Halaman

Ahad, 14 Disember 2008

Hukum Membaca Doa Qunut Subuh

Hukum Membaca Doa Qunut

Hukumnya adalah sunat


Pendapat yang dikemukakan oleh para imam besar seperti Malik, As Syafie, Ibnu Abi Laila, Hasan bin Soleh, Abu Ishaq Al Ghazali, Abu Bakar bin Muhammad, Hakam bin Utaibah, Hammad, Ahli HIjjaz, Al Auza'ie kebanyakan Ahli Syam malah menurut Imam An Nawawi dalam Majmu'. Ia adapah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama salaf dan generasi selepas daripada mereka bahawa doa qunut disunatkan pada solat Subuh setiap hari.

Dalil :

Mereka berdalilkan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Anas bin Malik r,a katanya :

Sentiasalah RasuluLlah s.a.w berqunut pada solat Subuh sehinggalah baginda wafat."

Diriwayatkan juga bahawa Saidina Umar membaca doa qunut pada solat Subuh di hadapan para sahabat dan selainnya.

Berkenaan dengan hadith yang diriwayatkan daripada Anas ini, menurut al Haithami, Para perawinya adalah dipercayai." Menurut an Nawawi ia diriwayatkan oleh sekumpulan huffaz (ahli hadith) dan mengakui kesahihannya.

Kesahihan ini dinyatakan oleh al Hafiz al Balkhi, Al Hakim, Al Baihaqi dan ia juga diriwayatkan oleh Ad Daruqutni melalui beberapa jalan dengan sanad yang sahih.

Dalam mazhab syafie adalah sunat hukumnya membaca doa qunut dalam solat subuh itu, baik pada ketika turunnya bala atau tidak. Ini adalah pendapat yang banyak dari ulama-ulama salaf atau katakanlah yang paling banyak dan juga pendapat ulama-ulama yang di belakang ulama salaf. Di antara yang berpendapat serupa ini adalah Saidina Abu Bakar, Umar bin Khattab, Utsman, Ali, Ibnu Abbas, Bara' bin "azib Rda (al Majmu' Syarah Muhazzab III halaman 504)

Lanjutan Penjelasan Dari Pondok Tampin

Qunut dalam Sembahyang Subuh.


Di dlm mazhab Syafie sudah disepakati bahawa membaca doa qunut dlm sembahyang Subuh , pada iktidal rakaat kedua adalah sunat ab'ad dlm erti diberi pahala bagi orang yg mengerjakannnya dan bagi yg lupa atau lalai mengerjakannya disunatkan utk menggantikannya dgn sujud sahwi.

Tersebut dlm kitab Al-Majmu' syarah Muhazzab jilid 3 hlm.504, maksudnya:

"Dlm mazhab Syafie disunatkan qunut pada solat subuh sama ada ketika turun bencana atau tidak. Dgn hukum inilah berpegang majoriti ulamak salaf dan orang2 yg sesudah mereka atau kebanyakan dari mereka. Dan diantara yg berpendapat demikian adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra' bin Azib, semoga Allah meredhai mereka semua. Ini diriwayatkan oleh Baihaqi dgn sanad2 yg sahih. Ramai orang yg termasuk tabi'in dan yg sesudah mereka berpendapat demikian. Inilah juga mazhab Ibnu Abi Laila, Hasan, Ibnu Salah, Malik dan Daud."

Tersebut dlm kitab Al-Um jilid 1 hlm.205 bahawa Imam Syafie
berkata,maksudnya:

"Tak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai"


Tersebut dlm kitab Al-Mahalli jilid 1 hlm.157, berkata Imam Jalaluddin
Al-Mahalli, maksudnya:

"Disunatkan qunut pada iktidal rakaat kedua drpd solat subuh dgn doa, Allahumahdini hingga akhirnya"


Demikianlah keputusan dan kepastian hukum tentang qunut subuh dalam mazhab kita Syafie.



ALASAN ORANG-ORANG YG MENOLAK QUNUT

Ada orang yg berpendapat bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut satu bulan shj berdasarkan hadith Anas ra, maksudnya:

"Bahawasanya Nabi saw melakukan qunut selama satu bulan sesudah rukuk sambil mendoakan kecelakaan ke atas beberapa puak Arab kemudian baginda meninggalkannya." Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Kita menjawab:

Hadith daripada Anas tersebut kita akui sebagi hadith yg sahih kerana terdapat dlm kitab Bukhari dan Muslim. Akan tetapi yg menjadi permasalahan sekarang adalah kata:(thumma tarakahu= Kemudian Nabi meninggalkannya).

Apakah yg ditinggalkan oleh Nabi itu?

Meninggalkan qunutkah? Atau meninggalkan berdoa yg mengandungi kecelakaan ke atas puak-puak Arab?

Untuk menjawab permasalahan ini lah kita perhatikan baik2 penjelasan Imam Nawawi dlm Al-Majmu'jil.3,hlm.505 maksudnya:

"Adapun jawapan terhadap hadith Anas dan Abi Hurairah r.a dlm ucapannya dengan (thumma tarakahu) maka maksudnya adalah meninggalkan doa kecelakaan ke atas orang2 kafir itu dan meninggalkan laknat terhadap mereka shj. Bukan meninggalkan seluruh qunut atau meninggalkan qunut pada selain subuh. Pentafsiran spt ini mesti dilakukan kerana hadith Anas di dlm ucapannya 'sentiasa Nabi qunut di dlm solat subuh sehingga beliau meninggal dunia'
adalah sahih lagi jelas maka wajiblah menggabungkan di antara kedua-duanya."


Imam Baihaqi meriwayatkan dan Abdur Rahman bin Madiyyil, bahawasanya beliau berkata, maksudnya:

"Hanyalah yg ditinggalkan oleh Nabi itu adalah melaknat."

Tambahan lagi pentafsiran spt ini dijelaskan oleh riwayat Abu Hurairah ra yg berbunyi, maksudnya:

"Kemudian Nabi menghentikan doa kecelakaan ke atas mereka."

Dengan demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa qunut Nabi yg satu bulan itu adalah qunut nazilah dan qunut inilah yg ditinggalkan, bukan qunut pada waktu solat subuh.

2. Ada juga orang2 yg tidak menyukai qunut mengemukakan dalil hadith Saad bin Thariq yg juga bernama Abu Malik Al-Asja'i, maksudnya:

"Dari Abu Malik Al-Asja'i, beliau berkata: Aku pernah bertanya kpd bapaku, wahai bapa! sesungguhnya engkau pernah solat di belakang Rasulullah saw, Abu Bakar, Usman dan Ali bin Abi Thalib di sini di kufah selama kurang lebih dari lima tahun. Adakah mereka melakukan qunut?. Dijawab oleh bapanya:"Wahai anakku, itu adalah bid'ah." Diriwayatkan oleh Tirmizi.

Kita jawab:

Kalau benar Saad bin Thariq berkata begini maka sungguh menghairankan kerana hadith2 tentang Nabi dan para Khulafa Rasyidun yg melakukan qunut banyak sangat sama ada di dlm kitab Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasa'i dan Baihaqi.

Oleh itu ucapan Saad bin Thariq tersebut tidaklah diakui dan terpakai di dlm mazhab Syafie dan juga mazhab Maliki.

Hal ini disebabkan oleh kerana beribu-ribu orang telah melihat Nabi melakukan qunut, begitu pula sahabat baginda. Manakala hanya Thariq seorang shj yg mengatakan qunut itu sebagai amalan bid'ah.

Maka dlm kes ini berlakulah kaedah usul fiqh iaitu:

"Almuthbitu muqaddimun a'la annafi"

Maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.

Tambahan lagi orang yg mengatakan ADA jauh lebih banyak drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA.

Seperti inilah jawapan Imam Nawawi didlm Al-Majmu' jil.3,hlm.505, maksudnya:

"Dan jawapan kita terhadap hadith Saad bin Thariq adalah bahawa riwayat orang2 yg menetapkan qunut terdapat pada mereka itu tambahan ilmu dan juga mereka lebih banyak. Oleh itu wajiblah mendahulukan mereka"

Pensyarah hadith Turmizi yakni Ibnul 'Arabi juga memberikan komen yg sama terhadap hadith Saad bin Thariq itu. Beliau mengatakan:"Telah sah dan tetap bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut dlm solat subuh, telah tetap pula bahawa Nabi ada qunut sebelum rukuk atau sesudah rukuk, telah tetap pula bahawa Nabi ada melakukan qunut nazilah dan para khalifah di Madinah pun melakukan qunut serta Sayyidina Umar mengatakan bahawa qunut itu sunat,
telah pula diamalkan di Masjid Madinah. Oleh itu janganlah kamu tengok dan jgn pula ambil perhatian terhadap ucapan yg lain drpd itu."

Bahkan ulamak ahli fiqh dari Jakarta yakni Kiyai Haji Muhammad Syafie Hazami
di dlm kitabnya Taudhihul Adillah ketika memberi komen terhadap hadith Saad
bin Thariq itu berkata:

"Sudah terang qunut itu bukan bid'ah menurut segala riwayat yg ada maka yg bid'ah itu adalah meragukan kesunatannya sehingga masih bertanya-tanya pula. Sudah gaharu cendana pula, sudahh tahu bertanya pula"

Dgn demikian dapatlah kita fahami ketegasan Imam Uqaili yg mengatakan bahawa Abu Malik itu jangan diikuti hadithnya dlm masalah qunut.(Mizanul I'tidal jil.2,hlm.122)

3. Ada juga orang mengetengahkan riwayat dari Ibnu Masu'd yg mengatakan, maksudnya: "Nabi Muhammad saw tidak pernah qunut di dlm solat apa pun."

Kita jawab:

Riwayat ini menurut Imam Nawawi dlm Al-Majmu' adalah terlalu dhaif kerana di antara perawinya terdapat Muhammad bin Jabir A-Suhaimi yg ucapannya selalu ditinggalkan oleh ahli2 hadith. Tersebut dlm kitab Mizanul I'tidal karangan Az-Zahabi bahawa Muhammad bin Jabir As-Suhaimi adalah orang yg dhaif menurut perkataan Ibnu Mu'in dan Imam Nasa'i.

Imam Bukhari mengatakan: "Ingatannya tidak kuat!"

Imam Abu Hatim mengatakan:"Dlm waktu yg akhir dia agak pelupa dan kitabnya telah hilang."(Mizanul I'tidal jil. 3, hlm.492)

Kita juga boleh mengatakan dgn jawapan terdahulu bahawa orang yg mengatakan ADA lebih didahulukan drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA berdasarkan kaedah:-

"Al-muthbitu muqaddamun a'la annafi" maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.

4. Ada juga yg mengajukan dalil bahawa Ibnu Abbas berkata, maksudnya:

"Qunut pada solat subuh itu bid'ah"

Kita jawab:

Hadith ini dhaif sangat kerana AlBaihaqi meriwayatkannya dari Abu Laila Al-Kufi dan Baihaqi sendiri mengatakan bahawa hadith ini tidak sahih kerana Abu Laila itu adalah matruk(orang yg ditinggalkan hadithnya).

Tambahan lagi pada hadith yg lain Ibnu Abbas sendiri mengatakan, maksudnya:
"Bahawa Nabi saw melakukan qunut pada solat subuh."

5. Ada juga yg membawa dalil bahawa Ummu Salamah berkata, maksudnya:

"Bahawasanya Nabi saw melarang qunut pada solat subuh."

Kita jawab:

Hadith ini juga dhaif kerana diriwayatkan dari Muhammad bin Ya'la dari Anbasah bin Abdurrahman dari Abdullah bin Nafi dari bapanya dari Ummu Salamah.

Berkata Daruqutni: Ketiga2 orang itu adalah lemah dan tidak benar kalau Nafi mendengar hadith itu dari Ummu Salamah.

Tersebut dlm Mizanul I'tidal: Muhammad bin Ya'la itu diperkata-katakan oleh Imam Bukhari bahawa dia banyak menghilangkan hadith. Abu Hatim mengatakannya matruk.(mizanul I'tidal 4/70). Anbasah bin Abdurrahman menurut Imam Bukhari hadithnya matruk. Manakala Abdullah bin Nafi adalah orang yg banyak meriwayatkan hadith munkar.(Mizanul I'tidal 2/422)

23 ulasan:

  1. sunat la ye...

    ustaz sy pn prnh ckp, die kate, ni khilaf.. die tk prnh buat pn.. pstu die kate, kt msia kalo org tye, npe pndai sgt tk bc qunut.. die ckp, "qunuttttt..." atau "pkcik nk dgr sy bg hadith?"..

    tp sy takut nk tye ape hadith tu..

    mksdnye, kalo tk buat pn tkyh sujud sahwi la ek...

    BalasPadam
  2. Di dalam mazhab syafie membaca qunut ini adalah sunat ab'adh (sunat yang amat digalakkan) iaitu sekiranya ditinggalkan disunatkan untuk sujud sahwi.

    Mengapa kita perlu buat perkara-perkara sunat, antaranya ia adalah sebagai pelengkap agar solat kita lebih sempurna. Bahkan ia mengandungi banyak kebaikan kerana doa qunut ini mengandungi doa contohnya :

    Ya ALLAH

    Kurniakan aku petunjuk dan hidayahMu

    Bersama-sama mereka yang Engkau beri petunjuk dan hidayah

    Sujud sahwi tersebut ada petunjukknya dari RasuluLLah, tetapi jika anda tidak buat memang tidak mengapa. Lebih elok dilakukan. :)

    BalasPadam
  3. Boleh dapatkan dalil dari Imam Syafie bahawa jika tertinggal Qunut disunatkan sujud sahwi?

    Terima kasih

    BalasPadam
  4. Mengenai bacaan Qunut, contoh yang mana paling benar?

    Ada yang baca :-
    secara jahar untuk keseluruhan qunut,

    baca jahar separuh kemudian sirr.

    baca jahar separuh kemudian sirr kemudian jahar kembali.

    Terima kasih

    BalasPadam
  5. Assalamu'alaikum

    Bacaan qunut di dalam mazhab syafie hukumnya adalah sunat ab'adh kerana ia selalu dibuat oleh RasuluLLah dan disunatkan untuk membuat sujud sahwi sekiranya terlupa.

    Di dalam kitab al Majmu' Syarah Muhazzab karangan Imam Nawawi rahimahuLlah (wafat 676 Hijrah) pada jilij ke III halaman 504 begini :

    Dalam mazhab kita (mazhab Syafie) adalah sunat hukumnya membaca doa qunut dalam sembahyang subuh itu, baik pada ketika turunnya bala atau tidak. Ini adalah pendapat yang banyak dari ulama-ulama salaf, atau katakanlah yang paling banyak dan juga pendapat ulama-ulama yang di belakang ulama-ulama salaf itu.

    Di antara yang berpendapat serupa ini adalah Saidina Abu Bakar, Usman, Ali, Ibnu Abbas, Bara' bin 'Azib Rda ".

    Dari Al Bukhari (1166) dan Muslim (570)meriwayatkan daripada AbduLLah bin Buhainah radiyaLlahu 'anhu bahawa dia berkata :

    Kami bersembahyang bersama-sama RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam. Pada rakaat kedua di sesetengah sembahyang. Baginda terus berdiri dan tidak duduk, lalu orang ramai berdiri bersama-sama Baginda (dalam riwayat lain, Baginda bangun ketika rakaat kedua sembahyang Zohor). Apabila hampir selesai sembahyangnya, kami menunggu-nunggu salamnya, tiba-tiba Baginda bertakbir sebelum memberi salam untuk sujud dengan dua kali sujud. Kemudian baru Baginda memberi salam.

    Sumber :

    BalasPadam
  6. Bacaan doa qunut dibaca secara jahar ketika solat berjemaah. Dan sirr ketika solat bersendirian.

    WaLlahua'lam

    BalasPadam
  7. salam...
    izinkan ana bertanya..

    masih ade kesangsian lg nih...
    sbb sblm nih ade sorang ustaz bg ceramah kat tempat ana,
    then ade org tanye hukum bc qunut then ustaz tu kate nabi x penah buat qunut subuh, klu ade pun qunut nazilah je... dan klu nk buat pun lebih afdhal buat qunut nazilah.. dan tambahan lg ustaz tu kate lebih baik tinggalkan sbb nape kite nk buat ape yg nabi x buat...

    so, persoalan ana sbnrnye,
    klu kite x buat Qunut subuh, ape hukumnya? sefhm ana, klu sunat hukumnya, klu x buat x jatuh berdosa kan? Wallahua'lam...

    BalasPadam
  8. Assalamu'alaikum Siti Khadijah,

    terima kasih kerana bertanya, doa qunut ada dibuat oleh RasuluLlah dan sudah dijelaskan dari hujjah dan dalil yang telah diberikan di atas. Hujjah dan dalil di atas pula adalah berdasarkan para ulamak muktabar dan juga amalan dari para sahabat.

    Jadi ustaz yang mengatakan sedemikian bagi saya perlu menyelidiki apa yang diucapkan sebelum bercakap begitu.

    Silalah baca artikel di atas dan respon yang telah diberi. Terima kasih ya.

    Dan lagi pula, berhati-hati pada mereka yang kata RasuluLlah tak buat maka tinggalkanlah. Ini bukan satu kaedah yang boleh dibuat hukum tanpa memahami sunnah RasuluLlah dengan jelas dari pemahaman para sahabat, ulamak salaf dan ulamak khalaf.

    Di dalam sunnah itu sendiri ada perkara RasuluLlah tak buat tapi baginda membenarkan. Seperti para sahabat makan dhob, dan sebagaimana yang para sahabat sendiri buat apa yang RasuluLlah tak pernah buat seperti - azan 2 kali sebelum solat jumaat, mengumpulkan al Quran, membesarkan masjid, solat terawih secara berjemaah selama sebulan. Bahkan RasuluLlah membenarkan sahabat iaitu Muaz bin Jabal untuk berijtihad sekiranya tiada hukum yang disebutkan di dalam al Quran dan Sunnah apabila melibatkan seseuatu perkara (tentang ijtihad ini saudari boleh baca dalam blog ini).

    Tentang qunut subuh - di dalam mazhab syafie - ia adalah sunat ab'adh - iaitu sunat yang amat digalakkan. Tak buat pun tak mengapa, tapi tak dapatlah pahala sunat.

    WaLlahua'lam

    BalasPadam
  9. Syukran ustaz atas jawapannya...=)

    BalasPadam
  10. syukran ustaz..
    sekarang ana baru jelas..

    bnyak persoalan yang timbul dalam diri ... kerana dulu belajar sekolah agama tidak dijelaskan perkara ini..

    bnyak ilmu yang diperoleh..

    salam perjuangan

    belajar memberi daripada menerima

    BalasPadam
  11. soalnya, kenapa imam-imam di mekah sekarang tak baca qunut, sedangkan mereka mewarisi ibadah solat terus menerus dari Rasulullah, tanpa putus,mereka adalah keturunan sahabat yang pernah bersolat bersama-sama Rasulullah, dan mereka tidak melakukan qunut subuh.

    BalasPadam
  12. Assalamu'alaikum ammal,

    Anda dah habis selidik keturunan imam di Mekah ? Dan sudah habiskah anda mengkaji imam-imam di Mekah dari dahulu hingga sekarang (sebelum pemerintahan sa'udiyah lagi) ?

    Jika belum.. sama-samalah belajar ya.. JazakaLLah.

    Nak baca doa qunut silakan, taknak baca pun tak mengapa. Saya suka membacanya sebab ia adalah sunnah.

    WaLlahua'lam

    BalasPadam
  13. Bagi sesiapa yang mahukan lagi input Masalah Qunut Subuh ni silakan ke:

    http://bidayatulmujtahid.blogspot.com/2010/02/masalah-qunut-subuh.html

    BalasPadam
  14. Bagi sesiapa yang mahukan input tambahan, silakan ke:
    http://bidayatulmujtahid.blogspot.com/2010/02/masalah-qunut-subuh.html

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum wbt,

    kepada IbnuNafis :

    Apa maksud kata2 ustaz : 'Anda dah habis selidik keturunan imam di Mekah ? Dan sudah habiskah anda mengkaji imam-imam di Mekah dari dahulu hingga sekarang (sebelum pemerintahan sa'udiyah lagi) ?'

    asif x fhm, ada khalal ke di situ?

    BalasPadam
  16. Wa'alaikumussalam,

    saya meminta ammal untuk mengkaji seluruh imam-imam di Mekah sebelum era pemerintahan Sa'udiyyah sehingga sekarang iaitu benarkah imam-imam di Mekah tidak pernah membaca doa qunut ?. Kerana beliau berkata begini :

    soalnya, kenapa imam-imam di mekah sekarang tak baca qunut.

    WaLlahua'lam

    BalasPadam
  17. Bacaan tambahan sebagaimana yang telah diberikan oleh akhie Lutfi Latif dan juga di sini :

    http://jomfaham.blogspot.com/2010/06/huffaz-yang-mensahihkan-hadith-qunut.html

    BalasPadam
  18. Terima kasih ustaz atas makluman ini. selama ini saya selalu terfikir adakah wajib qunut ini sehingga kalau kita tak baca orang memandang serong. terang2 saya katakan saya cetek agama dan blog ini membuka mata dan akal saya. terima kasih ustaz

    BalasPadam
  19. assalamualaikum...

    permasalah yang timbul sekarang ini adalah masyarakat kita di m,sia mengganggap bahawa qunut itu seolah2 wajib.. kerana bila tidak dikerjakan oleh imam ada dikalangan makmum yang tetap melakukan qunut sehingga tertinggal rukun dengan imam, dan ada pula yang mufaroqoh semata2 untuk melakukan sujud sahwi... bagaimanakah cara yang terbaik dalam menyelesaikan masalah ini?

    BalasPadam
  20. Sunat? Mak saya ada beli 1 buku agama dan saya bacanya. Tetapi, kandungan buku itu mengatakan bahawa jika tidak membaca doa qunut subuh,amalan itu ditolak. Dan,kalau taksilap saya,aada disertakan sekali dalil nya. Saya keliru sekarang. May Allah bless ;)

    BalasPadam
  21. Wa'alaikumussalam warahmatuLlah,

    tiada permasalahan pun. Sebab memang di negara kita mengikut mazhab asy syafie sejak zaman berzaman (dan sekiranya ada diambil pendapat mazhab lain ia adalah berasaskan kepada keperluan dan difatwakan oleh mufti), membaca doa qunut adalah sunah ab'adh, sekiranya terlupa maka disunatkan untk sujud sahwi.


    Yang bermasalah adalah mereka yang membuka isu-isu furuk menghukum bid'ah sesat membaca doa qunut Subuh. Para ulamak 4 mazhab tiada menghukum sesat mengenai doa qunut subuh. Namun yang menolak sekeras-kerasnya menghukum bid'ah sesat, tiada dibuat oleh Rasulullah adalah golongan pengeliru umat Islam.

    Orang awam yang tidak mampu mendalami usul feqh, perbandingan feqh tentunya pelik apabila melihat ada imam yang tidak berdoa qunut. Maka kesalahan ini adakah hendak dilontarkan kepada orang awam yang tidak mampu berkenaan ?

    Hormati umat Islam yang mengikut mazhab asy syafie di negara kita. Dan kita juga menghormati mazhab yang diamalkan di negara lain apabila bertandang ke sana. Cara yang baik untuk menerangkan kepada orang awam adalah menerusi pendidikan.

    Namun bukan dengan pendidikan yang diajar dari pemahaman yang mengelirukan itu. Wallahua'lam

    BalasPadam
  22. Hati-hati membeli buku agama. Memang ada buku agama yang ditulis oleh penulis yang berfahaman Wahhabi suka menghukum bid'ah sesat, kafir, syirik kepada ijtihad para ulamak yang ada sandarannya dari al Quran dan As Sunnah.

    BalasPadam
  23. Pendapat khilaf dan pendapat salah..
    Batangsiapa yg mengatakan qunut itu nk buat boleh, xnak buat xpa..itu adalah khilaf..tp, sapa yg mengatakan qunut itu bidaah dan sesat..maka itu adalah pendapat yg salah..

    BalasPadam