Halaman

Selasa, 13 Mac 2018

Hukum Angkat Tangan Ketika Berdoa Semasa Khatib Berdoa

Mengangkat tangan ketika berdoa termasuk ketika mendengar khatib berdoa.

Oleh : Pro. Dr. Asmadi Mohamed Naim

ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺮﻣﻠﻲ ﻓﻲ ﻧﻬﺎﻳﺔ ﺍﻟﻤﺤﺘﺎﺝ : )" ﻭ ‏) ﻳﺴﻦ ‏( ﺭﻓﻊ ﻳﺪﻳﻪ ‏) ﻓﻴﻪ ‏( ﺃﻱ ﻓﻲ ﺍﻟﻘﻨﻮﺕ ﻋﻨﺪﻫﻢ ‏) ، ﻭﻓﻲ ﺳﺎﺋﺮ ﺍﻷﺩﻋﻴﺔ ﺍﺗﺒﺎﻋﺎً، ﻛﻤﺎ ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﻴﻬﻘﻲ ﻓﻴﻪ ﺑﺈﺳﻨﺎﺩ ﺟﻴﺪ، ﻭﻓﻲ ﺳﺎﺋﺮ ﺍﻷﺩﻋﻴﺔ ﺍﻟﺸﻴﺨﺎﻥ ﻭﻏﻴﺮﻫﻤﺎ ".

Berkata al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj: Disunatkan menadah dua tangan ketika qunut. Demikian juga disunatkan menadah tangan pada semua doa sebagai ittiba' (mengikut kesunnahan menadah tangan ketika qunut) sebagimana diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang jayyid (baik) dan pada kesemua doa-doa sebagaimana riwayat Syaikhan dan selain daripada mereka.

ﻭﺳﺌﻞ ﺍﺑﻦ ﺣﺠﺮ ﺍﻟﻬﻴﺘﻤﻲ ﻓﻲ : " ﺍﻟﻔﺘﺎﻭﻯ ﺍﻟﻔﻘﻬﻴﺔ ﺍﻟﻜﺒﺮﻯ " ﻋﻦ ﺭﻓﻊ ﺍﻟﻴﺪﻳﻦ ﺑﻌﺪ ﻓﺮﺍﻍ ﺍﻟﺨﻄﺒﺘﻴﻦ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﺠﻤﻌﺔ ﻫﻞ ﻫﻮ ﻣﺴﺘﺤﺐ ﺃﻭ ﺑﺪﻋﺔ؟ ﻓﺄﺟﺎﺏ : " ﺭﻓﻊ ﺍﻟﻴﺪﻳﻦ ﺳﻨﺔ ﻓﻲ ﻛﻞ ﺩﻋﺎﺀ ﺧﺎﺭﺝ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﻧﺤﻮﻫﺎ ﻭﻣﻦ ﺯﻋﻢ ﺃﻧﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻟﻢ ﻳﺮﻓﻌﻬﻤﺎ ﺇﻻ ﻓﻲ ﺩﻋﺎﺀ ﺍﻻﺳﺘﺴﻘﺎﺀ ﻓﻘﺪ ﺳﻬﺎ ﺳﻬﻮﺍً ﺑﻴﻨﺎً ﻭﻏﻠﻂ ﻏﻠﻄﺎً ﻓﺎﺣﺸﺎً، ﻭﻋﺒﺎﺭﺓ ﺍﻟﻌﺒﺎﺏ ﻣﻊ ﺷﺮﺣﻲ ﻟﻪ : ‏( ﻳﺴﻦ ﻟﻠﺪﺍﻋﻲ ﺧﺎﺭﺝ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﺭﻓﻊ ﻳﺪﻳﻪ ﺍﻟﻄﺎﻫﺮﺗﻴﻦ ‏) ﻟﻼﺗﺒﺎﻉ ... ﻭﻗﺎﻝ : ﻣﻦ ﺍﺩﻋﻰ ﺣﺼﺮﻫﺎ ﻓﻬﻮ ﻏﺎﻟﻂ ﻏﻠﻄﺎً ﻓﺎﺣﺸﺎً، ﻭﻫﺬﻩ ﻟﻜﻮﻧﻬﺎ ﻣﺜﺒﺘﺔ ﻣﻘﺪﻣﺔ ﻋﻠﻰ ﺭﻭﺍﻳﺘﻬﻤﺎ ﻛﺎﻥ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻻ ﻳﺮﻓﻊ ﻳﺪﻳﻪ ﻓﻲ ﺷﻲﺀ ﻣﻦ ﺍﻟﺪﻋﺎﺀ ﺇﻻ ﻓﻲ ﺍﻻﺳﺘﺴﻘﺎﺀ، ﻭﺍﺳﺘﺤﺐ ﺍﻟﺨﻄﺎﺑﻲ ﻛﺸﻔﻬﻤﺎ ﻓﻲ ﺳﺎﺋﺮ ﺍﻷﺩﻋﻴﺔ، ﻭﻳﻜﺮﻩ ﻟﻠﺨﻄﻴﺐ ﺭﻓﻌﻬﻤﺎ ﻓﻲ ﺣﺎﻝ ﺍﻟﺨﻄﺒﺔ ﻛﻤﺎ ﻗﺎﻟﻪ ﺍﻟﺒﻴﻬﻘﻲ ".

Ibn Hajar ditanya sebagaimana dalam kitabnya al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra mengenai menadah tangan berdoa selepas selesai dua khutbah Jumaat(doa di akhir khutbah) pada hari Jumaat, adakah ia mustahab atau bid'ah?

Beliau menjawab: tadah tangan berdoa adalah sunnah pada setiap doa di luar solat dan selainnya. Sesiapa yang menyangka Nabi sAW tidah menadah tangan kecuali pada doa istisqa, sesungguhnya dia telah ditimpa kelupaan yang nyata dan juga kesalahan yang serius.

Kata-kata al-Ubab: disunatkan menadah tangan berdoa ketika diluar solat adalah untuk ittiba. Dan berkata: Dan sesiapa yang mengkhususkan menadah tangan hanya utk doa istisqa, sesungguhnya telah nyata salah. ini adalah kerana hadis menadah tangan adalah menetapkan sesuatu(muthbitah) dan ia (hadis yg menetapkan)lebih utama ( dipegang dan diamalkan ) daripada hadis riwayat syaikhan yang menyebut Nabi SAW adalah tidak mengangkat tangan berdoa kecuali pada doa istisqa.

Al-Khattabi mengatakan mustahab menadah tangan keduanya pada semua doa, namun makruh pada khatib (tidak makruh pada makmum) menadah tangan ketika berkhutbah sebagimana riwayat al-Baihaqi.

Habis nukilan...

Jadi amalkan menadah tangan ketika berdoa kerana ianya berpahala kerana mengikut Nabi SAW (ittibak) yang menadah tangan ketika berdoa. Allahu al-musta'an

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1525962464138139&id=100001732002898

Tiada ulasan:

Catat Ulasan