Halaman

Selasa, 30 November 2010

Berfikir Seperti Ulamak..

Oleh : Ustaz Umar Muhammad Noor

Saat ini saya tengah menikmati bacaan sebuah buku yang sangat menarik. Buku ini bertajuk five Minds for the Future, tulisan Howard Gardner. Beliau seorang penulis terkenal yang banyak menghasilkan buku-buku yang membahas tentang mekanisme pemikiran manusia. Dalam buku ini, beliau mengajukan lima mekanisme pemikiran yang wajib dikuasai oleh setiap orang yang ingin tetap bertahan di dunia yang terus berkembang dan membawa pelbagai cabaran baru. Lima pemikiran itu adalah pemikiran yang disiplin [discipline mind], pandai menghimpun [synthesizing mind], kreatif [creative mind], penuh hormat [respectful mind] dan etis [ethical mind].

Saya bukan hendak membahas tiap-tiap satu daripada lima cara pemikiran tersebut. Saya sadar itu berada di luar disiplin kajian saya. Akan tetapi, artikel saya kali ini akan mengulas sebuah ucapan Gardner yang saya temukan sangat mengena dalam hati dan kesadaran saya. Beliau menulis seperti ini:
“My formal discipline is psychology, and it took me a decade to think like psychologist.”


Saya setuju dengan kata-kata ini. Memang sering kali terdapat jurang antara disiplin formal seseorang dengan cara pemikiran yang seharusnya ia miliki dan gunakan. Dengan kata-kata lebih sederhana, anda tidak otomotik menjadi seorang pakar psikologi hanya karena anda lulus dari fakulti psikologi. Akan tetapi diperlukan masa yang cukup lama untuk melatih diri sehingga berpikir seperti seorang pakar psikologi. Fenomena ini terjadi pada semua disiplin ilmu, samada ilmu sekular ataupun ilmu agama.

Fiqh

Jika kita terapkan kata-kata ini dalam ilmu-ilmu keislaman, saya berani berkata bahawa seseorang tidak otomatik menjadi seorang faqih, atau berfikir seperti faqih, hanya dengan belajar di jurusan di jurusan Syariah, di Universiti manapun.

Kemahiran fiqh [al-malakah al-fiqhiah] hanya diraih setelah lama bersabar melatih diri dalam menerapkan kaidah-kaidah usul, mengkaji semua hukum furu’ yang terdapat di dalam kitab-kitab fiqh, menyamakan dua hukum furu’ yang berbeza [al-asybah wan naza’ir] dan membezakan yang sama [al-furuq], mengembalikan furu’ kepada ushul, memahami berbagai hujah dan dalil, mengetahui masalah-masalah yang disepakati dan diperselisihkan [mawadi’ al-ijma’ wal ikhtilaf], mengkias dan mentakhrij masalah baru dengan masalah lama, memahami maqasid syariah, selain bermujahadah dengan sifat warak dan zuhud, dan selalu meminta petunjuk daripada Allah Swt.

Melatih diri dengan “fiqh praktikal” seperti ini akan membuat otaknya terbiasa berfikir dalam kerangka fiqh, lalu sedikit demi sedikit terbentuk jiwa seorang faqih di dalam diri. Pada saat itu, fatwa dan ucapannya tentang suatu hukum tidak akan melahirkan kontroversi. Berkata Imam Al-Syafii, sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitab Al-Faqih wa Al-Mutafaqqih [1/59]:

لَا يَحِلُّ لِأَحَدٍ أَنْ يُفْتِيَ فِي دِينِ اللَّهِ إلَّا رَجُلًا عَارِفًا بِكِتَابِ اللَّهِ بِنَاسِخِهِ وَمَنْسُوخِهِ ، وَمُحْكَمِهِ وَمُتَشَابِهِهِ ، وَتَأْوِيلِهِ وَتَنْزِيلِهِ ، وَمَكِّيِّهِ وَمَدَنِيِّهِ ، وَمَا أُرِيدَ بِهِ ، وَيَكُونُ بَعْدَ ذَلِكَ بَصِيرًا بِحَدِيثِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَبِالنَّاسِخِ وَالْمَنْسُوخِ ، وَيَعْرِفُ مِنْ الْحَدِيثِ مِثْلَ مَا عَرَفَ مِنْ الْقُرْآنِ ، وَيَكُونُ بَصِيرًا بِاللُّغَةِ ، بَصِيرًا بِالشِّعْرِ وَمَا يَحْتَاجُ إلَيْهِ لِلسُّنَّةِ وَالْقُرْآنِ ، وَيَسْتَعْمِلُ هَذَا مَعَ الْإِنْصَافِ ، وَيَكُونُ بَعْدَ هَذَا مُشْرِفًا عَلَى اخْتِلَافِ أَهْلِ الْأَمْصَارِ ، وَتَكُونُ لَهُ قَرِيحَةٌ بَعْدَ هَذَا ، فَإِذَا كَانَ هَكَذَا فَلَهُ أَنْ يَتَكَلَّمَ وَيُفْتِيَ فِي الْحَلَالِ وَالْحَرَامِ ، وَإِذَا لَمْ يَكُنْ هَكَذَا فَلَيْسَ لَهُ أَنْ يُفْتِيَ .

“Tidak halal bagi seseorang berfatwa di dalam agama Allah kecuali seseorang yang mengusai Kitab Allah; nasikh dan mansukhnya, muhkam dan mutasyabihnya, takwilnya dan tanzilnya, makki dan madaninya, dan apa yang dimaksudkan dengannya. Setelah itu, ia juga wajib menguasai hadis Rasulullah Saw, [hadis] nasikh dan mansukhnya, dan ia menguasai hadis sepertimana ia menguasai Al-Qurán. Ia juga mesti menguasai ilmu bahasa, menguasai syair-syair Arab yang diperlukan dalam [memahami Al-qurán dan sunnah], dan menggunakan ilmu ini dengan penuh keinsafan. Setelah itu, ia juga mesti mengetahui ikhtilaf para ulama dari berbagai negeri, ia juga harus memiliki tajam pemikiran. Apabila orang itu seperti ini, maka dipersilakan untuk berbicara dan berfatwa di dalam perkara halal dan haram. Jika tidak seperti itu, maka tidak boleh baginya berfatwa.”


Tanpa ini semua, anda mungkin boleh mendapat markah tinggi dalam mata pelajaran fiqh, bahkan meraih Doktor Falsafah dari Universiti Timur dan Barat, namun saya jamin anda tidak akan pernah menjadi seorang faqih. Dan gelaran mujtahid tentu lebih jauh lagi.

Hadis

Dalam bidang hadis pun seperti itu. Anda mungkin telah meraih gelar master atau doktor dalam bidang hadis, namun itu belum membuat anda menjadi seorang muhaddis apalagi hafiz. Untuk mencapai darjat ini, anda harus menghabiskan masa bertahun-tahun untuk menghafal nama-nama perawi, menimbang hafalan setiap daripada mereka, mengumpulkan sanad, mentakhrij hadis, menyingkap dan memahami ‘illat-‘illat yang sangat halus, mengkaji kometar ahli hadis dalam menilai status hadis, memeriksa kontradiksi matan hadis dengan nas-nas syarak yang lain [ikhtilaf dan musykil hadits], dan berbagai “ilmu hadis praktikal” lainnya.

Semua ini memerlukan ketelitian dan latihan yang panjang. Tanpa ini semua, anda mungkin boleh menguasai mustolah hadis [yakni menghafal istilah-istilah dan takrif-takrif] tapi bukan ilmu hadis. Anda mungkin menjadi sarjana dalam bidang hadis, namun bukan ahli hadis. Imam Husyaim bin Basyir berkata:


من لم يحفظ الحديث فليس هو من أصحاب الحديث

“Orang yang tidak menghafal hadis, maka bukanlah ia termasuk daripada ahli hadis.”
[Al-Kifayah fi ‘Ilm Al-Riwayah hal. 228].

Berkenaan dengan ini, Al-Hafiz al-Suyuthi menukil ucapan Tajuddin Al-Subki dalam pembukaan kitabnya “Tadrib Al-Rawi” [hal. 9] sebagai berikut:


من النَّاس فرقة ادَّعت الحديث, فكان قصارى أمرها النَّظر في «مشارق الأنوار» للصَّاغانى, فإن تَرَفَّعَت ارتقت إلى «مصابيح» البغوي, وظنَّت أنَّها بهذا القدر تصل إلى درجة المُحدِّثين, وما ذلك إلاَّ بجهلها بالحديث, فلو حفظ من ذكرناه هذين الكتابين عن ظهر قلب, وضمَّ إليهما من المُتون مثليهما لم يكن مُحدِّثًا, ولا يصير بذلك مُحدِّثًا حتَّى يَلج الجَمَلُ في سَمِّ الخياط, فإن رامت بُلوغ الغاية في الحديث على زعمها, اشتغلت «بجامع الأصول» لابن الأثير, فإن ضمت إليه «علوم الحديث» لابن الصَّلاح, أو مُختصره المُسمَّى «بالتقريب والتيسير» للنووى, ونحو ذلك, وحينئذ يُنادى من انتهى إلى هذا المقام: بمحدِّث المُحدِّثين, وبُخاري العصر, وما ناسب هذه الألفاظ الكاذبة, فإنَّ من ذكرناهُ لا يُعَدُّ مُحدثًا بهذا القدر, وإنَّما المُحدِّث من عرف الأسانيد, والعلل, وأسماء الرِّجال, والعالي والنازل, وحفظ مع ذلك جُملة مُستكثرة من المُتون, وسع الكتب السِّتة, و«مسند» أحمد بن حنبل, و«سنن» البَيْهقى, و«معجم» الطَّبراني, وضمَّ إلى هذا القدر ألف جُزء من الأجزاء الحديثية, هذا أقل درجاته, فإذا سمع ما ذكزناهُ, وكتب الطِّباق, ودار على الشِّيوخ, وتكلَّم في العلل, والوفيات, والمَسَانيد, كان في أوَّل درجات المُحدِّثين, ثمَّ يزيد الله من يشاء ما شاء.

“Sekelompok manusia mendakwa dirinya sebagai ahli hadis, padahal maksimal yang mereka lakukan hanyalah memandang kitab Masyariq Al-Anwar karangan Al-Saghani, paling tinggipun hanya sampai kepada kitab Masabih karya Al-Baghawi. Ia mengira dengan seperti ini telah mencapai darjat muhaddits.


Ini tidaklah hanyalah karena kejahilan mereka tentang hadis. Andai mereka menghafal kitab-kitab yang saya sebutkan tadi, ditambah dua kali lipat daripada itu, ia tetap belum menjadi seorang muhaddis hingga unta masuk ke lubang jarum! Jika ia ingin mencapai darjat tertinggi, ia menyibukkan diri dengan kitab Jami Al-Ushul karya Ibn Al-Atsir. Jika ia membaca bersamanya kitab Ulumul Hadits karya Ibn Al-Solah, atau ringkasannya yang bertajuk Al-Taqrib wa Al-Taysir karangan Al-Nawawi, pada saat itu ia segera digelari muhadits al-muhadditsin, atau “Bukhari zaman ini.”

Gelaran-gelaran dusta ini sangat tidak patut sama sekali. Sesungguhnya seseorang tidak dianggap sebagai muhaddits hanya dengan kadar seperti itu. Muhaddits ialah orang yang menguasai sanad, ‘ilal, nama-nama perawi, juga al-‘ali wan nazil [riwayat yang tinggi dan rendah], lalu menghafal jumlah yang banyak daripada matan-matan hadis. Ia mendengar dari gurunya enam kitab hadis [al-kutub al-sittah], Musnad Ahmad, Sunan Al-Baihaqi, Mu’jam Al-Thabarani, ditambah lagi seribu risalah daripada risalah-risalah hadis [al-ajza al-haditsiah]. Ini tingkatan terendah dalam darjat ahli hadis. Apabila bersama semua ini, ia mendengar juga kitab-kitab thibaq, lalu mendatangi berbagai ulama, dan berbicara tentang ‘ilal, wafat perawi dan berbagai sanad, maka ia telah mencapai darjat muhaddits. Lalu Allah akan menambahkan apa yang dikehendaki bagi orang yang dikehendaki-Nya.”

Dari praktek ke teori

Saya bukanlah ahli hadis, dan saya berlindung kepada Allah daripada mendakwa diri saya sebagai pakar hadis. Namun begitu, saya berminat dengan ilmu ini dan ingin berkongsi sedikit pengalaman kepada para pembaca sekalian. Mudah-mudahan memberi manfaat bagi sesiapa yang hendak mempelajari ilmu hadis dengan lebih efektif.

Apabila pertama kali menjejakkan kaki di Damsyik Syiria pada akhir tahun 2002 yang lalu, saya telah mempelajari “mustolah hadis” selama kurang lebih sepuluh tahun di Indonesia. Enam tahun di pesantren, dan empat tahun di universiti. Sebahagian besar istilah-istilah yang digunakan dalam ilmu ini beserta takrifnya telah saya hafal. Puluhan buku mustolahpun pernah saya baca. Namun di negeri baru ini, saya seolah belum tahu sedikitpun tentang ilmu hadis. Ilmu hadis yang diajarkan Syeikh Riyad Al-Khiraqi [semoga Allah memanjangkan usia beliau] benar-benar berbeza dengan ilmu hadis yang sebelumnya saya pelajari di Indonesia. Saya menjadi sadar bahawa selama ini saya hanya “menghafal istilah” hadis, bukan mempelajari “ilmu hadis”, apalagi menyelami dan menggunakan “pemikiran” ahli hadis.

Pada hari pertama pertemuan saya dengan Syeikh Riyad, saya mengungkapkan keinginan saya untuk belajar ilmu hadis daripadanya. Syeikh Riyad tidak segera menentukan satu buku mustolah yang akan kita baca bersama, akan tetapi beliau segera memerintahkan saya untuk menghafal nama-nama perawi yang terdapat di dalam Sahih Al-Bukhari dengan merujuk kepada kitab “Taqrib Al-Tahzib”. Setiap perawi harus saya hafal namanya, kuniahnya, gelarannya, status hafalannya, dan thabaqat-nya. Saya juga dilatih untuk membezakan dua perawi yang memiliki nama yang sama, agar tidak keliru antara keduanya. Saya diwajibkan menghafal minimal 500 sanad [setiap sanad terdiri dari paling kurang tiga nama perawi, paling banyak tujuh nama] sebelum memulai kajian kitab mustolah hadis yang paling asas, iaitu Matan Nukhbatul Fikar karya Ibn Hajar !

Dengan kata lain, Syeikh Riyad tidak ingin memulai pengajaran ilmu hadis dengan teori, namun dengan praktek. Sebab latihan praktikal itu yang akan membentuk kemahiran dalam jiwa seorang pelajar.

Pada hari itu juga, Syeikh Riyad mengucapkan kata-kata yang sangat berkesan ke dalam jiwa saya. Beliau berkata,
“Ilmu hadis seperti ilmu Nahwu. Andai engkau menghafal seluruh isi kitab “Alfiah Ibn Malik” sekalipun, namun jika tidak pernah mempraktikkan bahasa Arab dan I’rab, maka engkau tidak akan tahu apa-apa tentang Nahwu. Begitu juga ilmu hadis, andai engkau menghafal kitab “Muqaddimah Ibn Solah” sekalipun, namun jika tidak pernah menghafal perawi dan mengkaji sanad, maka engkau tidak tahu apa-apa tentang ilmu hadis!”


Metod pengajaran ini memang sangat berat, terbukti banyak murid beliau yang gugur di tengah jalan. Namun bagi saya, metod ini terbukti sangat efektif dalam membantu memahami cara pikir ahli hadis dengan lebih mendalam dan tepat. Siapa yang cukup kuat untuk melaksanakannya akan dapat menilai karya tulis dan takhrij tokoh kontemporari yang menulis dalam bidang hadis, siapakah yang lebih dekat dengan dengan logika ahli hadis dan siapakah yang jauh daripadanya? Wallahu a’lam.

Jumaat, 26 November 2010

Perlukah Berhutang Untuk Mengerjakan Ibadah Haji ?

Oleh : Mufti Brunei

Perlukah Berhutang Untuk Mengerjakan Ibadah Haji?


بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Antara tuntutan agama Islam yang wajib ditunaikan ialah ibadat haji. Ibadat haji merupakan salah satu daripada rukun Islam. Ia wajib ditunaikan oleh orang Islam yang mukallaf yang memenuhi syarat-syaratnya yang tertentu sekali dalam hidupnya.

Syarat Wajib Haji

Menurut para ulama, syarat-syarat wajib haji itu termasuk juga umrah ialah; Islam, baligh, berakal, merdeka dan istitha‘ah.

Apakah yang dimaksudkan istitha‘ah di sini? Istitha‘ah membawa maksud berkuasa atau berkemampuan untuk menunaikan haji. Ini dijelaskan dalam al-Qur’an, firman Allah Subahanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya:
“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji ke Baitullah bagi sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya.”
(Surah ’Ali ‘Imran: 97)

Ayat di atas menjelaskan bahawa haji diwajibkan ke atas orang yang berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakannya.

Istitha‘ah sebagai syarat wajib menunaikan haji itu terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama: Istitha‘ah mubasyarah binafsihi iaitu mampu mengerjakan sendiri ibadat haji dengan adanya kemampuan dari segi harta dan fizikal.

Kedua: Istitha‘ah bighairihi iaitu mampu mengerjakan ibadat haji dengan perantaraan orang lain kerana kemampuannya untuk mengerjakan ibadat haji dari segi harta sahaja, seperti orang yang wajib ke atasnya haji sebelum dia meninggal dunia, maka wajib ditunaikan haji bagi pihak dirinya dengan harta peninggalannya atau orang terlalu tua atau orang sakit yang tidak berupaya mengerjakan hajinya kecuali dengan mengupah orang lain untuk mengerjakan haji bagi pihak dirinya.

Syarat Istitha‘ah Mubasyarah Binafsihi

Orang yang mampu mengerjakan sendiri ibadat haji kerana kemampuannya dari segi harta dan fizikal terikat dengan beberapa syarat, iaitu:

(i) Mempunyai perbelanjaan atau bekalan yang mencukupi untuk dirinya ketika dalam perjalan pergi dan balik dan sewaktu dia melaksanakan ibadat haji, serta perbelanjaan sara hidup bagi orang yang diwajibkan ke atasnya menanggung nafkahnya semasa dalam pelayarannya.

(ii) Terdapat kenderaan untuk perjalanannya umpamanya kapal terbang, kapal laut, bas dan sebagainya, sama ada miliknya sendiri ataupun disewa dengan kadar sewaan biasa atau sewaan semasa menurut keadaan, tempat dan waktu.

Syarat ini adalah bagi orang-orang yang tinggal sejauh dua marhalah atau lebih dari Makkah al-Mukarramah iaitu jarak perjalanan yang membolehkan diqasharkan sembahyang.

Kedua-dua syarat di atas ada disebutkan dalam hadits Baginda Shallallahu ‘alahi wasallam daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya:

Maksudnya:
“Telah datang seorang lelaki kepada Nabi Shallallahu ‘alahi wasallam, lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah dia syarat yang mewajibkan haji itu?” Baginda bersabda: “Bekalan dan kenderaan.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

(iii) Hendaklah aman dan selamat dalam perjalannya daripada bahaya, seperti binatang buas ataupun musuh. Perkara ini bukan sahaja ke atas dirinya tetapi juga ke atas hartanya, kehormatannya dan juga keselamatan orang-orang yang bersamanya.

(iv) Sihat tubuh badan dan tidak menghadapi kepayahan atau kesukaran yang tidak dapat ditanggung menurut kebiasaannya dalam perjalanan umpamanya kerana tua atau sakit.

(v) Mempunyai kesempatan dan masa bagi mengerjakan fardhu haji. Maksudnya ialah seseorang itu memenuhi syarat-syarat wajib haji pada ketika itu mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat urusan dan melakukan perjalanan bagi mengerjakan fardhu haji.

(vi) Bagi perempuan, hendaklah ditemani oleh suaminya atau mahramnya atau perempuan-perempuan yang boleh dipercayai berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam:

Maksudnya:
“Janganlah seorang perempuan belayar bagi kecuali bersamanya suaminya atau mahramnya.”
(Hadits riwayat Muslim)

Maka jika salah satu daripada syarat-syarat istitha’ah tersebut tidak dipenuhi, maka tidaklah diwajibkan ke atas seseorang itu untuk mengerjakan ibadat haji.


Mengerjakan Haji Dengan Berhutang

Islam telah menetapkan bahawa ibadat haji tidak wajib ke atas orang yang tidak berharta. Islam juga telah menetapkan bahawa orang yang tidak berharta adalah tidak diwajibkan berhutang untuk mengerjakan ibadat haji.

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Abu Awfa Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya:
“Aku pernah bertanya kepadanya (Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam) tentang seorang lelaki yang belum lagi menunaikan haji, “Adakah dia perlu berhutang untuk menunaikan haji itu?” Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam menjawab: Tidak.”

(Musnad asy-Syafi‘e)

Begitu juga dalam sebuah atsar yang diriwayatkan daripada Thariq Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya:
“Aku pernah mendengar anak Abu Awfa (salah seorang sahabat Nabi Shallallahu ‘alahi wasallam) ditanya berkenaan seorang lelaki yang mahu berhutang dan mengerjakan haji (dengan hutangnya itu), beliau berkata: Mohonlah rezeki kepada Allah dan jangan berhutang.”
(Hadits riwayat al-Baihaqi)

Dalam hal ini juga, Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta’ala ada menyebutkan dalam kitab beliau al-Majmu‘:

Ertinya:
“Apabila sudah tidak wajib (haji itu) ke atas orang yang memang sedia ada hutangnya kerana hutangnya itu, maka tidak wajib berhutang (untuk pergi haji) itu adalah lebih awla (utama) lagi.”

Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta‘ala berkata lagi:

Ertinya:
“Telah berkata ulama-ulama asy-Syafi‘eyyah: Sekiranya orang yang memberi hutang itu setuju hutang itu dibayar kemudian sehingga (orang yang berhutang itu) pulang dari mengerjakan haji, ibadat haji itu masih tidak wajib ke atas orang yang berhutang itu tanpa ada percanggahan pendapat.”

Oleh itu, tidak dituntut dalam Islam menunaikan ibadat haji dengan berhutang, kerana pada dasarnya orang yang berhutang dan orang yang mempunyai hutang dianggap sebagai orang yang belum mempunyai kemampuan (istitha‘ah) untuk mengerjakan haji.

Islam Tidak Menggalakkan Berhutang Untuk Mengerjakan Ibadat Haji Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Ini dijelaskan dalam al-Qur’an sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya:
“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan.”
(Surah al-Baqarah:185)

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala lagi:

Tafsirnya:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”

(Surah al-Baqarah: 286)

Dalam konteks ini, jika sekiranya syarat-syarat wajib haji tidak dapat dipenuhi oleh seseorang, maka tidaklah wajib baginya pergi mengerjakan haji, walaupun haji itu salah satu daripada rukun Islam yang lima. Berhutang kerana tujuan tersebut adalah suatu perkara yang tidak dituntut oleh agama, kerana berhutang sangat membebankan dan boleh membawa akibat yang buruk seperti berlakumya kesusahan dan mengandungi risiko yang tinggi bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebutkan tentang orang yang berhutang dengan sabda Baginda:

Maksudnya:
“Dan jauhkanlah diri kamu daripada hutang, kerana sesungguhnya (hutang itu) awalnya adalah dukacita dan akhirnya pula mengambil harta orang dengan tiada mengembalikannya.”
(Hadits riwayat Malik)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lagi:

Maksudnya:
“Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung kerana hutangnya (yang belum dibayar) sehinggalah hutangnya itu dibayar.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Kedudukan Haji Orang Yang Berhutang

Walau bagaimanapun, sekiranya orang yang berhutang itu mengerjakan haji juga dengan duit yang dipinjamnya, maka ibadat haji yang dikerjakannya itu sah sebagai haji fardhu dalam Islam.
Apabila suatu hari nanti, jika dia sudah berkemampuan untuk mengerjakan haji, maka dia tidak lagi diwajibkan atau dituntut untuk mengerjakannya.

Ini jelas disebut oleh Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta‘ala:

Ertinya:
“Adapun untuk dikira haji yang dikerjakan itu menjadi haji Islam (haji fardhu), maka syaratnya ada empat perkara iaitu;

Islam, berakal, merdeka dan baligh. Jika seorang fakir berusaha dengan bersusah payah (untuk mendapatkan perbelanjaan bagi tujuan) mengerjakan haji, maka haji itu menjadi haji Islam.”

Beliau berkata lagi dalam kitabnya Minhaj ath-Thalibin:

Ertinya:
“Maka memadailah (sah) haji seorang yang fakir (yang berusaha dengan bersusah payah untuk mendapatkan perbelanjaan mengerjakan haji).”

Begitu juga asy-Syeikh al-Khathib asy-Syarbini Rahimahullahu Ta‘ala ketika mensyarahkan perkataan Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta‘ala di atas dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj,
beliau berkata:

Ertinya:
"(Dan begitu juga memadai (sah) haji yang dilakukan oleh) setiap orang yang tidak berkemampuan apabila terkumpul (dua syarat) iaitu merdeka dan taklif (berakal dan baligh).”

Sebagai kesimpulan, orang yang tiada kemampuan dari segi kewangan, tidaklah perlu ia menyusahkan dirinya dengan berhutang untuk mengerjakan ibadah haji yang merupakan salah satu rukun Islam, apatah lagi bagi orang yang sudah mengerjakan haji atau umrah.

Sumber :


Khamis, 25 November 2010

Adab menuntut ilmu hadis



















Oleh :
Ustaz Husni Allangkati

Pada saat ini penuntut ilmu hadis semakin banyak dan bertambah, di setiap negara kita melihat banyak Universitas yang membuka khusus jurusan hadis sehingga setiap tahunnya dapat mengeluarkan puluhan bahkan ratusan sarjana hadis, tetapi yang jadi permasalahan adalah, kenapa begitu banyak sarjana keluaran hadis tidak mencapai derajat " Muhaddis " dan "al-Hafizh" tetapi cenderung selalu menjadi pengikut utama dan setia Syeikh Nasiruddin al-Bani dalam segala sohehnya dan do`ifnya, padahal beliau sendiri belum mencecah tahap al-Hafizh, sebesar mana kefantikkan muridnya kepada al-Bani tetapi mereka tidak ada yang mampu mengatakan bahwa al-Bani itu seorang al-Hafizh.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar ilmu hadis tidak mampu naik ke tahap yang lebih tinggi ? Dari pengamatan penulis sebab-sebab pelajar tidak memiliki kemampuan yang handal dan mencapai gelaran yang lebih tinggi adalah karena tidak mengikuti cara dan adab-adab menuntut ilmu hadis, cuba pikirkan, penulis pernah berbicara dengan seorang mahasiswa yang telah menyelesaikan studynya didalam jurusan hadis, penulis hanya sekedar bertanya apakah beliau pernah membaca sohih Bukhari kepada seorang Syeikh atau guru, beliau dengan bangga mengatakan itu nggak perlu (tidak perlu), sebab itu sistem pengajian hadis pada masa dahulu, jawaban ini memang tidak profesional. Mana kehebatan ulama-ulama hadis pada zaman sekarang jika di bandingkan dengan ulama-ulama dahulu ? Jika jelas Muhaddis dahulu lebih hebat maka semestinya kita mengikuti cara dan etika mereka.

Apakah kebanggaan ketika kita cuma mengatakan, : " telah mensohihnyannya al-Bani di dalam Jami` Sohih, telah mendho`ifkannya al-Bani di dalam Silsilatu Do`ifah mengikuti beliau dengan taklid buta dan menyerang ulama hadis zaman dahulu karena kefanatikkan yang berlebihan terhadap al-Bani ? Jika seseorang mengkritik al-Bani maka sudah jelas dia sesat karena berani mengkritik al-Bani, tapi jika al-Bani mengkritik al-Hafizh Ibnu Hajar, maka mereka akan mengatakan, "Oh itu biasa, Ibnu Hajar kan manusia mungkin salah mungkin benar", Yang jadi permasalahan, apakah al-Bani bukan manusia dan juga mungkin berbuat kesalahan ?, tapi kenapa kebal kritikkan, kebalnya itu disebabkan fanatik yang berlebih-lebihan.

Dengan begitu tahulah kita sebab kelemahan kita bermula dari cara dan etika kita yang salah dan tidak mengikuti prosedur yang telah di tetapkan oleh para ulama hadis, para pelajar ilmu hadis tidak menjaga adab-adab menuntut ilmu hadis, sebab itu penulis ingin menyebutkan sebahagian adab-adab yang patut di laksanakan oleh seorang pelajar ilmu hadis :

ADAB-ADAB PENUNTUT ILMU HADIS

1 - Berniat ikhlas

Penuntut ilmu hadis mesti berniat ikhlas, niat yang ikhlas di dalam belajar ilmu hadis merupakan kunci keberhasilan mendapatkan ilmu yang berkat dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, pelajar mesti berniat bahwa tujuaannya untuk belajr ilmu hadis adalah karena Allah s.w.t,bukan disebabkan agar orang memanggilnya Muhaddis, bukan disebabkan dunia, bukan disebabkan untuk berbangga-bangga dan selainnya..

2 - Memperbaiki akhlak dan adabnya

Bagi penuntut ilmu hadis mesti memperbaiki akhlak dan adabnya, tidak berlaku kasar, berbicara benar, tawadhu`, rendah diri, lambat marah, sopan santun, menghormati yang tua dan mengasihi yang muda, menjauhi perkara-perkara yang haram, tidak menzolimi orang lain, berlaku adil, menjauhkan hal-hal yang menjatuhkan harga diri, sebab ilmu hadis merupakan ilmu yang sangat tinggi dan mulia, sudah seharusnya bagi penuntut ilmu hadis memiliki akhlak yang baik dan berbudi pekerti yang tinggi.

3 - Memulai penuntutan ilmu hadis dari negeri sendiri.

Bagi penuntut ilmu hadis semestinya memulai menuntut ilmu dari negeri sendiri, mencari ulama hadis yang memiliki sanad yang tinggi dan keilmuan yang luas, yang masyhur dan kuat beragama, sebagaimana yang telah di lakukan oleh seluruh imam-imam ahli hadis seperti Imam Bukhari yang memulai pengajian hadisnya di kampung sendiri Bukhara, kemudian berpindah ke Naisaburi, seterusnya ke Baghdad, kemudian melanjutkan perantauan menuntut hadis ke Makkah dan Madinah dan mengakhirinya ke Mesir.

4 - Merantau menuntut ilmu hadis

Bagi pelajar ilmu hadis yang sudah mengaji dan menuntut ilmu hadis di negerinya sediri, maka sebaiknya memulai perantauan dan pengembaraan untuk menuntut ilmu hadis ke negeri-negeri yang masyhur dengan ulama-ulama hadis, seperti Makkah, Madinah, Yaman, Syam ( sekarang meliputi Syiria, Yordania, Palestina, Lubanan ) dan Mesir, kota-kota ini dahulu telah dilewati oleh pembesar-pembesar ulama hadis di dunia seperti Imam Syafi`i, Imam Ahmad, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud dan lain-lainnya, sementara Imam Malik hanya menuntut ilmu di kota Madinah, sebab beliau tidak ingin meninggalkan kota Madinah yang penuh dengan berkah dan ketika di Madinah ulama-ulama yang pakar didalam ilmu hadis banyak sekali sehingga tidak di perlukan untuk keluar dari kota Madinah.

Berkata Imam al-Khatib al-Baghdadi : Tujuan mengembara ada dua perkara :

1 - Agar mendapatkan sanad yang tinggi dan mendengar hadis ( dari seorang al-Hafizh ).

2 - Agar bertemu dengan ulama-ulama yang telah bertarafkan al-Hafizh, sambil bermuzakaroh dan mengambil pengajaran dari mereka.

Jika dua perkara ini ada di negerinya sendiri dan tidak ada di negeri yang lain maka tidak ada gunanya mengadakan pengembaraan, dan jika dua perkara itu ada di negerinya dan negeri yang lain maka mulailah dari negerinya kemudian baru menjalankan pengembaraan di negeri orang lain.

Pada zaman sekarang orang yang berderajatkan al-Hafizh sudah tidak ada lagi, tetapi ulama-ulama yang bertahap Musnid dan Muhaddis masih ada,diantara negeri-negeri yang masih memiliki ulama ahli hadis dan Musnid adalah :

1 - Makkah

a - Sayyid Nabil bin Hasyim al-Ghamri Ali Ba`lawi, seorang Muhaddis dan Musnid.

b - Syeikh Muhammad Amin bin Abdullah al-Harari, seorang Musnid dan ahli dalam segala bidang ilmu.

c - Syeikh Sayyid Abu Alwy Hamid al-Kaf seorang Musnid ternama dan khalifah Syeikh Yasin Fadani di Hijaz dan sekitarnya.

2 - Madinah al-Munawwarah

a - Syeikh Habibullah Qurban al-Hindi seorang ahli hadis dan musni ternama.

b - Syeikh Muhammad Awamah al-Halabi al-Hamafi seorang ahli hadis dan musnid terkenal.

c - Syeikh Malik Ibnu Arabi as-Sanusi al-Maliki seorang Musnid.

3 - Syiria

a - Syeikh Muhammad Hani Kahil seorang Musnid besar

b - Syeikh Muhammad al-Fatih al-Kattani seorang Musnid terkenal

3 - Lubnan

a - Syeikh Yusuf bin Abdurrahman al-Mar`asyli seorang Musnid ternama dan terkenal

4 - Mesir

a - Syeikh Mahmud Said Mamduh al-Qahiri seorang Muhaddis abad ini dan Musnid Mesir khalifah Syeikh Yasin al-Fadani di Mesir.

b - Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani seorang ahli hadis dan Musnid Iskandariyah.

c - Syeikh Ahmad Ma`bad Abdul Karim seorang ahli hadis dan Musnid terkenal.

5 - Morocco ( Maghribi )

a - Syekh Abdullah bin Abdul Qadir at-Talidi seorang Muhaddis dan musnid Magribi.

6 - Indonesia

a - Syeikh Muhammad Husni Tamrin al-Banjari seorang Musnid yang besar.

b - Syeikh Ahmad Dasturi seorang Musnid

7 - Malaysia

a - Syeikh Soleh bin Jalaluddin al-Fulfilani seorang musnid Malaysia

8 - Iraq

a - Syeikh Akram Abdul Wahab al-Maosuli

9 - Yaman

a - Muhammad bin Ali al-Ajlan as-Son`ani seorang Musnid yang terkenal.

b - Syeikh Muhammad Salim as-Sathiri seorang Musnid besar.

Ini sebahagian ulama yang semestinya pelajar ilmu hadis mengambil hadis dari mereka jika berada di negeri-negeri yang telah kami sebutkan.

5 - Menghapal dan mengamalkan hadis

Bagi penuntut ilmu hadis semestinya menghapal dan mengamalkan segala hadis yang telah didengarkannya kepada gurunya, sebab dengan mengamalkan hadis dapat memudahkan bagi pelajar menghapal hadis tersebut.

6 - Menghormati gurunya

Semestinya bagi penuntut ilmu hadis menghormati gurunya dan memuliyakannya, selalu mencari keridhaannya, dan tidak membuatnya marah, sebab dengan begitu termasuk telah memuliakan ilmu, dengan menghormati ilmu dan guru akan mendatangkan keberkatan didalam menuntut ilmu, berdiri ketika waktu guru berdiri, mencium tangan guru sebagaimana yang dibuat oleh sahabat yang mulia Abdullah bin Abbas.

7 - Terus mencari ilmu tanpa malu

Bagi penuntut ilmu dianjurkan agar terus menuntut ilmu dan menanyakkan permasalahan-permasalahan kepada gurunya tanpa ada rasa takut, malu dan rasa sombong, sebab dengan banyak bertanya akan menghasilkan ilmu yang banyak dan mampu memahami permasalahan yang sulit.

8 - Rajin menulis dan mencatat maklumat

Sudah semestinya penuntut ilmu rajin mencatat seluruh maklumat yang dia dengar dari gurunya, mendengar keterangan guru dengan teliti, memahami seluruh apa yang disampaikan, mengetahui mana yang sohih dan mana yang do`if, memperhatikan sebutan teks hadis, nama-nama perawi dan i`rab kalimat.

Ini sebahagian adab-adab penuntut ilmu hadis, jika anda ingin keterangan yang lebih lanjut maka silahkan merujuk kepada buku-buku yang lebih luas dalam memaparkan permasalahan ini.


Rujukan :

1 - Tadribu ar-Rawi, Karangan al-Hafizh Jalalu ad-Din Abdur Rahman as-Sayuti : 2 / 366, cetakan al-Maktabah Taufiqiyyah, Cairo.

2 - al-Ba`its al-Hatsits Syarah Ikhtisor Ulumi al-Hadis Li al-Hafiz Ibnu Kasir , karangan Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, halaman : 129, terbitan Maktabah Dar at-Turats Cairo, cetakan tahun 1423-2003.

3 - Nuzhtu an-Nazhor Syarah Nukhbatu al-Fikr, karangan al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani, halaman : 103, terbitan Maktabah Aulad Syeikh Li Turats, Cairo.

4 - Minhaju Dzawi an-Nazhor Syarh Manzhumatu Ilmi atsar, karangan al-Muhaddis Muhammad Mahfuz Tarmasi, halaman : 226, terbitan Maktabah Musthafa al-Halabi, cetakkan ke empat 1406 - 1985.

Ahad, 21 November 2010

Majlis Ilmu : Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin Al Maliki

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS :





Tajuk :

Adab Serta Akhlak Menuntut Dan Menyampaikan Ilmu Menurut Al Imam Al Ghazali Dalam Kitab Ihya' Ulumuddin

Pembentang :

Al Musnid Sheikh Muhammad Fuad ibn kamaludin Al Maliki

Tarikh :

26hb November 2010

Masa :

7.00-10.30 Malam

Tempat :

Masjid Al Azhar KUIS

Sabtu, 20 November 2010

Umat Islam Di Malaysia Dalam Bahaya : Abu Numair Nawawi Subandi Pembawa Fahaman Wahhabi Ekstrimis !



Di bawah ini adalah penulisan Nawawi Subandi seorang bekas pelajar UITM yang sekarang ini memegang Biro Multimedia & Penerbitan, Sekreatariat Ulama Muda UMNO (ILMU).

Antara blog-blog ditulis oleh Nawawi (blog utama beliau adalah http://an-nawawi.blogspot.com/) ialah :

1. http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/

2. http://bahaya-syirik.blogspot.com/

3. http://galeriniaga.blogspot.com/

4. http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

Di dalam blognya ini dilinkkan sekali dengan Rasul Dahri yang pernah menghukum sesat kepada Jemaah Ikhwanul Muslimin secara total dan beliau ini membawa fahaman tasybih (menyerupakan ALlah dengan makhlukNya dan tajsim iaitu Allah itu bertangan, kaki dan sebagainya) serta menghukum KAFIR kepada golongan Asya'iroh.

Rujuk artikel Nawawi Subandi di sini : http://bahaya-syirik.blogspot.com/2010/06/117-penjelasan-syaikh-muhammad-b-soleh.html

SILA KLIK UNTUK BESARKAN :





















Lihat tulisannya yang mengambil fatwa ulamak Wahhabi iaitu Soleh Uthaimin :

Penjelasan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin Tentang al-Asya’irah & al-Maturidiyah

http://bahaya-syirik.blogspot.com/

Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin berkata:


فإذا سئلنا: من أهل السنة والجماعة؟ فنقول: هم المتمسكون بالإسلام المحض الخالص عن الشوب. وهذا التعريف من شيخ الإسلام ابن تيميه يقتضي أن الأشاعرة والماتريدية ونحوهم ليسوا من أهل السنة والجماعة، لأن تمسكهم مشوب بما أدخلوا فيه من البدع. وهذا هو الصحيح، أنه لا يعد الأشاعرة والماتريدية فيما ذهبوا إليه في أسماء الله وصفاته من أهل السنة والجماعة


وكيف يعدون من أهل السنة والجماعة في ذلك مع مخالفتهم لأهل السنة والجماعة؟! لأنه يقال: إما إن يكون الحق فيما ذهب إليه هؤلاء الأشاعرة والماتريدية، أو الحق فيما ذهب إليه السلف. ومن المعلوم أن الحق فيما ذهب إليه السلف، لأن السلف هنا هم الصحابة والتابعون وأئمة الهدي من بعدهم، فإذا كان الحق فيما ذهب إليه السلف، وهؤلاء يخالفونهم، صاروا ليسوا من أهل السنة والجماعة في ذلك


Terjemahan: Sekiranya kita ditanya, siapakah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah?

Maka kita katakan: Mereka adalah orang-orang yang berpegang teguh dengan Islam yang murni lagi bersih dari kotoran. Definisi Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah ini bererti bahawa al-Asya’irah dan al-Maturidiyah serta golongan lainnya yang seperti mereka tidaklah termasuk Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, kerana pegangan mereka dikotori dengan bid’ah yang mereka masukkan (susupkan).

Ini memang benar, bahawasanya al-Asya’irah dan al-Maturidiyah tidak dikategorikan sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah berhubung pendapat mereka dalam persoalan Asma’ wa Shifat (nama-nama dan sifat-sifat) Allah. Bagaimana mereka boleh dianggap sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah sedangkan mereka menyelisihi Ahlus Sunnah wal-Jama’ah?!

Bahawasanya dikatakan: Boleh jadi kebenaran terletak pada al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah, atau terletak pada pendapat Salaf. Dan telah diketahui bahawa kebenaran terletak pada pendapat salaf, kerana salaf di sini maksudnya adalah para sahabat, tabi’in, dan para imam yang memegang bendera/panji hidayah (petunjuk kebenaran) setelah mereka. Kerana apabila kebenaran terletak pada salaf, sedangkan al-Asya’irah dan al-Maturidiyah menyelisihinya, maka mereka tidaklah digolongkan sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah.

Rujuk: Syarah al-‘Aqidah al-Wasithiyah li Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah,http://www.ibnothaimeen.com/all/books/article_17955.shtml

____________________________________________________________________

Ini benar-benar bertentangan dengan permintaan dari ulamak terkenal Dr Yusuf al Qardhawi agar Aqidah Asya'iroh dijaga di Malaysia untuk menjaga dari berlaku perpecahan.

Rujuk : http://jomfaham.blogspot.com/2009/12/saranan-dr-al-qaradhawi-agar-aqidah-al.html

Bahkan ramai ulamak muktabar tergolong dalam Asya'iroh seperti Imam An Nawawi, Imam Izzuddin Abdissalam, Imam Ibnu Hajar al Asqolani

Sila rujuk : http://jomfaham.blogspot.com/2009/01/ulamak-ulamak-asyairah.html


Di dalam blognya yang lain juga menulis bahawa Selawat syifa' dan nariyyah itu syirik :

Sila rujuk : http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html


Hukuman ini telah menjatuhkan hukum Syirik/Kafir kepada ulamak-ulamak Islam yang lain di Malaysia, termasuklah Prof Dr Haron Din, Dato' Ismail Kamus, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan ramai lagi umat Islam yang mengamalkannya.

Persoalan selawat syifa' telah diperjelaskan dengan panjang lebar oleh Darussyifa' dan Ustaz Azhar Idrus SUDAH DIJELASKAN DI SINI :

http://jomfaham.blogspot.com/2009/02/penjelasan-mengenai-selawat-syifa.html


Ulasan :

Untuk difikirkan oleh Umat Islam di Malaysia : Adakah fahaman ini yang hendak dibawa di Malaysia ? Adakah fahaman wahhabi ini tidak membawa kepada TINDAKAN MILITAN dan PENGGANAS ? Dan mengapa UMNO terus menerima bulat-bulat fahaman Wahhabi Esktrimis seperti ini ?

Pihak Kerajaan, JAKIM, Jabatan Agama Negeri, ulamak, ustaz, ustazah serta mereka yang berautoriti WAJIB mengambil tindakan menghalang/mengharamkan agar pemikiran dan tindakan ekstrimis radikal tidak berkembang terus di negara ini.

Kewajipan bagi mereka yang sedar perkara ini adalah menyebarkan seberapa banyak pendedahan ini kepada umat Islam agar negara Malaysia tidak menjadi huru-hara dan berpecah belah dengan fahaman ekstrimis seperti ini.

Rabu, 17 November 2010

Adakah Wahhabi Itu Suatu Misteri Atau Ejekan ?

Terdapat individu yang menyatakan bahawa Wahhabi hanyalah merupakan satu mitos atau dongengan. Bahkan menganggap bahawa label 'Wahhabi' adalah satu ejekan kepada golongan berkenaan dan lebih senang sekiranya diletakkan satu label yang lebih menyenangkan bunyinya seperti salafi, muwahhidun dan sebagainya.

Apa yang menjadi persoalan. Jika istilah seperti ini tidak diletakkan kepada golongan 'Wahhabi' setelah diulas oleh para ulamak mengenainya dan juga menyatakan ciri-ciri fahaman ini. Adakah selepas ini istilah-istilah Syiah, Muktazilah, Anti Hadith dan sebagainya perlu dilupuskan juga ?

Walhal, fahaman-fahaman seperti inilah perlu dibezakan dengan fahaman Ahlu Sunnah Wal Jama'ah yang sebenar.

Apatah lagi sekiranya golongan Wahhabi ini jika dibenarkan menggunakan istilah salafi atau salaf untuk menisbahkan diri mereka dengan Salafussoleh. Sedangkan pendekatan/fahaman yang dibawa menyalahi pegangan Salafussoleh dan membawa kekeliruan kepada perjalanan Salafussoleh yang sebenar.


"Wahabi" bukan gelaran ejekan yang dilemparkan oleh mana-mana golongan kepada mana-mana kumpulan, tetapi ianya adalah istilah ilmiah merujuk kepada suatu golongan yang mengikut kerangka umum pemikiran "Muhammad Abdul Wahab" lalu mengaku mengikut "manhaj Salaf" melalui kaca mata Ibn Taimiyyah, Muhammad Abdul Wahab dan beberapa orang lain yang sefahaman dengannya.

Sheikh Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti menjelaskan tentang “Wahabi”:

“Pada masa kini, mazhab Wahabi yang dinisbahkan kepada empunyanya iaitu Sheikh Muhammad bin Abdil Wahab (1703-1792 M) berkembang di Najd dan seterusnya berkembang di negara-negara dalam Jazirah Arab berdasarkan beberapa faktor yang sangat diketahui tetapi tidak perlu disebutkan dan dijelaskan di sini”.
[As-Salafiyyah: 367]

Menisbahkan sesuatu kelompok kepada mana-mana pelopornya (samada menisbahkan kepada namanya, atau nama ayahnya, atau nama moyangnya dan sebagainya) adalah suatu tradisi ilmiah yang biasa digunakan oleh para ulama'. Para ulama' yang mengikut mazhab Imam Ahmad bin Hanbal dinisbahkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal tetapi melalui nama ayahnya iaitu Hanbali. Begitulah sebagainya.

Golongan yang mengikut "kerangka umum" pemikiran Muhammad Abdul Wahab dikenali sebagai Wahabi sebagai nisbah ilmiah yang diakui dalam tradisi keilmuan Islam. Ianya malah digunakan sendiri oleh orang2 yang terlibat dengan fahaman ini. Dinukilkan satu atau dua perkataan mereka sebagai contoh:

Dalam buku الشيخ محمد بن عبد الوهاب عقيدته السلفية ودعوته الإسلامية ada menyebut secara jelas mereka mengaku diri mereka (para pengikut pemikiran Muhammad Abdul Wahab) sebagai Wahhabiyyah. Buku itu ditulis oleh Sheikh Ahmad bin Hajr Abu Thomi. Antara perkataan beliau:

استطاع هؤلاء المسلمون الوهابيون أن يقيموا الدولة الإسلامية على أساس من المبادئ الوهابية.

Maksudnya: “Golongan Muslimun Wahhabiyyun mampu mendirikan suatu kerajaan Islam atas asas daripada asas-asas Wahhabiyyah”.
[m/s: 105]

Lihat tokoh wahabi sendiri mengaku sebagai wahabi...

Begitu juga:

Sheikh Ben Baz (Ulamak Wahhabi yang selalu digunakan sebagai rujukan pengikut Wahhabi) juga berkata:

الوهابية منسوبة إلى الشيخ الإمام محمد بن عبد الوهاب رحمه الله المتوفى سنة 1206 هـ ، وهو الذي قام بالدعوة إلى الله سبحانه في نجد

Maksudnya: "Wahhabiyyah adalah nisbah kepada Sheikh Imam Muhammad bin Abdil Wahab r.a. yang wafat pada 1206 Hijrah yang mana dia mendirikan dakwah menuju Allah di Najd (dengan pemikirannya)”.
[Majmu Fatawa wa Maqalat siri ke-9]

Dr. Muhammad Ahmad Ismail juga ada mengarang satu buku berjudul "Khawatir Haul Al-Wahhabiyyah dan menggunakan istilah wahabi tanpa merasa dirinya diejek bahkan dia sendiri (yang mengikut fahaman wahabi ini) mengakuinya.

Antara tajuk2 dalam buku ini:-

الوهابية جددت " منهاج النبوة "

Maksudnya: "Al-Wahhabiyyah memperbahrui Manhaj Nabawi".


Boleh dapatkan buku ini secara online:

http://saaid.net/book/10/3279.rar

Jadi, tuduhan bahawa istilah wahabi adalah istilah ejekan oleh golongan yang menolak kumpulan ini adalah tidak tepat bahkan hanyalah suatu dakwaan yang tidak berasas serta menyalahi realiti sebenar. Dalam lapangan ilmiah, istilah wahabi ini bukan sahaja diterima penggunaannya oleh sebahagian besar ahli ilmu bahkan termasuklah dari kalangan pengikut fahaman ini sendiri.

Ulamak-ulamak dari dahulu (yang hidup sezaman dengan Muhammad bin Abdul Wahhab) sehinggalah sekarang ada menulis kitab-kitab yang menolak fahaman Wahhabi yang menumbuhkan pemikiran/tindakan yang ekstrimis terhadap umat Islam.

Antaranya :


1. Fasl al-Khitab fi Radd ‘ala Muhammad ibn Abdil Wahhab oleh Syaikh Sulaiman ibn Abdil Wahhab. Inilah merupakan kitab yang pertama yang menolak fahaman Wahhabi yang ditulis oleh saudara kandung pengasas fahaman Wahhabi.

2. As-Sowa’qul Ilahiyyah fi Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Syaikh Sulaiman ibn ‘Abdul Wahhab al-Najdi

3. Fitnah al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaluddin ar-Rembawi)

4. Ad-Durarus Saniyah fi al-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu, maaflah ambo lupa tajuknya)

5. Khulasatul Kalam fi Bayani 'Umara` al-Balad al-Haram karangan al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan

6. Saif al-Jabbar oleh Syaikh Fadhlur Rasul

Al-Aqwal al-Mardiyyah fi al-Radd 'ala al-Wahhabiyyah oleh al-Syaikh al-Faqih 'Atha' al-Kasam al-Dimashqi al-Hanafi

7. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Sholeh al-Kuwaisy al-Tunisi

8. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Abu Hafs Umar al-Mahjub

9. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Muhammad Sholeh al-Zamzami al-Syafie

10. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Ibrahim ibn Abdul Qadir al-Tarabulasi al-Riyahi al-Tunisi

11. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Madinah Zubir di Bashrah - Syaikh Abdul Muhsin al-Asyniqiri al-Hanbali

12. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Fez - Syaikh al-Makhdum al-Mahdi

13. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Qadhi Jamaa’ah di Maghribi - Syaikh Ibn Kiran

14. Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Syaikhul Islam Tunisia- Syaikh Ismail al-Tamimi al-Maliki

15. Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Syaikh Ahmad al-Misri al-Ahsa’i

16. Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh al-‘Allamah Barakat al-Syafie al-Ahmadi al-Makki

17. Ar-Radd ‘ala Muhmmaad ibn Abdil Wahhab karangan Muhammad ibn Sulaiman al-Kurdi asy-Syafie, guru dan syaikh bagi Ibn ‘Abdul Wahhab. Disebut oleh Ibnu Marzuq asy-Syafie:
Syaikhnya ini telah berfirasat bahwa dia akan menjadi orang yang sesat dan meyesatkan seperti mana firasat syaikhnya Muhammad Hayat as-Sindi dan dan ayahnya [ayahnya Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab].

18. At-Taudhih ‘ala Tauhid al-Khallaq fi Jawab Ahli al-Iraq ‘ala Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab karangan Syaikh ‘Abdullah Affendi al-Rawi

19. Al-Haqiqah al-Islamiyah fi ar-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Abdul Ghani ibn Sholeh Hamadah.

20. Ad-Dalil Kafi fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabi oleh Syaikh Misbah ibn Muhamad Syabqalu al-Beiruti

21. Radd Muhtar ‘ala Durr al-Mukhtar oleh Ibn ‘Abidin al-Hanafi al-Dimasyqi

22. Al-Haq al-Mubin fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyin oleh Syaikh Ahmad Sa’id al-Faruqi al-Sirhindi al-Naqsyabandi

23. Al-Haqaiq al-Islamiyah fi Radd ‘ala Maza’im al-Wahhabiyyah bi Adillah al-Kitab wa al-Sunnah al-Nabawiyyah oleh Syaikh Malik ibn Syaikh Mahmud.

24. Ar-Rudud ‘ala Muhammad ibn Abdul Wahhab oleh al-Muhaddits Sholeh al-Fullani al-Maghribi. Telah berkata Sayyid ‘Alawi ibn Ahmad al-Haddad bahwa kitab yang besar ini mengandungi risalah dan jawapan daripada para ulama’ mazhab yang empat, Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali dalam menolak pendapat/fahaman Muhammad ibn Abdul Wahhab.

25. Ar-Radd ‘ala Muhammad ibn Abdul Wahhab oleh Syaikh Abdullah al-Qudumi al-Hanbali al-Nablusi

26. Risalah fi Musyajarah baina Ahl Makkah wa Ahl Nadj fil ‘Aqidah oleh Syaikh Muhammad ibn Nasir al-Hazimi al-Yamani

27. Sa’adah ad-Darain fi ar-Radd ‘ala Firqatain – al-Wahhabiyyah wa Muqallidah al-Zhahiriyyah oleh Syaikh Ibrahim ibn Utsman ibn Muhammad al-Samhudi al-Manshuri al-Misri

28. Al-Saif al-Batir li ‘Unuq al-Munkir ‘ala al-Akabir oleh al-‘Allamah al-Habib ‘Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Irsyad al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Haddad.

29. As-Suyuf al-Masyriqiyyah li Qat’ie A’naaq al-Qailin bi Jihah wa al-Jismiyah oleh Syaikh ‘Ali ibn Muhammad al-Maili al-Jamali al-Tunisi al-Maghribi al-Maliki

30. Raudh al-Majal fi al-Radd ‘ala Ahl al-Dholal oleh Syaikh Abdurrahman al-Hindi al-Delhi al-Hanafi

31. Sidq al-Khabar fi Khawarij al-Qarn al-Tsani Asyara fi Itsbathi ‘an al-Wahhabiyyah min al-Khawarij oleh Syaikh al-Syarif ‘Abdullah ibn Hassan Basya ibn Fadhi Basya al-‘Alawi al-Husaini al-Hijazi

32. Al-Minhah al-Wahbiyyah fi Raddi al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Daud bin Sulaiman al-Baghdadi an-Naqsyabandi al-Khalidi

33. Al-Haqaaiq al-Islamiyyah fi ar-Raddi ‘ala al-Mazaa’im al-Wahhabiyyah bi Adillah al-Ktab wa as-Sunnah an-Nabawiyyah oleh al-Hajj Malek Bih ibn Asy-Syaikh Mahmud, Mudir Madrasah al-‘Irfan, Kutbali, Mali

34. Misbah al-Anam wa Jala-uz-Zhalam fi Raddi Syubah al-Bid’i an-Najdi Allati Adhalla biha al-‘Awwam oleh al-‘Allamah al-Habib ‘Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Irsyad al-Habib ‘Abdullah bin ‘alwi al-Haddad.

35. An-Nuqul as-Syar’iyyah fi Raddi ‘alal Wahhabiyyah oleh Hasan ibn ‘Umar ibn Ma’ruf as-Shatti al-Hanbali

36. Nasiha li Ikhwanina Ulama Najd oleh as-Sayyid Yusuf ibn Sayyid Hasyim ar-Rifaie

37. Tahakkum al-Muqallidin bi Mudda`i Tajdid ad-Din karangan Syaikh Muhammad bin 'Abdur Rahman bin 'Afaliq al-Hanbali, seorang ulama yang sezaman dengan Muhammad ibn Abdul Wahhab dan telah mencabar keilmuannya sehingga Ibnu 'Abdul Wahhab membisu seribu bahasa Saiful Jihad li Mudda`i al-Ijtihad karangan Syaikh 'Abdullah bin 'Abdul Lathif asy-Syafi`i Tarikh al-Wahhabiyyah oleh Ayyub Sabri Pasha (meninggal dunia tahun 1308H/1890M). Beliau adalah merupakan Laksamana Armada Laut di zaman pemerintahan Sultan ‘Abdul Hamid Khan II. Kitab karangan beliau ini menceritakan tentang Wahhabi secara terpeinci. Sebahagian kandungan kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan tajuk Faham Wahhabi dan Penyelewengannya. Beliau juga merupakan pengarang kitab Mir’ah al-Haramain Faydul Wahhab fi Bayan Ahl al-Haq wa Man Dhalla 'an ash-Shawab karangan Syaikh 'Abdur Rabbih bin Sulaiman asy-Syafi`i

38. As-Sarim al-Hindi fi 'Unuqin-Najdi karangan Syaikh 'Atha` al-Makki;

39. As-Sarim al-Hindi fi Ibanat Tariqat asy-Syaikh an-Najdi karangan Syaikh 'Abdullah bin 'Isa bin Muhammad as-San`ani

40. Al-Basha`ir li Munkiri at-Tawassul ka Amtsal Muhammad ibn Abdul Wahhab karangan Syaikh Hamd-Allah ad-Dajwi

41. Risalah Irsyadul Jaawiyyin ila Sabilil 'Ulama-il-'Aamiliin karangan Tuan Guru Haji 'Abdul Qadir bin Haji Wangah bin 'Abdul Lathif bin 'Utsman al-Fathoni

42. Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-Asy’ari [pelopor fahaman Wahabi di Perlis] karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili

43. Tajrid Saif al-Jihad li Mudda’I al-Ijtihad karangan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul Lathif asy-Syafie. Beliau menolak pendapat Muhammad bin ‘Abdul Wahhab ketika hayatnya.

44. Al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili

45. Kitab Senjata Syari'at karangan Ustaz Abu Zahidah bin Haji Sulaiman dan Abu Qani'ah Haji Harun bin Muhammad as-Shamadi al-Kalantani. Kitab ini telah ditaqridz oleh Syaikh 'Abdullah Fahim, Tuan Guru Haji Ahmad bin Tuan Hussin Kedah dan Tuan Guru Haji 'Abdurrahman Merbuk, Kedah.

46. Al-Fajr ash-Shodiq fi al-Radd ‘ala al-Maariq karangan Syaikh Jamil Affendi Shodiqi az-Zuhawi.

47. Al-Ushul al-Arba’ah fi Tardid al-Wahhabiyyah/ Al-‘Aqaid as-Shohihah fi Tardid al-
Wahhabiyyah karangan Muhammad Hasan, Shohib al-Sirhindi al-Mujaddidi.

48. Al-Awraq al-Baghdadiyyah fi al-Jawabat an-Najdiyyah karangan Syaikh Ibrahim ar-Rawi al-Baghdadi.

49. Al-Bara’ah min al-Ikhtilaf fi ar-Radd ‘ala Ahli asy-Syiqaq wa an-Nifaq wa ar-Radd ‘ala Firqah al-Wahhabiyyah al-Dhallah karangan Syaikh Zainul ‘Abidin as-Sudani.

50. Al-Barahin as-Sati’ah karangan Syaikh Salamah al-‘Azzami

51. Risalah fi Ta’yid Madzhab as-Sufiyyah wa ar-Radd ‘ala al-Mu’taridhin ‘Alaihim karangan Syaikh Salamah al-‘Azzami

52. Risalah fi Jawaz at-Tawassul fi ar-Radd ‘ala Muhammad ibn ‘Abdil Wahhab karangan al-‘Allamah Syaikh Mahdi al-Wazaani, Mufti Fez, Maghribi.

53. Risalah fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah karangan Syaikh Qasim Abi al-Fadhl al-Mahjub al-Maliki

54. Al-Risalah ar-Raddiyyah ‘ala at-Tho’ifah al-Wahhabiyyah karangan Syaikh Muhammad ‘Atholah yang dikenali sebagai Ato ar-Rumi

55. ‘Iqd Nafis fi Radd Syubhat al-Wahhabi al-Ta’is karangan Syaikh Ismail Abi al-Fida` at-Tamimi at-Tunisi. Beliau adalah seorang yang faqih dan ahli sejarah.

56. Al-Madarij as-Saniyyah fi Radd al-Wahhabiyyah karangan Maulana Aamir al-Qadiri, guru di Darul Ulum al-Qadiriyyah, Karachi, Pakistan

57. Dan banyak lagi dari dahulu hinggalah terkini.

Sumber :

1. Penjelasan dari Ustaz Syarqowy di : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8972.20



Khamis, 4 November 2010

Permasalahan Dalam Saf Ketika Solat Berjemaah Bab Akhir

Oleh : Mufti Brunei

BERADA DI BELAKANG SAF SEORANG DIRI


Adalah makruh hukumnya jika seorang makmum itu berada seorang diri di belakang saf sedangkan di hadapannya masih ada ruang yang kosong. Oleh itu disunatkan baginya mengisi tempat kosong itu.

Akan tetapi jika di hadapan makmum itu tiada ruangan kecuali di belakang saf sahaja, maka mengikut pendapat yang shahih, di antaranya Syeikh Abu Hamid dan selainnya daripada nash Syafie, adalah disunatkan bagi makmum yang berada seorang diri di belakang saf itu menarik seorang daripada makmum yang berada di hadapannya. Disunatkan juga bagi makmum yang ditarik ke belakang itu bekerjasama iaitu berundur ke saf belakang bersama-sama dengan makmum yang seorang diri itu, demi untuk kesempurnaan saf dan mengelakkan juga daripada pendapat ulama lain yang mengatakan bahawa berada seorang diri di belakang saf itu batal sembahyang sebagaimana mereka berpegang kepada sebuah hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Tidak ada sembahyang bagi makmum seorang diri yang di belakang saf”.


(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Akan tetapi mengikut ashhab bahawa hujah atau dalil mereka berdasarkan hadis itu adalah bermaksud bahawa tiada sempurna sembahyang bagi seorang yang di belakang saf, bukannya bermaksud tidak sah sembahyang. Dan takwil atau maksud hadis yang dinyatakan oleh ashhab ini adalah yang wadhih iaitu jelas. Mengikut pendapat Syeikh Abu Hamid dan selainnya lagi bahawa tidak boleh bagi makmum yang seorang diri itu menarik makmum di hadapannya melainkan sesudah dia mengangkat takbirratul ihram. Dalam keadaan di atas iaitu jika seorang makmum berada seorang diri di belakang saf adalah tidak membatalkan sembahyang hanya makruh hukumnya. (Majmuk 4/189-190)



KANAK-KANAK BERADA DALAM SAF LELAKI DEWASA


Apa yang ingin dijelaskan di sini ialah mengenai hukum kanak-kanak lelaki yang belum baligh dan belum berkhatan berada di dalam saf orang lelaki dewasa. Adakah kehadiran mereka itu merosakkan saf atau fadhilat sembahyang berjemaah dan adakah boleh dikeluarkan mereka itu dari saf tersebut supaya diisikan tempatnya itu oleh lelaki dewasa?

Dalam kumpulan fatwa Imam Ibnu Hajar, menurut qaul yang muktamad, bahawa kanak-kanak lelaki apabila mereka mendahului orang-orang yang baligh ke saf yang pertama, tiada harus (tidak boleh) bagi orang-orang yang baligh itu mengeluarkan mereka dari saf yang pertama itu, kerana kanak-kanak lelaki itu adalah jenis orang lelaki.

Seterusnya Ibnu Hajar menerangkan bahawa bukanlah maksud kanak-kanak lelaki datang dahulu itu sebagai kehadiran mereka terlebih dahulu ke masjid daripada orang dewasa tetapi maksudnya mereka hanya mendahului pada saf yang pertama sekalipun sebelum didirikan sembahyang. Maka pada ketika itu tidaklah boleh diketepikan kanak-kanak lelaki dari saf mereka untuk diberikan kepada lelaki dewasa.

Daripada perkataan Imam Ibnu Hajar di atas ini, apabila kanak-kanak lelaki datang ke masjid dan dia telah duduk di dalam mana-mana saf sembahyang dengan tujuan hendak sembahyang mengikut imam, sama ada sembahyang Jumaat atau sebagainya, maka orang dewasa tidak boleh mengalih dan mengeluarkan kanak-kanak lelaki tersebut dari saf-saf mereka itu.

Adapun hukum kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan yang tidak diketahui adakah dia membersihkan qulfahnya (kulupnya) atau tidak, apabila dia berada dalam saf tersebut, adakah ianya merosakkan saf dan adakah sedemikian itu menghilangkan fadhilat pahala berjemaah, berkata Al-Imam Al-Sayyid Abdullah bin ‘Umar bin Abu Bakar bin Yahya di dalam kitab Bughyah Al-Mustarsyidin:

“Jika ada di dalam saf sesiapa yang tidak sah sembahyangnya seperti ada najis padanya, atau ada lahn (seperti tidak betul bacaan Fatihahnya) atau ada pada saf yang di hadapan orang yang berkeadaan sedemikian, maka tiadalah luput fadhilat (tidak hilang kelebihan pahala) berjemaah ke atas orang-orang yang berdiri di belakang mereka, sekalipun lebih jauh saf mereka dari saf orang yang sah sembahyangnya, sekadar boleh muat seorang berdiri pada masalah yang pertama (iaitu ada najis padanya atau ada lahn) dan lebih jauh dari tiga hasta pada masalah yang kedua (iaitu ada pada saf yang di hadapan orang yang berkeadaan sedemikian).
Kecuali, jika orang-orang yang berada pada saf-saf di belakang itu mengetahui akan batal sembahyang orang yang tersebut itu dan sembahyangnya itu tidak sah pada pendapat ulama yang sah bertaklid padanya dan mereka berkuasa mengeluarkan orang-orang yang tidak sah sembahyang mereka itu dari saf-saf mereka dengan tiada takut (apa-apa kemudaratan) ke atas diri atau harta atau nama (apabila mereka mengeluarkan orang-orang yang tidak sah sembahyang mereka dari saf-saf mereka itu).
Kerana fadhilat pahala berjemaah boleh diperolehi dengan mengikut seorang imam yang mana makmum tidak mengetahui imam itu berhadas (padahal dia berhadas). Adalah lebih utama tidak mengetahui akan batal sembahyang orang-orang yang dia tidak ada sangkut paut di antaranya dan di antara orang yang batal sembahyangnya itu, dan kerana berjauh-jauh (dari satu saf kepada satu saf) dengan ada suatu keuzuran seperti panas (seperti di Masjid Al-Haram ada saf jauh-jauh dan putus kerana panas terik matahari pada tempat-tempat lapang), tidak meluputkan fadhilat berjemaah.
Maka begitu juga di sini (makmum yang batal sembahyangnya berada dalam saf-saf sembahyang) dan kerana dia berhak di tempat itu dengan sebab dia telah datang dahulu serta taklidnya yang mengatakan sah sembahyang dan begitu juga jika dia tidak bertaklid (kepada mana-mana ulama) di atas asas bahawa orang awam itu tiada mempunyai mazhab.

Maka dari itu diketahui, bahawa barangsiapa telah berada di dalam saf, tidak harus (tidak boleh) diketepikan dia itu dari safnya, melainkan jika diketahui sembahyangnya batal dengan ijma‘ ulama, atau dia beriktikad bahawa sembahyang orang itu rosak ketika dia mengerjakan sembahyangnya itu.”


Maka jika didapati kanak-kanak lelaki yang dibawa oleh bapanya duduk dalam mana-mana saf sembahyang dan tidak diketahui kanak-kanak itu sudah berkhatan atau belum, dan tidak diketahui sama ada dia telah membersihkan qulfahnya (kulupnya) atau belum, maka menurut pendapat atau fatwa Al-‘Allamah Al-Sayyid Abdullah bin Yahya yang di atas ini perkara itu tidak meluputkan fadhilat sembahyang berjemaah dan sah sembahyang orang yang berada dekat dengan kanak-kanak itu di dalam saf-saf itu.

PENUTUP

Melalui penjelasan mengenai adab-adab dan permasalahan kedudukan makmum dan imam di dalam saf sembahyang, sayugialah diharapkan kepada kita semua untuk memenuhi tuntutan atau galakan syara’ di dalam permasalahan saf-saf sembahyang. Demi mendapatkan pahala dan fadhilat berjemaah yang lebih sempurna.

Oleh yang demikian, diharapkan kepada para jemaah agar memberi kerjasama dalam menyempurnakan saf-saf sembahyang seperti memberi ruangan kepada makmum yang hendak masuk ke saf mereka, memberi isyarat kepada makmum yang lain supaya meluruskan atau memenuhi saf yang kosong dan sebagainya. Begitu juga, imam-imam disunatkan agar menyuruh atau menyeru para makmum untuk membetulkan dan menyempurnakan saf-saf mereka.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menjelaskan di dalam sebuah hadis Baginda bahawa mendirikan atau meluruskan saf itu adalah sebahagian daripada kesempurnaan dan keelokan sembahyang berjemaah.

Isnin, 1 November 2010

Permasalahan Dalam Saf Ketika Solat Berjemaah Bab 1




















Oleh : Mufti Brunei

Pengertian saf dari segi bahasa adalah barisan yang lurus daripada setiap sesuatu, seperti saf dalam sembahyang jemaah, peperangan dan sebagainya. Manakala pengertiannya dari segi istilah pula tidak lari maknanya dengan pengertian dari segi bahasa. Apa yang ingin dijelaskan di sini penjelasan mengenai masalah-masalah saf dalam sembahyang berjemaah.

SAF DALAM SEMBAHYANG JEMAAH

Jumhur ulama berpendapat bahawa disunatkan bagi makmum meluruskan saf-saf mereka ketika bersembahyang jemaah supaya janganlah ada sebahagian jemaah terkehadapan atau terkebelakang daripada jemaah yang lainnya sehingga menyebabkan tidak sama dan tidak lurus saf mereka. Ketika makmum berdiri, mereka hendaklah meluruskan saf dalam keadaan berdekatkan bahu dengan bahu, kaki dengan kaki dan tumit dengan tumit makmum yang lainnya sehingga tidak ada ruang yang kosong dan renggang. Maka dalam hal ini, imam adalah disunatkan menyuruh makmumnya meluruskan saf-saf mereka sebagaimana yang sering kita dengar sebelum imam mendirikan sembahyang, kerana meluruskan saf itu termasuk dalam kesempurnaan dan keelokan sembahyang. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:

"Luruskanlah saf-saf kamu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu termasuk kesempurnaan sembahyang"
.

(Hadis riwayat Muslim)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :

"Luruskanlah saf di dalam sembahyang, kerana meluruskan saf itu termasuk keelokan sembahyang".


(Hadis riwayat Muslim)

Mengikut pendapat sebahagian ulama seperti Ibnu Hajar dan sebahagian ulama hadis bahawa meluruskan saf itu hukumnya wajib. Barangsiapa yang melampaui batas (barisan) adalah haram hukumnya, kerana suruhan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadis Baginda supaya meluruskan saf adalah menunjukkan perintah wajib. Hal ini jelas diterangkan dengan adanya ancaman mengenainya melalui sebuah hadis yang memerintahkan taswiyyah (meluruskan saf). Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

"Sungguh kamu mahu meluruskan saf-saf kamu atau Allah akan menggantikan di antara wajah-wajah kamu".


(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam kitab Syarah Shahih Muslim ada menyatakan pendapat-pendapat atau qaul mengenai maksud hadis di atas. Di antaranya pendapat yang mengatakan bahawa maksud "Allah akan menggantikan di antara wajah-wajah kamu" ialah mengubah atau menukarkan shurah atau bentuk rupanya, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

"Allah menjadikan bentuk rupanya dengan bentuk keldai".


(Hadis riwayat Bukhari)

Pendapat yang azhhar bagi maksud hadis di atas itu, ialah terjadi di antara mereka (orang yang tidak meluruskan saf) permusuhan, kebencian dan perselisihan lubuk hati. (Syarah Shahih Muslim 3/131)

Walau bagaimanapun menurut Ibnu Hajar tidak meluruskan saf dalam sembahyang jemaah itu tidaklah membatalkan sembahyang.
(Al-Mausu‘ah Al-Feqhiah 27/35-36)



KEUTAMAAN MEMENUHI SAF PERTAMA

Telah sepakat para fuqaha adalah sunat bagi para jemaah untuk memenuhi saf yang pertama terlebih dahulu sehingga tidak ada ruang yang kosong atau renggang. Kemudian baharulah diikuti dengan saf yang kedua dan seterusnya, berdasarkan hadis-hadis yang shahih menyentuh perkara ini. Di antaranya, sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

"Sempurnakanlah oleh kamu saf yang depan (saf yang pertama), kemudian saf-saf berikutnya, maka saf yang kurang itu (disebabkan sedikit makmum) hendaklah (saf yang kurang itu berada) di saf bahagian belakang".

(Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa’i)



Oleh yang demikian tidak digalakkan ke atas jemaah untuk mendirikan saf yang kedua atau berikutnya melainkan selepas sempurnanya saf yang pertama atau berikutnya. Dalam erti kata lain, jangan dibiarkan saf yang di hadapan makmum itu kosong atau renggang, bahkan disunatkan ke atas mereka mengisinya.

Adalah disunatkan juga ke atas makmum yang berada di hadapan memberi ruangan kepada makmum yang hendak masuk ke saf tersebut selagi ada ruang baginya, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

"Luruskanlah oleh kamu saf-saf dan sejajarkanlah di antara bahu-bahu kamu, tutupi celah-celah dan berlaku lembutlah ketika memegang tangan saudaramu (waktu merapatkan saf), dan janganlah kamu biarkan celah-celah (yang kosong) itu untuk syaitan. Barangsiapa menghubungkan saf, maka Allah menghubungkannya (dengan rahmatNya) dan barangsiapa memutuskan saf, maka Allah memutuskannya (daripada rahmat dan pertolonganNya)".


(Hadis riwayat Abu Daud)


KELEBIHAN SAF PERTAMA

Dalam beberapa hadis ada menyebutkan kelebihan atau fadhilat saf yang pertama itu, di mana jika mereka mengetahui akan kelebihannya, nescaya mereka akan berebut-rebut untuk mendapatkannya sehingga terpaksa diadakan undian. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:

“Andaikata mereka tahu apa yang ada di dalam saf yang depan, nescaya akan di adakan undian”.

(Hadis riwayat Muslim)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :

“Andaikata orang-orang tahu apa yang terdapat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara berundi di antara mereka, pasti mereka mahu mengundinya. Andaikata mereka tahu apa yang terdapat di dalam hal melakukan sembahyang, pasti mereka berlumba-lumba mendapatkannya. Andaikata mereka tahu apa yang terdapat di dalam sembahyang Isya dan Subuh, pasti mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak”.


(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Dalam hadis yang lain sabda Baginda yang maksudnya :

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya mengucapkan selawat (selawat Allah: rahmat dan selawat malaikat: istighfar) terhadap makmum-makmum di baris pertama”.




(Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa’i)

Sepakat para fuqaha bahawa saf yang afdhal atau lebih utama bagi lelaki sama ada bersama mereka kanak-kanak atau perempuan adalah saf yang pertama. Begitu juga bagi perempuan yang tidak bersama mereka makmum lelaki atau berjemaah bersama dengan lelaki tetapi ada penghalang atau tabir antara keduanya, maka yang afdhalnya di saf yang pertama. Akan tetapi jika perempuan itu berjemaah bersama dengan lelaki tanpa ada penghalang atau tabir, maka yang afdhal atau lebih utama bagi perempuan itu saf yang terakhir, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

"Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah saf yang pertama, dan sejelik-jeliknya ialah saf yang terakhir. Sebaik-baik saf bagi wanita adalah saf yang paling belakang, dan sejelik-jeliknya ialah saf yang pertama”.


(Hadis riwayat Muslim)

Di antara kelebihan-kelebihan yang ada di dalam saf juga ialah mengambil tempat dalam kedudukan di sebelah kanan imam lebih afdhal atau utama daripada kedudukan sebelah kiri imam. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengucapkan selawat kepada makmum di saf-saf kanan”.


(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)


KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM

Makmum hendaklah berada di belakang imam. Adalah batal sembahyang makmun itu jika dia berada di hadapan imam. Manakala jika imam dan makmun dalam kedudukan yang sama maka tidaklah batal sembahyang mereka, akan tetapi hukumnya adalah makruh.

Disunatkan juga agar kedudukan atau tempat imam tidaklah tinggi dibandingkan dengan kedudukan makmumnya, begitu juga sebaliknya iaitu kedudukan makmum tidaklah tinggi dibandingkan dengan kedudukan imam, melainkan jika imam itu bertujuan untuk mengajar makmumnya perbuatan sembahyang atau makmum itu bertujuan untuk menyampaikan takbir imam kepada makmum yang lain. Dalam keadaan ini, makmum tersebut adalah digalakkan untuk meninggikan tempat kedudukannya. (Majmuk 4/190-191, 4/186-187)

Di antara adab-adabnya juga ialah imam disunatkan berada di antara tengah-tengah saf makmum yang berada di belakang. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Jadikanlah kedudukan imam itu berdiri di tengah-tengah dan penuhilah celah-celah saf (yang kosong)”.

(Hadis riwayat Abu Daud)



KEDUDUKAN MAKMUM TUNGGAL DALAM SAF SEMBAHYANG


Apabila sembahyang jemaah itu hanya dengan seorang makmum, maka disunatkan baginya berada di sebelah kanan imam, tetapi hendaklah ke belakang sedikit daripada imam. Manakala jika makmum berada di sebelah kiri atau di belakang imam, disunatkan baginya untuk berpindah ke sebelah kanan dengan menjaga daripada perkara-perkara yang membatalkan sembahyang seperti bergerak lebih daripada tiga kali berturut-turut. Walau bagaimanapun, hanya makruh hukumnya jika dia terus berada di kiri atau di belakang imam. Jika makmum itu tidak juga berpindah disebabkan jahil atau sebagainya, maka disunatkan bagi imam itu memindahkan makmum atau memindahkan dirinya supaya berada di depan sebelah kiri makmum, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma katanya yang maksudnya :

“Pada suatu malam saya tidur di rumah Maimunah dan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alahi wasallam berada di sana malam itu. Beliau berwudhu dan berdiri untuk sembahyang. Saya bersamanya dan berdiri di sebelah kirinya tetapi beliau memindahkan saya ke sebelah kanannya”.


(Hadis riwayat Bukhari)



KEHADIRAN MAKMUM KEDUA KETIKA IMAM SEDANG SEMBAHYANG

Apabila makmum yang lain baru datang (masbuk) walaupun kanak-kanak, sedangkan makmum yang pertama berada di sebelah kanan imam dalam keadaan mereka berdiri, maka dalam hal ini, kedudukannya adalah mengikut keadaan tertentu:

Pertama, jika di hadapan imam itu luas dan di belakang makmum sempit, maka imam hendaklah bergerak ke hadapan. Manakala jika sebaliknya iaitu luas di belakang makmum dan sempit di hadapan imam, maka hendaklah makmum itu tadi berundur ke belakang.

Kedua, jika kedua-dua tempat itu luas, maka yang afdhalnya mengikut pendapat yang shahih makmum hendaklah berundur ke belakang dan imam tidak perlu berpindah ke depan kerana mereka mengikut imam. Manakala jika makmum kedua itu datang dalam keadaan mereka duduk atau sujud, maka tidak boleh mereka bergerak ke belakang atau ke hadapan sehinggalah sesudah mereka berdiri semula.

Dalam semua keadaan ini, jika mereka menyalahi aturan saf yang telah ditentukan, seperti seorang makmum berdiri di sebelah kiri atau belakang imam atau dua orang makmum berdiri di sebelah kanan atau kiri imam dan di antara kedua mereka ada yang berdiri di belakang dan seorang lagi berdiri di sebelah kanan imam atau sebagainya, adalah sah juga sembahyang mereka dan tidak perlu lagi diulang ataupun melakukan sujud sahwi, tetapi makruh hukumnya mereka melakukan kesalahan tersebut. (Majmuk 4/184-185)

Dalam keadaan jemaah yang ramai pula, yang dihadiri oleh orang yang baligh, kanak-kanak lelaki, khuntsa dan perempuan, disunatkan lelaki yang baligh itu berada di saf hadapan kemudian diikuti oleh kanak-kanak, khuntsa (orang-orang yang tidak diketahui jantinanya adakah lelaki atau perempuan kerana memiliki alat kemaluan lelaki dan perempuan atau tidak memiliki alat kemaluan lelaki dan perempuan) dan baharulah jemaah perempuan di saf yang terakhir. Manakala jika dihadiri oleh ramai jemaah lelaki, seorang kanak-kanak lelaki, seorang khuntsa dan seorang perempuan, maka jemaah lelaki berada di saf hadapan bersama-sama dengan kanak-kanak tersebut kemudian diikuti di belakang mereka khuntsa seorang diri dan baharulah jemaah perempuan berdiri seorang diri di belakang khuntsa. Jika makmum terdiri daripada seorang kanak-kanak lelaki, seorang khuntsa dan seorang perempuan, maka kanak-kanak itu berdiri di sebelah kanan imam kemudian diikuti oleh khuntsa di belakang kanak-kanak itu dan di belakang khuntsa diikuti pula oleh jemaah perempuan.

Sumber :