Halaman

Isnin, 24 Mac 2014

KELEBIHAN MAJLIS ZIKIR





Malaikat selalu mencari-cari majlis zikir, dan orang yang bermaksiat sekiranya duduk bersama-sama dalam majlis zikir akan diampuni dosanya.

1. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 191 yang bermaksud:

Mereka -mereka yang menyebut nama Allah secara berdiri, duduk dan berbaring....Ayat ini adalah umum yang nyata yang tidak boleh dikecualikan darinya kecuali adanya nas yang lain atas jalan pengecualian dan takhsis.

2. Ulama juga berhujah dengan banyak Hadith-hadith sahih yang banyak, antaranya:

i. Hadith Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bermaksud:

Sesiapa yang menyebutku dalam satu kumpulan (al-mala`), Aku akan menyebutnya di dalam satu kumpulan yang lebih baik darinya. (Syarah Sahih Muslim, Jilid 17, hal.182).

Berkata Imam al-Suyuti RA: Zikir dalam al-mala` (berkumpulan), tidak boleh berlaku kecuali secara kuat (jahar). (al-Hawi li al-Fatawa, Jilid 1, hal. 389).

ii. Hadith riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Taala mempunyai Malaikat yang berjalan-jalan di atas muka bumi mencari majlis-majlis zikr, maka sekira dijumpai satu majlis, pada majlis zikir, mereka duduk bersama-sama mereka (ahli zikr), membentangkan sayap-sayap mereka (malaikat memanggil sesama mereka untuk turut serta) sehingga penuh antara mereka (ahli zikr) dan langit dunia. Apabila mereka (ahli zikr) bersurai, meraka yakni malaikat naik ke langit. Berkata: Allah SWT bertanya malaikat dan Dia sebenarnya mengetahui perihal mereka: Dari mana kamu datang? Para malaikat berkata: Kami datang dari tempat hamba-hamba Mu di bumi. Mereka bertasbih kepada Mu (yusabbihunaka), mereka , bertakbir kepada Mu (yukabbirunaka), bertahlil kepada Mu (yuhallilunaka), mereka memuji Mu (yahmadunaka), mereka memohon dari Mu.

Berkata Allah SWT: Apa yang mereka pohon? Para Malaikat berkata: Mereka memohon syurga Mu. Berkata: Adakah mereka melihat syurga Ku? Malaikat berkata: Tidak wahai Tuhanku!

Berkata (Allah SWT): Bagaimana agaknya sekiranya mereka melihatnya? Malaikat berkata: mereka akan memohon keamanan? Berkata (Allah SWT): Memohon keamanan dari apa? Berkata malaikat: Dari neraka Mu wahai Tuhan.

Berkata (Allah SWT): Adakah mereka nampak Neraka Ku? Para malaikat berkata: Tidak. Berkata Allah SWT: Bagaimana agaknya kalau mereka dapat melihat neraka Ku? Para malaikat berkata: Mereka akan beristigfar memohon keampunan Mu.

Berkata Allah SWT: Sesungguhnya Aku telah ampunkan dosa mereka, Aku kurniakan apa yang mereka minta, aku melindungi mereka dari perlindungan yang mereka minta. Berkata (Abu Hurairah): Berkata malaikat: Wahai tuhan, di kalangan mereka ada seorang hamba yang banyak dosa. Dia melalui kawasan itu, dan duduk bersama-sama mereka. Berkata: Berkata Allah SWT: Untuknya Aku ampunkan, merekalah kaum yang tidak menjadi celaka disebabkan adanya orang (pembuat maksiat) yang menyertai mereka.

Sumber : Jawapan Berzikir Beramai-ramai/Berjemaah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan