Halaman

Isnin, 20 Mac 2017

Kenduri Arwah - Fatwa Ulamak Fathani





Kenduri Arwah - Lujnah Ulama Fathani

Dalam buku"Ulama Besar Dari Fathani" susunan Ustaz Ahmad Fathi al-Fathani yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, disebut kisah seorang ulama Fathani Darussalam, Haji Abdullah Bendang Kebun yang menulis sebuah kitab berjodol "al-Kawaakibun-Nayyiraat fi Raddi Ahlil-Bida` wal 'Aadaat" di mana beliau memfatwakan bahawa buat makan kematian atau kenduri arwah selepas kematian itu bid`ah makruhah dan boleh menjadi haram. Fatwanya ini lebih kurang sama dengan fatwa-fatwa tokoh-tokoh anti tahlil dan kenduri arwah zaman kita ini.

Fatwa ini telah membuat keluh-kesah dan perpecahan dalam masyarakat di wilayah-wilayah Fathani yang rata-rata mengamalkan tradisi bertahlil dan berkenduri arwah ini. Menyedari hakikat ini, maka Lujnah Ulama Fathani telah mengambil inisiatif untuk mengadakan mudzakarah dan mesyuarat berhubung isu ini yang dihadiri oleh 17 orang ulama ternama Fathani termasuklah Haji Abdullah Bendang Kebun tersebut.

Yang Dipertua Lujnah, Tuan Guru Haji Abdur Rahman mempengerusikan mesyuarat tersebut yang berjalan dengan lancar serta membuahkan keputusan dan natijah yang memuaskan. Setelah hujjah-hujjah pihak yang menentang dan menyokong dikemukakan, mesyuarat tersebut telah mencapai keputusan dan mengeluarkan satu resolusi pada 21 Januari 1974 yang antara lain menyebut:-

Ahli si mati membuat makanan kerana kematian untuk sedekah pahala kepada mayyit dengan ketiadaan menyeru (mengundang - p) oleh mereka, hukumnya sunnat dengan ittifaq Lujnah Ulama Fathani.

Ahli si mati membuat makanan dan memanggil mereka itu akan manusia pergi makan kerana qasad sedekah pahalanya, dan (meng) hadiah (kan) pahala jamuan itu kepada mayyit, maka hukumnya boleh (harus) kerana masuk dalam nas ith`aam yang disuruh dalam hadits Thaawus, kerana ith`aam itu melengkapi jamuan di rumah si mati atau di tempat lain.

Ahli si mati membuat makanan di rumahnya atau di rumah si mati pada hari mati atau pada hari yang lain kerana mengikut adat istiadat, tidak kerana qasad ibadah dan niat pahalanya kepada mayyit, maka hukumnya makruh dengan ittifaq ahli Lujnah Ulama Fathani.

Ahli si mati membuat makanan daripada tirkah yang bersabit dengan umpama hak anak yatim atau kerana dipaksa ahli si mati membuatnya dengan tidak sukarelanya dan ikhlas hatinya, maka hukumnya haram dengan ittifaq ahli Lujnah Ulama Fathani.

Menghukum sesuatu hendaklah dibuat secara teliti dan tafsil melihat rupa bentuk sesuatu, bukan menghukum secara membabi-buta dan main pukul rata haram dan bid`ah dhalalah sahaja. Lihat dahulu keadaannya, bagaimana hendak dihukumkan haram jika ahli mayyit yang telah aqil baligh dengan rela hati tanpa terpaksa dan tidak merasa susah untuk menjemput jiran-jiran dan kenalan untuk hadir ke rumah si mati untuk berdoa buat si mati dan kemudian dijemput makan yang semuanya diniatkan sebagai sedekah kepada si mati.

Yang ditentang oleh ulama kita ialah mereka yang menjalankannya sehingga menyusahkan diri dan keluarga si mati atau semata-mata menjalankan adat atau lebih jahat lagi dengan niat bermuka-muka atau riak. Ini yang difatwakan oleh Sayyidi Ahmad Zaini dalam "I`anathuth - Tholibin" yang sengaja dikelirukan oleh Ustaz Rasul yang dikasihi dengan sengaja meninggal menterjemahkan soalan yang dikemukakan kepada Sayyidi Ahmad dan jawapan beliau sepenuhnya. Menghukum haram secara total amatlah tidak wajar dan tindakan sembrono.

Akhirul kalam, satu soalan, adakah ulama-ulama Fathani yang membuat resolusi di atas tidak membaca kitab Tok Syaikh Daud dan Tuan Minal ? Siapa yang baca dan faham kehendak ibarat kitab-kitab tersebut ? Mereka atau yang dikasihi Ustaz Rasul kita ? Tepuklah dada masing-masing.

Allahumma hidayatan wa taufiqan ilal haqqi wash showab.

Sumber: Bahrussofa

Ahad, 19 Mac 2017

Adab-Adab Berdebat

Oleh : Maulana Lutfi terjemahan dari kitab Maulana Asyraf Ali Tanwi didalam kitabnya Tuhfah Ulama

Fawaid Tanwi

Bidang Munazoroh

1- Debat adalah satu bidang yang khusus. Ia mempunyai kaedah yang tertentu

2- Kaedahnya berasaskan dalil akli

3- Jika sesuatu debat itu dilaksanakan tanpa mematuhi usul dan kaedah tersebut maka dia hanyalah sebuah debat yang sia-sia

4- Faedah debat ialah kerana aliran batil bertambah setiap zaman dan mereka aktif menyebarkan kebatilan mereka. Sekiranya mereka dibiarkan tanpa disanggah maka masyarakat umum akan terpengaruh dengan kebatilan dan kesesatan mereka

5- Dengan memberi jawaban terhadap kebatilan mereka terdapat dua faedah. Pertama menyelamatkan masyarakat awam dan yang kedua dalam sesetengah situasi mungkin mereka yang berada dalam aliran salah dan batil mendapat hidayah dan petunjuk

6- Dalam menangani masalah aliran batil terdapat dua cara

7- Pertama debat secara bersemuka atau secara bertulis dibuat terus dengan aliran tersebut

8- Yang kedua tidak dibuat debat secara langsung dengan mereka tetapi dibuat ceramah dan penerangan umum tanpa dibuat debat khas.

9- Didalam ceramah umum tersebut dijelaskan dan diwar-war kan perkara yang sebenar dan disanggah segala kebatilan

10- Ataupun secara ringkasnya kita menggunakan kaedah kamu serang kami terang

11- Dalam situasi berdebat dengan ahli batil yang dijangka tidak akan mendatangkan faedah kerana mereka mengamalkan polisi 'keras kepala' maka menganjurkan debat adalah perbuatan sia-sia.

12- Adalah lebih baik dalam situasi seperti ini disebar luaskan perkara haq diulang-ulang dalam setiap majlis supaya hak terpahat dan tersemat dalam diri masyarakat

13- Inilah cara para Nabi mereka tidak membazirkan masa berdebat dengan orang kafir yang keras kepala

Berdebat dalam masalah fiqh khilafiyyah

14- Kebanyakan masalah fiqh adalah perkara khilaf

15- Masalah khilafiyyah seperti ini hanya ulama bidang sahaja yang boleh membincangkannya

16- Syarat perbincangan ialah jangan ia disertai oleh kemarahan dan kebencian

17- Setiap pembahas jangan beriktikad bahawa pendapatnya secara qati'e adalah hak dan pendapat lawan secara qati'e adalah batil

18- Masing-masing memasang azam dan niat akan meninggalkan pendapatnya sekiranya ternyata salah

19- Hendaklah perbahasan tersebut tidak dibuat di hadapan awam

20- Sekiranya ia dibuat secara bersemuka , hanya kumpulan khas sahaja yang dibenarkan menghadirinya

21- Sekiranya secara bertulis jangan ditulis dengan bahasa yang boleh difahami umum

22- Contohnya di India ditulis dalam bahasa Arab. Supaya sekiranya terdedah kepada awam maka ia tidak menjadi punca perbalahan

23- Inilah cara ulama silam

24- Bukan seperti hari ini golongan yang mengatakan qunut tidak sunat mereka menganggap orang yang membaca qunut semuanya sesat dan pelaku bidah. Begitu juga sebaliknya golongan yang membaca qunut menganggap mereka yang tidak membaca qunut sebagai sesat

25- Puncanya ialah para asatizah yang bercakap tidak kena pada tempatnya dan kepada orang yang salah

Syarat debat

26- Masalah yang ingin didebatkan ialah perkara yang penting dan maksud didalam agama

27- Niat didalam hati saya akan berpegang dengan kebenaran ketika ia muncul walaupun diatas lidah lawan saya

28- Bersikap kasih terhadap lawan

29- Sekiranya lawan tidak layak dikasihi maka hendaklah debat dijalankan dengan mengamalkan sifat sabar dan insaf

30- Sekiranya terdapat petunjuk yang menandakan pihak lawan mengamalkan polisi sombong dan keras kepala maka tinggalkan sahaja perdebatan itu

31- Menjaga bahasa dan akhlak

32- Berani mengatakan saya tidak tahu pada perkara yang kita tidak tahu dan faham

33- Sekiranya perdebatan tidak mematuhi syarat ini seperti banyak perdebatan yang berlaku pada zaman ini maka secara pasti ia hanyalah perdebatan yang membawa mudharat sahajaberbanding kebaikan

Hukum syarak perdebatan dan perbahasan

41- Hukum perdebatan pada asalnya adalah harus

42- Hukumnya boleh berubah dari harus kepada haram dalam keadaan tertentu

43- Perdebatan dalam masalah qat'ie seperti perbezaan antara agama Islam dan kufur ataupun perbezaan antara perkara yang telah disepakati ia adalah sunnah atau bidah

44- Perdebatan dalam perkara diatas boleh dibahagikan kepada dua keadaan.

45- Pertama: Seseorang yang terjebak dalam iktikad batil. Dia datang mencari seseorang dari ahli haq yang boleh menjawab persoalannya. Dia berada dalam persimpangan mencari jawaban. Dalam situasi ini adalah menjadi kefarduan keatas sesiapa yang mampu untuk menjawab dan berhujah menerangkan yang benar untuk melakukan yang demikian itu kepadanya

46- Kedua : Pihak yang kita berbahas dengan mereka tidak datang sendiri mencari kebenaran. Tetapi kita melihat mereka ada potensi menerima kebenaran. Dalam keadaan ini hukum berbahas dengan mereka termasuk dalam hukum tabligh iaitu menyampaikan kebenaran. Perkara yang sunat disampaikan maka berbahas berkenaan dengannya hukumnya sunat dan perkara yang wajib disampaikan hukum berbahas tentangnya adalah wajib

47- Adalah sunat berdebat dalam situasi pihak lawan tidak datang sendiri dan juga tiada harapan mereka akan menerima kebenaran, Juga jika berdebat tidak akan mendatangkan mudarat umum dan ia tidak akan merosakkan perkara yang penting. Maka dalam situasi ini hukum berdebat adalah sunat
Perdebatan yang haram

48- Berdebat menjadi haram dalam keadaan berikut

- Pihak lawan tiada harapan akan menerima kebenaran
- Dikhuatiri perdebatan itu akan mendatangkan mudharat umum contohnya ia menyebabkan orang awam terkeliru dan timbul keraguan dalam akidahnya
- Ia menyebabkan perkara penting dalam agama terjejas contohnya terjejas urusan madrasah dan tabligh
- Perdebatan itu berlaku dalam tajuk yang kita dilarang membincangkannya seperti isu takdir

Keburukan berdebat

49- Maulana Asyraf Ali Tanwi berkata," Semasa zaman belajar saya sangat mengemari debat kemudian pada hari ini saya sangat tidak menyukainya"

50- Perdebatan zaman sekarang ini tidak berfaedah kerana kebanyakannya menjadikan orang awam sebagai hakim

51- Terkadang apabila pembahas tidak dapat membawa dalil bagi hujahnya kerana terlupa dan sebagainya sedangkan dia di pihak benar maka orang awam yang jahil terus membuat kesimpulan mudah bahawa pandangan yang di bawa pembahas itu salah

52- Antara keburuknnya ia dijadikan medan untuk menghina dan memalukan orang

53- Dengan sebab dianjurkan perdebatan kita menyebarkan kebatilan tanpa sengaja. Daripada orang tidak tahu menjadi tahu. Sekiranya kita mengambil sikap tidak peduli dan memberi "vote" lama kelamaan pandangan itu akan terkubur di telan masa

54- Perdebatan membuka ruang ulama dihina di kaca mata masyarakat

55- Mereka memandang ulama ini kerjanya bertelagah

56- Lalu mereka mengambil pendekatan untuk meninggalkan semua ulama

57- Sekiranya mereka menyokong mana-mana ulama maka mereka akan mengecam ulama di pihak lawan

58- Terbuka ruang mengumpat

59- Terbuka ruang menista dan mengeji

60- Terkadang membawa kepada pergaduhan fizikal sesama mereka



Sumber :

1. https://www.facebook.com/tokkenali.kitabarab/posts/786711198171099
2. https://www.facebook.com/tokkenali.kitabarab/posts/786723748169844
3. https://www.facebook.com/tokkenali.kitabarab/posts/786728701502682
4. https://www.facebook.com/tokkenali.kitabarab/posts/786771731498379
5. https://www.facebook.com/tokkenali.kitabarab/posts/786884031487149
6. https://www.facebook.com/tokkenali.kitabarab/posts/787241038118115
7. https://www.facebook.com/tokkenali.kitabarab/posts/787309998111219
8. https://www.facebook.com/tokkenali.kitabarab/posts/787333648108854

Khamis, 16 Mac 2017

Benarkah Solat Orang Lelaki dan Wanita Adalah SAMA ?

Oleh : Ustaz Abdul Rahman Dan Zaujah.

SOLAT ORANG PEREMPUAN.

Ada satu video yang dikongsikan oleh rakan-rakan di mana dalam video tersebut, ada seorang artis mengatakan dengan tegas bahawa solat orang perempuan sama seperti solat lelaki sehinggakan kalau sujud pun tak payah nak rapatkan ketiak. Artis tersebut dengan penuh confident mengatakan bahawa perbuatan merapatkan ketiak tu SALAH.

Baik. Sekarang kita tengok, apakah pandangan EMPAT MAZHAB dalam hal ini:

M A Z H A B H A N A F I :

Disebutkan dalam Kitab Al-Durr Al-Mukhtar:

( والمرأة تنخفض ) فلا تبدي عضديها ( وتلصق بطنها بفخذيها ) لأنه أستر ، وحررنا في الخزائن أنها تخالف الرجل في خمسة وعشرين .

"Dan (ketika sujud) wanita hendaklah lengannya diturunkan / direndahkan (ke lutut) supaya dia tidak menzahirkan kedua lengannya. Dan hendaklah dia MERAPATKAN perutnya dengan kedua pehanya kerana yang demikian itu lebih tertutup. Dan kami telah tulis dalam Al-Khazain (mungkin nama kitab Hanafi) bahawa (solat) wanita berbeza dengan lelaki dalam 25 perkara".

M A Z H A B M A L I K I :

1) Kata Ibnu Abi Zaid Al-Qairawani dalam Matan Al-Risalah (matan muktabar dalam fiqh Mazhab Maliki):

وهي في هيئة الصلاة مثله غير أنها تنضم ولا تفرج فخذيها ولا عضديها.

"Dan keadaan wanita dalam solat ialah seperti orang lelaki, cuma wanita MERAPATKAN dan tidak meluaskan kedua pehanya dan KEDUA LENGANNYA".

2) Kata pengarang Al-Syarh Al-Kabir:

أن المرأة يندب كونها منضمة في ركوعها وسجودها

"Bahawasanya wanita disunatkan MERAPATKAN (anggota badannya) ketika rukuk dan sujudnya"

Kemudian Imam Al-Dusuqi menghuraikan maksud kalam di atas dalam Hasyiah-nya:

أي بحيث تلصق بطنها بفخذيها ومرفقيها بركبتيها

"Iaitu: wanita hendaklah MERAPATKAN perutnya dengan pehanya, dan sikunya dengan lututnya".

M A Z H A B S Y A F I E :

1) Untuk Mazhab Syafie, kita bagi Matan Abi Syuja' je lah:

والمرأة تضم بعضها إلى بعض.

"Dan wanita MERAPATKAN anggotanya antara satu sama lain".

2) Atau kalau nak rujuk Imam Syafie terus pun boleh. Kata beliau dalam Kitab Al-Umm:

والرجل والمرأة في الذكر والصلاة سواء ولكن آمرها بالاستتار دونه في الركوع والسجود بأن تضم بعضها إلى بعض

"Dan lelaki serta wanita adalah sama dalam hal zikir dan solat. Tetapi aku memerintahkan agar wanita menutup selain daripada apa yang dilakukan oleh lelaki ketika rukuk dan sujud, iaitu dengan MERAPATKAN sebahagian anggotanya dengan sebahagian yang lain"

M A Z H A B H A N B A L I :

Imam Ibnu Qudamah menyebutkan dalam matan Fiqh Hanbali yang masyhur yang bernama Al-Muqni':

والمرأة كالرجل في ذلك كله ، إلا أنها تجمع نفسها في الركوع والسجود

"Dan wanita sama seperti lelaki dalam semua hal tersebut, kecuali wanita menghimpunkan dirinya (merapatkan anggota badannya) ketika rukuk dan sujud".

K E S I M P U L A N :

Keempat-empat mazhab suruh wanita rapatkan lengan ketika sujud dan rukuk.

. . . . .

Sebagai tambahan, al-faqir ingin menyatakan beberapa perkara:

1. Saya bukan nak menyerang. Tapi cuma nak bagi terang. Supaya lepas ni jangan mudah menghukum salah.
2. Saya juga dengan rendah hati ingin menasihatkan artis tersebut agar mencari guru fiqh yang bermazhab dan bukan yang baru nak mula mencipta mazhab. Nasihat ini juga ditujukan kepada semua yang membaca tulisan yang tidak seberapa ini.
3. Akhir sekali, saya menolak sekeras-kerasnya perbuatan orang-orang yang mencaci artis tersebut. Sayangilah dia. Firaun yang jahat tu pun Allah suruh Nabi Musa dakwah dia dengan lembut. Kamu ingat si artis tu lagi jahat dari Firaun ke? Atau kamu rasa kamu lagi mulia dari Nabi Musa?

Akhukum fi Al-Sunnah,
Abdul Rahman Ibn Harman Shah Raniri Al-Azhari Al-Syafie.

Sumber  :  https://www.facebook.com/abdulrahman.zaujah/posts/1916871815216563

Sunnah Mengusap Wajah Selepas Solat


Soalan :
Benarkah mengusap wajah setelah Solat tidak sunnah?

Jawapan :
Sunnah mengusap wajah selepas Solat telah banyak dilakukan oleh umat Islam tersebut adalah berdasarkan Hadis Hasan

Hadith sapu Muka selepas salam solat itu Hasan bukan dhoif jiddan. Kitab fiqh Syafie yang menyatakan sunat sapu muka selepas solat ialah kitab Arab ialah kitab Bughyatul mustarsyidin dan kitab Jawi Munyatul Musolli Syeikh Daud al Fathoni ,Bahrul Wafi Syeikh Nik Mat Kecik, Imam Nawawi juga memuatkan Hadith menyapu muka dengan tangan kanan selepas solat dalam kitabnya al-Azkar pada Bab zikir-zikir selepas solat, Syeikh as-Syawkani dalam kitabnya Tuhfah az-Zakirin. Didapati sebahagian Salaf juga mengamalkan seperti mana tersebut Dalam Kitab Musannaf Abd Razaq .

Status Hadith menyapu muka dengan tangan selepas solat (Jawapan Syeikh Aminuddin, Ahli Fatwa kedah) :

خلاصة القول في حديث مسح الوجه بعد الصلاة : الحديث أخرجه غير واحد من المحدثين ، منهم الطبراني في المعجم الأوسط ، وفي كتاب الدعاء ، وابو نعيم في حلية الأولياء ، والبزار في مسنده ،

ولايخلو بعض سنده من كثير بن سليم، وسلام الطويل ، وزيدالعمي .

وهذا نص المعجم الأوسط:(حدثنا أبومسلم ، ثناحفص بن عمرالحوضي ، ثنا سلام الطويل ، عن زيدالعمي ، عن معاوية بن قرة ، عن أنس بن مالك ، قال: كان رسول الله صلى الله عليه وءاله وسلم اذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ويقول بسم الله الذي لااله الا هو الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عني الغم والحزن) . رقم ٤٦٦٣ .

راجع مجمع البحرين في زوائدالمعجمين .

ونص البزار:(حدثنا الحارث بن الخضرالعطار ، ثنا عثمان بن فرقد ، عن زيد العمي ، عن معاوية بن قرة ، عن أنس بن مالك قال : كان رسول الله صلى الله عليه وءاله وسلم يمسح جبهته بيده اليمنى ، ويقول بسم الذي لااله الا هو الرحيم الرحيم أذهب عني الهم والحزن )راجع كشف الأستار ٢٢/٤.

وكثير وسلام ضعيف باتفاق ، وزيدالعمي وثّقه احمدوالدارقطني وغيره كما في ف يض القدير ٤٠٣/٣ .

ولهذا قال الهيثمي في مجمع الزوائد : (وقدوثقه غير واحد ) .

وقد أخرج داود حديث زيد العمي هذا في سننه رقم ٥٢١ ، و٤١١٩ ، وسكت عليه، فدل سكوته على انه صالح عنده للحتجاج أو للاعتبار على الخلاف ، قال ابوداود :(وليس في كتاب السنن الذي صنفته عن رجل متروك الحديث شيء...وقال:مالم أذكرفيه شيئا فهو صالح ..) وأخرج الترمذي في سننه عن طريقه حديث رقم ٢١٢ ، ثم قال حديث أنس حديث حسن ، وقال الألباني :صحيح .

وهو أي زيد العمي ضعيف عندالجمهور ، وعلى هذا يصح أن نقول حديثه مختلف فيه عندهم ، حسن عند بعضهم، وضعيف عندآخر ، وحكمهم بضعف حديثه هذا مبنيّ على ضعف زيد عند الجمهور .

واذا نظرنا الى سند آخر لا يوجد فيه ضعيف غيره كسندالبزار، لصحّ لنا أن نحسِّن حديثَه هذا على رأي بعضهم الذي وثقه ، لأن الراوي الذي اختلف فيه يحسّن حديثه، لاسيما هناك رواية لايوجدفي سندها زيد وضعيف آخر غيره، وهو ما رواه أسلم في تاريخ واسط ١٣٠/١ :(حدثنا أسلم ، قال ثنا عمار بن خالد ، عن محمد بن يزيد ، عن عنبسة بن عبدالواحد الواسطي عن عمرو بن قيس قال :كان رسول الله صلى الله عليه وءاله وسلم اذا انصرف من صلاته مسح جبهته بيده اليمنى وقال :بسم الله الذي لا اله الا هوعالم الغيب والشهادة الرحمن الرحيم اللهم أذهب عني الهم والحزن ) فأسلم بن سهل ت ٢٩٢ھ ثقة ، وعمار بن خالد ت ٢٦٠ھ ثقة ، ومحمد بن يزيد الواسطي ت ٢٤٨ ھ ثقة ، وعنبسة القرشي الأموي الكوفي ثقة .

ونظرا الى هذا السند يمكننا أن نحسِّن حديث زيد الذي نحن بصدده ،أي يصحّ لنا أن نحكم بحُسنه

ولهذا أقول حديث مسح الجبهة بعد الصلاة لا ينْحطّ الى أسفل درجات الضعف ، وبعبارة أخرى ليس بموضوع جزما ، ولا ضعيف جدا، والله أعلم ، وفي الحقيقة حديث أسلم هذا اختبأته كعدة لي لأقاتل به الوهابيين . وفقنا الله للصواب والحق ، ولما فيه خير لنا في الدارين .

Ada satu sanad lagi riwayat Imam al-Thobrani yg disebut oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-Haithami dalam kitabnya Kasyfu al-Astar di mana dalam hadis ini tidak ada perawi Sallam al-Thowil atau pun Kathir Sulaim. Tempat perawi Sallam al-Thowil telah diganti dgn perawi Othman bin Farqad yg merupakan salah seorang perawi Imam Bukhari. Abu Ishaq bin al-Huwaini anak murid al-Albani pun ada cerita pasal sanad hadis ini dlm kitabnya Tanbihu al-Hajid. Semua perawi lain thiqah kecuali Zaid Ammi yg menjadi khilaf ulama statusnya. Hadis ini menguatkan lagi hadis di atas dan menguatkan di antara satu sama lain.

Kesimpulan hadis sapu muka kedudukannya ialah Hasan Bukan dhoif jiddan

ABU SUNNAH
AHLI SUNNAHWALJAMAAH NEGERI SEMBILAN

PERGILAH BELAJAR ADAB DAHULU..

Oleh : Ustaz Abdul Rahman ar Raniri


Ramai di kalangan masyarakat yang menganggap apabila mereka telah belajar hadith, maka mereka rasa mereka boleh cakap apa sahaja, mereka boleh kritik siapa sahaja, mereka boleh MENYALAHKAN sesiapa sahaja yang tak sehaluan dengan mereka, hatta imam-imam 4 mazhab sekalipun. Seolah-olah apabila dah ada ilmu hadith, dah boleh buat apa sahaja. Teguran yang lembut langsung tak diterima apatah lagi yang tegas. Mereka berterusan dalam keadaan meninggi diri, rasa lebih mulia daripada ahli ilmu yang dalam bidang lain dan tanpa rasa bersalah mereka berkali-kali merendah-rendahkan ahli ilmu yang lain. Lebih daripada itu, mereka rasa merekalah yang paling layak menjadi murajjih dalam apa jua isu.

Golongan seperti ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah ditipu oleh syaitan dengan hijab pengetahuan hadith mereka (talbis iblis). Oleh sebab itu, akhirnya pengetahuan hadith mereka sendiri pun tak dapat menyelamatkan diri mereka daripada ditipu oleh nafsu dan syaitan. Akhirnya jadilah mereka orang yang tahu hadith, tapi miskin adab dan akhlak.

Abdullah Ibnul Mubarak (181H) berkata:

كاد الأدب يكون ثلثي العلم.

"ADAB hampir-hampir menjadi DUA PERTIGA daripada ilmu".
(Sifah As-Sofwah)

Abdullah Ibnul Mubarak juga berkata: Makhlad Ibn Husein (191H) pernah berkata kepadaku:

نحن إلى كثير من الأدب أحوج منا إلى كثير من الحديث.

"Kita lebih berhajat kepada (belajar) ADAB berbanding berhajat kepada banyak (belajar) hadith".
(Al-Jami' li Akhlaq Al-Rawi).

Ibrahim Ibn Habib Al-Syahid (203H) pernah berkata: bapaku telah berpesan kepadaku:

يا بُني إيت الفقهاء والعلماء , وتعلم منهم وخذ من أدبهم وأخلاقهم وهديهم , فإن ذاك احب إلي لك من كثير من الحديث

"Wahai anakku, pergilah kepada para fuqaha' dan ulama'. Belajarlah daripada mereka dan ambillah daripada mereka ADAB, AKHLAK dan petunjuk mereka kerana sesungguhnya itu LEBIH AKU SUKAI DARIPADA BANYAK (BELAJAR) HADITH".
(Al-Jami' li Akhlaq Al-Rawi).

'Isa Ibn Hamadah berkata: Imam Laith Ibn Sa'd (175H) telah memerhatikan para Ahli Hadith. Beliau mendapati ada 'sesuatu' pada diri mereka. Lalu Imam Laith berkata:

ما هذا ؟؟ أنتم إلى يسير من الأدب أحوج منكم إلى كثير من العلم.

"Apakah ini?? Kamu semua (sebenarnya) lebih berhajat kepada SEDIKIT ADAB berbanding BANYAK ILMU".
(Syaraf Ashab Al-Hadith).

Kata Sufyan Ibn 'Uyainah (198H): 'Ubaidullah Ibnu 'Umar (147H) telah memerhatikan Ahli Hadith. Lalu kata beliau:

شنتم العلم وذهبتم بنوره، لو أدركنا وإياكم عمر بن الحطاب لأوجعنا ضربا.

"Kamu semua telah mencemarkan ilmu dan telah MENGHILANGKAN CAHAYANYA. Kalaulah Sayyiduna 'Umar Ibn Al-Khattab sempat (hidup) bertemu dengan kami dan kamu, pasti beliau akan memukul kita semua".
(Syaraf Ashab Al-Hadith).

Kalaulah Sayyiduna 'Umar ada zaman sekarang ni, tak tahulah macam mana..

نسأل الله السلامة..

Sumber : https://www.facebook.com/abdulrahman.zaujah/posts/1902422913328120

Sabtu, 11 Mac 2017

BOLEHKAH ZAKAT UNTUK ORANG KAFIR ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ada apa dengan istilah Muallafat Qulubuhum???
Zakat kepada Non Muslim...

Sedikit perkongsian daripada alfaqer berkenaan kekeliruan masyarakat kini dengan hukum berkaitan dengan zakat adakah dibolehkan zakat diagihkan kepada non muslim ataupun sebaliknya dan apakah dimaksudkan dengan istilah Muallafat Qulubuhum dalam syara'?...

Ini adalah edisi Tahlil Mahal Niza' dek rentetan fatwa yang dikeluarkan oleh jabatan mufti sebuah negeri pasir berdengung pada 7/1/2011 kemudian dikemaskini pada 10/3/2017, berikut kekeliruan terhadap resolusi fatwa tersebut ;

1. Ketiadaan penjelasan dengan jelas berkenaan istilah 'Muallafat Qulubuhum' dari sudut perspektif para fuqaha' dan syarat-syarat dikategorikan individu tertentu sebagai 'Muallafat Qulubuhum' berikut dakwaanya :

 Adapun jika kita melihat pendapat yang lain, sebahagian para fuqaha menyatakan mereka boleh menerima zakat atas peruntukan ‘al-muallafah qulubuhum’ iaitu yang dijinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Ini seperti yang dinaskan oleh al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 60...

Kami menjawab :

i. Asyafie'yyah

وعرف الشافعية المؤلفة قلوبهم بمن يشمل المسلم حديث العهد بالاسلام ، والكافر الذي يرجى اسلامه ، أو يخاف شره ، لكنهم يقولون : يعطى للكافر منهم من غير الزكاة...

Sebagaimana dinukilkan dalam Al-majmu bagi Al-imam Nawawi (m/s 6/189), Ar-raudhah (m/s 2/314) dan Ghoyah Al-qos'wiy bagi Imam Al-baidhowi (1/391): 'Al-muallafat Qulubuhum' ini adalah merangkumi kaum muslimin pada zaman baginda Rasulullah dan golongan kafir yang diharapkan memeluk islam ataupun golongan kafir yang dikhuatiri kejahatanya, maka mereka (ashab syafe'iyyah) berpendapat diberikan kepada golongan kafir tersebut habuan BUKANlah dalam bentuk ZAKAT.

ii. Hanafiyyah

يقول الكاساني الحنفي : ( وأما المؤلفة قلوبهم فقد قيل : أنهم كانوا قوماً من رؤساء ، وصناديد العرب مثل أبي سفيان ، ولهم شوكة وقوة وأتباع كثيرة ، بعضهم أسلم حقيقة ، وبعضهم أسلم ظاهراً لا حقيقة وكان من المنافقين ، وبعضهم كان من المسالمين ، فكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعطيهم من الصدقات تطييباً لقلوب المسلمين عنهم وتقريراً لهم على الاسلام...)

Sebagaimana dinukilkan oleh Imam Al-kasani dalam Bada'ie Sana'ie (m/s 2/904): Adapun dimaksudkan dengan Al-muallafat Qulubuhum adalah pemimpin qabilah yang tidak memeluk islam pada zaman Rasulullah seperti Abu Sufyan yang mempunyai pengaruh, kekuatan dan ideologi yang sangat kuat rata-rata dalam kalangan pemimpin tersebut adanya yang muslim secara hakiki, muslim secara tidak hakiki (munafiq) dan kafir, maka diberikan kepada mereka habuan dalam bentuk SEDEQAH sebagai menjinakan hati dan tanggapan mereka terhadap islam melihatkan pada maslahat pada ketika itu...

iii. Almalikiyyah

ويقول الخرشي : ( المؤلفة قلوبهم كفار يعطون ليتآلفوا على الاسلام) ، هذا هو الصحيح عند المالكية ، ولذلك ذكر القول الثاني بما يشعر الضعف حيث قال : ( وقيل : المؤلفة مسلم حديث عهد بالاسلام يعطى ليتمكن اسلامه )

Sebagaimana dinukilkan oleh Al-kurasyi dalam Syarahnya (m/s 2/217) juga disebutkan dalam Hasyiyah Ad_dusuqi (m/s (1/495) dan dalam Bulghatul Saalik bagi Imam As-sowi (m/s 1/490): -definisi yang sama dengan para imam mazhab yang lain bahkan dikatakan inilah pendapat yang rojih yang mewakili mazhab maliki- sambungan daripada naratif nas nukilan di atas kita akan mendapati bahwa sanya mazhab maliki juga menegaskan habuan yang diberikan oleh Rasulullah adalah berbentuk SEDEQAH, GHONIMAH, FAI'IE dan BUKANlah ZAKAT...

iv. Hanabilah

وعمم الحنابلة المؤلفة للمسلم والكافر ، وقالوا : يعطون منها مطلقاً ، وذكروا أربعة أصناف سواء كانوا مسلمين ، أم كفرة...

Sebagaimana dinukilkan dalam Al-uddah Bil Syarhil Umdah (m/s 142), Al-kafi Fil Fiqhil Imam Ahmad Bin Hanbal bagi Ibnu Qudamah Al-maqdisi (m/s 1/333) dan Al-ahkamul As-sultoniyyah bagi Abi Ya'ala (m/s 132): secara umumnya para fuqaha' hanabilah berargumentasikan TIDAK SEPENDAPAT dengan JUMHUR imam-imam mazhab dalam permasalahan ini seperti tidak menentukan bentuk pemberian  tersebut kepada golongan kafir namun bersepakat pada definisi istilah dan pembahagian golongan tersebut...

Bagaimanakah seorang agamawan yang berkredibilitikan seorang mufti mentarjihkan pendapat yang tidak mewakili jumhur ulama' dalam permasalahan ini bahkan bersikap ketidakadilan dalam menukilkan pandangan Imam-imam mazhab?, Dimanakah kejujuran dan etika Adabul Mufti' Wal Mustafti' Wal Ifta' yang sepatutnya ada pada beliau?...

2. Mufti yang alergik dengan Mazhab Syafie berikut dakwaanya:

Pendapat al-Imam al-Syafi’i r.h tersebut telah menjadi pegangan dalam Mazhab al-Syafi’i. Maka, kita dapati tokoh-tokoh dalam mazhab al-Syafi’i akan menegaskan hal yang sama. Ini seperti al-Imam al-Syirazi dalam al-Muhazzab, al-Imam an-Nawawi dalam al-Majmu’ dan lain-lain. Berdasarkan asas ‘kekufuran’ itu menghalang bukan muslim menerima peruntukan zakat, maka –dalam Mazhab al-Syafi’i mereka tidak boleh menerimanya samada atas tiket kefakiran ataupun muallaf.

Kami menjawab:

Mengapakah perlu melaram sehingga memasuki daerah Fiqhiyyah Hanabilah sedangkan pembahagian permasalahan ini dalam Mazhab Syafie cukup teliti dan sudah melengkapi untuk diamalkan di melaysia pada amnya, wahai mufti yaang bijaksana sudah baca habiskah pandangan Syafieyyah sehinggakan perlu melaram bagai???:

قال الشيرازي والنووي : ( قال أصحابنا : المؤلفة ضربان مسلمون وكفار ، والكفار صنفان ، من يرجى إسلامه ، ومن يخاف شره ، فهؤلاء كان النبي صلى الله عليه وسلم يعطيهم ـ كما ذكرنا ـ من الغنائم ، لا مانع من الزكاة ، لأن الزكاة لا حق فيها للكافر ، وإنما يعطون من سهم المصالح ، وذكر النووي أن الأصح عندهم لايعطون بعد النبي صلى الله عليه وسلم ، وبعضهم قال : لا يعطون إلاّ أن ينزل بالمسلمين حاجة .

  وأما المؤلفة المسلمون فأصناف : صنف لهم شرف في قومهم يطلب بتأليفهم اسلام نظرائهم ، وصنف أسلموا ، ونيتهم في الاسلام ضعيفة فيتآلفون لتقوى نيتهم ، ويثبتوا وكان النبي صلى الله عليه وسلم يعطي هذين .

 وهل يعطون بعده ؟ فيه قولان مشهوران : أحدهما لا يعطون ، لأن الله تعالى أعز الاسلام فأغنى عن التآلف بالمال ، والثاني : يعطون ، لأن المعنى الذي به أعطوا قد يوجد بعد النبي صلى الله عليه وسلم .

 ومن أين يعطون ؟  فيه قولان : أحدهما من الصدقات للآية ، والثاني : من خمس الخمس ، لأن ذلك مصلحة فكان من سهم المصالح .

 وصنف ثالث أي من ـ قوم يليهم قوم من الكفار ـ ان اعطوا قاتلوهم ، ويراد باعطائهم تألفهم على جهادهم ، وصنف رابع قوم يليهم قوم عليهم زكوات ويمنعونها ، فإن أعطي هؤلاء قاتولهم ،وقهروهم على أخذها منهم وحملوها إلى الإمام ، وأن لم يعطوا لم يأخذوا منهم الزكوات واحتاج الامام إلى مؤنة ثقلية لتجهيز من يأخذها .

وهذا الصنفان يعطيان بلا خلاف لكن من أين يعطون ؟ فيه الأقوال الأربعة  ، أحدهما : يعطون من سهم المصالح ، والثاني : من سهم المؤلفة من الصدقات ، والثالث : من سهم الغزاة ، والرابع : وهو المنصوص أنهم يعطون من سهم الغزاة ومن سهم المؤلفة ، لأنهم جمعوا معى الفريقين )

Sebagaimana dinukilkan dalam Almuhazzab (m/s 6/197) dan Raudhah (m/s 2/314) cukup-cukup jelas tentang pembahagian secara terperinci dan adil saksama Syafieyyah tidak sebagaimana didakwa-dakwi oleh mufti tersebut yang mendakwa kononya akibat 'tiket kekufuran' golongan ini mengikut pendapat mazhab syafie akibat tidak mendapat zakat seolah-oleh mereka tidak mendapat apa-apa habuan jika beramal dengan mazhab syafie sedangkan Imam Nawawi dan As-syarozi menegaskan bahwa sanya golongan kafir tersebut mengikut pembahagian mereka mendapat habuan masing-masing dalam bentuk SEDEQAH dan lain-lainya BUKANlah ZAKAT...

Tidak rugilah beramal dengan mazhab syafie sebab pendapat ini juga disokong oleh Ibnu Qudamah Al-maqdisi dalam kitabnya yang lain Al-kaafi Fil Fiqhil Imam Ahmad Bin Hanbal (m/s 1/332), bahkan Zaidiyyah dalam Manarul Ilal Mukhtar (m/s 1/312), Al-ibadhiyyah dalam Syarh Kitabul Nail (m/s 3/232) dan Zahiriyyah dalam Al-muhalla bagi Ibnu Hazm (m/s 6/204)...

Justeru pendapat yang rajih dalam mazhab hanbali berkenaan kelayakan golongan kafir ini menerima zakat sudah ditegaskan oleh Ibnu Qudamah sendiri dalam Mughni ( m/s 4/106):

لا نَعْلَمُ بَيْنَ أَهْلِ الْعِلْمِ خِلافًا فِي أَنَّ زَكَاةَ الأَمْوَالِ لا تُعْطَى لِكَافِرٍ . قَالَ ابْنُ الْمُنْذِرِ : أَجْمَعَ كُلُّ مَنْ نَحْفَظُ عَنْهُ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ أَنَّ الذِّمِّيَّ لا يُعْطَى مِنْ زَكَاةِ الأَمْوَالِ شَيْئًا

Kami (Hanabilah) tidak mengetahui kekhilafan antara ahli ilm berkenaan kelayakan  golongan kafir zimmi menerima zakat atas tiket 'Muallafat Qulubuhum' sebaliknya Ibnu Mundzir menukilkan daripada ijma' para ulama bahwa sanya golongan kafir zimmi TIDAK layak diBERIkan ZAKAT harta seumpamanya...

Resolusinya walaupun golongan kafir yang dikategorikan termasuk dalam 'Muallafat Qulubuhum' ini tidak layak mendapat zakat mengikut pendapat sebilangan fuqaha' seperti mazhab syafie namun masih mendapat habuan disebalik pembahagian permasalahan tersebut dengan pakej lumayan yang lain seperti berbentuk SEDEQAH dan lain-lainya...

Pesan ayahanda Syeikhna Fadhilat Syeikh Dr Muhammad Ahmad Ma'abad Al-hanbali Al-azhari Hafizahulloh nak alim Fiqih Hanbali nim bukan mujarrod naql semata-mata pendapat Ibnu Qudamah masalan tetapi berhajat kepada muqoronah dhau' aqwalihi wa kutubihi/perbandingan pendapat-pendapat beliau rahimahulloh dalam kitab-kitab yang laen...

Wallahua'lam
IbnuQassem@Salafytobat93
10/3/2017 (11 JMDA 1438)