Halaman

Ahad, 10 Mei 2020

KENANG-KENANGAN DAN AMALAN ALMARHUM DATO' ISMAIL KAMUS

SEDIKIT PENGKISAHAN AMALAN UTAMA ALLAHYARHAM GURU YANG DISAYANGI DATO ISMAIL KAMUS (SAMBUNGAN)

Oleh : Ustaz Mohd Zaki bin Zulkifli
.
3. Ustaz mempunyai sifat tawaduk yang pada saya sukar untuk di cari. Beliau boleh berkawan dengan orang-orang muda. Walaupun kita tahu macam mana kelakuan orang muda. Majoriti kawan-kawan ustaz adalah orang muda. Sampai pernah satu ketika isteri ustaz bergurau: “Abang kawan dengan orang-orang muda, tu yang jadi muda tu”
.
Di awal kemuculan ustaz Don Danial, ustaz tertarik kepada ustaz Don. Lalu di undang makan, undang ke rumah dll. Ustaz tak janggal berkawan dengan orang muda.
.
Ustaz walaupun berilmu tetapi suka dengar ceramah orang lain. Kalau ceramah radio, ustaz suka mendengar ceramah Allahyarham Ustaz Fadzli al Yamani. Kata ustaz, suka dengar ceramah ustaz fadzli kerana lembut je. 
.
Bahkan kadang-kadang ustaz tanya saya tentang msalah fiqh. Bukan tak tahu cuma sifat tawadhuk saja. Bahkan pada 14 April 2020,beberapa hari sebelum puasa, saya datang ke rumah ustaz bersama Hj Zulkifli Wahijan. Ustaz tetap tanya, puasa ni ana macam mana. Boleh ke tak puasa.? Padahal ustaz dah tahu jawapannya. (itulah kali terakhir saya bercakap berdepan dengan ustaz๐Ÿ˜ญ) 
.
Minat ustaz kepada ilmu memang mendalam. Ramai juga ustaz undang guru-guru agama ke Darusslam untuk mengajar ilmu. Antaranya ilmu hadith, falak, fiqh. Semua kos penceramah itu di tanggung oleh ustaz sendiri.
.
Setiap bulan ustaz keluarkan duit untuk membantu pelajar-pelajar miskin yang belajar di Mesir. Mama Nur Raudah Impian lah jurukiranya.  Pemurah ustaz dan tak sayang harta memang sukar di cari.
.
Kalau dapat duit ceramah, ustaz akan terus belanja kroni yang ada. Ustaz suka sangat belanja orang makan. Sampai ramai anak muridnya terikut-ikut tabiat ustaz. Sedekahnya bukan sedikit. 
Gambar di bawah ini sebahagian daripada “kronisme” ustaz. Mereka anak muda yang cintakan ustaz.
.
4. Pagi yang redup inj saya akhirkan episod tulisan saya. Saya berharap memori dan kasih sayang kami tetap utuh kepada ustaz.
.
Penyabar ustaz tidak ada tolok bandingnya. Sesiapa yang rapat mesti mendengar ayat keramat ini: “ ana marah setahun sekali je”. Memang apa yang ustaz sebut tu betul. Bahkan setahun sekali pun kadang-kadang takde. Dengan kami yang degil-degi ni jarang la nak marah.
.
Ustaz mengajar kami berhadapan dengan masalah dan ujian. Ayat biasa akan keluar di mulut ustaz ialah :” cobaan, ujian”. “Bertenang” yang kemudian ini menjadi trade mark ustaz Harryanto juga adalah ungkapan yang selalu di sebut oleh ustaz.  Memang ustaz sentiasa bertenang dan menggangap masalah itu adalah cobaan daripada Allah.
.
Hasilnya kalimah ini sentiasa meniti di mulut anak-anak murid. Jadi jika ada masalah sekurang-kurang nya dapat melegakan kerana menyebut kalimah-kalimah tadi.
.
Sakit ustaz ni bukan baru. Rasanya bermula 2008 sudah nampak kesan bengkak di kaki kerana kebocoran buah pinggang. Tapi ustaz tidak pernah mengeluh. Ayat ustaz biasa sebut “ COBAAN”.
.
Semua orang ada masalah. Termasuklah ustaz. Tidak ada orang yang dapat lari daripada masalah, tetapi cara kita menghadapi masalah itu yang penting.
.
Malam jumaat 15 Ramadhan 1441 adalah satu tarikh yang akan di kenang selama-lamanya. Pergi ustaz mengadap Allah dalam keadaan di kelilingi ahli keluarga dan anak-anak murid rapat. Tamatlah segala kesakitan dan keletihan. 
.
Semoga segala amal jariah ustaz menjadi pahala yang mengalir untuknya. Buku-buku tulisan ustaz, khususnya INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT adalah tulisan penuh berkat. Di jual melebihi 1 juta dan sekarang dalam proses terjemahan ke Bahasa Jepun.
.
Sungguh indah kata-kata Habib Ali Zainal Abidin yang datang menziarahi ustaz beberapa minit selepas hembusan nafas akhirnya : KITA SEDIH, INI HARI RAYANYA, MATI MALAM JUMAAT LAGI PULA DI BULAN RAMADHAN”. Ya Allah matikan kami sebegin
.
Semoga Allah tempatkan ustaz dikalangan orang-orang solehin. Semoga kami dapat berkumpul dengan ustaz di akhirat nanti di tempat yang penuh kebahagian. Ameen.
.
Inilah akhir tulisan saya. Banyak lagi amalan-amalan khusus ustaz. Cuma ini yang terpenting pada pandanagn saya yang menjadikan kematiannya di waktu yang baik dan di tangisi ramai orang.
.
. ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑ ู„ุดูŠุฎู†ุงูˆู…ุฑุจูŠู†ุง ุงู„ู…ู†ุชู‚ู„ ุงู„ู‰ ุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ุฏุงุชูˆุก ุงุณู…ุงุนูŠู„ ุจู† ู‚ุงู…ูˆุณ ู…ุบูุฑุฉًูˆุงุณุนุฉ ูŠุง ุงุฑุญู… ุงู„ุฑุงุญู…ูŠู†.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3239954129370937&id=100000691456227

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3241205772579106&id=100000691456227


Sabtu, 9 Mei 2020

KENANG-KENANGAN DAN AMALAN ALMARHUM DATO ISMAIL KAMUS SIRI 1

SEDIKIT PENGKISAHAN AMALAN UTAMA ALLAHYARHAM GURU YANG DISAYANGI DATO ISMAIL KAMUS

Oleh : Ustaz Mohd Zaki bin Zulkifli
.
1. Ustaz memang istiqamah melakukan qiamullail. Sesiapa yang pernah tidur sebilik dengan ustaz, atau bermusafir bersamanya pasti mengetahui perkara ini. Pertama kali saya musafir bersama ustaz ialah ke Brunei atas urusan perasmian Darusyifa Brunei. Pihak Darussyifa memberikan kami berdua sebuah bilik di tingkat bawah. Sementara Allahyarham Dato Haron Din di tingkat atas. Saya tidur sebilik dengan ustaz. Apabila pukul 4 pagi, ustaz akan bangun dan mandi kemudian meneruskan ibadat qiamullail. Sembahyang sunat 17 rakaat dan kemudian berwirid dan berzikir. Kadang-kadang solat sunatnya lebih dari itu. 
.
Di tengah-tengah rehat antara solat, saya mendengar suara sayup-sayup: “ki, ki ...bangun". Saya pun menjawab:”baik ustaz” sambil tersipu-sipu malu. Apa tak malu, tuan guru kejut suruh qiamullail. Amalan ini pada hemat saya adalah hasil didikan Allahyarham ustaz Haron Din sebagai gurunya kepada ustaz. Ustaz selalu bercerita pengalaman tidur bersama ustaz Haron Din. Cerita ustaz,Ustaz pernah kejutkan Ustaz Haron din terlampau awal untuk qiam kerana tersilap jam.Huhu. Ustaz Haron Din juga orang yang istiqamah qiamullail.
.
Dalam siri-siri musafir selepas itu, saya melihat itulah amalan kelaziman ustaz. Kadang-kadang bila musafir ramai-ramai, kami qiamullail dalm bilik hotel berjamaah. Memang qiamullail adalah sebati dengan jiwanya sehingga ustaz merasa lazat berqiam.

SEDIKIT PENGKISAHAN AMALAN UTAMA ALLAHYARHAM GURU YANG DISAYANGI DATO ISMAIL KAMUS (SAMBUNGAN)
.
2. ustaz memang sangat memuliakan ulama' dan amat gemar menziarahi ulama. Antara tujuan ustaz ziarah ulama' ialah ingin bersilaturrahim dengan ulama'dan megambil ilmu dan keberkatn mereka.
.
Antara ulama'yang ustaz pernah diziarahi ialah Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah. Ustaz pernah menceritakan bagaimana Tok Guru Haji Lah memberikan ustaz sebuah bilik khas. Kata Tok Guru: ustaz sorang  tido disni. kawan-kawan ustaz yang lain di bilik lain. Sampai ke hari ini, hubungan antara keluarga Allahyarham Tok Guru Haji Lah dan ustaz. Pernah satu ketika, Dr Lokman( anak tok guru haji lah lubuk tapah) menjumpai satu sampul surat yang bertulis nama Dato Ismail Kamus selepas kematian Tok Guru. Surat itu di sampaikan kepada dato oleh Dr Lokman. Isi kandungannya mengenai ilmu perubatan.
.
Ustaz sering ke Kedah. Di sana ustaz menemui gurunya Allahyarham Pak Su Pa Kubang Rotan. Ustaz amat sayang kepada Pak Su Pa.
satu ketika, ketika kami sedang ziarah Pak Su Pa, ada orang datang ke rumah Pak Su Pa untuk satu tujuan. Sambil itu orang tersebut menceritakan tentang Pak Su Mid Bukit Tembaga yang di katakan wali itu. Masa itu Pak Su Mid tidak terkenal seperti sekarang. Ustaz dengar je cerita itu, terus ustaz nak jumpa. Alhamdulillah dapat jumpa denga Pak Su Mid. Tanya Pak Su Mid: Yang mana satu Ustaz Ismail Kamus ni, saya pernah dengar nama tapi tak tengok tuan lagi?...  Baru-baru ni saya menziarahi Pak Su MId dengan sahabt saya Haji Zain, beliau masih bertanya tentang ustaz. Ingat sungguh Pak Su dengan ustaz.
Ketika Syeikh Yusri Jabar al Hasani, ualama' Mesir datang buat daurah Muktasar Abi Jamrah di Masjid as Syakirin Gombak, ustaz beberapa kali duduk dalam majlis syeikh. Duduk pula di bahagian depan. Padahal masa tu ustaz dah kurang sihat.
.
Kami pernah ke Terengganu untuk menziarahi Tuan Guru Haji Hadi. Alhamdulillah hasrat ustaz untuk ziarah TGHH tercapai dengan susunan sahabat-sahabat Terengganu Hafiz Suehanim Zainal Ariffin Zack Zamzuri Aziz dan lain.
.
Tentang musafir ke Indonesia menziarahi ulama'-ulama'di sana itu banyak sangat cerita nya. Cuma apa yang menghairankan saya, setiap kali berjumpa dengan ulama'-ulama'ini, mereka pandang sahaja ustaz sudah ada kecintaan sesama mereka. Seolah-olah  mereka ada hubungan di alam lain ...
.
Guru utama ustaz ialah Dato Dr Haron Din. Beza usia mereka tidak banyak. Dengan Ustaz Haron Din usatza banyak belajar samada ilmu agama mahupun ilmu perubatan. Saya menyaksikan sendiri bagaimana sifat hormat ustaz kepada Dato’Haron Din. Bagaimana ustaz bersalaman mencium tangan ustaz Haron Din. Bagaimana kisah hormatnya sampai kadang-kadang ustaz tinggalkan urusan kerana ustaz Haron Din ajak memancing.....
.
Ya Allah..banyak kalau hendak di tulis. Biarlah sedikit tulisan ini menjadi motivasi untuk kita semua....



https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3239206416112375&id=100000691456227

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3239408232758860&id=100000691456227

Jumaat, 8 Mei 2020

Pandangan Ulama Hadis India Berkaitan Zikir Allah Allah

Amalan dan pandangan ulama hadis benua Hind berkaitan berzikir dengan lafaz Allah secara tunggal

Oleh : Ustaz Ahmad Lutfi Muharram 


1- Sheikh Waliyullah Dehlawi seorang ulama hadis yang tidak asing lagi didalam kitabnya ุงู„ู‚ูˆู„ ุงู„ุฌู…ูŠู„ ููŠ ุจูŠุงู† ุณูˆุงุก ุงู„ุณุจูŠู„ menerangkan kaifiat secara panjang lebar berzikir dengan lafaz isbat mujarrad ( menyebut lafaz Allah secara tunggal) dan beliau menyatakan ini adalah tahap berzikir selepas zikir nafi dan isbat (menyebut ู„ุง ุงู„ู‡ ุงู„ุง ุงู„ู„ู‡ )

2- Didalam tafsir Maariful Quran Mufti Shafi' Usmani (ayah kepada Mufti Taqi Usmani) ketika mentafsirkan ayat ูˆุงุฐูƒุฑ ุงุณู… ุฑุจูƒ dalam surah Muzammil beliau menakalkan dari tafsir Mazharie bahawa ayat ini menunjukkan kepada  tuntutan berzikir menyebut nama Allah sahaja. Kemudian Mufti Syafi' menyatakan ia menunjukkan bahawa pandangan yang mengatakan berzikir lafaz jalalah secara tunggal adalah perkara bidah adalah pandangan yang tidak betul

3- Maulana Syabbir Usmani pengarang syarah Sahih Muslim  ketika mensyarahkan hadis riwayat Muslim ู„ุง ุชู‚ูˆู… ุงู„ุณุงุนุฉ ุญุชู‰ ู„ุง ูŠู‚ุงู„ ููŠ ุงู„ุงุฑุถ ุงู„ู„ู‡ ุงู„ู„ู‡ 

Beliau berkata ," Diulang-ulang kalimah Allah didalam hadis ini memeberi isyarat bahawa disyariatkan berzikir dengan mengucap lafaz Allah secara tunggal dan ia adalah sanggahan terhadap mereka yang menafikan bahawa ia adalah amalan yang disyariatkan dan terpuji. Seperti Sheikh Ibnu Taymiyah didalam fatawanya. Beliau telah berhujah secara panjang lebar dan berlebihan dalam menyatakan bahawa ia adalah zikir yang tidak disyariatkan. Barangkali Sheikh Ibnu Taymiyah terlupa hadis ini . Maha suci Allah yang tidak tidur dan lupa  ( Fathul Mulhim bab al-Iman )


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=935456063296611&id=100004966779883&_rdr

Khamis, 7 Mei 2020

Masalah zikir ALLAH secara tunggal

Oleh Ustaz Ahmad Lutfi bin Muharram 

Menyantuni Dr Rozaimi

1- Tulisan ini merupakan kritikan terhadap tulisan Dr Rozaimie dalam 'post' beliau seperti dibawah

https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/posts/1917823934911764

https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/videos/1921249671235857/

2- Ia ditulis secara " laff nasyr ghair murattab " . Hanya disusun mengikut kesesuaian munasabah dan maqam

3- Tahrir mahall niza' ุชุญุฑูŠุฑ ู…ุญู„ ุงู„ู†ุฒุงุน
Penting untuk ditentukan apa sebenarnya yang Dr Rozaimie mahu katakan tentang masaalah ini. Dalam video beliau dengan jelas menyatakan "siapa kata ada faedah" iaitu dalam berzikir Allah Allah dan perkataan beliau seterusnya menggambarkan hadirin secara makna bahawa ini adalah rekaan ulama dan mereka bukan Nabi.

Dalam post pertama beliau telah nyatakkan pandangannya ialah tidak digalakkan menyebut Allah Allah sebagai zikir khusus

Namun dalam post kedua beliau menggambarkan masalah ini sebagai khilaf kerana ada ulama yang mengharuskan

Saya tidak pasti adakah wujud unsur 'spin' atau tafsil ba'da ijmal

4- Permasaalahan ini sebenarnya berpaksikan metodologi dalam memahami keabsahan bida'h hasanah atau tidak dan ia menjadi punca pandangan-pandangan kritis dari Dr terhadap banyak isu yang diangkat beliau. Selagi Dr Rozaimie berpuas hati dengan hujah yang menolak bidaah hasanah maka selagi ltu titik temu tidak akan dijumpai

5- Menghukumnya sebagai tiada faedah@ bida'h makruhah ialah lanjutan dari pendapat Sheikh Ibnu Taymiyah dan anak muridnya Ibnu Qayyim. Kerana itu saya mengatakan ia adalah memberi nyawa semula kepada himpunan ilmu Sheikh Ibnu Taymiyah. Beliau dilihat begitu bersungguh menafikan amalan zikir Allah Allah dalam fatawa nya. Tidak ada ulama lain yang menulis sepanjang beliau menurut pengetahuan saya. Maulana Syabbir Usmani menyifatkan perbuatan Sheikh Ibnu Taymiyah sebagai ุงุทู†ุจ ุงุทู†ุงุจุง ุจู„ูŠุบุง                                                       

6- Dr Rozaimie menyangkal istidlal para ulama dengan membawa ayat ูˆุงุฐูƒุฑ ุงุณู… ุฑุจูƒ tentang galakkan zikir mufrad .

Beliau membawa petikan tafsir Qurtubi berkenaan dengan ayat ini yang tidak dinyatakan oleh Imam Qurtubi sebagai menunjukkan galakkan zikir mufrad bahkan Imam Qurtubi memberi tafsiran yang lain

7- Saya tidak memahami apa manhaj yang dipegang oleh beliau. Adakah apabila Imam Qurtubi atau seseorang mufassir tidak mentafsirkan sesuatu ayat dengan sesuatu tafsiran maka tafsiran itu akan menjadi salah .
Adapun jika Dr Rozaimie tidak nampak sisi mana ayat ini yang menunjukkan galakkan zikir mufrad maka itu tiada kaitan dengan istidlal dan hujah itu hanya terpakai untuk beliau amalkan seorang diri dan tidak boleh digunakan untuk ilzam khasam ุงู„ุฒุงู… ุงู„ุฎุตู…

8- Apabila sesuatu tafsir tidak bertentangan dengan kaedah bahasa Arab dan qawaid syara' dan musallamat maka ia boleh menjadi salah satu wajah dalam mentafsir ayat

9- Ulama yang beristidlal dengan ayat ini (walaupun Dr menggelarkan mereka golongan panas hati )
Berkata ayat ini menyebut " sebutlah Nama Tuhanmu " dan zahir ayat ini menyuruh menyebut nama Tuhan .

10- Maka nama Tuhan kita ialah Allah. Lalu kalimah Allah disuruh sebut didalam ayat ini dan ia dimaksudkan dalam ayat ini secara ุฏุฎูˆู„ุง ุงูˆู„ูŠุง

11- Jika Dr ingin membantah tafsir ini maka nyatakan dari sisi mana ia bertentangan dengan bahasa Arab, Qawaid syarak dan musallamat

12- Adapun membawa satu tafsir yang tidak sama dengan tafsir "golongan hati panas " maka tidak ada markah untuk hujah itu kecualilah jika Imam Qurtubi menyebut secara sorih tidak boleh ditafsir begini

13- Itupun ia tidak boleh menjadi ุญุฌุฉ ู…ู„ุฒู…ุฉ                14 - Saya cuba jenguk- jenguk kitab tafsir yang lain adakah mereka ada mentafsir ayat ini selain dari apa yang di tafsir oleh Imam Qurtubi maka saya dapati mereka ada mentafsir selain dari tafsiran Imam Qurtubi . Dan adakah kita boleh mengatakan tafsiran mereka salah kerana ia tidak disebut oleh Imam

15- Jawabannya sudah tentu tidak . Jika tidak maka dimana punca dikatakan tafsiran "golongan panas hati " yang merujuk kepada zikir mufrad itu salah

16- Tafsiran ulama terhadap ayat ูˆุงุฐูƒุฑ ุงุณู… ุฑุจูƒ . ุณูˆุฑุฉ ุงู„ู…ุฒู…ู„ yang tidak terdapat dalam Tafsir Qurtubi

Tafsir Ibnu Kasir ุงูƒุซุฑ ู…ู† ุฐูƒุฑู‡

Tafsir Jalalain ู‚ู„ ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ููŠ ุงุจุชุฏุงุก ู‚ุฑุงุกุชูƒ

Tafsir Baidhowi ูˆุงุฐูƒุฑ ุงุณู… ุฑุจูƒ ูˆุฏู… ุนู„ู‰ ุฐูƒุฑู‡ ู„ูŠู„ุง ูˆู†ู‡ุงุฑุง

Tafsir Baghowi ูˆุงุฐูƒุฑ ุงุณู… ุฑุจูƒ ุจุงู„ุชูˆุญูŠุฏ ูˆุงู„ุชุนุธูŠู…

16 - Apabila kita melihat tafsir-tafsir ini maka kita dapati bukan semua makna boleh difahami hanya dengan zahir ayat bahkan ada yang mentafsirkannya berdasarkan isyarat nas ุงุดุงุฑุฉ ุงู„ู†ุต dan ada yang berdasarkan takwil nas ุชุฃูˆูŠู„ ุงู„ู†ุต

17- Namun selagi ia tidak bertentangan dengan konteks ayat , bahasa Arab , qawaid syarak dan musallamat maka ia masih boleh diterima . Tinggal lagi tafsiran mana yang lebih rajih dan 18- Saya akan menjamu pembaca dengan tafsiran tentang ayat ini oleh Maulana Qadhi Muhaddis Sanaullah al- Usmani . Beliau seorang ulama ulung pada zamannya berasal dari Pani Pat India mempelajari fekah dan hadis dari Shah Waliyullah Muhaddis Dehlawi. Kerana mendalamnya ilmu beliau dalam bidang hadis dan fekah maka Sayyid Abdul Aziz Dehlawi memberi gelaran Baihaqi zamannya.

19- Tafsiran beliau seperti berikut (intisari)
" Berkemungkinan juga maksud ayat ini ialah berzikir dengan lidah bersama dengan hati
dan maksud sentiasa berzikir ialah sentiasa dan berterusan secara uruf iaitu mengikut kemampuan manusia. Zikir lisan seperti ini akan membawa kepada ' tabattul ' (memutuskan diri dari makhluk dan berhubung hanya dengan Allah )

Berdasarkan takwil dan tafsir ini terdapat isyarat kepada BERZIKIR DENGAN MENGULANG - ULANG ISIM ZAT (lafaz Allah )

Dan didalam ayat ุฑุจ ุงู„ู…ุดุฑู‚ ูˆุงู„ู…ุบุฑุจ ู„ุง ุงู„ู‡ ุงู„ุง ู‡ูˆ terdapat isyarat kepada kekuasaan Allah yang meliputi seluruh mumkinat dan isyarat kepada zikir nafi dan isbat ู„ุง ุงู„ู‡ ุงู„ุง ุงู„ู„ู‡

Dan kedua-dua zikir ini adalah asas kepada tariqah arbab kamalat al wilayah

Dengan ini baru jelas perbezaan antara ู…ุนุทูˆู ูˆ ู…ุนุทูˆู ุนู„ูŠู‡
Diantara tiga ayat ู‚ู… ุงู„ู„ูŠู„ ูˆ ุฑุชู„ ุงู„ู‚ุฑุงู† ูˆ ุงุฐูƒุฑ ุงุณู… ุฑุจูƒ

Empat amal ini adalah jalan menuju kepada mendekatkan diri kepada Allah dan memperolehi darjat

1- Solat 
2- Membaca Quran
3- Zikir mufrad (mengulang lafaz Allah)
4- Zikir nafi dan isbat (mengulang ู„ุง ุงู„ู‡ ุงู„ุง ุงู„ู„ู‡

Tafsir al- Mazhari 7/111        20 - Sebelum saya ingin meneruskan kritikan saya ingin menasihati Dr Rozaimie supaya jangan menuduh apa yang orang tidak katakan. Beliau mengatakan dalam post keduanya ketika mengkritik Ustaz Kamarudin Toyo

" Soalan yang ustaz harus jawab ialah mengapa ustaz tidak ajak manusia berzikir dengan ayat yang sempurna seperti yang Nabi amalkan dan anjurkan? Adakah begitu berat lidah kita menuturkan sesuatu yang Nabi sendiri kata ia ringan di lidah dan berat di timbangan amal? Sama-sama kita fikirkan."

Sejak bila orang yang mengatakan boleh berzikir dengan zikir mufrad tidak mengajak manusia dengan zikir sempurna. Sampai pula dituduh berat lidah menuturkan zikir-zikir lain

21- Di akhir post kedua beliau mengatakan

" Namun sekali lagi saya tidak nafikan sememangnya ada ulama yang benarkan. Namun, zikir dengan ayat sempurna itu lebih baik. Walau bagaimanapun, mengatakan yang membantah sebagai pengikut dajjal dan yahudi itu sangat tidak wajar."

- Beliau tidak menerangkan secara jujur bahawa ini pandangan majoriti ulama Islam . Dan banyak berlaku beliau mengangkat pendapat syaz dan membayangkan seolah-olah ia yang paling rajih bahkan hak

- Kalau khilaf masaalah ini seputar yang mana lebih afdhal maka mengapa perlu disindir dikutuk dengan pelbagai gelaran mereka yang berpandangan boleh bahkan mustahab

- Ataupun perkataan beliau di post terakhir ini adalah spin dari kegopohan awal beliau ketika mengulas masaalah ini seperti dalam video

22 - Saya dapati banyak hujah beliau sama dan sebiji seperti yang terdapat dalam forum diskusi dalam internet oleh salafi Arab . Sama ada ia adalah 'copy paste ' atau ia hanya secara kebetulan. Namun saya tiada masaalah dengan hujah copy paste sekiranya hujah itu betul      23- Saya ingin mengulas pernolakan Dr Rozaimie terhadap hujah ulama yang mengharuskan zikir berdasarkan hadis riwayat Muslim

ุนู† ุฃู†ุณ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ ุฃู† ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ุงู„: ู„ุง ุชู‚ูˆู… ุงู„ุณุงุนุฉ ุญุชู‰ ู„ุง ูŠู‚ุงู„ ููŠ ุงู„ุฃุฑุถ : ุงู„ู„ู‡ ุงู„ู„ู‡

Dalam satu riwayat dalam Muslim

ู„ุง ุชู‚ูˆู… ุงู„ุณุงุนุฉ ุนู„ู‰ ุฃุญุฏ ูŠู‚ูˆู„ : ( ุงู„ู„ู‡ ุงู„ู„ู‡)
Beliau berhujah dengan tiga bentuk

1- Dengan mentafsirkannya dengan tafsiran lain dengan mengambil kira datang dalam riwayat lain dengan lafaz yang berbeza . Ia adalah kaedah ุฌู…ุน ุงู„ุทุฑู‚ seperti yang dilakukan oleh Hafiz Ibn Hajar

2- Dengan membawa tafsir ulama terhadap hadis ini iaitu Imam Tibie dan Munawi

3- Dengan membawa hujah akli secara mafhum mukhalafah

24- Sebelum saya meneruskan hujah saya ingin menzahirkan kepelikan terhadap urutan hujah Dr Rozaimie jika dilihat pada cara beliau berhujah maka ia menunjukkan perbuatan zikir mufrad ini tidak harus/tiada faedah namun jika baca petikan akhir post keduanya beliau gambarkan bahawa zikir mufrad adalah tidak afdhal

Soalannya tidak harus/tiada faedah atau tidak afdhal ?
Berbeza sangat kedua-dua hukum tersebut

Kepala hujah tidak sama dengan ekornya dan muqaddimah hujah berbeza dengan natijahnya. Apapun, Dr Rozaimie yang layak menjawab kepelikan ini

25- Menjawab hujah pertama

Menjama'kan riwayat hanya diperlukan apabila berlaku 
percanggahan diantara riwayat, apabila ada riwayat yang tidak jelas dan mujmal maknanya, apabila ada keringkasan dalam sesebuah riwayat, apabila zahir makna batil dalam sesebuah riwayat

Didalam riwayat ini dan riwayat Imam Ahmad , Ibn Hibban dan Hakim serta satu riwayat dari Ibnu Abi Ja'far yang menyatakan

" Bahawa tidak akan berlaku kiamat terhadap orang yang mengucap ู„ุง ุงู„ู‡ ุงู„ุง ุงู„ู„ู‡ "

Lafaz Allah Allah tidak perlu ditakwilkan dengan lafaz La ilah ilallah kerana tiada percanggahan antara keduanya dan ia adalah zikir orang Islam dan ucapan mereka dan ia sesuai dengan hadis yang dibawa oleh Dr Rozaimie yang menyatakan orang Islam akan dimatikan dahulu sebelum berlaku kiamat

Seperti mana lafaz ู„ุง ุงู„ู‡ ุงู„ุง ุงู„ู„ู‡ menunjukan tauhid maka lafaz Allah Allah juga menunjukan tauhid apabila diucap oleh orang Islam.

hadis ini ingin menyatakan kiamat tidak akan berlaku selagi ada orang Islam .Menyebut ู„ุง ุงู„ู‡ ุงู„ุง ุงู„ู„ู‡ dan lafaz Allah Allah adalah tanda orang islam. Zikir pertama dipanggil nafi dan isbat manakala zikir kedua diipanggil zikir ismu zat

Mungkin Dr akan berhujah dalam hadis ini sebut dua kali sahaja sedangkan ahli sufi sebut beribu kali. Saya tidak fikir Dr akan berhujah dengan hujah dangkal ini. Cuba fikir jika dua kali sudah memberi manfaat 'menahan kiamat' bagaimana pula jika beribu kali

Imam Qurtubi dalam kitabnya yang membicarakan asmaul husna mentafsirkan hadis ini dengan katanya apabila menjelang kiamat lafaz ALLAH akan dicabut dari lidah orang yang engkar sehingga kalimah Allah langsung tiada yang sebut maka barulah berlaku kiamat

Tafsiran seperti ini lebih benar kerana masih mengamlkan makna zahir kedua-dua riwayat , Dr Rozaimie biasa dengar kaedah
" Menggunakan kedua-dua dalil lebih baik dari meninggalkan salah satu dari keduanya "

ุงุนู…ุงู„ ุงู„ุฏู„ูŠู„ูŠู† ุงูˆู„ูŠ ู…ู† ุงู‡ู…ุงู„ ุงุญุฏู‡ู…ุง

26- Bukankah mentakwilkan Allah Allah dengan ู„ุง ุงู„ู‡ ุงู„ุง ุงู„ู„ู‡ adalah perbuatan takwil dengan syubhah yang sangat ditahzir olek kawan-kawan Dr Rozaimie

27- Jika mahu ditarjihkan maka riwayat Allah Allah lebih afdhal dengan beberapa sebab
- Imam Nawawi berkata semua naskah kitab Muslim meriwayatkan hadis ini dengan mengulang lafaz Allah Allah

- Hanya satu riwayat dari Ibnu Abi Jaafar yang meriwayatkan dengan ู„ุง ุงู„ู‡ ุงู„ุง ุงู„ู„ู‡

- Riwayat dalam kitab Muslim sudah tentu lebih kuat berbanding kitab lain
(Bagaimana mungkin di"paksa" riwayat Muslim yang diriwayat oleh majoriti untuk mengikuti lafaz riwayat-riwayat yang lain

- Dari segi makna riwayat lafaz Allah Allah lebih kuat dan bersesuaian dengan maqam iaitu

- Hadis ini ialah tentang tanda kiamat maka Nabi ingin menyatakan bahawa bila menjelang kiamat bukan setakat lafaz ู„ุง ุงู„ู‡ ุงู„ุง ุงู„ู„ู‡ tidak diucapkan bahkan lafaz Allah Allah

(Walaubagaimanapun saya tidak berpandangan dengan cara jam' turuq dan tarjih dalam hadis ini )     27- Menjawab hujah kedua

Saya suka apabila Dr Rozaimie membawa hujah kedua ini dengan membawa tafsiran Imam Tibie dan Imam Munawi .Saya suka kerana mereka berdua adalah ulama serta beramal dengan tariqah (sila baca riwayat hidup mereka ). Justeru ia menunjukkan Dr Rozaimie sudah berjinak-jinak dengan perkataan-perkataan pengamal tariqah

28- Perkataan Imam Tibie sepatutnya tidak boleh menjadi hujah menafikan bahkan mengisbatkan sebutan zikir Allah Allah . Cuba baca betul-betul apa yang Imam Tibie tulis 
" Makna tidak dikatakan Allah ialah tidak disebut nama Allah dan Allah tidak disembah 
ุญุชู‰ ู„ุง ูŠุฐูƒุฑ ุงุณู… ุงู„ู„ู‡ ูˆู„ุง ูŠุนุจุฏ

Bukankah perkataan Imam Tibie ini jelas mentafsirkan qawl dengan zikr

- Manakala syarahan Imam Munawi juga jelas menunjukkan maksud hadis ini ialah berzikir dan mengucap kalimah Allah 
ูˆู„ูŠุณ ุงู„ู…ุฑุงุฏ ุฃู† ู„ุง ูŠุชู„ูุธ ุจู‡ุฐู‡ ุงู„ูƒู„ู…ุฉ ، ุจู„ ุฃู†ู‡ ู„ุง ูŠุฐูƒุฑ ุงู„ู„ู‡ ุฐูƒุฑุง ุญู‚ูŠู‚ูŠุง ، ููƒุฃู†ู‡ ู„ุง ุชู‚ูˆู… ุงู„ุณุงุนุฉ ูˆููŠ ุงู„ุฃุฑุถ ุฅู†ุณุงู† ูƒุงู…ู„

Kata Imam Munawi " Bukanlah maksud hadis semata-mata kalimah Allah tidak dilafazkan bahkan maksud hadis ini (menjelang kiamat) Allah tidak dizikirkan dengan zikir yang sebenar (seperti kalimah Allah diucapkan oleh orang kafir atau orang mulhid)".

29- Adapun orang yang berzikir mereka menyebut kalimah Allah dengan zikir yang hakiki maka sabitlah kebaikan dan faedah menyebut nama Allah

30- Jika Dr Rozaimi ingin tahu Imam Munawi adalah penyokong tegar zikir mufrad

- Didalam kitab yang sama yang Dr Rozaimie petik perkataan Munawi iaitu kitab Faidhul Qadir Imam Munawi telah berkata

ู‚ุงู„ ููŠ ููŠุถ ุงู„ู‚ุฏูŠุฑ 2/309 : ( ู‚ุงู„ูˆุง ูˆู„ูŠุณ ู„ู„ู…ุณุงูุฑ ุฅู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ููŠ ุณู„ูˆูƒู‡ ุฃู†ูุน ู…ู† ุงู„ุฐูƒุฑ ุงู„ู…ูุฑุฏ ุงู„ู‚ุงุทุน ู…ู† ุงู„ุฃูุฆุฏุฉ ุงู„ุฃุบูŠุงุฑ ูˆู‡ูˆ ุงู„ู„ู‡ )

Ahli sufi berkata " Tidak ada zikir yang lebih afdhal untuk musafir yang menuju kepada Allah didalam suluknya berbanding zikir mufrad yang memutuskan dan melenyapkan selain dari Allah daripada hati-hati"

- Di tempat lain beliau berkata 3/116 Faidh al-Qadir

( ูˆูŠู‚ุนุฏ ูุงุฑุบ ุงู„ู‚ู„ุจ ู…ุฌู…ูˆุน ุงู„ู‡ู… ูˆู„ุง ูŠูุฑู‚ ููƒุฑู‡ ุจู‚ุฑุงุกุฉ ูˆู„ุง ุบูŠุฑู‡ุง ุจู„ ูŠุฌุชู‡ุฏ ุฃู† ู„ุง ูŠุฎุทุฑ ุจุจุงู„ู‡ ุดูŠุก ุณูˆู‰ ุฐูƒุฑ ุงู„ู„ู‡ ูู„ุง ูŠุฒุงู„ ู‚ุงุฆู„ุง ุจู„ุณุงู†ู‡ : ( ุงู„ู„ู‡ ุงู„ู„ู‡ ) ุนู„ู‰ ุงู„ุฏูˆุงู… ู…ุน ุญุถูˆุฑ ู‚ู„ุจู‡ ุฅู„ู‰ ุฃู† ูŠู†ุชู‡ูŠ ุฅู„ู‰ ุญุงู„ุฉ ูŠุชุฑูƒ ุชุญุฑูŠูƒ ุงู„ู„ุณุงู† ูˆูŠุฑู‰ ูƒุฃู† ุงู„ูƒู„ู…ุฉ ุฌุงุฑูŠุฉ ุนู„ูŠู‡ ุซู… ูŠุตูŠุฑ ุฅู„ู‰ ุฃู† ูŠู†ู…ุญูŠ ุฃุซุฑู‡ ู…ู† ุงู„ู„ุณุงู† ููŠุตุงุฏู ู‚ู„ุจู‡ ู…ูˆุงุธุจุง ุนู„ู‰ ุงู„ุฐูƒุฑ ุซู… ุชู†ู…ุญูŠ ุตูˆุฑุฉ ุงู„ู„ูุธ ูˆูŠุจู‚ู‰ ู…ุนู†ู‰ ุงู„ูƒู„ู…ุฉ ู…ุฌุฑุฏุง ููŠ ู‚ู„ุจู‡ ู„ุง ูŠูุงุฑู‚ู‡ ูˆุนู†ุฏ ุฐู„ูƒ ุงู†ุชุธุงุฑ ุงู„ูุชุญ ) ุงู‡
" Dan hendaklah dia duduk dalam keadaan sunyi hati, tawajjuh dan jangan dia kacau fikirannya dengan amalan lain seperti membaca al-Quran dan lain-lain bahkan hendaklah dia bersungguh-sungguh sehingga jangan ada lintasan selain dalam hatinya seterusnya berterusan dia mengulang-ngulang dngan lidahnya kalimah Allah Allah ........

ูˆููŠ ุดุฑุญ ุญุฏูŠุซ ุฃุณู…ุงุก ุงุจู†ุฉ ุนู…ูŠุณ - ู‚ุงู„ุช : ุนู„ู…ู†ูŠ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูƒู„ู…ุงุช ุฃู‚ูˆู„ู‡ู† ุนู†ุฏ ุงู„ูƒุฑุจ ( ุงู„ู„ู‡ ุงู„ู„ู‡ ุฑุจูŠ ู„ุง ุฃุดุฑูƒ ุจู‡ ุดูŠุฆุง ) ุงู„ุฐูŠ ุฑูˆุงู‡ ุงุจู† ู…ุงุฌู‡ 2/1277ูˆุฃุจูˆ ุฏุงูˆุฏ 2/87 - ู‚ุงู„ ุงู„ู…ู†ุงูˆูŠ ููŠ ุดุฑุญ ุงู„ุญุฏูŠุซ ููŠ ููŠุถ ุงู„ู‚ุฏูŠุฑ 1/286: ( ุงู„ู„ู‡ ุงู„ู„ู‡ ) ูˆูƒุฑุฑู‡ ุงุณุชู„ุฐุงุฐุง ุจุฐูƒุฑู‡ ูˆุงุณุชุญุถุงุฑุง ู„ุนุธู…ุชู‡ ูˆุชุฃูƒูŠุฏุง ู„ู„ุชูˆุญูŠุฏ ูุฅู†ู‡ ุงู„ุงุณู… ุงู„ุฌุงู…ุน ู„ุฌู…ูŠุน ุงู„ุตูุงุช ุงู„ุฌู„ุงู„ูŠุฉ ูˆุงู„ุฌู…ุงู„ูŠุฉ ูˆุงู„ูƒู…ุงู„ูŠุฉ ) ุงู‡

31- Dalam kitab Tobaqat Sufiah Kubra 
" Beliau mengatakan hujah mereka yang menolak zikir mufrad terlalu lemah seperti sarang labah-labah"  32- Menolak hujah ketiga

Hujah ketiga beliau seperti berikut

" Jika benar maksud hadis ini seperti mana yang didakwa oleh orang yang panas hati. Maka adakah bermakna kiamat akan berlaku walaupun orang yang berzikir dengan zikir yang ada dalam hadis dengan lafaz yang lengkap? Ini kerana mereka meninggalkan lafaz Allah Allah secara mufrad (tunggal)? Sedangkan hadis sahih menyebutkan bahawa sebelum kiamat Allah akan menghantar angin yang akan mematikan semua orang yang beriman? "

33- Hujah ini yang paling kurang difahami boleh keluar dari tokoh seperti Dr Rozaimie . ( I can't brain)
Mungkin pembaca boleh merasai kejanggalan hujah ini

34- Beliau mengeluarkan mafhum mukholafah yang pelik

Sepatutnya apabila hadis itu berbunyi " Hari kiamat tidak akan berlaku sehinggalah lafaz Allah Allah tidak lagi diucapkan "

Maka mafhumnya " Hari kiamat akan berlaku bila kalimah Allah Allah pun sudah tidak diucapkan

Berdasarkan konteks hadis ini adalah ghayah dan klimaks yang Nabi ingin sampaikan. Iaitu begitu teruknya manusia sehingga kalimah Allah pun tidak diucapkan

Kalau subhanAllah Alhamdulillah dan zikir lain disebutkan lebih-lebih lagi kiamat tidak akan berlaku

36- Dr Rozaimi yang mulia . Walaupun kami tiada PHD tapi jangan bercakap dengan kami macam kami ini bodoh sangat sampai perkara setara ini pun kami tak boleh faham

37- Gunalah mafhum muwafaqah memahami hadis ini iaitu

Jika Allah Allah pun boleh menahan kiamat maka kalimah yang lebih daripada itu lebih-lebih lagilah

38- Kalau Dr salah sangka kami memahami hadis ini seperti yang Dr sangka maka berkat malam Khamis ini kami maafkan39- Sebelum mengakhiri santunan untuk yang terakhirnya (siri 10 ) saya ingin menyatakan masaalah ini tidak akan menyebabkan orang panas hati jika Dr Rozaimie merespon nya dengan baik

40- Perkara yang tidak boleh diterima apabila menyebut ia tiada faedah dan mengejek golongan yang memakai logo capal Nabi di songkok dan membayangkan bahawa golongan zikir mufrad sebagai membuat ulama mereka macam Nabi

41- Dr Rozaimi tidak perlu mengikut Sheikh Ibnu Taymiyah dalam masaalah ini yang bersifat keras ketika mengulasnya sehingga berkata " Zikir begini hanya dibuat oleh ุถู„ุงู„ ุงู„ู…ุชุฃุฎุฑูŠู† golongan yang sesat dari kalangan mutaakhirin

42- Syabas Dr dihujung post kedua agak reda sikit dengan mengatakan ia tidak afdhal . Walaupun ramai orang kata itu spin atau u turn tapi apa salahnya kalau kearah yang lebih hak. Saya anggap ia adalah ุฑุฌูˆุน . Semua pembaca perlu menerima rujuk beliau

43- Senarai nama yang membenarkan dan mengamalkan terlalu agong tokohnya yang agak kurang sopan dilayan hujahnya macam seperti budak " Jibam "

44- Nama seperti

Sheikh Junaid Baghdadi , Sheikh Zakariyya al- Ansori , Sheikh Ibnu Hajar al- Haitamy, Imam al-Munawi, Sheikh Waliyullah Muhaddis Dehlawi, Imam al- Munawi, Para muhaddisini aliran Deoband dan banyak lagi

45- Tidak semudah itu gunung - gunung ini boleh dihadapi 46- Saya seperti Dr Rozaimi tidak bersetuju ayat 
" ู‚ُู„ِ ุงู„ู„َّู‡ُ ۖ ุซُู…َّ ุฐَุฑْู‡ُู…ْ ูِูŠ ุฎَูˆْุถِู‡ِู…ْ ูŠَู„ْุนَุจُูˆู†َ "

dijadikan dalil untuk mengisbatkan zikir mufrad. Berdasarkan siyaq dan sabaq ayat (konteks ayat ) maka ia tidak boleh menunjukkan kepada saranan zikir mufrad secara mantuq atau mafhum

47- Namun saya bersetuju ia boleh diambil istinbat tentang zikir mufrad berdasarkan tafsir isyari ( lihat perbahasan tafsir isyari karangan Sheikh Abd Fattah Qudaish al-Yafie , Maulana Asyraf Ali Tanwi dalam muqaddimah kitab beliau Masail Suluk dan penerangan tentang Tafsir sufi oleh Shah Waliyullah Dehlawi dalam al-Fawzul al-Kabir bersama syarahnya al-Aun al-Kabir

48- Berkata Sheikh Ibnu Ajibah sebahagian mufassirin telah mengkritik para sufi yang beristidlal dengan ayat ini . Namun sebenarnya mereka tidak memahami maksud dan kehendak mereka

Maksud mereka ialah

" Ucapkanlah lafaz Allah dengan hatimu dan ruhmu dan hilangkan dirimu dari selain Allah kemudia biarkan orang lain tenggelam didalam selain Allah dan bemain dengan hawa nafsu mereka "

Para sufi tetap mengakui makna zahir sesebuah ayat yang mereka huraikan secara tafsir isyari

Seperti para sahabat menggunakan ayat yang diturunkan untuk orang kafir di praktikkan untuk diri mereka. Sedangkan jika dilihat konteks ayat maka ia langsung tidak merujuk kepada diri mereka

Walaupun ayat diatas diturunkan tentang orang Yahudi namun diambil iktibar untuk diri sendiri

49- Maulana Asyraf Ali Tanwi berkata 
" Masaalah - masaalah tasauf ada dua bahagian bahagian pertama ia ditunjukkan oleh oleh al-Quran dengan kaedah-kaedah dalalah yang muktabar disisi ahli ilmu dan ijtihad secara nas. Ia dinamakan TAFSIR < ISTINBAT< FIQH

Yang kedua Tidak ada petunjuk kepadanya secara mantuk dan secara qias berdasarkan persamaan pada illat syarak tetapi dia ada petunjuk secara tidak langsung berdasarkan munasabat dan perkaitan 
Jenis ini dipanggil i'tibar ุงู„ุงุนุชุจุงุฑ

50- Imam Zarkasyi berkata didalam kitab usul tafsirnya al-Burhan 
" Adapun huraian ahli sufi didalam mentafsir al-Quran ada pendapat mengatakan ia bukanlah tafsir tetapi ia adalah tindak balas jiwa dan sentuhan perasaan yang mereka rasai ketika membaca al-Quran

Contohnya sebahagian ahli sufi berkata tentang ayat ini 
ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง ู‚َุงุชِู„ُูˆุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ูŠَู„ُูˆู†َูƒُู… ู…ِّู†َ ุงู„ْูƒُูَّุงุฑِ
" Wahai orang yang beriman perangilah orang-orang kafir yang berdekatan dengan kami "

Berkata sebahagian ahli sufi tentang ayat ini 
" Maksusnya ialah nafsu. Kerana kita disuruh memerangi orang yang dekat dengan kita dan yang paling dengan kita ialah nafsu "

Banyak pakar tafsir membincangkan tentang kalam ahli sufi berkaitan sesebuah ayat

Kesimpulannya ayat ini tidak menunjukkan kepada zikir mufrad secara istinbat mantuk dan mafhum namun ia boleh dimbil isyarat nya dan dibawa kepada masaalah ini


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=945159782326239&id=100004966779883&_rdr

Ahad, 26 April 2020

Status Hadis Doa Makan





Oleh - Dr Mohd Khafidz bin Soroni


1. Kata Imam an-Nawawi (w. 676H) dlm kitab al-Azkar:

(ุจุงุจُ ู…ุง ูŠู‚ูˆู„ُ ุฅุฐุง ู‚ُุฑِّุจ ุฅู„ูŠู‡ ุทุนุงู…ُู‡)

ุฑูˆูŠู†ุง ููŠ ูƒุชุงุจ ุงุจู† ุงู„ุณู†ูŠ ุนู† ุนุจุฏ ุงู„ู„ู‡ ุจู† ุนู…ุฑูˆ ุจู† ุงู„ุนุงุต ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…ุง ุนู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฃู†ู‡ ูƒุงู† ูŠู‚ูˆู„ ููŠ ุงู„ุทุนุงู… ุฅุฐุง ู‚ُุฑِّุจَ ุฅู„ูŠู‡: " ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุจุงุฑِูƒْ ู„َู†ุง ูِูŠู…ุง ุฑَุฒَู‚ْุชَู†ุง، ูˆَู‚ِู†ุง ุนَุฐَุงุจَ ุงู„ู†َّุงุฑِ، ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ".

Bab apa yg perlu diucapkan apabila dihidangkan kepadanya makanan:

Telah kami riwayatkan dlm kitab Ibn as-Sunni drpd ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA drpd Nabi SAW bhw baginda SAW mengucapkan pd makanan apabila dihidangkan kepadanya: Ya Allah, berkatilah kami pd apa yg Engkau rezekikan kepada kami dan lindungilah kami drpd azab api neraka. Dengan nama Allah”.

Jelasnya, doa ini dianjurkan oleh Imam an-Nawawi dan ramai ulama lain yg mengajarkan kitab beliau ini kpd masyarakat Islam. Bagaimanapun, al-Hafiz Ibn Hajar mengulas statusnya begini: “Hadis ini gharib. Dikeluarkan oleh Ibn as-Sunni, sedangkan pd sanadnya ada Ibn Abi ar-Ru‘airi‘ah (ุงุจู† ุฃุจูŠ ุงู„ุฑุนูŠุฑุนุฉ) [atau az-Zu‘aizi‘ah (ุงุจู† ุฃุจูŠ ุงู„ุฒُุนَูŠْุฒِุนَุฉ)]. Kata al-Bukhari: ‘Amat munkar hadisnya’. Ibn ‘Adi menyebutkan hadis ini di antara hadis-hadis yang diingkari orang terhadapnya, kata beliau: ‘Tiada yg menyokong hadis-hadisnya’. Ibn Hibban merekodkannya dlm kitab ad-Dhu‘afa’ dan menilainya sbg amat lemah. Kemudian Ibn Hibban menyebutkan sesudahnya nama lain yg sama, Muhammad ibn Abi ar-Ru‘airi‘ah drpd Abu al-Malih, dan menisbahkannya kpd pemalsuan hadis. Jadi seolah-olah di sisi Ibn Hibban ada dua org yg berbeza. Dan aku tidak melihat demikian pd rujukan yg lain. Dan pengetahuan yg sebenarnya hanya di sisi Allah” (Demikian dlm al-Futuhat ar-Rabbaniyyah oleh Ibn ‘Allan al-Makki w. 1057H). Walaupun Ibn Hibban sebenarnya ada melabel salah satunya sbg ‘Dajjal’, namun al-Hafiz Ibn Hajar spt melihat ianya sbg berlebihan atau tidak jelas, dan hanya merumuskan kedudukan hadis sbg gharib shj, bukan palsu.

2. Bagaimanapun, doa makan ini ada disokong oleh athar Saidina ‘Ali bin Abi Talib RA sptmn diriwayatkan dalam kitab Zawa’id al-Musnad oleh ‘Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, iaitu:

ุนู† ุงุจู† ุฃุนุจุฏ، ู‚ุงู„: ู‚ุงู„ ู„ูŠ ุนู„ูŠ ุจู† ุฃุจูŠ ุทุงู„ุจ: «ูŠุง ุงุจู† ุฃุนุจุฏ ู‡ู„ ุชุฏุฑูŠ ู…ุง ุญู‚ ุงู„ุทุนุงู…؟» ู‚ุงู„: ู‚ู„ุช: ูˆู…ุง ุญู‚ู‡، ูŠุง ุงุจู† ุฃุจูŠ ุทุงู„ุจ؟ ู‚ุงู„: «ุชู‚ูˆู„: ุจุณู… ุงู„ู„ู‡، ุงู„ู„ู‡ู… ุจุงุฑูƒ ู„ู†ุง ููŠู…ุง ุฑุฒู‚ุชู†ุง» ، ู‚ุงู„: ูˆุชุฏุฑูŠ ู…ุง ุดูƒุฑู‡ ุฅุฐุง ูุฑุบุช؟ ู‚ุงู„: ู‚ู„ุช: ูˆู…ุง ุดูƒุฑู‡؟ ู‚ุงู„: «ุชู‚ูˆู„: ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุงู„ุฐูŠ ุฃุทุนู…ู†ุง ูˆุณู‚ุงู†ุง»

Drp Ibn A‘bud katanya: ‘Ali bin Abi Talib RA pernah bertanya kpdku: “Wahai Ibn A‘bud, adakah kamu tahu apakah dia hak makanan itu?” Jawabku: Apakah haknya, wahai Ibn Abi Talib? Kata beliau: “Kamu ucapkan: Dengan nama Allah. Ya Allah, berkatilah kami pada apa yg Engkau rezekikan kepada kami”. Tanya beliau lagi: “Kamu tahu apakah dia syukurnya apabila kamu tlh selesai?” Jawabku: Apakah dia syukurnya? Kata beliau: “Kamu ucapkan: Segala puji bagi Allah yg tlh memberi kami makan dan minum”.

Kata al-Haythami dlm Majma‘ az-Zawa’id: “Ibn A‘bud menurut Ibn al-Madini: ‘Tidak begitu dikenali (dlm hal periwayatan)’, dan baki para perawinya adalah thiqah (dipercayai)”. Syekh Syu‘aib al-Arna’ut menilai sanadnya sbg daif. Ini krn perawi drp Saidina ‘Ali RA, iaitu Ibn A‘bud tidak diketahui kedudukannya dari segi jarh dan taadil. Namun begitu, Syekh Ahmad Syakir tetap menilai sanadnya sbg hasan. Ini krn dialog dlm riwayat tsb menunjukkan beliau merupakan org yg dekat dan dikenali oleh Saidina ‘Ali RA.

3. Ungkapan doa ini juga merupakan antara doa yg dibaca oleh salah seorang al-Fuqaha’ as-Sab‘ah (7 pakar rujuk ilmu fiqah) yg terkenal di Madinah, iaitu ‘Urwah bin Zubair (w. 93H), apabila dihidangkan kpdnya makanan, minuman ataupun ubat, sptmn yang diriwayatkan Imam Malik dalam kitab al-Muwatta’nya:

ุนَู†ْ ู‡ِุดَุงู…ِ ุจْู†ِ ุนُุฑْูˆَุฉَ، ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠู‡ِ، ุฃَู†َّู‡ُ ูƒَุงู†َ ู„َุง ูŠُุคْุชَู‰ ุฃَุจَุฏًุง ุจِุทَุนَุงู…ٍ، ูˆَู„َุง ุดَุฑَุงุจٍ ุญَุชَّู‰ ุงู„ุฏَّูˆَุงุกُ ูَูŠَุทْุนَู…َู‡ُ ุฃَูˆْ ูŠَุดْุฑَุจَู‡ُ، ุฅِู„َّุง ู‚َุงู„َ: «ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุงู„َّุฐِูŠ ู‡َุฏَุงู†َุง، ูˆَุฃَุทْุนَู…َู†َุง ูˆَุณَู‚َุงู†َุง، ูˆَู†َุนَّู…َู†َุง، ุงู„ู„َّู‡ُ ุฃَูƒْุจَุฑُ، ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฃَู„ْูَุชْู†َุง ู†ِุนْู…َุชُูƒَ ุจِูƒُู„ِّ ุดَุฑٍّ، ูَุฃَุตْุจَุญْู†َุง ู…ِู†ْู‡َุง ูˆَุฃَู…ْุณَูŠْู†َุง ุจِูƒُู„ِّ ุฎَูŠْุฑٍ، ู†َุณْุฃَู„ُูƒَ ุชَู…َุงู…َู‡َุง، ูˆَุดُูƒْุฑَู‡َุง ู„َุง ุฎَูŠْุฑَ ุฅِู„َّุง ุฎَูŠْุฑُูƒَ، ูˆَู„َุง ุฅِู„َู‡َ ุบَูŠْุฑُูƒَ، ุฅِู„َู‡َ ุงู„ุตَّุงู„ِุญِูŠู†َ، ูˆَุฑَุจَّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠู†َ، ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ูˆَู„َุง ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„َّุง ุงู„ู„َّู‡ُ، ู…َุง ุดَุงุกَ ุงู„ู„َّู‡ُ ูˆَู„َุง ู‚ُูˆَّุฉَ ุฅِู„َّุง ุจِุงู„ู„َّู‡ِ، ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุจَุงุฑِูƒْ ู„َู†َุง ูِูŠู…َุง ุฑَุฒَู‚ْุชَู†َุง ูˆَู‚ِู†َุง ุนَุฐَุงุจَ ุงู„ู†َّุงุฑِ»

4. Kesimpulannya, walaupun hadis doa tsb diriwayatkan oleh perawi yg sangat daif, namun menurut kaedah Imam an-Nawawi dan lain-lain, hadis daif baginya boleh diamalkan selama mana ia tidak diyakini sbg palsu. Justeru itu, beliau memuatkannya di dlm kitab al-Azkarnya. Ia juga disokong oleh athar Saidina ‘Ali RA, meskipun sanadnya ada sedikit pertikaian. Bahkan, ungkapan doa ini turut diamalkan oleh sebahagian ulama Salaf dan zahirnya mrk tiada masalah dalam soal penyusunan doa sendiri, khususnya menurut amalan Ahli al-Madinah. Oleh krn ia hanya suatu doa, maka data2 ini sudah cukup utk membolehkan kita mengamalkan doa tsb tanpa perlu meyakini hadisnya sbg sahih. Dan boleh juga diutamakan atau digabungkan dgn doa makan yg lbh sahih, iaitu: (ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุจَุงุฑِูƒْ ู„َู†َุง ูِูŠู‡ِ ูˆَุฃَุทْุนِู…ْู†َุง ุฎَูŠْุฑًุง ู…ِู†ْู‡ُ). Matan lengkapnya:

ุนู† ุงุจู†ِ ุนุจุงุณ، ู‚ุงู„: ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ُ ุงู„ู„ู‡ - ุตู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… -: "ุฅุฐุง ุฃูƒู„ ุฃุญุฏُูƒู… ุทุนุงู…ุงً، ูู„ูŠู‚ู„: ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุจَุงุฑِูƒْ ู„َู†َุง ูِูŠู‡ِ ูˆَุฃَุทْุนِู…ْู†َุง ุฎَูŠْุฑًุง ู…ِู†ْู‡ُ، ูˆุฅุฐุง ุณُู‚ูŠ ู„ุจู†ุงً، ูู„ูŠู‚ู„: ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุจَุงุฑِูƒْ ู„َู†َุง ูِูŠู‡ِ ูˆَุฒِุฏْู†َุง ู…ِู†ْู‡ُ، ูุฅู†ู‡ ู„ูŠุณَ ุดูŠุก ูŠُุฌุฒุฆ ู…ู† ุงู„ุทุนุงู…ِ ูˆุงู„ุดุฑุงุจِ ุบูŠุฑ ุงู„ู„ุจู†ُ". [ุฑูˆุงู‡ ุฃุญู…ุฏ (1978) ูˆุฃุจูˆ ุฏุงูˆุฏ (3730)، ูˆุงู„ุชุฑู…ุฐูŠ (3758)، ูˆู‚ุงู„: ุญุฏูŠุซ ุญุณู†، ูˆุงู„ู†ุณุงุฆูŠ ููŠ ุงู„ูƒุจุฑู‰ (10045) ูˆุงุจู† ู…ุงุฌู‡ (3322) ุจุณู†ุฏ ุญุณู†]

Drpd Ibn ‘Abbas RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka hendaklah dia berdoa: ‘Ya Allah, berkatilah bagi kami padanya dan berilah kami makanan yang lebih baik lagi drpdnya’. Dan apabila dia diberi susu, maka hendaklah dia berdoa: ‘Ya Allah, berkatilah bagi kami padanya dan tambahkanlah lagi bagi kami drpdnya’, krn sesungguhnya tidak ada suatupun yg dapat menyamai makan dan minum selain drpd susu”. (HR Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmizi, katanya: Hadis hasan, al-Nasa’i dan Ibn Majah dgn sanad hasan)

Wallahu a‘lam.

https://sawanih.blogspot.com/2020/02/status-hadis-doa-makan.html?m=1

Sabtu, 25 April 2020

Perbahasan Ringkas Solat Tarawih 20 Rakaat


Perbahasan ini bukan berkaitan dengan masalah berapa jumlah rakaat tarawih yang dikerjakan Rasulullah, tetapi berkaitan dengan polemik atsar dari Umar bin Khaththab tentang tarawih yang dilakukan di zamannya. Perbahasan ini tentu sangat menarik kerana atsar Umar tersebut merupakan tonggak kepada ijma’ yang selama ini menjadi panduan ahlussunnah wal jama’ah, bahawa jumlah rakaat tarawih adalah 20 rakaat.

Ada empat riwayat yang berbeza-beza seputar atsar Saidina Umar bin Khaththab tersebut. Ada yang meriwayatkan tarawih yang dikerjakan Saidina Umar bin Khaththab adalah 20 rakaat dan ditambah witir 3 rakaat (23 rakaat), ada yang menyebutkan 8 rakaat tarawih dan ditambah witir 3 rakaat (11 rakaat) seperti yang dilakukan oleh Rasulullah, ada yang menyebutkan 8 rakaat tarawih dan witir 5 rakaat (13 rakaat), dan ada yang menyebutkan 20 rakaat tarawih dan witir 1 rakaat (21 rakaat).

Polemik ini muncul kerana tuduhan sebahagian Salafi Wahabi, bahawa yang shahih dan mahfuzh dari empat riwayat yang ada adalah riwayat 11 rakaat. Sedangkan riwayat 21 rakaat, 13 rakaat, dan 23 rakaat dianggap syadz sehingga tidak dapat dijadikan hujjah.



Riwayat Pertama: Tarawih 20 rakaat



Riwayat Yazid bin Khushaifah dari Saib bin Yazid. Ia berkata:



ูƒَุงู†ُูˆุง ูŠَู‚ُูˆู…ُูˆู†َ ุนَู„َู‰ ุนَู‡ْุฏِ ุนُู…َุฑَ ุจْู†ِ ุงู„ْุฎَุทَّุงุจِ ุฑَุถِูŠَ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู†ْู‡ُ ูِูŠ ุดَู‡ْุฑِ ุฑَู…َุถَุงู†َ ุจِุนِุดْุฑِูŠู†َ ุฑَูƒْุนَุฉً

“Para shahabat di masa Umar bin Khaththab radhiyallahu ‘anhu di bulan Ramadhan menjalankan (tarawih) duapuluh rakaat” (Diriwayatkan oleh Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra)



Atsar ini shahih menurut Imam an-Nawawi dalam Khulasha al-Ahkam (I/576) dan al-Majmu’ (IV/32), al-Hafizh az-Zaila’i dalam Nashb ar-Rayah (II/154), al-Hafizh al-Iraqi dalam Tharh at-Tastrib (III/97), al-Hafizh Badruddin al-Aini dalam Umdah al-Qari (VIII/485), al-Hafizh as-Suyuthi dalam al-Mashabih fi Shalah at-Tarawih (I/337), dan lain-lain.

Kemudian datang al-Albani yang bertaqlid kepada al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwadzi yang melemahkan hadits tarawih 20 rakaat diatas. Dan penilaian ini kemudian diikuti oleh pengikut mereka hingga sama sekali tidak memperdulilan penilaian huffazh-huffazh yang telah disebutkan. Padahal dari sisi lain, dalam ilmu jarh wa ta’dil, jika ada hadits yang sudah dinilai shahih oleh para huffazh hadits tanpa ada perselisihan sama sekali, maka ulama muta’akhirin tidak diperkenankan mengkaji ulang kembali kesahihan hadits tersebut.

Mungkin inilah salah contoh fanatik bermanhaj bagaimana mereka lebih percaya penilaian al-Albani berbanding Imam an-Nawawi dan lain-lain huffaz.



Riwayat Kedua: 11 rakaat (8 tarawih dan 3 witir)



Diriwayatkan dari Muhammad bin Yusuf dari Saib bin Yazid. Ia berkata:



ุฃَู…َุฑَ ุนُู…َุฑُ ุจْู†ُ ุงู„ْุฎَุทَّุงุจِ ุฃُุจَูŠَّ ุจْู†َ ูƒَุนْุจٍ ูˆَุชَู…ِูŠู…ًุง ุงู„ุฏَّุงุฑِูŠَّ ุฃَู†ْ ูŠَู‚ُูˆู…َุง ู„ِู„ู†َّุงุณِ ุจِุฅِุญْุฏَู‰ ุนَุดْุฑَุฉَ ุฑَูƒْุนَุฉً

“Umar bin Khathathab memerintahkan Ubay bin Ka’b dan Tamim ad-Dari untuk menjadi imam orang-orang melaksanakan shalat 11 rakaat” (Dikeluarkan oleh Malik dalam al-Muwaththa’)



Riwayat ini dikuatkan dengan ucapan al-Juri dari Malik:



ุงู„َّุฐِูŠ ุฌَู…َุนَ ุนَู„َูŠْู‡ِ ุงู„ู†َّุงุณَ ุนُู…َุฑُ ุจู†ُ ุงู„ุฎَุทَّุงุจِ ุฃَุญَุจُّ ุฅِู„َูŠَّ ูˆَู‡ُูˆَ ุฅุญْุฏَู‰ ุนَุดَุฑَุฉَ ุฑَูƒْุนَุฉً ูˆَู‡ِูŠَ ุตَู„ุงَุฉُ ุฑَุณُูˆู„ِ ุงู„ู„ู‡ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„َูŠู‡ ูˆุณู„َّู… ู‚ِูŠْู„َ ู„َู‡ُ : ุฅุญْุฏَู‰ ุนَุดَุฑَุฉَ ุฑَูƒْุนَุฉً ุจِุงู„ูˆِุชْุฑِ ؟ ู‚َุงู„َ : ู†َุนَู…ْ ูˆَุซَู„ุงَุซَ ุนَุดَุฑَุฉَ ู‚َุฑِูŠْุจٌ

“Tarawih yang orang-orang dikumpulkan oleh Umar bin Khaththab lebih aku sukai. Iaitu 11 rakaat. Itulah shalatnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam”. Kemudian ditanyakan kepada Malik: “11 rakaat dengan witirnya?”. Malik menjawab: “Betul, dan 13 lebih mudah”.



Menurut al-Albani, ucapan ini dianggap pengingkaran Malik kepada tarawih 20 rakaat.



Riwayat Ketiga: 13 rakaat (8 tarawih dan 5 witir)



Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari (IV/254) menyebutkan riwayat dari Muhammad bin Yusuf dari Saib bin Yazid. Ia berkata:



ูƒُู†َّุง ู†ُุตَู„ِّูŠ ุฒَู…َู†َ ุนُู…َุฑَ ูِูŠْ ุฑَู…َุถَุงู†َ ุซَู„ุงَุซَ ุนَุดَุฑَุฉَ ุฑَูƒْุนَุฉً

“Kami shalat (tarawih) di zaman Umar di bulan Ramadhan adalah 13 rakaat”.



Riwayat Keempat: 21 rakaat (20 tarawih dan 1 witir)



Riwayat dari Saib bin Yazid. Ia berkata:



ุงِู†َ ุนُู…َุฑَ ุฌَู…َุนَ ุงู„ู†َّุงุณَ ูِูŠْ ุฑَู…َุถَุงู†َ ุนَู„َู‰ ุฃُุจَูŠّ ุจู†ِ ูƒَุนْุจٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุชَู…ِูŠْู…ٍ ุงู„ุฏَّุงุฑِูŠّ ุนَู„َู‰ ุฅุญْุฏَู‰ ูˆَุนِุดْุฑِูŠْู†َ ุฑَูƒْุนَุฉً

“Sesungguhnya Umar mengumpulkan orang-orang dibawah pimpinan shalat Ubay bin Ka’ab dan Tamim ad-Dari 21 rakaat” (Dikeluarkan oleh Abdurrazzaq dalam al-Mushannaf)



Hadits ini shahih.



Dengan riwayat yang berbeza-beza ini, Salafi Wahabi mentarjihnya dan mengatakan, bahawa riwayat 11 rakaat adalah paling rajih. Sedangkan riwayat tarawih 20, baik dengan witir 1 atau 3 dianggap syadz. Syadz adalah jenis hadits lemah. Ditambah lagi tuduhan bahawa riwayat tarawih 20 haditsnya terjadi idhthirab (kegoncangan), iaitu kadangkala disebut 23 dan kadangkala disebut 21. Dan itu juga didakwanya sebagai tambahan kelemahan.

Alasan mereka, bahawa Yazid bin Khushaifah, perawi hadits tarawih Umar 20 rakaat dianggap kurang “tsiqah” dibandingkan dengan Muhammad bin Yusuf, perawi hadits tarawih Umar 8 rakaat. Muhammad bin Yusuf dinilai al-Hafizh Ibnu Hajar “tsiqah tsabt”, sementara Yazid bin Khushaifah hanya dinilai “tsiqah”. Dengan demikian, menurut teori ilmu hadits al-Albani, hadits tarawih 20 rakaat adalah syadz. Syadz adalah hadits shahih yang menyelisihi hadits shahih lain yang lebih kuat atau lebih banyak perawinya.

Tetapi benarkah demikian?



Menurut saya, ada kesalahan ilmiyyah ketika menuduh riwayat tarawih 20 riwayat syadz. Bukankah hadits tarawih 20 rakaat diterima oleh segenap ulama, bahkan Ibnu Taimiyyah dan ulama Salafi Wahabi sendiri di Masjidil Haram juga melaksanakan tarawih 20 rakaat? Bukankah pula dalam kajian ilmu mushthalah hadits, ketika ada hadits yang diterima oleh ulama dalam amal dan fatwa, maka status hadits tersebut maqbul atau diterima, walaupun sanad hadits tersebut lemah.

Al-Hafizh as-Suyuthi dalam Tadrib ar-Rawi (I/76) berkata:

ูŠُุญْูƒَู…ُ ู„ِู„ْุญَุฏِูŠْุซِ ุจِุงู„ุตِّุญَّุฉِ ุฅِุฐَุง ุชَู„َู‚َّุงู‡ُ ุงู„ู†َّุงุณُ ุจِุงู„ู‚َุจُูˆู„ِ ูˆَุฅู†ْ ู„َู…ْ ูŠَูƒُู†ْ ู„َู‡ُ ุฅุณْู†َุงุฏٌ ุตَุญِูŠْุญٌ

“Hadits dihukumi shahih ketika diterima oleh ulama walau sanadnya tidak shahih”



Apa buktinya?



Al-Hafizh Ibnu Abdil Barr, sebagaimana dinukil dalam Umdah al-Qari (XVII/156), berkata:



ูˆَู‡ُูˆَ ู‚َูˆْู„ُ ุฌُู…ْู‡ُูˆْุฑُ ุงู„ุนُู„َู…َุงุกِ ูˆَุจِู‡ِ ู‚َุงู„َ ุงู„ูƒُูˆْูِูŠُّูˆู†َ ูˆَุงู„ุดَّุงูِุนِูŠّ ูˆَุฃَูƒْุซَุฑُ ุงู„ูُู‚َู‡َุงุกِ ูˆَู‡ُูˆَ ุงู„ุตَّุญِูŠْุญُ ุนَู†ِ ุฃُุจَูŠّ ุจู†ِ ูƒَุนْุจٍ ู…ِู†ْ ุบَูŠْุฑِ ุฎِู„ุงَูٍ ู…ِู†َ ุงู„ุตَّุญَุงุจَุฉِ

“Tarawih 20 adalah pendapat majoriti ulama. Dan inilah yang dikatakan ulama Kufah, Imam asy-Syafi’i, dan kebanyakan ahli fikih. Dan itulah yang shahih dari Ubay bin Ka’b dengan tanpa ada perselisihan dari shahabat”.



Imam Tirmidzi dalam Sunan berkata:



ูˆَุฃَูƒْุซَุฑُ ุฃَู‡ْู„ِ ุงู„ْุนِู„ْู…ِ ุนَู„َู‰ ู…َุง ุฑُูˆِูŠَ ุนَู†ْ ุนُู…َุฑَ ูˆَุนَู„ِูŠٍّ ูˆَุบَูŠْุฑِู‡ِู…َุง ู…ِู†ْ ุฃَุตْุญَุงุจِ ุงู„ู†َّุจِูŠِّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุนِุดْุฑِูŠู†َ ุฑَูƒْุนَุฉً ูˆَู‡ُูˆَ ู‚َูˆْู„ُ ุงู„ุซَّูˆْุฑِูŠِّ ูˆَุงุจْู†ِ ุงู„ْู…ُุจَุงุฑَูƒِ ูˆَุงู„ุดَّุงูِุนِูŠِّ ูˆู‚َุงู„َ ุงู„ุดَّุงูِุนِูŠُّ ูˆَู‡َูƒَุฐَุง ุฃَุฏْุฑَูƒْุชُ ุจِุจَู„َุฏِู†َุง ุจِู…َูƒَّุฉَ ูŠُุตَู„ُّูˆู†َ ุนِุดْุฑِูŠู†َ ุฑَูƒْุนَุฉً

“Dan kebanyakan ahli ilmu mempedomani yang diriwayatkan dari Umar, Ali dan shahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang lain yang bertarawih 20 rakaat. Itulah pendapat Imam Tsauri, Imam Ibnu Mubarak, dan Imam asy-Syafi’i. Imam asy-Syafi’i berkata: “Demikian itu aku temui di daerah kami, Mekkah yang shalat tarawih 20 rakaat”.



Al-Hafizh Abu Zur’ah al-Iraqi dalam Tharh at-Tatsrib (III/406):



ูˆَุจِู‡َุฐَุง ุฃَุฎَุฐَ ุฃَุจُูˆ ุญَู†ِูŠูَุฉَ ูˆَุงู„ุซَّูˆْุฑِูŠُّ ูˆَุงู„ุดَّุงูِุนِูŠُّ ูˆَุฃَุญْู…َุฏُ ูˆَุงู„ْุฌُู…ْู‡ُูˆุฑُ

“Dan dengan ini (tarawih 20 rakaat) diambil Imam Abu Hanifah, Imam Tsauri, Imam asy-Syafi’i, Imam Ahmad dan mayoritas ulama”.



Ibnu Taimiyyah dalam al-Fatawa al-Kubra (II/250) menulis:



ู‚َุฏْ ุซَุจَุชَ ุฃَู†َّ ุฃُุจَูŠَّ ุจْู†َ ูƒَุนْุจٍ ูƒَุงู†َ ูŠَู‚ُูˆู…ُ ุจِุงู„ู†َّุงุณِ ุนِุดْุฑِูŠู†َ ุฑَูƒْุนَุฉً ูِูŠ ู‚ِูŠَุงู…ِ ุฑَู…َุถَุงู†َ ูˆَูŠُูˆุชِุฑُ ุจِุซَู„َุงุซٍ ูَุฑَุฃَู‰ ูƒَุซِูŠุฑٌ ู…ِู†ْ ุงู„ْุนُู„َู…َุงุกِ ุฃَู†َّ ุฐَู„ِูƒَ ู‡ُูˆَ ุงู„ุณُّู†َّุฉُ ู„ِุฃَู†َّู‡ُ ุฃَู‚َุงู…َู‡ُ ุจَูŠْู†َ ุงู„ْู…ُู‡َุงุฌِุฑِูŠู†َ ูˆَุงู„ْุฃَู†ْุตَุงุฑِ ูˆَู„َู…ْ ูŠُู†ْูƒِุฑْู‡ُ ู…ُู†ْูƒِุฑٌ

“Sungguh telah tetap, Ubay bin Ka’b melakukan tarawih Ramadhan bersama para shahabat sebanyak 20 rakaat dan witir 3 rakaat. Maka banyak ulama memandang bahwa itulah sunnah, karena itu dikerjakan ditengah-tengah shahabat muhajirin dan anshar serta tidak ada yang inkar”.

Apakah ini bukan merupakan bukti shahih diterimanya riwayat tarawih 20 rakaat?



Dalam literatur kitab-kitab musthalah hadits, jika ada hadits yang lahiriyyah bertentangan satu dengan yang lain, seperti atsar tentang tarawih ini, maka kewajiban kita adalah menghimpun semuanya, bukan memvonis naskh atau bahkan mentarjihnya. Dan faktanya, hadits-hadits yang riwayatnya berbeza-beza tersebut masih boleh dihimpun.

Untuk atsar tarawih 11 rakaat dengan atsar tarawih 23 rakaat, al-Hafizh al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Baihaqi (II/496) mengulas:

ูˆَูŠُู…ْูƒِู†ُ ุงู„ุฌَู…ْุนُ ุจَูŠْู†َ ุงู„ุฑِّูˆَุงูŠَุชَูŠْู†ِ ุจِุฃَู†َّู‡ُู…ْ ูƒุงَู†ُูˆْุง ูŠَู‚ُูˆْู…ُูˆْู†َ ุจِุฅِุญْุฏَู‰ ุนَุดَุฑَุฉَ ุซُู…َّ ูƒَุงู†ُูˆْุง ูŠَู‚ُูˆْู…ُูˆْู†َ ุจِุนِุดْุฑِูŠْู†َ ูˆَูŠُูˆْุชِุฑُูˆู†َ ุจِุซَู„ุงَุซٍ.

“Masih mungkin menggabungkan antara dua riwayat, bahawa para shahabat melaksanakan tarawih 11 rakaat, kemudian melaksanakan 20 rakaat tarawih dan melakukan witir 3 rakaat”.



Artinya, riwayat tarawih 20 adalah yang terakhir diamalkan shahabat sehingga itulah riwayat yang diterima oleh ulama ulama muslimin.



Bahkan, jikapun riwayat-riwayat diatas tak bisa dihimpun, sebagaimana klaim sebagian kaum Salafi Wahabi, maka seharusnya riwayat tarawih 20 rakaat adalah lebih unggul, karena banyak sekali penguat dari riwayat lain.



Salah satunya adalah riwayat shahih dari Saib bin Barqan berikut:



ูƒُู†َّุง ู†َู‚ُูˆْู…ُ ุฒَู…َู†َ ุนُู…َุฑَ ุจู†ِ ุงู„ุฎَุทَّุงุจِ ุจِุนِุดْุฑِูŠْู†َ ุฑَูƒْุนَุฉً ูˆَุงู„ْูˆِุชْุฑِ

“Kami di zaman Umar bin Khaththab melakukan tarawih 20 rakaat dan witir” (Dikeluarkan oleh Baihaqi)



Dalam Hasyiyah syarah Ma’ani al-Atsar (I/352), Syaikh Muhammad Zuhri menilainya sanadnya shahih. Dan ini merupakan tamparan buat mereka yang mengatakan tidak ada penguat yang shahih.



Lebih jauh dikatakan, riwayat tarawih di zaman Umar 11 rakaat justru dinilai al-Hafizh Ibnu Abdil Bar dalam al-Istidzkar (II/69)

sebagai salah faham.



ู‡َุฐَุง ูƒُู„ُّู‡ُ ูŠَุดْู‡َุฏُ ุจِุฃَู†َّ ุงู„ุฑِّูˆَุงูŠَุฉَ ุจِุฅุญْุฏَู‰ ุนَุดَุฑَุฉَ ุฑَูƒْุนَุฉً ูˆَู‡ْู…ٌ ูˆَุบَู„َุทٌ ูˆَุฃَู†َّ ุงู„ุตَّุญِูŠْุญَ ุซَู„ุงَุซٌ ูˆَุนِุดْุฑُูˆْู†َ ูˆَุฅุญْุฏَู‰ ูˆَุนِุดْุฑُูˆْู†َ ุฑَูƒْุนَุฉً ูˆَุงู„ู„ู‡ ุฃุนْู„َู…

“Ini semua membuktikan bahwa riwayat 11 rakaat adalah salah sangka dan kesalahan. Dan yang shahih adalah 23 rakaat dan 21 rakaat”.



Jika dikatakan, atsar tarawih 20 rakaat adalah idhthirab, karena kadang disebutkan 23 dan kadang 21, maka dapat dijawab bahwa tuduhan tersebut tak bisa diterima. Karena, selama hadits yang berbeda-beda riwayatnya tersebut masih boleh dihimpun sudah cukup sebagai penafian idhthirab. Karena ada kemungkinan witir dilaksanakan 1 rakaat dan kadang 3 rakaat.

Dan berikut penjelasan al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari (IV/253):

ูˆَุงู„ุงِุฎْุชِู„ุงَูُ ูِูŠْู…َุง ุฒَุงุฏَ ุนَู†ِ ุงู„ุนِุดْุฑِูŠْู†َ ุฑَุงุฌِุนٌ ุฅِู„َู‰ ุงู„ุงุฎْุชِู„َุงูِ ูِูŠْ ุงู„ูˆِุชْุฑ ูˆَูƒุฃَู†ّู‡َ ูƒุงَู† َุชَุงุฑَุฉً ูŠُูˆْุชِุฑُ ุจِูˆَุงุญِุฏَุฉٍ ูˆَุชَุงุฑَุฉً ุจِุซَู„ุงَุซٍ

“Perbezaan dalam riwayat tarawih yang lebih dari 20 rakaat adalah kembali kepada perbezaan dalam witir. Dan seakan-akan suatu waktu witir dengan satu rakaat dan suatu waktu dengan 3 rakaat”.



Bahkan, jika hanya kerana perbezaan riwayat terus dihukum idhthirab, maka sepatutnya riwayat tarawih 11 rakaat juga harus dihukum idhthirab kerana kadangkala disebut 11 rakaat dan kadangkala disebut 13 rakaat.





Ditulis Oleh Ustaz Nur Hidayat


https://web.archive.org/web/20180530073151/http://www.aswj-rg.com/2015/06/perbahasan-ringkas-solat-tarawih-20-rakaat.html

Rabu, 22 April 2020

MENJAWAB KEKELIRUAN SEBAHAGIAN TOP 5 LEMAH ATAU PALSU TENTANG RAMADHAN



Soalan : Assalamu'alaikum ustaz, mohon pencerahan mengenai video yang ditularkan di atas.  Seolah-olah salah besar mengamalkan sebahagian hadis-hadis yang disebutkan ? 

ULASAN : Dr Mohd Khafidz bin Soroni

Oleh kerana berlaku kekeliruan dalam sesetengah masyarakat, maka izinkan saya untuk mengulas sedikit pada hadis-hadis yang diutarakan. Tanpa menafikan ada penilaian hadis yang sama-sama dipersetujui, namun ada dua buah hadis yang perlu kepada penjelasan dan ulasan lanjut kerana kedaifan hadis-hadis tersebut secara umum tidak terlalu teruk dan masih boleh diguna pakai sebagai fadhail amal sekurang-kurangnya, iaitu;

Hadis i: TIDUR ORANG YANG BERPUASA ADALAH IBADAH

Iaitu hadis:

" ู†ูˆู… ุงู„ุตุงุฆู… ุนุจุงุฏุฉ ูˆุตู…ุชู‡ ุชุณุจูŠุญ ูˆุนู…ู„ู‡ ู…ุถุงุนู ูˆุฏุนุงุคู‡ ู…ุณุชุฌุงุจ ูˆุฐู†ุจู‡ ู…ุบููˆุฑ"

Hadis ini riwayat al-Baihaqi dlm Syu‘ab al-Iman drpd ‘Abdullah bin Abi Awfa RA melalui 3 jalan riwayat. Kata al-Baihaqi bagi jalan riwayat ke 2 dan ke 3: “Ma‘ruf bin Hassan, daif dan Sulaiman bin ‘Amru al-Nakha‘i, lbh daif lagi daripadanya”. Manakala, jalan riwayat pertama tidak diulas oleh al-Baihaqi. Namun, kelemahannya masih ada kerana ‘Abd al-Malik bin ‘Umair menurut Ahmad adalah bercelaru hadisnya, dan menurut Ibn Ma‘in, seorg yg bercampur aduk hafazannya, dan menurut Abu Hatim, bukan hafiz. Demikian ulasan al-Munawi di dlm Faidh al-Qadir. al-Hafiz as-Suyuti di dalam al-Jami‘ as-Saghir mengisyaratkan hadis ini sebagai daif. Demikian juga penilaian Mulla al-Qari di dalam al-Asrar al-Marfu‘ah.

al-Hafiz al-‘Iraqi menambah bahawa hadis ini turut diriwayatkan dalam Amali Ibn Mandah daripada riwayat Ibn al-Mughirah daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA dengan sanad yg daif. Cuma lafaz (ุงู„ุตุงุฆู…) ditukar kepada lafaz (ุงู„ุนุงู„ู…). Kata al-‘Iraqi: “Boleh jadi ‘Abdullah bin ‘Amru RA, kerana ulama tidak menyebut bagi Ibn al-Mughirah sebarang riwayat lain melainkan daripadanya”. Kata al-‘Iraqi lagi: “Juga diriwayatkan oleh Abu Mansur ad-Dailami dlm Musnad al-Firdaus daripada hadis ‘Abdullah bin Abi Awfa RA, namun pada sanadnya ada Sulaiman bin ‘Amru al-Nakha‘i, salah seorg pendusta”. Iaitu sepertimana dalam salah satu jalan riwayat al-Baihaqi di atas. 

Sayyidi Ahmad al-Ghumari (w. 1380H) di dlm kitab al-Mudawi telah membawakan dua riwayat sokongan drpd hadis Ibn Mas‘ud RA [riwayat Abu Nu‘aim dlm al-Hilyah]; dan hadis ‘Ali bin Abi Talib RA [riwayat Hamzah as-Sahmi dalam Tarikh Jurjan dan Abu Talib al-Haruni dlm Amalinya]. Namun, kedua-duanya bersanad daif. Apa pun, kesemua jalan riwayat ini saling kuat menguatkan antara satu sama lain dan kemungkinan menunjukkan hadis ini ada asalnya daripada Nabi SAW. 

Dikatakan, hadis ini bercanggah dengan hadis sahih: (ู…ู† ู‚ุงู… ุฑู…ุถุงู† ุงูŠู…ุงู†ุง ูˆุงุญุชุณุงุจุง). Namun, saya tidak pasti apa percanggahannya kerana hadis di atas tentang kelebihan orang yang berpuasa secara umum, sedangkan hadis sahih tersebut berkaitan qiyam Ramadhan (solat tarawih). Apakah orang yang berqiyam tidak tidur sepanjang malam dan siang?

al-Hafiz Ibn Rajab (w. 795H) dlm Lata’if al-Ma‘arif ada memberikan penjelasan yg cukup baik berkenaan maksud hadis ini. Kata beliau: “Jika dia berniat dengan makan dan minumnya supaya kuat badannya untuk berqiyam dan puasa, maka dia beroleh pahala dengan sebab itu. Sepertimana jika dia berniat dengan tidurnya pada malam dan siang hari supaya kuat untuk beramal, maka tidurnya itu adalah ibadah. Di dalam sebuah hadis marfu‘: ‘Tidur orang yang berpuasa itu ibadah’. Kata Hafsah binti Sirin: Menurut Abu al-‘Aliyah: ‘Org yang berpuasa itu di dalam ibadah selama mana dia tidak mengumpat seseorg, walau dia tidur di atas tilamnya sekalipun’. Lalu Hafsah sering berkata: ‘Alangkah untungnya ibadah, sedang aku tidur di atas tilamku’. Ia dikeluarkan oleh ‘Abd al-Razzaq.”

Hadis ii: RAMADHAN ADALAH BULAN AWALNYA RAHMAT, PERTENGAHANNYA KEAMPUNAN DAN PENGAKHIRANNYA PEMBEBASAN DARI API NERAKA

Iaitu hadis;

ู‡ูˆ ุดู‡ุฑ ุฃูˆู„ู‡ ุฑุญู…ุฉ ูˆุฃูˆุณุทู‡ ู…ุบูุฑุฉ ูˆุขุฎุฑู‡ ุนุชู‚ ู…ู† ุงู„ู†ุงุฑ.

Rangkap hadis ini ada diriwayatkan daripada hadis Abu Hurairah RA [riwayat Ibn Abi ad-Dunya dalam Fada’il Syahr Ramadhan, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, dan lain-lain]; dan hadis Salman RA [riwayat Ibn Abi ad-Dunya dalam Fada’il Syahr Ramadhan, Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, al-Baihaqi dalam Fada’il al-Awqat, dan lain-lain].

Dalam sanad hadis Abu Hurairah RA terdapat Maslamah bin al-Salt dan kedudukan beliau hanya majhul (tidak diketahui), bukannya sebagai pendusta. Maka, sanad tersebut seharusnya daif saja. Manakala hadis Salman RA pula dalam sanadnya terdapat dua org perawi yang dikritik iaitu, Yusuf b. Ziyad al-Basri dan ‘Ali b. Zayd. [i] Yusuf  b. Ziyad munkar hadisnya dan [ii] ‘Ali b. Zayd  menurut ramai pengkritik hadis seorg yang daif, manakala menurut sebahagian mereka seperti al-Tirmizi, al-‘Ijli, Ya‘qub b. Syaibah, Ibn ‘Adi  dan as-Saji, beliau masih boleh diambil kira (lihat Tahzib al-Tahzib).

Apapun, riwayat mereka disokong oleh jalur riwayat lain, sepertimana dalam al-Amali al-Khamisiyyah oleh as-Syajari. Di mana, riwayat Yusuf  b. Ziyad disokong oleh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah. Manakala riwayat ‘Ali b. Zayd  disokong oleh Qatadah b. Di‘amah, seorang perawi thiqah. Malah, di dalam Musnad al-Harith, hadis ini diriwayatkan pula melalui jalur riwayat lain, tidak melalui jalur Yusuf b. Ziyad al-Basri dan ‘Ali b. Zayd!

Justeru, rangkap hadis tersebut boleh dinilai hasan li-ghairih atau daif saja sekurang-kurangnya. Ada pun yg menolak hadis ini dengan hujah bahawa ia bercanggah dengan dalil-dalil yang menunjukkan seluruh Ramadhan itu mencakupi ketiga-tiga perkara sekaligus, iaitu setiap harinya adalah rahmah, keampunan dan kebebasan dari api neraka. Maka, menurut hemat saya, ianya tidak bercanggah sekiranya kita menafsirkan hadis tersebut sebagai pengukuhan dan penegasan terhadap kelebihan bulan Ramadhan yang cukup besar. Dengan maksud, orang yg berpuasa selain mendapat rahmah, keampunan dan kebebasan dari api neraka pada setiap hari Ramadhan, turut mendapat rahmah yg besar di awalnya, pengampunan yang berganda di pertengahannya dan kebebasan yang sebenar dari api neraka di akhirnya.

Wallahu a‘lam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1540865102747457&id=558058371028140

Selasa, 21 April 2020

Bolehkah menyebut As solah La ilaha illaLlah ?

SOALAN

(1) Semalam ketika berbual dengan imam jemputan dari syria dia tanya saya (dalam bahasa arab ):

"Kenapa ketika nak tarawih disini orang kata " ุตู„ุงุฉ ุงู„ุชุฑุงูˆูŠุญ ุฌุงู…ุนุฉ ุฑุญู…ูƒู… ุงู„ู„ู‡ ", orang lain kata "ุงู„ุตู„ุงุฉ ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡"?. Apa maksudnya ?.

Saya jawab tak tahu dan saya tak amalkannya. Kami berdua tak faham maksud susunan ayat ini, bukan tak tahu makna perkataannya.

Secara literal, maknanya ialah " Solat itu tiada tuhan selain ALLAH". Dan kita tahu ini ayat yang menyalahi syariat.

" laun lah kalau mereka sebut 'ุงู„ุดู‡ุงุฏุฉ ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡' ada la benar juga", katanya lagi.

ada yang boleh beri penjelasan?. Kita harus didik diri kita faham dengan semua ibadah yang kita lakukan dan tahu sumbernya dari al-quran dan sunnah, bukan hanya ikut saja apa yang orang buat.hujah ulama buat, kita buat je la, itu bukan hujah utama dalam islam. Lagipun tak semua ulama ucap ayat ni. Wallahua'lam.

Mohon pencerahan dari al fadhil ustaz.

(2)  Betul ke kata org salah jika baca begini :
ุงู„ุตู„ุงุฉُ ู„ุง ุงู„ู‡ ุงู„ุง ุงู„ู„ู‡
?
.
.
JAWAPAN Ustaz Abu Usamah Mohd Hanifah
.
.
ุจุณู… ุงู„ู„ู‡. ุญู…ุฏุง ู„ู„ู‡. ุตู„ุงุฉ ูˆุณู„ุงู…ุง ุนู„ู‰ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡. ุฃู…ุง ุจุนุฏ.
.
.
1.0  Kalau hendak diselidiki dan dibongkar lagi kesalahan-kesalahan seperti diatas yang berlaku didalam masyarakat Melayu kita maka pastinya banyak lagi yang kita akan jumpai. Sehinggakan dalam bacaan Wajib juga ada yang tersalah seperti bacaan Fatihah dan Tasyahhud.

1.1  Begitu juga kesalahan dalam sebutan lafaz Azan, Lafaz Iqamah, doa-doa dengan bahasa arab selepas solat dan lain-lain, Zikir-zikir, ucapan selepas solat Tarawih sebelum solat Witir dan lain-lain lagi.
.
.
2.0  Orang islam yang bukan orang arab termasuklah orang melayu kita, mereka memuliakan bahasa Arab sebagai bahasa agama mereka. Mereka amat suka kepada penggunaan bahasa Arab, namun ramai di kalang mereka ini tidak pandai berbahasa Arab, dan tidak sedikit di kalangan mereka yang menggunakan kalimah-kalimah arab sedangkan mereka sendiri tidak faham apa yang diungkapkan oleh mereka itu sendiri, akhirnya penggunaan kalimah-kalimah tersebut tidak betul, maka terjadilah kesalahan dan kesilapan, yang mana kesalahan dan kesilapan tersebut hanya dapat difahami oleh orang yang pandai berbahasa Arab.
.
.
3.0  Ucapan sebahagian ahli jemaah masjid ditempat kita :

 " ุงู„ุตู„ุงุฉ ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ "

setelah mereka mendengar ucapan Bilal :

"ุตู„ุงุฉ ุงู„ู‚ูŠุงู…/ุตู„ุงุฉ ุงู„ุชุฑุงูˆูŠุญ ุฌุงู…ุนุฉ ุฑุญู…ูƒู… ุงู„ู„ู‡ "

Maksudnya : (mari) solat qiyam/(mari) solat terawih, semoga kalian dirahmati allah.

Sebenarnya ungkapan seperti ini masih lagi ada jalan keluarnya untuk tidak dihukumkan bahawa ia adalah salah secara mutlak.

Penggunaan seperti ini kalau betul pada susunannya maka tidaklah salah penggunaannya.
.
.
4.0  Susunan yang betul dalam penggunaannya adalah ahli jamaah hanya mengucapkan perkataan " ุงู„ุตู„ุงุฉ " tanpa perlu disambungkan dengan perkataan " ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ". Setelah itu barulah meneruskan dengan ucapan "ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡".
.
.
5.0  Untuk lebih memahami lagi perbincangan ini sila perhatikan penjelasan di bawah ini :

(1) Apabila Bilal mengucapkan perkataan :

"ุตู„ุงุฉ ุงู„ู‚ูŠุงู…/ุตู„ุงุฉ ุงู„ุชุฑุงูˆูŠุญ ุฌุงู…ุนุฉ ุฑุญู…ูƒู… ุงู„ู„ู‡"

" (mari) solat qiyam/(mari) solat terawih, semoga kalian dirahmati allah."

Maka ahli jamaah ucap dengan ucapan " ุงู„ุตู„ุงุฉ " dengan maksud kami ingin mengerjakan solat tersebut.

Setelah itu barulah ahli jemaah mengucapkan ucapan :

ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆุญุฏู‡ ู„ุง ุดุฑูŠูƒ ู„ู‡ ...

(2) Namun apabila disambungkan terus perkataan

" ุงู„ุตู„ุงุฉ "
 dengan ucapan :
 "ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆุญุฏู‡ ู„ุง ุดุฑูŠูƒ ู„ู‡"

Maka secara zahirnya ia boleh membawa kepada maksud yang salah seperti apa yang disebutkan diatas.
.
.
5.0  Adapun sandaran terhadap ucapan bilal :

"ุตู„ุงุฉ ุงู„ู‚ูŠุงู…/ุตู„ุงุฉ ุงู„ุชุฑุงูˆูŠุญ ุฌุงู…ุนุฉ ุฑุญู…ูƒู… ุงู„ู„ู‡"

ialah hadith Aisyah r.anha :

ุนَู†ْ ุนَุงุฆِุดَุฉَ ุฑุถูŠ ุงู„ู„َّู‡ ุนู†ู‡ุง ุฃَู†َّ ุงู„ุดَّู…ْุณَ ุฎَุณَูَุชْ ุนَู„َู‰ ุนَู‡ْุฏِ ุฑَุณُูˆู„ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตู„ู‰ ุงู„ู„َّู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…، ูَุจَุนَุซَ ู…ُู†َุงุฏِูŠًุง ูŠُู†َุงุฏِูŠ: ุงู„ุตَّู„ุงุฉ ุฌุงู…ุนุฉ.

" Dari aisyah R.anha bahawa telah berlaku gerhana matahari dizaman nabi ๏ทบ. lalu baginda ๏ทบ menghantar seorang yang menyeru dengan ucapan " ุงู„ุตَّู„ุงุฉ ุฌุงู…ุนุฉ " " solat secara berjamaah."

[ HR Al-bukhari dan Muslim ]

Dikiaskan solat terawih yang dikerjakan secara berjemaah dengan solat gerhana kerana sama-sama dikerjakan secara berjamaah.

Maka sebagaimana disunatkan ucapan tersebut pada solat gerhana, ucapan tersebut juga digalakkan pada solat sunat tarawih atas pandangan sebahagian ulama fiqh.

Berkata imam An-nawawi Rahimahullah didalam kitab ุงู„ู…ุฌู…ูˆุน juz.3 hlm.77 :

ูˆَูƒَุฐَุง ูŠُู†َุงุฏِูŠ ู„ِู„ุชَّุฑَุงูˆِูŠุญِ ุงู„ุตَّู„َุงุฉَ ุฌَุงู…ِุนَุฉً ุฅุฐَุง ุตُู„ِّูŠَุชْ ุฌَู…َุงุนَุฉً.

" Seperti ini juga digalakkan menyeru dengan ucapan " ุงู„ุตَّู„ุงุฉ ุฌุงู…ุนุฉ " untuk solat terawih yang dilakukan secara berjamaah."

5.1.Manakala ucapan "ุฑุญู…ูƒู… ุงู„ู„ู‡" yang memberi maksud semoga kalian dirahmati oleh Allah maka ia termasuk dalam keumuman harus kita berdoa tanpa dibataskan dengan waktu sedangkan tidak ada satu dalil yang sahih pun melarang kita berdoa untuk saudara-saudara kita agar mereka mendapat rahmat Allah taala.

5.2  Ketika mana ada seruan untuk solat terawih secara berjemaah maka tidaklah salah orang-orang yang mendengar seruan tersebut menyahut dengan ucapan " ุงู„ุตู„ุงุฉ " yang memberi maksud kami ingin mengerjakan solat tersebut.

5.3  Manakala ucapan : " ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆุญุฏู‡ ู„ุง ุดุฑูŠูƒ ู„ู‡ "... setelah itu sebenarnya ia adalah sebagai melafazkan kalimah tauhid sebelum memulakan solat Qiyamullail demi untuk menzahirkan keimanan kepada allah, sesuai dengan apa yang disebut oleh nabi ๏ทบ :

ู…ู† ู‚ุงู… ุฑู…ุถุงู† ุฅูŠู…ุงู†ุงً ูˆุงุญุชุณุงุจุงً، ุบُูِุฑَ ู„ู‡ ู…ุง ุชู‚ุฏู… ู…ู† ุฐู†ุจู‡.

" Barangsiapa yang  berqiam di bulan ramadhan dengan penuh keimanan serta mengharapkan ganjarannya nescaya diampun baginya segala apa yang terdahulu daripada dosanya."

[ HR Al-bukhari dan Muslim ]
.
.
ู‡ุฐุง ุฑุฃูŠูŠ ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู… ุจุงู„ุตูˆุงุจ

ูˆุฃุณุชุบูุฑ ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุนุธูŠู… ู„ูŠ ูˆู„ูƒู… ูˆู„ุณุงุฆุฑ ุงู„ู…ุณู„ู…ูŠู†

ุฃุจูˆ ุฃุณุงู…ุฉ ู…ุญู…ุฏ ุญู†ููŠุฉ ุจู† ุงู„ุญุงุฌ ุญุณูŠู†

ู…ุฏูŠุฑ ู…ุฑูƒุฒ ุงู„ุฏุฑุงุณุงุช ุงู„ุฅุณู„ุงู…ูŠุฉ ุจุจูˆูƒูŠุช ูƒูŠุฌุบ ูƒู…ุงุณูŠูƒ ูƒู…ุงู…ู† ุชุฑู†ุฌุงู†ูˆ

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1627604397390433&id=100004226647287

Isnin, 6 April 2020

BIDAAH HASANAH YANG DIAKUI OLEH IMAM AS-SUYUTHI

Zaman sekarang, ada orang tak tahu malu memperalatkan nama Imam As-Suyuthi, kononnya Al-Imam tidak mengakui bidaah hasanah.

1. Melafazkan niat sebelum solat
(Ruj: Al-Ashbah Wan Nazair, 32)

2. Sambut majlis maulidurrasul
(Ruj: Al-Hawi Lil Fatawi, 190)

3. Membaca Al-Quran Untuk Si Mati
(Ruj: Syarh Ash-Shudur, 297)

4. Talqin Si Mati Setelah Dikebumikan
(Ruj: Al-Manzhumah As-Suyuthi)

5. Membaca Al-Quran Di Kubur Untuk Si Mati
(Ruj: Ihya' Fadhail Ahl Bait, 53)

Kredit : Ustaz Hafiz Za'farani

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3567815689957605&id=100001876275514

Jumaat, 17 Januari 2020

MENJAWAB KEKELIRUAN TOP 10 SILAP FAKTA TENTANG SIRAH NABI S.A.W?

MENJAWAB KEKELIRUAN :TOP 10 SILAP FAKTA TENTANG SIRAH NABI S.A.W ?

Atas pertanyaan ramai tentang isu 10 kesilapan fakta berkaitan sirah Rasulullah SAW, saya dengan berat hati cuba menjawab mengenainya sekadar mampu atas kepercayaan timbulnya sedikit kekeliruan di kalangan mereka dan bukannya atas tujuan untuk melagakan. Terutama kerana ada di antaranya yang sudahpun masyhur diterima dalam pengajian sirah dan bacaan mawlid di Malaysia.

Justeru, saya berpendapat isu tersebut perlu dilihat secara saksama, halus dan teliti. Kebanyakan isu tersebut adalah bersifat ijtihadi sahaja dan masing-masing berhak untuk memilih pandangan yang dirasakannya terbaik. Memang diakui ada di antaranya merupakan kesilapan fakta disebabkan kepalsuan hadisnya, dan ada di antaranya yang tidak boleh disebut sebagai kesilapan fakta kerana perselisihan ulama mengenainya telah pun masyhur, dan pendapat yang kuat di antaranya pula hanya bersifat ijtihadi.

Sekalipun sesuatu dalil tidak kuat, namun dalam bab sirah, para ulama membenarkan periwayatan hadis daif mengenainya, malahan selama mana sesuatu hadis itu tidak jelas palsunya dan tidak ada pula riwayat lain yang menyanggah.

Dalam periwayatan, adakalanya kaedah “diterima oleh umat Islam dengan penuh penerimaan” (ุชู„ู‚ูŠ ุงู„ุฃู…ุฉ ุจุงู„ู‚ุจูˆู„) merupakan qarinah (bukti sokongan) kuat bahawa sesuatu riwayat itu bukanlah riwayat yang boleh dinilai sebagai palsu dengan begitu mudah. Apatah lagi banyak isu yang dibawa adalah berkaitan perkara-perkara yang berlaku di zaman sebelum kebangkitan Nabi SAW lagi, di mana belum muncul lagi perawi-perawi hadis, bahkan agama Islam itu sendiri pun belum zahir.

Nombor 10:

Benar, hadis Nabi SAW sebelum wafat mnyebut: “Ummati, ummati” adalah tidak sahih kerana tidak ada sebarang sumber riwayat asal yang memberitakannya.

Nombor 9:

Mengenai umur Siti Khadijah 40 tahun ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW, meskipun ia riwayat dhaif daripada al-Waqidi, namun ia tidak dikritik oleh para ulama terdahulu sebagai fakta yang silap. Di samping ada pendapat lain yang menyebut usia seperti: 45 tahun, 44 tahun, 35 tahun, 28 tahun dan 25 tahun.

Tidak mustahil juga kalau kemungkinan angka 40 itu merupakan angka bundar daripada angka 39 misalnya, kerana maksud perawi ialah bagi menceritakan bahawa Siti Khadijah RA lebih berumur daripada baginda Nabi SAW. Antara dalil sahih Siti Khadijah RA lebih berumur daripada baginda Nabi SAW ialah hadis ‘Aisyah RA yang menceritakan beliau pernah berasa cemburu kepadanya walaupun Siti Khadijah RA telah tiada, dengan katanya kepada baginda Nabi SAW: (ู…ุง ุชَุฐูƒุฑ ู…ู† ุนุฌูˆุฒ ู…ู† ุนุฌุงุฆุฒ ู‚ุฑูŠุด ุญู…ุฑุงุก ุงู„ุดุฏู‚ูŠู† ู‡ู„ูƒุช ููŠ ุงู„ุฏู‡ุฑ، ู‚ุฏ ุฃุจุฏู„ูƒ ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑًุง ู…ู†ู‡ุง؟) “Apa sebab selalu engkau sebut wanita tua dari kalangan Qurasiy yang merah gusi tepinya itu (kerana tiada gigi), yang telahpun mati sejak dulu, sedangkan Allah telah menggantikanmu dengan yang lebih baik daripadanya?” (HR al-Bukhari dan Muslim).

Sifat-sifat Khadijah RA yang digambarkan oleh ‘Aisayaah RA ini jelas menunjukkan ciri usianya sebelum kewafatannya. ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…ุง. Kerana itu Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah menyebut Khadijah RA hidup sehingga usia 65 tahun (40+15+10). Walaupun, kemudian beliau menyebut: “Dikatakan, usia 50 tahun dan ia adalah yang paling sahih” (25+15+10). Bagaimanapun, pendapat beliau ini belum dikira muktamad, kerana usia 50 atau kurang daripada itu semasa ‘Aisayaah RA melihatnya, pada saya tidak sesuai dengan konotasi kalimah (ุนุฌูˆุฒ) sepertimana dalam hadis sahih tadi, kerana kalimah tersebut adalah lebih sesuai bagi mereka yang telah berusia lebih daripada 50 tahun ke atas.

Nombor 8:

Kisah Nabi SAW berjumpa Rahib Bahira di Sayaam telah diriwayatkan oleh at-Tirmizi dalam Sunannya, katanya: "Hasan gharib”, Ibn Abi Sayaaibah dalam al-Musannaf, Abu Nu'aim dalam Dala’il an-Nubuwwah, al-Baihaqi dalam Dala’il an-Nubuwwah (ia tidak palsu menurut sayaaratnya), al-Hakim dalam al-Mustadrak, katanya: "Sahih menurut syarat Sayaaikhain (al-Bukhari dan Muslim)”, dan lain-lain. Kata Imam al-Baihaqi: “Kisah ini masyhur di sisi ahli al-maghazi”. Kata Imam as-Suyuti dalam al-Khasa’is al-Kubra: "Ia mempunyai beberapa sayaawahid yang menunjukkan kesahihannya”.

Jika diperhatikan, kisah ini sudah pun masyhur di dalam sirah Nabi SAW dan tidak dianggap sebagai palsu oleh para ulama sejak sekian lama. Sehingga kurun ke-8 Hijrah, baru ia dikatakan sebagai sangat munkar sekali, hingga boleh jadi palsu, sebagaimana pendapat al-Hafiz az-Zahabi dalam Talkhis al-Mustadrak. Namun, pendapat beliau bukanlah muktamad dan masih terbuka kepada perbahasan. Kerana bukan mustahil jika asal riwayat tersebut adalah sabit.

al-Hafiz Ibn Hajar dalam al-Isabah mengatakan semua para perawinya thiqah, kecuali pada pernyataan nama Abu Bakr RA dan Bilal RA sebagai lafaz tambahan yang munkar kerana kedua2 mereka tidak ada semasa peristiwa itu. Maka, kalau yang dimaksudkan silap fakta ialah bahagian yang terakhir ini, maka ia amat dipersetujui.

Nombor 7:

Memang telah jelas disepakati ulama bahawa nama Rasulullah SAW bukanlah Muhammad sahaja. Dan saya tidak pasti kenapa ia disenaraikan dalam 10 kesilapan fakta berkaitan sirah Rasulullah SAW.

Nombor 6:

Walaupun semua riwayat tentang Nabi SAW lahir dalam keadaan sudah berkhatan dan putus tali pusat adalah daif. Namun, tidak mustahil jika secara majmuk ia mampu menyokong antara satu sama lain.

Secara rumusan, terdapat empat pandangan ulama yang berbeza dalam isu ini, iaitu;
i. Pandangan pertama: Nabi SAW telah dilahirkan berkhatan. Ini berdasarkan hadis-hadis mengenainya yang diriwayatkan oleh Anas RA, Ibn ‘Umar RA, Abu Hurairah RA, ‘Abbas RA dan Ibn ‘Abbas RA. Walaupun setiap satu jalan riwayat ini antara daif dan sangat daif, namun ia dapat menguatkan antara satu sama lain dan menunjukkan ia ada asalnya. ad-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Mukhtarah menilai riwayat Anas RA sebagai sahih atau hasan. Pandangan ini dinukilkan daripada al-Qadhi 'Iyadh, Ibn Sayyid an-Nas, Imam as-Suyuti dalam al-Khasa’is al-Kubra dan juga daripada ramai ulama Sirah dan pengarang kitab Maulid. al-Hakim mengatakan ianya mutawatir. Namun, Imam al-Qastallani dalam al-Mawahib mengulas: "Kemungkinan yang dimaksudkan dengan mutawatir ialah kemasyhurannya dan banyaknya terdapat di dalam kitab-kitab Sirah, bukannya dari segi sanad yang telah menjadi istilah di sisi imam-imam hadis (kerana ia tidak menepati syarat-syarat hadis mutawatir).”
ii. Pandangan kedua: Nabi SAW dikhatankan oleh Jibril AS. Ini pendapat Ibn al-‘Adim. Namun, status riwayatnya munkar menurut az-Zahabi.
iii. Pandangan ketiga: Nabi SAW dikhatankan oleh datuknya, ‘Abdul Muttalib pada hari ketujuh. Ini pendapat Ibn al-Qayyim. Terdapat sebuah riwayat daripada Ibn ‘Abbas RA dengan sanad yang daif. Namun ia bercanggah dengan riwayat Ibn ’Abbas RA yang lain.
iv. Pandangan keempat: Bertawaqquf, iaitu menangguhkan keputusan mengenainya kerana tiada dalil yang sabit. Ini merupakan pandangan Imam Ahmad.

Jelasnya, tiada satu pun hadis yang bersanad sahih mengenainya. Maka, dalam isu kecil ini, tidak perlu untuk kita mengaibkan mana-mana pandangan ulama yang berbeza. Pernyataan al-Hakim (w. 405H) mengisyaratkan kepada kita bahawa beliau belum pernah melihat hal ini disanggah atau dibangkang oleh mana-mana ulama di zamannya mahupun di zaman sebelumnya. Tidak semestinya jika hal tersebut terjadi, maka ia dianggap sebagai suatu kecacatan dan keaiban, sebagaimana yang difaham oleh sesetengah ulama. Para ulama bersepakat bahawa jasmani Nabi SAW memiliki segala sifat-sifat kesempurnaan. Dan secara logik, umat Islam berkhatan supaya berubah dari keadaan tidak sempurna kepada keadaan sempurna, dan bukannya mencacatkan diri!

Nombor 5:

Setuju bahawa tidak ada riwayat sahih yang Nabi SAW lahir terus bersujud. al-Suyuti dalam al-Khasa’is al-Kubra menukilkan riwayat Abu Nu‘aim daripada Ibn ‘Abbas RA, antaranya Aminah menceritakan:
ูู„ู…ุง ุฎุฑุฌ ู…ู† ุจุทู†ูŠ ู†ุธุฑุช ุฅู„ูŠู‡ ูุฅุฐุง ุฃู†ุง ุจู‡ ุณุงุฌุฏุง ู‚ุฏ ุฑูุน ุฅุตุจุนูŠู‡ ูƒุงู„ู…ุชุถุฑุน ุงู„ู…ุจุชู‡ู„.
“Maka tatkala dia keluar daripada perutku, aku pun melihatnya, lalu aku dapati dia sedang bersujud seraya mengangkat dua jarinya seperti orang yang memohon doa”. Pada sanadnya terdapat Yahya al-Babalati dan Abu Bakr bin Abi Maryam yang kedua-duanya daif.

Riwayat ini berbeza dengan gambaran dalam riwayat-riwayat lain yang lebih masyhur tanpa ada disebutkan ‘bersujud’. al-Zahabi dalam Tarikh al-Islam menukilkan daripada Ibn Ishaq hadis Halimah al-Sa‘diyyah RA yang pernah bertemu dengan Aminah, antara ceritanya:
ุซู… ูˆุถุนุชู‡ ูู…ุง ูˆู‚ุน ูƒู…ุง ูŠู‚ุน ุงู„ุตุจูŠุงู† ูˆู‚ุน ูˆุงุถุนุง ูŠุฏูŠู‡ ุจุงู„ุฃุฑุถ ุฑุงูุนุง ุฑุฃุณู‡ ุฅู„ู‰ ุงู„ุณู…ุงุก.
“Kemudian akupun melahirkannya, namun dia tidak keluar sebagaimana keluarnya bayi-bayi yang lain. Dia keluar dengan meletakkan kedua-dua tangannya di lantai, sambil mengangkat kepalanya ke langit”. Kata al-Zahabi: “Hadis ini baik sanadnya”, meskipun perawinya Jahm disebut oleh beliau sendiri dalam al-Mizan: “Tidak diketahui, beliau meriwayatkan kisah Halimah al-Sa‘diyyah”. Manakala Ibn Hibban merekodkannya di dalam kitab al-Thiqat. Kata Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah: “Hadis ini telah diriwayatkan daripada beberapa jalan riwayat lain dan ia termasuk hadis-hadis masyhur yang beredar di kalangan ahli as-siyar wa al-maghazi”.

Ibn Kathir juga menukilkan daripada al-Waqidi hadis Ibn ‘Abbas RA dengan makna yang serupa tanpa sbarang komentar. Antara riwayat penguat yang lain, riwayat ‘Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf dengan sanad yang sahih daripada az-Zuhri secara mursal, katanya: “Sesungguhnya ibu baginda SAW pernah berkata: Sungguh telah aku lahirkannya ketika aku melahirkannya, lalu dia keluar meniarap dengan meletakkan kedua-dua tangannya, seraya mengangkat kepalanya ke langit”.

[*Kedudukan al-Waqidi secara ringkas seperti yang dirumuskan oleh az-Zahabi dalam Siyar A‘lam al-Nubala’ ialah: “Telah pun jelas nyata bahawa al-Waqidi adalah daif. Beliau hanya diperlukan dalam bab peperangan dan sejarah. Dan kami hanya mncatatkan riwayat-riwayatnya tanpa berhujah dengannya. Adapun dalam bab fara’idh (ahkam), maka tidak sewajarnya beliau disebut…” “Kedudukannya di sisiku, bahawa beliau di samping daifnya, masih boleh ditulis hadisnya dan diriwayatkan kerana aku tidak menuduhnya memalsukan hadis…”]

Nombor 3 & 4:

Ya, hadis tentang api biara Majusi terpadam dan istana Kisra Parsi bergegar itu daif dan tidak ada riwayat yang bersanad sahih. Namun, tiada pula ulama terdahulu yang menilainya sebagai palsu.

Kata al-Zahabi dalam Tarikh al-Islam: “Hadis ini munkar gharib.” Menurut al-Suyuti dalam al-Khasa’is al-Kubra, Ibn ‘Asakir (dalam Tarikh Dimasayaq) berkata: “Hadis gharib, tidak kami tahu kecuali daripada hadis Makhzum daripada bapanya. Ia hanya diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Bajali”. Namun di tempat lain, Ibn ‘Asakir menyatakan ia turut diriwayatkan oleh Ma‘ruf bin Kharbuz daripada Bisayar bin Tayyim al-Makki (sebagai penyokong kepada riwayat Makhzum). Kata al-Suyuti lagi: “Daripada jalur riwayat ini turut dikeluarkan oleh ‘Abdan dalam Kitab al-Sahabah dan kata Ibn Hajar dalam al-Isabah: Ianya mursal”.

Ulama moden yang menilainya palsu, tidak semestinya memansukhkan pandangan para huffaz muhaddithin terdahulu yang lebih ahli seperti Ibn Jarir, Abu Nu‘ayim, al-Baihaqi, Ibn ‘Asakir, al-Zahabi, Ibn Kathir, Ibn Hajar, al-Suyuti, dll yang tidakpun menilai kisah berkenaan sebagai palsu dan rekaan.

Justeru, masih tidak jelas kepalsuannya serta tiada riwayat lain yang jelas menunjukkan sebaliknya ia langsung tidak berlaku. Pendapat yang menyatakan bahawa kisah tersebut tidak didengari dari sejarah Parsi sendiri bukanlah bermakna ia langsung tidak berlaku. Berapa banyak peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah manusia, namun atas perbagai sebab tertentu ia hanya diceritakan secara lisan saja dan tidak dicatatkan dalam lipatan sejarah kecuali setelah berlalu beberapa waktu. Boleh jadi juga ia ada direkodkan, namun kerana baginda Nabi SAW telah mendoakan kehancuran dan keruntuhan buat empayar Kisra Parsi (rujuk riwayat al-Bukhari: ุฃَู†ْ ูŠُู…َุฒَّู‚ُูˆุง ูƒُู„َّ ู…ُู…َุฒَّู‚ٍ), maka rekodnya juga mungkin turut hilang ditelan zaman.

Nombor 2:

Riwayat mengenai Siti Aminah diberitahu anak dalam kandungannya yang akan lahir adalah bakal penghulu & Nabi umat ini, diriwayatkan oleh Ibn Saad melalui jalan al-Waqidi daripada makcik Wahb bin Zum‘ah secara mursal dengan lafaz: (ุจุณูŠุฏ ู‡ุฐู‡ ุงู„ุฃู…ุฉ ูˆู†ุจูŠู‡ุง); dan oleh Abu Nu‘aim daripada Buraidah RA dan Ibn ‘Abbas RA dengan lafaz: (ุจุฎูŠุฑ ุงู„ุจุฑูŠุฉ ูˆุณูŠุฏ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†). Demikian dalam al-Khasa’is al-Kubra oleh al-Suyuti.

Meskipun sanad-sanadnya dikritik, namun ia tidaklah bertentangan dengan hadis yang meriwayatkan bahawa keluar cahaya daripada tubuh Siti Aminah sehingga menerangi Syam. Ini jelas mmbuktikan, beliau mengetahui bahawa bayi yang dilahirkannya itu bukanlah sama sepertimana bayi-bayi biasa yang lain.

Daripada al-‘Irbadh bin Sariyah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya aku di sisi Allah (telah tertulis sebagai) penutup para Nabi, sedang Adam masih lagi terhampar dalam tanahnya. Dan akan kukhabarkan kalian mengenainya (yakni kenabianku) iaitu; doa bapaku Ibrahim, khabar gembira ‘Isa, dan mimpi ibuku yang telah dilihatnya dan demikian juga ibu-ibu para Nabi melihatnya. Sesungguhnya ibu Rasulullah SAW telah melihat ketika melahirkannya satu cahaya sehingga ia menerangi istana-istana Syam”. (HR Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim dll dengan status sahih berdasarkan syaawahidnya). Dalam riwayat Ahmad: “Dan ibuku telah melihat ketika mengandungkanku bahawa telah keluar daripada tubuhnya satu cahaya sehingga ia menerangi istana-istana Syam”.

Nombor 1:

Riwayat Ibnu Ishaq bahawa Nabi Muhammad SAW lahir pada 12 Rabiulawwal merupakan riwayat yang masyhur dan diterima oleh ramai ulama. Menurut Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah; Ibn Abi Syaaibah dalam al-Musannaf meriwayatkan daripada Jabir RA dan Ibn ‘Abbas RA kata mereka: “Rasulullah SAW dilahirkan pada tahun gajah, hari Isnin 12 Rabiulawwal, pada hari Isnin juga baginda dibangkitkan, diangkat ke langit, berhijrah dan meninggal dunia”. Inilah yang masyhur di sisi jumhur ulama, ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู… (2/242). Ibrahim al-‘Ali dalam kitab Sahih al-Sirah al-Nabawiyyah menyatakan sanadnya sahih (hlm. 48).

Manakala pendapat lain menyebut 10, 9, 8, 3 dan 2 Rabiulawwal. Meskipun ada yang menyatakan pendapat yang paling sahih ialah Nabi SAW lahir sama ada 9 atau 10 Rabiulawwal. Namun, ini tidak menunjukkan bahawa riwayat 12 Rabiulawwal itu sebagai satu kesilapan fakta kerana ia masih di dalam lingkungan perselisihan pendapat yang masyhur di kalangan ulama dan pengiraan falak mengenainya juga masih dikira bersifat ijtihadi.

Perlu juga diketahui, ketepatan tarikh tersebut bukanlah menjadi tujuan utama sambutan Maulidur Rasul SAW. Tetapi yang menjadi objektif dan tujuan utama yang lebih besar daripada itu ialah sebagai medium dakwah untuk menyemarak dan menyuburkan kembali rasa cinta umat Islam kepada baginda Nabi SAW, di samping peluang dakwah untuk masyarakat non muslim lebih mengenali dan mendekati ajaran agung baginda Nabi SAW.

Moga pencerahan ini dapat menjawab sedikit kekeliruan yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Kerana antara kesilapan fakta dan perselisihan ulama adalah dua perkara yang jauh berbeza. Wallahu a‘lam.

-------------------------------------------------------------
Dr. Mohd Khafidz bin Soroni
Ketua Lujnah Hadis
Majlis Akademik ISLAMI

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1384886461678656&id=558058371028140