Halaman

Selasa, 21 April 2020

Bolehkah menyebut As solah La ilaha illaLlah ?

SOALAN

(1) Semalam ketika berbual dengan imam jemputan dari syria dia tanya saya (dalam bahasa arab ):

"Kenapa ketika nak tarawih disini orang kata " صلاة التراويح جامعة رحمكم الله ", orang lain kata "الصلاة لا إله إلا الله"?. Apa maksudnya ?.

Saya jawab tak tahu dan saya tak amalkannya. Kami berdua tak faham maksud susunan ayat ini, bukan tak tahu makna perkataannya.

Secara literal, maknanya ialah " Solat itu tiada tuhan selain ALLAH". Dan kita tahu ini ayat yang menyalahi syariat.

" laun lah kalau mereka sebut 'الشهادة لا إله إلا الله' ada la benar juga", katanya lagi.

ada yang boleh beri penjelasan?. Kita harus didik diri kita faham dengan semua ibadah yang kita lakukan dan tahu sumbernya dari al-quran dan sunnah, bukan hanya ikut saja apa yang orang buat.hujah ulama buat, kita buat je la, itu bukan hujah utama dalam islam. Lagipun tak semua ulama ucap ayat ni. Wallahua'lam.

Mohon pencerahan dari al fadhil ustaz.

(2)  Betul ke kata org salah jika baca begini :
الصلاةُ لا اله الا الله
?
.
.
JAWAPAN Ustaz Abu Usamah Mohd Hanifah
.
.
بسم الله. حمدا لله. صلاة وسلاما على رسول الله. أما بعد.
.
.
1.0  Kalau hendak diselidiki dan dibongkar lagi kesalahan-kesalahan seperti diatas yang berlaku didalam masyarakat Melayu kita maka pastinya banyak lagi yang kita akan jumpai. Sehinggakan dalam bacaan Wajib juga ada yang tersalah seperti bacaan Fatihah dan Tasyahhud.

1.1  Begitu juga kesalahan dalam sebutan lafaz Azan, Lafaz Iqamah, doa-doa dengan bahasa arab selepas solat dan lain-lain, Zikir-zikir, ucapan selepas solat Tarawih sebelum solat Witir dan lain-lain lagi.
.
.
2.0  Orang islam yang bukan orang arab termasuklah orang melayu kita, mereka memuliakan bahasa Arab sebagai bahasa agama mereka. Mereka amat suka kepada penggunaan bahasa Arab, namun ramai di kalang mereka ini tidak pandai berbahasa Arab, dan tidak sedikit di kalangan mereka yang menggunakan kalimah-kalimah arab sedangkan mereka sendiri tidak faham apa yang diungkapkan oleh mereka itu sendiri, akhirnya penggunaan kalimah-kalimah tersebut tidak betul, maka terjadilah kesalahan dan kesilapan, yang mana kesalahan dan kesilapan tersebut hanya dapat difahami oleh orang yang pandai berbahasa Arab.
.
.
3.0  Ucapan sebahagian ahli jemaah masjid ditempat kita :

 " الصلاة لا إله إلا الله "

setelah mereka mendengar ucapan Bilal :

"صلاة القيام/صلاة التراويح جامعة رحمكم الله "

Maksudnya : (mari) solat qiyam/(mari) solat terawih, semoga kalian dirahmati allah.

Sebenarnya ungkapan seperti ini masih lagi ada jalan keluarnya untuk tidak dihukumkan bahawa ia adalah salah secara mutlak.

Penggunaan seperti ini kalau betul pada susunannya maka tidaklah salah penggunaannya.
.
.
4.0  Susunan yang betul dalam penggunaannya adalah ahli jamaah hanya mengucapkan perkataan " الصلاة " tanpa perlu disambungkan dengan perkataan " لا إله إلا الله ". Setelah itu barulah meneruskan dengan ucapan "لا إله إلا الله".
.
.
5.0  Untuk lebih memahami lagi perbincangan ini sila perhatikan penjelasan di bawah ini :

(1) Apabila Bilal mengucapkan perkataan :

"صلاة القيام/صلاة التراويح جامعة رحمكم الله"

" (mari) solat qiyam/(mari) solat terawih, semoga kalian dirahmati allah."

Maka ahli jamaah ucap dengan ucapan " الصلاة " dengan maksud kami ingin mengerjakan solat tersebut.

Setelah itu barulah ahli jemaah mengucapkan ucapan :

لا إله إلا الله وحده لا شريك له ...

(2) Namun apabila disambungkan terus perkataan

" الصلاة "
 dengan ucapan :
 "لا إله إلا الله وحده لا شريك له"

Maka secara zahirnya ia boleh membawa kepada maksud yang salah seperti apa yang disebutkan diatas.
.
.
5.0  Adapun sandaran terhadap ucapan bilal :

"صلاة القيام/صلاة التراويح جامعة رحمكم الله"

ialah hadith Aisyah r.anha :

عَنْ عَائِشَةَ رضي اللَّه عنها أَنَّ الشَّمْسَ خَسَفَتْ عَلَى عَهْدِ رَسُول اللَّهِ صلى اللَّه عليه وسلم، فَبَعَثَ مُنَادِيًا يُنَادِي: الصَّلاة جامعة.

" Dari aisyah R.anha bahawa telah berlaku gerhana matahari dizaman nabi ﷺ. lalu baginda ﷺ menghantar seorang yang menyeru dengan ucapan " الصَّلاة جامعة " " solat secara berjamaah."

[ HR Al-bukhari dan Muslim ]

Dikiaskan solat terawih yang dikerjakan secara berjemaah dengan solat gerhana kerana sama-sama dikerjakan secara berjamaah.

Maka sebagaimana disunatkan ucapan tersebut pada solat gerhana, ucapan tersebut juga digalakkan pada solat sunat tarawih atas pandangan sebahagian ulama fiqh.

Berkata imam An-nawawi Rahimahullah didalam kitab المجموع juz.3 hlm.77 :

وَكَذَا يُنَادِي لِلتَّرَاوِيحِ الصَّلَاةَ جَامِعَةً إذَا صُلِّيَتْ جَمَاعَةً.

" Seperti ini juga digalakkan menyeru dengan ucapan " الصَّلاة جامعة " untuk solat terawih yang dilakukan secara berjamaah."

5.1.Manakala ucapan "رحمكم الله" yang memberi maksud semoga kalian dirahmati oleh Allah maka ia termasuk dalam keumuman harus kita berdoa tanpa dibataskan dengan waktu sedangkan tidak ada satu dalil yang sahih pun melarang kita berdoa untuk saudara-saudara kita agar mereka mendapat rahmat Allah taala.

5.2  Ketika mana ada seruan untuk solat terawih secara berjemaah maka tidaklah salah orang-orang yang mendengar seruan tersebut menyahut dengan ucapan " الصلاة " yang memberi maksud kami ingin mengerjakan solat tersebut.

5.3  Manakala ucapan : " لا إله إلا الله وحده لا شريك له "... setelah itu sebenarnya ia adalah sebagai melafazkan kalimah tauhid sebelum memulakan solat Qiyamullail demi untuk menzahirkan keimanan kepada allah, sesuai dengan apa yang disebut oleh nabi ﷺ :

من قام رمضان إيماناً واحتساباً، غُفِرَ له ما تقدم من ذنبه.

" Barangsiapa yang  berqiam di bulan ramadhan dengan penuh keimanan serta mengharapkan ganjarannya nescaya diampun baginya segala apa yang terdahulu daripada dosanya."

[ HR Al-bukhari dan Muslim ]
.
.
هذا رأيي والله أعلم بالصواب

وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين

أبو أسامة محمد حنفية بن الحاج حسين

مدير مركز الدراسات الإسلامية ببوكيت كيجغ كماسيك كمامن ترنجانو

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1627604397390433&id=100004226647287

Tiada ulasan:

Catat Ulasan