Halaman

Sabtu, 28 September 2013

Berhati-hati Dengan Buku Dr Aidh Al Qarni Yang Berisikan Pengkafiran Terhadap Ulamak dan Umat Islam

Dr Aidh Al Qarni adalah seorang penulis dakwah yang berjaya melariskan buku-buku beliau dengan 'penulisannya' dengan menarik ramai pembaca untuk membelinya. Melalui kajian yang telah kami lakukan setelah membeli buku-bukunya kami dapati terdapat bukti yang banyak beliau terlibat dalam mengatakan kafir dan bid'ah sesat tanpa hak terhadap ulamak dan umat Islam.

Menghukum kafir tanpa hak ke atas ulamak dan umat Islam adalah dilarang di dalam Islam sebagaimana yang telah dijelaskan oleh RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam dalam hadith beliau yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :

"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "

Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :

"Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."


Contoh buku Dr Aidh Al Qarni yang diterjemah ke Bahasa Malaysia bertajuk : Malam Pertama di Alam Kubur




Persoalan menaburkan bunga pada kuburan ada sandarannya dari Rasulullah sallaLLahu 'alaihi wasallam :
Hukum Menjirus Air Di Kubur dan Meletakkan Bunga Di Kuburan 

Dalam 'berdakwah' sempat juga diselitkan perkataan yang mengkafirkan amalan umat Islam ya ?

Contoh bukunya yang lain menghasut umat Islam agar jangan membaca kitab-kitab ulamak muktabar yang terdiri dari ahli hadith seperti Abu Nu'aim, Imam Ibnu al Jauzi yang diperakui dan diiktiraf oleh alim ulamak dari dahulu hingga kini :





Add caption
Tasawwuf diiktiraf, diperakui dan dipuji oleh salafussoleh seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik Imam Ahmad bin Hambal. Imam Asy Syafie serta ramai para alim ulamak seperti Imam An Nawawi, Imam Izzuddin bin Abdissalam. Namun 'pendakwah' ini menghasut untuk membencinya ? Na;uzubillahi min zalik.

Antara pengiktirafan salafussoleh terhadap tasawwuf boleh rujuk :  Pujian Tasawwuf Oleh Salafussoleh 

Selain dari itu dalam bukunya yang bertajuk :




Zikir Allah.. Allah dibolehkan oleh ramai salafussoleh dan ulamak mutaqaddimin seperti :

1. Abu al-Husain an-Nuri (295H)
2. Az-Zubaidi (Pengarang "al-Jam'u baina as-Sahihain")
3. Abu Hamid al-Ghazali
4. Fakhruddin ar-Razi
5. Ibn Rajab al-Hanbali
6. Ibn 'Abidin
7. Zakaria al-Ansari
8. al-Manawi
9. ar-Ramli
10. Ibn Hajar al-Haithami

Jawapan mengenainya boleh dibaca di sini : Hukum Berzikir Allah.. Allah

Kesimpulan : 

1. Mengkafirkan ulamak dan umat Islam tanpa hak adalah dilarang keras oleh Allah dan RasulNya. 

2. Menyelitkan perkataan-perkataan yang berbau hasutan dan tidak amanah dalam memperkatakan sesuatu hukum bukan sikap seorang pendakwah yang seharusnya mewarisi sifat dakwah Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatonah. 

3. Menghasut umat Islam membenci tasawwuf semakin menjauhkan umat Islam dari beramal dengan sunnah-sunnah Rasulullah dan jauh dari amalan salafussoleh.

Dr Aidh al Qarni - pendakwah atau pendakyah ? Berkatalah benar walaupun pahit !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan