Halaman

Isnin, 22 Disember 2008

Siapakah Di Sebalik Anti Hadith ? Bab 2

Terdapat hujjah Abu Rayyah yang tidak jelas di sini dan perlukan penerangan.

Ketiadaan bahan dokumen hadith yang sistematik semasa zaman RasuluLLah tidak membuktikan bahawa tiada usaha dari para sahabat untuk menjaga Sunnah rasuluLLah dengan cara yang lain. Sudah diketahui ramai kepada ulamak Islam bahawa para sahabat akan mencuba sedaya upaya untuk hadir di setiap perjumpaan dan perkumpulan dimana RasuluLLah menghadirinya.

Mereka secara berhati-hati kana memerhatikan, menumpukan dengan sepenuh perhatian apa yang baginda perkatakan dan buat dan akan mengingatinya dengan baik. Kemudiannya para sahabat akan mengambil inisiatif untuk memberitahu kepada para sahabat yang tidak hadir untuk memberitahu dan menyampaikan maklumat dan pengajaran yang telah diterima dari rasuluLlah S.A.W. Mengingat melalui hati adalah satu kaedah yang efektif untuk menjaga Sunnah rasuluLLah ini. Mengabaikan fakta ini, menurut Fazlur Rahman adalah satu perbuatan dosa yang tidak boleh dimaafkan terhadap sejarah!


Method yang sama telah digunakan untuk menjaga al Quran. Ulamak di kalangan generasi tabi’en, ramai di antara mereka yang lahir semasa RasuluLLah masih hidup telah belajar dan merawikan pelbagai hadith rasuluLLah di bawah pengawasan sahabat. Antaranya Aisyah bte Abu Bakar, Umar bin al Khattab, Ali bin Abi talib, Abdullah ibn Mas’ud, Abdullah ibn Abbas, Abdullah ibn Amr, Abu Hurairah dan perawi-perawi lain yang telah diiktiraf dan dipercayai. Usaha mereka untuk menjaga sunnah rasuluLLah ini dengan cara mengingati melalui hati akhirnya membawa kepada ulamak Islam yang lain berkebolehan untuk mendokumentasikan hadith dengan cara yang lebih sistematik lagi. Malangnya anti hadith ini sengaja tidak melihat (menafikan) teknik mengingat dengan hati ini yang telah dipraktikkan oleh pada sahabat sebagai satu cara yang efektif untuk menjaga Sunnah.

Senarai Rujukan :

A Siba’I, al Sunnah wa Makanatuha p. 29
Ibid, p. 29
Bashier, Sunshine at Madinah p. 30
Fazlur Rahman, ‘the living Sunnah and al Sunnah wal Jama’ah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan