Halaman

Isnin, 22 Disember 2008

Bahaya Anti Hadith Bab 3

(c) Menolak Qada' dan Qadar

Kumpulan ini juga menolak kepercayaan kepada Qada' dan Qadar yang merupakan salah satu tonggak keimanan yang wajib dipegang oleh setiap umat Islam. Antara hujah mereka:

(1) "Kepercayaan kepada takdir yang dipegang oleh kebanyakan umat Islam hari ini dimasukkan ke dalam Rukun Iman dan berasal dari Hadis ............... Kepercayaan ini tidak ada, malah dibantah dalam Quran.................. "Tidakkah fahaman ini melumpuhkan daya kreatif umat Islam dan menjadi punca utama kejatuhan mereka?" (Petikan dari IQRA' Jil. 3/Bil. I., Syaaban 1415/Januari 1995, hal.2)

(2) Faham qada'dan qadar ini sebahagian penting dalam teologi kaum Asy'ariah, berasal dari ajaran kaum stoik, dan dimasukkan ke dalam Hadis, kerana ia tidak terdapat dalam Quran, malah ia anti-Quran". (Petikan dari buku "HADIS JAWAPAN KEPADA PENGKRITIK, Kassim Ahmad hal. 90)

(3) Isu Quran itu sebenarnya saintifik dan rasional Contohnya kepercayaan kepada takdir baik dan jahat itu daripada Tuhan yang dirumuskan dalam hadith itu, bercanggah dengan ajaran Quran dan ditolak oleh Quran yang menggesa manusia bekerja kuat kejalan kebaikan. Pegangan kepada hadis ini merupakan suatu punca besar kejatuhan umat Islam. (Petikan dari cerpen "POLITIK" oleh Kassim Ahmad Dewan Sastera keluaran Feb. 1995 hal. 74)

ULASAN

Beriman dengan Qada'dan Qadar ialah mempercayai bahawa segala undang-undang, peraturan dan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. pada azal serta diputuskan hukum itu berlaku seperti yang telah ditetapkan itu.

Allah telah menetapkan bagi tiap-tiap sesuatu perkara itu, ada pendahuluannya dan sebab musababnya serta bagi tiap-tiap satu tujuan ada jalan untuk mencapainya. Dengan yang demikian, sesiapa yang menunggu berhasilnya sesuatu dengan tidak melalui sebab, pendahuluan dan jalan mencapainya yang ditetapkan dan tentukan oleh Allah, ini bermakna ia telah kufur kerana ia tidak beriman kepada Qada' dan Qadar Allah s.w.t.

Dengan penjelasan tersebut, maka orang yang beriman kepada Qada' dan Qadar ini ialah orang yang rajin berusaha dan beramal mengikut undang-undang, peraturan dan hukum hakam Allah s.w.t. dan giat mencari Qada' dan Qadar yang dapat menjayakan maksudnya.

Qada' dan Qadar adalah salah satu daripada-rukun Iman. Ini dapat dibuktikan melalui hadith Nabi S.A.W. yang bermaksud:

"Daripada Umar ra. katanya "Pada suatu hari datang seorang lelaki dengan berpakaian serba putih, rambutnya hitam, badannya kemas. Lalu ia duduk dan bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w .............. Beritahuku mengenai iman, Lalu Baginda menjawab "Bahawa engkau beriman dengan Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, hari akhirat dan beriman dengan qada' dan qadar ........" (Riwayat Muslim)

Daripada Jabir r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Tidak dikira seseorang beriman sehingga ia percaya dan mengakui benarnya Qada' dan Qadar baik dan jahatnya dan sehingga ia menyakini bahawa apa yang ditakdirkan berlaku atau sampai kepadanya, tidak sekali- kali akan menyimpang daripadanya dan apa yang ditakdirkan menyimpang daripadanya, tidak sekali-kali akan berlaku atau sampai kepadanya." (Riwayat Al-Tirmidhi)

Di dalam Al-Quran sendiri telah disebutkan tentang konsep Qada' dan Qadar ini berdasarkan maksud ayat seperti berikut:

"Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad)Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankaniah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganiah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) sluatu syariat danjalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) (al-Maidah: 4

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal" (at-Taubah: 51)

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). (al-Qamar: 49)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan