Halaman

Isnin, 22 Disember 2008

Bahaya Anti Hadith Bab 2

Sebenarnya Hadith telah wujud di zaman Rasulullah. Pada masa Rasulullah s.a.w.

Hadith disampaikan melalui:

(i) Pengucapan

Dalam masa menyampaikan Hadith, didapati Rasulullah s.a.w. tidak menentukan tempat tertentu. Walau bagaimanapun sudah menjadi kebiasaan bagi Rasulullah s.a.w. menyampaikan Hadith di masjid dan di rumah Rasulullah s.a.w. sendiri. Oleh kerana apa-apa yang disampaikan begitu penting kepada orang-orang Islam, maka di dalam menyampaikannya, Rasulullah s.a.w.mengulanginya sebanyak tiga kali, supaya apa-apa yang disampaikan itu, senang dihafaz dan diamal oleh para sahabat (4) Sementara bahasa dan nada suaranya pula mengikut keadaan dan suasana. Adakala Rasulullah s.a.w. menyampaikan Hadith dengan nada suara yang tinggi, agar memberi ingatan kepada sahabat bahawa kandungan Hadith itu adalah mustahak dan sebaliknya dalam keadaan tertentu Rasulullah s.a.w. menyampaikan dengan nada suara yang rendah. Ini semua dilakukan supaya menimbulkan keberkesanan kepada orang-orang yang mendengarnya. Dari bukti sejarah ada menunjukkan bahawa pengajaran Hadith bukan sahaja disampaikan kepada kaum lelaki, malah kepada kaum perempuan, walau bagaimanapun penyampaian itu
dilakukan di tempat yang berasingan.

(ii) Catatan

Di samping penyampaian Hadith melalui pengucapan, didapati Rasulullah s.a.w. menyampaikan Hadith melalui catatan iaitu pada masa hayatnya, Rasulullah s.a.w. ada memerintah penulis-penulis baginda menulis surat untuk dihantar kepada pemerintah-pemerintah bukan Islam menyeru mereka kepada agama Islam, surat kepada gabenor-gabenor, ketua-ketua tentera dan membuat surat perjanjian. (5)

(iii) Amalan

Ajaran-ajaran agama Islam yang tersirat dalam Hadith tidak memadai disampaikan melalui pengucapan dan catatan sahaja, malah ia memerlukan contoh teladan daripada Rasulullah s.a.w. sendiri. Berdasarkan hakikat inilah, didapati banyak Hadith menggambarkan bagaimana Rasulullah s.a.w. mengajar para sahabat melakukan sembahyang, melakukan ibadat puasa, haji dan lain-lain lagi. Umpamanya dalam ibadat sembahyang, terdapat Hadith yang menegaskan bahawa orang-orang Islam hendaklah menunaikan sembahyang sepertimana baginda bersembahyang. (6)

Berdasarkan huraian di atas, dapatlah disimpulkan:

Pertamanya Rasulullah s.a.w. menyampaikan Hadith melalui pengucapan, amalan dan penulisan. Kedua, oleh kerana Hadith merupakan sumber yang kedua penting di dalam Islam, para sahabat berusaha sedaya upaya untuk memperolehinya. Ketiga, pada masa ini penulisan dan pengumpulan Hadith secara individu telah berlaku, contohnya; Abdullah bin Amr telah mengumpulkan Hadith dalam satu sahifah: al-Sahifah al-Sadiqah (7)

(b) Menolak Dua Kalimah Syahadah

Kumpulan Anti Hadith ini berfahaman bahawa Dua Kalimah Syahadah yang diucapkan oleh umat Islam adalah dilarang oleh Al-Quran, kerana syahadah yang diwajibkan hanyalah A'U@ @i JI '9. Antara penulisan-penulisan mereka yang dikenaipasti mengembangkan fahaman ini ialah:

(i) Buku "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik Tulisan Kassim Ahmad:

"Quran mengajar syahadah dalam tiga buah ayat, iaitu ayat 18, surah 3 yang menyatakan bahawa Tuhan, para malaikat dan orang-orang yang berilmu bersaksi bahawa "Tiada Tuhan melainkan Allah", Ayat 19, Surah 47 yang menegaskan "Ketahuilah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. "dan ayat 1, Surah 63 yang Membatalkan kenyataan orang-orang munafik yang mendakwa, "Kami bersaksi bahawa Muhammad Rasul Allah".

"Dua kalimah syahadah yang diajar dalam hadis itu bercanggah dengan ayat-ayat di atas" (hal. 141).

(ii) Akhbar Utusan Malaysia 14 Julai, 1995, kenyataan oleh Othman Ali:

"Selain itu, tambahnya, Al-Quran turut menyebut bahawa syahadat itu tiada Tuhan Melainkan Allah sedangkan ulama mengajarkan kepada kita bahawa syahadat itu termasuklah juga bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Bukan sahaja syahadat kita salah, malah ia juga mengakibatkan sembahyang kita salah kerana menyebut nama Nabi semasa tahiyat awal dan akhir."

(iii) Buku "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari TuhanMu-Hadith Di dalam Al-Quran", Oleh Idris Abdul Rahman,

"Beriman kepada Nabi pada mereka bermakna beriman kepada Hadithnya. Mereka gunakan dua kalimah syahadah sebagai bukti mereka. Kata mereka syahadah kepada Allah tidak boleh dipisahkan dari syahadah kepada RasuL Ini sahaja mereka sudah mempersekutukan Allah dengan Rasul seolah-olah Allah tidak boleh berdiri dengan sendirinya." (hal. 316)

ULASAN

Agama Islam dibina di atas lima rukun. Mengucap dua kalimah syahadah adalah rukun Islam yang pertama. Ini telah dijelaskan oleh hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Daripada Ibnu Umar ra. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Islam itu dibina di atas lima perkara iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. Pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa di bulan Ramadan". (Riwayat Ahmad, AI Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan An Nasa'i)

Sabda Nabi lagi:

Daripada Umar ra. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya tentang Islam Ialu baginda menjawab, "Islam ialah engkau menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, menditikan sembahyang, menunaikan zaka4 berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji jika engkau berkemampuan. Ia berkata "engkau benar "............................" (Riwayat Muslim)

Oleh itu setiap orang yang mengaku dirinya seorang Islam,wajib menerima dan mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah. la wajib memelihara agama Islamnya daripada segala apa yang boleh merosakkannya.

Di dalam Al-Quran sendiri dijelaskan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah yang diutus kepada sekalian manusia. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Katakanlah! (Wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutuskan oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasuINya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahnya (Kitab-kitabnya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah pertunjuk. (Surah Al-A'raaf ayat 158)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan