Halaman

Ahad, 14 Disember 2008

Hukum Majlis Zikir

Hukum Mengadakan Majlis/Tempat Zikir

Tempat berzikir ialah rumah yang dikhususkan sebagai tempat perhimpunan umat Islam untuk berzikruLlah dan empelajari ilmu. Ianya tidak pernah diwujudkan pada kurun pertama dalam Islam.

Oleh itu, ia dikira sebagai satu perkara yang baru diwujudkan. Jadi, sekiranya ia memiliki syarat-syarat yang akan ditemukakan selepas ini, maka kewujudannya adalah baik. Kerana ia termasuk di dalam kategori majlis zikir yang digalakkan oleh RasuluLLah s.a.w.

Dalil Hadith Sahih :

Kerana terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW bersabda maksudnya :

"Sesungguhnya ALLah memiliki malaikat yang mulia yang sentiasa meronda untuk mengikuti majlis-majlis zikir. Sekiranya mereka menemui satu majlis zikir, maka mereka akan duduk di situ sambil sesama mereka akan membentangkan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang di antara mereka dengan langit dunia, Setelah ahli majlis itu berpisah, maka para malaikat tadi naik ke langit. Lalu ALlah bertanya kepada mereka sedangkan Dia Maha Mengetahui :

Dari Mana kamu datang?

Malaikat menjawab : Kami datang dari sisi hamba-hambaMu di dunia yang bertasbih, bertakbir, bertahlil dan memohon kepada Engkau."

ALLah bertanya lagi : Apa yang mereka memohon?

Mereka menjawab : Mereka memohon syurgaMu.

ALlah bertanya : Apakah mereka pernah melihat syurgaKu?

Mereka menjawab: Tidak, wahai Tuhan

Allah berkata : Maka bagaimanakah sekiranya mereka pernah melihat syurgaKu?

Para Malaikat berkata : Mereka juga meminta dijauhkan kepadaMu

ALLah bertanya : Daripada apa yang mereka minta dijauhkan?

Mereka menjawab: Daripada nerakaMu.

ALLah bertanya : Adakah mereka pernah melihat nerakaKu?

Mereka menjawab : Tidak

ALlah berkata : Bagaimanakah kalau mereka pernah melihat nerakaKu?

Para malaikat memberitahu lagi : MEreka juga beristighfar kepada Engkau.


ALlah berkata : Aku telah mengampuni mereka dan Aku berikan kepada mereka apa yang mereka minta dan menjauhkan mereka daripada apa yang mereka minta jauhkan.

Para malaikat berkata lagi : Ya Tuhan, di kalangan mereka ada seorang hamba yang bersalah. Dia melintasi majlis mereka lalu duduk bersama mereka.

ALLah berkata : Aku telah ampuninya, mereka adalah kaum yang tidak merugikan sesiapa yang duduk bersama mereka."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan