Halaman

Khamis, 18 Disember 2008

Hukum Tarikat Sufiyyah Bab 3

Terakhir kami berikan jawapan kepada orang-orang yang bertanya, "Kenapa kita tidak belajar sahaja etika-etika (adab-adab) perilaku dan pembersihan jiwa itu dari Al Quran dan Sunnah secara langsung?."

Jawapan :

Ini adalah ungkapan yang pada zahirnya mengandungi rahmat, sedangkan di sisi batinnya mengandung azab. Sebab, sesungguhnya kita tidak mempelajari rukun-rukun solat, perkara-perkara sunatnya dan perkara-perkara makruhn di dalamnya dengan membaca al Quran dan Sunnah. Akan tetapi, kita mempelajari semua itu dari bidang ilmu yang disebut ilmu feqah.

Para ahli feqah telah mengarang buku-buku dan menyimpulkan seluruh hukum-hukum itu dari al Quran dan Sunnah. Lalu bagaimana seandainya muncul di tengah-tengah kita orang yang mengatakan bahawa kita harus mempelajari feqah dan hukum hukum agama daripada al Quran dan Sunnah secara langsung? Sedangkan kamu tidak akan menjumpai seorang alim pun yang mempelajari feqah dari al Quran dan Sunnah secara langsung.

Demikian juga, terdapat perkara-perkara yang tidak disebutkan di dalam al Quran dan Sunnah. Perkara-perkara itu mesti dipelajari dari syeikh dengan cara bertalaqi; tidak layak dengan mencukupkan diri hanya dengan al Quran seperti ilmu Tajwid. Sedangkan, di dalam perkara-perkara itu harus kukuh mengikuti istilah-istilah khusus dengan kefahaman ilmunya.Misalnya mereka mengatakan, :"Mad Lazim itu enam harakat." Siapakah yang menjadikan mad itu sebagai Mad Lazim? Mereka adalah ulama'-ulama' dalam bidang ini. Begitu juga ilmu tasawuf adalah bidang ilmu yang diletakkan oleh para ulama' tasawuf sejak era Junaid al Baghdadi radiyaLlahu 'anhu dari abad ke 4 hingga masa kita sekarang.

Manakala kehidupan zaman yang sudah rosak sehingga moral pun turut menjadi rosak, dengan sebahagian tarekat-tarekat tasawuf juga rosak, sehingga mereka bergantung dengan fenomena-fenomena yang bertentangan dengan agama ALlah subahanahu wa ta'ala. ALLah subhahanahu wa ta'ala akan membela tasawuf dan para pengikutnya; Dia akan memelihara mereka dengan kuasa-Nya. ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman yang bererti :

"Sesungguhnya ALLah subahanahu wa ta'ala membela orang-orang yang telah beriman.Dan, ALLah subahanahu wa ta'ala tidak menyukai tiap-tiap orang yang menkhianati lagi mengingkari nikmat" (surah al Hajj:38)

Semoga apa yang telah kami kemukakan cukup untuk menjelaskan tentang makna tasawuf, tarekat, syeikh dan sebab wujudnya bermacam jenis tarekat. Demikian juga, tentang persoalan kenapa kita mempelajari perilaku dan pembersihan akhlaq dari bidang ilmu yang dinamakan tasawuf itu; kenapa kita mengambilnya dari para syeikh dan tidak secara langsung mengambilnya dari Al Quran dan Sunnah. Kita memohon kepada ALLah subahanahu wa ta'ala semoga membuka mata kita terhadap perkara-perkara agama kita.. Dan ALlah subahanahu wa ta'ala Maha Tinggi dan lagi Maha Mengetahui.

Sumber Ambilan :
Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan