Halaman

Selasa, 23 Mac 2021

HADIS BERKAITAN KELEBIHAN PUASA 6

 



Mohon pencerahan mengenai status hadis berikut yang diriwayatkan daripada Ibn Umar, di mana beliau berkata bahawa Rasululullah bersabda :


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ وَأَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ


Mafhumnya: Barang siapa berpuasa Ramadhan dan mengikutinya dengan puasa 6 hari pada bulan Syawwal, keluarlah dosa-dosanya (sehingga dia menjadi bersih dari dosa) seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya. (Riwayat Imam at-Thabrani)


Ulasan Dr. Mohd Khafidz Soroni (KUIS):


1. Hadis tersebut riwayat at-Thabarani dalam Al-Mujam al-Awsat:


8622 - حدثنا مسعود بن محمد الرملي ثنا عمران بن هارون نا مسلمة بن علي ثنا أبو عبد الله الحمصي عن نافع عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "من صام رمضان وأتبعه ستا من شوال خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه". لم يرو هذا الحديث عن نافع إلا أبو عبد الله الحمصي، تفرد به مسلمة بن علي.


2. Terdapat pada sanadnya Maslamah bin ‘Ali. Kata al-Hafiz al-Haithami dalam Majma‘ az-Zawa’id:

“Terdapat pada sanadnya Maslamah bin ‘Ali al-Khusyani, seorang yang daif.” 

Namun, kebanyakan ulama jarh wa taadil seperti al-Bukhari, Abu Hatim, Abu Zur’ah, an-Nasa’i, ad-Daraqutni dan lain-lain menilainya sebagai perawi yang amat daif. Justeru, al-Hafiz az-Zahabi dan al-Hafiz Ibn Hajar merumuskan statusnya sebagai matruk (ditinggalkan). Walaupun beliau amat daif, namun tiada ulama jarh wa taadil yang mengecapnya sebagai pendusta atau pemalsu hadis (متهم بالكذب أو بالوضع).


3. Ini hanyalah dari aspek sanad. Manakala dari aspek matan, ia tidak mengandungi perkara yang aneh kerana kelebihan seperti itu juga warid bagi orang yang berpuasa dan berqiyam Ramadan, sebagaimana dalam riwayat Imam Ahmad, an-Nasa'i dan Ibn Majah:


روي عن عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فَرَضَ صِيَامَ رَمَضَانَ عَلَيْكُمْ وَسَنَنْتُ لَكُمْ قِيَامَهُ فَمَنْ صَامَهُ وَقَامَهُ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ". (رواه أحمد والنسائي وابن ماجه) 


Manakala kelebihan hadis di atas adalah bagi orang yang berpuasa Ramadan dan berpuasa 6 hari dalam Syawal. Kelebihan besar seperti itu turut warid bagi amalan yang lebih pendek daripada itu, iaitu bagi orang yang berwuduk dengan sempurna dan bersolat dengan khusyuk, seperti berikut:


عن عقبة بن عامر رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "ما من مسلم يتوضأ فيسبغ الوضوء، ثم يقوم في صلاته فيعلم ما يقول إلاّ انفتل وهو كيوم ولدته أمه". (رواه الحاكم وقال: صحيح الإسناد)


4. Oleh kerana ia berkaitan fadhail amal sahaja, maka al-Hafiz al-Munziri masih merekodkannya di dalam kitabnya At-Targhib wat Tarhib dengan lafaz tamridh (رُوِي) yang menunjukkan kedaifannya. Penggunaan hadis berkaitan fadhail amal melalui kaedah ‘selagi mana tidak sampai ke tahap palsu’ adalah manhaj ramai ulama hadis seperti Imam al-Baihaqi, al-Hafiz al-Munziri, Imam Ibn as-Solah, Imam an-Nawawi dan lain-lain. 



https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1576936949140272&id=558058371028140

Selain turut menggunakan kaedah ‘memastikan matan hadis tidak mengandungi perkara yang menyalahi usul atau dalil syarak’. Metod ini turut diikuti oleh ramai ulama fiqah dan ulama tasawuf.


5. Manakala yang menolak hadis ini walaupun untuk fadhail amal adalah kerana sanadnya yang amat daif, seiring dengan syarat yang telah ditetapkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dan diikuti oleh ramai ulama hadis selepasnya. 


6. Maka, isu di sini adalah isu metod; yang manakah lebih baik? Ya, metod al-Hafiz Ibn Hajar sudah tentu lebih baik dan cermat. Namun, dalam perbahasan ilmiah tiada siapa yang berhak untuk ‘memaksakan’ sesuatu pandangan ke atas orang lain. Sebagaimana kita juga tidak berhak, misalnya untuk memaksa ulama Hanafi dan ulama Maliki menolak kehujahan hadis mursal. 


Mengaib atau menyesatkan metod hadis yang tidak kita pilih, bukanlah cara dan adab para alim ulama yang muktabar.  


Wallahu a‘lam.

................................


(Penjelasan oleh Dr. Mohd Khafidz Soroni, Ketua Kluster Hadis, Majlis Akademik ISLAMI)

Status Kelebihan Gaharu Dan Oud




 Status Kelebihan Gaharu dan Oud


Ulasan Dr Khafidz Soroni :


Kelebihan gaharu atau oud memang ada disebutkan dalam hadis Nabi SallaLlahu'alaihi wasallam yang sahih sepertima yang dinyatakan dalam info tersebut. Cuma perenggan kedua di atas seperti mengulang semula hadis tersebut, tidak disusun secara ilmiah dan bercampur dengan syarah hadis. Di bawah ini saya cuba terjemahkan semula dengan terjemahan bahasa Malaysia;


عن أُمِّ قَيْسٍ بِنْتِ مِحْصَنٍ، قَالَتْ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، يَقُولُ: عَلَيْكمْ بِهذا الْعُودِ الْهِنْدِيِّ فَإِنَّ فِيهِ سَبْعَةَ أَشْفِيَةٍ، يُسْتَعَطُ بِهِ مِنَ الْعُذْرَةِ، وَيُلَدُّ بِهِ مِنْ ذَاتِ الْجَنْبِ. (أخرجه البخاري ومسلم وغيرهما، وفي رواية: بالقسط، وهو العود الذى يتبخر به)


Daripada Ummu Qais bint Mihsan RadiyaLlahu 'anha katanya: Aku dengar Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda: “Hendaklah kalian menggunakan oud hindi (gaharu) ini. Sesungguhnya terdapat padanya 7 penawar, ia boleh digunakan untuk merawat masalah kahak dan ditelan untuk sakit radang paru-paru”. (HR al-Bukhari, Muslim dan lain-lain. Dalam riwayat lain: al-qust, seerti dengan oud)


كَانَ ابْنُ عُمَرَ «إِذَا اسْتَجْمَرَ اسْتَجْمَرَ بِالْأَلُوَّةِ، غَيْرَ مُطَرَّاةٍ، وَبِكَافُورٍ يَطْرَحُهُ مَعَ الْأَلُوَّةِ» ثُمَّ قَالَ: «هَكَذَا كَانَ يَسْتَجْمِرُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ». (رواه مسلم والنسائي وابن حبان)

Ibn ‘Umar RA apabila membakar wangian, beliau membakar gaharu tanpa sebarang campuran dan dengan kapur barus yang dibakar bersama gaharu. Kemudian katanya: “Beginilah cara Rasulullah SallaLlahu 'alaihi wasallam membakar wangian”. (Hadis Riwayat Muslim, an-Nasaie dan Ibn Hibban)


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1680135762153723&id=558058371028140

POLEMIK UMUR SAIDATINA KHADIJAH SEMASA BERKAHWIN DGN NABI SAW

 POLEMIK UMUR SAIDATINA KHADIJAH SEMASA BERKAHWIN DGN NABI SAW

تحقيق القول في عمر جديجة عندما تزوجها الرسول 


Oleh : PU Salman 


Baru2 ni saya ditanya oleh sahabat saya us Halim Din tentang satu video (dibawah) seorang pengacara menukilkan pendapat mengatakan umur Khadijah 28 tahun semasa berkahwin dgn Nabi saw dan umur 40 itu dari syiah. Malahan pengacara itu mengatakan umur 40 tidak sahih. Ini seolah2 tidak meraikan khilaf, malahan ramai ulama yg berpegang kata 40.


PENDAPAT ULAMA YANG KATA 40


Ibnu Saad dalam kitab Tobaqat meriwayatkan:


أخبرنا محمد بن عمر، أخبرنا المنذر بن عبد الله الحزامي، عن موسى بن عقبة عن أبي حبيبة، مولى الزبير قال: سمعت حكيم بن حزام يقول: تزوج رسول الله صلى الله عليه وسلم خديجة وهي ابنة أربعين سنة، ورسول الله صلى الله عليه وسلم ابن خمس وعشرين سنة،


Hakim bin hizam berkata:

Rasulullah saw berkahwin dengan Khadijah semasa Khadijah berumur 40 tahun dan Rasulullah berumur 25 tahun.


Perawi Muhammad bin Umar al-waqidi ini ulama bersilisih pendapat . ada yang mengatakannya thiqah dan ada yang mengatakannya lemah malahan ada menuduhnya berdusta (matruk). Kata ulama mungkin ia diterima dalam periwayatan sirah dan bercampur aduk dalam periwayatan hadis.


Imam Ibnu Abdul Barr berkata:


كانت إذ تزوجها رسول الله صلى الله عليه وسلم بنت أربعين سنة، فأقامت معه صلى الله عليه وسلم أربعا وعشرين سنة، وتوفيت وهي بنت أربع وستين سنة وستة أشهر


Khadijah berumur 40 tahun semasa dikahwini Nabi saw, hidup bersama Nabi saw 24 tahun dan meninggal Ketika umur 64 tahun. (isti’ab mi makriftil ashab)


Ibnu Imad :


وتزوج خديجة وهو ابن خمس وعشرين سنة وهي بنت أربعين على الصحيح فيهما 


Nabi saw berkahwin dgn khadijah saw umur Ketika umur 25 dan Khadijah umur 40 ituk pendapat yg sahih.(syazaratus zahab)


Ibnu Burhan al-halabi berkata:


وتزوجها رسول الله صلى الله عليه وسلم وهي يومئذ بنت أربعين سنة. قال: وقيل خمس وأربعين سنة، وقيل ثلاثين، وقيل ثمان وعشرين


Rasulullah saw mengahwini Khadijah semasa Khadijah umur 40 tahun. Pendapat lemah kata 45tahun, 30 tahun dan 28 tahun.(Isanul Uyun  fi sirati amin makmun)


Syeikh Musa Rasyid al-Azami (ahli sirah masa kini) berkata:


Adalah umur khadijah semasa berkahwin dengan Nabi saw adalah 40 tahun.(Lu’lu’ maknun fi Sirah Ma’mun)


Imam Muhammad bin Yusuf as-Solehi seorang ahli sejarah Islam yg ulung berkata:


“Pendapat umur Khadijah 40 tahun masa berkahwin dengan Nabi saw adalah pendapat sahih yg masyhur.”(subulul huda war rasyad – sebuah ensiklopedi sirah yang hebat )

Ibnul Athir berkata:


 كان عمرها حينئذ أربعين سنة


Umur Khadijah Ketika itu 40 tahun.(asadul ghabah)


Imam Mulla Ali al-Qari berkata:


تزوجها رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن خمس وعشرين سنة ولها يومئذ أربعون سنة


Rasulullah saw berkahwin dgn khadijah Ketika baginda berumur 25 dan Khadijah 40 tahun.(Jam’ul wasail)


Ibnu hajar al-Asqalani berkata:


وعن حكيم بن حزام أنها كانت أسنَّ من النبي صلى اللَّه عليه وسلّم بخمس عشرة سنة


Dari hakim bin hizam berkata : Khadijah lebih berusia dari Nabi saw 15 tahun.


Abu Hasan Ali an-Nadawi berkata:


Umur Khadijah berumur 40 tahun . beliau merujuk kepada sirah ibnu hisyam dan sirah ibnu kathir.(Sirah Nabawiyyah)


ULAMA YANG MENGATAKAN SAIDATINA KHADIJAH BERKAHWIN DGN NABI DGN UMUR LEBIH MUDA DARI 40


Ibnu saad meriwayatkan:


أخبرنا هشام بن محمد بن السائب، عن أبيه، عن أبي صالح عن ابن عباس قال: كانت خديجة يوم تزوجها رسول الله صلى الله عليه وسلم ابنة ثمان وعشرين سنة


Ibnu Abbas berkata: adalah Khadijah semasa berkahwin dengan Nabi berumur 28 tahun.

Perawi hadis ini hisyam al-kalbi adalah sangan doif iaitu berstatus matruk.


Ibnu asakir meriwayatkan Khadijah beumur 30 tahun (Tarikh dimasyq)


KHULASAH


Ulama sirah tidak sepakat tetapi lebih ramai yang mengatakan 40 , mengapa pengacara itu kata ini pendapat tidak sahih dan menuduh ia dari syiah. kita boleh berpegang umur 28 ka , 30 ka malahan ada pendapat sebut 45 tahun tetapi bila masuk TV dan bagitau 40 tu pendapat tidak sahih dan syiah sehingga boleh mengelirukan masyarakat , ini yang tak bagus.


Sumber :


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3716345408484716&id=100003278813911&ref=content_filter




Amalan Bulan Rejab

 Artikel Berkaitan Bulan Rejab 


1. Status Hadis “Rejab adalah bulan Allah, Syaa’ban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatKu”? 


https://m.facebook.com/sawanih/photos/a.558069754360335/576388669195110/?type=3 


2. Amalan di Bulan Rejab 


https://m.facebook.com/sawanih/photos/a.558069754360335/575814695919174/?type=3 


3. Status Doa Bulan Rejab 


https://m.facebook.com/sawanih/photos/a.558069754360335/934929146674392/?type=3 


4. Artikel Bulan Rejab - Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim 


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1176931252474179&id=558058371028140