Halaman

Rabu, 12 Mei 2010

Group Di Facebook Yang Membahayakan

Assalamu'alaikum,

Setelah berkecimpung di dalam arena Facebook yang serba meluas tanpa ada kawalan (sebagaimana juga laman-laman blog/web) yang boleh ditulis oleh sesiapa sahaja. Didapati terdapat juga group fans yang dalam diam/halus membawa fahaman Wahhabi tetapi dengan motto yang pastinya memikat siapa sahaja. Seperti groupfans ini :

1. ♥ LA TAHZAN, Jalan pulang ke pangkuan Allah terlalu luas!

2. AHLI SUNNAH

3. SUNNAH

4. HARI KIAMAT SUDAH HAMPIR



Apa yang menarik, artikel-artikel yang bercorak percintaan amat menarik perhatian remaja akan disajikan. Dan biasanya secara perlahan-lahan akan diperkenalkan dengan tokoh-tokoh ulamak wahhabi yang terlibat dalam menghukum sesat dan kafir kepada Umat Islam. Terdapat beberapa ahli yang telah di'ban' hanya kerana menegur admin di Group Fans ini kerana menjelaskan dan membongkar kegiatan mereka.

Sebagai contoh :

Group Fans yang pertama iaitu :♥ LA TAHZAN, Jalan pulang ke pangkuan Allah terlalu luas! telah memberikan link group ini ke laman web RASUL DAHRI.

Rasul Dahri telah menulis satu buku di dalam kandungan bukunya mengandungi isi yang mengkafirkan ulamak dan umat Islam yang mengikut Asya'iroh.

Buktinya :
























Antara isinya (sila klik untuk besarkan imej) :


























Dalam tulisan yang digariskan merah menyebutkan :
Termasuk dalam kategori ini (bid'ah i'tikad) sebagaimana yang disepakati oleh ulamak Ahli Sunnah Wal - Jama'ah [tidak tahulah ulamak mana yang beliau sandarkan hukuman ini] yang berpegang dengan manhaj Salaf as Soleh ialah : Syiah, Khawarij, Jahamiyyah, Murjiah, Muktazilah, Asya'ariyyah dan semua cabang-cabang dari firqah-firqah sesat ini. Mereka ini adalah golongan yang bid'ah akidahnya yang mana di akhirat kelak akan dikekalkan di dalam neraka.

Adakah ini salah satu cara terbaharu untuk membawa fahaman Rasul Dahri yang menghukum kafir kepada Asya'iroh ? Juga membawa fahaman wahhabi ekstrim yang lain ?

Seorang pelajar bernama Muhammad Nasri Azhar yang menjadi admin AHLI SUNNAH dan HARI KIAMAT SUDAH HAMPIR menghukum ulamak tasawwuf sebagai zindiq dan majhul. Malah ada satu pendapatnya yang ekstrim menghukum sesat kepada Salafussoleh/Ulamak Islam yang mentakwilkan ayat mutasyabihat.

Buktinya (sila klik untuk besarkan):


















Antara Salafussoleh dan Ulamak Islam yang mentakwilkan ayat mutasyabihat :

1. Imam Malik dan Auza’i r.a.-yang mana mereka menta’wilkan ayat-ayat mutasyabihat dalam kondisi-kondisi tertentu:
bahawa, ta’wil bagi nuzul (turunnya) Allah s.w.t. ada dua ta’wil. Salah satunya (ta’wil Imam Malik r.a.) ialah: turutnya rahmat Allah s.w.t. urusan dan para malaikatNya…”
(Syarah Sahih Muslim 6/36-37)

2. Imam Ad-Dhihak r.a. dan Abu Ubaidah r.a. menta’wilkan firman Allah s.w.t.:
“Setiap benda akan musnah kecuali WajahNya”. Wajah Allah s.w.t. dalam ayat tersebut bermaksud: ZatNya.
(Daf’u Syibahu At-Tasybih oleh Imam Ibn Jauzi: 31).

3. Telah diriwayatkan secara ma’thur bahawa tafsiran sebahagian salafus soleh, terhadap ayat “Dia sentiasa bersama kamu di mana kamu berada” dengan makna, bersama makhluk dengan ilmuNya (bukan dengan zatNya).” (Dr Yusuf Al Qardhawi, Fusulun fil Aqidah: 84).

4. Dalam ayat
“Dan langit itu Kami (Allah) dirikan dengan ayydin (tangan-tangan dalam Bahasa Melayu)…”
Imam Ibn Abbas r.a. menta’wilkan aydin dengan makna kekuasaan. (Tafsir At-Tabari: 27/6)

5. Dalam ayat berbunyi: “Telah datang Tuhanmu” (Al-Fajr: 22), Imam Ahmad bin Hanbal r.a. telah menta’wilkannya dengan makna: telah datang pahala (dari) Tuhanmu” (Al-Bidayah wa An-Nihayah: 10/328)

6. Imam Mujahid r.a. menta’wilkan perkataan “janbi” (dalam maksud bahasa bererti pada sisi) Allah s.w.t., dalam ayat surah Az-Zumar ayat 56, dengan maksud: perintah Allah s.w.t.. (Tafsir At-Tabari 24/13).

7. Daripada Abu Hurairah RadiyaLlahu 'anhu bahawa RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

يضحك ألله إلى رجلين يقتل أحدهما الأخر كلاهما يدخل ألجنة, فقالو كيف يا رسول الله؟ قال : يقاتل هذا في سبيل الله فيستشهد ثم يتو ب الله على القاتل فيسلم فيقاتل في سبيل الله فيستشهد

Ertinya : ALlah merahmati dua orang lelaki; salah seorang di antara keduanya membunuh yang lain, lalu kedua-duanya masuk syurga. Para sahabat radiyaLlahu 'anhum bertanya, Bagaimanakah boleh jadi begitu , wahai RasuluLlah?" Jawab baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam, "Lelaki ini telah terbunuh pada jalan Allah, maka dia mati syahid. Kemudian si pembunuh tadi bertaubat kepada ALlah dan memeluk Islam, maka ALlah menerima taubatnya. Selepas itu dia pergi berperang pada jalan ALlah, maka dia mati syahid.


Imam al Bukhari telah mentakwilkan perkataan الضحك yang pada bahasa adalah ketawa dengan makna الرحمة rahmat (Al Asma' wa As Sifat, H 470, Dar Ihya' Al Turath al Arabi. Fath al Bari bi Syarh Sohih Al Bukhari Jilid 6 H : 123-124. Sahih Muslim bi Syarh Imam An Nawawi Jilid 15 H : 32-33.


Peringatan : Berhati-hatilah dalam memilih group fans di Facebook. Tidak mahulah suatu hari nanti sesama sendiri, keluarga, saudara, kawan-kawan menghukum bid'ah sesat/ahli neraka/kafir. Na'uzubiLlahi min zalik. Diharap dapat sebarkan pendedahan ini kepada umat Islam agar tidak terjerat dengan fahaman yang ekstrim ini.

4 ulasan:

  1. sangat bahaya....terima kasih kerna memberitahu

    BalasPadam
  2. boleh izinkan saya copy info ini?

    BalasPadam
  3. Wa'alaikumussalam, Silakan. Silalah sebar-sebarkan kepada umat Islam yang lain. JazakaLlah.

    BalasPadam