Halaman

Selasa, 27 Oktober 2009

Makna Hadith Nabi : "Semua Masuk Neraka Kecuali Satu"

Sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam :
"Semua masuk neraka kecuali satu"
Apakah mereka yang masuk neraka itu akan kekal di dalamnya ataukah masuk neraka terlebih dahulu kemudian dikeluarkan..?

Apabila kita berpendapat bahawa mereka akan kekal dalam neraka maka pendapat ini hanya berlaku untuk orang-orang kafir yang belum tersentuh hatinya dengan iman kerana yang kekal dalam neraka itu hanyalah orang-orang musyrik sesuai dengan ijmak berdasarkan firman ALlah subahanahu wa ta'ala :

إن الله لا يغفر أن شرك به و يغفر ما دون ذالك لمن يشاء ومن يشرك بالله فقد افتر إثما عظيما

Ertinya : "Sesungguhnya ALlah tidak akan mengampuni dosa berbuat syirik tetapi mengampuni dosa selain yang demikian. Barangsiapa yang berbuat syirik terhadap ALlah, maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar"
(Surah An Nisa' : 48)

Sekiranya kenyataan seperti ini maka bagaimana mungkin kita boleh mengutamakan dari tubuh umat Islam yang besar ini satu kelompok yang mengaku dengan Firqah Najiah di mana kelompok itu sahaja yang selamat dari kekal di dalam neraka sedangkan kaum Muslimin yang lain - sesuai dengan pengakuan mereka akan kekal semuanya dalam neraka? Padahal mereka itu adalah orang-orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam telah menghukumkan mereka sebagai ahlul jannah dan termasuk orang-orang yang selamat (dari kekal dalam neraka) ? Di dalam sahih Bukhari pada hadith no 44, Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda :

يخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن شعيرة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله و في قلبه وزن برة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن ذرة من خير

Ertinya : "Akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah, sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat satu helai rambut dan akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat biji gandum dan akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat zarrah "


Tersebut dalam Sahih Bukhari juga pada hadith no 7072 :

يقول الله تعالى : وعزتي وجلالي وكبريائي وعظمتي لأخرجن منها (أي من النار) من قال لا إله إلا الله

Ertinya : ALLah subahanahu wa ta'ala berfirman : Demi kemuliaan, ketinggian, kebesaran dan keagunganKu sesungguhnya Aku akan mengeluarkan dari dalam neraka siapa sahaja yang telah mengucapkan La ilaha illaLLah"


Tersebut dalam sahih Ibnu Khuzaimah pada hadith no 1231 bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

من قال لا إله إلا الله دخل الجنة

Ertinya : "Barangsiapa mengucapkan La ilaha illaLLah maka dia pasti masuk syurga"


Dalam sahih Ibnu Hibban hadith no 169 dari Abi Dzar radiyaLlahu 'anhu, dia berkata : Bersabda RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam :
Barangsiapa mengucapkan La ilaha illaLlah maka dia pasti masuk syurga". Aku bertanya: "Wahai RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam walaupun dia telah berzina dan mencuri?" RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam menjawab: "Walaupun dia telah berzina dan mencuri".


Dalam Mustadrak al Hakim hadith no 7638 disebutkan bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

من قال لا إله إلا الله دخل الجنة ووجبت له الجنة

Ertinya : "Barangsiapa mengucapkan La ilaha illaLLah maka dia pasti masuk syurga dan itu adalah pasti".


Ibnu Hibban mengeluarkan dalam sahihnya hadith no 3004 bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

لقنوا موتاكم لا إله إلا الله فإنه من كان اخر كلمته لا إله إلا الله عند الموت دخل الجنة وإن أصابه قبل ذالك ما أصابه

Ertinya : "Ajarilah orang-orang yang akan mati di antaramu kalimah La ilaha illaLlah kerana barangsiapa yang akhir ucapannya di ketika mati adalah La ilaha illaLlah maka dia pasti masuk syurga walaupun sebelumnya dia banyak melakukan dosa kesalahan"


Hadith yang seperti ini juga dikeluarkan oleh al Hakiim dalam al Mustadrak pada hadith 1299, Abu Daud dalam sunannya pada hadith no 3116 dan at Turmuzi dalam sunannya hadith no 977.

Sesudah memerhatikan beberapa hadith di atas maka bagaimana mungkin mereka yang telah mengucapkan La ilaha illaLLah Muhammad RasuluLlah itu kita hukumkan sebagai orang-orang yang kekal dalam neraka kerana beranggapan bahawa mereka itu bukan termasuk Firqah Najiah - menurut persangkaan mereka?

SubhanaLlah, ini adalah kebohongan yang nyata dan penolakan terhadap hadith-hadith sahih serta satu kebohongan terhadap riwayat-riwayat yang mutawattir.

Jika mereka berpendapat bahawa makna dari : "Semua mereka masuk neraka kecuali satu (golongan) sahaja" adalah masuk neraka terlebih dahulu kemudian dikeluarkan darinya maka saya bertanya: "Dari mana mereka yang mengaku dirinya sebagai Firqah Najiah itu mengetahui bahawa kelompok mereka tidak akan diazab oleh ALlah dan bahawa mereka akan masuk syurga tanpa hisab padahal ketetapan perkara ini harus menggunakan wahyu dan wahyu sudah terputus..?

ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman :

قل هاتوا برهانكم إن كنتم صادقين

Ertinya : "Katakan (wahai Muhammad): "Datangkanlah bukti-bukti kamu jika memang kamu orang-orang yang benar
(Surah al Baqarah : 111)

ALlah subahanahu wa ta'ala juga berfirman :

وقالو لن تمسنا النار إلا أياما معدودة قل أتخذتم عند الله عهدا فلن يخلف الله عهده أم تقولون على الله ما لا تعلمون

Ertinya : "Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka kecuali selama beberapa hari sahaja". Katakanlah : "Sudahkah kamu menerima janji dari ALlah sehingga ALlah tidak akan memungkiri janjiNya ataukah kamu hanya mengatakan terhadap ALlah apa yang kamu tidak ketahui?"
(Surah al Baqarah: 80)

Jika ucapan ALlah subahanahu wa ta'ala terhadap orang-orang Yahudi sedemikian kerasnya padahal mereka tidak pernah menghukum keadaan ummat lain di akhirat nanti - melainkan kesalahan terbesar mereka terletak pada keyakinan bahawa diri mereka akan dikeluarkan dari neraka sesudah melewati beberapa hari sahaja tanpa ada pemberitahuan kepada mereka dari ALlah subahanahu wa ta'ala - lalu bagaimana dengan keadaan satu kelompok yang meyakini bahawa diri mereka pasti akan masuk syurga sedangkan kelompok lain yang juga bertauhid dan beriman serta mengucapkan dua kalimah syahadah adalah penghuni neraka lantaran dosa-dosa yang mereka perbuat.. ?

Padahal kita semua mengetahui bahawa dosa itu bagaimana besar dan banyaknya tetap sahaja urusannya itu kembali kepada ALlah subahanahu wa ta'ala.

6 ulasan:

  1. salam..ustaz

    sy suka artikel ustaz,cme mngkn sy byk persoalan harap ustaz x jemu layan kerenah sy. mintak maaf dan harap ustaz perbetulkan akidah sy. InsyaAllah.

    salahkan sy mngunakan hujah bahawa sesiapa yang mengatakan "untung kita sebagai Islam sebab kalu neraka ,boleh ke masuk syurga" ini salah?

    Sy percaya Ahlinya "La ilaha illaLLah" tidak akan disentuh api neraka, tetapi dia belum sempat dimasukkkan ke dlm neraka ,Allah sudahpn bagi warning pada api neraka jgn kamu sentuh mereka. maka mereka bukan masuk neraka>syurga melainkan org yang telah Allah swt kehendaki. Waallahualam

    Ahlinya "La ilaha illaLLah" adalah mereka yang menyebut dengan lidah dan hati mereka (Zahir dan Batin) bukan begitu ke ustaz.? kerna jika hanya zahir sebut tp hati masih kejar selain Allah itukan menunjukkan sekecil-kecil "berhala" atau syirik pada Allah.Waallahualam

    niat sy mengatakan salah adalah kerana bukan hendak mnghukum halal haram ttg apa yang diajarkan ulama tetapi sy percaya mereka org dulu lebih paham maksud Ahlinya "La ilaha illaLLah" tetapi mngkn org kita sekarang pndang remeh pekara itu. Jgn kerana pk begini mereka x kisah sedikit pn hendak berusaha mendekatkan diri pada Allah kerana dah angkat "syahadah" itu jaminan ke syurga. InsyaAllah jika sebesar mane pn dosa kita.. jika kita berusaha mencapai "La ilaha illaLLah" Allah pasti akan tunaikan janjinya, itu pasti..ini la yang Allah mahukan berusaha "La ilaha illaLLah" dari zahir dan batin..selebihnya Hanya Allah yang Maha mengetahuinya..

    Saya cme berusaha ikhlas menyampaikan pesanan tetapi jika salah harap ustaz perbetulkan. Terima kasih sudi membaca tulisan yang x seberapa.

    Assalamualaikum wbt ustaz.

    guru sy pesan kpd sy:
    "Manusia yang baik bukan azalinya baik.. tetapi.. Manusia yang baik adalah orang yang berusaha menjadi baik"

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum,

    Sebenarnya artikel yang baharu diterbitkan ini ada kesinambungannya dan ia dibuat bersiri di bawah label :

    SIAPAKAH FIRQATUN NAJIAH (GOLONGAN SELAMAT) ? yang perlu dibaca mengikut urutannya sebagaimana yang telah dipaparkan di muka hadapan blog ini agar mendapat kefahaman.

    Sebagai jalan dakwah terutamanya untuk mengajar anak murid, begitu juga mengajak umat Islam agar rasa bertuahnya memeluk Islam bagi saya tidak salah perkataan yang tuan sebutkan sebagai salah itu. Pokok persoalannya di sini adalah aqidah itu sendiri yang membezakan antara yang kafir dan yang beriman.

    Sebagaimana dalil yang telah didatangkan di atas oleh Dr Muhammad Adil Azizah al Kayalli.

    Walaubagaimanapun perlu diingat dalam perkara aqidah bukan setakat di bibir sahaja tetapi di hati sebenarnya menafikan (ini yang terjadi pada para munafiq akbar zaman RasuluLlah)atau beramal sahaja tetapi hati menafikan juga.

    Iman sebagaimana yang telah dijelaskan oleh ulamak iaitu - membenarkan dalam hati, mengaku dengan lidah dan beramal dengan perbuatan.

    Aqidah merupakan perkara pokok yang amat penting dalam kehidupan manusia. Percaya pada ALlah bermakna percaya 100% ketetapan di dalam hati dengan tiada syak, zan dan waham (iaitu perasaan ragu-ragu walau sikit sekalipun).

    Walaubagaimanapun kita ini yang sudah faham kehendak kalimah La ilaha illaLLah Muhammadar RasuluLlah hendaknya selalu berdoa dan berharap disamping berusaha menjadi Islam yang terbaik - mengikut perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

    Yang pentingnya di sini, jangan mudah-mudah mengkafirkan umat Islam, menghukum sesat dan syirik tanpa hak.

    Kita sendiri pun tidak tahu bagaimana kesudahan kita nanti..

    Kita juga disuruh untuk berdoa agar kematian kita dalah kesudahan yang baik bukan kesudahan yang buruk.

    RasuluLlah mengajar kita antara doanya :

    Ya Muqollibal Qulub Thabbit Qolbi 'ala diinik

    Wahai Yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di dalam agamaMu.

    WaLLahua'lam

    p/s : Sekiranya ada sahabat yang lebih arif hendak mengulas silakan. Ustaz Al Amin Daud ? :)

    BalasPadam
  3. blog ini amat menarik.
    saya ada satu soalan yg saya harap saudara dapat menjawab..
    boleh tak saudara postkan tentang najis atau tidak anjing ni? ape kata ulamak ttg khilafnya? mcm mana sekiranya kita berada di negara eropah dn hendak mengatasi masalh ini? seperti di airport australia yang byk menggunakan anjing untuk detect dadah, makanan dan sebagainya,dan rata2 semua orang dan beg2 akan dihudu oleh anjing tersebut./... minta penjelasan.

    BalasPadam
  4. Assalamu'alaikum tuan ahmad,

    Saya berharap tuan dapat memanjangkan persoalan ini kepada ustaz nazrul nasir atau ustaz akhi salman : http://nazrulnasir.blogspot.com

    http://akhisalman.blogspot.com

    kedua2 mereka ini pakar dalam feqh perbandingan. JazakaLlah :)

    BalasPadam
  5. Salam sheikh IbnuNafis :)

    "Yang pentingnya di sini, jangan mudah-mudah mengkafirkan umat Islam, menghukum sesat dan syirik tanpa hak. "

    saya setuju sgt pendapat ustaz.

    kerana baru berlajar hanya sedikit tetapi sudah pndai menghukum orang lain.

    saya tiada niat munuduh-nuduh sesiapa cme berdoa agar kita sesama islam jangan lah berbuat satu benda tampa berfikir n lihat sebeleh mata saja .

    Saya mendoakan terbaik untuk ustaz, n sy ingin berjuang sekali bersama-sama jemaah ustaz jika diberi kesempatan oleh Allah Azza wa Jalla. insyaAllah.

    BalasPadam
  6. salam,

    ya ustaz,

    Saya sokong pengkhianat agama(Dr Asri) ni di tahan..biar orang tahu yang mana hak dan yang mana batil.

    Sedihla..sebab ramai orang keliru dengan pegangan islam yg sebenar...
    sy ni x la pandai sgt bab agama, tp still lagi boleh beza kekeliruan sekarang ni..mungkin diorang ni takdak asas dalam agama..
    Lagi sedih bila ulama2, mufti2 dok diam dalam menegakkan kebenaran terutama yg melibatkan isu Dr Asri ni..atau mereka ini tidak di beri ruang?..

    BalasPadam