Halaman

Isnin, 22 Disember 2008

Bahaya Anti Hadith Bab 13

(b) Mencerca dan Memfitnah Para Ulama

Kumpulan Anti Hadith ini juga sering kali mencerca dan memfitnah para ulama dengan berbagai tuduhan melalui penulisan-penulisan mereka. Contohnya:

(i) "Seperti Samiri yang telah menggunakan 'berhala anak lembu'yang telah dibentuk atas arahannya untuk menyesat dan menindas umat Nabi Musa, begitu juga ulama hadith yang lampau ini telah menyesat dan menindas umat Muhammad dengan menggunakan 'Hadith Nabi rekaan mereka. Melalui ajaran mereka, orang-orang Islam telah menjadi orang-orang Musyrik penyembah berhala atau penyembah ulama yang telah membentuk hukum-hakam rekaan mereka melalui apa yang mereka katakan sebagai hadith Nabi. Bukanlah berhala anak lembu yang telah menyesatkan umat Nabi Musa bahkan Samiri. Dan bukanlah Hadith Nabi yang telah menyesatkan umat Nabi Muhammad bahkan ulama hadith yang lampau ini". (Petikan dari buku "PENDEDAHAN KEBENARAN ADALAH DARI TUHAN MU-HADIS DI DALAM AL-QURAN", Idris Abdul Rahman, hal. 147)

(ii) "Seperti yang diberitakan, RM3 juta wang rakyat digunakan untuk pelajar negeri Kelantan saja yang di peringkat darjah enam ke bawah supaya mereka mahir melagu-lagukan Al-Quran sebagai syair. Wang RM3 juta itu tentunya aka'n masuk ke dalam saku guru-guru syair. Apabila umat sudah mempelajari Al-Quran, ulama akan kehilangan pengaruh dan fungsi mereka. Agama tidak akan menjadi punca rezeki yang lumayan lagi". (Petikan dari akhbar Berita Harian 14 Julai 1995, tulisan Wadan Kassim, hal. 10).

Selain daripada itu merekajuga memfitnah para ulama melalui ayat Al-Quran dengan memesongkan pengertian ayat tersebut, contohnya:

"Dalam hal ini Al-Quran mengatakan: "Wahai orang beriman sesungguhnya kebanyakan pendita-pendita dan alim ulama itu memakan harta manusia dengan cara yang palsu (batil) dan mereka menghalang orang daripada jalan Allah". (Petikan dari akhbar Berita Harian 14 Julai 1995, tulisan Wadan Kassim, hal. 10).

ULASAN

Umat Islam adalah umat yang terkenal sebagai umat yang paling baik. Ini telah diperakukan sendiri oleh Allah s.w.t. di dalam surah Aali 'Imran ayat 110 yang bermaksud:

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar iman) ....... (Ali 'Imran ayat 1 10)

Di antara ciri-ciri umat Islam yang paling baik ialah dari segi akhlaknya. Islam mengajar umatnya supaya menghayati akhlak mulia umpamanya mengamalkan sifat hormat menghormati di antara satu sama lain lebih-lebih lagi terhadap para ulama, kerana para ulama ini adalah pewaris Nabi-nabi. Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:

Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlain-lain jenis dan warnanya. Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambanya hanyalah orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Pengampun. (Faatir: 2

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada Ali r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda

"Para ulama adalah ibarat lampu-lampu yang menerangi bumi dan merupakan khalifah-khalifah para Nabi dan pewarisku dan pewaris para Nabi" (Riwayat Ibnu Addi)

Peranan para ulama adalah sangat penting di dalam menyampaikan dakwah kepada manusia, menyeru berbuat kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran. Sekiranya dinafikan segala pengorbanan dan sumbangan ulama, maka besar kemungkinan, masyarakat akan hidup di dalam kejahilan tentang ugama Islam dan masyarakat akan hidup di dalam kucar kacir dan berpecah belah. Ulama menyeru manusia berpegang teguh dengan agama Allah dan sentiasa bersatupadu. Dengan wujudnya perpaduan, masyarakat akan hidup di dalam aman, tenteram dan harmonis.

Apabila urusan agama diserahkan kepada orang lain yang tidak mengetahui tentang hal ehwal agama, maka akan timbul kacau bilau, porak peranda, perpecahan yang akhimya membawa kepada kehancuran. Ini bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah bersabda,

"Apabila diserahkan sesuatu perkara bukan kepada ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya." (Riwayat al-Bukhari)

Sumber Ambilan :
PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN ANTI HADITH
Disusun oleh Cawangan Penyelidikan Islam
BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM, JABATAN PERDANA MENTERI 1995

Tiada ulasan:

Catat Ulasan