BismiLlahir Rahmanir Rahim
Melihatkan perkembangan di tanahair di Malaysia mengenai golongan yang mengaku diri mereka sebagai wahhabi salafi, muwahhidun, bahkan ada yang mengaku sebagai Firqatun Najiah (golongan selamat), pendokong Al Quran dan Sunnah tetapi dalam masa yang sama menjatuhi hukuman kafir, syirik, sesat kepada ulamak Islam dan umat Islam seluruh dunia. Maka di sini saya bawakan sebuah kitab yang bertajuk Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha yang membincangkan secara tuntas siapakah golongan yang selamat dan apakah ciri-cirinya.
Masalah wahhabi salafi bukan sahaja berlaku di Malaysia dan bukan sahaja menyerang mazhab Syafie di Malaysia, bahkan ia menyerang 3 mazhab besar yang lain dan ia berlaku di Indonesia, Mesir, Dubai, dan seluruh dunia.
Penulis buku ini adalah Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayalli pernah menjawat sebagai Ketua Lembaga Pengawasan Da'wah di Dubai. Terjemahan kitab ini boleh dibeli di Fajar Ilmu Baru Ent. Blok A, tkt 2, Wisma Yakin, 50100, Kuala Lumpur. AlhamduliLlah kitab ini menyokong kitab yang pernah ditulis oleh Dr Said Ramadhan Al Buthi mengenai golongan yang mengharamkan mazhab bahkan mencaci maki pengikut mazhab yang terdiri dari umat Islam dan ulamak seluruh dunia dan menyamakan mereka dengan keldai.
Risalah ini menjelaskan dengan dalil-dalil yang terang dan bukti-bukti yang kuat bahawa firqah najiah itu adalah orang-orang yang telah mengucapkan La ilaha illaLLah. Ditegaskan dalam risalah ini bahawa tidak boleh memberi kepastian hukum terhadap seorang Muslim bahawa dia akan masuk neraka atau masuk syurga tanpa hisab (kecuali yang telah dijelaskan di dalam hadith sahih mengenainya) Pemikiran ekstrim dalam masalah ini nyatalah telah membahayakan kehidupan masyarakat dan negara.
Risalah ini sekaligus sebagai jawapan kepada para penanya yang ingin tahu mengapa sering terjadi pertumpahan darah di negara-negara Islam? Menimpa orang-orang Muslim dan juga dilakukan oleh kaum Muslimin?
Jawapannya :
Bahawa pertumpahan darah itu adalah akibat dari sikap suka melakukan takfir iaitu pengkafiran terhadap kaum Muslimin yang lain.
2 ulasan:
Ana ucapkan terimakasih kepada akhie Ibnu Nafis kerana telah menjelaskan secara terperinci. Ana masa ini berada di Bahrain(GCC) juga mengalamai masalah yang sama penentangan dari golongan Wahabi-Salafi. Ana mohon untuk di copy-pastekan untuk jadikan sumber-sumber ana berdepan dengan golongan tersebut. Ana ucapkan jazakallah kahiran jazak.
Assalamu'alaikum,
silakan tuan, masalah wahhabi salafi adalah masalah global. Sikap mereka yang tidak berlapang dada, mengkafirkan, menghukum musyrik sesat tanpa hak kepada majoriti ulamak dan umat Islam memang sudah lama berlaku.
Dan tugas kita untuk mendedahkan bahaya wahhabi salafi ini pada perpaduan umat Islam di seluruh dunia.
WaLlahua'lam
Catat Ulasan