Halaman

Isnin, 22 Disember 2008

Bahaya Anti Hadith Bab 11

(b) Menolak Ketetapan Hukum Fiqh Islam Tentang "Aurat Wanita"

Kumpulan Anti Hadith ini juga didapati menolak ketetapan yang telah disyariatkan oleh islam tentang 'Aurat Wanita' yang wajib dipelihara dan diikuti oleh setiap umat Islam:

(i) "............ wanita Muslim boleh memakai apa sahaja pakaian walaupun mendedahkan anggota-anggota berkenaan dengan syarat ia hendaklah bersopan dan tidak menyalahi adat serta budaya masyarakat setempat. Aurat ialah menutup bahagian sulit yang apabila kita dedahkan menjadi sumbang kepada masyarakat. Tanda tentang auialah wuduk. Semasa wuduk, Allah menyuruh kita membasuh muka, tangan dan menyapu kepala. Maknanya kepala itu tidak ditutup, kerana kalau kepala ditutup, tentu Tuhan tidak menyuruh kita menyapunya" (Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia14 Ogos 1995, kenyataan oleh Kassim Ahmad).

(ii) "Surah An-Nur, ayat 31 menyuruh wanita menutup dada dan bukan kepala mereka. Surah al-Ahzabjuga menjelaskan lagi hal yang sama "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isted, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutup baju luar mereka ke seluruh badan mereka. Dengan begitu, mereka lebih mudah untuk dikenal dan mereka tidak diganggu ...........

Ayat ini juga menyuruh tutup badan sahaja dan bukan kepala. Apabila kepala ditutup, tambahan dengan memakai purdah, tentulah susah dikenali". (Petikan daripada surat Pn. Kalsom Abd. Rahman (isteri kepada Wadan Kassim) yang telah dikemukakan kepada BAHEIS pada 15-12-1994).

ULASAN

Di dalam Al-Quran, surah an-Nur, ayat 31 dengan jelas menyatakan bahawa aurat wanita ialah keseluruhan tubuh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka .............." (Surah An-Nur, ayat 31)

Ayat ini menjelaskan bahawa wanita Islam bukan sahaja diperintahkan supaya menyekat pandangan mereka daripada melihat yang haram dan menjaga kehormatannya daripada melakukan zina dan lain-lainnya, tetapi juga diharamkam mendedahkan tubuhnya kepada lelaki yang bukan mahramnya, kecuali anggota tubuhnya yang zahir iaitu bulatan muka dan kedua tapak tangan (9).

Oleh yang demikian, tafsiran mengikut selera sendiri yang menyatakan bahawa aurat ialah bahagian sulit sahaja dan tanda tentang aurat ialah wuduk, tidak boleh diterimapakai untuk dijadikan amalan hidup umat Islam di negara ini, kerana ia telah bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Di dalam hadith Nabi Muhammad s.a.w. diterangkan dengan jelas; mengenai aurat wanita ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Daripada Aishah r.a. katanya bahawa Asma'binti Abu Bakar pernah masuk ke rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian Baginda berpaling dan bersabda "Wahai Asma', sesungguhnya seseorangperempuan, apabila sudah datang waktu haid, tidak boleh diperlihatkan tubuhnya melainkan ini dan ini (sambil ia menunjukkan muka dan kedua tapak tangannya. (Riwayat Abu Daud)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan