Halaman

Selasa, 6 Januari 2009

Isu KekeliruanJantina Conginetal Adrenal Hyperlasia Dan Testicular Feminization Syndrome

ISU KEKELIRUAN JANTINA CONGENITAL ADRENAL HYPERPLASIA DAN TESTICULAR FEMINIZATION SYNDROME

(1) Bagi kes Congenital Adrenal Hyperplasia (CAH) pembedahan jantina untuk kembali kepada genetik asal iaitu perempuan adalah
diharuskan oleh Islam kerana ia boleh dilakukan melalui rawatan hormon dan pembedahan;

(2) Manakala bagi kes Testicular Feminization Syndrome (TSF), untuk kembali kepada genetik asal (lelaki) secara pembedahan atau rawatan hormon adalah sukar. Sekiranya individu berkenaan bercadang untuk melakukan juga pembedahan, ia adalah diharuskan selagimana perbuatan tersebut tidak mendatangkan kemudharatan sama ada dari aspek psikologi atau biologi kepada individu tersebut; dan

(3) Bagi kes Testicular Feminization Syndrome yang dikesan ketika dewasa, individu tersebut boleh menjalani kehidupan seperti biasa dan jantina mereka diiktiraf berdasarkan fizikal dan genitalia zahir mereka. Pembedahan untuk mengeluarkan testes (sekiranya ada) adalah harus untuk mengelakkan risiko penyakit seperti mendapat kanser. Perkahwinan dengan pasangan mengalami Testicular Feminization Syndrome tidak perlu dipisahkan.
Bertarikh 18 Julai 2007

Sumber : Mufti Selangor

Rujukan : Portal Fatwa Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan