Halaman

Isnin, 22 Disember 2008

Bahaya Anti Hadith Bab 7

(g) Menolak Berlakunya Siksaan Kubur Selepas Mati

Kumpulan Anti Hadith ini juga didapati menafikan berlakunya perkara 'ghaib selepas mati', contohnya seperti siksaan kubur selepas mati kerana ia tidak disebut di dalam Al-Quran dan hadith-hadith mengenainya adalah palsu belaka.

Contohnya:

"Hamdan takjumpa dalam Quran. Ajaran ada siksa kubur menunjukkan seolah-olah nabi mengajar yang Tuhan itu tak adil dan zalim. Dia melaksanakan hukuman sebelum dihukum atau didengar dan dibuktikan apa-apa kesalahan. Ini semua Hadith Palsu" (Petikan dari buku "PENDEDAHAN KEBENARAN ADALAH DARI TUHAN MU-HADITH DI DALAM AL-QURAN" Idris Abdul Rahman, hal. 269)

Penolakan ini dinyatakan oleh KASSIM AHMAD sendiri melalui akhbar UTUSAN MALAYSIA 14 OGOS 1995:

"Allah tidak akan menghukum manusia sebelum dibicarakan di Padang Mahsyar. Mati ibarat tidur dan jangka waktu di antara mati dengan hari pembalasan bagi mereka (yang sudah mati) adalah terlalu cepat".

ULASAN

Kubur ialah tempat perhentian yang pertama di antara tempat-tempat perhentian alam akhirat yang juga dinamakan "Alam Barzakh", tempat seseorang akan mendapati apa yang dijanjikan dalam hadith di bawah ini menjadi kenyataan kepadanya iaitu: Daripada Uthman bin Affan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya kubur ialah tempat perhentian yang pertama dari tempat-tempat perhentian alam akhirat. Oleh itu jika seseorang terselamat dari huru-hara azabnya, maka huru-hara di tempat lain lebih ringan lagi kepadanya dan jika ia tidak terselamat dari yang tersebut, maka huru- hara di tempat-tempat yang lain lebih berat lagi. (Riwayat At-Tirmidhi dan Ibnu Majah)

Menyakini adanya siksaan kubur selepas mati adalah termasuk sebahagian daripada perkara-perkara samiyyat iaitu beriman dengan perkara-perkara ghaib. Adanya siksaan kubur selepas mati adalah perkara benar dan tetap akan berlaku kepada orang yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Seseorang yang telah meninggal dunia, tidak akan terlepas daripada siksaan kubur. Ini bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah bersabda:

"Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur ............." (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidhi dan an-Nasa'i)

Sabdanya lagi yang bermaksud:

Daripada Ummi Mubasysyir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mintalah kamu perlindungan kepada Allah daripada azab kubur, sesungguhnya mereka itu sedang diazab di dalam kubur mereka dengan suatu azab yang dapat didengari oleh haiwan-haiwan." (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani)

Sabda baginda lagi yang bermaksud,

Dari Al-Bara'bin Aazib ra. katanya, "Kami telah keluar bersama-sama Nabi s.a.w. mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, Ialu kami sampai dikuburnya yang disediakan. Rasullah s.a.w. pun duduk. Lalu kami duduk disekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu, manakala Baginda s.a.w. pula mencucuk- cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada ditangannya. Setelah itu Baginda s.a.w. mengangkat kepalanya Ialu bersabda, "Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur (diulangi sabdanya itu) dua atau tiga kali ..........." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan