Halaman

Ahad, 2 Oktober 2016

APAKAH ERTI 'KEBANYAKAN MANUSIA ' DI DALAM AL QURAN ?

Oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis 

Majoriti ulama' Islam dan umatnya sememangnya adalah ukuran kebenaran berdasarkan hadith-hadith As-Sawad Al-A'zhom dan tradisi keilmuan Islam itu sendiri. Allah s.w.t. tidak akan menghimpunkan umatnya dalam kesesatan, iaitu dengan menjaga majoriti ulama' yang memimpin majoriti umat Islam daripada kesesatan. Ini jelas berlaku dalam tradisi perkembangan ilmu Islam jika kita lihat sejarah umat Islam itu sendiri.

Adapun berkenaan dengan ayat-ayat ini, maka lihatlah tafsiran2 ulama' mengenainya..

Ayat Pertama:

1. Surah Al-An'aam : 116

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan(andaian&takwilan) semata-mata, dan mrk tidak lain hanyalah berdusta"

Imam At-Tabari (w: 310H) menafsirkan ayat ini dengan berkata:

وإنما قال الله لنبيه: { وَإنْ تُطِعْ أكْثَرَ مَنْ فِي الأرْض } من بني آدم، لأنهم كانوا حينئذٍ كفاراً ضلالاً

Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi-Nya s.a.w.: "Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang yang ada di muka bumi..." dari kalangan (keseluruhan) bani Adam kerana mereka pada ketika itu adalah orang-orang kafir yang sesat...

Jadi, ayat ini menceritakan tentang orang-orang kafir, sedangkan majoriti yang kita maksudkan sebagai as-sawad al-a'zhom adalah majoriti ulama' dan umat Islam, bukan majoriti keseluruhan manusia. Fahamilah skop dan konteks perbahasan. Majoriti ulama' Islam dipelihara berdasarkan hadith as-sawad al-a'zhom. Adapun majoriti manusia yang mana melibatkan orang-orang kafir, itu bukanlah menjadi skop perbahasan.

Ayat Kedua:

2. Surah Al-An'aam : 119

"Dan sesungguhnya kebanyakan(dari manusia) benar2 hendak menyesatkan org lain dgn hawa nafsu mrk tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang Maha mengetahui orang-orang yg melampaui batas"

Ayat ini dimaksudkan kepada siapa?

Imam Ibn Kathir berkata dalam tafsirnya berkenaan dengan ayat ini:

ثم بين تعالى جهالة المشركين في آرائهم الفاسدة؛ من استحلالهم الميتات....قال: { وَإِنَّ كَثِيرًا لَّيُضِلُّونَ بِأَهْوَائِهِم بِغَيْرِ عِلْمٍ إِنَّ رَّبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِٱلْمُعْتَدِينَ } أي: هو أعلم باعتدائهم وكذبهم وافترائهم

Maksudnya:

Kemudian Allah s.w.t. menjelaskan kejahilan "orang-orang Musyrikin pada pendapat mereka yang fasiq (rosak) dengan menghalalkan bangkai... lalu Allah s.w.t. berfirman (maksudnya): "Dan sesungguhnya kebanyakan(dari manusia) benar2 hendak menyesatkan org lain dgn hawa nafsu mrk tanpa pengetahuan, Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang Maha mengetahui orang-orang yg melampaui batas" iaitu Allah lebih mengetahui keterlampauan mereka (musyrikin) dan pendustaan mereka serta tipuan mereka.

Hal ini jelas berdasarkan petunjuk ayat, ianya menceritakan tentang orang-orang musyrikin pada zaman Rasulullah s.a.w. yang lebih banyak daripada umat Islam pada ketika itu. Jadi, perbandingan sikit dan banyak dalam ayat itu adalah antara orang-orang kafir dengan orang-orang Islam, bukan dalm sesama Islam sebab dalam sesama Islam, majoriti ulama' dan umat Islam tetap akan sentiasa berpegang dengan kebenaran selagimana Allah s.w.t. ingin menjaga umatnya daripada kesesatan.

Ayat Ketiga:

3. Surah Yunus : 36

"Dan kebanyakan mrk tidak mengikuti kecuali sangkaan(andaian&takwilan) shj. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna utk mencapai KEBENARAN. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg mrk kerjakan"

Imam At-Tabari menyebut dalam ayat ini:

يقول تعالى ذكره: وما يتبع أكثر هؤلاء المشركين إلا ظنًّا

Allah s.w.t. berfirman: "Kebanyakan orang-orang musyrikin tersebut tidak mengikut melainkan sangkaan sahaja..."

Jadi, ayat ini pun ditujukan kepada orang-orang musyrikin yang banyak pada ketika itu, bukan kepada orang-orang Islam. Jadi, tidak bercanggah pun dengan konsep as-sawad al-a'zhom di mana ukuran kebenaran adalah bersama majoriti ulama' Islam yang memimpin agama majoriti umat Islam.

Ayat Keempat:

4. Surah Furqan : 44

"Apakah kamu mengira bhw kebanyakan mrk itu mendengar dan memahami? mrk itu tidak lain hanya spt binatang2 ternakan bahkan mrk lebih SESAT daripadanya"

Siapakah "kebanyakan mereka" ini? Majoriti ulama' Islam?

Imam At-Tabari menafsirkan ayat ini:


{ أم تَـحْسبُ } يا مـحمد أن أكثر هؤلاء الـمشركين

"Adakah kamu wahai Muhammad mengira bahawa kebanyakan orang-orang musyrikin tersebut..."

Ayat ini pun menceritakan tentang "kebanyakan" orang-orang musyrikin, bukan tentang "kebanyakan" ulama' Islam atau as-sawad al-a'zhom.

Imam Ibn Kathir juga menafsirkan ayat ini dengan berkata:

{ أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ }؟ الآية، أي: هم أسوأ حالاً من الأنعام السارحة، فإن تلك تعقل ما خلقت له، وهؤلاء خلقوا لعبادة الله وحده لا شريك له، وهم يعبدون غيره، ويشركون به،

"Apakah kamu mengira bhw kebanyakan mrk itu mendengar dan memahami?..." Al-Ayat... Iaitu mereka lebih buruk hal mereka berbanding binatang ternakan, kerana binatang sendiri tahu apa tujuannya diciptakan sedangkan mereka yang diciptakan untuk menyembah Allah semata-mata dan tida mempersekutukanNya, namun mereka menyembah selain Allah dan mensyirikkannya.

Jelas menurut tafsiran ulama', ayat ini ditujukan kepada orang-orang kafir. Maka, kuantiti banyak yang dibincangkan dalam ayat-ayat ini semuanya ditujukan kepada orang-orang kafir dan tidak boleh disamakan dengan "kuantiti banyak" dalam masyarakat Islam yang mempunyai konsep as-sawad al-a'zhom (majoriti ulama' yang berpegang dengan kebenaran).

Ayat Kelima:

5. Surah Shad : 24

"sesungguhnya kebanyakan dari orang2 yg bergaul dan berhubungan )dlm berbagai lapangan hidup) setengahnya berlaku zalim kpd setengah yg lain melainkan orang2 yg beriman dan beramal soleh tetapi AMATLAH SEDIKIT BILANGAN MEREKA"

Saya tanya, apakah jumlah keseluruhan ayat ini, agar kita tahu konteks ayat ini?

Daud berkata: "Sesungguhnya Dia telah berbuat zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu untuk ditambahkan kepada kambingnya. dan Sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang berserikat (bergaul) itu sebahagian mereka berbuat zalim kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh; dan Amat sedikitlah mereka ini". dan Daud mengetahui bahwa Kami mengujinya; Maka ia meminta ampun kepada Tuhannya lalu menyungkur sujud dan bertaubat.

Ayat ini menceritakan tentang kehidupan masyarakat di zaman Nabi Daud a.s. dan kebanyakan mereka yang hidup dalam masyarakat Nabi Daud a.s. berbuat zalim. Jadi, "kuantiti banyak" dalam ayat ini tidak ada kaitan dengan masalah ukuran kebenaran yang dibincangkan dalam konteks as-sawad al-a'zhom yang disebutkan dalam artikel di atas.

Jadi, kesimpulannya, memang betul ukuran "kuantiti banyak" dari kalangan keseluruhan manusia trmasuk orang-orang kafir tidak dijadikan ukuran kebenaran. Tetapi "kuantiti banyak" dari kalangan ulama' Islam yang memimpin majoriti umat Islam adalah suatu ukuran kebenaran berdasarkan hadith-hadith As-Sawad Al-A'zhom, hadith "tidak berhimpun umatku dalam kesesatan", hadith "siapa yang terpinggir, terpinggir dalam neraka", hadith "hendaklah kamu mengikut Al-Jamaah" dan sebagainya.

Maka, perbandingan antara ayat-ayat yang ditujukan kepada orang-orang kafir atau kebanyakan manusia secara umum tidak boleh menafikan keistimewaan "as-sawad al-a'zhom" atau majoriti ulama' dan umat Islam sejak zaman berzaman sebagai ukuran kebenaran berdasarkan dalil-dalil khusus tentang "kedudukan majoriti" dalam umat Islam.

Adapun majoriti ulama' dan umat Islam itu diukur sejak zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah hari ini, secara keseluruhan, bukan diukur pada setiap zaman secara terpisah-pisah. Ini akan menunjukkan kebenaran golongan as-sawad al-a'zhom atau majoriti ulama' dan umat Islam sepanjang zaman.

Wallahu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan