Halaman

Jumaat, 30 Januari 2009

Erti Ijmak dan Qias

Soalan :

al ijmak ngan al Qias same ke...? adakah ke dua - dua nye berkait rapat dalam pembangunan tamadun islam..

Jawapan :

Di dalam kaedah ilmu Islam ada disebut sebagai masodir syar3iyyah atau di dalam bahasa melayu disebut sumber-sumber hukum Islam atau juga disebut sebagai dalil di dalam Islam..

Terdapat 4 sumber yang disepakati oleh ulamak;

1) Al-Quran

2) Al-Hadis

3) Ijmak

4) Qias

Merujuk kepada persoalan vanila90 saya cuba menjelaskan ta3rif ijmak dan qias sahaja yang saya kutip di dalam kitab Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili (Al-Mazhab atau tiada haram bermazhab).

Apa yang dimaksudkan dengan ijmak?

Ijmak ialah kesepakatan sekalian mujtahid kemudian daripada wafat Rasulullah SAW pada satu masa di atas apa-apa pekerjaan samada daripada pekerjaan agama dan pekerjaan dunia atau perkara yang dinisbahkan kepada aqal atau lughah.

Tidak disyaratkan ijmak itu dengan ijmak sahabat sahaja bahkan ijmak sekalian mujtahid yang lain daripada sahabat juga wajib diikuti samada pekerjaan ibadah ataupun dunia kerana firman Allah Ta’ala;

ومن يشقق الرسول من بعد ما تبين له الهدى ويتبع غير سبيل المؤمنين نوله ما تولى ما تولى ونصله جهنم وساءت مصيرا

Maksudnya:
barangsiapa menyalahi akan Rasulullah SAW kemudian daripada nyata baginya yang sebenar dengan sebab mukjizat dan mengikut yang lain daripada i3tiqad dan pekerjaan sekalian yang beriman nescaya kami jadikan dia memerintah akan kesesatan yang dipilih oleh dia dan kami masukkan dia ke dalam api neraka. (An-nisa’ ayat 115)

Berkata al-Baidhowi bermula ayat ini menunjuk atas HARAM menyalahi ijmak. Di dalam ayat al-Quran di atas Allah menyebut sabilul Mukminin atau jalan orang yang beriman maka inilah syaahid (petunjuk) yang menunjukkan kepada wajib mengikuti ijmak dan HARAM menyalahinya. Berkata berkata musonnif tiada dalil yang menunjukkan al-Mukminin di dalam ayat ditujukan kepada sahabat sahaja tetapi termasuk juga ulamak mujtahid. Dalil hadis yang menunjukkan haram menyalahi atau keluar daripada ijmak ialah sabda Nabi SAW ;

لا تجمع أمتي على ضلالة – رواه الترمذي وغيره


Mafhumnya :
Tiada berhimpun umat aku di atas kesesatan. Diriwayatkan daripada Imam Tirmizi dan lain-lain imam. Hadis ini menjadi dalil yang menunjukkan ijmak merupakan hujjah Islam samada ijmak sahabat atau imam mujtahid kerana lafaz ummati di dalam hadis umum merangkumi sekalian sahabat dan mujtahid daripada umat Nabi Muhammad SAW.


Saya sebutkan perbandingan di antara ijmak sahabat dan ijmak ulama mujtahid kerana terdapat dakwaan yang menyatakan ijmak sahabat sahaja yang wajib diikuti. Pandangan ini salah berdasarkan dalil al-Quran dan al-hadis yang telah saya bahaskan di atas.

Adapun ijmak ulil amri (pemerintah) atau ustaz-ustaz atau mufti-mufti yang tidak mujtahid tiada ia tidak menjadi dalil kerana syarat ijmak itu tertentu kepada mujtahid sahaja. Maka perlu difahami dan dipelajari siapa yang dikatakan sebagai mujtahid?? Ana tidak berhajat untuk memberi penjelesan di sini kerana mura3atan lissual..

Apa itu Qias?

Qias ialah mengembalikan furu3 (cabang) kepada usul dengan sebab illah (sebab) yang sama.

Mengembalikan bermaksud menyamakan keduanya yang diqias kepada yang usul (yg kena qias) pada hukum. Jika hukum usul haram maka hukum yang diqiaskan juga haram seperi diqiaskan beras dengan gandum di dalam hukum riba kerana illah (sebab) yang sama iaitu makanan. Walapun di dalam hadis Nabi SAW menyebut gandum tetapi kerana illah beras iaitu makanan seperti gandum maka hukumnya sama.

Adapun pandangan yang mengatakan tidak boleh qias di dalam ibadah hanya perlu berpegang dengan al-Quran dan al-hadis sahaja maka pandangan ini jauh menyimpang daripada Al-Quran dan Al-Hadis kerana firman Allah :

فاعتبروا

Maksudnya : i3tibar oleh kamu.

Maksud i3tibar itu ialah mengqias sesuatu dengan sesuatu. Nabi SAW sendiri menggunakan qias yang banyak sehingga an-Nasih al-hanbali telah menysun satu kitab yang kecil mengumpul semua qias Rasulullah SAW seperti mengqias mengucup isteri kepada berkumur-kumur di dalam masalah tidak membatalkan puasa.

Syarat qias mesti sabit dengan al-Quran atau al-Hadis atau ijmak.

Ijmak dan Qias sama?

Daripada satu sudut jmak dan Qias ada persamaan dan berbeza daripada sudut yang lain.

Berbeza kerana ijmak merupakan kesepakatan sahabat Nabi SAW dan ulama' mujtahid Islam di dalam sesuatu permasalahan hukum yang warid (datang) daripada Al-Quran dan Al-Hadis adapun qias merupakan suatu kaedah aqliyyah berdasarkan syarat-syarat tertentu dalam menetapkan sesuatu hukum yang tidak wujud secara qot3ie di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Dengan kata lain jika sesuatu hukum tidak ada nas di dalam Al-Quran dan Al-Hadis maka kaedah qias digunakan untuk menentukan hukumnya seperti yang kita telah bincangkan di dalam pengertian di atas.

Persamaan keduanya daripada sudut keduanya merupakan sumber hukum yang digunakan oleh ulama mujtahid di dalam menetapkan sesuatu permasalahan.

Kaitan dengan tamaddun Islam.

Persoalan kaitan ijmak dan qias dengan tamaddun Islam maka ana katakan ia mempunyai kaitan yang rapat kerana jika kita mendalami falsafah Islam kita akan mendapati pemikiran-pemikiran yang hebat yang membawa kepada ketinggian tamaddun Islam dengan menggunakan qawaid aqliyyah yang salimah seperti ilmu mantiq. Qias merupakan salah satu cabang daripada ilmu mantiq yang digunapakai oleh ulama dalam memahami al-Quran dan al-Hadis yang jawamiul jawaami3. Apa makna jawamiul jawami3?? Secara mudah boleh difahami ialah perkataan yang sedikit tetapi maknanya yang luas. Ayat al-Quran iejaz (ringkas) tetapi sangat luas pengertian begitu juga dengan kalam Nabi SAW yang kita panggil sebagai hadis atau sunnah sehingga jika dikumpul tafsiran Basmalah sahaja sudah tentu kita tidak mampu untuk menghabiskan dalam masa satu hari bahkan sebulan

Tanpa ijmak dan qias hukum Islam menjadi jumud kerana terbatas kepada apa yang disebut secara zahir di dalam al-Quran tanpa menilik kepada makna disebaliknya sedangkan al-Quran merupakan panduan hidup sehingga hari kiamat. Setiap zaman akan ada hukum baru atau hukum kontemporari maka qias memainkan peranan penting dalam menentukan halal dan haramnya. Walaupun qias menggunakan akal tetapi ia disyaratkan selari dengan al-Quran dan al-Hadis kerana hukum asalnya terdapat di dalam al-Quran tetapi diqiaskan perkara-perkara yang baru kepada hukum yang sudah ada di dalam al-Quran dan al-hadis dan ijmak yang kita telah bincangkan tadi.

Sumber : Ustaz Al Amin

Kata-kata Hikmah

Diam dan Kebodohan

Sebahagian ulamak mengatakan di dalam diam itu terdapat 7 ribu kebaikan, yang terhimpun dalam 7 kalimat :

1. Ia adalah ibadah tanpa susah payah.
2. Perhiasan tanpa intan permata.
3. Kewibawaan tanpa kekuasaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Tidak perlu meminta maaf kerana salah berbicara.
6. Memberi istirehat bagi Kiraman Katibin
7. Menutupi aib yang dapat timbul kerana banyak berbicara.

Sedangkan kebodohan itu mempunyai 6 ciri :


1. Marah tanpa alasan yang tetap.
2. Berbicara tanpa manfaat
3. Memberi tidak pada tempatnya.
4. Membukakan rahsia kepada siapa sahaja.
5. Percaya kepada setiap orang.
6. Tidak mengenal siapa kawan siapa lawan.

Rabu, 28 Januari 2009

Jawapan Mengenai Tawassul Bab 7

8. Kisah Khalifah Al Mansur dengan Imam Malik radiyaLlahu 'anhu ceritanya begini, suatu hari Abu Ja'far Al Manshur Al Abbasi, Khalifah kedua kekuasaan Abbasiyah, bertanya kepada Imam Malik radiyaLlahu 'anhu,
"Wahai Abu AbdiLlah, apakah aku menghadap RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan berdoa atau aku menghadap kiblat dan berdoa?" Imam Malik radiyaLLahu 'anhu menjawab, "Kenapa kamu harus memalingkan wajahmu daripadanya, sedangkan dia adalah wasilahmu dan wasilah ayahmu, Nabi Adam alaihissalam kepada ALlah subahanahu wa ta'ala pada hari qiamat? Oleh itu, menghadaplah kepadanya dan mohonlah syafaat darinya, memang jelas ALlah subahanahu wa ta'ala memberikan (kelebihan) syafaat kepadanya."

(Kisah ini diriwayatkan oleh Abu Hassan Ali bin Fihr di dalam kitabnya "Fahdail Malik" dengan sanad yang tidak mengapa (tidak cacat); diriwayatkan oleh Qadhi 'Iyadh di dalam kitab As Syifa' dari jalur riwayatnya dari beberapa guru di antara guru-gurunya yang thiqah; demikian juga disampaikan ole Imam as Subki di dalam kitab Syifa As Siqam, Al Samhudi di dalam kitab Wafa Al wafa, dan Al Qasthalani di dalam kitab Al Mawahib Al Laduniyyah. Dalam kitab Al Jauhar Al munazzham, Ibnu Hajar berkata, "Ini diriwayatkan dengan sanad sohih," Al Allamah Al Zarqani, di dalam kitab Syarh Al Mawahib berkata, "Sesungguhnya Ali bin Fihr menyampaikan cerita ini dengan sanad yang hasan dan Qadhi 'Iyadh menyampaikan dengan sanad yang sohih.")

Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam pada masa hidup baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam dan setelah baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam wafat. Mereka sepakat bahawa hal itu tidak diharamkan sama sekali. Inilah pendapat yang kami pegang bahawa bertawassul dengan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam itu sunnah dan merupakan salah satu bentuk ungkapan doa kepada ALLah subahanahu wa ta'ala yang digalakkan untuk menggunakannya. Tidak dipandang pendapat yang menyendiri (ganjil) dari kesepakatan ulama seperti Ibnu Taimiyah dan orang-orang setelahnya yang mengulang-ulang pendapatnya. Dan, ALlah subahanahu wa ta'ala Maha Tinggi dan lagi Maha Mengetahui.

Sumber : Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

Jawapan Mengenai Tawassul Bab 6

6. Kisah meminta hujan di sisi maqam Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam pada zaman khalifah saidina Umar bin Khattab radiyaLlahu 'anhu. Diriwayatkan dari Malik al Dar radiyaLlahu 'anhu, dia adalah bendahara Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu, dia berkata; ..kekeringan (kemarau) teruk telah melanda kehidupan manusia di zaman Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu. Lalu seorang lelaki datang ke maqam Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam dan berkata :

"Wahai RasuluLlah (sallaLLahu 'alaihi wasallam) mintakan hujan untuk umatmu kerana mereka sungguh telah binasa (menderita)." Rupa-rupanya RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah menjumpainya dalam mimpi dan bersabda, "Datanglah kepada Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu dan sampaikan salamku kepadanya dan beritahukan bahawa mereka akan dilimpahkan hujan. Katakan kepadanya : Maka hendaklah kamu bijaksana, bijaksana (cerdas dan tepat dalam membuat keputusan).' Lelaki itu datang kepada Saidina Umar radiyaLLahu 'anhu dan menyampaikan kepadanya perihal itu. Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu berkata, "Ya Tuhanku, aku tidak lalai (iaitu selalu bersungguh-sungguh) kecuali apa yang aku tidak mampu,"


(Hadith riwayat Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, vol 6, hlm 356; dan Ibnul Abdul Barr, Al Isti'ab, vol 3, hlm 1149)

Hadith ini sohih; dinyatakan sohih oleh Al Hafizh Ibnu Hajar al Asqalani dengan tegas dalam perkataannya, "Dan Ibnu Abi Syaibah radiyaLLahu 'anhu meriwayatkan dengan sanad sohih dari riwayat Saleh Al Samman dari Malik Al Dar radiyaLLahu 'anhu dia berkata;

"Kekeringan (kemarau) teruk telah melanda kehidupan manusia di zaman Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu. Lalu ada seorang lelaki datang ke maqam Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam dan berkata: "Wahai RasuluLlah mintakan hujan untuk umatmu kerana mereka sungguh telah binasa (menderita). Rupa-rupanya RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah menjumpainya di dalam mimpi dan bersabda, "Datanglah kepada Saidina Umar radiyaLlahu 'anhu...", hadith selengkapnya..."


Daripada Saif radiyaLLahu 'anhu di dalm kitab "Al Futuh" meriwayatkan bahawa orang yang bermimpi tersebut adalah Bilal bin Harits Al mUzani radiyaLLahu 'anhu, salah seorang Sahabat Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam .. - (Al HAfizh Ibnu Hajar, Fathul Bari, vol 2, hlm 495 dan 496)

"Hadith ini Sanadnya Sohih" Hadith ini telah dinyatakan sohih oleh para tokoh penghafal hadith terkemuka (hafizh), sehingga layak menjadi dalil atas bolehnya meminta kepada Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam untuk memohonkan hujan dan berdoa setelah perpindahan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam yang mulia dari kehidupan dunia.

Jawapan Mengenai Tawassul Bab 5

4. HAdith Saidina Anas radiyaLLahu 'anhu yang berkaitan dengan kematian Fatimah binti Asad, ibu Saidina Ali radiyaLlahu 'anhu ini adalah sebuah hadith yang panjang. Pada bahagian akhirnya, disebutkan... dan dia berkata
"ALlah subahanahu wa ta'ala yang menghidupkan dan mematikan, sedangkan Dia Maha Hidup, tidak pernah mati. Ampunilah ibuku, Fatimah binti Asad dan bimbing dia untuk menyampaikan hujahnya (menjawab pertanyaan-pertanyaan malaikat di kubur), serta luaskan baginya pintu masuknya, dengan hak Nabi-Mu dan Nabi-Nabi sebelumnya. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Penyayang daripada para penyayang,"


(Hadith Riwayat Thobrani, Al Mu'jam al Awsath, vol I hlm 68,; Thobrani Al Mu'jam Al Kabir, vol 24, hlm 351; Al Ashfihani, Hilyah Al Awliya, vol 3, hlm 21; dan disebutkan oleh al Haithami di dalam Majma' Al Zawaid, vol 9, hlm 257)

Hadith ini disahkan oleh Ibnu Hibban dan juga Al Hakim di dalam kitab Al Awsath wa Al Kabir, Al Allamah Ibnu Hajar pula menyatakan di dalam Kitab Al Jawhar al Munazzam bahawa ia mempunyai sanad yang baik.

Terdapat kritikan terhadap sanad hadith ini yang menjadi perselisihan para ahli hadith tentang tokoh-tokoh periwayatnya. Hal ini disebabkan, di dalam mata rantai sanad terdapat Rauh bin Shalah. Ibnu Hibban menyatakan (Rauh bin Shalah) orang yang thiqah (terpercaya), sedangkan Ibnu Jauzi memasukkannya ke dalam kelompok orang-orang yang tidak diketahui identitinya.

Oleh itu, terdapat perselisihan pendapat tentang kesohehan dan kelemahan hadith ini. Terutamanya berkenaan status marfu' sanadnya hingga Nabi SallaLLahu 'alaihi wasallam. Namun makna yang terkandung di dalamnya sohih dan menguatkan hadith-hadith yang sebelumnya.

5. Hadith "Bantulah wahai para hamba ALLah subhanahu wa ta'ala" Diriwayatkan dari Saidina Ibnu Abbas radiyaLLahu 'anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda :

"sesungguhnya ALLah subahanahu wa ta'ala mempunyai para malaikat di bumi selain para malaikah hafazhah. Mereka menulis setiap apa yang terjatuh dari pangkal pohon. Maka, jika salah seorang kalian tertimpa kesulitan (tersesat jalan) di tengah hutan, hendaklah ia menyeru: "Bantulah, wahai para hamba ALLah subahanahu wa ta'ala...


(Hadith riwayat Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, vol 6 hlm 91; Baihaqi, Syu'ab Al Iman, vol I hlm 183; dan disebutkan oleh Al Haithami di dalam kitab Majma' Az Zawaid, vol 1, hlm 132).

Al Hafizh Al Haithami memberikan pendapat (pandangan) terhadap sanadnya. "Hadith ini telah diriwayatkan oleh Thobrani dan para tokoh periwayatnya adalah orang-orang thiqah (terpercaya). (Al Haithami, Majma' az Zawaid, vol 10, 132)

Dalam hadith ini terdapat dalil yang menunjukkan tentang meminta pertolongan kepada makhluk-makhluk yang tidak boleh kita lihat, seperti para malaikat. ALLah subahanahu wa ta'ala menjadikan mereka SEBAB dalam membantu kita dan kita boleh bertawassul dengan mereka kepada Tuhan kita dalam mencapai tujuan. Tidaklah jauh jika nak dibandingkan dengan para malaikat ini roh-roh orang yang soleh, kerana roh-roh mereka adalah jasad-jasad nurani yang tetap ada di alamnya sendiri.

Jawapan Mengenai Tawassul Bab 4

3. Hadith pergi ke masjid untuk melaksanakan solat. Diriwayatkan dari Saidina Abu Sa'id Al Khudri radiyaLLahu 'anhu dari Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda;
Siapa yang mengucapkan ketika keluar untuk melaksanakan solat:

"Ya ALlah, aku memohon kepadaMu dengan hak orang-orang yang memohon atas Mu dan dengan hak langkah-langkahku; bahawa sesungguhnya aku tidak keluar dengan keangkuhan, sombong, riya' (minta dilihat), mahupun sum'ah (minta disebut). Aku keluar kerana takut terhadap kemurkaanMu dan mengharapkan redha-Mu. Aku memohon kepada-Mu untuk menyelamatkan diriku daripada api neraka dan mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau, ya ALlah."

"Pastilah ALLah subahanahu wa ta'ala mewakilkan 70 ribu malaikat yang memohonkan keampunan untuknya dan ALlah subahanu wa ta'ala menghadap kepadanya dengan Wajah-Nya sampai dia selesai dari solatnya."


(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 3, hlm 21; Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, vol 1, hlm 256; Ibnu Khuzaiman, vol 17, hlm 18; Thobrani, Al Mu'jam Al Kabir, vol 2, hlm 990; Ibnu Sani, Amal Al Yaum wa Al Lailah, hlm 4; Baihaqi, Ad da'awat Al Kabir, hlm 47; Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, vol 10, hlm 211 dan 212; Abu Nu'aim Fadhl bin Dukain, diambil oleh Ibnu Hajar di dalam Amali al Adzkar, vol 1, hlmn 273; dan dikemukakan oleh Al Mundziri di dalam At Targhib wa At Tarhib, vol 1, hlm 135)

Ini adalah hadith Sohih; dinyatakan sohih oleh Al Hafizh Ibnu Hajar al Asqolani (Ibnu Hajar, Amali al Adzkar, vol I, hlm 272), Al Hafizh Al Iraqi (Al Hafizh al Iraqi, Takhrij Ahadith al Ihya, vol I, hlm 291), Abu Hasan Al Maqdisi guru Al Mundziri (Al Mundziri, At Targhib wa At Tarhib, vol 3, hlmn 273), Al Hafizh Ad Dumyathi (Al Hafizh Al Dumyathi, Al Matjar Al Rabih fi Tsawab Al Amal Ash Shalih, hlm 471 dan 472) dan al Hafizh Al Baghawi (Al Hafizh Al Baghawi, Mishbab Az Zujajat, vol I, hlm 99).

Dan hadith ini adalah dalil yang menunjukkan bolehnya bertawassul kepada ALlah subahanahu wa ta'ala di dalam doa dengan amal soleh, iaitu berjalannya orang yang berwudhuk untuk melaksanakan solat, dan dengan hak orang-orang yang memohon kepada ALlah subahanahu wa ta'ala.

Jawapan Mengenai Tawassul Bab 3

2.
Cerita dari sebuah hadith, ada seorang lelaki berkali-kali datang kepada Saidina Uthman bin Affan radiyaLLahu 'anhu kerana suatu keperluan. Namun Saidina Uthman radiyaLlahu 'anhu selalu tidak menoleh kepadanya dan tidak sempat memerhatikan keperluannya. Kemudian lelaki tersebut mengadkan persoalannya kepada Saidina Uthman bin hunaif radiyaLLahu 'anhu. Maka Saidina Uthman bin Hunaif radiyaLlahu 'anhu berkata kepadanya, "Pergilah ke tempat wudhuk dan berwudhuklah. Kemudian pergilah ke masjid, lalu lakukan solat dua rakaat. Setelah itu berdoalah 'Ya ALlah, aku memohon kepada-Mu, bertawajjuh (menghadapkan diri) kepada-Mu dengan Nabi kami, Nabi pembawa rahmat. Ya Nabi (Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam) aku bertawajjuh denganmu (iaitu sebagai wasilah) kepada Tuhanku sehingga diperkenankan untukku hajatku," dan sebutkanlah hajatmu. Datanglah kepadaku sehingga aku boleh pergi bersamamu."

Lelaki tersebut bergegas pergi dan melaksanakan apa yang dikatakan oleh Saidina Uthman bin Hunaif radiyaLLahu 'anhu kepadanya. Kemudian dia mendatangi kediaman Saidina Uthman bin Affan radiyaLLahu 'anhu. Baharu saja sampai, penjaga pintu terus menghampirinya dan membawanya masuk untuk menghadap Saidina Uthman bin Affan radiyaLlahu 'anhu. Lalu saidina Uthman bin Affan radiyaLlahu anhu mempersilakannya untuk duduk bersama di atas permaidani dan berkata kepadanya, "Apa keperluanmu?" Lelaki itu pun menyebutkan keperluannya. Dan Saidina Uthman bin Affan radiyaLLahu 'anhu meluluskan keperluannya. Kemudian dia berkata. "Kamu tidak menyebutkan keperluanmu hingga sekarang ini sahaja." Dia juga berkata, " Jika kamu ada keperluan, datanglah ke mari."

Kemudian lelaki itu keluar dari kediaman Saidina Uthman bin Affan RadiyaLLahu 'anhu, dan segera menemui Saidina Uthman bin Hunaif radiyaLlahu 'anhu. Ia berkata kepadanya, "Semoga ALLah subahanahu wa taala membalas kebaikan untukmu. Sebelumnya dia tidak menghiraukan keperluanku dan tidak menoleh kepadaku, hingga hari ini setelah engkau dahulukan berbicara kepadanya tentang diriku." Saidina Uthman bin Hunaif radiyaLLahu anhu menjawab, "Demi ALLah subahanahu wa ta'ala aku tidak pernah berbicara tentangmu kepadanya. Akan tetapi, aku pernah menyaksikan RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam bahawa seorang lelaki yang buta datang kepadanya.." Kemudian dia pun menyampaikan hadith tersebut (di atas).


(Cerita ini diriwayatkan oleh Thobrani, al Mu'jam al Shagir, vol 1, hlm 306; Baihaqi di dalam kitab Dala'il Al Nubuwwah; dikemukakan oleh Al Mundziri di dalam kitab at Targhib wa at Tarhib, vol 1 hlm 273; disampaikan oleh al Haithami di dalam Majma' Az Zawaid, vol 2 hlmn 279; dan dikemukakan juga oleh Al Mubarakuri di dalam Tuhfat al Ahwadzi, vol 10, hlmn 24)

Al 'Allamah Al Hafiz As Sayyid AbduLlah bin Shiddiq Al Ghumari berkata, cerita ini diriwayatkan oleh Baihaqi di dalam kitab Dala'il al Nubuwwah dari jalur riwayat Ya'aqub bin Sufyan radiyaLLahu 'anhu (menggunakan pola riwayat 'haddathana'), dari Ahmad bin Syabib, dari ayahku (Syabib), dari Rauh bin Qasim, dari Abu Ja'far al Khathmi, dari Umamah bin Sahl bin Hunaif, dari bapa saudaranya, Saidina Uthman bin Hunaif radiyaLlahu 'anhu, bahawa seorang lelaki berkali-kali datang kepada Saidina Uthman bin Affan RadiyaLlahu 'anhu lalu dia menyebutkan cerita itu selengkapnya.

Kemudian dia berkata, "Ya'qub bin Sufyan adalah al Nasawi seorang hafizh, imam dan tokoh thiqah, bahkan ia lebih thiqah dan hadith ini sanadnya sohih." Maka, cerita ini sangat sohih. Selaras di dalam menyatakannya sohih juga al Hafizh Al Mundziri di dalam kitab "Al TArghib wa al Tarhib", vol 3, hlmn 606 dan Al Hafizh Al Haithami dalam kitab Majma' az Zawaid, vol III hlm 379 (Al Allamah As Sayyid AbduLLah bin Shiddiq al Ghumari, Irgham Al Mubtadi', Al Ghabi, hlm 6)

Cerita ini adalah dalil yang menunjukkan apa yang ditunjukkan oleh hadith disertai dengan penutupan pintu atas orang yang mencuba menghukum bahawa hadith ini khusus pada waktu Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam hidup, dan tidak ada dalil yang mengkhususkan sebagaimana telah kami sebutkan. Akan tetapi, hal itu telah menguatkan kekukuhan dan mendukung kebenaran. Insya ALlah.

Jawapan Mengenai Tawassul Bab 2

Dalil hadith :

1. Diriwayatkan dari Saidina Uthman bin Hunaif radiyaLlahu anhu bahawa seorang lelaki yang rosak penglihatannya (buta) datang kepada Nabi, dia berkata,
"Berdoalah kepada ALlah semoga Dia menyembuhkanku". Baginda menjawab "Jika kamu mahu, aku doakan. Sekiranya kamu mahu bersabar, kamu bersabar. Maka itu lebih baik bagimu." Dia berkata, "Doakanlah kepada ALlah subahanahu wa ta;ala". Lalu baginda memerintahkan kepadanya untuk berwudhuk, benar-benar di dalam melakukan wudhuk dan berdoa dengan doa ini.

Ya ALlah, aku memohon kepadaMu dan bertawajjuh (menghadapkan diri) kepadaMu dengan Nabi kami, Nabi rahmat Ya RasuluLlah, aku bertawajjuh denganmu (sebagai wasilah) kepada Tuhanku pada hajatku ini semoga diperkenankan untukku. Ya ALlah, berilah syafaat baginya padaku


(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 4 hlmn 138; Tirmidzi, Sunan Tirmidzi vol 5. hlmn 569 dan dia berkata, "ini hadith hasan lagi sahih; Nasa'i, as Sunan al Kubra, vol 6 hlmn 169; Nasai Amal al Yaum al Lailah, vol 1 hlmn 417; Ibnu Majah. Sunan Ibnu Majah, vol I hlmn 441: Hakim, Al Mustadrak, vol I, hlmn 458 dan vol I hlmn 707, Al Mu'jam AsShagir, vol I, hlmn 306, Al Mu'jam al Awsath, vol 2, hlmn 105; dan Thobrani, al Mu'jam al Kabir, vol 9, hlmn 30)

Hadith ini dinyatakan sahih oleh Hakim dan Tirmidzi. Kami tidak mengetahui ada seseorang yang menyatakan dhoif. Hadith ini merupakan dalil Sunnah dan dianjurkan ungkapan ini di dalam doa-doa bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam mengajarkannya kepada salah seorang sahabatnya. Dan ALlah menampakkan mukjizat Nabi-Nya bahawa Dia memperkenankan doa orang buta tersebut di tempat itu juga.

Pada hakikatnya kami tidak perlu mengemukakan lingkungan cerita hadith ini yang terjadi pada masa Saidina Uthman bin Affan radiyaLLahu 'anhu kecuali bahawa kita memerlukannya untuk mengambil dalil atas bolehnya berdoa dengan bentuk ungkapan ini setelah wafatnya Nabi dari kehidupan dunia. Apabila RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah mengajarkan kepada salah seorang sahabatnya suatu bentuk ungkapan doa, dan sampai kepada kita dalam riwayat dan sanad yang sahih, maka itu menunjukkan atas sunnah dan dianjurkannua berdoa dengan menggunakan bentuk ungkapan itu dalam setiap waktu sampai ALlah mewarisi bumi dan orang-orang yang ada di atasnya. (Mewarisi bumi adalah ungkapan al Quran. Maksudnya, sampai alam semesta dan segala isinya ini hancur dan hanya ALlah sahaja yang kekal).

Menanggapi hal ini, Imam Syaukani berkata :
"Dalam hadith ini terkandung dalil yang menunjukkan bahawa bolehnya bertawassul dengan RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam kepada ALlah subhanahuwa ta'ala disertai dengan keyakinan bahawa, yang melakukan sebenarnya adalah ALLah. Dialah yang Maha Memberi dan Maha Menghalangi, Apa yang Dia kehendaki pasti terjadi dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti tidak akan terjadi."


Disebabkan oleh tidak adanya makna-makna usul (prinsip-prinsip usul fiqh) pada benak hati kebanyakan orang pada masa itu, kami harus mengemukakan cerita yang melingkupi munculnya periwayatan hadith tersebut. Dengan kisah ini, jelaslah bahawa salah seorang sahabat radiyaLlahu 'anhu yang agung pernah memberikan arakan kepada seseorang yang mempunyai hajat dan mengajarkan doa ini kepadanya. Ini juga telah terjadi setelah Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam wafat. Kisah daripada hadith ini kami kemukakan pada hujah kedua berikut.

Jawapan Mengenai Tawassul Bab 1

Soalan :

Apakah boleh bertawassul dengan Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam di dalam doa setelah wafatnya Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam?

Jawapan :

Makna tawassul banyak disalahfahami di dalam Islam pada masa kita sekarang, sehingga hal ini memaksa kita untuk melihat kembali makna dasar tawassul secara bahasa dan maknanya secara syariat sebelum berbicara tentang hukum tawassul dengan Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam.

Makna Wasilah secara bahasa dan syariah :

Kata wasilah dari segi bahasa


Martabat atau kedudukan di sisi raja. Ia juga bermakna darjat, pangkat dan juga kedekatan. Jika seseorang bertawassul kepada ALlah subahanahu wa ta'ala dengan suatu wasilah, maka ertinya dia melakukan suatu amalan yang mendekatkan dirinya kepada ALlah subahanahu wa ta'ala. Perkataan Al Wasil bermaksud orang yang berhasrat kepada ALlah subahanahu wa ta'ala.

Makna wasilah secara syariat :


Maknaya tidak keluar jauh dari bahasa sebab urusan utama kehidupan muslim adalah bagaimana mendekatkan diri kepada ALlah subahanahu wa ta'ala mencapai keredhaan dan memperoleh pahala dariNya. Rahmat ALlah subahanahu wa ta'ala adalah Dia telah menetapkan bagi kita seluruh ibadah sebagai pintu mendekatkan diri kepadaNya. Maka orang Islam sentiasa mendekatkan diri kepada ALlah dengan pelbagai jenis ibadah yang telah disyariatkan oleh ALlah subahanhu wa ta'ala.

Ketika seorang Muslim melaksanakan solat. sesungguhnya ia sedang mendekatkan diri kepada ALlah subahanahu wa ta'ala dengan solat iaitu bertawassul kepada ALlah dengan solat ini. Oleh itu, kandungan al Quran seluruhnya memerintahkan kepada kita untuk berwasilah (mendekatkan diri) kepada ALlah subahanahu wa ta'ala.

ALlah menyebutkan kata wasilah di dalam kitab suciNya yang mulia di dalam 2 ayat. Pada ayat pertama ALlah menunrunkan perintah melakukannya. ALlah berfirman yang bererti :

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada ALlah subahanahu wata'ala dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya (Al Maidah :35)


Pada ayat yang kedua, ALlah memuji orang-orang yang bertawasul kepadaNya dalam doa seruan mereka. ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman yang bererti :

Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan (wasilah) kepada Tuhan mereka, siapakah di antara mereka yang lebih dekat (kepada ALlah) dan mengharapkan rahmatNya dan takut akan azabNya. Sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang amat (harus) ditakuti" (Al Isra' : 57)

Empat mazhab feqah besar sepakat di atas bolehnya bertawassul dengan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bahkan menegaskan anjuran terhadap hal itu dan tidak membezakannya apakah dilakukan pada saat Baginda hidup atau setelah Baginda wafat.

Tidak ada yang berpandangan ganjil (berbeza) dari pendapat ini kecuali Ibnu Taimiyyah yang membezakan antara tawassul dengan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam pada saat masih hidup dan setelah Baginda wafat. Oleh itu, kami tetap mengajak umat Islam berpegang teguh dengan kesepakatan pendapat para imam yang merupakan tokoh-tokoh umat ini,

Selasa, 27 Januari 2009

Antara Nama-nama Besar Ulamak Asya'irah

Antara Nama-nama Besar Ulama’ Al-Asya’irah

Antara Ulama’-Ulama’ dalam Bidang Aqidah yang Bermazhab Al-Asya’irah

Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari, pengarang kitab Al-Luma’ dan Maqolat Islamiyyin

Imam Al-Baqillani (405H)

Abu Ishaq Al-Isfarayini (418 H)

Imam Ishaq As-Syirazi (476 H)

Imam Al-Juwaini

Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini (478 H), pengarang kitab An-Nizomiyah

Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali r.a. pengarang kitab Al-Iqtisod fi Al-I’tiqod (505 H)

Imam Ibn ‘Asakir (576 H), pengarang kitab tabiyiin Kazb Al-Muftari

Imam As-Syahristani (548 H)

Imam Fakhruddin Ar-Razi pengarang kitab Asas At-Taqdis (606 H)

Imam Al-Allamah Al-Amadi (631 H)

Imam Al-Iji (756 H)

Imam Sa’ad At-Taftazani (793 H) pengarang kitab syarh Al-Maqosid

Imam As-Syarif Al-Jurjani (816 H)

Imam Abu Mansur At-Tamimi

Imam Nas Al-Maqdisi

Imam Al-Farawi

Imam Abu Al-Walid Al-Baji

Imam Al-Bahili

Imam Sultonul Ulama’ Izz ibn Abdis Salam

Imam HibbatulLah Al-Makki

Imam Al-Baijuri

Antara Mufassir-mufassir Bermazhab Al-Asy’ari

Imam Al-Mufassir Al-Allamah Al-Qurtubi r.a.

Imam Al-Mufassir Ibn Kathir (rujuk buku tobaqot As-Syafi’iyyah Al-Kubra 10/200 karangan Imam As-Subki, Ad-Durar Al-Kamin 1/85 karangan Ibn Hajar dan sebagainya)

Imam Al-Mufassir Ibn ‘Athiyyah Al-Andalusi r.a., pengarang kitab tafsir Al-Muharrar Al-Wajiz

Imam Al-Mufassir Abu Hayyan Al-Andalusi r.a., pengarang kitab Al-Bahr Al-Muhith.

Imam Al-Mufassir Fakhruddin Ar-Razi r.a., pengarang kitab tafsir mafatih Al-Ghaib

Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Al-Buhgowi, pengarang kitab tafsir Al-Bughowi dan kitab Syarh As-Sunnah.

Imam Al-Mufassir Abu Al-Laith As-Samarqandi r.a., pengarang kitab tafsir Bahr Al-Ulum, kitab bustanul Arifin dan tanbih Al-Ghafilin.

Imam Al-Mufassir Abu Al-Hasan Ali An-Naisaburi pengarang kitab asbab An-Nuzul.

Imam Al-Mufassir Abu At-Thana’ Syihabuddin Al-Alusi Al-Husaini Al-Hasani r.a.

Imam Al-Mufassir At-Thamin Al-Halabi r.a., pengarang kitab tafsir Ad-Durr Al-Mashun.

Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuti r.a., pengarang kitab tafsir Ad-Durr Al-Manthur.

Al-Imam Al-Khotib As-Syirbini r.a., pengarang kitab tafsir As-Siraj Al-Munir.

Imam Al-Allamah At-Thohir bin Asyur, pengarang kitab At-Tahrir wa At-Tanwir

Imam Az-Zarkasyi

Imam Mutawalli As-Sya’rawi r.a.

Ulama’-ulama’ Muhaddithin (hadith) yang bermazhab Al-Asya’irah

Imam Al-Hafiz Abu Al-Hasan Ad-Darqutni r.a.

Imam Al-Hafiz Abu Nu’aim Al-Ashbahani r.a., pengarang kitab hilyatul Auliya’

Imam Al-Hafiz Al-Hakim An-Naisaburi, pengarang kitab Mustadrak

Imam Al-Hafiz Ibn Hibban, pengarang kitab At-Thiqat

Imam Al-Hafiz Abu Sa’id Ibn As-Sam’ani r.a., pengarang kitab Al-Inshof

Imam Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi r.a., pengarang kitab-kitab hadith dan kitab Al-Asma’ wa As-Sifat.

Imam Al-Khatib Al-Baghdadi

Imam Al-Hafiz Muhyiddin Yahya bin Syarf An-Nawawi r.a., pengarang kitab syarh sahih muslim dan banyak lagi.

Sheikhul Islam Imam Al-Hafiz Abu Amr bin As-Solah

Imam Al-Hafiz Ibn Daqiq Al-‘Aid

Imam Al-Hafiz Ibn Abi Jamrah Al-Andalusi, musnid Ahlul Maghrib

Imam Al-Hafiz Al-Karmani, pengarang syarah sahih Al-Bukhari

Imam Al-Hafiz Al-Munziri, pengarang At-Targhib wa At-Taqrib

Imam Al-Hafiz Al-Abi, pensyarah sahih Muslim

Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqolani, pengarang fahtul Bari dan sebagainya.

Imam Al-Hafiz As-Sakhowi r.a.

Imam Al-Qostollani r.a. pengarang Irsyad As-Sariy

Imam Al-Hafiz Al-Munawi r.a..

Imam Al-Hafiz Ad-Dimyathi r.a.

Sheikh Al-Hafiz Waliyullah Al-Dahlawi r.a.

Sheikh Abu Al-Mahasin Al-Qouquji

Sheikh Al-Hafiz Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari r.a..

Sheikh Al-Musnid Muhammad Al-Hafiz At-Tijani.

Sheikh Musnid Ad-Dunya, Sheikh Muhammad Yasiin Al-Fadani.

Sheikh Al-Musnid Abbas Al-Maliki

Antara Ulama’-ulama’ Sirah yang Bermazhab Al-Asy’ari

Imam Qadhi ‘Iyad, pengarang kitab As-Syifa fi syama’il wa ahwal Al-Mustofa

Imam As-Suhaili r.a., pengarang kitab Ar-Raudh Al-Unf

Sheikh Ibn Khaldun

Imam Ibn Athir r.a.

Imam As-Solihi Ad-Dimasqi, pengarang kitab Subulul Huda wa Ar-Rosyad

Sheikh Yusuf An-Nabhani r.a..

Antara Ulama’-ulama’ Fiqh yang Bermazhab Al-Asy’ari

Menurut Imam Tajuddin As-Subki, majoriti ulama’ mazhab As-Syafi’ie, Malikiyah, Hanafiyah dan Sebahagian ulama’ Hanabilah bermazhab Al-Asy’ari. Demikian diriwayatkan daripada Imam Izzuddin bin Abdil-Salam yang turut diakui oleh Imam Abu Amr ibn Hajib dan Jamaluddin Al-Husairi. (At-Tobaqot 3/365)

Namun, kita senaraikan antara fuqaha’ yang kuat mempertahankan mazhab Al-Asy’ari ini iaitu:

Imam Tajuddin As-Subki, pengarang kitab Al-Saif As-Saqil

Imam Sheikhul Islam Zakaria Al-Ansori r.a..

Imam Ar-Rafi’ie As-Syafi’e

Imam Ibn ‘Abidin

Imam Ibn Hajib.

Imam Al-Habib Abdullah bin ‘Alawi Al-Haddad r.a.

Imam ‘Alauddin Al-Bukhari

Imam Al-Baidhowi r.a.

Imam Az-Zabidi r.a.

Imam Al-Qorofi r.a.

Mufti Makkah Sheikh Ahmad Zaini Dahlan As-Syafi’e

Antara Ulama’-ulama’ Qiraat yang Bermazhab Al-Asy’ari

Imam Al-Qari’ Ibn Jazri

Imam As-Syatibi r.a.

Antara Pemimpin-pemimpin Islam yang Masyhur yang Bermazhab Al-Asy’ari

Sultan Salehuddin Al-Ayubi

Sultan Muhammad Al-Fateh

Dan ramai lagi para ulama’ Islam yang bermazhab Al-Asy’ari...



Semoga Allah s.w.t. memberkati mereka dan seluruh umat Islam... Amin

Sumber : Mukhlis 101

Ulamak -ulamak Asya'irah

Antara Peringkat Para Ulama’ Al-Asya’irah

Peringkat Pertama (Dari Kalangan Murid Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari)

Abu Abdullah bin Mujahid Al-Bashri

Abu Al-hasan Al-Bahili Al-Bashri

Abu Al-Hasan Bandar bin Al-Husein Al-Syirazi As-Sufi

Abu Muhammad At-Thobari Al-‘Iraqi

Abu Bakr Al-Qaffal As-Syasyi

Abu Sahl As-So’luki An-Naisaburi

Abu Yazid Al-Maruzi

Abu Abdillah bin Khafif As-Syirazi

Abu Bakr Al-Jurjani Al-Isma’ili

Abu Al-Hasan Abdul ‘Aziz At-Thobari

Abu Al-Hasan Ali At-Thobari

Abu Ja’far As-Sulami Al-Baghdadi

Abu Abdillah Al-Asfahani

Abu Muhammad Al-Qursyi Al-Zuhri

Abu Bakr Al-Bukhari Al-Audani

Abu Al-Manshur bin Hamsyad An-Naisaburi

Abu Al-Husein bin Sam’un Al-Baghdadi

Abu Abdul Rahman As-Syaruthi Al-Jurjani

Abu Ali Al-Faqih Al-Sarkhosyi

Peringkat Kedua

Abu Sa’ad bin Abi Bakr Al-Isma’ili Al-Jurjani

Abu Thayyib bin Abi Sahl As-So’luki An-Naisaburi

Abu Al-Hasan bin Daud Al-Muqri Al-Darani Ad-Dimasyqi

Al-Qodhi Abu Bakr bin At-Thoyyib bin Al-Baqillani

Abu ‘Ali Ad-Daqqaq An-Naisaburi (guru Imam Al-Qusyairi)

Al-Hakim Abu Abdillah bin Al-Bai’e An-Naisaburi

Abu Manshur bin Abi Bakr Al-Isma’ili

Al-Ustaz Abu Bakr Furak Al-Isfahani

Abu Sa’ad bin Uthman Al-Kharkusyi

Abu Umar Muhammad bin Al-Husein Al-Basthomi

Abu Al-Qasim bin Abi Amr Al-Bajli Al-Baghdadi

Abu Al-Hasan bin Maysazah Al-Isfahani

Abu Tholib bin Al-Muhtadi Al-Hasyimi

Abu Mu’ammar bin Abi Sa’ad Al-Jurjani

Abu Hazim Al-‘Abdawi An-Naisaburi

Al-Ustaz Abu Ishaq Al-Isfara’ini

Abu ‘Ali bin Syazan Al-Baghdadi

Abu Nu’aim Al-Hafiz Al-Isfahani

Abu Hamid Ahmad bin Muhammad Al-Istawa’ie Ad-Dalwi

Peringkat Ketiga

Abu Al-Hasan As-Sukri Al-Baghdadi

Abu Manshur Al-Ayyubi An-Naisaburi

Abu Muhammad Abdul Wahab Al-Baghdadi

Abu Al-Hasan An-Na’imi Al-Bashri

Abu Thohir bin Khurasah Ad-Dimasyqi

Al-Ustaz Abu Manshur An-Naisaburi

Abu Dzar Al-Haraqi Al-Hafiz

Abu Bakr Ad-Dimsyaqi (Ibn Al-Jurmi)

Abu Muhammad Al-Juwaini (ayahnda Imam Al-Haramain Al-Juwaini)

Abu Al-Qasim bin Abi Uthman Al-Hamdani

Abu Ja’far As-Samnani

Abu Hatim At-Thobari Al-Qozwini

Abu Al-Hasan Rasya bin Nazhif Al-Muqri

Abu Muhammad Al-Isfahani (Ibn Al-Laban)

Abu Al-Fath Salim bin Ayyub Al-Razi

Abu Abdillah Al-Khobazi Al-Muqri

Abu Al-Fadhl bin ‘Amrus Al-Baghdadi Al-Maliki

Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Isfarayini

Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi (empunya Al-Asma’ wa As-Sifat)

Peringkat Keempat

Abu Bakr Al-Khatib Al-Baghdadi

Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Qusyairi

Abu ‘Ali bin Abi Harishoh Al-Hamdani Ad-Dimasyqi

Abu Al-Muzhoffar Al-Isfara’ini

Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali As-Syirazi

Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini

Abu Al-Fath Nasr bin Ibrahim Ad-Dimasyqi

Abu Abdillah At-Thobari

Peringkat Kelima

Abu Al-Muzoffar Al-Khowafi

Al-Imam Abu Al-Hasan At-Thobari (Balika Al-Harrasi)

Hujjatul Islam Al-Imam Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali r.a.

Al-Imam Abu Bakr Al-Syasyi

Abu Al-Qashim Al-Anshori An-Naisaburi

Al-Imam Abu Nasr bin Abi Al-Qasim Al-Qusyairi

Al-Imam Abu ‘Ali Al-Hasan bin Sulaiman Al-Isbahani

Abu Sa’id As-ad bin Abi Nashr bin Al-Fadhl Al-‘Umri

Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Yahya Al-Uthmani Ad-Dibaji

Al-Qadhi Abu Al-‘Abbas Ahmad bin Salamah (Ibn Al-Ratbi)

Al-Imam Abu Abdillah Al-Farawi

Imam Abu Sa’ad Isma’il bin Ahmad An-Naisaburi Al-Karmani

Imam Abu Al-Hasan Al-Sulami Ad-Dimasyqi

Imam Abu Manshur Mahmud bin Ahmad Masyazah

Abu Al-Fath Muhammad bin Al-Fadhl bin Muhammad Al-Isfara’ini

Abu Al-Fath Nasrullah bin Muhammad Al-Mashishi

Peringkat Keenam

Al-Imam Fakhruddin Al-Razi (empunya At-Tafsir Al-Kabir dan Asas At-Taqdis)

Imam Saifullah Al-Amidi (empunya Abkar Al-Afkar)

Sulton Al-Ulama’ Izzuddin bin Abdil Salam

Sheikh Abu ‘Amr bin Al-Hajib

Sheikhul Islam Izzuddin Al-Hushairi Al-Hanafi (empunya At-Tahsil wal Hashil)

Al-Khasru Syahi

Peringkat Ketujuh

Sheikh Taqiyuddin Ibn Daqiq Al-‘Idd

Sheikh ‘Ala’uddin Al-Baji

Al-Imam Al-Walid Taqiyuddin Al-Subki (murid Sheikh Abdul Ghani An-Nablusi)

Sheikh Shofiyuddin Al-Hindi

Sheikh Shadruddin bin Al-Marhal

Sheikh Zainuddin

Sheikh Shodruddin Sulaiman Abdul Hakam Al-Maliki

Sheikh Syamsuddin Al-Hariri Al-Khatib

Sheikh Jamaluddin Az-Zamlakani

Sheikh Jamaluddin bin Jumlah

Sheikh Jamaluddin bin Jamil

Qodhi Al-Quddho Syamsuddin As-Saruji Al-Hanafi

Al-Qadhi Syamsuffin bin Al-Hariri

Al-Qodhi ‘Addhuddin Al-Iji As-Syirazi (empunya kitab Al-Mawaqif fi Ilm Al-Kalam)

Dan sebagainya… Nafa’anaLlahu bi ulumihim wa barakatihim.. amin…

(antara rujukan: Tabyiin Kizb Al-Muftari oleh Imam Ibn ‘Asakir, Marham Al-Ilal oleh Imam Al-Yafi’e, Tobaqot As-Syafi’iyyah Al-Kubra oleh Imam Tajuddin As-Subki, At-Tobaqot oleh Imam Al-Badr Husein Al-Ahdal dan sebagainya)

Sumber : Mukhlis 101

Ahad, 18 Januari 2009

Hukum Hakam Mengenai Lintah Bab 9 (Akhir)

PERBAHASAN KELIMA

LINTAH DALAM KOSMETIK[75] & KECANTIKAN

Perbahasan di sini adalah seumpama berikut;

1) Prinsip kecantikan dan perhiasan di dalam Islam

2) Produk kecantikan & Kosmetik daripada lintah

3) Hukum Berhias dan bersolek untuk lelaki dan wanita

4) Perhiasan untuk lelaki

5) Perhiasan untuk wanita

6) Perhiasan menggunakan Lintah

7) Kesimpulan perbahasan


Prinsip kecantikan dan hiasan di dalam Islam

Perhiasan ialah “nama bagi setiap sesuatu yang digunakan insan untuk berhias dengannya pada tubuh, tempat, tunggangan dan selainnya”[76].

Islam telah menerangkan prinsip kewajipan memelihara tubuh, ruh dan diri kepada seluruh penganutnya. Prinsip ini yang memberikan kebenaran kepada umat Islam untuk mempercantik dan memperelok pada semua sudut kehidupannya. Lebih-lebih lagi kecantikan tubuh badan sehinggakan ia merupakan sebahagian daripada keimanan. Perbuatan tersebut merupakan perbuatan terpuji kepada lelaki mahupun wanita dengan syarat sederhana dan niat yang betul. Firman Allah Taala[77];

قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) Dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.

Sabda Nabi sebagaimana at-Tobrani meriwayatkan di dalam al-Mu’jam al-Kabir;

عَنِ ابْنِ عُمَرَ , قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ J:إِنَّ مِنْ كَرَامَةِ الْمُؤْمِنِ عَلَى اللَّهِ نَقَاءَ ثَوْبِهِ , وَرِضَاهُ بِالْيَسِيرِ.

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar berkata. Bersabda Nabi J: Sesungguhnya di antara kemuliaan Mukmin kepada Allah (tanda memuliakan Allah), bersih pakaiannya dan redho dengan yang sedikit.

Pesanan baginda kepada sekelompok daripada sahabat di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ahmad, Hakim dan Baihaqi;

إِنَّكُمْ قَادِمُونَ عَلَى إِخْوَانِكُمْ فَأَصْلِحُوا رِحَالَكُمْ وَأَصْلِحُوا لِبَاسَكُمْ حَتَّى تَكُونُوا كَأَنَّكُمْ شَامَةٌ فِي النَّاسِ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفُحْشَ وَلَا التَّفَحُّشَ

Maksudnya: Sesungguhnya akan kamu masuk bertemu saudara kamu, maka indahkan kenderaan kamu, elokkan pakaian kamu sehingga kamu seperti tahi lalat (jelas terlihat) di hadapan orang ramai. Sesungguhnya Allah tidak menyukai dosa-dosa pada perbuatan dan perkataan dan sengaja melakukan dosa.

Maka daripada ini, segala sesuatu yang menjadikan seorang mukmin atau mukminah di dalam sebaik-baik sifat, sebaik-baik keadaan, waras pemikirannya, murni dan indah akhlak dan peribadinya merupakan tanda dan cara untuk memuliakan Allah Taala.

Produk kecantikan & Kosmetik daripada lintah

Terdapat kosmetik dan alat kecantikan yang menggunakan Hirudin (bahan dalam saliva lintah). Hirudin ini kebanyakannya terkandung di dalam losen kulit. Namun, selalunya losen ini adalah untuk penggunaan klinikal, bukan sekadar losen kecantikan. Losen ini bertindak membaiki kulit lebih-lebih lagi selepas pembedahan atau kemalangan. Disebabkan kehebatan bahan dari lintah pada reaksi kulit, kebanyakan kosmetik dihasilkan adalah untuk PENJAGAAN KULIT.

Bahan yang terkandung di dalam lintah yang boleh digunakan sebagai alat kecantikan dan kosmetik;

1) Have humidifying properties;(melembapkan kulit)

2) Soften skin;(melembutkan kulit)

3) Increase elasticity of skin;(meningkatkan keanjalan kulit)

4) Reduce depth of wrinkles;(mengurangkan kedutan)

5) Reduce sensitivity of skin to external factors (protective properties); (mengurangkan sensitiviti kulit)

6) Supply skin and saturate it necessary BAS;(bekalan bahan semula jadi kulit)

7) Eliminate effect of retraction of skin;(Mengelakkan rekahan kulit)

8) Eliminate a greasy brightness of skin;(mengelakkan tompokan putih di kulit)

9) Clear skin;(membersihkan kulit)

10) Hinder pigmentation of skin;(mengurangkan pigmentasi)

11) Decelerate aging of skin (anti-age);(anti penuaan)

12) Stimulate exchange of substances in skin;(Meningkatkan kadar pertukaran bahan biologi kulit)

13) Improve microcirculation of blood in capillary system of skin.(Meningkatkan kualiti salur darah kulit)

Dari sini membuktikan bahan yang terkandung di dalam lintah sesuai untuk dijadikan alat solek, kosmetik dan kecantikan.

Hukum Berhias dan bersolek untuk lelaki dan wanita

Sabda baginda di dalam hadis-hadis terlalu banyak yang menuntut lelaki dan perempuan supaya menghiasi diri dan menjaga tubuh yang dianugerahkan oleh Allah dengan sebaiknya. Menghiasi diri salah satu corak ibadat yang boleh dilakukan jika disertai niat kerana Allah. Sabda baginda sebagaimana Aisyah[78] meriwayatkan;

Maksudnya: Sabda Nabi : Sepuluh perkara daripada fitrah; Memotong misai, melebatkan janggut (memuliakan rambut), bersiwak, membersihkan lubang hidung, memotong kuku, membasuh celah-celah jari kaki, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, beristinjak. Berkata Zakaria: Berkata Musa’b: Aku lupa yang kesepuluh, aku merasakan ia berkumur-kumur.

Pada riwayat lain ada disebutkan berkhatan, berwangian, inai uban, bercelak dan berkahwin.

Juga terdapat hadis-hadis yang lain berkenaan wanita memakai sutera dan alak perhiasan seumpama gelang, rantai dan subang dan lelaki memakai cincin.

Sebahagian Ulama mentafsirkan fitrah di sini ialah persediaan untuk menerima kebenaran dan melarikan diri daripada kebatilan. Sebagai contoh, seseorang yang tidak pernah mengenal apa itu oren. Nescaya dia akan merasa senang dan minta menambah. Begitu juga seseorang yang tidak pernah mengenal rokok. Kali pertama tercium nescaya terbatuk dan susah bernafas. Jika fitrahnya telah rosak, nescaya benda yang manis pada manusia yg sempurna tabiinya dirasakan pahit. Rokok yang menyempitkan dada dirasakan biasa. Percampuran lelaki perempuan yang melemaskan dirasakan tidak ada masalah. [79]

Juga terdapat hadis-hadis yang melarang perhiasan yang melanggar fitrah dan tabii normal seorang Muslim. Seumpama memakai rantai, cincin emas dan sutera bagi lelaki, bertatu bagi lelaki dan wanita dan sebagainya.

Maka daripada hadis ini dapat difahami bahawa berhias dan membersihkan diri merupakan mukadimah kepada kesempurnaan jasad dan jiwa bagi seorang manusia. Ia merupakan salah satu gerbang menuju keredhoan Allah.

Perhiasan daripada lintah

Setelah mendapati saliva lintah sangatlah hebat, saintis hendak menggunakannya dalam banyak bahan ubat dan kosmetik. Malangnya, bukan mudah utk mengekstrak saliva iti. Oleh itu, mereka telah mencipta bahan yang dipanggil HMI-bahan yang mirip dgn saliva lintah. Mereka telah mengkaji dos yang terbaik yang paling kurang mendapatkan alahan pada manusia dan kesan yang paling baik yang boleh diberikan oleh dos.

Oleh itu,boleh disimpulkan, dalam bahan kosmetik ada yang mengandungi ekstrak saliva lintah dan ada juga yg berasaskan bahan kimia yang dicipta menyerupai ciri-ciri kimia saliva lintah(HMI) kerana kurangkan bekalan lintah dan proses yang menelan belanja yang besar.

Bahan kosmetik yang diperbuat daripada lintah yang pernah dihasilkan adalah seperti pelembap bibir, lembapan badan, skin masker form, veil for hair streghthen, krim bawah mata, tonik pencuci, losen badan, minyak sapuan kulit, tonik kulit, tonik rambut dan mosturizer muka.

Daripada segala perbahasan yang lalu, penggunaan lintah di dalam kosmetik dan kecantikan ada kaitannya dengan penggunaan lintah di dalam perubatan. Sila rujuk pada perbahasan yang lalu. Walaupun begitu penggunaan lintah demi tujuan kosmetik semata-mata tidak menjadi halangan pada pandangan syarak. Allahu A’lam

Kesimpulan Perbahasan

1) Syarak menggesa ke arah perhiasan bagi lelaki dan wanita

2) Harus menggunakan lintah di dalam kosmetik dan alat solek


Rujukan

1) Tahzib al-Asma’ wa al-Luqhat. Imam Faqih Hafiz Abu Zakaria Muhyiddin bin Syaraf an-Nawawi. Cetakan Dar an-Nafais. Tahqiq Syeikh Ali Muhammad Mua’wwad dan Syiekh Adil Ahmad Abdul Maujud. Cetakan pertama 1426 H – 2005 M

2) Hayah al-Hayawan al-Kubra. Syeikh Kamaluddin ad-Dumairi. Cetakan Darul Makrifah, beirut. Cetakan pertama 1427 H – 2006 M.

3) Raddul Muhtar a’la ad-Durri al-Mukhtar Hasyiah Ibn Abidin. Muhammad Amin bin Umar Abidin. Cetakan khas Dar A’lim Al-Kutub 1423 H – 2003 M

4) Lisan al-Arab. Ibn Manzur. Cetakan Dar al-Ma’rif

5) Hawasyai Syeikh Abd Hamid as-Syarwani wa Syeikh Ahmad bin Qasim al-Abadi a’la tuhfah al-Muhtaj. Cetakan Darul Fikr 1418 H – 1997 M

6) Nihayah al-Muhtaj Ila Syar hal-Minhaj. Imam ar-Ramli al-Masri al-Ansari. Cetakan Dar Ihya’ at-Turath al-Arabi Beirut. Cetakan Pertama 1426 H – 2005 M.

7) Bijairimi a’la al-Khatib. Cetakan pertama Darul Fikr 1419 H – 1998 M.

8) Al-Mughni oleh Abdullah bin Ahmad bin Muhamad bin Qudamah al-Maqdisi (620H). Cetakan Darul Hadis 1425 H – 2004 M. Tahkik: Dr Muhammad Syarafudin Khattab dan Dr as-Sayid Muhammad as-Sayid

9) As-Syarh al-Kabir oleh Abd Rahman bin Muhammad bin Ahmad bin Qudamah al-Maqdisi (682 H). Cetakan Dar A’lim al-Kutub. Cetakan kedua 1426 H – 2005 M. Tahkik: Dr Abdullah bin Abd Muhsin at-Turki

10) Fiqh al-Qadaya at-Tibbiyah al-Muasarah. Karangan Prof Ali Muhyiddin al-Qarah Daghi dan Prof Ali Yusuf al-Muhammadi. Cetakan Dar al-Basyair cetakan pertama 1426 H – 2005 M.

11) Jamiul Ulum wa al-Hikam oleh Ibn Rejab al-Hanbali al-Baghdadi ad-Dimasyqi (795H). Cetakan ketiga Darul Hadis 1418 H – 1997 M.

12) Al-Jami’ li Ahkam Al-Quran oleh Imam Al-Qurthubi. Darul Hadis 1423 H – 2002 M. Tahkik: Muhammad Ibrahim Al-Hifnawi dan Mahmud Hamid Osman.

13) Hasyiah Qalyubi dan Umairah. Cetakan Darul Fikr

14) Fath Al-Bari bi syarah Sahih Al-Bukhari oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani. Cetakan Darul al-Qhad al-Arabi

15) Nail al-Author oleh Al-Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad as-Shaukani. Tahkik: Anwar Baz. Cetakan Darul Wafa’. Cetakan Keempat 1429 H – 2008 M

16) Sahih Muslim bi Syarah an-Nawawi. Cetakan Ketiga Darul Hadis 1419 H – 1998 M.

17) Umdah al-Qari syarah Sahih al-Bukhari oleh Badruddin al-Aini. Cetakan Darul Fikr.

18) Fai dal-Qadir oleh Muhammad Abd Rauf al-Manawi. Cetakan Darul Kutub al-Ilmiah 1422 H - 2001 M.

19) At-Tibb an-Nabawi oleh Ibn Qayyim al-Jauzi. Cetakan Darul Fikr lubnan

20) Mausuah at-Tib An-Nabawi oleh Abu Nuaim al-asfahani. Cetakan pertama dar Ibn Hazm 1427 H – 2006 M.

21) Al-Mausuah at-Tibbiah al-Fiqhiyyah karangan Dr Ahmad Muhammad Kana’n. Cetakan Dar an-Nafais.

22) Hujjah Allah al-Balighah oleh Waliyullah ad-Dahlawi. Cetakan Maktabah Darul Turath, al-Qaherah.

23) Majalah Syariah wa Dirasat al-Islamiah bilangan 75 tahun 23. Dzulhijjah 1429 H – Disember 2008.

24) Musannaf Ibn Abi Syaibah

25) Al-Muqni’ (المقنع) Oleh Abdullah bin Qudamah al-Maqdisi. Cetakan Dar A’lim al-Kutub. Cetakan kedua 1426 H – 2005 M. Tahkik: Dr Abdullah bin Abd Muhsin at-Turki

26) Al-Insof oleh Ali bin Sulaiman al-Mardawi. Cetakan Dar A’lim al-Kutub. Cetakan kedua 1426 H – 2005 M. Tahkik: Dr Abdullah bin Abd Muhsin at-Turki

27) Mukhtar as-Sihah

[1] Ad-Dumairi. Hayah al-Hayawan al-Kubra (3/221), al-Manawi, Faid al-Qadir (3/660)

[2] An-Nawawi, Tahzib al-Asma’ wa al-Luqhat (2/311)

[3] An-Nawawi, Tahzib al-Asma’ wa al-Luqhat (2/309), Umdah al-Qari fi syarah Sahih al-Bukhari (5/453)

[4] Ibn Athir, an-Nihayah fi Qharib al-Hadis wa al-Athar (637)

[5] Ibn Abi Syaibah, Musannaf Ibn Abi Syaibah (5/424)

[6] Kamus Dewan Edisi 4

[7] Kamus Dewan Edisi 4

[8] Pigmen darah yang terbentuk melalui penguraian hemoglobin dan boleh diturunkan kepada hem.

[9] March 25, 2008-bernama

[10] Kamus Dewan Edisi Keempat. Kata dasar: ternak

[11] Firman Allah surah Al-An’am: 142;



وَمِنَ الأنْعَامِ حَمُولَةً وَفَرْشًا كُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ وَلا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Maksudnya: Dan di antara binatang-binatang ternak itu, ada yang dijadikan untuk pengangkutan, dan ada yang untuk disembelih. makanlah dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

[12] Yusuf: 12

[13] Qiraat Al-A’la bin Siyabah: Dikasrahkan “ain” dan didomahkan “ba”

[14] Al-Qurthubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran (5/128)

[15] Al-Alusi, Ruh al-Maa’ni pada tafsir ayat tersebut.

[16] Al-Qasas: 23

[17] As-Soffat: 107

[18] Al-Qurthubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran

[19] Hadis no 2262

[20] Al-An’am: 38

[21] Seumpama anjing.

[22] Seumpama burung tiong

[23] Seumpama burung merak atau kucing

[24] Fath al-Bari (9/572)

[25] Nail al-Author (5/155)

[26] Hasyiah Qalyubi & Umairah (4/95)

[27] Al-Maidah: 4

[28] Tafsir al-Khazin

[29] Hadis no 3315

[30] Lihat perbahasan panjang lebar Ibn Hajar, Fathu al-Bari pada hadis no 1826, 1827, 1828, 1829, 1830 dan 1831

[31] Yunus: 26

[32] Al-Baqarah: 195

[33] Ar-Rahman: 60

[34] Al-Qhafir: 64

[35] As-Sajdah: 7

[36] Syua’bul Iman. Hadis no 5080

[37] Lihat tambahan syarahan oleh Imam al-Manawi berkenaan hadis tersebut di dalam Faidhul al-Qadir

[38] Toha: 81

[39] Ibn Hajar, Al-Matalib al-A’liyah (4/267). Al-Baihaqi, Syua’bul Iman (12/4)

[40] Definisi al-Hasyarat mengikut Ulama Syafieyah. Mughni al-Muhtaj (2/12)

[41] Muwatta’. Kitab al-Aqdiyah

[42] Dibuat tempat tadahan air daripada sungai besar.

[43] Berkata Syeikh ad-Dumairi: Yarbu’: Binatang yang kaki hadapan terlalu pendek dan kaki belakang panjang serta mempunyai ekor. Warna tubuhnya seperti kijang. Berkata al-Jahiz dan al-Qizwini: Yarbuk dari spesies tikus. Lihat: Hayah al-Hayawan al-Kubra (4/594)

[44] Berkata Syeikh ad-Dumairi: Dhob: Haiwan darat seperti biawak benggala. Dhob tidak minum air dan hidup selama 700 tahun dan lebih. Berkata Abdul Qahir: Dhob binatang melata kecil yang seumpama anak buaya. Ekor dhob seperti ekor buaya. Berkata Abu Hanifah: Lidah dhob seperti ular. Mempunyai satu lidah tapi bercabang dua. (3/117-118)

[45] Durrul al-Mukhtar (7/259)

[46] Cacing/ulat qirmiz digunakan sebagai pewarna. Ia merupakan cacing merah yang selalu terdapat pada pokok oak pada sesetengah Negara. Mempunyai cangkerang seumpama siput babi.

Di dalam lisan Arab menyebut: “Ia merupakan pewarna bangsa Armenian berwarna merah. Ia merupakan perahan cacing di dalam cawan-cawan mereka”.

Apa yang makruf di sisi fuqaha cacing ini dibunuh dengan cara dimatikan di dalam cawan atau diletakkan cuka ke atasnya sehingga mati. Di sini punca perselisihan fuqaha sama ada ia bangkai atau tidak.

[47] Muhammad Amin bin Umar Abidin, Hasyiah Ibn Abidin (7/259)

[48]Al-Majmuk (9/241)

[49] Tuhfah al-Muhtaj (4/262), Nihayah al-Muhtaj (3/350)

[50] Syeikh Atiah al-Ajhuri

[51] Hasyiah al-Bujairimi a’la al-Khatib (3/11)

[52] Bintik-bintik perang kehitam-hitaman pada kulit (biasanya pada muka) kerana kena cahaya matahari, tetua. Kamus Dewan Edisi Keempat.

[53] Al-Mughni (5/629), as-Syarhu al-Kabir (11/28)

[54] Ibn Muflih, Al-Furuk (6/207)

[55] Jamiul Ulum wa al-Hikam (528)

[56] Hirudo merupakan bahasa Latin yang membawa maksud lintah.

[57] Al-Mu’jam al-Kabir li at-Tobrani

[58] Al-Mu’jam al-Kabir At-Tabrani

[59] (الحجامة)/ Cupping: Mengeluarkan darah dari tubuh dengan menoreh kulit. (الفصادة)/ Phlebotomy: Menoreh urat untuk mengeluarkan darah. Terdapat perbezaan di antara keduanya.

Berkata Ibn Qayyim: “Keduanya berbeza mengikut masa, tempat, usia dan emosi. Negara panas, waktu panas dan emosi yang kurang baik iaitu darah tuan tubuh berada di kemuncak, maka hijamah lebih memberi manfaat daripada fasod...”: at-Tibb an-Nabawi m/s 39

[60] Sahih Muslim bi Syarah an-Nawawi (7/453)

[61] Umdah Al-Qari (14/670)

[62] Iaitu dengan cara berbaring secara menelentang dan kepala mendongak. Dititikkan air atau minyak yang terdapat ubat sehingga sampai ke kepala untuk mengeluarkan penyakit dengan cara bersin.

[63] Iaitu dimasukkan ubat melalui tepi mulut pesakit dengan cara menuangkannya atau dengan dimasukkan jari dan digosok-gosok. Faedah cara begini sebagaimana ucapan al-Khattabi:

1) Keadaan pesakit yang tidak mampu makan ubat kecuali dengan cara sebegini.

2) Minum ubat dengan cara sebegitu lebih berjaya, bermanfaat, mudah dan sesuai. Doktor memerintahkan untuk dibuat sebegitu kerana dia lebih tahu mengenai ubat mana yang perlu diambil dan cara menggunakannya.

[64] Ibn Athir, an-Nihayah

[65] Al-Baqarah: 172 dan173

[66] Olahan dan adaptasi kembali daripada ucapan Waliyullah ad-Dahlawi di dalam Hujjah Allah al-Balighah (2/178,179)

[67] Al-Ana’m: 38

[68] Al-A’raf: 157

[69] Al-Maidah: 4

[70] Ad-Dumairi. Hayah al-Hayawan al-Kubra (3/224)

[71] Ibn Taimiyyah, majmuk al-Fatawa

[72] Jika ingin dalil dan hujah yang lebih konkrit sebab ulama mempertahankan pendapat ini. Sila rujuk kitab Fathu al-Qadir oleh Kamal Humam, Mawahib al-Jalil, Majmuk al-Fatawa, Al-Muhalla, al-Insof.

[73] Lihat penjelasan Prof Ali Muhyidin al-Qarah dhaqi di dalam Fiqh Qadaya Tibbiyyah al-muasarah.

[74] Nadwah Fiqhiyyah at-Tibbiyah ke 9 di Yaman.

[75] Kosmetik: Solek (untuk mencantikkan rupa orang perempuan)

Perhiasan: Sesuatu yang digunakan utk berhias atau menghias.

Daripada definisi ini menunjukkan perhiasan memberikan erti yang lebih luas dan lengkap berbanding alat solek atau kosmetik. Maka perbahasan di sini akan menjadikan “perhiasan” sebagai paksi.

[76] Mukhtar as-Sihah

[77] Al-A’raf: 32

[78] Sahih Muslim, Tarmidzi, Ahmad, Musannaf Ibn Abi Syaibah, Abu Daud dan Nasaie.

[79] Lihat: An-Nawawi syarah Muslim dan syarah al-Muwatta’

Sumber : E Feqh Mymkkk.Org

Hukum Hakam Mengenai Lintah Bab 8

PERBAHASAN KEEMPAT

LINTAH DALAM PEMAKANAN


Perbahasan di sini adalah seumpama berikut;

1) Makanan dan Minuman di dalam Islam

2) Khasiat yang diperoleh daripada lintah

3) Produk Lintah yang dihasilkan

4) Hukum Memakan Lintah (Pendapat Fuqaha)

5) Binatang yang boleh dimakan

6) Memakan Lintah yang berubah unsur

7) Kesimpulan Perbahasan



Makanan dan Minuman di dalam Islam

1) Firman Allah Taala[65]:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ .إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلا عَادٍ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Semua manusia di mana-mana sahaja bersepakat mengenai kewajipan memelihara tatacara pemakanan, minuman, berpakaian dan lain-lain lagi yang menjadi satu fitrah kepada manusia dalam mengaturnya. Bagi setiap individu ada makanan yang dimakannya dan ada yang perlu ditinggalkannya. Setiap kelompok masyarakat mempunyai cara tersendiri untuk menilai makanan dan minuman yang memberi manfaat dan membawa kemudaratan kepada mereka. Ada yang menjadikan agama masing-masing sebagai penilai, ada yang menjadikan pengalaman dan kajian, ada yang menjadikan perubatan dan bermacam-macam lagi penilai untuk mencapai matlamat masing-masing untuk mendapat makanan dan minuman yang baik untuk kehidupan masing-masing.

Segala usaha dan penilaian yang menyibukkan ini akan menjadikan manusia melupai Allah sedikit atau banyak. Kesannya akan menyebabkan hati dicemari dengan kekotoran dan terputus hubungannya dengan Allah Taala. Racun yang memasuki hati ini wajib diubati. Oleh sebab itu maha bijaksana Allah apabila memerintahkan untuk mensyukuriNya selepas memperoleh segala makan minum yang diinginkan. Allah juga mengkhususkan makanan tertentu sahaja yang dibenarkan untuk dimanfaatkan oleh manusia kerana sebahagian daripada binatang-binatang yang dimakan akan memberi kesan kepada akhlak emosi seseorang insan. Perkara tersebut telah diakui oleh tokoh-tokoh perubatan sendiri mengenai akhlak manusia yang memakan khinzir, monyet dan sebagainya. Bagi orang yang beriman, penilaian yang diberikan oleh Allah dan Rasulnya merupakan penilaian yang paling tepat dan wajib untuk ditaati[66].

Oleh itu, peranan khalifah Allah yang dipertanggungjawab oleh Allah kepada manusia di muka bumi ini bukan hanya semata-mata urusan solat, puasa, haji, zakat dan seumpamanya yang merupakan ibadat itu sendiri akan tetapi menjadikan pelaksanaan setiap inci kehidupan di muka bumi Allah ini mengikut neraca yang Allah inginkan juga merupakan satu kewajipan. Jika hati dan dada kita diberi petunjuk untuk memahami dan menghayati isi dan ajaran Al-Quran itu sendiri. Maha benar apa yang Allah firmankan[67];

مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

Maksudnya: Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

Khasiat yang diperoleh daripada lintah

Kebanyakan minuman atau makanan yang dihasilkan melalui lintah adalah bertujuan khasiat kebatinan bagi mereka yang telah berumah tangga.

Produk Lintah (Contoh Malaysia)

1) Tapa Cafe

2) Minyak Lintah Tapa

3) DDslim

4) Tapa Teruna Juice

5) Ekstrak serbuk

6) Ekstrak serbuk

7) Ekstrak cecair


Hukum memakan lintah (Pendapat Ulama dan Fuqaha)

Perbahasan di sini dipecahkan kepada dua bahagian;



i) Haiwan yang boleh dimakan dan diharamkan

Para Fuqaha memberikan kaedah untuk menilai makanan yang diharamkan untuk dimakan oleh kaum Muslimin. Kaedah ini dikeluarkan daripada firman Allah dan sunah baginda Nabi ;

1) Makanan memberi mudarat kepada tubuh.

2) Memberi mudarat kepada akal.

3) Sesuatu yang jijik pada pertimbangan mereka yang sihat emosinya.

Berkata Ibn Qudamah: “Apa yang dikata elok oleh Arab maka ianya halal kerana firman Allah[68];

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ

Maksudnya: dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik

Iaitu apa yang dianggap baik dan elok oleh mereka selain daripada yang telah dihalalkan. Juga beralasan dengan dalil lain[69];

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang Dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik,

Jika Allah ingin maksudkan makanan yang telah dihalalkan, maka ayat ini tidak menjadi jawapan kepada persoalan.

Juga sesuatu yang dianggap jelik oleh Arab hukumnya haram. Berdasarkan firman Allah Taala;

وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: dan mengharamkan kepada mereka Segala benda yang buruk;

Mereka yang diiktiraf dan diguna pakai untuk diterima tanggapan baik dan jeliknya sesuatu ialah bangsa Arab Hijaz yang tinggal di kota. Ini kerana Al-Quran mula-mula diturunkan kepada mereka dan mula-mula mendapat mendengar hadis Nabi, maka dirujuk setiap ucapan Al-Quran dan Sunah kepada adat dan uruf mereka tidak selain mereka. Tidak boleh menilai perasaan Penduduk Hijaz yang tinggal di kampung-kampung kerana disebabkan darurat atau kelaparan mereka makan apa sahaja yang mereka temui”.

4) Benda-benda Najis

5) Daging binatang buas yang berkaki empat dan juga burung

6) Haiwan jinak yang mempunyai kuku. Seumpama keldai

7) Haiwan-haiwan yang dituntut oleh syarak untuk membunuhnya

Ini merupakan tujuh kaedah dalam menentukan sesuatu makanan halal dimakan atau tidak. Berhubung tentang hukum memakan lintah, Imam Dumairi berkata: “Haram memakan lintah”[70]

ii) Memakan lintah yang berubah unsur

Berubah Unsur (الاستحالة): “Perubahan sesuatu kepada sesuatu yang lain pada sudut hakikat atau sifatnya”. Contohnya arak yang bertukar menjadi cuka. Arak haram. Cuka halal.

Di dalam istilah ahli kimia: “Tindak balas kimia mengubah satu unsur kepada unsur yang lain”. Seumpama minyak dan lemak bertukar menjadi sabun.

Proses perubahan unsur ini boleh berlaku dalam lima keadaan;

1) Perubahan dari unsur dengan sendirinya. Seumpama arak menjadi cuka.

2) Larut di dalam bahan lain (الاستهلاك): Seumpama arak masuk ke dalam benda cecair yang lain. Unsur arak hilang sama sekali, terlarut di dalam cecair tersebut[71]. Jika seseorang meminum air tersebut, dia tidak dikatakan meminum arak.

3) Perubahan unsur dengan api. Contoh najis yang dibakar sehingga menjadi debu.

4) Perubahan disebabkan kelamaan atau bercampur dengan bahan-bahan lain. Contoh seperti najis binatang yang menjadi tanah.

5) Perubahan unsur dengan tindak balas kimia. Contoh seperti minyak najis dijadikan sabun, tulang bangkai dijadikan krim.

Di dalam situasi ini, maksud perubahan unsur ialah, lintah diproses dijadikan bahan di dalam makanan tertentu atau minuman tertentu.

Hukum Syarak mengenainya

Terdapat beberapa contoh yang dibawakan oleh Fuqaha berhubung perubahan unsur daripada haram kepada halal yang menjadi kesepakatan mereka. Contohnya;

i) Arak bertukar dengan sendirinya menjadi cuka

ii) Darah kijang menjadi kasturi

iii) Darah manusia bertukar menjadi susu ibu

iv) Kulit bangkai menjadi bersih dengan disamak dan lain-lain.

Terdapat beberapa perkara menjadi khilaf di kalangan fuqaha seumpama;


i) Asap dari najis itu bersih di sisi Hanafiah, tidak pada Syafieyah.

ii) Bangkai tikus, khinzir atau apa-apa binatang jatuh ke dalam garam dan menjadi garam. Halal di sisi Hanafiah tidak pada syafieyah.

iii) Minyak najis yang bertukar menjadi sabun. Bersih di sisi Hanafiah tidak pada syafieyah.

iv) Krim daripada bangkai binatang. Bersih pada kebanyakan fuqaha.

v) Susu daripada haiwan yang memakan najis. Bersih mengikut jumhur ulama kerana telah berlaku perubahan unsur dari makanan yang najis kepada darah kepada susu.

vi) Tanah yang najis dibuat tembikar atau bata.

Apa yang boleh disimpulkan di sini. Sesungguhnya terdapat perselisihan di kalangan Fuqaha berhubung perubahan unsur benda najis selain arak kepada unsur lain.

Hanafiah, Malikiah dan Ahmad pada satu riwayat: Benda-benda najis menjadi bersih dengan proses perubahan unsur.

Syafieyah, Ahmad pada pendapat terkuat dan Abu Yusuf: Benda-benda najis tidak akan menjadi bersih dengan proses perubahan unsur kecuali arak sahaja. Itu pun jika arak berubah menjadi cuka dengan sendirinya. Begitu juga pengecualian kepada kasturi dan darah menjadi susu.

Pendapat Terkuat[72] di dalam masalah ini adalah pendapat hanafiah. Ini kerana perkara ini bukan perkara ibadat akan tetapi perkara adat. Jika begitu segala hukum ada berputar pada paksi hakikat perkara tersebut sama ada masih mengekalkan unsur najis atau tidak[73].

Hujah yang dipegang di dalam mempertahankan pendapat tersebut;

i) Hadis riwayat at-Tirmizi berkenaan telaga al-Bidoa’h yang dilempar di dalamnya tuala haid wanita, anjing dan kotoran;

الْمَاء طَهُور لَا يُنَجِّسهُ شَيْء

Maksudnya: Air yang bersih, tidak suatu apa pun yang mampu menjadikannya najis.

Jika arak yang dikatakan sebagai ibu segala kotoran mampu menjadi bersih dengan perubahan unsur. Maka lebih patut dengan hukum tersebut kepada selain arak. Tidak menjadi masalah sama ada perubahan itu dengan sendirinya atau dengan faktor yang lain. Ini kerana hakikatnya telah berubah sama sekali.

Di dalam masalah lintah, hakikat perubahan unsur atau tidak wajib diserahkan kepada mereka yang berkeahlian dalam soal tersebut. Jika benar berlaku perubahan unsur dari lintah kepada makanan. Maka ia menjadi halal mengikut pendapat Hanafiah, Malikiah, Hanabilah dan Ulama kontemporari yang mempertahankan pendapat ini. Allahu A’lam

Masalah yang seumpama ini yang pernah dibahaskan oleh Ulama ialah menggunakan darah binatang di dalam makanan dan perubatan, Dari sel darah merah itu diambil proteinnya untuk dimasukkan ke dalam semua jenis makanan seumpama roti, susu dan menambahkan kualiti dan khasiat kepada makanan-makanan lain. Hukum mengenainya jelas halal jika secara pasti perubahan unsur itu berlaku. Jika tidak, haram untuk memakannya[74].

Kesimpulan Perbahasan

1) Haram memakan lintah

2) Harus memakan lintah yang di ekstrak jika secara pasti berlaku proses perubahan unsur kepada makanan.

Hukum Hakam Mengenai Lintah Bab 7

Hukum menggunakan Lintah di dalam Perubatan

Terdapat hadis & dalil yang terlalu banyak berhubung perubatan menggunakan lintah. Kesemuanya secara khusus di dalam kaedah berbekam. Disebutkan di sini dalil-dalil utama sahaja;

1) Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasaie, al-Hakim, Ahmad dan at-Tabrani;

Maksudnya: Daripada A’sim bin Umar bin Qatadah berkata: Datang bertemu keluarga kami Jabir bin Abdullah dan terdapat seorang lelaki yang mengadu bengkak bernanah yang menimpanya atau luka. Maka Jabir berkata: Kenapa kamu mengeluh?. Dia menjawab: bengkak nanah di tubuh ku yang menyusahkan aku. Jabir berkata: Wahai budak, bawak ke sini tukang bekam. Dia berkata: Apa yang engkau nak buat dengan tukang bekam wahai Abu Abdullah. Jabir berkata: Aku ingin letakkan mangkuk bekam pada kawasan bengkak nanah itu. Dia berkata: Demi Allah, lalat sahaja tersentuh kawasan bengkak itu atau baju yang tersentuh dah amat menyakitkan aku dan menyusahkan. Apabila Jabir melihat tidak yakinnya untuk berbekam. Dia berkata: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah J bersabda:” Jika ada kesembuhan pada salah satu dari ubat-ubat kalian, nescayalah pada pisau bekam atau meminum madu atau menempelkan besi panas”. Bersabda Nabi J: “Aku tidak suka berubat menggunakan besi panas”. Asim berkata: Maka dia membawa datang tukang bekam dan menghiris kawasan luka maka hilanglah segala bengkak nanah di tubuhnya.

Keterangan:

i) Berkata Imam Nawawi: “Hadis ini di antara perkara yang mengagumkan di dalam perubatan pada mereka yang spesialis. Ini kerana penyakit lebihan hanya berlaku pada darah atau hempedu atau lendir hitam atau kahak. Jika pada darah maka cara mengubatnya dengan mengeluarkan darah. Jika pada tiga terakhir yang berbaki maka cara mengubatnya dengan cara beri pelancar (metabolik stimulan) dengan bahan pelancar yang sesuai dengan setiap ramuan dicampurkan dengannya (madu). Seolah-olah baginda Nabi J memberi peringatan dengan madu sebagai pelancar (metabolik stimulan), juga peringatan dengan hijamah[59], fasodah, meletakkan lintah dan selainnya yang semaksud dengannya. Baginda menyebut perubatan dengan besi panas kerana ia digunakan ketika ubatan secara minuman dan seumpamanya tidak memberi manfaat. Perubatan terakhir ialah menggunakan besi panas”[60]

ii) Berkata Badruddin Al-Aini: “(Penyembuh pada tiga benda) Nabi tidak memaksudkan daripada sabda baginda J pada tiga itu sahaja. Penyembuh mungkin juga dari selainnya akan tetapi baginda menyebut dengan tiga penyembuh ini kerana ia paksi penyembuh. Ini kerana sakit tidak terlepas disebabkan darah atau hempedu atau bendalir hitam atau kahak. Pada darah dengan mengeluarkannya iaitu dengan cara berbekam di kepala. Nabi J menyebut secara khusus berbekam di kepala kerana Arab banyak melakukannya dan mengenalnya berlainan dengan berbekam di tubuh. Walaupun ia termasuk di dalam kategori berbekam juga akan tetapi tidak menjadi kebiasaan mereka. (pisau bekam) termasuk bekam pada tubuh, meletakkan lintah dan selain keduanya yang memberi maksud seumpama keduanya...”[61].

2) Al-Baihaqi dan Ibn Abi Syaibah meriwayatkan;

وَرُوِّينَا عَنِ الشَّعْبِيِّ ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، مُرْسَلا ، خَيْرُ الدَّوَاءِ السَّعُوطُ ، وَاللَّدُودُ ، وَالْحِجَامَةُ وَالْمَشْيُ وَالْعَلَقُ

Maksudnya: Diriwayatkan kepada kami daripada as-Sya’bi daripada Nabi J secara mursal: Sebaik-baik ubat ialah dimasukkan ke hidung[62], ubat disuapkan ke mulut[63], berbekam, berjalan ke tandas (julap) dan lintah.

3) Hadis yang diriwayatkan oleh A’mir secara mursal[64];


حديث عامر : خَيْرُ الدَّوَاءِ العَلَقُ والحِجَامَةُ

Maksudnya: Sebaik-baik ubat ialah lintah dan berbekam.

Keterangan: Hadis yang kedua dan ketiga tidak boleh dijadikan hujah;

i) Kedudukan kedua-dua hadis ini mursal.

ii) Kemungkinan maksud al-alaq di situ bukan membawa maksud lintah akan tetapi kain yang digantung kepada kanak-kanak yang diserang penyakit tonsil (العُذْرَة) sehingga berdarah. Ibu kanak-kanak akan menggulung kain dan dimasukkan ke hidung lalu menekan kepada kawasan sakit. Darah hitam akan keluar dengan perbuatan tersebut. Ia juga proses membuang darah kotor kepada kanak-kanak tersebut. Panjang lebar dibahaskan di dalam kitab-kitab hadis berhubung perbuatan sebegini sama ada dibenarkan atau dilarang.

4) Adat kebiasaan daripada zaman salaf as-soleh yang tidak menafikan untuk menggunakan lintah dalam perubatan.

Daripada dalil-dalil yang dikemukakan dapat diambil kesimpulan bahawa penggunaan lintah di dalam perubatan dahulu hanya sebagai pembuang darah kotor atau di dalam kata lain sebagai kegunaan luaran sahaja. Dengan kemajuan sains dan teknologi pada hari ini, kegunaan lintah diperluaskan lagi.

Kesimpulan Perbahasan

1) Lintah diguna pakai pada zaman dahulu hanya sekadar untuk mengeluarkan darah kotor

2) Imam Nawawi, Imam al-Aini dan selain mereka mengiktiraf perubatan menggunakan lintah.

Hukum Hakam Mengenai Lintah Bab 6

Perubatan Di dalam Islam

Jika kita meneliti dengan pengamatan yang tajam dan teliti di dalam Al-Quran nescaya kita akan temui tidak kurang daripada 416 ayat secara berulang yang menyebut tentang perubatan. Ini bukan bermaksud Al-Quran ini kitab perubatan, ia merupakan Kitab hidayah kepada manusia. Segala ayat-ayat tadi dikutip daripada Al-Quran sebagai bukti keagungan dan kehebatan Allah Taala.

Tidak timbul persoalan berubat merupakan penafian kepada qada qadar Allah Taala kerana apa sahaja teknik perubatan yang digunakan masih berlegar di bawah sunah ketetapan Allah Taala. Dia yang memberi kesembuhan dan kesakitan secara hakiki.

Mungkin boleh disimpulkan kaedah perubatan Islam berbeza berbanding perubatan lainnya pada beberapa perkara;

1) Berpaksi kepada keimanan dan yakin dengan qada dan qadar Allah Taala. Penyerahan mutlak kepada Allah Taala dalam keadaan mengambil segala sebab yang menyembuhkan sakit. Berhati-hati dan menjaga daripada ditimpa sakit merupakan juzu daripada ajaran Islam.

2) Tanaman ke dalam hati Umat Islam erti kesabaran dan redho dengan ketetapan Allah Taala. Bersyukur dan mengucapkan pujian kepada Allah jika disembuhkan. Ini merupakan keistimewaan yang diberikan Allah kepada orang beriman. Sabda Nabi J[57];

Maksudnya: Daripada Nabi J bersabda: Aku merasa hairan dengan ketetapan Allah kepada seorang Muslim. Semuanya menguntungkan. Jika menimpanya kebaikan, dia bersyukur nescaya Allah anugerahkan pahala. Jika menimpanya kecelakaan, dia bersabar nescaya Allah anugerahkan juga pahala.

Oleh sebab itu, Mukmin yang kuatnya imannya pasti akan kuat tubuhnya. Jauh dari penyakit emosi dan perasaan ingin membunuh diri. Tidak ada di dalam kamus Mukmin penyesalan, putus asa dan hilang harapan.

3) Islam menganjurkan mencegah sebelum mengubati. Di antara konsep pencegahan daripada terkena penyakit yang diajarkan oleh Islam

i) Kebersihan itu sebahagian daripada Iman

ii) Sentiasa berpada-pada dengan makanan. Kerana perut punca segala penyakit.

iii) Jangan mendekati kawasan yang diserang penyakit menular.

iv) Diharamkan memakan makan yang memberi mudarat kepada tubuh.

4) Islam menggesa penganutnya supaya berubat dan menjaga tubuh badan. Ini kerana tubuh badan merupakan amanah Allah kepada manusia yang wajib dijaga sebaik-baiknya. Sabda Nabi [58]:

قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، نَتَدَاوَى ؟ قَالَ : تَدَاوَوْا فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَمْ يُنْزِلْ دَاءً إِلا وَضَعَ لَهُ دَوَاءً إِلا الْهَرَمَ

Maksudnya: Bertanya sahabat kepada baginda: Apakah kami boleh berubat? Jawab baginda: Berubatlah kalian, sesungguh Allah tidak menurunkan penyakit kecuali bersamanya ubat kecuali penyakit tua.

5) Islam memperluaskan kaedah perubatan. Tidak hanya semata-mata dengan ubat, pembedahan, pemeriksaan kesihatan dan selainnya akan tetapi juga disertakan perubatan dengan menggunakan Al-Quran, doa-doa ma’thur yang menjadikan hati semakin kuat dan sihat daripada penyakit.

Secara kesimpulannya, boleh dikatakan Islam membina konsep perubatan yang menggabungkan di antara maddi dan ruhi, antara zahir dan batin.

Hukum Hakam Mengenai Lintah Bab 5

PERBAHASAN KETIGA

LINTAH DALAM PERUBATAN



Perbahasan di sini adalah seumpama berikut;


Fasal A

1) Sejarah Penggunaan Lintah di dalam Perubatan

2) Perbezaan perubatan Dahulu dan Moden

3) Kegunaan Lintah dan Penyakit yang disembuhkan menggunakan Lintah

4) Bahan yang dikeluarkan oleh Lintah

Fasal B

1) Kaedah Perubatan Di dalam Islam

2) Hukum Perubatan Menggunakan Lintah

Kesimpulan Perbahasan



Sejarah Penggunaan Lintah di dalam Perubatan

Kaedah perubatan menggunakan lintah bermula daripada tamadun kuno Mesir pada 3000 tahun yang lalu. Ia digunakan untuk mengeluarkan darah kotor dari tubuh melalui proses pembekaman. Juga diguna pakai oleh para wanita Mesir pada waktu tersebut dengan meletakkan lintah di telinga masing-masing untuk menjadikan pipi kemerahan dan mata berkilau. Dikatakan mampu menjadikan mereka bertenaga untuk menari sepanjang malam.

Tamadun India dan Greek mencatatkan bahawa kaedah berbekam menggunakan lintah merupakan kaedah perubatan kuno mereka. Rusia juga dilaporkan menjadikan lintah sebagai salah satu perubatan kuno mereka selain daripada herba dan lebah.

Kaedah berbekam menggunakan kaedah lintah terus masyhur sehingga diikuti oleh Eropah sehingga berakhir di kemuncaknya pada abad ke 19 apabila kekurangan lintah untuk digunakan dalam perubatan. Ia terbukti apabila pada tahun 1833 lintah merupakan sektor perniagaan utama di Eropah. Secara khusus dapat kita perhatikan pada tahun 1829 dan 1836 penggunaan lintah di hospital Paris mencecah 5-6 juta ekor setahun.

Perbezaan Perubatan Dahulu dan Moden


Di dalam perubatan kuno, lintah digunakan untuk mengeluarkan darah kotor dengan cara berbekam, segala penyakit di kepala, obesiti, buasir, radang buah pinggan, radang pada rongga badan, merangsang mata dan masalah mental. Kaedah perubatan menggunakan lintah berhenti pada tahun 60 an.

Di dalam perubatan moden, penggunaan lintah mula dipandang kembali oleh para pengkaji yang mengetahui keistimewaan lintah ini. Bermula pada tahun 80 an perubatan menggunakan lintah kembali dengan nama “hirudotherapy[56]” atau “leech therapy” mendapat tempat secara khusus di dalam surgeri berkaitan pembedahan plastik dan pembedahan pembinaan semula anggota seumpama hidung, bibir, kening, telinga, kulit kepala, jari, pinggul dan kaki.. Di dalam pembedahan seumpama ini jika tidak diselesaikan dengan segera darah akan membeku dan tisu akan mati, maka lintah benar-benar membantu di dalam situasi ini. “Hirudin” yang terdapat di dalam liur lintah mampu mengelakkan darah membeku dan “histamina” yang ada pada lintah dikatakan mampu membesarkan saluran pembuluh darah sekali gus mampu memperbaiki sistem pengaliran darah dan penyakit jantung.

Rembesan air liur lintah mengandungi lebih dr 100 bahan biologi aktif yang mempunyai fungsi sebagai anti-bengkak,antibakteria,tahan sakit,memperbaiki pengaliran darah,memperbaiki salur darah dalam tisu dan organ, menghilangkan hypoxia (kurang oksigen), mengurangkan tekanan darah yg tinggi, mengkatkan sistem tahan badan, membuang toxic badan dan mengurangkan komplikasi seperti infarksi (kematian tisu badan), strok dan meningkatkan bioenergy (tenaga bdan).

Cara lintah menyuntik dan merembeskan air liurnya sangat mudah; melekat pada kulit, menggigit, kemudian menyuntik rembesan air liur dan rembesan tersebut masuk ke dalam salur darah dan pergi ke tempat atau lokasi yg sakit. Di dalam rawatan hyrudotehrapy lintah digunakan sebagai" life needle"-jarum yg hidup- di tempat-tempat yang dikenali sebagai reflexogenic point (titik-titik refleks).

Walaupun begitu, penggunaan lintah juga terdapat kelemahannya. Kelemahan lintah di dalam perubatan;

1) Hanya boleh digunakan satu lintah untuk satu pesakit. Jika digunakan seekor lintah untuk lebih dari seorang pesakit kemungkinan virus seumpama hepatitis B dan HIV berpindah kepada individu kedua. Walaupun belum ada bukti yang tercatat mengenainya perpindahan HIV akan tetapi kaedah satu lintah untuk satu pesakit adalah langkah pencegahan.

2) Terdapat bakteria yang berada di dalam usus lintah. Bakteria yang bernama Aeromonas hydrophila. Terbukti ramai pesakit yang menggunakan lintah dalam perubatan juga dijangkiti bakteria ini. Cara terbaik untuk elak jangkitan bakteria ini adalah dengan menyapukan antibiotik seumpama gentamicin, amikacin, chloramphenicol dan tetracycline di tempat luka sebaik saja lintah meninggalkannya.

3) Memerlukan lintah lapar untuk perubatan. Ini kerana lintah yang kenyang mampu bertahan dalam tempoh yang lama. Lintah kenyang tidak akan memakan mana darah sehinggalah tiba waktunya.

Dengan kemajuan teknologi pada hari ini, lintah juga di ekstrak untuk dihasilkan krim, minyak dan sebagainya. Ia telah di iktiraf di Amerika sebagai ubat dan di sahkan oleh Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika (FDA). Di barat hasil kajian berjaya menghasilkan pil jantung

Harus kita ingat bahawa, penggunaan lintah (di Malaysia) untuk pengeluaran produk masih dalam peringkat R&D

Kegunaan Lintah dan Penyakit yang disembuhkan menggunakan Lintah

Kegunaan;



1) General Reflexogenic (refleksologi)

2) Hypotensive bloodletting (pengaliran darah tekanan rendah)

3) Immunopotentiating (stimulasi imunisasi)

4) Internal decongestion(bahan penguraian dalaman)

5) Bacteriostatic (antibiotik)

6) Anticoagulant (antibeku darah)

7) Anti-inflammatory (anti radang)

8) Antithrombotic (anti sumbatan(trombus)

9) Local anti-edematous (anti- bengkak)

10) Thrombolytic (pelerai sumbatan)

11) Analgesic (tahan sakit)

12) Removal of microcirculation disorders (mengurai masalah saluran darah)

13) Antiatherosclerotic (anti pengerasan salur darah)

14) Anti-ischemic (anti kurang oksigen dan pereputan tisu)

15) Removal of abnormal inter-system interactions (menghindar gangguan sistem dalam badan)

Penyakit yang disembuhkan;

1) Diabetes Melitus

2) Kelenjar Tyroid dan Kanser

3) Cedera Otot

4) Migrain

5) Glaucoma

6) Myasthenia

7) Inflammatory reactions

8) Heart diseases

9) Rheumatic diseases

10) Tendovaginitis and tendonitis

11) Venous disease and varicose veins

12) Arthrosis

13) Arthritis

14) Muscle tension

15) Trombosis and embolism

16) Passive congestions and spastic conditions

17) Vertebrogenic pain syndromes

18) Transudates and exudates

19) Antidyscratic therapy (blood purification and regeneration) of toxicosos and mental illnesses

Bahan yang terkandung dan yang dikeluarkan oleh Lintah

1) Hirudin

2) Hyaluronidase

3) Pseudohirudin

4) Destabilase

5) Apyrase

6) Bdellines

7) Eglines

8) Kininases

9) Histamine – like substances

10) Collagenase

11) Leech prostanoids

12) Inhibitor of Kallukrein of the blood plasma

13) Proteases

14) Lipolytic enzymes

15) Intibitor of Xa factor of the blood coagulation

16) Triglyceridase

17) Cholestrol esterase

18) Lipase

Hukum Hakam Mengenai Lintah Bab 4

PERBAHASAN KEDUA

PERNIAGAAN LINTAH



Perbahasan di sini adalah seumpama berikut;

1) Falsafah Perniagaan di dalam Islam

2) Hukum perniagaan Binatang dan Serangga

3) Perniagaan Lintah dan Pendapat Fuqaha

3.1 Dalil mazhab yang membenarkan

3.2 Dalil mazhab yang melarang

4) Kesimpulan Perbahasan


Falsafah Perniagaan di dalam Islam


Firman Allah Taala:

كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَلا تَطْغَوْا فِيهِ فَيَحِلَّ عَلَيْكُمْ غَضَبِي وَمَنْ يَحْلِلْ عَلَيْهِ غَضَبِي فَقَدْ هَوَى

Maksudnya: Serta Kami katakan: makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia.[38]

Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan manusia dan menjadikan kehidupan mereka di bumi. Lalu Allah memberikan kesempatan kepada manusia untuk menikmati segala khazanah yang berada di muka bumi Nya. Demi untuk mengelakkan perselisihan dan perebutan sesama manusia dalam menikmati segala nikmat Nya, maka wujud istilah yang dinamakan “hak milik”. Di sini bermula segala perbincangan jual beli, muamalat, perniagaan dan perekonomian.

Walaupun sedemikian, segala hak milik itu tidak diserahkan secara mutlak kepada manusia untuk menentukannya. Panduan dan etika daripada pencipta manusia itu sendiri amat perlu agar kehidupan duniawi ini mampu berjalan dengan sempurna.

Puncak di atas segala-galanya, rezeki yang diperoleh daripada sumber pencarian yang halal mempunyai keterikatan yang kuat dengan soal keimanan. Sumber pendapatan yang baik membawa kepada hidayah, adapun yang diproses daripada sumber yang diharamkan oleh syarak membawa kepada tercariknya iman lalu pudar dari hati pemiliknya. Bahkan lebih parah daripada itu, hanya daripada sumber rezeki yang tidak halal boleh membawa kepada kebinasaan di akhirat kelak. Sabda Nabi s yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud:[39]

وَلاَ يُعْجِبَنَّكَ امْرَؤٌ كَسَبَ مَالاً مِنْ حَرَامٍ ، فَإِنَّهُ إِنْ أَنْفَقَهُ أَوْ تَصَدَّقَ بِهِ لَمْ يُقْبَلْ مِنْهُ ، وَإِنْ تَرَكَهُ لَمْ يُبَارَكُ لَهُ ، وَإِنْ بَقِيَ مِنْهُ شَيْءٌ كَانَ زَادَهُ إِلَى النَّارِ

Maksudnya: Kamu tidak akan tergiur dengan seseorang yang memperoleh pencarian daripada harta haram. Jika dia menginfakkannya atau menyedekahkannya, tidak akan diterima. Jika harta itu ditinggalkannya, dia tidak mendapat berkat dengannya. Jika harta itu kekal bersamanya, ia akan lebih mendekatkannya ke jurang api neraka.

Moga segala perniagaan yang akan dilakukan terlebih dahulu dipastikan sama ada di dalam kategori halal atau haram

Hukum Perniagaan Binatang dan Serangga di sisi Fuqaha

Sepakat para Fuqaha: Tidak boleh memperniagakan segala bentuk binatang kecil yang melata di bumi[40] (الحشرات) yang tidak ada manfaatnya. Sebagaimana pra syarat para fuqaha di dalam soal jual beli; mestilah barang yang didagangkan memberi manfaat. Kaedah ini diambil berdasarkan istinbat yang diambil oleh fuqaha daripada hadis sahih yang diriwayatkan oleh Malik[41]:

حَدَّثَنِي مَالِك عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى الْمَازِنِيِّ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ الضَّحَّاكَ بْنَ خَلِيفَةَ سَاقَ خَلِيجًا لَهُ مِنْ الْعُرَيْضِ فَأَرَادَ أَنْ يَمُرَّ بِهِ فِي أَرْضِ مُحَمَّدِ بْنِ مَسْلَمَةَ فَأَبَى مُحَمَّدٌ فَقَالَ لَهُ الضَّحَّاكُ لِمَ تَمْنَعُنِي وَهُوَ لَكَ مَنْفَعَةٌ تَشْرَبُ بِهِ أَوَّلًا وَآخِرًا وَلَا يَضُرُّكَ فَأَبَى مُحَمَّدٌ فَكَلَّمَ فِيهِ الضَّحَّاكُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ فَدَعَا عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ مُحَمَّدَ بْنَ مَسْلَمَةَ فَأَمَرَهُ أَنْ يُخَلِّيَ سَبِيلَهُ فَقَالَ مُحَمَّدٌ لَا فَقَالَ عُمَرُ لِمَ تَمْنَعُ أَخَاكَ مَا يَنْفَعُهُ وَهُوَ لَكَ نَافِعٌ تَسْقِي بِهِ أَوَّلًا وَآخِرًا وَهُوَ لَا يَضُرُّكَ فَقَالَ مُحَمَّدٌ لَا وَاللَّهِ فَقَالَ عُمَرُ وَاللَّهِ لَيَمُرَّنَّ بِهِ وَلَوْ عَلَى بَطْنِكَ فَأَمَرَهُ عُمَرُ أَنْ يَمُرَّ بِهِ فَفَعَلَ الضَّحَّاكُ

Maksudnya: Sesungguhnya ad-Dhohak bin Khalifah membuat sungai kecil[42] daripada al-Uraid (lembah yang berada di Madinah, sekarang sudah dibina bangunan). Ad-Dhohak ingin mengalirkan sungai tersebut di laluan tanah Muhammad bin Maslamah. Muhammad tidak berkenan. Maka berkata ad-Dhohak kepadanya: Kenapa engkau menghalang sedangkan engkau memperoleh manfaat. Engkau boleh minum airnya dari hulu hilir dan saluran ini tidak membawa mudarat kepada mu. Muhammad tetap enggan. Ad-Dhohak menceritakan hal ini kepada Umar (Khalifah). Umar memanggil Muhammad bin Maslamah dan memerintahkan supaya membenarkan untuk Ad-Dhohak membuat sungai kecil. Berkata Muhammad: Tidak. Berkata Umar: Kenapa engkau menghalang saudara mu sendiri perkara yang memberi manfaat kepadanya dan engkau juga mendapat manfaat. Engkau boleh minum dari saluran tersebut di hulu dan hilir. Saluran itu sedikit pun tidak memberi mudarat kepada mu. Berkata Muhammad: Tidak sama sekali, demi Allah. Berkata Umar: Demi Allah dia akan membina saluran di atas tanah mu walaupun terpaksa dibuat di atas perut mu. Umar memerintahkan untuk dibuat saluran tersebut maka ad-Dhohak melakukannya.

Daripada hadis ini Ulama mengeluarkan hukum bahawa setiap akad yang terbina mestilah di atas perkara yang memberi manfaat dan tidak membawa mudarat kepada pihak lain.

Berdasarkan kaedah ini, tidak sah memperdagangkan tikus, ular, semut dan seumpamanya kerana tidak memberi manfaat untuk ditukar ganti dengan wang tunai.

Perniagaan Lintah dan Pendapat Fuqaha

Para Fuqaha memberikan pengecualian kepada kategori yang memberi manfaat seumpama ulat sutera untuk dimanfaatkan baju sutera, lebah untuk dimanfaatkan madunya dan lain-lainnya. Persoalan di sini, adakah lintah termasuk di dalam kategori yang memberi manfaat atau tidak memberi manfaat? Pendapat Fuqaha berkenaan itu;

-Boleh memperdagangkan lintah. Ini disebabkan orang ramai memerlukannya untuk perubatan menghisap darah kotor daripada tubuh. Ini merupakan pendapat yang disebut secara nas oleh Hanafiah, Syafieyah dan Hanabilah.

Bahkan Hanafiah menambah: Boleh memperdagangkan cacing qirmiz yang diperah untuk dijadikan pewarna. Syafieyah membenarkan untuk memperdagangkan yarbu’[43] dan dhob[44] dan seumpanya yang boleh dimakan. Hanabilah membenarkan jual beli cacing untuk mengakap ikan.

-Tidak boleh memperdagangkan lintah. Ini pendapat yang di dokong oleh Ibn Rajab al-Hanbali.


Nas bagi setiap ucapan mereka adalah sebagaimana berikut;

Dalil mazhab yang membenarkan;

-Hanafi:

“Abu al-Laith membenarkan menjual lintah. Dengan pendapat ini difatwakan dengan alasan hajat”[45]

Tersebut di dalam Rad al-Muhtar ketika menerangkan berkenaan harus dijual ulat sutera dan telurnya:

“Di dalam al-Bahr daripada az-Zakhirah: Jika membeli lintah yang dipanggil di dalam bahasa Parsi "مَرْعَل" harus hukumnya. Ini juga pendapat yang dipegang as-Sadr as-Syahid disebabkan keperluan orang ramai padanya dan orang ramai menganggapnya harta bernilai. أهـ .

Aku berpendapat: Lintah pada zaman kita diperlukan demi tujuan perubatan kerana ia menghisap darah dan menjadi harta bernilai. Dari itu (bernilai) membuktikan boleh menjual cacing qirmiz[46]. Cacing qirmiz pada hari ini lebih bernilai kerana ia merupakan semahal-mahal harta. Dijual setiap tahun dengan timbangan emas dengan harga yang tinggi. Kemungkinan ia yang ingin dimaksudkan pada ungkapan “lintah” di dalam az-Zakhirah berdasarkan penjelasan (kepada matan zakhirah). Maka cacing qirmiz dikecualikan dari dimasukkan di dalam jual beli bangkai sebagaimana yang telah kami sebutkan.

Menguatkan hujah itu lagi (membolehkan jual cacing qirmiz), Beralasan hajat keperluan menggunakan cacing qirmiz untuk perubatan tidak membawa kepada harus jual belinya sebagaimana masalah susu ibu, seumpama alasan hajat keperluan kepada kalung wanita yang dibuat dari bulu khinzir, sesungguhnya ia tidak membawa kepada dibenarkan untuk dijual beli sebagaimana yang akan disebutkan.

Maka dapat diketahui di sini maksud “ulat sutera” lintah/cacing/ulat khusus (seumpama ulat sutera, cacing, ulat bulu dan lain-lain) yang bernilai di sisi manusia. Alasan itu dapat diperoleh pada cacing qirmiz. Ia lebih patut dihukumkan harus daripada ulat sutera dan telurnya kerana cacing qirmiz dimanfaatkan segera dan adapun ulat sutera dimanfaatkan pada tempoh akan datang. Allahu A’lam”[47]


-Syafie:

i) Berkata Imam Nawawi di dalam Majmuk pada bab apa yang boleh dijual beli dan apa tidak boleh:

“Lintah iaitu cacing hitam atau merah yang keluar dari air. Kebiasaannya diletakkan di atas anggota yang berlebihan darah, maka lintah akan menghisap darahnya. Apakah boleh menjual lintah tersebut Terdapat dua toriq:

(Paling Asoh): Ini yang diputuskan Imam Haramain dan al-Ghazali dan al-Baghawi di dalam syarah al-Mukhtasor dan selain mereka mengatakan harus. Ini kerana terdapat tujuan yang diinginkan iaitu menghisap darah daripada anggota yang sakit.

(Toriq kedua): Terdapat dua wajah; al-Mutawalli yang meriwayatkan pendapat ini. Asah: Harus. Kedua: Tidak, kerana ia haiwan yang menyakiti seumpama ular dan kala jengking.”[48]

ii) Berkata Syeikh Muhammad as-Syarbini al-Khatib di dalam Muqni al-Muhtaj ketika menerangkan maksud Imam Nawawi “Tidak sah jual beli serangga dan setiap binatang buas yang tidak memberi manfaat”;

(Termasuk dalam kategori tidak memberi manfaat) “seumpama singa, serigala, helang dan gagak merupakan binatang yang tidak boleh dimakan. Tidak dilihat pada manfaat kulitnya setelah mati atau dibuat anak panah daripada bulunya atau menjadi simpanan peliharaan raja-raja demi tujuan menunjukkan kekuatan atau politik. Adapun apa yang memberi manfaat dari benda itu seperti harimau buruan untuk memburu, gajah untuk memburu, monyet untuk mengawal, lebah untuk madu, burung bulbul untuk suara, merak untuk warnanya, lintah untuk menghisap darah, maka jual belinya sah...”

iii) Di dalam Tuhfatul Muhtaj:

“Tidak sah jual beli Hasyarat iaitu binatang kecil yang melata di bumi seumpama tikus. Tidak dikira jika manfaatnya di sisi pakar. Dikecualikan seumpama yarbu’, dhob yang dimakan, lebah, ulat sutera dan lintah untuk menghisap darah”[49]

“Jika dikatakan: Semua hasyarat ini bermanfaat di sisi mereka yang pakar. Apakah alasan pengecualiannya berbanding yang lain? Aku berkata: Syeikh kami[50] pernah menjawab: Sesungguhnya apabila semua ini menjadi masyhur dan diketahui oleh kebanyakan manusia, maka ia dikecualikan. Adapun yang baki, tidak dikecualikan kerana ia hanya khusus kepada para-para doktor yang spesialis”[51]

-Hanbali:

i) Di dalam al-Mughni & as-Syarhu al-Kabir:

“Fasal: Pada menjual lintah yang dimanfaatkan seumpama yang bergantung pada wajah yang naik jagat[52] lalu menghisap darah dan menjual cacing yang diletakkan di mata kail untuk memancing ikan. Terdapat dua wajah:

Paling asoh: Boleh menjualnya kerana mendapat manfaat maka ia seperti ikan.

Kedua: Tidak boleh, kerana ia tidak memberi manfaat kecuali jarang-jarang maka ia seumpama tidak membawa manfaat”.[53]

ii) Di dalam al-Furu’:

“Pada menjual lintah untuk menghisap darah, cacing untuk menangkap ikan dan apa yang digunakan untuk memburu seperti burung hantu terdapat dua wajah”.

“(Pertama) mengatakan sah. Ini pendapat as-sahih di sisi Mazhab. Beliau menilai sahih pendapat ini di dalam al-Mughni, as-Syarh, An-Nazm, Al-Hawi al-Kabir dan selain mereka. Beliau meletakkannya di dalam ar-Ria’yah al-Kubra. (Aku katakan): Ia merupakan zahir ucapan para ashab.

(Wajah kedua): Tidak sah”[54].

Dalil mazhab yang melarang;

i) Di dalam Jami’ul Ulum wal Hikam;



“...Adapun baki haiwan lainnya yang tidak boleh dimakan dan tidak ada manfaat padanya seumpama al-Hasyarat dan yang sama kategori dengannya, tidak boleh diperniagakannya. Apa yang disebut daripada manfaat pada sebahagian al-Hasyarat adalah sedikit. Ini tidak menjadikan ia boleh untuk diniagakan sebagaimana Nabi s tidak membenarkan memperdagangkan bangkai selepas disebutkan kepada baginda manfaat yang boleh diperoleh daripada bangkai. Oleh sebab ini, pendapat yang as-Sahih: Tidak dibenarkan memperdagangkan lintah untuk menghisap darah, cacing untuk memancing dan begitulah seterusnya...”[55]

Kesimpulan Perbahasan

1) Boleh memperdagangkan lintah

2) Sah jual beli hatta setelah lintah mati. Ia tidak dikategorikan sebagai jual beli bangkai