Assalamu'alaikum wbth, oleh kerana didapati wahabi banyak menimbulkan isu-isu furuk yang mereka hukumkan sebagai bid;ah sesat. Eloklah kiranya kita compilekan soalan yang selalu mereka kata sebagai bid'ah dan beserta jawapan dengan dalil dan hujjah.
Saya mulakan dengan persoalan : Berzikir Secara Jahr (Keras) dan beramai-ramai.
Jawapan
Sheikh Allamah Musnid Prof. Dr. Ali Jum'ah (Mufti Mesir) mengatakan (dalam buku beliau "Al-Bayan" bahawa:
" Berhimpun untuk melakukan zikir secara berjemaah dalam satu halaqah (perhimpunan) merupakan suatu amalan yang sunnah, yang bersandarkan dalil syarak yang mulia."
Dalil Al Quran
"Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Bersabarlah kamu (tekunlah kamu) takkala bersama dengan orang-orang yang yang menyeru kepada Tuhan mereka (berdoa dan berzikir), samada petang ataupun pagi, dalam mengharapkanNya..." (Al-Kahfi: 28)
Dalil Dari Hadith :
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya, bagi malaikat itu, sekumpulan malaikat yang berlegar-legar dalam mencari ahli zikir. Maka, apabila mereka (malaikat) mendapati satu kaum berzikir kepada Allah s.w.t., mereka (malaikat) akan berkata (kepada sesama para malaikat yang lain): "marilah segera kepada hajat kamu (apa yang kamu hajati)" Maka, mereka menaungi golongan yang berzikir (secara berjemaah tersebut) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia..." Al-Hadis. (riwayat Al-Bukhari).
Dari Mu'awiyah r.a. telah berkata, bahawasanya Nabi s.a.w. pernah keluar menuju ke halaqah para sahabat Baginda s.a.w.. Lalu, Baginda s.a.w. bertanya (kepada para sahabat yang berhimpun tersebut): "Apa yang menyebabkan kamu semua duduk berhimpun ini?" Mereka menjawab: "Kami duduk untuk berzikir kepada Allah s.w.t., memujiNya terhadap nikmatNya takkala Dia memberi hidayah kepada kami dalam memeluk Islam..." sehinggalah sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku dan memberitahuku bahawa Allah s.w.t. berbangga terhadap kamu di hadapan mara malaikat" (hadis riwayat Muslim)
Dari Abi Hurairah r.a. telah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tidaklah duduk sesuatu kaum, akan suatu majils untuk berzikir kepada Allah, melaikan para malaikat akan menaungi mereka, akan terlimpah rahmat ke atas mereka, dan Allah s.w.t. juga akan memperingati mereka..." (hadis riwayat Muslim)
Imam An-Nawawi dalam syarah beliau mengatakan bahawa: "hadis ini menunjukkan tentang kelebihan majlis-majlis zikir dan kelebihan orang-orang yang berzikir, serta kelebihan berhimpun untuk berzikir beramai-ramai.
-tamat ringkasan nukilan-
Demikianlah ringkasan daripada fatwa guru kami, Dr. Ali Jum'ah, yang merupakan Mufti Negara Mesir sekarang. Semoga Allah s.w.t. memberi manfaat dengan ilmu beliau kepada seluruh umat Islam.
Wallahu a'lam...
Disediakan oleh:
Al-Faqir Al-Haqir ila Rabbihi Al-Jalil Al-Qadir
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin
Sumber : http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/137
Assalamu'alaikum wbth
BalasPadamharap saudara perjelaskan makna zikir dan adakah sama maksud zikir yang berlaku dalam masyarakat kita.
wassalam
wa'alaikumussalam wbth
BalasPadamzikir yang kita sudah sedia tahu dan banyak sebenarnya, contohnya seperti, SubhanaLlah, AlhamduliLLah, La ilaha ilaLLah, ALlahu Akbar
Itulah yang selalu diamalkan di dalam masyarakat melayu kita :)
Assalamualaikum,
BalasPadamSaya ada persoalan yang ingin diajukan.Bagaimana keadaannya orang yang berada dalam satu majlis zikir,tetapi hanya bersembang kosong sedangkan orang lain berzikir.
http://abdullahidris.com
Assalamu'alaikum tuan AbduLlah,
BalasPadammohon dilanjutkan pertanyaan ini kepada ustaz al-amin daud :
Http://al-amindaud.blogspot.com
atau kepada ustaz nazrul nasir :
Http://nazrulnasir.blogspot.com
JazakaLlah tuan..