(h) Menafikan Kedudukan Nabi Adam Sebagai Manusia Pertama Ciptaan Allah s.wt.
Kassim Ahmad, juga menafikan tentang kejadian Nabi Adam, seperti mana dakwaannya yang disiarkan oleh Akhbar UTUSAN MALAYSIA, 14 Ogos 1995:
"............. NabiAdam bukanlah manusiapertama secara mutlak yang dicipta oleh Tuhan tetapi ia lebih merujuk kepada tiga konsep. Pertama, jelas Dr. Kassim Ahmad, Adam melambangkan manusia, kedua, ia mewakili masyarakat awal tamadun manusia dan ketiga, mewakili rasul-rasul yang pertama dalam masyarakat mereka".
"Sehubungan dengan itu, tambahnya lagi, manusia pertama dicipta oleh Tuhan sebenarnya wujud di beberapa tempat dan mereka boleh dianggap sebagai Adam".
"Ini benda yang belum pasti Adam bukan ada di satu tempat. Ia ada di beberapa tempat. Manusia yang asal, kita kata Adam dan orang yang menjadi guru yang Allah hantar untuk mereka, juga kita namakan Adam".
ULASAN
Di dalam Al-Quran jelas menyatakan tentang sejarah asal usul kejadian manusia pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t. sebagaimana firmannya di dalam surah Al-Hijr ayat 28- 29 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan)Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (Al-Hijr, ayat 28-29)
Di dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:
"Kamu semua adalah anak Keturunan Nabi Adam dan Adam dijadikan daripada tanah ......... ". (Riwayat Al-Bazzar)
Seluruh agama samawdi dunia ini, mengakui Nabi Adam adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Perkara ini adalah benar dan diperakui sendiri oleh Al-Quran. Kalau sekiranya kita berpegang teguh dengan Al-Quran, sewajamya kita menerima dan mengakui bahawa Nabi Adam adalah daripada ciptaan Allah. Kalau sekiranya kita tidak mempercayai perkara ini, dengan sendirinya kita tidak percaya kepada Al-Quran dan secara tidak langsungnya kita telah terang-terang menolak Al-Quran itu sendiri. Sebagai seorang Islam, kita wajib beriman dengan Al-Quran dan segala isi kandungannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan