya seperti al Hafiz al Munziri. Siti Zubaidah, isteri Khalifah Harun al Rasyid telah membelanjakan sebahagian besar hartanya untuk memperkuatkan kubu pertahanan dan kawasan sempadan. Jasanya dalam menampungi saluran air yang dibina dari Baghdad hinggalah ke Mekah untuk jemaah haji sehinggalah saluran air ini dikenali sebagai "Ain Zubaidah" (Mata Air Zubaidah). Lihatlah perkataannya - apabila dibentangkan kepadanya kos perbelanjaan saluran itu, beliau telah mencampakkan bil perbelanjaan itu ke dalam sungai sambil berkata : "Kami tinggalkan hitungannya untuk Hari Perhitungan". ALLahu... ALlah..

Kitalah Lelaki Itu

Ada orang mengatakan payahnya menjadi lelaki. Besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul untuk meneruskan kehidupan. Maklumlah di zaman ini, besarlah cabaran bagi seorang lelaki yang dipenuhi dengan tribulasinya. Kita diuji dengan penglihatan yang menggoda iman, patutlah ALlah menyuruh kita di dalam firmanNya yang bererti :

" Katakanlah kepada orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya."
( An-Nur : 30-31 )


Berapa ramai yang telah kalah di dalam menjaga pandangan dan kemaluannya ?...

Suami diuji dengan isteri, harta, anak-anak. Orang lelaki perlu bekerja mencari rezeki dan bukannya duduk goyang kaki. Orang lelaki perlu kuat pegangan agamanya, tahu menjadi imam, mempunyai daya kepimpinan, membuat keputusan yang betul. Kita tetaplah lelaki untuk meneruskan perjalanan di bumi ALLah ini, tidak mudah mengalah, berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik dan memperbaiki diri. Begitulah, hidup orang yang beriman, kesusahan itu sebenarnya adalah hiburan, ujian itu menambahkan cinta kepada ALlah. Kita selusuri kembali dari kacamata sirah siapakah lelaki sejati yang menjadi tauladan umat ini.

Lelaki Sejati Perlu Mencontohi Mereka

Agungnya akhlaqmu ya RasuluLLah menjadi suri tauladan sepanjang zaman. Tarbiah dan didikanmu kepada para sahabat melahirkan Abu Bakar yang sikapnya lemah lembut tetapi tegas di dalam menjalankan hukum ALLah. Menjadikan Saidina Umar berani di hadapan para kafir Musyrikin serta besar jasa-jasanya dalam menyebarkan dakwah Islam dan diteruskan kegemilangannya oleh Saidina Uthman dan Saidina Ali radiyaLlahu 'anhum. Begitulah seorang dari seorang sahabat yang amat memusuhi Islam akhirnya menjadi panglima Islam yang berani sebagaimana Khalid bin Al Walid. Adakah kesusahan, kesulitan menjadikan mereka cengeng dan berundur dari melaksanakan tugas sebagai hamba ALlah?

Siapakah yang tidak kenal seorang hamba yang berkulit gelap berbangsa Habsyi yang upahnya setiap hari adalah dua genggam kurma. Tetapi putih bersih hatinya, kebal imannya dari dicarik dan dirosakkan oleh ketulan batu yang menghempap dirinya. Beliaulah muazzin ar Rasul (tukang azan RasuluLlah), pelopor kebebasan peribadi walaupun zahirnya diikat sebagai hamba kepada Muawiyah bin Khalaf, namun jiwanya bebas hanya untuk menyembah ALlah sehinggalah ia benar-benar bebas dimerdekakan oleh sahabat yang mulia hatinya iaitu Saidina Abu Bakar radiyaLLahu 'anhu. Lelaki sejati inilah yang berjuang di barisan hadapan di dalam siri-siri peperangan ketika bersama RasuluLLah dan berjaya membunuh Umaiyah bin Khalaf semasa peperangan Badar al Kubra.

Kentalnya jiwa Urwah bin Zubair seorang ahli fiqh yang terbesar. Menurut ceritanya sebelah kakinya mendapat penyakit yang menyebabkan para doktor memutuskan ia perlu dipotong agar tidak merebak sehingga ke betis dan seluruh tubuhnya. Lalu beliau disuruh untuk meminum satu minuman yang boleh menghilangkan kewarasan akalnya supaya dia tidak merasa sakit. Lalu beliau berkata
"Aku tidak mengira, bahawa seorang yang beriman kepada ALlah akan mahu minum sesuatu yang dapat menghilangkan akalnya, sehingga dia tidak mengenal dan ingat la akan Tuhannya. Biarlah kakiku ini dipotong"
Lalu dipotong pada lututnya. Dia diam sahaja, tidak berkata apa dan tidak mengeluh atau merintih barang sedikitpun.

Selanjutnya qadar ALlah telah pun tertulis, untuk menguji iman lelaki sejati ini. Di malam hari kakinya dipotong itu terjatuh pula putera kesayangannya dari tingkat atas rumah lalu meninggal ketika itu juga. Kawan-kawannya pun datang mengucapkan takziah (menyatakan turut rasa duka cita). Urwah bin Zubair mengucapkan :
"Ya ALlah! Pujian untuk Engkau. Anakku tujuh orang, lalu Engkau ambil satu, dan tinggal enam orang. Kaki tanganku ada empat, lalu Engkau ambil satu dan masih tinggal tiga. Kalau Engkau yang memberikan cubaan, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan (menyembuhkan)"
ALLahu...ALlah...

Tugas Kita Sebagai HambaNya

Di antara rasa susah dan payahnya menjadi perempuan dan lelaki. Maka perlu bertanya juga di dalam hati, sudahkah kita mensyukuri nikmat yang ALlah telah beri selama menjadi perempuan dan lelaki? Wanita dan lelaki yang beriman tetaplah perlu bergandingan bantu membantu di dalam perjuangan diri, keluarga dan masyarakat ke jalan ALlah. Mengajak ke arah kebaikan, menegur kemungkaran bukan tugas 'seseorang'. Lupakah kita firmanNya yang bererti :

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah at Taubah : Ayat 71)

Ya saudaraku sekalian, bukan bergandingan bahu membuat maksiat atau penzinaan tetapi bahu membahu di dalam meninggalkan larangan dan mengerjakan taat kepada ALlah..

Sumber rujukan :

1. Muhammad al Ghazali, Warisan Pemikiran Islam Menurut Syara' dan Rasional, 2003, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Malaysia
2. Dr Yusuf al Qardawi, Iman Dan Kehidupan, 1985, Dewan Pustaka Fajar, Selangor
3. Pendidikan Akhlaq Darjah Enam, 1998, Jabatan Agama Johor, Synergymate

Penulis : IbnuNafis

Hukum Dan Bahaya Riba'

Assamualaikum Warahmatullah.

Alhamdulillah. Syukur saya panjatkan ke hadrat Allah Taala kerana artikel saya telah disiarkan oleh akhabr Harian pada 24 April 2008 (Jumaat). Artikel bertajuk Pemberi, Penerima Riba Umpama Binatang Buas telah dikeluarkan di bahagian Agama akhbar Berita Harian. Di sini saya letakkan artikel asalnya bertajuk Bahaya Riba untuk paparan sahabat-sahabat semua. Semoga mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

BAHAYA RIBA

Firman Allah Taala bermaksud:

Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukkan syaitan lantaran (terkena) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

(Surah al-Baqarah: Ayat 275).

Menurut para ulama, riba ialah kontrak yang dimenterai sebagai pertukaran barangan tertentu tetapi pada ketika kontrak dimeterai, pertukaran ini tidak diketahui kesamataraannya menurut ukuran syarak ataupun penyerahan salah satu atau kedua-dua barangan tersebut dilewatkan. Adapun Riba yang diharamkan ini ada dua jenis iaitu: Riba Nasiah dan Riba Fadl.

1. Riba Nasiah bermaksud: Riba dengan penundaan pembayaran. Riba ini juga boleh dinamakan dengan Riba Ajal.

2. Riba Fadhl pula bermaksud: Riba dengan melebihkan atau menambah sesuatu. Manakala mazhab Shafie menambah Riba Yad yang bermaksud: Riba dengan penangguhan penyerahan.

Firman Allah Taala bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat kali ganda.

(Surah Ali-Imran: Ayat 130).

Fokus saya pada tulisan ini bukanlah untuk menerangkan hukum riba kerana saya pasti bahawa semua orang sudah sedia maklum bahawa riba hukumnya adalah haram. Namun penulisan ini saya ingin fokuskan mengenai bahaya-bahaya dan kesan buruk pengambilan dan pengamalan riba terhadap individu, masyarakat dan negara. Islam mengharamkan riba dan menyatakan riba sebagai kejahatan terbesar dan dosa terberat yang dilakukan oleh manusia. Rasulullah S.A.W. juga melaknat setiap orang yang terlibat dalam riba ini.

Firman Allah Taala bermaksud:

Maka jika kamu tidak mengejakan (meninggalkan riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan rasulNya menyatakan perang terhadap kalian.

(Surah al-Baqarah: Ayat 279).

Dari Jabir R.A. berkata bermaksud:

Rasulullah S.A.W. telah melaknat pemakan riba, orang yang memberikan riba, orang yang menjadi penulisnya dan saksi-saksinya. Kemudian Rasulullah S.A.W. mengatakan: Mereka semua adalah sama.

(Riwayat Muslim, Nasai, Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Hibban).

Di antara kesan buruk riba terhadap individu adalah melahirkan individu bersikap ego. Pelaku riba hanya mengutamakan kepentingan peribadi dan memikirkan perihal diri sendiri sahaja. Sikap ego ini akan menghilangkan semangat pengorbanan dalam mendahulukan orang lain serta akan lenyap erti kasih untuk menjaga kebajikan kepada sesama masyarakat maka akan pudarlah ikatan persaudaraan antara sesama manusia. Pelaku riba umpama binatang yang buas. Di dalam kehidupan seharian, fikiran mereka hanyalah berlegar-legar di sekitar untuk mengumpulkan harta kekayaan dan menghisap darah saudara seagama mereka sendiri. Riba juga akan menghilangkan nilai kemuliaan dan rasa kasih sayang dan menggantikannya dengan sifat tamak dan serakah padahal sifat tamak adalah dari bangsa Yahudi yang menyebarkan riba dalam masyarakat di dunia ini.

Adapun bila ditinjau dari sudut ekonomi, bahaya riba itu sangat nyata dan jelas kerana ia membahagikan manusia menjadi dua kelompok: Kelompok yang hidup dalam kemewahan dan kelompok yang terjerumus dalam kefakiran.

Kelompok yang hidup dalam kemewahan ini bersenang-senang dengan hasil keringat orang lain. Masyarakat tidak pernah mendapat manfaat dan keuntungan daripada kemewahan mereka. Mereka telah merampas hasil susah payah orang lain dengan kejam melalui amalan riba. Dengan demikian para pekerja akan mula menganggur dan pertumbuhan ekonomi menjadi lumpuh kerana orang-orang yang tamak itu hanya menunggu keuntungan yang melimpah tanpa melakukan usaha. Kelompok yang terjerumus dalam kefakiran ini pula adalah orang yang membanting tulang dan bekerja keras sedangkan hasil usahanya dinikmati oleh para pemilik harta. Dengan itu akan muncul bibit-bibit perpecahan dan pertentangan di antara kedua-dua kelompok tersebut. Dari sini jugalah telah terbit aliran yang disebut sebagai kapitalisme dan komunisme.

Ditinjau dari aspek kemasyakatan, riba akan melahirkan rasa permusuhan dan kebencian antara anggota masyarakat. Riba juga menjadi penyebab hilangnya ikatan-ikatan kemanusiaan dan persaudaraan di pelbagai peringkat masyarakat serta akan menghancurkan prinsip-prinsip belas kasihan dan kebaikkan dalam jiwa manusia. Kerana itulah Allah Taala menyatakan perang terhadap para pelaku riba dan memberikan peringatan bahawa Dia akan menghilangkan keberkatan dan menghancurkannya serta akan melaknat pelakunya.

Firman Allah Taala bermaksud:

Allah memusnahkan (keberkatan riba) dan menyuburkankan sedekah dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan selalu berbuat dosa.

(Surah al-Baqarah: Ayat 276).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Jauhilah tujuh perkara yang akan membinasakan. Salah satu di antaranya: Memakan riba.

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sebahagian besar bank-bank konvensional di Amerika Syarikat dan Eropah berada di bawah pengendalian Yahudi. Apabila mereka dapat menguasai ekonomi negara-negara tersebut maka secara tidak langsung mereka juga turut menguasai politik. Walaupun bilangan mereka amat sedikit di dunia ini tetapi dengan harta kekayaan yang mereka miliki itu, mereka dapat membuat negara-negara itu menjadi sekutu mereka dalam melakukan kezaliman terhadap umat Islam di serata tempat. Dengan penguasaan ekonomi ini jugalah mereka boleh menguasai pemerintahan sesebuah negara itu. Sesiapa yang tidak sependapat dengan kejahatan mereka akan dihancurkan bahkan dibunuh seperti yang berlaku kepada bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu John F. Kennedy.

Umat Islam di Malaysia hari ini perlulah menghindarkan diri dari terus terjerumus ke lembah riba yang mana ia adalah jarum-jarum suntikan dari Yahudi untuk memecahbelahkan dan melemahkan umat Islam. Bank-bank juga disarankan agar menyediakan sistem perbankan Islam selari dengan tuntutan syarak dan perkembangan ekonomi masa kini. Umat Islam mesti bangkit untuk menghapuskan riba.

Firman Allah Taala bermaksud:

Barangsiapa yang kembali mengambil riba maka mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya.

(Surah al-Baqarah: Ayat 275).

Daripada:

MUHAMMAD RASHIDI BIN HAJI WAHAB.

Universiti Al-Azhar, Mesir.

Email: shidi_buluh@yahoo.com.

Blog: http://buluh.iluvislam.com.

Berilmu Tetapi Tidak Berakhlaq?

Kes 1 :

Ada seorang pelajar baru memasuki kuliah ilmu, lalu belajarlah ia dua, tiga hadith dari gurunya. Kemudian dia sudah menghafaz sedikit sebanyak ayat al Quran. Gurunya itulah satu-satunya yang dijadikan sumber rujukan. Segala-galanya yang betul datangnya dari gurunya. Pasti tiada salah. Lalu ia mula bermain dengan persoalan hukum. Sebab dirasanya diri sudah cukup ilmu untuk berfatwa. Mana-mana yang tidak berkenan atau bercanggah dengan pendapatnya dia mengatakan itu adalah sesat barat.

Sehinggakan habis dihukum ulamak yang muktabar, mujtahid adalah tersilap pandangan mereka. Dengan memberi alasan yang dirasanya paling kukuh - ulamak tidak maksum, berhujjah mestilah mengikut dalil yang paling sahih dan terkuat.

Malangnya - yang betul baginya adalah ulamak yang ia ikut, tetapi ulamak yang lain pasti salah. Pasti salah hadithnya, dan berkemungkinan aqidah ulamak itu terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah. Manakala dalil yang terkuat baginya - juga sebenarnya adalah dari apa yang ia dapat sendiri dari kitab yang ia baca. Tentunya dalil itu juga dari ulamak yang ia taksubkan.

Bermulalah era baru yang dizikirkan di bibirnya adalah - itu haram, ini bid'ah, engkau sesat!

Kes 2 :

Seorang murid, sudah diajar akhlaq oleh gurunya. Tentang adab percakapan, adab menuntut ilmu. Adab berhadapan dengan guru. Entah di mana silapnya, tetap sahaja murid itu lancang mulutnya bila berbual dengan gurunya. Tidak ada perasaan hormat. Bengkeng, bidas, dan sebagainya untuk menunjukkan dirinya yang jahil itu adalah benar.
...........................................................................................................................................................................

Tahu dan Faham

Zaman ini ada golongan pelajar yang bersemangat belajar ilmu hanya untuk tahu. Tetapi ia lupa - pengeTAHUan yang ia ada hanya sedikit. Akhirnya TAHUnya itu menjadikan ia merasa hebat. Menjadikan dirinya terasa betul. Ia tenggelam dalam TAHU tapi JAHIL akhlaq.

TAHU sahaja tidak cukup tanpa kefahaman. Orang yang hanya tahu gula itu manis, tidak sama dengan orang yang sudah merasai kemanisan gula apatah lagi dimana ia perlu digunakan kemanisan gula tersebut.

ALlah dan RasulNya mengajar kita agar mempunyai akhlak yang baik sesama manusia, samada dari segi pertuturan, perbuatan, bahkan dalam hati sendiri. Apatah lagi dengan sesama saudara Islam. Bukankah RasuluLLah diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq, bahkan akhlaq RasuluLLah itu sendiri adalah al Quran?

Kita diajar untuk beradab kepada guru-guru, ustaz-ustazah, alim ulama kerana keutamaan mereka.

قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (٩)

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
(Surah az Zumar : 9)

Bahkan di dalam urusan solat jemaah sekalipun, diutamakan adalah orang yang lebih yang mahir bacaannya di dalam al Quran.Telah dicontohkan oleh RasuluLLah di dalam peperangan Uhud, sahabat yang lebih banyak mengambil al Quran didahulukan untuk dimasukkan ke dalam liang kubur.

Dari Jabir r.a :
Sesungguhnya Nabi SallaLLahu 'alaihi wasallam telah menghimpunkan antara dua orang lelaki dari mereka-mereka yang terbunuh di dalam peperangan Uhud iaitu di kubur, kemudian baginda bersabda :"Yang manakah dari keduanya yang lebih banyak mengambil al Quran?". Apabila ditunjukkan kepada salah seorang dari keduanya, baginda mendahulukan (orang yang tersebut) ke dalam liang lahad.
(Riwayat Bukhari)

Hakikat Ilmu Yang Kita Ada

ALLahu..ALlah..

Adab sebagai pelajar, jika ilmu masih sedikit (hakikatnya ilmu manusia tiada yang banyak melainkan ALLah yang Empunya Ilmu), masih bertatih tahulah berakhlaq. Sedangkan para ulamak yang faqih, berkelana di bumi ALLah untuk mencari ribuan guru, bahkan menulis kitab-kitab yang menjadi rujukan hingga kini amat menjaga akhlaq sesama guru dan ulama yang lain. Sehinggakan sifat yang tercerna dari diri mereka menjadi ikutan bagi ulama yang takutkan ALLah.

إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ (٢٨)

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
(Surah al Fatir : 28)

Oleh itu wahai pelajar, jika para ulama yang hebat ilmunya itu sendiri amat menjaga tutur katanya, tidak bermudah-mudah berhukum dengan apa yang tidak mereka ketahui. Mengapa kita sendiri yang amat sedikit ilmu tidak belajar untuk merendahkan diri?. Adakah akhlaq itu tidak termasuk di dalam halal dan haram di dalam perhubungan sesama manusia? Sudah bolehkah kita berlaku sombong dengan ilmu yang sedikit sedangkan kita lupa ilmu yang kita ada juga boleh ditarik pada bila-bila masa?.

Ilmu tanpa akhlaq menunjukkan kita sendiri menghina ilmu yang diberi oleh ALlah.

Penulis : IbnuNafis

Kepentingan Ulama Dan Ilmu Pengetahuan

Assamualaikum Warahmatullah.

Alhamdulillah. Syukur saya panjatkan ke hadrat Allah Taala kerana artikel saya telah disiarkan oleh akhabr Harian Metro pada 24 April 2008 (Jumaat). Artikel bertajuk Minda: Fahami Peranan Ulama telah dikeluarkan di bahagian Setempat akhbar Harian Metro. Di sini saya letakkan artikel asalnya bertajuk Kepentingan Ulama Dan Ilmu Pengetahuan untuk paparan sahabat-sahabat semua. Semoga mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

KEPENTINGAN ULAMA DAN ILMU PENGETAHUAN

Semenjak kebelakangan ini kedengaran suara-suara sumbang dari pelbagai pihak yang cuba untuk menidakkan keilmuan dan keagungan para ulama Islam. Ada di antara mereka ini berkata para ulama bukannya maksum seperti Rasulullah S.A.W. Jadi tidak perlulah untuk mengikut tunjuk ajar dari para ulama ini untuk memahami dan menjalani urusan agama Islam. Boleh sahaja untuk mengambil terus dalil-dalil daripada al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan kefahaman sendiri. Adakah tindakan dan pendapat seperti ini bertepatan dengan Islam itu sendiri?

Firman Allah Taala bermaksud:

Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.

(Surah al-Nahl: ayat 43).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.

(Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Perkataan ulama merupakan kata jamak dari kata dasar alim iaitu seseorang yang sangat berilmu pengetahuan. Secara umunya ulama Islam adalah orang yang menguasai dan mengamalkan ilmu-ilmu Allah Taala secara mendalam serta ikhlas dan mereka memiliki akhlak yang amat terpuji. Mereka mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil dari al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan sempurna. Sedangkan jika hendak dibandingkan kefahaman masyarakat awam untuk memahami dalil-dalil sudah tentulah mereka tidak berupaya sama sekali seperti keupayaan para ulama ini dalam memahami dalil-dalil. Kita juga tidak menafikan kadang-kala para ulama tetap tersalah di dalam ijtihad mereka tetapi amatlah sedikit kesalahan mereka itu. Para ulama yang sebenar tidak akan mengeluarkan sesuatu hukum agama mengikut hawa nafsu mereka semata-mata kerana mereka adalah golongan yang paling takut kepada kepada Allah Taala.

Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama.

(Surah Faathir: Ayat 28).

Adalah sangat perlu dibezakan di antara mereka yang disebutkan sebagai ulama dan di antara mereka yang digolongkan sebagai penuntut-penuntut ilmu serta orang awam. Perbuatan bermudah-mudah dalam mengeluarkan sesuatu hukum-hakam agama berdasarkan dalil-dalil mengikut kefahaman akal fikiran sendiri oleh sebahagian masyarakat awam pada masa kini amatlah membimbangkan. Jika perkara seperti ini berterusan dari semasa ke semasa dan tidak dibendung dari sekarang ini maka sudah pastilah kesucian dan kemurnian syariat Islam itu akan tercemar. Memperkatakan sesuatu hukum tanpa ilmu pengetahuan yang cukup amatlah ditegah oleh Islam.

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak ketahui.

(Surah al-Aaraf: Ayat 33).

Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu dan bertanya sejak dari buaian hingga ke liang lahad. Bertanyakan hukum-hakam Islam dari para ulama bukanlah bermakna Islam melarang umatnya untuk terus berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Namun perihal agama mestilah diserahkan kepada ahlinya (para ulama) di atas kelayakkan yang mereka perolehi itu. Kita juga disarankan agar terus belajar dan menuntut ilmu supaya suatu hari nanti kita bakal menjadi alim dan dapat membantu masyarakat Islam dalam menyelesaikan sebarang persoalan yang timbul. Kesimpulan kecil yang boleh kita katakan di sini ialah: Masyarakat awam yang tidak mempunyai ilmu yang cukup tidaklah dibenarkan sama sekali untuk mengeluarkan sesuatu hukum-hakam Islam sebelum dirujuk terlebih dahulu kepada para ulama yang boleh dipercayaai keilmuanya.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyayangi anak kecil kami dan menghormati ulama kami.

(Riwayat Ahmad).

Para ulama berperanan untuk membimbing dan mendidik masyarakat serta menasihati pemerintah sekiranya mereka tidak menjalankan amanah dan tugas seperti yang dikehendaki oleh Islam. Jika para ulama diam membisu dari menyampaikan ajaran Islam yang sebenar maka sudah pastilah sesebuah negara dan masyarakat Islam itu akan menjadi rosak binasa dan jauh dari rahmat Allah Taala. Mereka juga berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan dan menjadi contoh tauladan yang terbaik kepada manusia. Ilmu pengetahuan yang mereka perolehi itu mestilah disampaikan agar sekalian manusia terus terbimbing untuk melakukan kebaikkan dan sentiasa mentaati perintah Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Barangsiapa ditanya mengenai sesuatu ilmu lalu disembunyikannya maka Allah akan mengekangnya nanti dengan kekangan daripada api neraka pada Hari Kiamat kelak.

(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi).

Masyarakat hendaklah sentiasa mendampingi para ulama untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu dari mereka. Sekiranya timbul sebarang persoalan dan masalah yang berkaitan dengan Islam maka hendaklah terus untuk bertemu dan bertanya para ulama. Pihak pemerintah pula hendaklah memberikan kebebasan kepada para ulama untuk menyampaikan nasihat dan teguran membina berkaitan ajaran agama Islam. Pemerintah juga perlu meminta pandangan dari para ulama sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah hukum-hakam yang tidak dapat diselesaikan. Insitusi ulama mestilah diletakkan di tempat yang sepatutnya bersesuaian dengan taraf mereka sebagai pewaris para nabi. Ulama juga mestilah bersedia untuk mendepani isu-isu globalisasi selaras dengan tuntutan semasa. Perkara ini amatlah perlu di ambil perhatian agar kehadiran dan kepentingan ulama tidak tertumpu kepada mengeluarkan hukum-hakam Islam semata-mata bahkan peranan ulama perlu diperluaskan lagi.

Bagi para pelajar dan mahasiswa/wi yang digolongkan sebagai penuntut ilmu maka janganlah sesekali membuang masa walaupun sedikit untuk terus menuntut ilmu pengetahuan sehingga ke akhir hayat. Ilmu pengetahuan berperanan untuk membantu mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya kebenaran. Manfaatkanlah ruang dan masa yang ada untuk mendampingi para ilmuan samada di universiti-universiti mahupun di sekolah-sekolah. Kedudukan orang berilmu adalah lebih tinggi darjatnya dari orang yang tidak berilmu. Menuntut ilmu juga adalah salah satu jihad yang dituntut oleh agama Islam.

Firman Allah Taala bermaksud:

Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.

(Surah al-Mujadilah: Ayat 11).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad pada jalan Allah.

(Riwayat Tarmizi).

Daripada:

MUHAMMAD RASHIDI BIN HAJI WAHAB.

Universiti Al-Azhar, Mesir.

Email: shidi_buluh@yahoo.com.

Blog: http://buluh.iluvislam.com.

Jumaat, 24 April 2009

Hukum Azan 2 Kali Sebelum Solat Jumaat

Tersebut dalam kitab fikh mazhab syafie : Syeikh Sayid Bakri Syatha mengatakan "
Dan dua azan solat Jumaat dihubungkan dengan 2 azan untuk solat Subuh ertinya : dan sunat juga 2 azan bagi solat Jumaat
(I'anatut Tholibin Juz 1, Hal 232).

Dalil dari fatwa di atas ialah :

1. Dalam kitab Hadith Bukhari :

Dari Saib bin Yazid, beliau berkata :
adalah azan pada hari Jumaat mula-mulanya manakala Imam telah duduk di atas mimbar, begitu pada masa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam pada masa Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu ketika pada masa Saidina Uthman bin Affan RadiyaLlahu 'anhu dan manusia sudah banyak beliau menambah 'azan yang ketiga' di atas Zaura
(Hadith diriwayatkan oleh Bukhari - sahih Bukhari Juz 1, hal 116).

Hadith ini menyatakan :

1. Pada mulanya, iaitu pada zaman rasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan seterusnya pada zaman Khalifah Abu Bakar dan Umar RadiyaLlahu anhuma iaitu sampai pada tahun 23 Hijrah. Azan solat Jumaat hanya sekali iaitu pada ketika Imam telah duduk di atas mimbar. Azan ini dinamakan sebagai 'azan pertama'

2. Kemudian khalifah yang ketiga saidina Uthman bin Affan (berkuasa dari tahun 23 Hijrah-35 hijrah) menambah sebuah azan lagi di atas zaura. Azan tambahan ini dinamai dalam hadith ini 'azan ketiga' kerana Qamat dianggap 'azan kedua'

Secara tertibnya : 1. Azan 1 pada ketika Imam telah duduk di atas mimbar
2. Azan 2 -Qamat atau Iqamat
3. Azan 3 - azan tambahan dari Saidina Uthman.

3. Azan ketiga ini ditambah oleh Khalifah Uthman kerana melihat bahawa manusia sudah ramai, brejauhan tempat bekerja sehingga diperlukan satu azan lagi yang diletakkan terdahulu dari 'azan kedua' iaitu dinamakan azan ketiga.

Azan ketiga yang dikerjakan terdahulu ini boleh ibaratnya boleh - dianggap 'lonceng baru' yang memberitahu penumpang bahawa keretapi akan berangkat, dan hendaklah bersiap-siap.

2. Hadith Riwayat Imam Bukhari :

Dari Saib bin Yazid berkata :
Pada mulanya azan Hari Jumaat itu ketika Imam telah duduk di mimbar. Hal ini terjadi pada ketika zaman Nabi, zaman Abu Bakar dan Umar radiyaLlahu 'anhu. Maka ketika tiba zaman Khalifa Uthman bin Affan radiyaLlahu 'anhu iaitu pada ketika manusia sudah ramai, beliau memerintahkan agar diadakan azan ketiga di atas Zaura'. Maka tetaplah situasi secara demikian
(Hadith riwayat Bukhari - Sahih Bukhari Juz 1 halaman 117).

Hadith yang kedua ini sama dengan hadith yang pertama, tetapi yang kedua bertambah kalimah 'maka tetaplah situasi secara demikian' . Kalimah ini bererti, bahawa azan ketiga itu diterima baik oleh seluruh ulama Islam, tiada yang membantah sehingga diamalkan secara demikian terus menerus sehingga sekarang.

Di dalam Kitab Mawahibul Laduniyah karangan Imam Qasthalani :

Kemudian dari itu, bahawasanya perbuatan Saidina Uthman menjadi IJMAK SUKUTHI, kerana tiada seorang yang membantah (Mawahibul Laduniyah Juz II, halaman 249 - zarqani Juz II hal 382).

Jika sudah dinamakan IJMAK maka ia adalah dalil yang kuat bahawa azan ketiga sunat hukumnya. Bolehkah menolak IJMAK ? Sila rujuk : Hukum Mengikut Jemaah/Ijmak Ulamak

Tersebut dalam kitab hadith yang bererti :
Berkata RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam : Pegang teguhlah sunnah aku dan sunnah khalifah-khalifah ar Rasyidin sesudah aku
(Hadith riwayat Abu Daud - Sunan Abi Daud Juz 4 Halaman 201).

Imam Syafie dalam kitab Al Umm menerangkan :

Dan yang mana di antara yang kedua itu yang terjadi pada masa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam lebih saya sukai
(Umm Juz I, halaman 195).

Imam syafie adalah mujtahid mutlaq terkenal dengan Ahlu Hadith tentu sangat menyukai ibadat yang terjadi pada masa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam tetapi beliau menyukai juga apa yang diperintahkan oleh Saidina Uthman sebagai Khalifah ar Rasyidin, walaupun yang terjadi pada masa RasuluLlah lebih disukai.

Lihat bagaimana Imam Syafie mengggunakan af'al tafdhil. Lebih mengutamakan, melebihkan. Tiada pun sebut larangan.

WaLlahua'lam

Sumber Rujukan :

1. K.H Sirajuddin Abbas, 40 Masalah Agama, Pustaka Aman Press, Kelantan, Malaysia

2.
Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur

Selasa, 21 April 2009

Tanggapan Artikel Kembara Ilmu ke India - Dr. Maza

Assalamu'alaikum WarahmatuLLahi Wa Barokatuh,

Saya pernah terbaca artikel yang dikeluarkan dari laman web DrMaza.Com bertajuk : Kembara Ilmu Ke India.. (sila google search dan taip tajuk ini, anda akan perasan ia telah didelete). Di dalamnya terdapat fitnah yang dilontarkan oleh penulisnya terhadap pengikut tarekat, sekolah pondok dan pelajarnya. AlhamduliLlah terdapat seorang bloggers yang juga mengesan tuduhan tersebut dan telah menjelaskan di dalam blognya, silalah baca dengan tenang dan buka minda untuk memahaminya. Di sini saya lampirkan tulisan blogger (selepas ini dibaca akitiano) di sini :

Pembetulan Terhadap Fitnah yang Menimpa Pengajian Pondok

Pada pagi ini, saya dengan keadaan pening kepala berusaha untuk menghilangkannya dengan mem-browse around di Internet. Tanpa disengaja, saya membuka laman web Dr. Mohd Asri. Di dalamnya, saya membaca artikelnya tentang perjalananya ke India yang menurutnya telah dilakukan hampir satu bulan.

Terus terang, dalam artikel itu saya membaca semangatnya yang berusaha mengembangkan ideologinya dengan menggunakan ulama-ulama Aswaja (ahli sunnah wa al-Jama’ah) yang bermazhab akidah `Asy’ariyyah dan Mathuridiyyah, yaitu ulama-ulama hadis Doeband, India. Asri seakan-akan mengatakan ulama-ulama India tersebut memiliki ideologi yang sama dengan Asri yaitu melawan bid’ah dan prakek-praktek tarikat yang dianggap telah jatuh kufur.

Asri juga berusaha untuk merubah nama laqab bagi golongannya (wahabi/salafi) dengan berbagai claim. Dalam hal ini, saya pernah membaca artikel Asri tentang penamaan Wahabi bagi dirinya sebagai sebuah yang tidak ilmiah dan macam-macam lagi. Semua ini saya akan berusaha memberi pandangan dari sisi pesantren salaf Jawa.

Selanjutnya, yang lebih memilukan dan membuat saya hendak menulis dengan terpaksa (padahal saya sudah berazam hendak meninggalkan segala polemik discussion semester ini sebab saya hendak selesaikan skripsi saya dengan baik dan lancar) adalah kata-kata Asri seolah-olah pengajian pondok (tradisi pesantren) tidak membawa pada perkembangan ilmu, dan hanya akan menjadikan para murid taksub, jumud, kampungan, dan lain-lain yang dapat kita tafsirkan sendiri.

Padahal, saya telah duduk di Pondok Pesantren Salaf (traditional bukan salafi/wahabi) yang beraliran `Asy’ariyyah dan Mathuridiyyah selama 12 tahun lamanya. Secara jujur saja, justru dengan ini, saya bahkan tidak taksub, jumud, kampungan, dan lain-lain yang negatif yang menuju kepada kemunduran. Saya sendiri selalu menunjukkan di campus saya bahwa budak pondok traditional pun dapat bersaing secara academic, open minded, internationaly, dan tidak ketinggalan sifat wara’ yang menjadi syarat sebagai seorang perawi hadis tsiqah yang mana menjadi bidang ilmu Asri sendiri.

Tuduhan Amalan Tarikat yang Menjurus kepada Kekufuran

Dalam hal ini, Asri menulis sebagai berikut:
“bahkan ada membawa menjadi begitu sesat bahkan juga sebahagiannya terkeluar dari daerah Islam kepada daerah kufur. Ada sejumlah banyak yang mengaku Islam di India yang percayakan angka, terutama angka 786. Masjid-masjid mereka ini ditulis di pintu masjid sebagai ganti Basmalah (Bismilah) ”.

Dari kata-kata ini, Asri seolah-olah sangat membenci amalan 786 tersebut sehingga mengelompokkan perkara tersebut bagian dari kekufuran. Saya terus terang, saya belum pernah membaca dalil hukum perkara ini. Tapi saya juga tidak ingin memvonis kufur, kerana setahu saya; amalan sebagian ahli hikmah dengan membuat azimat yang tuliskan nombor adalah gantian dari lafaz-lafaz yang berbahasa Arab sebagai tafa’ulan. Ia juga berguna bagi azimat yang bertuliskan ayat al-Qur’an agar dapat masuk ke dalam tandas, maka ia digantikan dengan nombor. Walau bagaimanapun, saya terus terang memang belum menemukan dalil yang memperbolehkannya, begitu juga yang melarangnya (kerana saya belum pernah terlintas mencarinya), hanya saja saya dapat membagi masalah ini kepada dua pendapat;

1) yang melarangnya: seperti Kyai Haji Thoifur, Purworejo Jawa Tengah (Ulama hadis, tafsir, fiqh, alat, sejarah, tasawwuf, dan macam-macam lagi Jawa Tengah alumni Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki) dengan alasan takut terjadi tahrif/tabdil terhadap al-Qur’an, tapi beliau pun tidak berani memvonis kafir.

2) yang memperkenankannya (tapi tidak mensunatkan) Kyai Haji Abdul Hannan Maksum, Kwagean-Pare-Kediri (seorang ulama ilmu nahwu, fiqh, usul, tauhid, hadis, tasawwuf dan llmu hikmah & thibb alumni Kyai Akbar saya yaitu al-Marhum Syaikh Zamroji al-Mursyid al-Kinjany). Salah satu hujjah yang saya menemuinya adalah amalan Ulama Agung kita Hujjat al-Islam Muhammad bin Muhammad al-Ghazali di dalam kitabnya yaitu al-munqidz min al-dlalal p. 79 (Majmu’ah Rasail al-Imam al-Ghazali vol 7; al-Dar al-Kutub al-Ilmiyyah). Dalam kitab tersebut Imam Ghazali menyuruh untuk melukis rajah (seperti dibawah ini) dengan cara-cara tertentu bagi memudahkan bayi yang akan lahir. Berikut gambar yang ditulis al-Ghazali:



Apakah al-Ghazali terus menjadi kafir? Perlu diketahui al-munqidz min al-dlalal adalah kitab muta’akhir al-Ghazali. Saya bukan memperkenankan penulisan tersebut, saya hanya tidak berani hendak mengkafirkan. Saya juga tidak berani menguhukumi secara ilmiah kerana saya belum pernah membacanya. Pendapat ini saya kemukakan hanya sekadar pertimbangan dan iktibar kita semua apakah semudah itu mengkafirkan orang?

Asri menambah lagi:
“Paling buruk sekali, dikatakan melebihi separuh muslimin India terlibat dengan ajaran Bralewi, mereka menyembah kubur tokoh-tokoh agama terutamanya tokoh-tokoh tarekat. Antara tempat utama mereka ialah Darga bersebelahan dengan markaz utama Jama’ah Tabhligh di Nizamuddin. ”

Saya terkejut dengan pernyataan ini. Jujur saja, saya memang tidak tahu hakikat Bralewi dan kaitannya dengan penglibatan muslimin di India yang mencapai separuh itu? tapi penyembahan kubur tokoh-tokoh tarekat adalah sebuah fitnah. Di dalam ilmu tarekat, kami tidak pernah sekali-kali mengajarkan agar menyembah selain Allah SWT. Dalam ilmu tarekat, kami selalu mengajarkan untuk berzikir mengingat Allah dan meletakkan Allah sebagai Dzat yang telah menjadikan sekalian alam dan tiada sekutu dengan-Nya. Mungkin claim yang diberikan Asri adalah praktek seperti membaca doa dan menyampaikan hajat di depan kubur dengan mengangkat tangan ke atas seperti halnya orang berdoa ketika selesai solat. Jujur saja, praktek ini tidaklah salah di dalam Islam, kerana ia adalah bagian dari tawassul. Sedangkan hukum tawassul adalah dibenarkan menurut mayoritas ulama yang tidak perlu saya jelaskan hukumnya kerana telah banyak ulama yang mengukuhkannya (Lihat: Mafahim Yajib an Tushahhah, Muhammad bin Alawi al-Maliki).

Adalah kurang adab kalau saya mempanjangkan pembahasan ini dengan dalil-dalil tawassul, kerana ia hanya akan menghasilkan sesuatu yang hasil (تحصيل الحاصل). Kalau yang dimaksud adalah bacaan al-Qur’an dan tahlil untuk diperhadiahkan kepada guru-guru tarekat yang telah meninggal sebagai amalan yang sesat, maka Imam Ibn Qayyim dalam kitab al-Ruhnya (p. 13, Dar al-Kutub al-Ilmiah) telah berkata:
“Telah disebutkan dari sekolompok ulama salaf bahwa mereka berwasiat agar dibacakan al-Quran di kuburan mereka setelah dimakamkan. Abdul Haq berkata diriwayatkan bahawa Abdullah bin Umar memerintahkan untuk dibacakan surah al-Baqarah di kuburannya. Imam Ahmad pada mulanya mengingkari hal tersebut kerana belum mendengar informasi dari ulama salaf namun kemudian ia menyetujuinya. Al-Khallal berkata dalam kitab al-Jami’…ayahku berkata apabila aku meninggal letakkanlah aku……TERUSKAN SENDIRI ”.

Kalau yang dimaksud dari Asri adalah praktek mereka yang memegang kuburan dan menciumnya demi tabarruk sebagai sebuah praktek penyembahan, maka saya akan menjawab: tersebut dalam kitab al-Ajwibah al-Ghaliyyah p. 85:

س: ما حكم التمسح بالقبور وتقبيلها ؟ ج: الحكم في ذلك عند أكثر العلماء مكروه فقط وفال بعضهم إنه مباح وجائز للتبرك ولم يقل أحد بتحريمهما . س: ما الدليل على جواز ذلك ؟ ج: لأنه لم يرد فيه نهي من الشارع ولا قام الدليل على المنع وقد روي "أن بلالا لما زار المصطفى صلعم جعل يبكى ويمرغ خديه على القبر الشريف" وأن ابن عمر كان يضع يده اليمنى عليه ذكر ذلك الخطيب ابن جملة – إلى أن قال – وثبت عن الإمام أحمد بن حنبل أنه سئل عن تقبيل قبر النبي صلعم فقال لا بأس بذلك ذكره السمهودي في (خلاصة الوفا).


Kalau masalah solat atau sujud kepada kubur, saya terus terang, tidak pernah terlintas di dalam benak kami dan guru-guru kami melakukannya. Malah kami tau perkara tersebut haram seperti yang diutarakan Ibn Hajar dalam kitab al-Zawajir. Tapi Asri juga perlu tahu, sangat jarang atau saya sendiri belum pernah jumpa ada orang sufi yang melakukannya. Cubalah pergi ziarah ke makam wali song (wali 9) di Jawa seperti Sunan Ampel, Bonang, Giri, dan lain-lain. Apakah ada orang solat atau sujud? Yang ada hanya membaca al-Qur’an, tahlil, berdoa atau tawassul kepada mereka. Mungkin saja Asri melihatnya sewaktu di India, tapi Asri perlu tau, orang yang melakukannya mungkin juga bukan ahli tarekat. Jadi sebaiknya jangan menfitnah ahli tarekat menyembah kuburan. Dan perkara ini jarang berlaku, sebagaimana sebuah kaedah
“sesuatu yang jarang itu seperti halnya tidak ada”.


Selanjutnya Asri berkata:
“Mereka menabur bunga dan air wangi sebelum memohon hajat”.
Dalam statement ini, saya memahami bahwa yang dimaksud oleh Asri perbuatan tersebut adalah haram dan dapat menjurus kepada kekafiran. Ini dari muqtadlal kalam yang disusun oleh Asri.

Dalam hal menabur bunga dan air wangi, Ulama Nusantara Imam Nawawi Banten berkata di dalam kitab Nihayat al-Zain p. 154: “Disunnahkan mensiram kuburan dengan air yang dingin kerana tafaulan dengan kedinginannya. Dan tidak apa-apa dengan sedikit dari air bunga, kerana malaikat suka dengan bau yang wangi”.

Hujjah ini dikuatkan dengan hadis dari Sahih Bukhari :
“مر النبي صلى الله عليه وسلم بحائط من حيطان المدينة أو مكة فسمع صوت إنسانين يعذبان في قبورهما فقال النبي صلى الله عليه وسلم يعذبان وما يعذبان في كبير ثم قال بلى كان أحدهما لا يستتر من بوله وكان الآخر يمشي بالنميمة ثم دعا بجريدة فكسرها كسرتين فوضع على كل قبر منهما كسرة فقيل له يا رسول الله لم فعلت هذا قال لعله أن يخفف عنهما ما لم تيبسا أو إلى أن ييبسا”.
Inilah titik kejumudan seorang yang terlalu benci dengan orang yang bertawassul sehingga kadangkala apabila melihat praktek yang tidak masuk akal, langsung memvonis bid’ah atau syirik sekalipun.

Surat dari Ulama Hadis Dr. M. Abu al-Laits yang Mengajar Di UIA

Asri berkata
“Saya dan sahabat saya pergi ke India membawa surat sokongan peribadi daripada guru hadith Ph.D kami, Dr. Muhammad Abul Laith al-Khair Abadi, pengarang kitab Takhrij al-Hadith, `Ulum al-Hadith bain al-Asalah wa al-Mu`asarah dan lain-lain. Beliau juga berasal dari India, pernah belajar di Deoband dan mendapat Ph.D dari Umm al-Qura, Mekah”.

Terus terang, saya kenal dengan siapa Abu al-Laits tersebut. Rumah nenek saya yang mana Ibu dan Bapa saya sedang tinggal di sana kerana menjaga nenek yang sudah uzur berada hanya 100 meter dari rumah Abu al-Laits di daerah Gombak. Setiap kali saya pulang ke Malaysia, saya akan tinggal di Gombak, tidak di rumah ibu bapa saya yang berada di Damansara. Syaikh Abu al-Laits adalah seorang yang alim dalam ilmu hadis. Beliau sangat ilmiah dan jujur dengan ilmunya. Tapi Asri harus tahu, Abu al-Laits sendiri seorang yang berpegangan kuat pada akidah al-Mathuridiyyah yang ditolak oleh puak-puak seperti Asri atau Wahhabi. Malah guru besar golongan Wahhabi/salafi atau apapun nama mereka dan ingin disebut atau panggil oleh mereka menetapkan bahwa `Asy’ariyyah dan Mathuridiyyah adalah golongan yang sesat! (Lihat: al-Tauhid, Shalih Fauzan al-Fauzan, vol. 1 P. 104-105; cetakan Kuliyyah al-Mu’allimin al-Islamiyyah, Gontor Ponorogo).

Pegangan ini saya dengar sewaktu saya menemuinya di UIA setelah beliau membacakan kitab Fath al-Bari Syarh Bukhari. Bukti tertulis adalah Abu al-Laits telah menerjemahkan sebuah kitab tentang cara yang disunnahkan untuk bermushafahah ke dalam bahasa Arab yang bernama “الطريقة المسنونة للمصافحة بين الرجال”. Dalam mukadimah kitab tersebut, Abu al-Laits memula perkataan beliau dengan “الحمد لله الذي خلقنا وهدانا للإسلام والصلاة والسلام على سيد الأنام”. Di sinilah beliau berkata “سيد الأنام”. Padahal menurut puak Asri (Wahabi/salafi) bahwa ini dilarang (Lihat: al-Tauhid, Shalih Fauzan al-Fauzan, vol. 3 P. 104-105; cetakan Kuliyyah al-Mu’allimin al-Islamiyyah, Gontor Ponorogo).

Oleh itu, menurut sahabat saya yang juga keluaran madrasah hadis di Pakistan mengatakan bahwa Abu al-Laits pada dasarnya menolak Dr. Asri ini. Hanya saja ini sebuah riwayat yang belum saya tanyakan ke Abu al-Laits, dan akan saya klarifikasikan kepada Beliau. Satu hal yang sangat mengeli hati adalah Abu al-Laits menolak keilmuan Nashiru al-Din al-Albani. Bagaimana pula dengan kata-kata Asri di petikan
“Malangnya, ada seorang penulis keluaran pondok Kelantan yang kekadang menulis di dalam majalah-majalah, seakan menganggap seseorang seperti al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani tidak boleh dianggap sebagai tokoh ulama dalam ilmu hadith kerana tidak menghimpunkan sanad. Inilah adalah satu kejahilan yang amat nyata. Inilah bala bila semua orang cuba mengaku pandai dan mencampuri apa yang bukan urusannya”.
Ternyata seorang yang dikagumi Asri yang juga ahli hadis juga menolak al-Albani!!!!

Tuduhan Asri Terhadap Pelajar Pondok (Inti dari Tulisan Saya)

Seperti kata-kata Asri di atas, ditambah lagi dengan
“Sebaliknya, di negara kita, ada yang menganggap Islam tidak dapat difahami melainkan setelah penat belajar di bawah pelita minyak yang malap, tinggal dalam pondok yang senget, menggunakan bahasa melayu sankrit lama. Baginya tokoh ulama hanya guru pondoknya. Para ulama timur tengah langsung tiada tempat dalam dirinya. Seakan-akan Nabi s.a.w itu dulunya lahir di kawasan pondoknya.”

Kata-kata ini sangat memilukan hati saya dan penuh pahit dan perih seperti saya ditampar di telinga dan pipi serta ditusuk hati saya. Akan tetapi, ini semua adalah fitnah belaka!! Fitnah semata-mata! Asri wajib meminta maaf dan ziarahlah pondok-pondok di daerah Jawa dan Madura! Saksikan sendiri!. Berikut ini hujjah saya dalam menolak kata-kata Asri:

1- Asri mengatakan bahwa kesalahan besar bagi si fulan dari Kelantan yang lulus pondok tersebut menganggap al-Albani tidak boleh dianggap ulama hadis sebab karena tidak menghimpun sanad. Asri menganggap ini adalah kebodohan budak pondok, kerana ia cuba mengaku pandai dan mencampuri apa yang bukan urusannya. Terus terang, bagi saya Asrilah yang salah, kerana al-Albani telah masuk dalam bab yang bukan keahliannya. Mungkin benar kata-kata ulama India yang mengatakan sekarang sudah tidak diperlukan lagi pengajian sanad, kerana ulama Hadis seperti Bukhari dan lain-lain telah mengemukakan sanad mereka, maka tradisi ijazah adalah sebagai tabarruk saja. Akan tetapi, Asri salah dalam membela al-Albani, kerana al-Albani-lah orang yang telah melakukan sesuatu yang bukan ahlinya. Dia jugalah yang telah meneliti sanad-sanad padahal – seperti kata-kata ulama hadis India – sanad-sanad telah selesai/tuntas dinyatakan oleh ulama Hadis sebelumnya. Dan akhirnya apa yang terjadi, al-Albani telah dengan mudahnya melemahkan satu perawi akan tetapi di dalam kitab yang sama ia mensahihkannya. Ini menunjukkan al-Albani bukanlah orang yang Alim dalam ilmu hadis. (Lihat kitab Tanaqud al-Albani dan bandingkan dengan kitab asal al-Albani, baru diketahui secara ilmiah dan ini ilmiah juga).

Selain dari itu, Asri juga harus tahu, al-Albani telah mentarjih (tashih dan tadl’if) hadis-hadis dengan tanpa memenuhi syarat. Padahal al-Albani tidak hafal hadis, sedangkan syarat menta’dil harus hafal seperti kata imam al-Suyuthi “وخذه حيث حافظ عليه نص # أو من مصنف بجمعه يخص”. Jadi apa yang menjadi kata-kata budak pondok Kelantan tersebut adalah berdasar dan dapat dibenarkan. Lebih-lebih lagi, bukan budak tersebut sendirian saja yang berpendapat sedemikian. Ulama Hadis di Madinah; Muhammad Awwamah di dalam kitabnya Atsar al-Hadis al-Syarif p. 51 juga menegaskan yang sama. Ia menetapkan kejahilan al-Albani dengan sebuah riwayat yang lucu apabila dibaca. Mungkin Asri salah memahami kata-kata ulama Hadis India tersebut, kerana mungkin saja Asri tidak mengerti bahasa Urdu atau Arab dialek India (kerana yang saya jumpa bahasa Arab India kadangkala agak sedikit berbeza uslubnya dengan di Arab walaupun tidak salah dari segi nahwu).

Bagi saya, seperti apa yang diajarkan oleh ulama hadis saya, dan salah satunya adalah Ustaz Fahmi Zamzam (alumni madrasah al-Nadwah, India dan Muhammad bin Alawi al-Maliki) yang saya sempat mengikuti acara khataman kitab al-Awail al-Zamzamiyah bahwa dalam menetapkan hadis tersebut sahih, dan daif serta hasan atau tidak sudah tidak diperlukan lagi, kerana ia sudah dinyatakan oleh ulama Hadis yang lebih alim terdahulu. Jadi yang salah di sini justru al-Albani, seorang yang dikagumi Asri serta kuncu-kuncunya.

2- Kata-kata Asri
“Sebaliknya, di negara kita, ada yang menganggap Islam tidak dapat difahami melainkan setelah penat belajar di bawah pelita minyak yang malap, tinggal dalam pondok yang senget”
adalah yang memilukan. Apakah Asri tidak tahu bahwa menuntut itu perlu waktu yang lama? Dan juga memerlukan kepayahan. Tapi tidak ada di dalam Pondok mana-mana yang menuntut untuk semua pelajar kene pakai lampu minyak? Tidak ada yang menuntut pelajar kene duduk di pondok yang kumuh, dan senget (mereng atau dah nak runtuh). Justru ini membuktikan Asri berbicara tanpa tahu apa yang terdapat di Pondok. Kalau saja dia pergi ke Kelantan dan lihat bagaimana megahnya Pondok al-Rahmaniyah, Lubuk Tapah? Cobalah pergi ke Pondok Salaf Sidogiri yang kaya raya itu? Cuba lihat bagaimana megahnya pondok al-Fitrah Kedinding Surabaya yang luas di dalam kota Surabaya? Atau marilah melawat Pondok Pesantren Raudlatul Ulum, Kencong, Pare, Kediri yang bersih! Semua pondok ini telah mengeluarkan ulama-ulama besar yang jauh lebih hebat dari seorang Asri. Lubuk Tapah dipimpin oleh Tuan Guru haji Abdullah yang sewaktu masih hidupnya banyak ulama Arab sendiri datang menziarahinya (sayyid Muhammd bin Alawi al-Maliki, habib Umar, Kyai Ihya’ Ulumuddin, Sayyid Gibril, dan lain-lain). Mereka semua meminta ijazah dari Tuan Guru tersebut (Apakah ada ulama dari Arab datang menemui Asri dan meminta ijazah darinya?). Pondok Pesantren Lirboyo telah mengeluarkan lebih dari 50 kader ulama masa depan setiap tahunnya. Salah satu alumninya adalah Kyai Maimun Zubair, Sarang Jawa Tengah. Kyai Maimun seorang yang alim dalam semua bidang ilmu agama. Kalau Asri tidak percaya datanglah melawatnya dan berdiskusilah dengannya. Beliau dapat membahas lebih dalam dan lebih ilmiah dari Asri.

3- Sedangkan kata-kata Asri
“Baginya tokoh ulama hanya guru pondoknya. Para ulama timur tengah langsung tiada tempat dalam dirinya. Seakan-akan Nabi s.a.w itu dulunya lahir di kawasan pondoknya.”
Itu adalah kalam yang fasid sefasid-fasidnya. Kebanyakan pondok-pondok sangat senang diziarahi ulama besar dari Arab seperti Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki. Apakah Sayyid Muhammad bukan dari golongan ulama Arab? Justru Asri salah dengan kata-kata “bahasa melayu sankrit lama”, kerana kalau Asri pergi ke Pondok-pondok yang ada di Jawa, semua kitab yang dikaji dari kelas bawah yaitu pelajaran Awamil Jurjani sampai ke kitab Uqud al-Juman yang mungkin Asri belum pernah baca sekalipun memakai kitab yang berbahasa Arab. Dan di Pondok melayu lama pun tidak mempertikaikan apakah menggunakan kitab melayu atau arab? Yang penting faham dan khatam. Jangan baca sekerat-sekerat saja. Perlu Asri tau, murid-murid lulusan pesantren/pondoklah yang justru berjaya dan mendapatkan 1st class honor kalau dia masuk ke university. Menurut dosen saya, kalau di Saudi sekalipun (University Saud Riyadl tempat beliau study), kalau ada yang dapat mumtaz dari Asia, maka ia adalah seorang anak pondok salaf Nahdlatul Ulama. Herankan? Seorang `Asya’irah berjaya di University Wahabi??
Nama Laqab Wahabi bagi Puak Asri CS.

Dalam artikel ini dan juga artikel yang pernah saya baca, Dr. Asri sangat menolak pemberian nama Wahabi kepadanya, ia mengatakan Muhammad bin Abdil Wahhab adalah seorang yang alim dan murni memperjuangkan akidah yang suci. Saya jujur sahaja, sebenarnya saya tidaklah perduli dengan nama Wahabi tersebut, yang terpenting adalah apakah ia memiliki ideologi seperti golongan-golongan yang mereka anut itu yaitu seperti Bin Baz, Utsaimin, al-Albani, Shalih Fauzan al-Fauzan dan lain-lain yang dengan mudah membid’ahkan yang sesat terhadap majority amalan umat muslim di dunia, mulai dari bertaklid dan bermazhab, bertawassul, bertarekat, ziarah kubur dan lain-lain. Ideologi tersebutlah yang menjadi tujuan dari laqab wahabi, bukan semata-mata nama yang menjadi tujuan. Ok lah, kalau mereka tidak ingin disebut wahabi, maka saya dengan suka rela menyebut mereka dengan salafi seperti claim mereka itu sendiri yang menyebut salaf al-shalih. Tapi saya dengan tegas berpendapat ideologi tidak boleh lari walaupun nama berubah. Dan nama salaf al-shalih di sini bukanlah salaf al-shalih yang dimaksud dalam kitab-kitab salaf seperti Imam al-Syafi’I dan lain-lain, kerana Imam al-Syafi’I misalnya selalu bertawassul dengan Abu Hanifah setelah meninggalnya (Lihat: Tarikh Baghdad, vol. 1 p. 123). Akan tetapi, golongan Asri menolak tawassul dan mengharamkannya? Bagaimana dengan Syafi’i?? Syirikkah dia??

Pengakuan Mazhab Syafi’I, bukan Berarti Menolak Sunnah!

Dalam statement yang jelas dan penuh muslihat, Asri berkata “
Di tempat kita juga demikian, golongan yang membuat amalan-amalan yang tidak benar pada nilaian al-Quran dan al-Sunnah akan membela diri dengan menyatakan ini adalah mazhab Syafi`i dan menuduh golongan yang menegur mereka sebagai wahabi. Ternyata mereka menggunakan modal yang sama. Kebanyakan perkara yang mereka dakwa sebagai mazhab Syafi`i, tidak pernah pun disebut al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi`i r.a.. Bahkan di kalangan mereka ada yang tidak pernah membaca al-Umm karangan fiqh beliau, atau al-Risalah dalam usul fiqh dan hadith”.
Masalahnya, apakah amalan Asri sudah benar-benar sesuai al-Qur’an dan Sunnah Nabi? Mereka dengan mudahnya mengatakan kami yang bertentangan pada dua sumber Islam tersebut. Mereka juga menganggap amalan kita tidak sesuai dengan pendapat Imam al-Syafi’I sendiri.
Contoh hujjah mereka, kenapa melafazkan niat sewaktu solat? Padahal ia tidak diajarkan Imam al-Syafi’I sendiri? Mana hujjahnya dalam al-`Umm? Saya cukup ketawa dan menilai pendapat mereka itu sangat lemah dan hanya berlindung pada apakah Imam Syafi’I berkata seperti itu? Terus terang! Kalau kita belajar mazhab Syafi’I, kita akan tau bahwa Imam Syafi’I ada dua mazhab yaitu qadim dan jadid. Ini disebabkan beliau berijtihad. Dan ijtihad seseorang itu boleh berubah sesuai dengan perkembangan ilmunya. Akan tetapi, ijtihad yang memiliki dasar tidak boleh dirusak dengan ijtihad yang baru walaupun memiliki dasar pula (الإجتهاد لا ينقض بالإجتهاد). Begitu pula dengan mazhab Syafi’i. dalam hal melafazkan niat, memang Imam Syafi’I tidak menyebutkan secara sharih. Beliau bahkan tidak melarang secara sharih! Maka “عدم العلم نفي العدم” kalau tak tau bukan berarti tidak ada! Dalam kitab al-Majmu’ ditetapkan bahwa murid-murid beliaulah yang menganggap dan berijtihad bahwa melafazkan niat adalah sunnah kerana ia mengukuhkan niat dalam hati yang menjadi rukun dari sholat! Ini merupakan ijtihad muri-murid Syafi’i. apakah murid-muridnya bukan mujtahid juga? Padahal Imam al-Mawardi juga disebut dengan mujtahid mazhab! Imam Nawawi dan Rafi’I sebagai Mujtahid Fatwa! Belum lagi dari mazhab lain seperti Hanafi dan Hanbali yang juga menetapkan sunnah, kecuali Maliki yang menganggap ia makruh (tidak Haram)! (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, vol. 1 bab Sholat bagian niat; saya juga telah mengkaji dalam kitab asal mereka, dan ia telah ditetapkan seperti kata-kata Wahbah al-Zuhaily).

Jadi kesimpulan saya, apa yang dilakukan umat islam dengan mengklaim ia adalah mazhab Syafi’I itu adalah benar, kerana kitab-kitab muta’akhirin seperti minhaj al-thalibin, nihayat al-muhtaj, tuhfah, fath al-muin dan lain-lain tidak lain merupakan tarjih ulama Mazhab Syafi’I terhadap mazhab Syafi’I berdasarkan ilmu usuli dan qawaidi yang menjadi inti di dalam mazhab Syafi’i.

Pernyataan kami dari pondok tidak membaca kitab al-Umm dan al-Risalah adalah salah.

Mungkin saja benar kalau yang ditanya adalah budak pondok yang memang belum tahu apa-apa. Atau mungkin ustaz pondok yang class dia masih berada di bawah. Kalau Asri datang ke Jawa, saksikanlah bagaimana Kyai-Kyai yang academic membuktikan mazhab Syafi’I dengan berhujjah memakai kitab al-Umm dan konsep al-risalahnya dengan ilmiah! Saya sendiri dengan harapan doa dari semua pembaca dan orang lain dapat menyelesaikan skripsi saya tentang kajian penerapan usul fiqh syafi’I dalam al-risalah di dalam al-Umm itu sendiri. Amin…Amin….

Masalah pentarjihan pendapat yang kuat seperti kata-kata Asri, yang mana ia meninggalkan pendapat yang lemah walaupun dari Syafi’I, perlu dicermati. Apakah apabila Asri menetapkan ia lemah, berarti benar-benar secara hakiki pendapat itu lemah? Sehinggakan berqunut di waktu Subuh itu bid’ah? Kerana dalil lemah menurut Asri? Saya selama mengkaji dan mengaji dari kyai-kyai dan secara otodidak pun, selalu berusaha menilai sebuah dalil. Tapi selalu saya temukan, bahwa apabila ada tarjih, pasti dipandang satu sisi, sedangkan yang lain dari sisi yang lain pula. Hasilnya, khilaf. Maka apakah perbedaan sisi pandang membuat kita takfir dan tabdi’? tidak ada satu pun ulama salaf yang saya temu mentabdi’kan qunut yang dikeluarkan Imam Syafi’I dalam al-Ummnya. Di dalam dunia Pesantren, kalau seorang murid itu sudah sampai derajat ustaz, maka dalam membahas ia pasti selalu membandingkan antara qauli dan usuli. Dari sini kita dapat tahu, mengapa terjadi perbedaan pendapat antara ulama. (Sila datang ke program musyawarah kitab Mahali di Pondok Pesantren Lirboyo, Kediri).

Prinsip Saya, Seorang Santri/Pelajar Pondok Traditional Menghadapi Modern

Jujur saja, saya dan kawan-kawan di Pondok Traditional selalu meninggikan sifat ilmiah dan cinta ilmu. Claim bahwa di Pondok itu terdapat taksub adalah salah. Taksub sebegitu yang terlihat itu mungkin kerana unsur tawadlu kami terhadap guru-guru kami yang sangat menta’zimnya dengan cara mencium tangan, bahkan kaki sekalipun! Tapi ini bukan taksub, ini ta’zim! Taksub adalah apabila kami menolak semua pendapat kecuali apa yang dikeluarkan oleh guru kami. Ternyata itu tidak terjadi. Kami sendiri selalu memakai pendapat dari kitab-kitab walaupun tidak sefaham dengan guru kami. Seperti misalnya, kalau ada musyawarah membahas sebuah hukum, apabila guru kami yang menjabat sebagai mushoheh atau perumus, lalu berpendapat, dan pendapat tersebut kalau menurut kami ada cacat hukumnya, maka tanpa segan kami mengeluarkan hujjah lain yang menurut kami itu yang betul. Tapi kami tetap menamamkan sifat hormat dan takzim kami kerana mereka lebih alim dan lebih tua dari segi umur dan ilmu. (Saksikan acara Bahtsu al-Masail Pondok Pesantren di mana-mana pondok salaf). Apakah kami jumud? Cobalah Asri baca hasil Bahtsu al-Masail kami. Apabila ada suatu masalah yang tidak diperbolehkan dalam mazhab Syafi’I, padahal perkara tersebut sangat diperlukan dalam kebutuhan zaman sekarang, maka kami tanpa segan mengambil pendapat dari mazhab lain. Dan ini membuktikan kami tidak jumud! (Lihat hasil BM tentang masalah perbankan dan lain-lain).

Apakah kami kampungan? Sorry sikit! Sekarang banyak dari lulusan Pesantren Salaf yang telah sampai di berbagai University Modern. Ini adalah berkat dari perjuangan Pesantren yang enggan tunduk pada perubahan kurikulum yang dituntut Department Agama (DEPAG) seketika dulu. Depag dahulu menuntut untuk dimasukkan pelajaran-pelajaran modern dan merubah pelajaran fiqh dengan memakai kitab baru mereka. Mereka juga membuang pelajaran-pelajaran tertentu di Madrasah pemerintah atau disebut dengan Madrasah Negeri. Mereka memberi ketentuan bahwa mana-mana madrasah swasta yang enggan tunduk pada kurikulum Depag akan dikenakan sanksi tidak diakuinya ijazah mereka. Maka lulusan pesantren salaf tidak mendapat tempat di perguruan tinggi (university). Efeknya, banyak mak bapa yang enggan memasukkan anak ke Pesantren salaf dan memasukkan anak mereka di Madrasah Negeri kerana ia adalah yang diakui. Akan tetapi, secara realita apakah ada ulama atau kyai Jawa merupakan lulusan Madrasah Negeri? Kyai yang alim hampir semuanya berasal dari pesantren salaf (Seperti KH Sahal Mahfudz, Maimun Zubair, Gus Mus, dan lain-lain).

Sebagai tindak balas, Pesantren Gontor merubah sistem mereka menjadi modern. Mereka merubah kurikulum mengikut madrasah di Arab seperti Mesir dan Saudi. Akibatnya, kitab al-Tauhid karangan Shalih Fauzan al-Fauzan menjadi kitab utama dalam bidang tauhid. Padahal kitab tersebut adalah beraliran Wahabi. Akan tetapi karena Gontor mengikut apa yang dituntut Depag, maka Gontor diberi sijil mu’adalah atau diakui. Maka berbondong-bondonglah orang mengirim anaknya kesitu, sama ada dari Golongan Muhammadiah atau Nahdlatul Ulama. Lebih-lebih lagi pihak Gontor mengclaim bahwa mereka tidak menyebelahi mana-mana akidah. Akan tetapi, ini adalah sebuah tipu muslihat yang nyata. Mengapa kitab Tauhid bagi class yang penting diisi kitab yang berbau Wahabi? Mengapa kitab-kitab salaf dibuang?

Alhamdulillah, Asri dan puaknya harus tahu. Di Indonesia sekarang tidak membeda-bedakan jenis pesantren. Asalkan seseorang murid yang telah lulus dari sebuah lembaga pendidikan itu benar-benar mampu untuk masuk ke University dengan ujian tertentu, maka ia dapat diterima di University tersebut. Seperti contoh University saya, yaitu Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri Kediri malah mengadakan program akseklerasi Pesantren dengan menawarkan hanya 2 tahun bagi program S1 (degree). Ini dikarenakan lulusan pesantren terlalu tinggi ilmunya dibandingkan dengan mata kuliah yang ada di University dalam hal agama seperti fiqh, usul fiqh, bahasa arab, dan lain-lain.

Maka nasihat saya yang terakhir, janganlah meremehkan dunia pondok, kerana secara jujur susah menemukan ulama yang betul-betul alim dalam agama kecuali ia adalah keluaran pondok.


Kerana Abang Saya suruh letak link, maka saya pun kembali ke web minda tajdid. tapi sayangnya post Dr. Maza sudah tidak ada lagi. maka demi pembuktian bahwa ada, sila browse di google atas nama kembara ilmu ke India. maka anda akan menemui memang benar ia pernah diterbitkan di dalam MInda Tajdid dengan alamat drmaza.com/home/?p=583 .....

Nasib baik saya sempat copy untuk saya kaji dan menjawab tuduhan tersebut. maka oleh itu, saya akan paste-kan artikel asal Dr. Maza ni. Jujur saja, saya tidak tau kenapa ia hilang dengan tiba-tiba dari web Minda Tajdid....aneh...aneh...

Artikel Asal Dr Maza : Kembara Ilmu Ke India

Artikel Dr. Maza:

Kembara Ilmu Ke India…..

Disiarkan pada Apr 09, 2009 dalam kategori Dakwah |

Artikel ini merupakan catatan perjalanan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin pada Tahun 2001, Sewaktu kunjungan beliau Ke India.

Hampir sebulan saya berada di India. Kebanyakan orang awam di Malaysia, bila disebut sahaja India, mereka akan terbayang wajah-wajah pelakon Bollywood. Ramai juga akan menyangka India ini seindah yang digambarkan dalam filem-filemnya. Mereka tertipu dengan mainan filem.
Namun saya bukan pergi mencari para pelakon Bollywood, tetapi saya pergi bertemu, menziarahi dan mengambil manfaat ilmu daripada para ulama hadith yang masih hidup di India. Yang sebahagian mereka adalah anak-anak kepada tokoh-tokoh pengarang syarah kitab-kitab hadith.

Saya tidak melihat India seindah yang dipertontonkan oleh orang kita di dalam filem-filemnya, saya melihat Indah begitu kotor, miskin, entah berapa puluhan juta penduduknya kelaparan dan tanpa tempat tinggal, hidup merempat di kiri dan kanan jalan. Sistem kasta yang mencengkam hidup mereka. Kekotoran yang membaluti kota dan manusia. Penipuan menjadi mainan lidah dan cara. Yang kaya barangkali memang kaya. Tetapi kaya di atas kemiskinan ratusan juta manusia. Adapun yang menganggap India seindah filemnya dan ingin sekali menikmati udara India, sebenarnya semua itu adalah hasil propaganda filem semata. Demikianlah media-massa selalu berjaya membohongi mereka yang percaya dan beriman dengannya.

Untuk pengetahuan kita, sesungguhnya orang Islam pernah memerintah India hampir seribu tahun. Pada pandangan saya, India adalah negeri yang paling sukar untuk Islam berperanan mengikis kesesatan, khurafat dan kekarutan kepercayaan penduduknya.

Ini disebabkan banyak faktor, antaranya peranan kebanyakan pemerintah yang tidak berkesan dan tabiat penduduknya yang begitu cenderung kepada khurafat dan berakar umbi dalam perasaan dan fikirannya. Hinggakan sistem kasta yang dianuti oleh agama Hindu, masih mempengaruhi sebahagian penganuti Islam di India.

Ini sama seperti yang berlaku kepada orang melayu dahulu yang dipengaruhi ajaran hindu dan selainnya, kemudian apabila datang Islam, menerima Islam, di samping terus dibawa sebahagian ajaran hindu dan khurafatnya, seperti persandingan pengantin, nasi kunyit untuk sesuatu upacara, tepung tawar, percayakan sial-sial tertentu dan seumpamanya.

Demikian juga kebanyakan muslimin India bahkan lebih jauh dari itu, banyak kesan-kesan ajaran Hindu dan khurafat yang lain terkena kepada mereka. Bahkan ada yang membawa menjadi begitu sesat bahkan juga sebahagiannya terkeluar dari daerah Islam kepada daerah kufur. Ada sejumlah yang banyak yang mengaku Islam di India yang percayakan angka, terutama angka 786. Masjid-masjid mereka ini ditulis ini dipintu masjid sebagai ganti kepada Basmalah (bismillah).

Di tempat kita pun ada juga ajaran tarekat yang sesat yang terpengaruh dengan ajaran ini mengajar pengikutnya jika ingin membaca bismillah hendaklah sebanyak 786 kali. Paling buruk sekali, dikatakan melebihi separuh muslimin India terlibat dengan ajaran Bralewi, mereka menyembah kubur tokoh-tokoh agama terutamanya tokoh-tokoh tarekat. Antara tempat utama mereka ialah Darga bersebelahan dengan markaz utama Jama`ah Tabligh di Nizamudin.

Upacara mereka sangat pelik, tempat mereka bagaikan kuil yang dipenuhi pelita-pelita api. Mereka menabur bunga dan air wangi sebelum memohon hajat. Bahkan saya melihat dalam kalangan mereka sujud kepada kubur seperti dalam solat. Dalam masa yang lain, mereka juga bersolat lima waktu, membaca al-Quran dan berzikir dengan cara mereka Cumanya yang menghairankan saya, di hadapan markaz utama jamaah tabligh sehingga ke tempat penyembah bagaikan pasar jualan peralatan upacara ibadat Bralewi, di manakah yang dikatakan dakwah kepada La Ilah illa Allah?.

Di celah-celah itu semua Allah tetap memberikan kurnianya kepada para muslimin India yang begitu ramai itu. Sebelum beberapa dekad yang mutakhir, benua India pernah menjadi pusat terbesar perkembangan ilmu hadith, hampir dua kurun lamanya. Pengasas utamanya ialah al-Imam Shah Waliyullah al-Dahlawi (1114-1176 hijrah).

Di India beliau digelar Markaz al-Asanid fi al-Hind iaitu pusat sanad-sanad hadith di India. Sesiapa yang berminat dengan kisah sanad hadith di India, dia patut membaca al-`Anaqid al-Ghaliyah min al-Asanid al-`Aliyah karya Maulana Muhammad `Asyiq Ilahi al-Barni al-Mazhahiri. Kitab ini menghimpunkan sanad-sanad para ulama Deoband sehingga ke al-Imam Shah Waliyullah al-Dahlawi.

Saya dan sahabat saya pergi ke India membawa surat sokongan peribadi daripada guru hadith Ph.D kami, Dr. Muhammad Abul Laith al-Khair Abadi, pengarang kitab Takhrij al-Hadith, `Ulum al-Hadith bain al-Asalah wa al-Mu`asarah dan lain-lain. Beliau juga berasal dari India, pernah belajar di Deoband dan mendapat Ph.D dari Umm al-Qura, Mekah.

Hasilnya, kami dapat bertemu, menziarahi, mengambil manfaat daripada beberapa ulama hadith India. Kami sempat membaca Risalah al-Awail, petikan dari kitab-kitab hadith di hadapan mereka serta nasihat-nasihat yang berguna. Juga mereka mengijazahkan sanad mereka. Antaranya, sanad daripada anak pengarang Faidh al-Bari syarah Shahih al-Bukhari, Maulana Anzar Shah iaitu anak Anwar Shah al-Khasmiri.

Salah satu sanadnya daripada al-Syeikh `Abd al-Fattah Abu Ghuddah seorang muhaqqiq yang terkenal. Juga sanad daripada Maulana Zainul `Abidin al-A`azami, yang diambil daripada tokoh hadith yang terkenal, al-Syeikh Habib al-Rahman al-A`azami. Juga beberapa sanad yang lain. Namun begitu, perlu diperingatkan bahawa sanad hadith pada zaman ini, pada hakikat, tidak diperlukan lagi.

Para penulis kitab-kitab hadith seperti al-Imam al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai, Ibn Majah, Ibn Jarud, Ibn Hibban, Ibn Sakan dan lain-lain telah pun menyatakan sanad mereka. Kajian para perawi hanya setakat mereka sahaja. Selepas itu tidak diperlukan lagi. Ulama di India sendiri menganggap pemberian ijazah sekadar suatu cara tradisi dan sekadar mengharapkan keberkatan pertemuan dengan guru sahaja.

Malangnya, ada seorang penulis keluaran pondok Kelantan yang kekadang menulis di dalam majalah-majalah, seakan menganggap seseorang seperti al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani tidak boleh dianggap sebagai tokoh ulama dalam ilmu hadith kerana tidak menghimpunkan sanad. Inilah adalah satu kejahilan yang amat nyata. Inilah bala bila semua orang cuba mengaku pandai dan mencampuri apa yang bukan urusannya.

Alangkah baik sekiranya dunia pondoknya diluaskan. Dia patut belajar cara mengutip manfaat daripada semua tokoh seperti Al-Syeikh `Abd al-Fattah Abu Ghuddah yang berguru dengan al-Syeikh Syakir, juga al-Kauthari, sekalipun kedua gurunya itu tidak sehaluan. Bacalah Imdad al-Fattah karangan murid Abu Ghuddah yang meriwayatkan hal gurunya.

Di India saya tinggal Dar Ulum, Deoband juga Dar Ulum, Lucknow tempat Maulana Abu Hasan `Ali al-Nadwi. Deoband agak begitu traditional tetapi pengajiannya patut disanjungi. Al-Syeikh Rasyid Redha pernah menziarahi Dar Ulum Deoband dan memujinya. Dar Ulum, Deoband berjasa dalam memerangi golongan khurafat dan bid`ah terutama golongan penyembah kubur.
Untuk menghadapi dakwah ulama Deoband maka ahli bid`ah dan khurafat di India menyatakan mereka berada atas sunnah dan menuduh para ulama Deoband sebagai wahhabi. Walaupun Dar `Ulum Deoband itu kuat bermazhab Hanafi sedangkan al-Syeikh Muhammad bin `Abd Wahab seorang yang bermazhab Hanbali. Tujuannya hanya untuk mempertahankan khurafat dan bid`ah mereka.

Para ulama Deoband bangun membela diri mereka, sekaligus membela al-Syeikh Muhammad bin `Abd Wahhab, sekalipun tiada hubungan antara mereka dengannya, kerana mereka tahu tokoh berkenaan dizalimi dan difitnah. Sesiapa yang inginkan pendetilan sila baca Dar `Ulum Deoband, keluar Akademi Syeikh al-Hind.

Di tempat kita juga demikian, golongan yang membuat amalan-amalan yang tidak benar pada nilaian al-Quran dan al-Sunnah akan membela diri dengan menyatakan ini adalah mazhab Syafi`i dan menuduh golongan yang menegur mereka sebagai wahabi. Ternyata mereka menggunakan modal yang sama. Kebanyakan perkara yang mereka dakwa sebagai mazhab Syafi`i, tidak pernah pun disebut al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi`i r.a.. Bahkan di kalangan mereka ada yang tidak pernah membaca al-Umm karangan fiqh beliau, atau al-Risalah dalam usul fiqh dan hadith.

Lebih dahsyat lagi, ada yang tidak pernah tengok teksnya dalam bahasa arab. Pun begitu segala amalannya disandarkan kepada imam yang mulia itu. Dalam masa yang sama sesiapa sahaja yang menegur amalan turun-temurun, sekalipun dengan menggunakan nas dari kitab al-Imam al-Syafi`i sendiri akan dituduh wahabi. Seakan Muhmmad bin `Abd al-Wahhab itu pengasas satu mazhab baru. Sedang beliau sendiri menyatakan beliau bermazhab Hanbali.

Saya sendiri, dalam beberapa hal dituduh wahabi. Sedangkan saya bukan keluaran universiti di Saudi, saya belajar di Jordan. Saya mengajar tempat saya Dewan al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Fekah Mazhab al-Syafi`i. Saya bermazhab syafi`i, tetapi secara insaf bahawa pendapat yang paling kuat dan kebenaran itu sendiri tidak hanya terkurung dalam satu mazhab sahaja. Kita patut melihat dalil dari semua mazhab. Ini bukan ajaran Muhammad bin `Abd al-Wahhab sahaja, tetapi itulah tunjuk ajar serta arahan semua imam-imam mazhab.
Malangnya dalam hal ini kita dituduh sebagai wahabi. Kalaulah sungguh Muhmmad bin `Abd al-Wahhab itu mengasaskan mazhab, saya secara peribadi tidak sudi untuk mengikutinya. Ini kerana imam-imam yang lain dalam feqah jauh lebih hebat daripadanya. Al-Albani sendiri menyatakan Muhammad bin `Abd al-Wahhab itu tidak begitu mantap dalam menghukum hadith dan menyimpulkan persoalan fiqh. Dia sebenarnya pejuang aqidah. Pada zamannya dia adalah pejuang yang menghapus khurafat dan syirik serta menegakkan aqidah yang bersih. Banyak buku ditulis mengenai jasanya, antara apa yang ditulis oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat.

Saya menziarahi tempat Maulana Abu Hasan `Ali al-Nadwi. Dalam hayatnya, beliau adalah seorang tokoh ilmu dan dakwah. Universitinya bercita-cita menghimpunkan antara unsur traditional dan kemodenan. Syiarnya ialah Al-Jam`u baina al-Qadim al-Salih wa al-Jadid al-Nafi’, iaitu menghimpunkan antara tradisi yang baik dan perkara baru yang bermanfaat.
Gabungan ilmu lama dan moden memungkin seseorang muslim hidup di zaman serba canggih ini. Islam tidak boleh digambarkan sebagai agama yang kuno serta ketinggalan zaman. Kemodenan itu sebenarnya milik Islam. Islam mesti hidup di timur dan barat, dalam generasi lama dan baru. Inilah yang hendak ditonjolkan oleh Abu al-Hasan `Ali al-Nadwi.

Sebaliknya, di negara kita, ada yang menganggap Islam tidak dapat difahami melainkan setelah penat belajar di bawah pelita minyak yang malap, tinggal dalam pondok yang senget, menggunakan bahasa melayu sankrit lama. Baginya tokoh ulama hanya guru pondoknya. Para ulama timur tengah langsung tiada tempat dalam dirinya. Seakan-akan Nabi s.a.w itu dulunya lahir di kawasan pondoknya.

Apa yang saya lihat juga, para ulama India samada di Deoband atau Lucknow terutama Maulana Abu al-Hasan `Ali al-Nadwi r.h., banyak memuji dan mengambil manfaat daripada Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Abu al-Hasan al-Nadwi sendiri mengarang kisah kehebatan dakwah Ibn Taimiyyah. Tokoh-tokoh ulama timur tengah seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi pun begitu.
Dalam buku Kaif nata`amul ma`a al-Sunnah, al-Qaradawi menyatakan Ibn Taimiyyah adalah tokoh ulama yang paling disayanginya dan paling dekat dengan akalnya. Demikianlah sesiapa yang membaca karya dan perjuangan Ibn Taimiyyah pasti akan mengkaguminya. Malangnya ada di negara mereka yang hidup untuk memusuhi Ibn Taimiyyah dan menfitnahnya.
Demikian sedikit catatan saya dalam kembara ke India. Semoga Allah meluaskan pengalaman kita dan memberikan pahala perjalanan ilmu.

****

Artikel terbaru yang ditulis Dr Asri di Utusan Malaysia pada Ahad bertarikh 19 April 2009 : Antara Kehendak Kerohanian Dan Tarekat. Silalah nilaikan sendiri.

Dan bacalah : Jawapan Kepada Tuduhan Dr Asri ini

Isnin, 20 April 2009

Hukum Memakai Emas Putih dan Platinum

Hukum lelaki memakai emas putih dan platinum

Soalan

Assalamualaikum wrm wrbt.

1. Adakah dibenarkan seseorang lelaki memakai emas putih seperti yang terdapat di pasaran sekarang?
2. Seseorang telah memberitahu saya bahawa emas putih tidak dikenakan zakat, jadi ianya dibenarkan bagi seseorang lelaki memakainya. Adakah ianya benar?

Sekian Terima Kasih.

Jawapan.

Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku."

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah:
"halal buat orang-orang perempuan."
Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda:

"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'"

(Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.

Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: 'aurum'wink dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, "malleable", dan "ductile". Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius.

Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-

White Golds: What are they?

What are 'white golds'? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold.


Juga disebut bahawa :-

"White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats."


Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu HARAM buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan,

Dalam takrifannya Platinum adalah :
"Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, "malleable", "ductile", berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil."


Jelas dari penjelasan ini, bahwa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Sumber : Jabatan Agama Islam Selangor